PAGE

Khamis, Jun 02, 2011

‘Terlupa beri susu’

SEDIH...waris membawa keluar mayat bayi perempuan dari hospital.

SUNGAI SIPUT: Bayi perempuan sembilan bulan yang ditemui tidak bernyawa di dalam bilik di rumah ibu bapanya di sini kelmarin, disyaki mati kelaparan akibat terlupa diberikan susu.

Lebih menyayat hati keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mendapati Nurliyana Muhammad Hafizi sudah 36 jam meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.

Nenek mangsa hanya mahu dikenali sebagai Azizah, 68, berkata seluruh ahli keluarga trauma dan sedih dengan kejadian menimpa cahaya mata kepada anak lelakinya itu. Namun dia menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan kematian mangsa disebabkan didera secara fizikal oleh anak atau menantu perempuannya.

“Saya akui ibu bapa mangsa menghidap sakit mental tapi belum sampai tahap sanggup mendera anak sendiri hingga mati, malah mangsa adalah anak kedua mereka. Jika benar mereka tidak pandai menguruskan anak dan tidak berperikemanusiaan, mustahil mereka boleh membela serta membesarkan kakak mangsa yang berusia dua tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.




Petikan : HMetro 02/06/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...