PAGE
▼
Khamis, Januari 12, 2012
Punca ketidakpuasan seks isteri
Salah satu masalah seks wanita yang sering diadukan adalah ketidak puasan dalam menikmati seks. Tapi, berbeza dengan lelaki, wanita bagainamapun lebih dapat menerima rasa ketidak puasan tersebut dengan lebih tenang. Mereka boleh menyembunyikan masalah tersebut ataupun memendakannya sendiri dan kebanyakan wanita sangat berhati-hati dalam menanganinya.
Namun ada juga wanita yang tidak dapat menahan masalah ketidakpuasan mereka lantas melampiaskan nafsu seksual dengan cara yang salah. Antaranya ada yang sanggup melakukan dosa hubungan seks terlarang dengan lelaki lain.
Namun peratusan mereka yang berfikiran pendek melakukan perkara tersebut cukup sedikit. Kebanyakan daripada mereka berusaha bertahan dengan masalah seksual yang dihadapi sehingga kadang kala sanggup bersabar berbelas-belas tahun dengan pasangannya. Masalah seksual wanita berumah tangga selalunya berkaitan dengan masalah psikologi yang dihadapi oleh mereka. Secara psikologi, ada beberapa isu yang mampu mencetus ketidakpuasan seks kalangan wanita terhadap suaminya;
❀ Tidak puas hati terhadap bentuk fizikal pasangan
Tubuh suami yang mungkin gemuk, boroi, memiliki rupa paras yang tidak disenangi ataupun ukuran alat kelamin yang tidak sesuai dengan keinginan dan impian isteri mampu menimbulkan perasaan ketidakpuasan.
Kesemua aspek fizikal suami yang tidak disenangi ini akan membawa kesan pada psikologi wanita. Sama ada mereka menolak untuk mengadakan hubungan seks dengan pasangan ataupun dingin ketika melakukannya.
❀ Aktiviti seksual yang membosankan
Aksi atau rutin seks suami yang sama dari awal perkahwinan sehingga sepuluh tahun berikutnya pastinya membosankan isteri. Kebosanan ini akan membunuh keinginan isteri untuk melakukan hubungan seks. Perlu ada variasi seks antaranya dengan melakukan perubahan lokasi, masa, gaya dalam hubungan seks.
❀ Dipandang remeh oleh pasangan
Seseorang wanita perlu mencari kekuatan untuk meluah masalah seksual yang dialami. Namun apabila masalah tersebut dipandang remeh oleh pasangan rasa kecewa pasti dirasai. Perasaan ini sekali gus memberi kesan terhadap hubungan seks.
❀ Suami terlalu kasar
Sikap suami yang terlalu kasar mahupun terburu-buru ketika berhubungan seks turut akan menimbulkan masalah seksual. Seperti yang diketahui, wanita perlukan masa untuk terangsang, jika seks dilakukan dengan kasar dan terburu-buru ia pasti menimbulkan kesakitan dan tak mustahil wanita tersebut boleh mengalami trauma setiap kali berhubungan seks. Justeru sekiranya boleh mereka pasti mahu mengelak dari melakukannya.
❀ Suami ada hubungan sulit
Kecurangan yang dilakukan oleh pasangan sememangnya mengecewakan. Kekecewaan ini pastinya menyebabkan pasangan tiada nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan insan yang membuatkan hatinya terluka. Malah ada yang mengelak dari melakukan seks dengan suami yang curang bertahun-tahun lamanya kerana berasa jijik dengan pasangan yang telah menodai kepercayaannya.
❀ Fantasi seks yang diinginkan tidak tercapai
Walaupun mungkin tak sehebat lelaki namun, wanita juga punya fantasi seks sendiri. Kebanyakannya mahukan kelembutan dari suami, belaian manja, suasana romantis dan juga variasi dalam hubungan seks. Sekiranya fantasi seks yang diingini tidak dapat diadakan oleh suami maka sudah tentu perasaan tidak puas akan timbul di hati isteri.
❀ Terlalu letih
Kepenatan melakukan kerja rumah dan juga kerja di pejabat akan membuatkan wanita hilang ghairah untuk melakukan seks. Inilah juga alasan yang kerap diberikan wanita untuk menolak mengadakan hubungan seks dengan suami.
❀ Tiada pengetahuan seks
Ada kalangan wanita yang bergelar isteri punya pengetahuan yang cetek terhadap seks. Mereka ini selalunya kaku dalam perhubungan seks dan bersikap menerima saja. Selain itu ada juga yang langsung tidak tahu bagaimana cara untuk memuaskan pasangan dalam hubungan seks. Sikap ini biasanya akan membuatkan seks menjadi hambar bukan saja buat suami tapi juga si isteri itu sendiri.
❀ Trauma bersalin
Kesakitan menghadapi proses bersalin dan kepenatan menjaga bayi yang baru dilahirkan menyebabkan ada wanita trauma untuk melakukan hubungan seks. Mereka bimbang akan hamil lagi dan berhadapan dengan perkara yang sama.
Sumber : MW#1411
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...