pokok mas cotek
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Bismillah. Dalam sebuah hadis, “Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangann berubat dengan benda-benda yang haram.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional.
Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.
Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Selain itu, ada juga suku etnik Sabah yang menyebutnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tanaman ini disebut ‘Tabat Barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘kangkalibang’. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
daun mas cotek berbintik emas
Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tunbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenal pasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga ficus deltiodea.
Mas cotek - ficus triangularis
~closed up ~
Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angina, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesies serapat angina banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesies telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesies delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek betina.
Mas cotek telinga gajah
Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar). Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesies Mas Cotek jantan dan spesies Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.
Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.
Seperti konsep ‘doctrice of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Mas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal di kalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin.
Tanaman herba ini tumbuh subur di kawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.
Khasiat untuk kesihatan produktif wanita
Mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Di samping itu, dipercayai rebusan daun Mas Cotek juga mampu memecahkan lemak serta membuang kolesterol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.
Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar dan buah Mas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakti pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami iseri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Mas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Kajian mengenai Mas Cotek
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
Flavonoid
* Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat.
* Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival.
Tannis
* Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur.
Triterpenoids
* Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient.
Phenols
* Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik.
Antara khasiat Mas Cotek yang lainnya adalah :
* Memperbaiki kerosakan urat saraf
* Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu Rahim bagi wanita selepas bersalin
* Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
* Membantu mengawal tekanan darah tinggi
* Merawat penyakit pneumonia
* Mampu merawat migraine, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
* Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
* Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
* Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
* Membantu masalah keputihan
* Melancarkan peredaran haid
Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan Mas Cotek, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber : Majalah i Luv iSLAM, Ms.Wikipedia ~ pokok mas cotek, MajalahSains, FikrahIslam dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...