PAGE

Selasa, Januari 17, 2012

Taubat setelah 40 tahun bergelumang dosa



Pada zaman Nabi Musa a.s., pernah berlaku musim kemarau yang panjang kepada Bani Israel. Lantaran itu, mereka berhasrat untuk berkumpul dan menenui Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.

Mereka merayu kepada ketua mereka dengan berkata, “Wahai nabi Allah yang merupakan kalam-Nya, tolonglah mohon kepada Tuhanmu agar Ðia berkenan menurunkan hujan untuk kami.”

Kemudian Nabi Musa a.s. bersama-sama kaumnya berangkat menuju ke kawasan lapang. Menurut suatu pendapat seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qudamah dalam al-Tawwabin, bilangan mereka pada waktu itu lebih kurang 70 ribu orang.

Setelah mereka sampai di tempat yang dituju, maka Nabi Musa a.s. mula berdia agar diturunkan hujan (al-istisqa’). Antara isi doa tersebut adalah : “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan cuaca semakin panas.”

Allah SWT telah menurunkan firman-Nya yang bermaksud, “Aku tidak merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Cuma dalam kalangan umatmu ini, ada seorang yang telah melakukan perbuatan maksiat selama 40 tahun. Selagi dia masih berada dalam kumpulan umatmu ini, maka dia menjadi penyebab terhalang turunnya hujan untuk kamu semua.”

Nabi Musa a.s. kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarinya dalam lingkungan jumlah manusia yang melebih 70 ribu orang ini?”

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Akulah yang akan menyampaikannya kepada mereka!”

Mentaati dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa a.s. segera berdiri dan berseru kepada kaumnya : “Wahai seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya, sudah lama engkau melakukan dosa kepada Allah SWT. Keluarlah kamu dari tempat ini, kerana kewujudanmu menghalang hujan daripada diturnkan oleh Allah SWT kepada kami semuanya.”

Mendengar seruan daripada Nabi Musa a.s., maka orang derhaka yang dimaksudkan itu berasa sangat serba salah. Ðia melihat ke kanan dan ke kiri. Namun, dia tidak melihat seorang pun yang keluar. Ðengan demikian, yakinlah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa a.s. itu ialah dirinya sendiri. Ðalam hatinya timbullah penyesalan yang amat mendalam.

Ðia berkata dalam dirinya : “Jika aku keluar daripada kumpulan ini, nescaya akan terbukalah kejahatan yang telah aku lakukan selama ini. Ði manakah akan diletakkan maruah dan kemuliaan keluargaku? Tentulah mereka akan dipandang hina keranaku. Akan tetapi jika aku tetap bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT. Ya Allah! Kesalnya aku, maluya aku. Terimalah taubatku, aku berjanji tidak akan mengulangi maksiat-maksiat itu lagi. Ya Allah, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih 40 tahun, walaupun demikian ENgkau masih memberikan kesempatan kepadaku, dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan, maka terimalah taubatku ini. Janganlah dibuka keaibanku di hadapan ramainya hamba-hamba-Mu dan nabi-nabi-Mu.”

Akhirnya, lelaki itu bertekad menundukkan kepalanya kerana bimbang dilihat oleh orang ramai yang mencari-cari siapa sebenarnya pesalah yang dikehendaki itu. Beberapa detik selepas itu, kelihatan awan berkumpul di langit. Seiring dengan itu, hujan pun turun dengan lebatnya.

Melihat keadaan demikian, maka Nabi Musa a.s. berkata : “Tuhanku, mengapakah Engkau mengurniakan nikmat dan rahmat hujan kepada kami, sedangkan pesalah belum lagi menyerah diri?”

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai Musa, Aku menurunkan hujan ini juga disebabkan oleh orang tersebut yang dahulunya menjadi sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa a.s. berkata : “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang dimaksudkan itu?”

Allah SWT berfirman, maksudnya, “Wahai Musa, dahulu ketika dia melakukan maksiat dan derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang AKu akan membuka aibnya itu ketika dia telah kembali melakukan ketaatan kepada-Ku?”




Sumber : Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed di Solusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...