PAGE

Rabu, Mac 09, 2011

Isteri kuat emosi lebih merangsang


Assalamualaikum warahmatullah,

Siapa yang lebih kuat mempengaruhi dalam perkahwinan anda, suami atau isteri? Sebenarnya, tiada masalah jika kedua-duanya boleh mempengaruhi ke arah yang positif, yang menjadi masalah ialah jika tiada rasa ingin mempengaruhi pasangan.

Tentu saja hubungan yang dibina itu tidak berenergi, hilang panasnya, cenderung pasif dan membosankan. Bayangkanlah jika isteri tidak menyatakan apa-apa reaksi saat suami meluahkan perasaannya tentang kerjaya, kewangan atau perancangan masa depan keluarga. Tentu suami akan tercari-cari orang yang mahu mendengar, empati dan perihatin dengan masalahnya.

Tidak kira suami atau isteri, sebagai manusia kita perlukan sokongan orang lain untuk menghadapi setiap permasalahan dalam kehidupan. Jadilah pasangan yang beremosi, berpengaruh dan merangsang pasangan nada melalui bahasa tubuh, pemikiran dan perasaan supaya jalinan komunikasi itu terasa nikmat dikecapi. Emosi kadang-kadang kita maknai dengan sesuatu yang negatif seperti stress atau depresi dan penyakit jiwa yang lain, padahal tidak selalunya emosi itu mempunyai konotasi yang negatif. Bagaimana dengan emosi yang meluap-luap untuk bangkit dari kegagalan dan kesilapan? Bukankah ia suatu yang positif untuk ditumbuh-suburkan dalam diri kita?

Ataupun emosi seorang isteri yang mahu membangkitkan ghairah dan rangsangan cinta kepada suaminya? Mengapa tidak dipelajari dan diamalkan? Untuk itu, tukarkanlah persepsi negatif tentang emosi kerana ia boleh dimanafaatkan ke arah sikap yang lebih positif.

Ada beberapa cara manusia menguruskan emosinya, iaitu :
1. Ðitekan
2. Ðiluahkan membabi-buta
3. Ðimanafaatkan

Cara yang pertama boleh memberi impak merbahaya dalam jangka masa yang panjang. Jika kita sentiasa menyerah pada masalah, pasif dan cenderung menekan emosi itu dalam hati, ia akan melahirkan penyakit jiwa, stress dan deoresi. Amat merbahaya membiarkan emosi negatif menghantui nada, memaksa hati anda menelan bulat-bulat kemarahan dan ketidakpuasan yang menyakitkan tanpa berusaha mengenal pasti di mana jalan keluarnya, akan membuat anda tertekan.

Contohnya, isteri yang sentiasa disalahkan suami, direndahkan maruahnya, dianggap tidak berkelayakan mengurus rumahtangga atau terbabit masalah hubungan seksual yang tidak memenuhi kehendak suami. Isteri yang hanya mendengar dan menyimpan segala tekanan sebegitu dalam hatinya tanpa mahu berbincang dan mencari jalan penyelesaian mestinya terseksa, bahkan boleh jadi berpenyakit mental teruk jika dibiarkan berpanjangan.

Usah ikut perasaan

Cara yang kedua juga boleh menimbulkan masalah, terutamanya pada orang lain di sekeliling kita. Tidak pasal-pasal sebab kena buli di pejabat, anak-anak dan suami di rumah jadi mangsa. Atau sebaliknya jika bermasalah dengan suami, semua orang di pejabat menjadi korban. Cara meluahkan emosi secara membabi buta sebegini menjejaskan reputasi kita di mata orang lain. Bahkan menzalimi orang yang tidak bersalah merupakan satu dosa yang akan dituntut di akhirat nanti.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, memakan arta si polan, menumpahkan darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi itu pahala kebaikannya. Jika sudah habis pahalanya sedangkan dosa kezalimannya belum terbayar, maka akan diambil dosa-dosa orang yang dizalimi itu untuk dibebankan kepadanya lalu dicampakkan dia ke neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Betapa ruginya orang yang suka meluahkan emosinya kepada orang lain dengan membabi buta sebegini. Oleh itu, cara mengurus emosi yang ketiga adalah yang terbaik. Cuba memanafaatkan emosi, menyalurkannya melalui alternatif sikap yang positif dan mengamati emosi anda secara mendalam.

Jika kita marah, tertekan dan merasa disakiti, cubalah untuk mengamati emosi kita ketika itu. Mengapa kita marah, wajarkah kita marah, apakah impak kemarahan itu akan menjejaskan kita atau mengubati kita, berbaloikah kita marah? Kadang-kadang belum sempat pun kita menjawab semua soalan ini, emosi kita sudah reda dengan sendirinya. Selepas mengamati kita beralih pada langkah seterusnya iaitu mencari alternatif lain untuk meredakan sebentar emosi kita yang meluap-luap. Berwuduklah, solat, istighfar, malu kepada Allah yang memerhati gerak-geri hamba-Nya. Kadang-kadang tidur dan berehat boleh menyelesaikan masalah kita. Atau membeli barang untuk kesenangan hati, ketawa dan melihat hiburan-hiburan sejenak juga merehatkan jiwa. Keluarlah dari zon sedih, tertekan dan marah kepada zon ketenangan, kerehatan dan kenikmatan sekejap saja.

Ada pula yang memanafaatkan emosinya untuk membangkitkan semangat berkarya. Seperti seorang penulis, pengkaji psikologi dan penggiat seni. Tidak salah juga jika yang berniaga pun mencari inspirasi dalam kerjaya mereka saat-saat dilanda stress. Isteri yang menghadapi tekanan emosi juga diharapkan merubah energi negatif itu menjadi emosi yang positif. Kalau suami kata kurang ghairah, mengapa tidak menjadikan luahan hatinya sebagai perangsang supaya anda lebih teruja dan mahu belajar mengghairahkannya? Bukan menangis, malah berprasangka buruk dan membenci suami.

Isteri yang pandai menguruskan emosi, pastinya lebih merangsang suami, daripada isteri yang hanyut dalam perasaannya sendiri.

Renung-renungkan…




Sumber : Ðr Juanda Jaya MW#1413

Capaian entry berkaitan :
* Isteri juga harus romantik
* Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri
* Rangsang suami lebih romantik
* Beri 'didikan cinta' kepada suami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...