Ðiriwayatkan
daripada Jabir, dia berkata, “Pada suatu hari Rasulullah pernah keluar menemui
kami, kemudian Baginda bersabda: Jibril pernah berkata : Wahai Muhammad, demi
Ðzat yang telah mengutusmu dengan hak, sesungguhnya Allah memiliki seorang
hamba yang pernah beribadah selama 500 tahun di puncak gunung yang berada di
tengah lautan. Panjang dan lebarnya gunung itu masing-masing tiga puluh hasta.
Gunung itu dikelilingi oleh lautan. Ði mana jarak gunung itu dengan pinggir
lautan sekitar empat ribu farsakh dari semua penjuru.
Ði
bawahnya terdapat mata air tawar sebesar jari tangan yang mengeluarkan air
tawar hingga air itu bercampur dengan air laut di bawah gunung itu. Ði kaki
gunung itu ada pohon delima yang setiap harinya mengeluarkan sebiji buah delima
untuk dimakannya agar ia kuat mengerjakan ibadah. Pada petang harinya ia turun
dari gunung untuk mengambil air wuduk sambil mengambil buah delima dan
memakannya. Setelah itu barulah ia menunaikan solatnya. Hamba itu memohon agar
pada waktu nyawanya dicabut ia berada dalam keadaan bersujud, dan memohon agar
jasadnya terpelihara utuh, hingga pada hari kebangkitan nanti ia berada dalam
keadaan sujud kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda : Maka Allah pun
memakbulkan seluruh permohonannya.
Ketika
turun ke bumi, kami (malaikat) lewati dan memerhatikan ibadahnya, dan ketika
naik ke langit kami mengetahui dari ilmu Allah, bahawa di hari kebangkitan
nanti ketika ia berada di hadapan Allah, Allah berkata kepadanya : Masukkan
hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba itu berkata :
Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku? Allah berkata kepadanya
: Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba
itu kembali berkata : Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku?
Allah berkata : Hitunglah wahai para malaikat lebih banyak mana antara nikmat
yang telah Aku kurniakan kepadanya dengan amal yang telah dilakukannya!
Setelah
dilakukan perhitungan, ternyata pahala ibadah 500 tahun belum boleh mengalahkan
kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada hamba-Nya, tinggallah kenikmatan
anggota tubuh yang lain yang belum boleh dibayar dengan amal ibadahnya. Maka
Allah berkata : Wahai para malaikat, masukkan hamba-Ku ke dalam neraka! Maka hamba
itu pun dimasukkan ke dalam neraka. Hamba itu berkata : Wahai Tuhanku, kalau
begitu masukkan aku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Mu! Allah
berkata : Kembalikan hamba-Ku ke dalam syurga. Maka hamba itu dihadapkan kepada
Allah.
Allah
SWT bertanya : Wahai hamba-Ku, siapa yang menciptakanmu ketika kamu tidak
berupaya apa pun? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah kembali
bertanya : Siapa yang membuatmu kuat hingga kamu mampu menjalankan ibadah
kepada-Ku sebagaimana mestinya selama 500 tahun? Hamba itu menjawab : Engkau
wahai Tuhanku. Allah kembali bertanya : Siapa yang menempatkanmu di gunung di
tengah samudera yang dalam, dan siapa yang mengeluarkan air tawar dari air
masin dan mengeluarkan buah delima pada setiap malam, pada hal sebenarnya buah
delima itu seharusnya berbuah sekali dalam setahun, kemudian Aku mengabulkan
permintaanmu supaya kamu dicabut nyawa dalam keadaan bersujud kepada-Ku? Hamba
itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah berkata : Semua itu terjadi kerana
rahmat dan kasih sayang-Ku dan dengan rahmat-Ku juga Aku memasukkanmu ke dalam
syurga. Masukkanlah hamba-Ku ke dalam syurga, kerana kamu adalah hamba-Ku yang
paling taat.
Maka
Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jibril berkata : Sesungguhnya segala
sesuatu itu terjadi berkat rahmat Allah wahai Muhammad.”
Sumber : Buku Lah Tahzan untuk Umat Muhammad di BHarian 29/05/2012