PAGE

Khamis, Januari 26, 2012

Usah melampau dalam ibadah – Part 1



Assalamualaikum warahmatullah,

Islam adalah agama wasata dan umatnya adalah ‘Ummatan Wasatan’, iaitu umat yang sederhana dan adil dalam segala aspek dan cara hidup mereka.

Ðalam entry kali ini, akan memberikan beberapa contoh kesederhanaan dalam skop ibadat. Antara ciri-ciri kesederhanaan, keadilan dan keseimbangan dalam ibadat adalah:

1 – Jangan dikekang yang harus

Anas r.a. meriwayatkan bahawa tiga orang lelaki telah pergi ke rumah beberapa orang isteri Rasulullah SAW dan bertanya tentang cara ibadat Baginda. Setelah dikhabarkan kepada mereka sebagaimana yang diminta, mereka berpandangan bahawa amalan mereka sedikit sahaja, maka mereka pun berkata, “Ði mana kedudukan kami jika hendak dibandingkan dengan Nabi SAW? Sedangkan Nabi telah diampunkan kesalahan yang lepas dan yang akan datang.”

Salah seorang daripada mereka berkata, “Aku akan menunaikan solat sepanjang malam dan sepanjang hayatku.”

Yang kedua pula berkata, “Aku pula akan berpuasa tanpa berbuka.”

Yang seorang lagi pula berkata, “Aku akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”

Setelah mendengarnya, Rasulullah SAW SAW pergi berjumpa dengan mereka dan bersabda yang bermaksud, “Adakah kalian yang berkata sebegini? Ðemi Allah, sesungguhnya aku lebih takut akan Allah daripada kamu dan lebih bertakwa kepada-Nya. Tetapi, aku berpuasa dan berbuka, menunaikan solat dan berehat serta aku juga menahwini perempuan. Sesiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku, maka dia bukan daripada umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 5063)

Ðijelaskan dalam kitan al-Wasatiyyah fi Ðau’-al-Qur‘an al-‘Azim: “Ini adalah antara pendirian melampau yang jelas kepada kita sebabnya; iaitu keinginan yang ikhlas dalam menambah kebaikan sehingga menyebabkan mereka bertanya tentang cara ibadat Rasulullah SAW. Apabila mendengarnya, mereka merasakan amalan mereka kurang dan sedikit, lalu mereka mengatakan sebagaimana tadi.”

Rasulullah SAW tidak mengiktiraf cara di atas, lalu membaiki fahaman tersebut dengan segera menasihati dan membetulkan pandangan mereka tentang cara untuk mencapai keredaan dan takwa kepada Allah SWT.

Baginda juga menerangkan bahawa ia bukan dengan hanya menfokuskan kepada amalan tertentu sahaja, tetapi cuai dalam banyak amalan lain.

Amalan yang baik itu terhasil keseimbangan antara kesemua amalan yang telah difardukan oleh Allah SWT sama ada wajib atau sunat. Inilah yang dinamakan kesederhanaan, keseimbangan, hikmah, istiqamah dan adil dalam ibadat.

2 – Islam tidak memberatkan

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan : “Ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah, seorang lelaki mendengarnya sambil berdiri. Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat tentangnya. Mereka memberitahu beliau ialah Abu Israil yang telah bernazar untuk sentiasa berdiri dan tidak akan duduk, tidak akan berteduh daripada panas matahari, tidak akan bercakap dan akan berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Suruh dia bercakap, berteduh, duduk dan sempurnakan puasanya.’” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 6704)

Al-Hafiz Ibn Hajar rhm. telah mengulas hadis ini: “Sesungguhnya diam (menegah diri) daripada benda yang harus itu bukan antara ketaatan kepada Allah. Begitu juga setiap perbuatan yang boleh memudaratkan manusia walaupun pada masa depan, yang tidak disyariatkan daripada al-Quran dan hadis seperti tidak memakai selipar, berada di bawah panas matahari dan sebagainya, bukan satu ketaatan kepada Allah. Jika dia bernazar, ia tidak sah.” (Fath al-Bari, jil. 19, hlm. 76)

Ini menunjukkan keringanan dan kemudahan dalam syariah Islam.

3 – Berikan dirimu hak

Ketika mempersaudarakan antara golongan ANsar dan Muhajirin, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Salman al-Farisi dan Abu al-Ðarda’ (Uwaimir bin Zair bin Qais al-Ansari r.a.).

Pada suatu hari, Salman telah menziarahi Abu al-Ðarda’ dan melihat keadaan isterinya; Ummu al-Ðarda’ (Khirah binti Abi Hadrad al-Aslamiyyah) yang tidak terurus. Beliau lalu bertanya keadaannya. Ummu al-Ðarda’ memberitahu bahawa suaminya itu tidak memerlukan kehidupan duniawi.

Apabila Abu al-Ðarda’ kembali, beliau menghidangkan makanan kepada Salman dan mempersilakannya makan, sedangkan beliau sendiri berpuasa. Salman berkata bahawa beliau tidak akan makan sehingga Abu alÐarda’ makan, lalu beliau (Abu al-Ðarda’) berbuka dan makan juga.

Apabila tiba waktu malam, Abu al-Ðarda’ bangun untuk menunaikan solat, namun Salman menyuruhnya tidur dahulu. Tidak lama kemudian, Abu al-Ðarda’ bangun lagi untuk solat, Salmoan sekali lagi menyuruhnya tidur semula, lalu beliau pun tidur. Apabila tiba akhir malam, Salman menyuruh beliau bangun untuk solat, maka mereka bangun menunaikan solat.

Salman berkata kepada Abu al-Ðarda’: “Bagit Tuhanmu atas dirimu ada hanknya, dan atad sirimu sendiri dan keluarga kamu juga ada haknya. Maka, berikan setiap yang berhak, hak masing-masing.”

Abu al-Ðarda’ lalu menceritakan kepada Rasulullah SAW tentang peristiwa ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Benarlah apa yang dikatakan oleh Salman.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 6139)

Ðalam hadis ini terkandung beberapa faedah dan pengajaran, antaranya:
{ Sunat menziarahi seorang saudara dan bermalam di tempatnya.
{ Sunat juga menasihati sesama Muslim dan memberi peringatan jika dia lupa.
{ Kelebihan melakukan qiamullail pada akhir malam.
{ Sunat seorang perempuan itu berhias untuk suaminya.

Hadis ini juga membolehkan kita melarang seseorang daripada mengamalkan perkara sunat jika dibimbangi akan membawa kepada jemu dan tidak bersemangat serta terabainya beberapa kewajipan dan hak lain yang mesti dilakukan. Ini kerana, sunat hanya bersifat peribadi sahaja. (Fath al-Bari, jil. 6, hlm. 236)

4 – Biar sedikit asalkan berterusan

Ummul Mukminin AIsyah r.ha. meriwayatkan: “Pada suatu hari, Rasulullah SAW balik ke rumahku dan bersamaku ada seorang perempuan. Lalu Rasulullah bertanya: ‘Siapakah dia?’

Aku menjawab: ‘Ðia seorang perempuan yang tidak tifur dan sentiasa solat.’

Baginda SAW lalu bersabda yang bermaksud: ‘Tidak perlu. Kamu hendaklah melakukan amalan setakat yang kamu mampu. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan jemu untuk memberi pahala sehingga kamu sendiri yang jemu untuk melakukan amal ibadat. Amalan yang Allah SWT paling sukai ialah amalan yang dilakukan berterusan oleh tuannya (walaupun sedikit).’” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 1151 dan Muslim no. 785)

Ini menunjukkan ajaran dan bimbingan Rasulullah SAW kepada umatnya agar sentiasa bersikap seimbang dan sederhana.

5 – Jangan memudaratkan

Anas r.a. meriwayatkan: “Pada suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid dan melihat seutas tali terikat di antara dua batang tiang, lalu Baginda bertanya tentangnya. Orang ramai memberitahu bahawa tali itu kepunyaan Ummul Mukminin Zainab untuk beliau ketika solat. Apabila berasa letih dan penah, beliau akan berpegang padanya. Baginda SAW lalu bersabda yang bermaksud, ‘Buka ikatannya. Kamu hendaklah melakukan solat (dan lain-lain amalan) setakat yang kamu mampu. Apabila kamu berasa penat dan tidak larat, maka berhentilah dahulu.’” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 1150 dan Muslim no. 784)

Hadis ini menunjukkan bahawa perempuan juga tidak kurang usahanya daripada lelaki dalam mencari kebaikan dan berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan. Ini semua telah jelas dalam kesungguhan melakukan ibadat. Tetapi Rasulullah SAW tidak mengiktiraf perbuatan yang boleh memudaratkan ini, bahkan Rasulullah SAW melarangnya serta menyuruh umat-Nya beramal dengan kesederhanaan yang dapat memberi manfaat.

Kita dapat mengambil faedah daripada ulasan Imam al-Nawawi tentang dua buah hadis ini. Beliau berkata: “Ia menunjukkan dalil agar berpada-pada dalam ibadat dan menjauhkan diri daripada keterlaluan. Hadis ini bukan hanya khusus untuk solat sahaja, bahkan untuk seluruh amal kebajikan secara umumnya.”

“Hadis ini juga menunjukkan betapa sempurnanya sifat keprihatinan Rasulullah SAW terhadap umatnya. Baginda membimbing mereka ke arah apa yang dapat memberi kebaikan. Sesuatu yang dapat dilakukan secara berterusan tanpa memberi kesusahan dan kemudaratan, malah jiwa akan menjadi cergas, hati pula akan tenang. Kesannya, terhasillah ibadah yang sempurna.” (Sharh Sahih Muslim, jil. 6, hlm. 71)

Tidak melampau dan tidak cuai

Sebagaimana dalam contoh yang sebelumnya, ia juga memberi peringatan akan sifat ghuluw dan keterlaluan yang akan menyebabkan pengamalnya berhenti di tengah-tengah jalan dan tidak dapat melakukannya secara terus, atau menjadikannya menambahkan amal ibadat yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT, maka ia tidak akan diterima sebagai amal soleh.

Ði sebalik larangan Allah terhadap sifat ghuluw dan melampau, Allah SWT juga melarang daripada sifat cuai dan meninggalkan solat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kemudian datang sesudah mereka, keturunan yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam 19:59)

Imam Ibn Kathir rhm. mentafsirkan ayat ini: “Apabila Allah Taala menyebut kumpulan orang yang bertuah iaitu daripada kalangan para anbia dan pengikut mereka yang melaksanakan perintah Allah, melaksanakan fardu-Nya, meninggalkan larangan-Nya, Allah berfirman pula dalam al-Quran yang bermaksud: ‘Kemudian datang sesudah mereka, keturunan yang buruk (iaitu beberapa kurun selepasnya) yang meninggalkan solat’, pasti amalan yang lain juga lebih mudah ditinggalkan kerana solat tiang agama. Solat juga adalah sebaik-baik amalan seorang hamba, sedangkan mereka mengejar dan mengikut hawa nafsu dunia, reda dan tenang dengannya, maka mereka orang yang akan menerima kerugian pada hari kiamat kelak.” (Tafsir Ibn Kathir, jil. 3, hlm. 137)

Wallahu‘alam.




Sumber : Ðr. Abdul Basit Abdul Rahman di Solusi ISU#38

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...