“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Oktober 30, 2008

Kenali si dia, suami orang rupanya?!

Zaman dah berubah, dunia dah semakin maju... Mutakkhir ini ramai sungguh lelaki yang sudah beranak-pinak tetapi mengaku masih bujang bila datang musim ‘menggatal’ mereka. Berwaspadalah wahai gadis-gadis di luar sana, jangan mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki hidung belang. Hari ini saya ingin kongsikan tips-tips untuk mengenal-pasti si dia sebenarnya suami orang! Jeng... jeng... jeng...

1. Bila berbual dengan kamu, matanya tidak memandang wajah atau muka kamu kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan kamu matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia teramat khuatir kalau-kalau dia terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara-mara.

3. Jarang mengajak kamu makan di tempat terbuka untuk menjaga ‘line’ dengan makan di tempat-tempat yang terceruk dan tersembunyi. Besar kemungkinan dia akan mengelakkan diri ke satu-satu tempat, meskipun berkali-kali kamu mengajaknya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi. Mungkin dia menggunakan 2 atau 3 talian (simcard) dan kamu hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak kamu datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil (anak dialah!) seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok kotor, kesan susu/minuman tumpah di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya amat luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu dikongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh kamu, matanya kelihatan amat menakutkan (tafsir sampai ke dalam, kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh daripada kamu untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Ok, sekarang kamu dah tahu dia suami seseorang. Adakah kamu masih mahu teruskan hubungan kamu dengan si dia? AWAS! Kamu mungkin menempah bahaya! Sebelum kamu nekad untuk meneruskan hubungan, baik kamu pertimbangkan tips-tips di bawah boleh membantu anda berfikir sejenak, is it really worth it?

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah, kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action says louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua, khususnya wanita.

Ingat, firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka janganlah kamu tunduk (bercakap lemah gemalai) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.”(Surah Al-Ahzab, 32)

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya….” (Surah An-Nur, ayat 30-31)

Fikir-fikirkanlah!

Tips dari sumber: eblog dan SyokKahwin.com

Butiran selanjutnya ...

Rahsia Wasiat dan Faraid

Salam,

Artikel diceduk dari Singapura,
mungkin ada sedikit perbezaan dari segi undang-undang di Malaysia. Mudah-mudahan ada manafaatnya.




Rahmah Dan Keihsanan Di Dalam Pembahagian Harta Pusaka Di Dalam Islam:
JOINT-TENANCY, CPF NOMINATION & INSURANCE NOMINATION : PERSPEKTIF SYARIAH


Oleh Pejabat Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura

Pendahuluan: Konsep Harta dalam Islam
Wang, harta kekeayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar mencari dan mengumpul harta dari sumber yang halal memandangkan dunia ia adalah kebun bagi menuai hasil untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat. Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 17 yang bermaksud: “Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.” Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara’ akan membawa keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat. “Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.” ( Surah al-Qashah : 77 )

Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan amanah yang mesti diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketentuan syara’. Pemilik hakiki harta dan kekayaan adalah Allah swt. Harta yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber, perbelanjaan serta penggunaannya. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”


Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititik-beratkan dalam Islam. Ia haruslah berasal dari sumber yang halal, samada harta itu merupakan pendapatan, simpanan mahu pun warisan. Segala sumber rezeki yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan segala pemberian Allah kepada manusia adalah haram. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka.” (HR. Al-Bukhari)


Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang umatnya dari melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana merupakan sesuatu yang ideal dalam Islam. Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan dibenarkan oleh syara’. Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh memudaratkan orang lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud memudaratkan ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun daripada hartanya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara’. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Israa ayat 27 bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan.”


Rahmah dan Ihsan di dalam Menguruskan Harta

Agama Islam terbina di atas dasar rahmah dan ihsan. Kedua nilai ini membentuk keperibadian Muslim dan diterjemahkan di dalam perwatakan serta sikap di dalam kehidupannya. Ia merentasi semua aspek kehidupan, termasuk di dalam menguruskan harta. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan perkongsian harta demi untuk menjaga masalah ahli keluarga yang lain, menerusi institusi faraidh, baitul mal dan sebagainya.


Di dalam membahagiakan harta, seseorang Muslim harus bersifat rahmah dan mempunyai belas ihsan yang berpatutan dengan ahli keluarga lain. Ini bermakna, ia harus memikirkan tentang implikasi apabila ia menuntut haknya dari faraidh contohnya. Adakah tuntutan sedemikian akan menyebabkan seseorang berada di dalam kesusahan kerana akan hilang keperluan asas, seperti tempat berteduh? Ini adalah di antara persoalan yang harus difikirkan terlebih dahulu.
Dengan harta, seseorang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah melalui sedekah dan menolong mereka yang susah. Tanggungjawab seseorang terhadap hartanya juga mesti ditunaikan. Zakat, nafkah, sedekah mestilah diberikan kepada mereka yang berhak sebagaimana Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Az-zariyat ayat 19 yang maksudnya: “Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” Malah, harta boleh dijadikan alat untuk menyerlahkan sifat keihsanan seseorang dan juga memperkukuh silaturrahim antara saudara mara. Imam Ibnu Abi Jamrah berkata: “Silaturrahim itu boleh dengan harta, dengan memberikan keperluan mereka, dengan menolak keburukan dari mereka, dengan wajah yang berseri-seri serta dengan do’a.”

Umat Islam telah disebut sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia dan Nabi kita telah diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam. Oleh itu, kita mesti menggunakan segala sumber yang ada untuk menghidupkan visi tersebut. Ini termasuklah membelanjakan sebahagian daripada harta yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu mereka yang memerlukan, tanpa batasan agama, bangsa mahu pun Negara.
Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah SWT dan ia harus ditadbir menurut ketentuanNya.

Hak dan Tanggungjawab di dalam Islam

Pemilikan harta dalam Islam diiringi dengan konsep tanggungjawab. Konsep pemilihan harta dalam Islam ialah sebagai pemegang amanah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir harta sebaik mungkin menurut syariat. Tanggungjawab ini termasuklah pentadbiran harta semasa hidup di dunia dan perancangan pentadbirannya selepas kematian iaitu dengan merancang pusaka. Sememangnya setiap hukum yang ditentukan oleh Allah SWT mempunyai hikmahnya yang agung. Islam menggariskan tanggungjawab bagi setiap hak yang diberikan. Apabila seorang ketua diberi hak kuasa ke atas rakyatnya, beliau juga bertanggungjawab agar memerintah dengan adil dan sebaik mungkin. Apabila seseorang itu diberi ilmu oleh Allah SWT, beliau bertanggungjawab menyebarkan ilmu tersebut.

Begitu juga dalam sebuah rumahtangga, setiap di antara suami dan isteri mempunyai hak dan tanggungjawab yang seimbang.
Allah SWT telah menyatakan dalam Al-Quran bahawa lelaki mempunyai kelebihan (pengurusan) ke atas wanita, dengan syarat beliau memberinya nafkah dan menunjukkan kepimpinan yang baik. FirmanNya dalam Surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, dengan sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” Ayat ini menjelaskan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” Ayat ini menjelaskan kepada kita dua perkara:
  1. Kuasa yang diberi pihak lelaki tertakluk pada nafkah yang diwajibkan ke atas mereka. Jika beliau gagal memberi nafkah, maka secara otomatis kuasanya akan hilang.
  2. Kaum lelaki bertanggungjawab memberi kepada kaum wanita yang di bawah tanggunggannya, dan tanggungjawab ini mesti dilaksanakan mengikut ketentuan syara’ sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya.”
Anak lelaki berkewajipan menanggung dan memelihara ibu bapanya yang sudah tua. Apabila seorang anak lelaki diberikan dua bahagian dari harta peninggalan ibu atau bapanya, beliau berkewajipan menanggung adik-beradik perempuanya yang belum berumahtangga, beserta isteri dan anak-anaknya. Apabila seorang suami diberi suku daripada harta peninggalan isteri, dia mesti menanggung anak-anaknya yang masih kecil. Begitu juga ahli waris lelaki berkewajipan melunaskan hutang si mati berbanding dengan ahli waris perempuan.

Sebaliknya, wang dan harta seorang wanita adalah hak mutlak bagi dirinya dan beliau bebas menguruskan harta itu sendiri. Seorang anak perempuan tidak wajib menanggung abang atau adik lelakinya. Begitu juga seorang isteri tidak wajib menanggung anak-anak sesudah kematian suami, malahan tanggungjawab ini beralih kepada anak lelakinya yang sudah dewasa atau saudara lelaki arwah suaminya. Dalam membicarakan pembahagian harta mengikut system faraidh, konsep amanah terhadap tanggungjawab ini perlu diperjelaskan mengikut syarak.

Kurangnya kefahaman terhadap konsep-konsep tersebut menimbulkan konflik serta kekeliruan yang seterusnya akan menjejas silaturrahim dan masa depan sesebuah keluarga itu.
Dalam menentukan pentadbiran harta pusaka ini, Islam juga menghimpunkan konsep silaturrahim dan ihsan. Apabila seorang ayah meninggal dunia, ini tidak bermakna bahawa hubungan anak-anaknya dan keluarganya terputus. Sebaliknya, keluarganya berkewajipan meneruskan silaturrahim tersebut dengan menanggung anak-anak arwahnya yang masih kecil. Begitu juga adik-beradik yang telah kehilangan orang tua, disatukan di bawah meneguhkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kerjasama dalam lingkungan keluarga secara turun temurun. Begitu juga Islam menggalakan agar sebahagian daripada harta peninggalan itu disedekahkan sebagai amal jariah di atas nama si mati. Sabda Rasullullah s.a.w. “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, akan terputuslah segala amalanya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakanya.”

Aplikasi dalam konteks Singapura

Dalam konteks kehidupan Singapura pada masa ini, tanggungjawab menyara ibu bapa dan keluarga dikongsi sama oleh pihak lelaki dan wanita. Begitu juga keadaan keluarga nuclear ketika ini bermakna sesebuah keluarga tidak lagi bergantung kepada saudara-mara apabila berlaku kematian si pencari nafkah.

SENARIO:
Satu konflik yang sering berlaku sesudah kematian seseorang ialah ahli waris menuntut hak mereka dari faraidh tanpa sifat rahmah atau rasa tanggungjawab pada tanggungan si mati. Mereka menggunakan hujah bahawa harta peninggalan merupakan hak mereka yang wajib dibahagikan mengikut faraidh. Walaupun pembahagian harta pada hukum asalnya adalah mengikut hukum faraidh, tetapi sekiranya semua waris bersetuju untuk melepaskan hak mereka dan memberikanya pada suami, isteri atau anak-anak si mati yang lebih memerlukan, ia boleh dilakukan.

JOINT-TENANCY
Kebanyankkan rumah di Singapura pula dibeli di bawah skim joint-tenancy, iaitu suami dan isteri menjadi pemilik bersama rumah tersebut. Fatwa yang dikeluarkan oleh MUIS menyatakan bahwa rumah yang dibeli di bawah skim ini menjadi milik setiap di antara mereka secara sama rata, dengan setiap seorang memiliki 50% daripada rumah tersebut. Ini bermakna, apabila salah seorang daripada pemilik itu meninggal dunia, 50% daripada harga pasaran rumah tersebut menjadi harta peninggalan.

SENARIO:
Salah satu konflik yang sering berlaku adalah apabila si mati mempunyai isteri dan anak perempuan yang masih kecil. Apabila ada ahli waris dari kalangan bapa atau adik-beradik si mati, rumah itu sepatutnya dijual dan 50% daripada hasil penjualan diagihkan mengikut hukum faraidh. Ahli waris lelaki seterusnya harus menanggung kehidupan anak yatim dan balu yang ditinggalkan oleh si mati. Akan tetapi dalam kebanyakkan kes, ini tidak berlaku. Sebaliknya apabila mereka menerima bahagian masing-masing, mereka enggan memikul tanggungjawab terhadap anak itu yang menerima bahagian yang jauh lebih sedikit. Ada juga sebahagian daripada masyarakat kita yang tidak mempedulikan tentang nafkah asas seperti tempat tinggal anak yatim itu. Apabila rumah telah dijual dan harta dibahagikan menurut faraidh, adakah si anak ini mempunyai tempat untuk berteduh? Di manakah tanggungjawab dan sifat ihsan bapa-bapa saudara mereka?

HOME PROTECTION SCHEME

Ada sebahagian daripada kita yang menyertai Skim Perlindungan Rumah atau Home Protection Scheme dengan tujuan memberi keseluruhan rumah itu pada suami, isteri atau anak-anak apabila kita meninggal dunia. Namun perlu diingat bahawa nama yang dicalonkan dalam skim tersebut (nominee) hanya berfungsi sebagai pengamanah yang mesti menguruskan rumah itu mengikut ketentuan fatwa dan hukum faraidh.
Begitu juga halnya dengan pencalonan CPF atau CPF Nomination. Nama yang dicalonkan hanya bertindak sebagai pengamanah terhadap wang CPF itu dan wang itu harus diuruskan menurut cara pentadbiran harta warisan.

SENARIO:
Seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan wang CPF dan dua unit rumah sewa di Malaysia. Dia juga ada bernikah dengan seorang rakyat Singapura tetapi pernikahan itu berlaku di Golok. Isterinya ini juga berhak mendapat harta peninggalan berupa bahagian dari CPF dan hasil rumah sewa di Malaysia. Sekiranya wang CPF itu dinominasikan atas nama seseorang, maka nama tersebut hanyalah sebagai Pengamanah/Trustee sahaja. Dia hendaklah membahagikan wang tersebut mengikut hukum faraidh.

RUMUSAN:
Dengan ketentuan-ketentuan dan reality kehidupan sebegini, maka sewajarnya perlu seseorang Muslim mentadbir dan merancang harta terlebih dahulu sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku. Sememangnya kita ingin harta kita membawa keselesaan di dunia dan juga kesejahteraan di akhirat. Janganlah kerana harta yang ditinggalkan meyebabkan ahli waris bertelingkah dan berpecah-belah. Perancangan awal bagi harta sewajarnya dilakukan agar amanah yang diserahkan oleh Allah s.w.t. ini tidak mejadi hujah keatas kita di akhirat kelak. Kita perlu mengetahui instrument-intrument yang ada yang membolehkan kita memastikan kebajikan setiap ahli keluarga kita semasa hayat kita dan selepasnya. Pastikan juga bahawa hak Allah seperti zakat dan fidyah dilunaskan dan diberikan kepada meraka yang berhak. Bagi ahli waris pula, ingatlah bahawa pada setiap hak itu ada tanggungjawabnya. Sekiranya kita rasa mampu untuk menjalankan amanah tersebut, sebaiknya kita bersifat ihsan dan memberikan harta tersebut kepada yang lebih memerlukan.

CONTOH-CONTOH KEMUSYKILAN
Soalan: Bilakah hak waris bermula?
Jawapan
: Hak waris bermula dari kepastian matinya orang yang mewariskan dan Setelah dilaksanakan semua hal-hal yang bersangkutan dengan harta itu, iaitu:
a) Hutang yang bersangkutan dengan harta pusaka misalnya zakat, fidyah, kaffarah dan lain-lainnya.
b) Perbelanjran mengurus jenazah secara berpatutan.

c) Membayar hutang-hutang si mati.

d) Wasiat yang tidak melebihi 1/3 dan bukan untuk waris.


Setelah dilaksanakan perkara yang disebutkan diatas, barulah harta itu menjadi pusaka yang boleh dibahagikan menurut hokum faraidh.
Untuk pastikan bahagian waris dengan tepat, seseorang itu perlulah mendapatkan Sijil Warisan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Singapura.

Soalan:
Apabila si mati tidak mempunyai sebarang waris, bolehkah anak angkat menuntut seluruh harta peninggalan ayah angkatnya?
Jawapan:
Anak angkat tidak boleh mewarisi seluruh harta si mati. Ini memandangkan anak angkat tu bukanlah waris yang sah dari sudut hokum agama Islam. Namun demikian, sekiranya si mati ada meninggalan wasiat yang disaksikan oleh 2 orang saksi lelaki dewasa, maka hanya 1/3 bahagian sahaja yang boleh dituntutnya. Yang selainya mestilah diserahkan kepada Baitulmal yakni Muis sebagai amal jariah si mati dan digunakan untuk maslahat umum masyarakat Islam di Singapura.

Soalan:
Jika sesebuah rumah dimiliki oleh 2 penama (ibu & anak perempuan)yang mana keduanya tidak berpendapata dan bayaran bulanan dilakukan oleh suami kepada anak perempuan tersebut yang bukan warga Negara bagaimanakah pembahagian dibuat setelah kematian?
Jawapan
: Memandangkan orang yang bukan warga Negara tidak dibolehkan membeli rumah HDB, tetapi dia telah menyumbangkan wangnya dalam rumah tersebut, maka beliau boleh mendapatkan wangnya semula bagi jumlah bayaran yang telah dibuatnya sekiranya rumah tersebut dijua nanti. Baki dari keuntungan tersebut baruah dibahagi mengikut hukum faraidh.

Soalan:
Suami saya telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu, 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan yang berumur14, 12, 9 dan 6 tahun ketika itu. Dia masih mempunyai ibu dan bapa, 5 saudara lelak dan 3 saudara perempuan. Saya tidak menfaraidhkan wang cpf dan insurancenya kerana saya fakir ia hak saya sebab dinominikan kepada saya. Jika difaraidhkan, siapakah yang berhak mendapat bahagian?
Jawapan:
Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa Skim DPS (insuran) yang dikelolakan oleh pihak CPF ini ialah merupakan skim kooperatif bagi tujuan membantu antara ahli CPF. Ia hampir serupa dengan kumpulan khairat kematian. Oleh itu, hasilnya halal dan menjadi pusaka si pencarum. Wang CPF merupakan harta pusaka si mati. Dalam Islam nama (nominee) yang diletakkan oleh si mati adalah sebagai Pengamanah (trustee) dan bukan milik mutlak “nominee” tersebut. Sebagai Pengamanah, seseorang itu wajib membahagikan wang tersebut kepada ahli waris mengikut hukum faraidh.

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Oktober 29, 2008

Harta Sepencarian: Hak wanita yang kurang diketahui

Penyusun: Pasuni Maulan (artikel adalah dari Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura, mungkin ada sedikit perbezaan dari segi undang-undang di Malaysia)

Kehidupan berkeluarga adalah asas pembentukan masyarakat, suami isteri berkongsi hidup berperanan untuk menjana generasi seterusnya dalam suasana yang tenteram dan bermauafakat dalam semua perkara.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 bermaksud: “Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tand bagi kaum yang berfikir.”

Hak Isteri Sebelum Perkahwinan


Setiap wanita diberikan hak untuk memiliki harta sama ada ia hidup bersendirian atau telah mendirikan rumahtangga, harta tersebut berbentuk pusaka, hibah (pemberian), hasil usahanya sendiri atau sebagainya.
Pemilikan harta sebelum perkahwinan, hutang (jika ada) juga jelas dinyatakan dalam Akta Pentadbiran Hukum-Hukum Islam 1968.

Property at Marriage
119. – (1) All the property belonging to a woman on her marriage, whether movable or immovable and however acquired, shall after marriage to a Muslim husband continue, in the absence of special written contract to the contrary, to be her own property. (2) She may dispose of the same by deed or otherwise, with or without the concurrence of her husband.

Antenuptial Debt
123. A Muslim husband shall not by reason only of his marriage be liable for the debt of his wife contracted before marriage, but the wife shall be liable to be sued for and shall to the extent of her own property be liable to satisfy such debt as if she were unmarried.

Household property
125. When a Muslim husband and his wife or wives live together in the same house the household goods, vehicles and household property of every description of the husband and wife or wives, except the paraphernalia of the wife or wives, shall be held prima facie to belong to the husband in any question between the husband and his creditors.

Pertanggungjawaban

Islam menetapkan seorang suami wajib memberikan nafkan kepada isterinya mengikut kemampuannya, selama isteri tersebut tidak nusyuz. Firman Allah ayat 6 surah At-Talaq bermaksud: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan mu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka.” Ayat 7 dari surah yang sama bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah mengikut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan nafkahnya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberi Allah kepadanya.” Sama ada isteri berkerja atau sebaliknya, ia tidak menjejaskan statusnya sebagai penerima nafkah.

Hak Isteri Setelah Perkahwinan


120. –
(1) The following shall be deemed to be the property of a Muslim married woman:

  1. (a) wages and earnings acquired or gained by her during marriage in any employment, occupation or trade carried on by her and not by her husband,
  2. (b) any money or other property acquired by her during marriage through the exercise of any skill or by way of inheritance, legacy, gift, purchase or otherwise, and
  3. (c) all savings from, and investments of, such wages, earnings and property.
(2) Her receipt alone shall be a good discharge for such wages, earnings and property.
(3) She may dispose of the same by deed or otherwise and without theconcurrance of her husband.

(4) Nothing in this section shall annual or abridge the liability of a Muslim husband for debts contracted by his wife’s agency, express or implied.

(5) Such liability shall be measured according to the law for the time being in force in Singapore.


Tidak semua rumahtangga yang berjaya, kerana lumrah manusia yang sering tidak puas atau kerana kelemahan mereka hingga gagal meneruskan kehidupan berkeluarga.


Pendapatan selepas perceraian


Isteri diperuntukkan perkara berikut:
  1. Nafkah eddah
  2. Sagu hati perceraian
  3. Harta Sepencarian

Harta Sepencarian

Definasi harta sepencarian tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pentadbiran Hukum-Hukum Islam, hanya ia dikaitkan dengan adat kebiasaan yang diterima pakai dalam masyarakat yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. AMLA seksyen 35 menyatakan bahawa Mahkamah Syariah boleh mengambil kira Adat Melayu semasa membuat keputusan.

(3) In all question regarding betrothal, marriage, dissolution of marriage, including talak, cerai taklik, khuluk and fasakh, nullity of marriage or judicial separation, the appointment of hakam, the disposition or division of property on divorce or nullification of marriage, the payment of emas kahwin and consolatory gifts or mutaah and the payment of maintenance on divorce, the rule of decision where the parties are Muslims or were married under the provisions of the Muslim law shall, subject to the provisions of this Act, be the Muslim law, as varied where applicable by Malay custom.

Difinasi harta sepencarian ini jelas dinyatakan dalam enakmen undang-undang di beberapa negeri di Malaysia.
Seksyen 2, Enekmen Undang-undang Keluarga Islam 1985 (Terengganu): Harta sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan hukum syarak. Seksyen 2, Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Selangor): Harta sepencarian ertinya pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha bersama diantara suami dan isteri dan termasuklah pendapatan yang didapati daripada modal yang didapati daripada usaha mereka bersama.

Hujah Tentang Harta Sepencarian

Untuk menentukan harta sepencarian bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia tidak dijelaskan dengan terperinci khususnya jika pasangan yang bercerai itu tidak mencapai kata sepakat, atau dalam menentukan bahagian harta pusaka akibat kematian suami atau isteri.

Kertas ini hanya menerangkan beberapa dalil dalam menentukan harta sepencarian. Mengikut pendapat Syed Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnah menerangkan “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya yakni sebagaimana seorang isteri bertanggungjawab terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik. Diwaktu yang sama, suami itu mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya kerana suami yang berkuasa mengawalnya dan memberi nafkah seperti tersebut dalam surah (Al-Baqarah ayat 228) memberi hak kepada perempuan sama dengan lelaki.

Seterusnya Syed Sabiq menjelaskan, “Dasar yang ditetapkan Islam dalam mengatur dan mengurus kehidupan suami isteri adalah merupakan satu dasar yag sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perushaan diluar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah sperti mengurus rumahtangga, medidik anak-anak, meyediakan segala kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenterm, maka sebab itu di tugaskan kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejas mana-mana pihak.” Dalam buku tersebut Syed Sabiq membawa contoh tentang penetapan tugas diantar Saidina Ali dan Fatimah dalam urusan rumahtangga.


Di dalam kitab I’anah Attablibin jilid 4 muka surat 76 ada menyatakan yang maksudnya:
Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci pakai suami, maka tidak lah menjadi kewajipan terhadap isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah dan sebagainya.

Pengiktirafan adat sebagai sumber perundangan Islam telah dijelaskan melalui kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Nujaim dan As-Sayuti dalam kitabnya Al-Asybah wa Al-Nazair. Mereka berpendapat bahawa “Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara.” Ini amat bersesuaian dengan hadith Qudsi yang bermaksud “Apa-apa yang dilihat buruk oleh orang Islam maka demikian juga disisi Allah Taala.”


Dalam kaedah Fiqh atau Qawaid Fiqhiyah ia dikanali dengan “Al-Adat Muhakkamah”. Adat yang juga dikanali dengan urf menurut jumhur fugahak telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan bagi manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi satu perkara yang lumrah, samada urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdl Karim Zaidan dalam kitab Al-Wajir Fi Usul Fiqh muka surat 252 dan kitab Al-Qawaid Al-Fiqhiah oleh Haji Mohad Soleh binHaji Ahmad Omar. Muka surat 622 (Pustaka Haji Abdul Majid).


Jadi berdasarkan pemakaian hukum yang diterima dalam perundangan Islam adalah wajar jika harta sepencarian juga termasuk dalam kategori undang-undang Islam, hanya cara harta itu diterapkan melalui adat Melayu dan tidak melalui sumber perundangan Islam yang utama.

Perlaksanaan di Mahkahmah Syariah Malaysia


Harta sepencarian telah diterima pakai dalam perbicaraan di Mahkahmah Syariah di Malaysia.
Kadi Besar Pulau Pinang, Haji Harussani Haji Zakaria ketika mengendalikan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi menjelaskan: “Harta sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar hikmah dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga, suami keluar mencari nafkah” Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, dalam kes Kalthom Binte Abdul Wahid lwn Nordin Bin Othman menjelaskan: “Kes harta sepencarian yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah di Malaysia dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama dan urf bagi Negeri ini”.

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Singapura

52. – (1) The Court shall have power to inquire into and adjudicate upon claims by married women or women who have been divorced for payment of her emas kahwin. (2) A woman who has been divorced by her husband may apply to the Court for a consolatory gift or mutaah and the Court may after hearing the parties order payment of such sum as may be just and in accordance with the Muslim law. (3) The Court may, at any stage of the proceedings for divorce or nullity of marriage or after making a decree or order for divorce or nullity of marriage, or after any divorce has been registered whether before or after 1st August 1999 under section 102, on the application of any party, make such orders as it thinks fit with respect to- (a) the payment of emas kahwin to the wife: (b) the payment of a consolatory gift or mutaah to the wife; (c) the custody, maintenance and education of the minor children of the parties, and (d) the disposition or division of property on divorce or nullification of marriage.

Contoh Kes di Singapura

Kes Pembahagian Harta Sepencarian yang diputuskan Mahkamah Syariah Singapura dan Rayuan yang dikemukakan terhadapnya di Lembaga Rayuan. Kes Rayuan no 11 of 1995 (Asmah lwn Selamat). Asmah merayu agar diiberikan:
Nafkah eddah $1,500.
Mut’ah dinaikkan dari $34,900 ($4.00 sehari kepada $87,250 - $10.00 sehari).
Memohon diberikan sebahagian dari CPF suami yang akan dikeluarkan empat tahun lagi.
Meminta agar beliau juga diberikan hak ke atas rumah yang didiami suami dan diserahkan hak milik kepadanya.

Rayuan balas Selamat
Nafkah eddah tidak diberi kerana sejak cerai dilafazkan July 1992, nafkah terus diberikan sehinggalah keputusan perceraian mereka didaftar June 1995.
Mut’ah keputusan tidak diubah.
Asmah diberikan $24,894.78 atau 50% dari jumlah CPF Selamat (jumlah ini berdasarkan keseluruhan CPF semasa perceraian dan tidak menjadi panduan umum dalam semua kes rayuan)
.
Mengekalkan keputusan Mahkamah, setiap seorang akan menerima 50%.


Contoh Kes di Malaysia

Rayuan (Wan Soo lwn Husin): Menuntut lebih 1/3 harta di Taman Sri Kota Taiping dan tidak perlu membayar $5,000 seperti keputusan hakim Menuntut lebih ¼ tanah pajakan di Asam Kumbang Taiping Responden pula merayu; Dikekalkan keputusan (1) Mahu mengekalkan hak milik perkara (2) Keputusan Rayuan: Membatalkan 1/3 dan memberi ½ dan tidak membatalkan bayaran $5,000 Membatalkan ¼ dan dipinda kepada ½

Adakah harta sepencarian terbatas semasa perceraian


Harta sepencarian yang telah diterima berdasaskan kepada hukum Islam, wajar juga diguna pakai bila berlaku kematian suami atau isteri, hanya yang mungkin dipertikaikan ialah peratusan jumlah yang diperuntukan. Buat masa ini belum ada prosedur yang jelas, kerana itu ia perlu diperkemaskan terlebih dahulu agar dapat mengelakan sebarang masalah yang boleh menggugat kestabilan keluarga.
Dalam hal tersebut Akta Pentadbiran Hukum-hukum Islam menjelaskan.

Distribution of Muslim estate to be according to Muslim law
112. – (1) In the case of any Muslim person domiciled in Singapore dying intestate, the estate and effects shall be distributed according to the Muslim law as modified, where applicable, by Malay custom. (2) This section shall apply in cases where a person dies partly intestate as well as in cases where he dies wholly intestate. (3) In case of a Malay dying intestate, the court may make an order for the division of the harta sepencarian or jointly acquired property in such proportions as to the court seems fit.

Umumnya masyarakat Melayu/Islam tidak memberikan perhatian dalam soal tersebut dan penerangan mengenainya kurang didapati, sedang harta peninggalan atau terekah sering menjadi rebutan dan tengkarah.


Kesimpulan

Kefahaman yang jelas perlu dalam menentukan harta sepencarian dan pendidikan berterusan adalah diharapkan, ia bukan semata-mata untuk mendapatkan hak atau bahagian, yang lebih penting ialah membangkitkan kesedaran perceraian bukan sahaja mengancam kestabilan masyarakat, anak-anak kehilangan contoh atau role model, memaksa menyesuaikan dengan keadaan yang baru, malah akan menjejas teruk perancangan kewangan di usia senja. Sedang usia senja itu masa paling sesuai untuk membuat persediaan bagi lebih membersihkan diri dan bukan untuk hidup baru. Islam menetapkan bahawa hak disertakan dengan tanggungjawab, adalah tidak adil jika yang menuntut hak tidak bertanggungjawab. Setiap orang yang tidak bertanggungjawab tidak akan terlepas dari keadilan Allah.

Sumber: http://weddingcolleczionne.blogspot.com/

Butiran selanjutnya ...

Kaitan jenis darah dengan personaliti pemiliknya



Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Kamu juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan yang ada pada kamu adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keselarasan, keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan kamu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil. Kelemahan kamu adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala. Kamu terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat denganmu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari, keras, individualistik, tidak gemar meminta bantuan orang lain, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri, mungkin akan mendatangkan masalah buat diri kamu sendiri dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Namun, kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekelilingmu berasa selesa untuk berdampingan denganmu. Teman-teman menjadikan kamu sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri seolah-olah kamu dilahirkan untuk menghibur orang lain dan sentiasa ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Diolah semula dari sumber: melodicinta dan mblog.com.my

Butiran selanjutnya ...

Perihal Harta Sepencarian

Harta Sepencarian ini merupakan suatu masalah yang sangat susah dan rumit untuk diselesaikan oleh mana-mana pihak terutamanya Mahkamah Syariah apabila kedua-dua pihak suami isteri telah bercerai atau salah satu pihak meninggal dunia dan tidak mendapat persetujuan di atas harta tersebut secara sulh dan redha meredhai di antara kedua-dua pihak termasuk waris-waris.

Bagi suami isteri yang tidak makan gaji biasanya sama-sama bekerja seperti menjadi petani, berkebun, menoreh getah, berniaga dan sebagainya dan ada juga yang bekerja hanya suami seorang sahaja, sama ada makan gaji atau lain-lain pekerjaan, manakala isteri tinggal di rumah menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian suami, anak-anak dan lain-lain kerja rumah dan mengikut kebiasaannya selepas berkahwin beberapa tahun suami isteri memperolehi harta seperti tanah, motokar dan sebagainya dengan membeli secara tunai atau pinjaman dari Kerajaan atau Bank dan seumpamanya dan harta-harta tersebut dibuat atas nama salah seorang sahaja dari suami isteri itu dan jarang sekali mereka membuat nama bersama (dua nama).

Kuasa Memiliki Harta

Di dalam perundangan Islam, seseorang perempuan Islam yang berkahwin dengan seorang lelaki, dia masih diakui mempunyai kuasa memiliki ke atas apa jua harta dan masih terus boleh memiliki harta yang diperolehinya sebelum dia berkahwin dan
boleh juga berbuat demikian setelah dia berkahwin sama ada dari harta pesaka:

  1. pemberian hidup (hibah) usahanya sendiri
  2. dan sebagainya dan seterusnya dia mempunyai tanggungjawab harta di mana dia boleh menuntut dan dituntut di Mahkamah.

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.

Apa yang jelas, harta sepencarian tidak boleh dianggap sebagai satu aqad perkongsian (al-Syarikah). Ini kerana harta sepencarian dikuatkuasakan melalui perkongsian hasil suami dan isteri. Walaupun ketika aqad nikah wujud satu bentuk aqad, namun ia tidak boleh dianggap aqad bagi kontrak secara langsung menimbulkan harta sepencarian. Ini kerana, ijab dan qabul tersebut hanyalah bertujuan menghalalkan satu pergaulan antara suami dan isteri sahaja.

Adat Melayu

Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian telahpun dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai "carian laki bini". Misalnya dalam kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian.

Malah jika diamati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu. Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak.

Hukum Syarak

Persoalannya kini, adakah harta sepencarian itu diktiraf oleh hukum syarak? Sepertimana disebut sebelum ini, meskipun harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf (adat) dan maslahah setempat. Ini mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah SWT dalam Surah An-Nur Ayat 32 menyatakan orang–orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga.Maka apabila sesuatu uruf itu diperakui baik dan sesuai oleh undang-undang kedudukannya, maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Malah ia selaras dengan kaedah fiqh antaranya ialah adat yang diakui sebagai hukum” dan juga uruf itu diiktibarkan oleh syarak”.

Oleh itu, kini hata sepencarian telahpun dianggap sebahagian daripada undang-undang Islam. Malah Mahkamah Syariah telahpun diberi bidangkuasa khusus dan eksklusif bagi membicarakannya. Ia juga telah diperuntukan dalam semua Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam di setiap negeri dan juga dalam Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Misalnya dibawah Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan. Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidaklah boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

Sumbangan tidak langsung

Namun kini, konsep harta sepencarian telah mula diluaskan termasuk juga harta yang diperoleh suami melalui usahanya sendiri semasa perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Sumbangan tidak langsung bermaksud suatu usaha yang disumbangkan oleh mana-mana pasangan dalam mendapatkan harta itu di mana usaha yang disumbangkan adalah kecil berbanding dengan hasil atau manfaat sumbangan itu yang menghasilkan sesuatu harta yang besar.

Ini bermaksud, salah satu pasangan memberi sumbangan secara tidak langsung samaada melalui idea, dorongan, nasihat, keselesaan, ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha dan berjaya dalam mendapatkan harta itu. Dalam kes Tengku Anum Zaharah, mahkamah memutuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian ialah harta sepencarian hasil daripada sumbangan tidak langsung isteri yang berketurunan berpengaruh. Kesan pengaruh isteri membolehkan suaminya mendapat gelaran Dato’ dan berjaya memajukan perniagaannya.

Tuntutan

Bagi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian. Bagi tuntutan selepas perceraian, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 misalnya memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian apabila mahkamah itu membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. Oleh itu, mahkamah hanya berbidangkuasa membicarakan kes harta sepencarian di mahkamah di negeri di mana perceraian berlaku dan didaftarkan.

Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat semasa tempoh perkahwinan. Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan. Malah Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyebut bahawa sebelum Mahkamah mengesahkan keluar agama, satu perintah untuk membahagikan harta sepencarian hendaklah dilaksanakan. Kedua-dua peruntukan tersebut berkaitan dengan permohonan poligami dan juga keluar agama Islam.

Bagi tuntutan selepas kematian, meskipun tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian sekiranya akibat kematian, namun fatwa negeri Selangor menjelaskan bahawa jika berlaku kematian, maka pihak yang hidup boleh memohon pengisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka. Jadi pihak itu perlu membuktikan bahawa sebahagian harta itu adalah harta sepencarian.

Peruntukan Di Dalam Kitab-Kitab Fiqh

Di dalam kitab-kitab fiqh tidak ada peruntukan khusus membicarakan tentang harta sepencarian. Sungguhpun demikian, cuba kita lihat kepada beberapa kitab fiqh yang menjadi rujukan kepada Hakim-Hakim Mahkamah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia apabila
berhadapan dengan kes harta sepencarian di antaranya:

Kitab Bughyah at-Mustarsyidin muka surat 159 ada menyebut :

اختلط ما ل الزوجين ولم يعلم لأ يهما اآثر ولا قرينة تميز أحدهما وحصلت بينهما فرقة أوموت لم يصح لأحدهم ا
ولاوارثه تصرف في شىء منه قبل ااتمييز أو الصلح إلا مع صا حبه اذلامرجح آما قالو افيما لواختلط حمامهما وحينئذ
فان امكن معرفتهما والاوقف الا مر حتى يصطلح الزوجان أوورثتهمابلفظ صلح أو تو اهب بتساو أو تفاوت إن
آانواآاملين ويجب أن لا ينقص عن النصف في الحخور نعم ان جرت العادة بأن أحدهما يكسب اآثرمن الآخرآان الصلح
والتواهب على نحو ذلك فان لم يتفقواعلى شىَ من ذلك فمن بيده شى من المال فالقول قوله بيمينه إنه ملكه فا ن آان
بيدهما فلكل تحليف الا خر ثم يقسم نصفين

Maksudnya:
"Telah bercampur harta suami dan tidak diketahui harta sesiapa yang lebih banyak, tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorangnya, kemudian berlaku perceraian di antara keduanya atau meninggal dunia, maka tidak sah salah seorang dan mereka (suami isteri atau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum dapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (al-Sulh) kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murajjih (tidak ada tanda yang membezakan). Seperti mereka berkata, "jika bercampur burung merpati keduanya (suami isteri) di ketika itu jika boleh diketahui atau dibezakan keduanya, tetapi jika tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan, perkara ini hendaklah ditangguh sehingga suami atau waris kedua-duanya berdamai atau pun menyerah (hibah) dengan sama banyak atau berlebih kurang jika mereka (suami isteri) dan waris orang-orang yang sempurna (bukan mahjur a'laihi) dan wajib supaya jangan berkurang (orang yang tidak dibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku kebiasaan yang tetap bahawa salah seorang dari keduanya (suami isteri) mendapat pendapatan yang lebih banyak dari yang seorang lagi maka perdamaian (sulh) dan penyerahan (hibah) adalah berdasarkan demikian (lebih kurang). Jika mereka tidak menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yang memiliki sesuatu dari harta (memegang harta) akan diterima cakapnya dengan sumpahnya; bahawa harta itu miliknya. Tetapi jika harta itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing memegang harta), maka masing-masing boleh meminta pihak yang lain bersumpah, kemudian harta itu di bahagi dua."

Apabila kita perhati kepada nas dalam kitab ini perkataan ( اطلتخ مال الزوجين ) maknanya bercampur harta kedua suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah yang membezakan antara keduanya. Adakah pengertian ini sama dengan tajuk yang dibicarakan berhubung dengan harta sepencarian yang diperolehi oleh suami isteri hasil daripada masing-masing berusaha atau bekerja, dan harta tersebut bercampur.

Ada yang berpendapat harta yang bercampur itu sebagai harta ( المشاع ), dan tidak sama dengan harta sepencarian. Dan ada pula yang berpendapat bahawa apabila perolehan daripada suami isteri itu bercampur dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak dan tidak ada qarinah, maka bolehlah diqias dan disamakan dengan harta yang bercampur ( المشاع ) itu untuk menyelesaikan mengikut nas dalam kitab tersebut di atas.

Asas-Asas Pertimbangan

Mengikut pendapat Sayed Sabiq data kitab Fiqh al-Sunnah, jilid 2, muka surat 174, Cetakan Tahun 1981 Darul Fikr, Beirut, Lubnan yang menerangkan di bawah tajuk "خدمة المرأة زوجها" dengan berdasarkan ayat al-Quran surah al-Baqarah, ayat 228 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "...Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya yakin sebagaimana seseorang isteri menanggung tanggungjawab terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, maka suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik. Dalam pada itu suami itu mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya kerana suami yang berkuasa mengawalnya dan memberi nafkah dan ayat tersebut memberi hak kepada perempuan sama dengan lelaki."

Seterusnya Sayed Sabiq menjelaskan:-

والاساس الذى وضعه الاسلام للتعا مل بين الزو جين وتنظيم الحياة بينهما هو أساس فطرى وطبيعى
فالر جل أقدر على العمل والكدح والكسب خارج المنزل والمر أة أقدر على تدبير المنزل وتربية الاولاد وتيسير أسباب
الراحة البيتية وتكلف المرأة ماهومن طبيعتها وبهذا ينتظم البيت من نا حية الداخل والخارج دون أن يجداى واحد من
الزوجين سببا من اسباب انقسام البيت على نفسه

Maksudnya:
“Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perusahaan di luar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah seperti mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak, menyediakan segala kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenteram. Maka sebab itu ditugas kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejaskan mana-mana pihak.”

Selanjutnya Sayed Sabiq membawa contoh hukuman Rasulullah SAW di antara Saiyidina Ali (r.a.) wakarramallahu wajhah dengan isterinya Fatimah (r.a.) di mana Rasulullah memutuskan ke atas Fatimah bertugas atau menjalankan pekerjaan di rumah, manakala Ali berusaha dan bekerja di luar rumah. Pekerjaan masing-masing dari suami isteri yang diakui oleh Rasulullah s.a.w. sebagai tanggungjawab masing-masing itu ada hubungan dengan apa yang diperolehi atau hasil yang didapati dari pekerjaan itu dan oleh kerana masing-masing ada peranan dan usaha mengikut tugas masing-masing, maka sudah patut dan wajar harta yang diperolehi dari sama-sama bekerja itu dijadikan harta bersama (sepencarian) di antara suami isteri selagi tidak ada apa-apa bukti atau pengakuan bahawa harta-harta yang diperolehi itu adalah hak masing-masing sama ada dari pemberian orang lain atau pesaka dan sebagainya.

Penyelesaian

Kaedah penyelesaian apabila melibatkan harta sepencarian ialah melalui kaedah sulh iaitu dengan cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut persetujuan. Persetujuan ini boleh dibuat samaada di luar mahkamah atau di hadapan pegawai sulh dan kemudian ianya akan diendors sebagai satu perintah oleh mahkamah.

Kaedah lain adalah melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung. Hakim kebiasaannya akan memberi peluang kepada kdua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama. Maka persetujuan ini akan diendors sebagai satu perintah Mahkamah.

Sekiranya kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian, maka mahkamah akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak. Seterusnya mahkamah akan memutuskan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian ringkas di atas, bolehlah dirumuskan
sebagaimana berikut :

  1. Masalah harta sepencarian di antara suami isteri adalah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.
  2. Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tanda-tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah (Ujrah at-Misl).
  3. Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dan dalam menentukan kadar dan bahagiannya terserahlah kepada pertimbangan Hakim apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.
  4. Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah Syariah dalam menentukan hak masing-masing.
  5. Satu perjanjian berhubung dengan harta sepencarian perlu dikaji sama ada ianya sesuai dibuat atau sebaliknya pada masa ini.

Sumber: Disusun semula dari JAKiM dan syafiqe.wordpress.com

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Oktober 28, 2008

Tajdid Iman: Kesedihan tanpa kawalan punca kehancuran insan

Oleh Dr Juanda Jaya (juanda@msu.edu.my)



KEHILANGAN anggota keluarga adalah satu daripada dugaan Tuhan terhadap hamba-Nya untuk menguji tahap ketakwaan dan kesabaran.

SATU daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia ialah 'kesedihan'. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk dengan sandaran wahyu, boleh jadi kesedihan itu menjadi punca kehancuran seseorang.

Ketika dunia mengalami krisis ekonomi global, tekanan hidup bukan hanya dirasai golongan miskin bahkan hartawan juga ikut terkena kesan kejatuhan raksasa kapitalis dunia. Orang mukmin tidak kira miskin atau kaya ikut sama merasai tekanan akibat situasi politik dan ekonomi yang membahayakan keselamatan harta serta jiwa mereka.

Tetapi, hanya mereka yang benar-benar teguh imannya boleh memenangi peperangan ini. Mereka yang berpegang dengan semangat reda atas putaran takdir yang berada dalam genggaman kuasa Allah. Mereka sentiasa mengingati pesan Allah yang dititipkan melalui al-Quran supaya orang mukmin reda dan berani menghadapi suratan kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Memang mustahil untuk tidak bersedih ketika diuji; kehilangan harta atau orang dikasihi, jawatan diidamkan atau kredibiliti diconteng dengan tinta fitnah tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, begitulah sunnah kehidupan yang tidak selamanya bahagia dan gembira, mesti ada kalanya ditimpa sedih dan sengsara.

Yang penting ialah kebijaksanaan kita memanfaatkan kesedihan itu menjadi potensi yang boleh melonjakkan kekuatan karakter mukmin sejati. Bukannya menjadikan kesedihan itu punca segala kehancuran atau pintu masuk syaitan ke dalam hati nurani.

Jika kita menyelami suara hati yang merintih, apakah keinginannya ketika tenggelam dalam kesedihan? Hati yang diserang sengatan syaitan akan berkata: "Malangnya nasibku, jika aku begini tidak akan jadi begini, aku sudah ditakdirkan menerima keburukan."

Hati yang sentiasa berdampingan dengan Tuhannya tidak mahu merintih dan mempersoalkan ketentuan Kekasihnya Yang Maha Rahman. Dia berkata: "Beruntungnya aku kerana masih ramai orang yang lebih teruk keadaannya dibandingkan diri dan keluargaku, mesti ada rahsia yang disimpan Allah demi untuk kebaikan agamaku, tidak patut menyalahkan sesiapa kerana itu hanya alat bukan sebab, semua takdir pilihan Allah tiada yang buruk dan jahat, semuanya baik bagi hamba-Nya yang memahami dengan hati yang beriman."

Untuk mendapatkan hati sebening mata air firdaus yang memandang segala ujian dengan pandangan iman, selayaknya kita mempelajari bahaya kesedihan dan kesannya dalam keperibadian kita. Antara kesan negatif kesedihan ialah:

Membuat jiwa kurang reda.

Ramai yang memiliki jiwa reda kepada Allah tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang masalah surutnya keredaan itu bersamaan dengan jatuhnya ujian ke riba. Tidak banyak, mungkin sedikit saja kalimah yang terlontar mewakili perasaan marah atau sedih. Tetapi justeru kalimah itu menurunkan tahap keredaan kita kepada Allah SWT.

Walaupun tidak hilang sama sekali, sepatutnya kita berhati-hati kerana mungkin dari celah yang sedikit itu syaitan akan mengambil peluang untuk masuk ke sudut hati dan akhirnya menguasai perasaan kita.

Sabda Rasulullah SAW ketika memeluk putera Baginda, Ibrahim yang dijemput Allah ke sisi-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya mata ini menangis, namun kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredai Tuhan kami." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Orang yang ditimpa musibah hendaklah memperhatikan setiap ayat diucapkannya dengan perhatian baik dan kawalan yang rapi. Kadang-kadang lidah tidak dapat ditundukkan. Ia menterjemahkan kesedihan hati dengan kata-kata yang tidak beradab kepada Allah seolah-olah mahu mempersoalkan kenapa Allah berbuat begitu dan begini? Padahal siapalah kita dibandingkan ilmu-Nya yang meliputi seluruh alam. Umpama si bodoh, dungu dan terencat akal yang berhujah di hadapan Yang Maha Alim.

Lupa akan nikmat-Nya.

Satu keburukan yang dilakukan seseorang, sering kali menghapus sejuta kebaikannya di mata manusia. Begitu juga seorang hamba yang dilimpahi rahmat dan anugerah tanpa putus dari saat hirupan pertama oksigen ke dalam jantungnya hingga nafas terakhir, tetapi apabila sedikit saja Allah menguji kesabarannya dia pun berpaling.

Dia tidak mahu menerima realiti yang harus dihadapi dengan berani, larut dalam kesedihan tidak berpenghujung sehingga membutakan mata hatinya untuk melihat nikmat Allah yang begitu banyak. Bolehkah kita melafazkan puji-pujian kepada Allah ketika sakit, hilang harta benda, pergi tak kembali orang istimewa, jatuh terjunam nama dan pangkat kita angkara kejahatan manusia? Bolehkah hati sentiasa bersyukur walau apapun yang terjadi dalam hidup ini?

Bukan hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya: Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia memuji-Mu dan mengucapkan istirja'. Allah berfirman: Binalah untuk hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama 'Rumah Pujian'." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Mengeruhkan hubungan sesama insan.

Musuh boleh menjadi punca kesedihan. Setiap manusia mempunyai musuh, tetapi mereka mesti belajar menakluk musuh dengan cara diredai Allah. Mereka dituntut untuk mahir bergaul, bersaing dan berlumba mendapat kejayaan dengan cara bersih dan murni mengikut lunas syariat.

Adakalanya kekalahan menyebabkan kita sedih dan mengguriskan dendam di hati. Al-Fudail bin Iyadh berkata kepada sahabatnya yang mengadu disakiti oleh seseorang: "Maafkanlah dia. Sahabatnya itu menjawab: Hatiku tidak mungkin memaafkan. Al-Fudail berkata: Orang yang pemaaf dapat tidur di atas katilnya dengan tenang sedang orang yang membela diri tiada hentinya berfikir untuk membela dirinya, cara apa yang akan digunakannya dan jalan apa yang harus ditempuhnya, apakah perkataan yang akan dikatakannya untuk mengalahkan hujah orang itu. Sudah tentu ia akan gelisah dan tidak dapat tidur."

Kesedihan sebegini boleh menimbulkan penyakit hati, bahkan merosak jantung, menaikkan tekanan darah dan memecah ketenangan perasaan. Akhirnya menjejaskan kesihatan zahir dan batin.

Kesedihan juga boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia, pertalian orang tua dan anak menjadi tegang apabila kepala keluarga mengalami kemurungan. Suami dan isteri mesti menampilkan imej bahagia dan lupakan kesedihan ketika berada di hadapan pasangannya supaya kehidupan rumah tangga mereka terpelihara daripada anasir jahat.

Suami isteri yang berpengalaman dalam menjaga komunikasi biasanya cepat mengawal emosi dan menstabilkannya ketika berada bersama pasangannya.

Ingatlah nasihat Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ketika peristiwa hijrah: "Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita." Makna daripada ungkapan Rasulullah SAW yang diabadikan dalam al-Quran ini seolah-olah memberi pengajaran kepada kita bahawa orang yang terjejas akibat kesedihan sebenarnya mereka ini jauh dari Allah.


Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@msu.edu.my

Sumber: BHOnLine 28/10/2008

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails