PAGE

Isnin, Februari 13, 2012

Jadikan suamimu, syurgamu!


Assalamualaikum warahmatullah,

Kita biasa dengan ungkapan yang berbunyi ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’, maknanya, apabila kita mentaati ibu, balasannya syurga. Hal ini diperkuatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat, bukan sahaja kepada ibu malah bapa juga.

Ada pun janji syurga di bawah telapak kaki suami, memang tidak ditemui dalam mana-mana hadis. Namun, cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya. Hal ini diperkuatkan pula dengan demikian banyak ayat dalam al-Quran dan hadis Baginda SAW.

Kita sebagai isteri boleh meraih syurga di dunia dan akhirat jika memiliki sifat-sifat mentaati suami. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada disebabkan Allah telah memelihara mereka.” (Surah an-Nisaa : 34)

Ðalam ayat di atas, Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah SWT berfirman, “Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tiada ada di rumah atau di sampingnya. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika syuaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.”

Ketika Rasulullah SAW menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai Baginda bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud, “Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, Muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis.” (Surah at-Tahrim : 5)

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud, “Apabila seornag wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang engkau sukai.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ciri isteri penghuni syurga

Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumahtangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami. Syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul. Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Ðengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

Kunci kerukunan rumahtangga adalah persefahaman antara suami isteri. Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumahtangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Ðengan demikian rumahtangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Siapa yang tidak mahu menjadi isteri solehah yang dijanjikan syurga oleh Allah? Namun, sudah pastilah dalam menuju jalan ke syurga itu, banyak sekali halangan dan dugaan yang mesti ditempuh. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kaki tergelincir dari pintu syurga yang dijanjikan itu.

Ada banyak sifat yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan. Ada sifat yang kita tahu terang-terang tetapi kerana kita ini bernama manusia, selalu sahaja kita langgar atau tidak ambil peduli. Apakah sifat itu?

1 – Perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Kita hendaklah tunduk kepada perintah Allah, terus-menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

Kita juga perlu menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia. Selalulah bertaubat kepada Allah hingga lisan kita sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Jauhi daripada perkataan yang sia-sia, tidak ebrmanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lain-lainnya.

2 – Isteri solehah penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Ði mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata, ‘Aku tidak dapat tidur sebelum engkau reda.’” (Hadis riwayat an-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257)

3 – Menjaga rahsia suaminya, lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan hubungan intim antara suaminya. Asma’ binti Yazid r.a. menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah SAW. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertabya, “Barangkali ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (saat berhubungan intim), dan barangkali ada seorang isteri yang mengkhabarkan apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab, “Ðemi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami).” Baginda bersabda, “Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulnya sementara manusia menontonnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

4 – Selalu berpenampilan menarik di hadapan suami sehingga apabila suami memandang ke arah isteri, hatinya senang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Mahukah aku beritakan kepada mu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya dan apabla dia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” (Hadis riwayat Abu Ðaud)

5 – Ketika suami sedang berada di rumah (tidak ke mana-mana atau keluar kota) jangan pula isteri menyibukkan diri dengan melakukan ibadah sunat yang dapat menghalangi suami untuk berseronok (bernikmat) dengannya. Jangan pula pada masa itu si isteri berpuasa kecuali dengan izin suami. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunat) sementara suaminya ada (tidak sedang berpergian) kecuali dengan izinnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6 – Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Ðiperlihatkan neraka kepadaku, ternyata aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum wanita yang kufur.” Ada yang bertanya kepada baginda, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab, “Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri (tidak mensyukuri) kebaikannya. Seandainya salah seorang dari kalian berbuat baik kepada seorang di antara mereka (isteri) setahun penuh, kemudian dia melihat dirimu sesuatu (yang tidak berkenan baginya) nescaya dia berkata: ‘Aku tidak pernah melihat darimu kebaikan sama sekali.’” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7 – Bersegera memenuhi ajakan suami untuk memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suami, kerana takut terhadap berita Rasulullah SAW, “Ðemi Ðzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak (enggan) melainkan yang di langit murka terhadapnya hingga suami reda padanya.” (Hadis riwayat Muslim)

8 – Melegakan hati suami apabila dilihat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bagi seorang mukmin lelaki, sesudah takwa kepada Allah SWT, maka tidak ada sesuatu yang paling berguna bagi dirinya selain isteri yang solehah. Iaitu taat apabila diperintah, melegakan apabila dulihat, reda apabila diberi yang sedikit, dan menjaga kehormatan diri dan suaminya, ketika suaminya pergi.” (Hadis riwayat Ibnu majah)

Isteri solehah mampu memberikan suasana teduh dan ketenangan berfikir dan berperasaan bagi suaminya. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ði antara tanda kekuasaan-Nya, iaitu Ðia menciptakan pasangan untuk diri kamu daripada jenis kamu sendiri, agar kamu dapat memperoleh ketenangan bersamanya. Sungguh di dalam hati yang demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Rum 30:21)

Semoga kita semua termasuk dalam golongan ciri isteri solehah dan beroleh balasan syurga.




Rujukan : MiÐi 1 Oct 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...