Nenas elak masalah penghadaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nenas atau nama saintifiknya ananas comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. Nenas tergolong dalam keluarga bromeliaceae. Nenas sebenarnya bukan hanya buah yang sedap dimakan serta dijadikan jus minuman dan ia kaya kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai di kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan atau sayur sampingan (jelatah) selain dimakan dalam bentuk lain seperti jem nenas, halwa, jeruk dan biskut tat nenas. Bukan setakat itu saja malah nenas juga mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri.
Walaupun dikatakan ia adalah tumbuhan asli yang berasal dari Amerika Selatan iaitu dari negara Brazil, Bolivia, dan Paraguay, namun begitu nenas telah ditemui buat pertama kalinya oleh orang Eropah pada tahun 1943 di kepulauan Caribbean, apabila Columbus dan para penjelajah membawa nenas ke Eropah, percubaan telah dibuat untuk menanam buah nenas yang manis ini di sana.
Hanya setelah menyedari bahasa nenas memerukan cuaca tropika untuk hidup, maka pada kurun ke 16, penjelajah Portugis dan Sepanyol telah memperkenalkan nenas ke dalam koloni mereka di Asia, Afrika dan Pasifik Selatan. Di Negara-negara ini jugalah, nenas telah ditanam sehingga kini.
Buah nenas juga banyak ditanam di negara kita. Antara varieti nanas yang dipopular dan disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine (sering kali digelar Josephine). Saya menggemari nenas Josapine ini. Buahnya sedikit kecil dan bulat, isinya manis dan yang paling PENTING, ia tidak menyebabkan tragedi lidah gatal selepas memakannya... Bueno! :)
Nenas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Madu (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa. Kadar pertumbuhan nenas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nenas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik. Penghasilan komersil eanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taipei.
Nenas dan bahagian yang dibelah dua
Terdapat tiga kumpulan kultivar nenas yang ditanam di Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.
1. Kumpulan Cayenne - Sarawak, Smooth cayenne, Hilo
2. Kumpulan Spanish - Nenas Merah (Singapore Spanish), Masmerah, Nenas Hijau (Selangor Green), Nangka, Gandol (No. 19 atau 'java hybrid'), Betik
3. Kumpulan Queen - Moris (Mauritius), Bintangor (Moris Sarawak)
Varieti nenas
* Nenas Moris
Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nenas segar yang ditanam pada masa ini. Kedua-dua varieti nenas ini mempunyai kelemahan masing-masing. Nenas Moris kecil, isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi nenas jenis ini buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya.
* Nenas Sarawak
Bagi nenas Sarawak pula, buahnya besar, mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Varieti Sarawak juga menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendan terutama di kawasan gambut. Kedua-dua varieti (Moris dan Sarawak) ini juga rentan terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) akibat penyimpanan pada suhu rendah.
* Nenas Pada (Nenas Sawit)
Nenas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nenas yang popular dengan nama 'Nanas Sawit' di Mukah dan Dalat.
* Nenas Josapine (A25-34)
Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak. Ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin. Selain daripada itu nenas ini juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar. Berasaskan sistem pemilihan, nenas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nenas).
Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.
Buahnya berbentuk silinder, matanya besar membonjol, iaitu seperti nenas Spanish.
Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg). Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering. Rasa buahnya sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang. Dengan penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu masak. Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10%oC selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.
* Nenas Maspine
Nenas maspine berbentuk silinder dengan sisi bersegi. Kulitnya nipis, bermakna mempunyai kadar perolehan yang tinggi (untuk dimakan). Buahnya bersaiz sederhana dan beratnya lebih kurang 1.8 kg. Isinya beewarna kuning keemasan. Buah nenas maspine mempunyai kandungan gula tinggi iaitu lebih 16%, tetapi kandungan asidnya rendah iaitu 0.58%. Rasanya manis dan enak, sesuai dijadikan pencuci mulut.
Pine apple in the starting stage
Nenas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Nenas juga mempunyai nilai khasiat yang penting seperti mineral, serat dan enzim yang baik untuk system penghadaman dan membantu mengekalkan brat badan ideal dan keseimbangan nutrisi. Nenas merupakan sumber vitamin C yang baik dan boleh dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Nenas juga mengandungi lemak dan garam yang minimum serta tidak mempunyai kolesterol. Selain itu, nenas juga mengandungi sejumlah kecil vitamin B2, B3, B5 dan B6. Sesungguhnya nenas merupakan buah yang sedap, berkhasiat dan menyihatkan.
Nenas, mentah | |
Nutritional value per 100 g (3.5 oz) | |
202 kJ (48 kcal) | |
12.63 g | |
9.26 g | |
1.4 g | |
0.12 g | |
0.54 g | |
0.079 mg (7%) | |
0.031 mg (3%) | |
0.489 mg (3%) | |
Pantothenic acid (B5) | 0.205 mg (4%) |
0.110 mg (8%) | |
Folate (Vit. B9) | 15 μg (4%) |
36.2 mg (44%) | |
13 mg (1%) | |
0.28 mg (2%) | |
12 mg (3%) | |
0.9 mg (43%) | |
8 mg (1%) | |
115 mg (2%) | |
0.10 mg (1%) | |
Percentages are relative to US recommendationsfor adults. |
Perlindungan terhadap radikal bebas
Salah satu enzim paling penting dalam nenas ialah bromelain dan dikatakan bahawa enzim itu merupakan kunci kepada kebanyakan kebaikan untuk kesihatan. Apakah yang boleh dilakukan oleh bromelain terhadap kesihatan manusia? Bromelain didakwa berguna sebagai antikeradangan, berkesan dalam mengurangkan pembengkakan dan membantu dalam rawatan masalah kesihatan seperti sinusitis akut, sakit tekak, artritis dan gout. Enzim bromelain ini merupakan salah satu dari kumpulan enzim protease yang dapat menghidrolisis (menguraikan) protein. Namun perlu diingatkan, komponen bahan kimia yang terdapat pada buah nenas ini boleh menyebabkan luka kecil pada tisu mulut sekiranya diambil secara berlebihan.
Salah satu pemerhatian yang dibuat untuk membuktikan kewujudan enzim ini ialah semasa pembuatan agar-agar buah. Dalam proses pembekuan agar-agar yang menggunakan gelatin, semasa fasa penyejukan sekiranya dimasukkan kiub-kiub nenas segar di dalamnya. Dalam tempoh tertentu, sepatutnya hasil yang diperolehi ialah agar-agar nenas yang kenyal namun sebaliknya yang berlaku. Agar-agar tidak akan mengeras malah tetap cair dan hancur walaupun dibiarkan dalam tempoh yang lama. Hal ini tidak berlaku sekiranya kita memasukkan buah strawberry, peach, tembikai dan sebagainya. Ia membuktikan kewujudan enzim bromelain di dalam kumpulan protease dengan kadar yang tinggi di dalam buah nenas yang akan menguraikan ikatan protein di dalam gelatin yang digunakan dalam proses pembuatan agar-agar.
Buah yang masih belum matang
Bunga nenas di Iriomote, Japan
Nenas hampir matang di pokoknya
Membantu penghadaman
Untuk keberkesanan yang lebih, nenas harus dimakan antara waktu makan tanpa mengambil makanan lain. Ini adalah kerana sifat lain bromelain ialah untuk membantu penghadaman. Jika dimakan bersama makanan lain, kebaikan bromelain akan diganggu untuk membantu menghadam makanan lain.
Sebagai sumber vitamin C yang baik, nenas menawarkan kepada tubuh manusia satu perlindungan mementang radikal bebas, bahan yang menyerang sel-sel sihat. Radikal bebas yang terbina boleh memnbawa kepada atherosclerosis dan penyakit jantung, diabetic, pengingkatan dalam serangan asma dan peningkatan risiko pembentukan kanser tertentu seperti kanser kolon. Vitamin C juga amat penting kerana ia mampu menjadi penentang demam selesema dan influenza sekaligus memberi fungsi yang sempurna pada system imun.
Mengekalkan kesihatan mata
Nenas juga merupakan sumber bagus mangan, sejenis mineral penting dalam beberapa enzim yang perlu untuk tubuh bagi penghasilan tenaga. Nenas juga mempunyai sejumlah thiamine atau vitamin B yang amat penting dalam enzim penghasilan tenaga ini.
Buah nenas juga dikatakan amat bagus diambil kerana buah ini mampu mengekalkan kesihatan mata yang baik serta membantu melindungi masalah mata berkaitan dengan peningkatan usia. Tiga hidangan buah nenas yang kaya dengan antioksidan ini juga mampu merendahkan risiko pembentukan masalah mata.
Kencing tak lawas dan membunuh cacing
Selain itu, buah nenas yang masak juga mengandungi ciri diuretik. Amalan minum jus nenas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Jus buah nenas juga mampu membunuh cacing dalam usus.
Mampu melawan pertumbuhan barah
Dua molekul daripada nenas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.
Bukan setakat buah, batang atau tangkai nenas juga dikatakan mempunyai khasiat yang tersembunyi. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik Australia, terdapat molekul berguna yang tersembunyi pada batang nenas. Molekul ini mampu bertindak sebagai pertahanan menentang beberapa jenis kanser seperti kanser ovary, payudara, paru-paru, kolon dan kulit.
Kegunaan lain
Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nenas pula yang diperoleh dari daun nenas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Jus nenas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Enzim yang terdapat pada buah nenas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Sungguhpun terdapat pelbagai khasiat nenas, namun disebabkan bau ini begitu manis, maka nenas tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidap diabetic atau mempunyai tahap gula dalam darah yang rendah. Apa yang pasti, sebelum mengambil nenas untuk tujuan perubatan, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : MW#1296, En.Wikipedia ~ pineapple, MajalahSains, Ms.Wikipedia ~ nanas dan Pertanianmjg.Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...