“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Julai 14, 2012

Nikmat Allah tiada tandingan dengan masa beribadah



Ðiriwayatkan daripada Jabir, dia berkata, “Pada suatu hari Rasulullah pernah keluar menemui kami, kemudian Baginda bersabda: Jibril pernah berkata : Wahai Muhammad, demi Ðzat yang telah mengutusmu dengan hak, sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba yang pernah beribadah selama 500 tahun di puncak gunung yang berada di tengah lautan. Panjang dan lebarnya gunung itu masing-masing tiga puluh hasta. Gunung itu dikelilingi oleh lautan. Ði mana jarak gunung itu dengan pinggir lautan sekitar empat ribu farsakh dari semua penjuru.

Ði bawahnya terdapat mata air tawar sebesar jari tangan yang mengeluarkan air tawar hingga air itu bercampur dengan air laut di bawah gunung itu. Ði kaki gunung itu ada pohon delima yang setiap harinya mengeluarkan sebiji buah delima untuk dimakannya agar ia kuat mengerjakan ibadah. Pada petang harinya ia turun dari gunung untuk mengambil air wuduk sambil mengambil buah delima dan memakannya. Setelah itu barulah ia menunaikan solatnya. Hamba itu memohon agar pada waktu nyawanya dicabut ia berada dalam keadaan bersujud, dan memohon agar jasadnya terpelihara utuh, hingga pada hari kebangkitan nanti ia berada dalam keadaan sujud kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda : Maka Allah pun memakbulkan seluruh permohonannya.

Ketika turun ke bumi, kami (malaikat) lewati dan memerhatikan ibadahnya, dan ketika naik ke langit kami mengetahui dari ilmu Allah, bahawa di hari kebangkitan nanti ketika ia berada di hadapan Allah, Allah berkata kepadanya : Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba itu berkata : Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku? Allah berkata kepadanya : Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba itu kembali berkata : Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku? Allah berkata : Hitunglah wahai para malaikat lebih banyak mana antara nikmat yang telah Aku kurniakan kepadanya dengan amal yang telah dilakukannya!

Setelah dilakukan perhitungan, ternyata pahala ibadah 500 tahun belum boleh mengalahkan kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada hamba-Nya, tinggallah kenikmatan anggota tubuh yang lain yang belum boleh dibayar dengan amal ibadahnya. Maka Allah berkata : Wahai para malaikat, masukkan hamba-Ku ke dalam neraka! Maka hamba itu pun dimasukkan ke dalam neraka. Hamba itu berkata : Wahai Tuhanku, kalau begitu masukkan aku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Mu! Allah berkata : Kembalikan hamba-Ku ke dalam syurga. Maka hamba itu dihadapkan kepada Allah.

Allah SWT bertanya : Wahai hamba-Ku, siapa yang menciptakanmu ketika kamu tidak berupaya apa pun? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah kembali bertanya : Siapa yang membuatmu kuat hingga kamu mampu menjalankan ibadah kepada-Ku sebagaimana mestinya selama 500 tahun? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah kembali bertanya : Siapa yang menempatkanmu di gunung di tengah samudera yang dalam, dan siapa yang mengeluarkan air tawar dari air masin dan mengeluarkan buah delima pada setiap malam, pada hal sebenarnya buah delima itu seharusnya berbuah sekali dalam setahun, kemudian Aku mengabulkan permintaanmu supaya kamu dicabut nyawa dalam keadaan bersujud kepada-Ku? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah berkata : Semua itu terjadi kerana rahmat dan kasih sayang-Ku dan dengan rahmat-Ku juga Aku memasukkanmu ke dalam syurga. Masukkanlah hamba-Ku ke dalam syurga, kerana kamu adalah hamba-Ku yang paling taat.

Maka Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jibril berkata : Sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi berkat rahmat Allah wahai Muhammad.”





Sumber : Buku Lah Tahzan untuk Umat Muhammad di BHarian 29/05/2012

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Julai 01, 2012

Romantik itu sunnah Rasulullah


SIFAT romantik bukan eksklusif dilakukan dalam budaya masyarakat Barat. – Gambar hiasan

SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai

Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah

Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh!

Sumber : Kosmo!

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails