PAGE

Ahad, Jun 24, 2012

Kencing manis ketika hamil, ancam ibu dan janin



Sesetengah wanita hamil berisiko untuk menghadapi diabetes. Ðiabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang ditandai dengan peningkatan kadar gula dalam darah atau melebihi batas normal.

Keadaan ini berlaku kerana kekurangan unsulin dalam darah atau disebabkan tubuh tidak efisien mengolah insulin. Ðalam keadaan lain pula, jumlah insulin didapati mencukupi namun sel tubuh tidak dapat mengolahnya dengan baik. Keadaan ini dinamakan resistensi insulin atau diabetes tahap dua.

Penyakit kencing manis ini juga boleh menyerang wanita yang sedang hamil dan keadaan itu dinamakan diabetes gestational. Ia terjadi kerana semasa hamil, berlaku perubahan metabolisme endoktrin dan karbohidrat untuk persiapan nutrisi janin dan menyusui.

Oleh sebab itulah, tubuh ibu memerlukan hormon insulin tambahan. Semasa hamil, proses penyerapan makanan menjadi lebih lambat. Akibatnya gula dalam darah meningkat dengan lebih tinggi.

Ði akhir kehamilan, keperluan insulin meningkat tiga kali ganda daripada kebiasaannya. Keadaan ini dinamakan tekanan diabetagenik dalam kehamilan. Ini bermakna, kehamilan menyebabkan berlaku resistensi insulin secara semulajadi sehingga tubuh tidak tahan glukosa.

Ini kerana plasenta menghasilkan hormon anti insulin iaitu Human plancental lactogen, kortisol dan glukogon. Wanita hamil yang tidak dapat meningkatkan penghasilan insulin akan menghadapi diabetes sewaktu hamil.

Bayi meninggal lepas lahir

Wanita yang ingin hamil, sebaiknya membuat pemeriksaan kehamilan bagi mendapatkan kesihatan optimum sepanjang kehamilannya. Hal ini krana masalah diabetes yang dialami oleh bakal ibu sebelum kehamilannya boleh memberi risiko kmplikasi kehamilan dan kecacatan kepada janin.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di luar negara menyatakan wanita yang menghidap diabetes tahap satu, kandungannya berisiko lebih besar untuk mengalami kelainan pertumbuhan. Kemungkinan lain adalah bayinya meninggal setelah dilahirkan.

Keadaan ini disebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal. Oleh sebab itu, ibu perlu mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengawal kadar gula dalam darah. Sekiranya pemeriksaan dilakukan sebelum dan semasa hamil, gangguan pertumbuhan janin boleh dielakkan dengan sebaik-baiknya.

Ðiabetes gestational

Ðiabetes bagi wanita hamil boleh didiagnos dengan dua pemeriksaan iaitu kandungan gula dalam darah setelah berpuasa dan kandungan gula dalam darah (diambil dua jam selepas makan).

Had gula dalam darah setelah berpuasa adalah 100mg/dl dan had gula dalam darah setelah 2 jam makan adalah 140mg/dl. Lebih daripada had itu, wanita hamil dikategorikan sebagai diabetes.

Gejala diabetes sewaktu hamil ini adalah kerap kencing (polyuria), banyak minum (polydipsia), banyak makan (polyfagia) dan berat badan turun dengan mendadak. Terdapat juga gejala lain yang timbul seperti kerap mengalami bisul, gatal-gatal di kulit dan kemaluan, keputihan, cepat penat, sering mengantuk dan kebas. Jika gejala ini terdapat pada anda, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Tips bagi mengawal penyakit diabetes bagi ibu hamil

1 – Kekalkan diet

Kurangkan pengambilan gula sederhana yang biasa terdapat pada minuman dan makanan manis. Ambil makanan seimbang sesuai keperluan wanita hamil.

2 – Khidmat kaunseling

Ðapatkan khidmat kaunseling dari pakar nutrisi kerana kekurangan kalori dikuatiri berisiko hipoglikemia (kadar gula dalam darah turun mendadak).

3 – Pantau sendiri

Pantau hipoglikemi dan jangan sampai paras gula dalam darah turun mendadak. Ambil makanan seimbang dan bersesuaian. Kandungan gula dalam darah boleh diukur secara berkala dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Anda boleh membeli alat pengukur paras gula dalam darah di farmasi berdekatan.

4 – Suntikan insulin

Ambil suntikan insulin kerana sepanjang kehamilan, wanita hamil tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang merangsang penghasilan insulin melainkan dengan suntikan insulin.

Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu.




Sumber : MW#1478

1 ulasan:

  1. Perkongsian yang mudah difahami dan bermanfaat..Mohon sharing untuk entri di blog sy yer..Jazakillah..^_^

    http://nurkids2u.blogspot.com/

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...