JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal
KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Golden Churn Creamy Butter
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsing di sini petang semalam (02/08/2011) dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia HARAM kerana mengandungi DNA babi.
Pengarah Kementerian Perdaganngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata keputusan itu muktamad dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta JAKIM akan mengeluarkan kenyataan mengenainya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai mengenai penggunaan mentega dari New Zealand.
Sebelum ini, ramai pengguna keliru apabila JAKIM mengatakan mentega itu halal, tetapi JAIS pula mengesahkan ia mengandungi DNA babi.
“Saya berharap keputusan yang dicapai tadi (02/08/2011), akan menamatkan sebarang spekulasi status mentega itu,” katanya kepada BH.
Mengenai kesan keputusan itu terhadap industri kek lapis Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, JAIS akan mengeluarkan logo halal bagi kek yang tidak menggunakan mentega itu.
Isu DNA babi dalam mentega itu timbul selepas Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Johor mengesannya dan mengeluarkan amaran kepada pengguna Islam pada 18 Mei lalu.
Kek lapis guna mentega Golden Churn dimusnah
PENGARAH Jualan Di Wannie Cake meletakkan kek lapis Sarawak yang tidak menggunakan Golden Churn dalam peti ais di kedainya di Satok, semalam.
Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.
Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini. Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.
Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.
“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.”
“Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.
Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.
Keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.
Persatuan akui ramai batal tempahan
KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.
Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.
“Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.
Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.
Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.
“Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.
“Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu,” katanya.
Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung. Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak. Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.
“Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya,” katanya.
Sumber : BHarian 03/08/2011 dan BHarian 04/08/2011
salam BG ,
BalasPadambeginilah lumrah dunia akhir zaman .. sumber mknn pun disyaki halal haram nya dan yg ini dah terbukti haram nya .. kesian juga dgn nasib penjual2 kek tu tapi apa nak buat , kewajipan/tanggungjawab agama lebih berat utk ditanggung berbanding keuntungan dunia semata-mata...
Salam Ummi Hanie,
BalasPadamBeginilah nasib umat Islam jika terlalu bergantung kepada non-Muslim untuk mendapatkan bekalan makanan...
BHarian 06/08/2011 ~ Kedai roti, kek guna DNA babi berleluasa
BalasPadamKUCHING: Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).
Apa yang membimbangkan, kira-kira 40,000 kilogram mentega berkenaan berada di pasaran di negeri ini dengan bekalan masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit yang menjualnya secara terbuka.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Huzir Wan Sulaiman, berkata penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter bukan saja di kalangan pengusaha kek lapis sebaliknya turut digunakan dalam industri pembuatan roti dan kek.
Katanya, banyak pengusaha kedai roti dan kek termasuk yang bukan beragama Islam dikesan menggunakan jenama mentega itu selepas mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
“Golden Churn Creamy Butter telah digunakan secara meluas di Sarawak sebelum ini dan ia tidak terhad digunakan pengusaha kek lapis saja kerana ia turut membabitkan kedai roti serta kek yang banyak di seluruh negeri. Selesai pemeriksaan semua premis pengusaha kek lapis, kami akan meneruskannya ke atas kedai roti dan kek bagi memastikan mereka mematuhi sijil halal dikeluarkan JAIS,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
Selasa lalu, MIS memutuskan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter adalah haram selepas ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia mendapati wujud DNA babi di dalam sampel yang diambil dari pengedar di sini.
Wan Ahmad Huzir, berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan ke atas semua pasar raya yang menjual mentega berkenaan agar mengalihkannya ke seksyen tidak halal selain meminta pengedar menampal logo halal pada bahagian bungkusannya.
“Kita tidak boleh mengarahkan mentega ini dimusnahkan kerana ada pelanggan bukan Islam masih menggunakannya.”
“Mengenai dakwaan mengatakan wujudnya penghantaran Golden Churn Creamy Butter yang halal dari Australia, pihak kami menetapkan keseluruhan produk berkenaan adalah haram dan tidak ada sebarang penghantaran yang halal,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit, meminta tindakan tegas turut dikenakan ke atas mana-mana pihak didapati pernah dan menggunakan mentega itu.
“Janganlah hanya ‘menyerang' pengusaha kek lapis kerana Golden Churn Creamy Butter turut digunakan banyak pihak termasuk hotel terkemuka dan kedai roti bagi menghasilkan kek atau biskut yang dijual kepada orang ramai.”
“Mereka juga harus mengambil langkah sama termasuk menghentikan penggunaan mentega berkenaan dan menyamak peralatan dan perkakasan kerana pelanggan mereka merangkumi umat Islam juga,” katanya.
Ini yang dikatakan shubhat/syubhah.
BalasPadamSetiap yang meragukan hendaklah ditinggalkan sebagai pilihan yang paling baik. Bayangkan kalau kita mengeluarkan satu product makanan di mana sampling yang diambil oleh dua pihak yang berlainan menunjukkan dua keputusan yang berbeza. Satu kata ada KHINZIR dan satu lagi tiada. Soalannya ialah:
1. Di mana contamination tu berlaku?
2. Adakah di kilang pengeluaran itu sendiri?
3. Adakah di pasaraya?
4. Adakah di tempat makmal itu sendiri?
Adakah JAKIM atau JAIS atau JAJ memeriksa kemungkinan ini dengan melakukan resampling yang lebih besar lagi saiz samplingnya? Maksudnya sample kena diambil dekat semua tempat yang dikhuatiri pencemaran ini boleh berlaku. Selepas tu barulah conclusion boleh dibuat. Mungkin dah buat dan kita tak tahu.
Berdasarkan surat JAKIM dan negara Brunei, seolah olah Sarawak punya importer saja yang menghadapi masalah. Adakah importer ini yang mencampurkan product haram sekali dengan halal semasa transportation?
Soalan seterusnya ialah Jabatan Agama Islam Johor dalam memonya menyatakan HARAM sama seperti Majlis Agama Islam Sarawak. JAKIM dalam surat tersebut tak kata pun hanya di SARAWAK saja HARAM. JAKIM kata sampling dan lot no berbeza serta kemungkinan contamination yang berbeza puncanya.
Jadi ini yang ragu-ragu...? Setiap yang ragu-ragu kena ditinggalkan tak boleh digunakan kecuali kita pasti 100% atau kita tak tahu ada benda tu dalam makanan yang dimakan (Mudah-mudahan Allah SWT ampunkan).
Wallahu'alam.
manntrexe@yahoo.com
BalasPadamApabila kita menyatakan diri kita sebagai Muslim, salah satu tuntutan ke atas kita ialah mempastikan makanan kita halal. Apabila kita menetap di negara yang majoritinya Muslim, menjadi tanggungjawab pihak KERAJAAN mempastikan tuntutan itu dipenuhi. Lebih ramai yang inginkan halal dari yang syubhat atau haram.
Kita semua tahu implikasi memakan makanan yang syubhat dan tidak halal :
1. Doa yang tidak maqbul
2. Bala bencana ekonomi
3. Wanita hilang perasaan malu
4. Lelaki menjadi semakin jahat
5. Ibadat yang tidak bawa manfaat
6. Nafsu yang payah dibendung
7. Kesukaan kepada hiburan
8. Siksa kubur yang dahsyat
9. Yaumil Mahsyar yang sukar
10. Tempah tempat di api neraka
11. Keturunan yang jahat
12. Sakit yang payah diubati
Makanan haram tidak terhenti kepada adanya DNA Babi sahaja.
Ada 2 perkara yang menjadikan makanan yang halal menjadi haram
1. Makanan yang dicuri atau dirampas dari Tuannya - ini jelas
2. Membeli dengan wang yang haram
Wang yang haram termasuklah
- dari hasil penipuan dan mengelat
- dari hasil pada tanah yang telah diambil secara paksa
- dari hasil tanaman pada tunas yang dicuri atau diambil tanpa izin
- dari hasil binatang (kambing, lembu, ayam, burung ) yang dicuri atau diambil tanpa izin
- dari hasil pelaburan wang di dalam perniagaan judi, arak, riba' dan pelacuran
- dari hasil gaji yang diperolehi dari perniagaan judi, arak, riba' dan pelacuran
- dari hasil jualan arak, babi, anjing dan harta yang dicuri.
Jadinya, bukan sahaja kita perlu lihat DNA babi, kita perlu juga lihat dari mana datangnya wang yang kita perolehi.
Itulah bezanya orang Mukmin dan Muslim.
Muslim sudah cukup dengan pengakuannya sebagai orang Islam. Ada yang menunaikan tuntutan Rukun Islam dan ada yang tidak. Ada yang seumur hidup memakan makanan haram dan ada yang bersih darinya. Bila mati dalam apa jua keadaannya, dia akan ditanam menurut pengkebumian orang Islam. Kualitinya, tidak pasti.
Manakala Mukmin pula akan mempastikan bukan sahaja Rukun Islam ditunai, mereka juga akan mempastikan Rukun Iman tertunai.
Jika dia percaya pada Allah, Rasul, Malaikat, Quran, Hari Akhirat dan Qada' wa Qadar, maka sudah pasti dia akan menunai segala kehendak dan tuntutan kepercayaannya.
Sebagai contoh, jika dia percaya pada Allah, sudah pasti dia akan menghormati dan menyayangi Allah. Maka apa jua yang Allah haramkan, akan dia tinggalkan. Dia juga takut pada Azab yang menanti jika tidak menunaikan. Dia juga inginkan syafaat Rasulullah dan ingin berdamping denganNya di Alam Barzakh lagi.
Jadinya ungkapan "Tepuk Dada Tanya Iman" tidak sesuai bagi Muslim dalam konteks perbincangan ini. "Tepuk Dada Tanya Ego" lebih sesuai, sebabnya EGO tidak takut dan tidak sayang pada Allah.
Orang Mukmin ( orang yang beriman ) pula, dia akan sentiasa tanya pada dirinya sendiri, " ADAKAH APA YANG AKAN AKU LAKUKAN INI HALAL ATAU TIDAK? ".
Kalau tidak halal, maka dia akan tinggalkan. Kalau terpaksa, dia akan kembali kepada taubat.
BHarian 07/08/2011 ~ Kek lapis logo Sarawak Best dijamin halal
BalasPadam6 pengusaha amal pengeluaran baik terima pengesahan jabatan agama
KUCHING: Industri kek lapis Sarawak dijangka terus berkembang walaupun berdepan isu mentega Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi sejak beberapa hari lalu.
Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Sarawak menyediakan kemudahan untuk memastikan produk kek lapis Sarawak dijamin bersih dan bebas daripada penggunaan sebarang bahan tidak halal.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatiman Abdullah, berkata ketika ini, enam pengusaha kek lapis di negeri ini sudah menerima pengiktirafan dan pengesahan jenama Sarawak Best kerana menyediakan amalan pengeluaran baik dalam penghasilan produk mereka.
Syarikat terbabit ialah Di’Wannie Cake House, Rabiah Amit Cake House, Mariam Cake House, D’Rieza Enterprise, Afifi Cake House, Saptuyah Cake House dan Kek Lapis Siti Payung.
“Pengiktirafan Sarawak Best ini dikeluarkan apabila pengusaha itu disahkan melaksanakan amalan pengeluaran baik iaitu memiliki premis atau kedai membuat kek itu bukannya membuat di rumah, premis serta peralatan membuat kek yang dijamin sentiasa bersih, tempat penyimpanan dan pembungkusan juga mesti bersih serta bahan yang digunakan tidak meragukan.
“Apabila menepati kriteria itu, kerajaan akan mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha terbabit dan semua produk enam syarikat yang menerima pengiktirafan Sarawak Best ketika ini disahkan halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak,” katanya.
Justeru, katanya, pengiktirafan Sarawak Best yang memberi jaminan semua produk halal dan bersih akan memastikan industri kek lapis terus kukuh.
Fatimah berkata, ketika ini enam produk Di’Wannie Cake House menerima pengiktirafan Sarawak Best; Rabiah Amit Cake House (6); Afifi Cake House (8) Saptuyah Cake House (6), Mariam Cake House (6); D'Rieza (3) manakala Kek Lapis Siti Payung pula dengan tujuh produk.
Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memberi pengiktirafan sama kepada pengusaha kek lapis yang lain dengan syarat mereka memenuhi kriteria utama iaitu mesti mempunyai premis kedai atau kilang.
“Industri kek lapis Sarawak ini sebenarnya memberi pulangan besar bukan saja kepada pengusahanya malah menyumbang kepada pendapatan negeri,” katanya.