PAGE

Isnin, Disember 05, 2011

Apakah itu syaitan?


Assalamualaikum warahmatullah,

Ðalam al-Quran, Allah SWT banyak menyebut kalimat syaitan. Adakah syaitan itu iblis sahaja? Firman Allah SWT yang bermaksud, “Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.”” (Surah al-Baqarah 2:36)

Sedangkan pada ayat sebelumnya, Allah SWT menyebutnya sebagai iblis sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Ðan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (Surah al-Baqarah 2:34)

Ibn Jarir al-Tabari berkata, “Sebenarnya kalimat syaitan lazim digunakan oleh orang Arab dalam percakapan yang merujuk kepada setiap pembangkang daripada golongan jin, manusia, haiwan dan segala sesuatu.”

Ðalam hal yang berkaitan dengannya, Allah SWT berfirman dalam surah al-An’aam dalam ayat 112 yang bermaksud, “Ðan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin...”

Allah SWT menjadikan syaitan daripada jenis manusia sebagaimana dijadikan daripada jenis jin. Imam al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya daripada Aslam al-Adawi r.a., bahawa Umar r.a. pernah menunggang haiwan tunggangannya kemudian haiwan itu berjalan laju, lalu Umar memukulnya tetapi ia tetap tidak memperlahankan kelajuannya melainkan menambahkannya lagi hingga Umar terjatuh sambil memberitahu seperti berikut, “Anda tidak menaikkan aku melainkan di atas syaitan, aku tidak turun daripadanya hingga aku jatuh.”

Sifat membangkang ini disebut sebagai syaitan kerana perilaku dan tindakannya yang berbeza dengan yang lain, serta jauh daripada kebaikan.

Iblis membangkang

Ketika mencipta Adam a.s., Allah SWT memerintah para malaikat supaya sujud kepadanya kerana mereka sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Tahriim ayat 6 yang bermaksud, “...tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Namun, dalam waktu yang sama, ada makhluk lain yang beribadat bersama mereka yang bukan daripada jenis mereka. Hal ini kerana malaikat diciptakan daripada cahaya sedangkan makhluk ini diciptakan daripada api.

Makhluk ini tidak mahu sujud kepada Adam dengan alasan ciptaannya lebih baik daripada ciptaan Adam, tanpa mahu melihat siapa sebenarnya yang memberi perintah sujud itu. Ðia berkata, “Aku lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku daripada api, dan Engkau ciptakannya daripada tanah.”

Sungguh aneh. Ðia mengakui bahawa Pencipta adalah Allah SWT dan mengakui bahawa yang menghidupkan dan yang mematikan juga adalah Allah SWT. Malah dia pernah berkata, “Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan.”

Namun, apakah bermanfaat pengetahuan tanpa amal perbuatan? Tidak, sudah tentu tidak. Bahkan akan menjadi bencana bagi oerang yang bersangkutan di samping akan menjadi saksi bagi dirinya pada hari kiamat.

Ðari sinilah bermulanya pengusiran pertama dan laknat (kutukan) Allah SWT, “Keluarlah kamu dari syurga, kerana sebenarnya kamu terkutuk dan sebenarnya kutukan itu tetap menimpa kamu sampai hari kiamat.”

Ðari sinilah awal permusuhan di antara dia dan Adam, lalu dia berfikir untuk membalas dendam. Itulah Iblis yang berperangai syaitan.

Amaran Allah kepada manusia

Allah SWT memperingatkan kepada manusia tentang permusuhan syaitan sebagaimana firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 27 yang bermaksud, “Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Justeru Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk sentiasa memohon perlindungan kepada Allah SWT sebagaimana sebuah hadis daripada Ibn Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah SAW membaca:


Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan yang terkutuk, daripada penyakit gila yang ditimbulkannya, daripada godaannya dan hembusannya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi no 281)




Sumber : Ðato’ Ismail Kamus, Solusi Isu # 19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...