PAGE

Ahad, Februari 06, 2011

Mengawasi anak di alam maya



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkembangan teknologi maklumat pada hari ini sering kali meninggalkan ibu bapa jauh ketinggalan tentang komputer. Sedangkan anak-anak pula cukup mengikuti segala perkembangan mengenainya. Ðunia internet sudah tidak asing bagi mereka, malah kebanyakan mereka boleh melayarinya di rumah sendiri. Jika tidak, mereka masih boleh mengunjungi kafe siber yang banyak di sekitar kawasan perumahan tempat tinggal.

Sebenarnya tiada cara yang lebih baik dalam mengajar anak-anak akan bahayanya internet kecuali memberikan banyak informasi akan buruk baiknya penggunaan internet yang keterlaluan.

Memang sudah wujud perisian bagi menyekat anak-anak dari memasuki laman web prono atau sebagainya, tetapi ia hanya satu alat bantu yang tetap perlu pemantauan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang bekerja, sudah tentu sukar untuk mengawasi penggunaan internet di kalangan anak-anak ini. Jadi apa yang boleh dilakukan? Tips di bawah mungkin dapat membantu ibu bapa memantau setiap pergerakan anak dari menyalahgunakan internet.

1 – Jadilah teman anak di laman sosial (fB, Twitter dan lain-lain)

Langkah pertama jika anak ingin membuka akaun fB, maka anda harus menetapkan syarat tanpa kompromi bahawa dia harus bersetuju anda menjadi kawannya. Maka dengan ini, anda dapat mengetahui setiap pergerakan anak bersama kawan-kawan sebayanya.

2 – Bersahabat dengan teman anak

Sesetengah orang tua berasakan diri mereka sangat sibuk dengan kerjaya, rumahtangga, kejiranan, kerja-kerja sosial dan sebagainya dan mengabaikan anak-anak dengan teman-temannya. Namun apa kata anda bersahabat dengan anak, setiap kali anak mempunyai teman, anda ikut mengenali temannya itu.

3 – Tempatkan komputer di ruang terbuka

Meletakkan komputer di dalam bilik dengan kemudahan internet sebenarnya mengundang risiko. Anak boleh melayari laman web yang tidak sesuai dengan peringkat usianya. Jika diletakkan di ruang terbuka, anda boleh memantau laman web apa yang dilayari anak. Kalau dia mahu menggunakan komputer riba, suruh saja dilakukan di ruang rumah adan jangan di dalam bilik.

4 – Awasi Twitter, Facebook dan foto

Banyak kes salah laku termasuk pemnyebaran gambar tidak senonoh di kalangan anak-anak. Jadi anda harus tahu gambar apa yang disebarkan anak dan bagaimana mereka meletakkan gambar untuk dilihat oleh kawan-kawan. Pastikan juga anda memantau gambar apa yang dilayari oleh anak di laman-laman web ini kerana dikhuatiri gambar tidak senonoh.

5 – Selalu periksa e-mel anak

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda seharusnya memeriksa dengan teliti kandungan e-mel anak. Periksa foto, video atau apa-apa saja isi di dalamnya, jam berapa anak melayari e-mel dan menerima SMS dan sebagainya. Jika ada pesanan yang mencurigakan, anda perlu menyoal anak dan pastikan ianya tidak berlaku lagi atau ptotong saja akaun Facebook, Twitter dan sebagainya.

6 – Periksa carian maklumat

Sama seperti e-mel yang pelu anda selidiki, pastikan juga anda mencari sebanyak maklumat tentang apa yang anak anda cari ketika melayari internet. Ini sangat penging kerana sebagai orang tua, anda seharusnya lebih peka dan tahu apa yang anak cari. Jangan sesekali membiarkan anak begitu saja tanpa mengetahui apa yang mereka cari di internet.

7 – Buat aturan waktu

Sama seperti ada masa-masa anak belajar, bermain, makan dan sebagainya, anda juga harus menetapkan aturan waktu anak ketika melayari internet. Jangan membiarkan anak melayari internet berjam-jam lamanya kerana lagi lama anda membiarkannya, mereka berpotensi melayari laman web lucah.

8 – Hari bebas internet

Jika perlu, tetapkan peraturan tentang hari bebas internet. Cabutlah semua peralatan elektrik dan lakukan kegiatan seperti bermain badminton, jogging, berbasikal, berenang dan sebagainya.

9 – Jadilah sahabat

Sebagai orang tua, anda harus sedia berbicara dengan anak, bertanya tentang keadaan dirinya, kawan-kawannya serta pelbagai permasalahan lain. Ceritakan juga tentang masalah buli, cabul dan sebagainya. Biarkan mereka tahu mengapa anda melakukan semua itu. Jelaskan alasan-alasannya secara terperinci mengapa dia perlu mengetahui semua ini.

Ðengarlah masalah anak dan berikan penyelesaiannya. Jangan ragu untuk berkompromi namun tetap berpegang teguh kepada aturan-aturan yang anda anggap penting. Sebagai orang tua, kita tidak boleh terus-menerus mengawasi anak kerana semakin mereka dewasa, mereka juga mempunyai cara sendiri. Jika ingin mendapatkan kepercayaan dan anak berterus-terang dengan kita, ajaklah anak berdialog dan tunjukkan kalau kita mempercayai mereka.

Semoga bermanafaat!




Rujukan : # 1415

Capaian entry berkaitan :

1 ulasan:

  1. Adalah satu kisah di alam nyata, ibubapa ni dah buat mcm dalam tips. Letak PC di ruang hall. Anak lelaki/ ppuan gilir guna PC. Nak lelaki sorang sek agama, minit nk hafaz qur'an. tp Fb nya hampir 1000 freind, tdiri dr awek2 pelbagai gaya. Mak ayah tak ada FB. Ringkas cerita, satu hr anak2 lelaki tdur awal , ibubapa ingat anaknya bangun mlm telaah pelajaran.tetiba si bapa bangun mlm buang air. lalu hall ternampak 2 anak lelaki tengak tgk Porn, apalagi si bapa tu tendang terajang anak dia malam2 buta. lepas bbrp ketika nampak FB anaknya mcm biasa jer.. mcm tak apa masalah.

    kalau sy la... saya tak tendang terajang anak tapi saya tendang keluar PC tu. InsyaAllah pecah berderai,then tak beli dah.. he he. Itulah ibubapa sekarang, tak tegas. sehari jer marah, pastu masih biar anak surf tanpa kawalan.

    sebenarnya yg mengawal diri kita ialah minda dan our upbringing. Sy tgk anak2 kakak sy tak sorang pun minat internet. kalau guna pun setakat d/load program atau tgk hal2 politik. Sendiri malu nak tengok benda2 "bodoh"..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...