PAGE
▼
Khamis, November 03, 2011
Manipulasi deria suami untuk kenikmatan seks
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pancaindera adalah kurniaan Tuhan seharusnya digunakan sepenuhnya oleh manusia ke arah kebaikan. Tidak terkecuali ia boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan seks suami isteri.
Lima deria yang ada pada suami boleh dimanipulasikan oleh isteri untuk kepuasan bersama. Laman-Seri kali ini memberikan tips bagaimana cara mempergunakannya agar hubungan intim makin hangat.
1. Sajian afrodisiak
Penuhi deria rasa suami dengan menyajikan makanan yang enak dan dari kategori afrodisiak sehingga membangkitkan nafsu suami. Antara yang boleh dihidangkan adalah makanan berempah yang membuatkan keringat suami meleleh. Rasa pedas akan meningkatkan degupan jantung dan menerbitkan perasaan ghairah.
Selain masakan mengandungi rempah, hidangan berasaskan daging juga memberikan kesan pada peningkatan hasrat seksual. Lebih-lebih lagi daging kambing atau sup ekor... Begitu juga dengan makanan laut seperti tiram yang boleh menambah tenaga waktu bersama. Udang juga dapat membantu jika sukar mendapatkan tiram. [NB: Sos tiram tidak dijamin keberkesanannya...] Akan tetapi para isteri harus beringat pastikan suami tidak makan terlalu banyak kerana acara malam anda pasti gagal kerana mengantuk.
2. Aksi menggoda tarik perhatiannya
Tarik deria penglihatan suami dengan aksi-aksi anda yang menggoda. Ini caranya, selesai makan malam bersihkanlah diri anda. Kenakan pakaian tidur yang seksi mahupun jarang yang menampakkan bentuk tubuh anda yang berlekuk itu. Kemudian duduklah di hadapannya, biarkan dia menikmati keindahan tubuh isterinya sendiri.
Di samping itu saat si dia sedang bersantai ini, berikan pose menggoda anda, ala-ala kuch kuch ho ta hei gitu... :) Lebih elok duduk rapat lalu lentukkan kepala anda di bahunya dan biarkan rambut anda mengurai di bahunya. Mahu mempercepatkan acara, ajak pasangan menonton DVD filem-filem romantik, pasti suami dapat membaca keinginan anda.
3. Urutan mesra
Siapa yang tak suka, diri dibelai mesra apatah lagi dari insan yang mereka cintai. Oleh itu pergunakan deria sentuhannya dengan melakukan urutan pada tubuh suami. Sebelum masuk tidur tawarkan khidmat tersebut pada suami yang tentunya akan diterima dengan hati yang gembira.
Selain urutan untuk melegakan ketegangan, selang selikan urutan nakal di bahagian-bahagian yang sensitif agar dia merasa rangsangannya. Tahukah anda sewaktu anda mengurut atau membelai tubuh suami degup jantung dan tekanan darahnya akan menurun. Begitu juga dengan hormon pemicu stres. Ketika ini tubuh suami akan lebih sensitif terhadap sentuhan, maka bila dibelai sedikit saja, suami sudah terasa kenikmatannya.
4. Wangian yang merangsang
Selain merangsang dengan sentuhannya, jangan lupakan deria baunya. Urut suami dengan menggunakan minyak aromaterapi atau anda sendiri mengenakan bauan yang harum. Paling baik gunakan wangian vanila. Baunya yang manis dan harum seumpama menyambut aura kebahagiaan. Sewaktu menghidu haruman ini, suami akan merasakan euforia, jadi jangan hairan selepas itu hasrat seksnya jadi menggebu-gebu. Ini kerana aroma vanila merangsang terus ke pusat saraf.
Begitu juga dengan aroma musk. Bauan ini mirip dengan feromon (yakni aroma asli seksual) manusia. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam minyak wangi. Ia juga boleh mengundang selera suami untuk beraksi lebih ‘liar’.
5. Muzik menenangkan
Bagaimana mahu mempergunakan deria pendengarannya? Mudah saja, di dalam kamar putarkan lagu-lagu berentak perlahan atau instrumental untuk suami merasai ketenangannya. Meskipun dia meminati muzik rock atau hip-hop tapi untuk acara dalam kamar sudah tentu ia tidak bersesuaian. Muzik yang sesuai menurut pakar seksologi mampu membantu adegan panas anda dan suami. Jika semua deria suami ini anda pergunakan sepenuhnya tak mustahil anda dan pasangan turut mendapat kenikmatan seks yang maksimum.
Selamat mencuba!
Sumber tips dipetik dari MW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...