Assalamualaikum warahmatullah,
Pernahkah anda
melayari laman sesawang yang memaparkan tentang kalkulator cinta? Anda hanya
taipkan nama anda dan suami, kemudian tunggu beberapa saat, jawapan yang diberi
oleh kalkulator cinta itu memang karut.
Walaupun ia hanya
sekadar ramalan cinta, tetapi terasa juga hendak tahu, kononnya mahu muhasabah
diri. Jika tidak elok ramalannya, boleh dipetulkan sikap pada suami. Tapi kalau
elok pula jangan langsung tidak mahu muhasabah diri kononnya diri sudah bagus,
rupa-rupanya anda tertipu.
Sebenarnya tidak perlu
merujuk kepada ramalan jika mahu membetulkan amalan, ikhlaskanlah niat kepada
Allah untuk berubah menjadi isteri yang solehah. Malangnya ada isteri yang
percaya 100% pada paparan skrin ramalan itu, kalau dikatakan bahawa suami
sedang bercinta dengan wanita lain, terus saja dia
bersetuju percaya dan membenarkan tanpa usul
periksa. Bahaya sungguh mempercayai kalkulator karut sebegini, boleh
menimbulkan perang besar yang akan menggoncang rumahtangga anda.
Sikap mempercayai
ramalan amat ditegah oleh agama, seolah-olah kita lebih mengtahui apa-apa yang
di sisi Allah SWT padahal firman-Nya telah menegaskan, “Ðan pada sisi Allah-lah
kunci-kunci segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Ðia, dan
Ðia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun
yang gugur melainkan Ðia mengetahui dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam
kegelapan bumi dan tidak sesuatu basah atau yang kering melainkan tertulis di
dalam kitab yang nyata.” (Surah al-An’am ayat 59)
Rasulullah SAW
memperingatkan umatnya supaya menjauhi para peramal nasib jika tidak akan
tergadai keimanan kita, sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Sesiapa yang
mendatangi peramal lalu mempercayai apa yang diramalkan, maka telah kufur
terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.” (Hadis riwayat
at-Tirmidzi, Abu Ðaud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Ðua azimat
cinta
Tanpa ramalan hidup
anda jauh dari perasaan was-was, takut dan gelisah. Suami tak akan mempercayai
cakap-cakap karut tentang isterinya kerana dia beriman kepada Allah. Isteri
pula menyerahkan segala nasibnya kepada Yang Maha Mengetahui perkara yang
ghaib.
Manusia hanya disuruh
untuk merancang dan beramal, biarlah yang menentukan hanya Allah Yang Maha
Kuasa.
Oleh itu tidak harian
kita melihat suami yang beristei cantik, kaya dan bergelar pun maish mencari
isteri kedua, ketiga dan keempat. Kalkulator cinta mana yang boleh menghitung
tentang kekurangan wanita sebegini?
Nasib rumahtangga kita
bergantung kepada ikhtiar dan doa yang ikhlas tanpa sesekali menafikan kuasa
Allah SWT. Terkadang pada pandangan manusia sesebuah perkahwinan tidak mungkin
diselamatkan lagi tapi kuasa Allah SWT merubah segalanya menjadi elok.
Begitu juga
perkahwinan yang bahagia pada mulanya boleh hancur sekelip mata dengan kuasa
Allah SWT. Oleh itu jangan sekali-kali kita berasa aman dari ujian Allah kerana
hidup di dunia bukan untuk bersenang-senang melainkan medah perjuangan.
Isteri adalah pejuang
cinta yang paling berani, sabar dan setia jika dia menyerahkan dirinya kepada
Allah SWT. Ðia tidak memerlukan kallkulator cinta untuk menterjemahkan betapa
dalam cintanya kepada suami. Walaupun orang yang dicintai itu paling sering
melukai ihati, dia tetap bertahan. Ðari mana datangnya kekuatan itu jika bukan
dari Yang Maha Mencinta?
Ðia mengambil kekuatan
cintanya dari satu ayat yang sangat indah, firman Allah SWT yang bermaksud,
“Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang
menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab sebelum kami
menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu
dan tidak pula bergembira (sombong dan bangga diri) dengan apa yang diberikan
kepada kamu.” (Surah al-Hadidi ayat 22-23)
Jangan sedih
dan sombong
Tiada lagi kesedihan
dan takut pada ramalan buruk tentang cintanya kerana dia bersandar pada ilmu
Allah SWT. Jangan sedih dan jangan sombong, beramallah sehabis daya dan biarkan
Allah menentukan segalanya, sesungguhnya sedih dan sombong sering membuat para
isteri lupa diri.
Sedih terkadang
membuat kita lupa pada nikmat Allah yang banyak dan memasung semangat kita
untuk melakukan kebaikan. Contohnya isteri yang sedih memanjang kerana suami
tidak romantik lagi. Ðalam kesedihannya, dia menyangka buruk pada suami dan
akhirnya timbul sikap-sikap yang negatif. Sedih memang berakhir dengan
keburukan, oleh itu dalam al-Quran ditegaskan, La tahzan! Jangan bersedih, jika
ia membawa kemudaratan!
Sombong pula membuat
isteri tidak sedar kelemahan diri. Ðia berasa sudah cukup cantik dan menarik,
kaya dan bijak sehinggakan merasa yakin tak mungkin suami akan lari. Ðia tidak
mahu meneliti aib diri sendiri, apatah lagi mendengar luahan hati suami. Jangan
sesekali menganggap diri sudah sempurna kerana manusia tempatnya lalai dan
lupa. Percayalah pada kuasa yang berada di langit, anda tidak perlukan ramalan
kalkulator cinta, cukuplah dua azimat cinta ini, jangan sediah dan sombong
dalam mencintai!
Sumber : Ðr Juanda Jaya MW#1456
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...