biduri
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Biduri atau nama saintifiknya calotropis gigantea merupakan tumbuhan semulajadi di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Sri lanka, India dan China. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga asclepiadaceae ini juga turut dijenali dengan nama crown flower dan boleh dijumpai di kawasan bermusim kemarau panjang seperti padang rumput yang kering, lereng-lereng gunung yang rendah dan pantai berpasir.
Biduri merupakan pokok rimbun yang boleh mencapai ketinggian sehingga empat meter tinggi. Pokoknya mempunyai bunga berkelompok yang berwarna putih atau ungu. Setiap bunga mempunyai lima kelopak kecil dan mahkota kecil yang muncul daripada bahagian tengah kelopak bunga.
Biduri juga turut mempunyai daun tunggal berbentuk bujur, bertangkai pendek, berwarna hijau muda serta batang yang bergetah. Buahnya berbentuk bulat telur atau bulat panjang dan berwarna hijau. Bijinya kecil, lonjong, berwarna coklat, berbulu pendek dan tebal.
Biduri dari Ronorenstein
Bunga biduri tahan lama
Di Thailand, bunga ini digunakan dalam pelbagai susunan bunga (ikebana). Bunga ini juga dikatakan amat popular di hati Ratu Hawaii bernama Ratu Liliuokalani yang menggunakan dan memakainya sebagai symbol diRaja. Di India pula, tanaman ini biasa dijumpai di kawasan kuil. Buahnya adalah folikel dan apabila kering, bijinya yang diterbangkan oleh angin. Biduri juga merupakan hos kepada pelbagai jenis serangga dan rama-rama. Biduri banyak ditanam dengan menggunakan bijinya.
Khasiat diaforetik dan diuretik
Akar Biduri mengandungi saponin, sapogenin, kalotropin, kalotoksin, uskarin, kalaktin, gigantin dan harsa. Daunnya mengandungi saponin, flavoniuda, polifenol, tannin dan kalsium oksalat. Batangnya mengandungi tannin, saponin dan kalsium oksalat. Getahnya mengandungi racun berbahaya kepada jantung yang menyerupai digitalis.
Kulit akar biduri mempunyai khasiat sebagai pengeluar peluh (diaforetik), perangsang muntah (emetic), merangsang enzim pencernaan dan pengeluar air kencing (diuretik). Kulit kayu biduri berkhasiat emetikc. Bunganya berkahsiat tonik dan menambah nafsu makan dan jika diambil dalam dos yang kecil, ia dikatakan dapat merangsang kapilari dan bertindak balas dengan baik pada kulit. Bunganya juga dikatakan mempunyai khasiat ubatan untuk asma. Daunnya berkasiat sebagai rubifasien dan menghilangkan gatal. Getahnya beracun dan dapat menyebabkan muntah, namun begitu ia mempunyai khasiat sebagai ubat julap. Bahagian tumbuhan yang digunakan untuk tujuan ubatan adalah kulit akar, daun, getah dan bunga.
Kulit akar dikatakan mampu digunakan untuk mengubati demam, perut terasa penuh, kaki kebas, gigitan ular beracun dan penyakit kulit. Daunnya pula dikatakan mampu digunakan untuk mengubati kudis, luka, seriawan, gatal pada cacar air (varicella), campak, demam dan batuk.
Bunganya didakwa mampu mengubati radang, gastritis, batuk, sesak nafas, influenza, siflis sekunder, kecing nanah (goronea) dan kusta. Getahnya pula dikatakan boleh mengubati bisul, eczema, luka pada siflis, luka di kaki, sakit gigi dan mencabut duri yang mencucuk kulit.
Pelbagai cara guna dan pakai
Terdapat cara penggunaan dan pemakaian herba bernama biduri ini. Bagi ubat yang diminum, rebus kulit akar lalu diminum. Untuk pemakaian luar, layukan daun segar secukupnya, lalu tambahkan kapur sirih dan giling sehingga halus. Lumurkan ramuan ini ke bahagian tubuh yang terkena penyakit kudis.
Bagi sakit perut, layukan daun segar di atas api, lalu sapukan minyak kelapa di bahagian permukaannya dn gunakan untu menutupi perut. Untuk merawat sakit telinga, tumbuk daun muda sehingga halus dan perah air ini dan titiskan ia pada telinga yang sakit. Bagi menyembuhkan luka pula, giling daun kering sehingga halus dan kemudian taburkan serbuk daun kering tadi pada bahagian yang luka.
Sementara itu, itu kulit yang gatal, cuci daun biduri sehingga bersih, lalu sapukan minyak kelapa di bahagian permukaannya. Layukan daun ini di atas api dan kemudian gunakan untuk membalut kulit yang gatal.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan herba biduri ini, namun bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber : MW#1276, Ronorenstein dan En.Wikipedia ~ calotropis gigantea
nyaman sekali..
BalasPadam