“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Januari 31, 2009

Bersembang ganggu solat jemaah lain

Bersama Jakim

USAH ganggu kekhusyukan mereka yang sedang bersolat. - Gambar hiasan

SOALAN:

APAKAH hukumnya apabila jemaah yang sudah selesai bersolat duduk berkumpul dan bersembang dan mengganggu jemaah lain yang mahu bersolat? Senario ini seakan sudah menjadi satu kelaziman baik di surau mahupun masjid sementara menunggu masuk waktu, sedangkan ia sebenarnya satu gangguan kepada jemaah lain. Apakah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah seperti ini?

Hamba Allah
Selangor


JAWAPAN:

Masjid dan kawasan sekitarnya adalah salah satu pusat aktiviti masyarakat. Ia bukan semata-mata dijadikan tempat ibadah khususiyah saja tetapi merangkumi pelbagai aktiviti lain, umpamanya tempat diadakan majlis ilmu, muzakarah agama dan sebagainya.

Hukum berzikir dengan kuat di dalam masjid adalah makruh, dikhuatiri mengganggu orang sedang solat, mereka yang sedang bermutalaah, guru sedang mengajar atau orang beriktikaf yang sedang tidur. Apatah lagi jika seseorang itu bercakap mengenai perkara tidak perlu, maka hukum perbuatan itu haram. Jika seseorang itu bercakap-cakap mengenai perkara yang dikatakan perlu sekalipun, perbuatan meninggikan suara tetap dilarang.

Merujuk kepada persoalan anda, bagi menangani pemasalahan seperti itu, pihak jawatankuasa masjid boleh berbincang bagi meningkatkan kesedaran jemaah bagi menghormati masjid dan sebagainya. Begitu juga dengan jemaah, mereka boleh bertolak ansur dan saling hormat-menghormati contohnya bagi yang sudah menunaikan solat boleh beralih ke penjuru, ke belakang atau ke beranda masjid untuk melakukan aktiviti selanjutnya seperti berzikir, membaca al-Quran, berusrah atau bermuzakarah. Manakala jemaah yang baru sampai untuk menunaikan solat hendaklah terus maju dan bersolat di barisan hadapan bagi mengelakkan gangguan ketika mendirikan solat.

Sumber: BHarian 2009/01/31

Butiran selanjutnya ...

Sindrom kekurangan testosterone mula seawal usia 35

Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my

Apa lelaki patut tahu bagi menangani masalah


LELAKI yang berusia dalam lingkungan 50-an akan mengalami masalah penurunan tenaga 'qi' (chi) pada organ ginjal, hati, otot ligamen dan sel otak.

Fakta itu terkandung dalam buku perubatan dalaman China kuno. Ketika zaman kegemilangan tamadun China dan India, ada didokumentasikan mengenai pengambilan buah zakar haiwan sebagai ubat penawar kepada penyakit pengurangan tenaga ‘qi’ ini.

Pada era perubatan moden, masalah ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone. Pada suatu masa dulu, sindrom ini juga dikenali sebagai andropause atau PADAM (Partial Androgen Deficiency in Aging Male).

Lelaki sebenarnya tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti kaum wanita atau menopaus. Apa yang berlaku ialah penurunan paras hormon testosterone dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun.

Akibat daripada penurunan hormon ini, akan berlaku perubahan dalam badan membabitkan komposisi lemak dan penurunan kepadatan mineral pada tulang.

Turut berlaku ialah penurunan tahap kecekapan sel sel otak. Keadaan ini membawa kepada tanda-tanda seperti gangguan ingatan; perasaan cepat marah; mood tidak menentu; tidak dapat menumpukan perhatian; gangguan tidur; emosi; sering keletihan dan rasa tidak bertenaga; tidak ada nafsu melakukan hubungan seks dan gangguan ereksi zakar (mati pucuk).

Lelaki yang mengalami sindrom ini bukan saja merasakan kemerosotan kualiti hidup berpunca masalah seksual dan penurunan tahap kecergasan mental atau kemurungan. Malah mereka juga akan mempunyai risiko tinggi menghadapi masalah seperti osteoporosis, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan risiko diserang sindrom metabolik.

Kajian yang dikendalikan di tiga lokasi iaitu Petaling Jaya, Subang jaya dan Kelana jaya di Selangor menunjukkan masalah sindrom kekurangan hormon testosterone melanda sekurang-kurangnya 20 peratus lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Osteoporosis dan masalah keretakan tulang pinggul bukan saja berlaku pada kaum wanita, malah boleh melanda lelaki. Masalah ini berkait rapat dengan penurunan paras testosterone. Kajian menunjukkan 30 peratus daripada masalah keretakan tulang pinggul alami lelaki.

Sindrom metabolik pula merujuk kepada masalah yang mula melanda golongan lelaki di Malaysia. Penghidap sindrom ini adalah mereka yang dijangkiti kencing manis, darah tinggi, tahap kolesterol tinggi dan mempunyai perut buncit (ukur lilit pinggang 40 inci ke atas). Di Subang Jaya dan Kelana Jaya saja, satu pertiga daripada 1,046 lelaki yang ditemuduga dikesan menghidapi sindrom metabolik.

Sindrom metabolik adalah masalah kesihatan serius kerana pengidap akan mempunyai tiga kali peningkatan risiko mendapat penyakit jantung. Mereka yang mempunyai paras testosterone rendah pula akan mempunyai 2.25 risiko menghidapi sindrom metabolik.

Kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di Barat untuk menilai paras testosterone dan hubung kait dengan penyakit yang menyebabkan kematian mendapati kaum lelaki yang mempunyai paras testosterone terendah mempunyai 40 peratus risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat. Ini berbanding mereka yang mempunyai paras testosterone normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.

Kesedaran mengenai sindrom kekurangan hormon testosterone perlu dipertingkatkan. Ini kerana masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah penggantian hormon testosterone (Testosterone Replacement Therapy). Penggantian hormon testosterone ini boleh dilakukan dengan cara sapuan gel, pengambilan tablet atau suntikan.

Disebabkan tanda masalah kekurangan hormon testosterone kurang menyerlah dan berlaku secara perlahan-lahan, individu yang mengesan tanda-tanda seperti yang dinyatakan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengukur paras testosterone.

Kolum soal jawab mengenai Aging Male Symptom Scale (AMS) di bawah juga boleh menjadi panduan mengesan apakah anda menghadapi sindrom kekurangan hormon testosterone.

Sumber : BHarian 2009/01/31

Butiran selanjutnya ...

NAZi vs JEWS (YAHUDi)

Received from a friend, viruseinside @ SiM

THESE ARE THE JEWS (YAHUDI), US AND UN SO CALLED JUSTICE!
FOR OUR BROTHERS AND SISTERS IN PALESTINE

THE GRANDCHILDREN OF HOLOCAUST SURVIVORS FROM WORLD WAR II ARE DOING TO THE PALESTINIANS EXACTLY WHAT WAS DONE TO THEM BY NAZI GERMANY…

~ PLEASE FORWARD ~

~ Click to photos to have bigger views ~


BUILDING WALLS & FENCES TO KEEP PEOPLE IN PRISONS




CHECK POINTS NOT TO ALLOW PEOPLE TO HAVE BASIC FREEDOM OF MOVEMENT




ARRESTS & HARASSMENTS



DESTROYING HOMES & LIVELIHOODS




GIFTS (WITH LOVE) FROM THE CHILDREN OF PEACE - LOVING & CIVILIZED COUNTRIES




THE CLASSIC PROPAGANDA MACHINE - YOU WILL FIND THE PICTURE IN BLACK & WHITE IN ALL AMERICAN AND SOME OTHER WESTERN COUNTRIES HISTORY BOOKS, ENCYCLOPAEDIAS, LIBRARIES, MUSEUMS…

THAT DEPICTS A YOUNG JEWISH BOY WITH HIS HANDS UP WHILE NAZI TROOPS POINT THEIR GUNS AT HIM AND HIS FAMILY IN ORDER TO EXPEL THEM FROM THEIR HOMES…
(IT'S SUPPOSED TO MAKE YOU SYMPATHIZE WITH THE VICTIMS & TO SUPPORT THEIR CAUSE FOR JUSTICE & A HOMELAND)



THE JEWS (YAHUDI) PRACTICE THE SAME TACTICS!



STOP! STOP!! STOP THIS CRUELTY NOW!!!


We have seen the turning of thy face to heaven (for guidance, O Muhammad). And now verily We shall make thee turn (in prayer) toward a qiblah which is dear to thee. So turn thy face toward the Inviolable Place of Worship, and ye (O Muslims), wheresoever ye may be, turn your faces (when ye pray) toward it. Lo! Those who have received the Scripture know that (this revelation) is the Truth from their Lord. And Allah is not unaware of what they do. (2:144)

It is the Truth from thy Lord (O Muhammad), so be not thou of those who waver. (2:147)

Lo! We did reveal the Torah, wherein is guidance and a light, by which the prophets who surrendered (unto Allah) judged the Jews, and the rabbis and the priests (judged) by such of Allah's Scripture as they were bidden to observe, and thereunto were they witnesses. So fear not mankind, but fear Me. And barter not My revelations for a little gain. Whoso judgeth not by that which Allah hath revealed: such are disbelievers. (5:44)

And (remember) when thy Lord proclaimed that He would raise against them till the Day of Resurrection those who would lay on them a cruel torment. Lo! verily thy Lord is swift in prosecution and lo! verily He is Forgiving, Merciful. (7:167)


Erdogan: The Old Testament's sixth amendment says, "Thou shalt NOT kill."


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Januari 30, 2009

Iman Bukhari, kekuatan hafalannya amat luar biasa

From: "Shahrizan Abu Samah"

IMAM BUKHARI dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah bersamaan 21 Julai 810 Masihi di Bukhara, sebuah kawasan yang terletak di Uzbekistan. Nama sebenar Imam Bukhari ialah Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughierah bin Bardizbeh al Ja’fiy. Nama Bukhari yang popular itu mengambil sempena nama tempat kelahirannya, Bukhara. Imam Bukhari merupakan seorang perawi hadis yang paling terkemuka sekali. Semua ulama dan cerdik pandai Islam sependapat bahawa dalam bab dan selok belok hadis, Imam Bukhari menduduki tangga teratas sekali. Kebolehan dan kehebatannya memang tiada tolok bandingnya. Menurut catatan, Imam Bukhari mengetahui hampir sejuta hadis termasuk hadis-hadis palsu. Penyisihan dan pembersihan yang teliti kemuadiannya dilakukan oleh Imam Bukhari dan pakar-pakar hadis yang lain ke atas semua hadis-hadis ini sehinggalah hadis-hadis yang palsu kemudiannya disisihkan. Bukhari lahir dari keturunan ulama. Bapanya Ismail merupakan ulama yang masyhur pada ketika itu, terkenal sangat alim dan tinggi akhlaknya. Walaupun Imam Bukhari terkenal sebagai perawi hadis tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang kehidupan semasa kecilnya. Tidak seperti kanak-kanak lain, Bukhari terpaksa menempuh berbagai penderitaan semasa kecilnya. Sebagai anak ulama, Bukhari mula belajar ilmu agama menerusi bapanya Ismail. Malang bagi Bukhari ketika dia memasuki usia enam tahun, bapanya meninggal dunia. Bukhari bukan sahaja kehilangan kasih sayang dari seorang bapa sebagai tempat bergantung tetapi juga kehilangan guru dalam pengajian ilmu agamanya. Takdir menentukan bahawa Bukhari terpaksa menjadi anak yatim dalam usia yang terlalu muda. Tidak cukup dengan itu, pada masa dia masih kanak-kanak itu juga Bukhari tiba-tiba diserang satu penyakit. Akibat dari itu, kedua-dua matanya yang normal itu akhirnya mengalami kecacatan penglihatan. Bukhari tidak mampu melihat lagi. Penglihatan Bukhari kembali pulih lama selepas itu.

Sesungguhnya Bukhari memang anak pintar. Dia adalah kanak-kanak luar biasa yang dianugerahi Allah SWT dengan segala bakat dan kelebihan. Bukhari mula menghafal hadis ketika masih berusia 10 tahun. Malah pada umur yang sedemikian, beliau telah menunjukkan kebolehan yang mengkagumkan di bidang hadis. Ketika berusia 11 tahun Bukhari sudah mampu memperbetulkan kesilapan yang dibuat oleh gurunya dari sebesar-besar kesalahan hinggalah sekecil-kecilnya. Dalam satu kes, salah seorang dari gurunya iaitu Sufyan telah membacakan sebuah hadis dengan menyebut perawi hadis itu dengan nama Abu Zubair. Bukhari segera menyanggah dengan mengatakan bahawa Abu Zubair tidak pernah meriwayatkan hadis yang sedemikian. Akhirnya untuk menentukan siapa yang benar, gurunya itu terpaksa membuka kitab dan selepas itu kembali menyoal Bukhari:-


“Wahai anak kecil, siapakah sebenarnya yang meriwayatkan hadis tersebut?” tanya gurunya itu kepada Bukhari.

“Zubair bukan Abu Zubair. Dia ialah Zubair bin ‘Uday yang menerimanya dari Ibrahim,” jawab Bukhari.

Insiden ini menunjukkan ketelitian luar biasa yang ditunjukkan oleh Bukhari yang hanya berusia 11 tahun dalam membincangkan permasalahan hadis. Sejak itu Bukhari terus cemerlang dalam bidang hadis. Bukhari amat rajin dan sentiasa menunjukkan minat yang tinggi dalam mendalami dan mengkaji hadis. Menurut catatan, bilangan guru hadisnya mencecah ke angka 1,080 orang. Mereka terdiri daripada kalangan sarjana hadis yang telah diakui kewibawaan mereka. Bukhari juga menjelajah ke serata pelusuk Tanah Arab semata-mata untuk mengumpul dan mengkaji hadis. Diberitakan beliau pernah berjalan kaki sejauh lebih kurang 8,000 kilometer semata-mata untuk mendalami ilmu hadis daripada pelbagai ulama di merata-rata tempat.

Bukhari juga memiliki ingatan yang sungguh luar biasa. Beliau mampu menghafal sejumlah lebih 300,000 hadis tanpa membuat sebarang catatan tapi hanya dengan mengingat. Hadis-hadis ini termasuklah 100,000 hadis sahih dan 200,000 hadis palsu. Kekuatan ingatan Bukhari yang luar biasa ini diceritakan oleh Hasyid bin Ismail yang ketika itu bersama-sama Bukhari belajar hadis dengan beberapa orang guru di Basrah semasa mereka masih kanak-kanak lagi. Menurut Hasyid, dia dan kanak-kanak lain belajar hadis dengan membuat catatan pada buku setiap hadis yang diajar guru mereka. Sebaliknya Bukhari hanya mendengar dan mengingat tanpa melakukan apa-apa catatan. Tindakan Bukhari itu kemudiannya dikritik oleh Hasyid dan rakan-rakannya yang lain yang menuduh Bukhari mengabaikan dan tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar. Sebagai menyahut kritikan rakan-rakannya itu, Bukhari kemudiannya telah meminta mereka membuka buku catatan masing-masing sementara dia membacakan semula kesemua hadis-hadis itu. Dalam peristiwa ini, Bukhari menunjukkan kebolehan luar biasanya dengan membacakan semula kesemua 15,000 hadis yang diajar guru mereka tanpa melakukan apa-apa kesalahan pun. Inilah bukti kebolehan luar biasa Bukhari dalam menghafal dan mengingat hadis. Pengalaman Muhammad bin Abi Hatim bersama-sama Bukhari juga boleh dijadikan contoh luar biasa Bukhari dalam bidang hadis. Dalam satu peristiwa, seorang guru hadis terkenal, Faryabi telah membacakan sebuah hadis dengan menyebutkan nama periwayatnya seperti berikut, “Diriwayatkan dari Sufyan dari Abi ‘Urwah, dari Abil Khattab, dari Abi Hamzah.” Sebenarnya nama-nama tersebut merupakan nama-nama gantian bagi nama-nama sebenar periwayat itu tetapi tidak ada seorang pun yang mengetahui siapa sebenarnya mereka kecuali Bukhari. Bukhari menjawab, “Abi ‘Urwah itu ialah M’mur bin Rasyhid, Abil Khattab itu ialah Qatadah bin Di’amah dan Abi Hamzah itu pula ialah Anas bin Malik.”

Ketokohan dan keluarbiasaan Imam Bukhari dalam ilmu hadis terus dibuktikannya. Dalam satu peristiwa ketika mengetahui bahawa Imam Bukhari akan datang ke Baghdad, para pengetua dan cerdik pandai di situ telah mengumpulkan 10 orang pakar-pakar hadis di situ untuk menguji kebolehan luar biasa Imam Bukhari itu. Daripada 10 orang itu setiap seorang telah menyediakan 10 hadis untuk dibacakan di hadapan Imam Bukhari nanti. Hadis-hadis yang akan dibacakan itu ialah hadis-hadis sahih yang telah dirosakkan tata bahasanya iaitu ayat-ayatnya ditulis secara tunggang terbalik, yang pangkal ke hujung, yang hujung ke tengah, yang tengah ke pangkal dan bermacam-macam cara kesalahan bahasa lain yang sengaja direka dan ditokok tambah. Bila tiba masanya maka majlis ilmu itupun berlangsung. Ia turut dihadiri oleh ramai ulama, sarjana dan ahli-ahli hadis terkemuka. Bila tiba masanya maka orang yang terpilih tadi pun membacakan hadis yang telah disediakannya. Setelah dibacakan maka ditanyanya kepada Bukhari bagaimana pendapatnya tentang hadis tersebut. Imam Bukhari menjawab,

“Saya tidak tahu hadis yang sedemikian.”

Begitulah seterusnya hingga habis dibacakan sepuluh hadis yang disediakan. Kesemuanya dijawab oleh Imam Bukhari dengan jawapan yang sama. Kemudian tampil pula orang kedua dengan membacakan satu persatu sehinggalah habis kesemua sepuluh hadis yang disediakannya. Setiap kali selepas dibacakan maka Imam Bukhari tetap memberikan jawapan yang sama. Begitulah seterusnya sehingga habis kesemua 10 orang penyoal itu membacakan 100 hadis di hadapan Imam Bukhari. Oleh kerana hadis-hadis itu telah disilapkan tatabahasa dan ayat-ayatnya maka Imam Bukhari tetap memberikan jawapan yang sama iaitu:-

“Saya tidak tahu hadis yang sedemikian.”

Setelah selesai kesemua 10 hadis yang disilapkan itu dibacakan di hadapan Imam Bukhari maka tibalah masanya pula bagi beliau menghuraikan semula kesemua hadis-hadis itu. Disinilah Imam Bukhari menunjukkan kekuatan ingatannya yang luar biasa itu. Sebelum memperbetulkan dengan menyebut hadis-hadis yang sebenarnya, Imam Bukhari telah menyebut semula apa yang dibacakan oleh 10 penyoal tadi. Beliau menuturkan semula kesemua seratus hadis yang disilapkan tatabahasanya itu dengan menyebutnya sama seperti sepuluh orang penyoal tadi menyebutnya. Beliau dapat menghafal di ingatannya ke semua hadis yang disilapkan itu. Ia sesuatu yang amat luar biasa dan mengkagumkan. Setiap hadis yang silap itu diiringkan pula dengan hadis sebenar yang betul tatabahasa dan ayat-ayatnya. Kesemua mereka yang menyaksikan peristiwa luar biasa itu mengakui kekuatan hafalan Imam Bukhari. Mereka mengiktiraf Imam Bukhari sebagai sarjana hadis yang terunggul dan tiada tolok bandingnya dalam sejarah Islam.

Sumber: Taman2Syurga

Butiran selanjutnya ...

Kumbang


ANEH: Zulkifli Hamzah menunjukkan dua ekor kumbang yang ditemuinya menyerupai wajah manusia di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda.

- Foto Omar Osman

Butiran selanjutnya ...

Bergantung harap kepada tangkal rosakkan akidah

Oleh Mohd Shukri Hanapi

PENGGUNAAN tangkal atau tamimah (dalam bahasa Arab) sudah lama berakar umbi dalam masyarakat Melayu, malah masih banyak digunakan hingga hari ini. Dalam masyarakat Arab, tangkal diberikan dengan pelbagai nama antaranya al-Hirz atau al-Hijab (pelindung). Kebiasaannya tangkal ini diikat pada leher, pergelangan tangan, pinggang dan kaki kanak-kanak mahupun orang dewasa. Antara tujuan penggunaannya adalah untuk mengelak daripada gangguan jin, iblis, sawan, cacing, sakit dan sebagainya. Meskipun tujuan penggunaannya menampakkan ada sedikit kebaikan, daripada perspektif Islam mengguna dan mempercayai tangkal termasuk dalam perbuatan syirik kerana seseorang yang memakai tangkal hatinya sudah tentu yakin dan percaya terhadap kekuatan tangkal itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jampi, tangkal dan sihir adalah syirik." (Hadis riwayat Abu Daud)

'Uqbah bin 'Amir meriwayatkan bahawa ada 10 orang datang untuk berbai'ah dengan Rasulullah SAW. Namun Baginda hanya menerima sembilan orang saja daripada mereka, manakala seorang lagi tidak diterima. Kemudian ada di kalangan mereka bertanya: "Mengapa dia tidak diterima? Rasulullah SAW menjawab: Kerana di lengannya ada tangkal. Selepas lelaki itu memotong tangkal yang dipakainya, barulah Rasulullah SAW menerima bai'ah daripadanya. Seterusnya Baginda bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menggantungkan tangkal, sesungguhnya dia sudah syirik." (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Sebenarnya tangkal tidak langsung memberi manfaat kepada pemakainya, malah menjauhkan lagi daripada sesuatu yang dihajati. Seseorang hamba itu boleh berdoa dan memohon secara terus kepada Allah sesuatu yang dihajati tanpa menggunakan perantaraan atau jalan tengah. Apabila seseorang itu menggunakan perantaraan, maka Allah tidak akan memperkenankan hajatnya, malah dijauhkan daripada hajat itu.

Diriwayatkan daripada 'Imran bin Hussin bahawa Rasulullah SAW melihat seorang lelaki memakai gelang berwarna kuning di lengannya, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini? Lelaki itu menjawab: "Saya memakainya kerana bahu saya mengalami sengal-sengal. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya benda itu tidak memberi sebarang kesan kecuali kelemahan. Oleh itu lucutkanlah ia daripada lenganmu. Sesungguhnya jika engkau mati dan benda itu (tangkal) masih berada di badanmu, nescaya engkau tidak akan bahagia selama-lamanya." (Hadis riwayat Ahmad)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menggantungkan tangkal dan azimat, maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya), dan sesiapa yang menggantungkan cengkerang siput (jenis tangkal), maka semoga Allah tidak mententeramkan baginya (dengan siput itu)." (Hadis riwayat Ahmad, al-Hakim dan Ibn Hibban)

Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna ( ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isteri atau hati isteri kepada suaminya ) adalah syirik." (Hadis riwayat Ibn Mas'ud r.a.)

Inilah pendidikan yang diberikan Rasulullah SAW kepada sahabat. Pendidikan itu dapat mempengaruhi jiwa sahabat sehinggakan mereka menentang keras segala kesesatan dan kebatilan yang berlaku. Mereka tidak mempercayai sesuatu selain daripada Allah.

Pada suatu ketika, Abdullah bin Mas'ud masuk ke rumahnya. Tiba-tiba Abdullah melihat isterinya ada memakai kalung (tangkal), lalu dia terus menarik tangkal itu dan memotongnya. Kemudian Abdullah berkata: "Keluarga Abdullah harus jauh daripada mensyirikkan Allah dengan sesuatu perkara." Abdullah bin Mas'ud menjelaskan lagi dengan berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya tangkal, azimat dan pengasih adalah syirik." (Hadis riwayat Ibn Hibban)

Begitulah juga golongan tabi'in, mereka sentiasa menentang segala kesyirikan dan kebatilan. Sa'id bin Jubair berkata: "Sesiapa yang menanggalkan tangkal daripada leher seseorang, maka seolah-olah dia membebaskan seseorang hamba." (Al-Qardawi, 1994:320)

Isa bin Hamzah pula menceritakan: "Suatu ketika saya pernah masuk ke dalam rumah Abdullah bin Hakam. Saya melihat pada diri Abdullah ada tanda merah lalu saya bertanya: Apakah kamu memakai tangkal? Jawab Abdullah: Lebih baik aku mati daripada bertangkal, sebab Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memakai sesuatu (tangkal), maka dia akan dibebaninya." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Demikianlah sikap sahabat dan tabi'in terhadap sesuatu perkara yang ditegah Rasulullah SAW. Mereka amat berhati-hati dengan setiap perkara bersangkutan akidah. Malah, mereka menerima segala didikan Rasulullah SAW dengan hati terbuka tanpa mempersoalkannya. Berhubung jenis tangkal daripada ayat al-Quran, ada sesetengah ulama membenarkan penggunaan dan pemakaiannya. Namun, Yusuf al-Qardawi berpendapat ia juga wajar dilarang.

Hujah beliau ialah:


1. Hadis yang menegah amalan bertangkal berbentuk umum. Ia tidak membezakan antara satu bentuk tangkal dengan yang lain. Ketika Rasulullah SAW menegah seorang lelaki memakai tangkal, Baginda tidak pun berkata kepadanya adakah tangkal itu daripada al-Quran atau tidak. Sebaliknya, Baginda menegah tangkal dalam apa juga bentuknya.

2. Berdasarkan prinsip sadd al-Zara'i (menutup pintu keburukan), sesungguhnya sesiapa yang memakai tangkal daripada ayat al-Quran sudah tentu dia akan menggantungkan tangkal lain pula. Orang yang melihatnya tidak akan mengetahui sama ada tangkal itu al-Quran atau tidak.

3. Ini adalah satu bentuk penyalahgunaan al-Quran. Pemakai tangkal akan memasuki tandas, beristinjak, menunaikan hajat dan berada dalam keadaan janabah atau haid bagi wanita, sedangkan tangkal itu sentiasa terikat di badannya.

Berdasarkan hujah itu, mengguna dan mempercayai tangkal adalah dilarang. Larangan itu tidak kira apa juga bentuk tangkal sama ada daripada ayat al-Quran atau tidak. Ibrahim al-Nakhaei berkata, "Mereka (sahabat) membenci tangkal dalam apa juga bentuknya, sama ada daripada al-Quran atau bukan daripada al-Quran." (al-Qardawi, 1994:320)

Sesungguhnya mempercayai atau bergantung harap kepada tangkal menyebabkan akidah seseorang itu rosak kerana jelas wujudnya elemen menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Mentauhidkan Allah adalah ajaran Islam terpenting. Termasuk dalam prinsip tauhid adalah keyakinan sepenuhnya bahawa tidak ada sesuatu yang dapat memberi sebarang manfaat atau menolak kemudaratan melainkan Allah. Jelaslah bahawa akidah adalah perkara yang cukup penting dalam Islam. Ia tidak boleh dipersenda atau dipermain-mainkan sama ada dengan hati, perkataan mahupun perbuatan. Perlu diingatkan, dosa mensyirikkan Allah adalah dosa paling besar. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia sudah melakukan dosa besar." (Surah al-Nisa', ayat 48)

Pengajaran hadis
  1. Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di sisi Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
  2. Perbuatan ini adalah termasuk dalam perbuatan ‘syirik yang tersembunyi’ yang diertikan sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya disebabkan tangkal azimat yang digunakan itu maka seseorang itu terselamat daripada bahaya dan sebagainya.
  3. Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang demikian tidaklah diharamkan.
  4. Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.
  5. Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;
  • Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
  • Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
  • Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
  • Mengatakan: "Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya" dan sebagainya.
  • Mengatakan: "Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri."
  • Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan, perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu tujuan yang lain.
Hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah berfirman yang maksudnya: Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, Aku akan mengampuni bagimu di atas dosa yang ada padamu dan Aku tidak peduli wahai anak Adam! Walaupun dosamu sudah sampai ke langit, kemudian engkau memohon keampunan-Ku, nescaya Aku ampuni bagimu. Dan Aku tidak peduli wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian itu engkau menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku berikan kepadamu keampunan dengan sepenuh bumi." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Dosa yang bukan kerana mensyirikkan Allah masih ada harapan untuk mendapatkan keampunan daripada-Nya. Ini menunjukkan rahmat dan belas kasihan Allah kepada orang yang melakukan dosa,
asalkan bukan dosa mempersekutukan-Nya.

Sumber: BHarianOnLine 2009/01/29 dan sedikit tambahan sendiri

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Januari 29, 2009

Larangan memanggil dengan gelaran tidak elok

Firman Allah SWT, "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)

AYAT ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Thabit ibnu Qais ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yang pekak dan tuli. Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah-ceramah agama yang diadakan oleh Rasulullah SAW. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yang lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dengan Rasulullah SAW supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dengan lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yang biasa didudukinya telah diambil oleh orang lain. Beliau pun melangkah selangkah demi selangkah untuk sampai ke hadapan. Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh orang ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam masjid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, “Lapangkanlah, lapangkanlah, berilah aku ruang.”

Tidak diendahkan

Walaupun begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh orang ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudian beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya, “Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ.”

Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, “Siapa kamu ini?”

Jawab lelaki itu, “Si anu anak kepada si anu.” Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dengan panggilan yang memalukan di zaman jahiliah.

“Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?”

Apabila mendengar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya.

Selepas kejadian itu, maka turunlah ayat ini, ayat 11 surah al-Hujurat.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Orang ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dengan nama gelaran yang ketiga. Lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.

Sehubungan dengan itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah SAW lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yang tidak elok.

Pengajaran
* Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai olehnya.

Informasi

Pada zaman Rasulullah, memang terdapat gelaran-gelaran yang diberikan baginda kepada para sahabatnya. Contohnya:

1. SINGA Allah dan Singa Rasul adalah gelaran agung yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Hamzah bin Abdul Muttalib.

2. Abu Hurairah (Bapa Kucing) diberikan kepada Abdul Rahman Bin Saqr,

3. Humairah (Pipi Merah) diberikan kepada Siti Aisyah,

4. Asadullah (Singa Allah) diberikan kepada Hamzah Abdul Muttalib,

5. Saifullah (pedang Allah) diberikan kepada Khalid al-Walid.

Semua gelaran di atas bukan bertujuan menghina tetapi menunjukkan rapatnya hubungan Rasulullah SAW dengan mereka.

Firman Allah SWT, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai..." (Surah Al-A'raaf [07], ayat 179)

Renung-renungkan!

Sumber: UtusanOnLine 18/01/2008

Butiran selanjutnya ...

Adab melawak dan bergelak ketawa


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah SAW bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata baginda, "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab, "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda SAW bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Di sini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama:
Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Rasulullah SAW bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya:
Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua:
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah:
"Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina…" ( 11 : al-Hujarat)

Rasulullah SAW bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya:
"Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hadis riwayat Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah r.a. berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah SAW bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya:
"Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga:
Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir r.a. berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah SAW bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya:
"Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam." (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Rasulullah SAW bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya :
"Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul." (Hadis riwayat Ahmad – sahih)

Keempat:
Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Rasulullah SAW bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya:
"Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba." (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah SWT,
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima:
Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Rasulullah SAW bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya:
"Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hadis riwayat Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali r.a.:


"Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."


Said bin al-'As berkata:

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping dengan mu berasa rimas."



Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.


Semoga ada manfaat, renung-renungkan!

Sumber: Taman2Syurga

Butiran selanjutnya ...

Dr Juanda Jaya dilantik Mufti Perlis

T A H N I A H!!!

Isi kekosongan berikutan kontrak Mohd Asri tamat akhir November lalu

KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu.

Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu.

"Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

"Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Khoon Aik, di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu.

Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau.

Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam.

"Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri," katanya.

Sumber: BHarian 2009/01/27

Butiran selanjutnya ...

Al-Quran, sejarah buktikan Yahudi bangsa zalim

Oleh Mohd Zamri Shafie
bhnews@bharian.com.my


Kekejaman di Palestin dedah agenda Israel hancurkan umat Islam yang dianggap seteru utama mereka

ISLAM mengajar supaya mengenal siapakah musuh kita sebenarnya. Musuh yang ada di depan mata ialah bangsa Yahudi dan Nasrani dan musuh yang tidak dapat dilihat ialah nafsu jahat serta iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda manusia.

Firman Allah yang bermaksud: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang sudah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Pelbagai rekod boleh didapati dalam al-Quran dan hadis serta bahan sejarah merakamkan banyak kisah bangsa Yahudi yang melakukan kerosakan di muka bumi dengan 'tangan kotor' mereka. Antaranya:

1. Firman Allah bermaksud: "Dan orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya luas melimpah). Ia belanjakan (limpahkan) seperti yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan." (Surah al-Maidah, ayat 64)

2. Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang beriman ialah orang Yahudi dan musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang beriman ialah orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah al-Maidah, ayat 82)


3. Seorang wanita Yahudi meracuni Rasulullah SAW. Daripada Anas katanya: "Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang dimasukkan racun kepada Nabi SAW lalu Baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya berkenaan racun itu. Jawabnya: Aku sengaja hendak membunuh kamu. Sabda Nabi SAW: Tidak mungkin Allah akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: Bolehkah kami membunuh perempuan itu? Jawab Baginda: Jangan! Kata Anas: "Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah SAW." (Hadis riwayat Muslim)

4. Bangsa Yahudi tidak hormat kepada Rasulullah SAW. Ini dirakamkan menerusi hadis yang bermaksud: "Daripada Safwan 'Assal, katanya: Berkata seorang Yahudi kepada sahabatnya, marilah kita pergi bertemu Nabi (Muhammad SAW) ini. "Berkata kawannya: Janganlah kamu kata ia nabi, jika ia mendengar, nescaya ia jadi empat mata (bangga diri). Maka kedua-duanya bertemu Rasulullah SAW, lantas bertanya kepada Nabi mengenai 'sembilan mukjizat yang jelas nyata' (ayat 101 Surah al-Isra'). Maka bersabda Nabi kepada mereka: Jangan kamu syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain dan jangan kamu mencuri dan jangan kamu melakukan zina dan jangan kamu membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan hak dan janganlah kamu berjalan (pergi) dengan orang yang baik kepada pemerintah yang ia akan membunuhnya, dan jangan kamu melakukan sihir, dan jangan kamu memakan riba dan jangan kamu menuduh wanita yang baik (tuduhan zina) dan jangan lari dari medan peperangan dan di atas kamu khususnya orang Yahudi jangan melampaui pada Sabtu. Maka kedua-duanya (Yahudi) itu mencium tangan dan kaki Baginda, maka berkata keduanya: Sesungguhnya kami naik saksi bahawasanya engkau Nabi. Sabda Baginda, maka apakah sebab yang menghalang kamu mengikutku (menganut Islam)? Mereka berkata, sesungguhnya Nabi Daud berdoa kepada Tuhannya, supaya tidak hilang (lenyap) pada zuriatnya nabi dan sesungguhnya kami bimbang jika kami mengikutmu, nescaya kami akan dibunuh oleh orang Yahudi lain." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)


Kedegilan bani Israel dalam menerima ajaran syariat dibawa Nabi Musa, walaupun Baginda dikurniakan dengan pelbagai mukjizat kenabian, mereka masih tetap ingkar dan enggan mempercayainya.

Ini dirakamkan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami sudah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada bani Israel (mengenai itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir." (Surah al-Isra', ayat 101)

Mufassirin menyatakan sembilan mukjizat yang jelas nyata kepada Nabi Musa dalam ayat itu ialah taufan banjir, belalang, kutu, katak, darah, batu, tongkat, tangannya, lautan yang terbelah. Kesemuanya ini adalah mukjizat sebagai bukti kenabian Nabi Musa dan setiap perkara berlaku kepada kaumnya yang ingkar tidak mahu beriman.

Perkara itu dirakamkan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka." (Surah al-'Aaraf, ayat 133)




Sejarah Yahudi banyak dirakamkan menerusi buku antaranya Rahsia Untuk Umat Islam susunan Nazri Zakaria menyatakan fakta kekejaman Yahudi iaitu:

  1. Pada 13 Disember 1947 - Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera British melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk di perkampungan itu.
  2. Pada 1 Januari 1948 - kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom menceroboh kampung Al-Sheikh (5 kilometer dari tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak
  3. Pada 9 dan 10 April 1948 - Dalam operasi Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam mereka merogol wanita serta membelah perut wanita hamil dan dikudungkan 52 kanak-kanak kaki dan tangan mereka.
  4. Pada 11 Julai 1948 - batalion ke-89 komando Yahudi diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle selepas berjaya menawan perkampungan itu. Seramai 100 orang menerima pengampunan itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti yang dijanjikan dan akhirnya mereka ditembak mati.
  5. Pada 15 hingga 18 September 1982 - 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah Sabra dan Shatila, Lubnan. Ketua tukang sembelih ialah Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel.
Fakta dan sejarah yang merakamkan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin memberi panduan kepada umat Islam lain bangsa Yahudi tidak boleh dijadikan kawan atau teman rapat.

Sumber: BHarianOnLine 2009/01/25

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Januari 28, 2009

Ayat Kursi hindari perbuatan pukau dan sihir

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tidak ada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu - Nya dan kekuasaan - Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (Surah al-Baqarah, 255)

Keterangan ayat

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka'ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Khasiat dan kaifiat beramal

Ayat al-Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

Sumber: UtusanOnLine 26/01/2009

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails