“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Jun 29, 2009

Filem, drama seram dikhuatiri pesong akidah

Salam,

Saya amat setuju dengan entry yang di bawah ini. Menurut kaji selidik yang telah dijalankan selama beberapa bulan blog ini, 131 respondan telah menunjukkan pendapat mereka tentang drama seram bersiri di stesen TV seperti Puaka Nyiang Repek dan Anak Betung...

A : Menarik dan banyak pengajarannya - 12 (9%)
B : Biasa-biasa saja, sekadar memberi kelainan untuk citarasa penonton - 18 (13%)
C : Merepek, tahyul dan boleh menjejaskan akidah (syirik) - 75 (57%)
D : Patut dibahaskan dan diberi fatwa oleh Majlis Fatwa Msia - 44 (33%)

Capaian artikel berkaitan di :
1. Minda Akob: MEMERANGI KHURAFAT FILEM SERAM DAN HANTU DI MALAYSIA

Semoga bermanafaat!



Syarikat produksi, penerbit perlu sedar sensitiviti agama dalam ghairah kejar untung

PROMOSI pameran hantu secara besar-besaran di sebuah muzium tempatan pernah mendapat liputan luas media tahun lalu apabila ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Khuatir menjejaskan akidah, teguran itu tepat pada masanya supaya masyarakat Islam tidak keliru atau terpengaruh dengan kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik. Penganjur akhirnya akur dengan tekanan, lalu menukar sebahagian program asal yang diatur.

Namun, unsur khurafat, mistik dan tahyul masih berlanjutan sehingga kini. Doktrin tidak sihat itu masih giat dipertontonkan menerusi slot drama tempatan dan filem tanah air. Pelbagai watak dan jenis makhluk hantu diketengahkan dengan memiliki kuasa tertentu yang boleh memberi mudarat.

Genre sebegini tidak harus dibiarkan berleluasa tanpa pemantauan. Isu pencemaran akidah bukanlah perkara ringan dalam syarak. Ideologi bercampur aduk dengan mistik, boleh menyebabkan seseorang terpengaruh lalu mempercayai ada kuasa selain Allah.

Akidah ialah tunjang Islam yang membebaskan kepercayaan animisme karut kepada mempercayai kekuasaan mutlak milik Allah. Sebelum kedatangan Islam dengan perutusan Nabi Muhammad SAW, masyarakat jahiliah Musyrikin Arab dipenuhi pelbagai kepercayaan bertentangan akidah tauhid diasaskan Nabi Ibrahim.

Dikisahkan dalam Sirah Nabawiyah Sahihah: "Hajar dan anaknya ialah dua penduduk awal bumi Makkah, kemudian datang Jurhum lalu mendiami bersebelahan telaga zamzam, selepas itu, Nabi Ibrahim membina Kaabah yang menjadi rumah ibadat pertama untuk beribadat kepada Allah. Nabi Ibrahim pula ialah rasul yang menyeru kepada akidah tauhid, maka Jurhum menuruti akidah yang dibawa Nabi Ibrahim dan menyempurnakan akidah generasi terawal yang menyaksikan pembinaan Kaabah. Kemudian, bermula penyelewengan akidah manusia selepas itu hingga berlaku penyembahan patung dan berhala. Menurut kitab periwayatan dan sejarah, Amru Luhai ialah orang pertama yang membawa patung dari Syam ke Makkah lalu menyeru menyembahnya. Akibat longgar pegangan akidah dan lemah penjelasan terhadap ajaran akidah Nabi Ibrahim yang kurang memberi pengaruh kepada manusia pada zaman Amru, lalu menzahirkan persediaan manusia menerima syirik dan apa yang berkaitannya daripada kepercayaan batil."

Kisah itu penting kerana penyeru kepercayaan batil akan terpahat namanya dalam catatan sejarah sebagai watak jahat serta diingati kerana usaha negatifnya itu. Imam Ibn Kathir menyebut perihal sejarah buruk Amru bin Luhai.

Katanya: "Golongan terawal yang menyembah berhala di bumi Hijaz diketuai pemimpin mereka, Amru Luhai yang dilaknat Allah kerana dia orang pertama yang menyeru perbuatan itu, seorang yang berharta banyak."

Sedang Imam Dzahabi pula mengulas mengenai Amru: "dan dia ialah orang yang menukar agama Nabi Ismail."

Kita harus sedaya upaya mengelak sejarah berulang sehingga tercatat nama orang sebagai pencemar akidah. Sejarah tidak dapat diubah apabila dibaca generasi akan datang. Kisah tragis seperti Amru tidak mustahil boleh menimpa semula jika tiada peringatan diberikan kepada golongan tertentu. Alangkah ruginya mereka nanti.

Peranan label halal haram wajar diperhalusi semula supaya tidak hanya membabitkan bidang tertentu, bahkan diperluaskan merangkumi muamalah seharian. Klasifikasi perfileman boleh diubah dan ditambah bukan setakat 18 SG atau sebagainya, bahkan boleh jadi seperti label mengancam akidah atau mudarat pada pemikiran Muslim.

Peranan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), boleh diperluaskan dalam proses kelulusan kandungan cerita dalam drama atau filem seperti di Lembaga Penapisan Filem, penentuan dasar penyiaran serta lebih penting, tidak terhad dalam skop yang sudah digariskan sebelum ini.

Syarikat produksi dan penerbit drama Muslim harus sedar mengenai sensitiviti akidah. Proses semakan fakta agama dilihat mampu membendung penyebaran doktrin yang bercanggah dengan akidah dalam produk mereka.

Mungkin kita boleh tanya kepada produser seperti David Teo, bagaimana timbul idea beliau untuk menerbitkan filem Syukur 21 pada 2000. Filem bergenre Islam dengan elemen futuristik dihasilkan oleh beliau dan bukan diterbitkan produser Muslim. Justeru, ini menjadi cabaran kepada produksi Muslim tempatan untuk berani menghasilkan lebih banyak karya Islam berkualiti.

Sumber : BHarian 2009/06/29

Butiran selanjutnya ...

Islam mahu umat kahwin dapat pahala, elak lakukan maksiat

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

PERKAHWINAN antara ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin yang berkahwin dengan ikhlas untuk memelihara diri daripada maksiat mendapat pahala dan ganjaran Allah.

Pergaulan bebas hari ini mudah menjerumuskan golongan belum berkahwin melakukan perkara dilarang agama seperti bersekedudukan dan seks bebas.

Justeru, untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup bermasyarakat ini, Islam menganjurkan umatnya berkahwin serta membina keluarga bahagia berlandaskan syariat.

Pada masa sama, sebagai umat Islam, kita ingin mengikut serta memenuhi sunah Rasulullah SAW yang menjadi idola. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sabda Nabi SAW: “Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.”

Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian. Walaupun Islam tidak mewajibkan kahwin, namun ia adalah suruhan dan anjuran yang tidak wajar diingkari.

Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu bukan disebabkan tidak mampu sebaliknya sengaja memilih hidup solo kerana inginkan kebebasan mutlak. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang.

Ada juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga. Ini sikap orang malas dan berlawanan syariat Islam.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Dzar, Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: “Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri?

“Ukaff menjawab: Tidak.” Baginda SAW bertanya lagi: “Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?” Jawab Ukaff: “Ya, aku orang yang mampu.” Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).”

Md Ali Alhamidy dalam bukunya Godaan Setan menulis: “Menahan diri tidak kahwin, pada hal kesanggupan dan kemampuannya masih ada, ditambah memang Allah dan Rasul-Nya menganjurkan kahwin, maka ia akan menanggung hidup yang sangat berat, apa lagi jika nafsu syahwatnya datang merangsang, maka kemungkinan ia terjerumus ke dalam perbuatan nista.”

Sebelum terjerumus seperti kata Md Ali Alhamidy itu, elok yang dewasa, berkemampuan dari segi kewangan, berkeupayaan dan sihat tubuh badan segera menyempurnakan sunah Nabi SAW. Jangan tangguh kerana kahwin melahirkan zuriat yang akan membanggakan Nabi SAW di depan umat lain pada hari kiamat.

Sumber : BHarian 2009/06/29

Butiran selanjutnya ...

Menyingkap fakta tentang seks

Selama hidup, proses pencarian ilmu takkan berakhir. Namun bukan hanya ilmu tentang kehidupan dunia saja yang perlu dicari, sesekali singkaplah ilmu tentang seks. Bukan saja mampu memperbaiki prestasi kehidupan seks, ia juga turut membantu mengekalkan keharmonian suami isteri.

Meningkatkan kesihatan dan kebahagian

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hubungan yang dilakukan secara teratur, bersih dan sihat, sebenarnya banyak memberikan manfaat. Secara psikologinya orang yang sempurna dalam kehidupan seksualnya lebih tenang dari yang tidak dapat mengecapnya. Dalam kata lain mereka dapat menikmati hidup dengan dengan aman dan nikmat. Kesimpulan tersebut dibuat oleh Dr. Ted Mellvenna dari San Fransiscos Institute for Advanced Study of Human Sexuality. Pemerhatian yang dibuat mendapati orang yang melakukan aktiviti seks memiliki harapan hidup lebih lama.

Mengatur hormon

Wanita yang melakukan hubungan seksual setidaknya sekali seminggu, aturna haidnya lebih normal berbanding dengan wanita yang belum berkahwin. Seks meningkatkan hormon estrogen. Mereka menikmati hubungan seksual secara teratur, memiliki tingkat estrogen yang lebih tinggi dalam darah. Estrogen ini bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung, merendahkan kadar kolestrol positif, memelihara kepadatan tulang, menjaga kulit sentiasa kenyal dan mencegah tekanan.

Membakar kalori

Ketika melakukan hubungan kelamin, sebanyak 4.2 kalori dari tubuh akan terbakar bagi setiap minit. Lebih baik daripada bermain tenis yang hanya membakar 4 kalori per minit.

Menguatkan otot pinggul

Itu jika dilakukan secara teratur. Semasa mencapai kepuasan, otot pinggul akan berkontraksi keras yang kemudian akan lebih menguatkan tubuh, perut dan punggung anda.

Mengingkatkan sistem kekebalan tubuh

Kajian yang dijalankan kepada beberapa wanita yang mengidap penyakit kanser payu dara mendapati mereka yang pernah mengalami atau mencapai organisme secara teratur, memiliki kekebalan tubuh yang lebih kuat dalam menghadapi penyakit, berbanding mereka yang tidak mencapainya. Organisme akan meningkatkan sel-sel yang berfungsi untuk melawan penyakit hingga 20%.

Mengurangkan stress

Anda tidak perlu mencari hiburan diluar untuk mengurangkan stres kerana aktiviti seksual telah menyediakannya secara semulajadi. Percaya atau tidak, kepuasan hasil hubungan seks umpama ubat penenang. Ketika itu otot-otot akan terasa tegang tetapi relaks dan menenangkan. Biasanya orang yang memiliki kehidupan seksual yang baik jarang merasa khuatir, cemas, gelisah, marah dan panas baran.

Mengurangkan rasa sakit

Bagi yang menderita radang sendi atau sakit urat leher seks dapat meringankan kesakitan tersebut

Selain daripada manafaat yang disebutkan di atas, terdapat fakta tentang seks yang perlu diketahui seperti yang tersenaraikan di bawah ini.


Info untuk lelaki


1. Lelaki normal boleh melalukan hubungan seksual sekali atau lebih dalam sehari.

2. Sebahagian besar kaum lelaki teringin melakukan seks setiap hari (tujuh kali seminggu) tapi kenyataannya, seminggu tiga kali sudah mencukupi.

3. Lelaki yang tidak merokok melakukan aktiviti seks dua kali ganda lebih aktif berbanding dengan lelaki yang merokok. Kepuasan yang diperolehi mereka juga lebih tinggi.

4. Kelajuan ejakulasi rata-rata sekitar 45km/j.

5. Bila usia meningkat jumlah sperma yang matang akan berkurangan.

6. Lelaki akan merasa puas bila pancutnya air mani

7. Merokok, mengambil dadah, meminum alkohol, mengambil pil khayal dan memakan ubat-ubatan yang berpanjangan boleh melemahkan syahwat dan mengurangkan jumlah air mani
sihat.

8. Zakar satu-satunya alat kelamin lelaki yang menyeronokkan bila melakukan seks.

9. Penurunan berat badan lelaki mempengaruhi saiz kelamin meraka. Jika berat badan mereka turun 15kg, maka alat kelami mereka bakal ebrtambah panjang sekitar 2.5 cm

10. Alat kelamin lalaki boleh ‘bangun’ empat hingga lima kali ketika sedang tidur.


Perlu diketahui wanita


11. Wanita perlu waktu 20 minit untuk terangsang atau ghairah berbanding lelaki. Oleh sebab itu aktiviti pemanasan amat penting. Sekiranya pasangan mahir menstimulasi pasangan, 11-15 minit sudah mencukupi untuk membuatkan wanita terangsang.

12. Kononnya hanya 1% wanita saja yang mampu merasakan orgasma melalui rangsangan payudara.

13. Wanita yang menunggang atau membonceng motosikal dan menempuh jarak 160km dalam seminggu berisiko mengalami kekurangan sensasi di bahagian intimnya.

14. Semasa melakukan hubungan seks, wanita lebih kerap berfantasi mencapai klimaks berbanding dengan lelaki.

15. Wanita akan merasa puas bila lamanya dapat berasmara.

16. Seluruh tubuh wanita jika dirangsang dengan betul, boleh menaikkan berahinya dari
tapak kaki hingga ke hujung rambut.

17. Khabarnya, orgasme G-spot digambarkan bak sensasi yang bergetar dan bergejolak, sedangkan orgasme klitoris seperti sengatan aliran litrik.


Khusus buat pasangan


18. Lebih dari 100 juta pasangan melakukan hubungan seksual setiap hari.

19. Bagi lelaki yang mempunyai berat 59kg, aktiviti seks boleh membakar 70 hingga 120 kalori, bagi wanita yang mempunyai berat 77kg, kalori yang terbakar adalah antara 77 hingga 155.

20. Kepala klitoris terdiri daripada 8 ribu hujung saraf sedangkan zakar lelaki mempunyai sekitar 4000 saraf sahaja.

21. Gunakan prisip refleksologi dengan urutan di tumit (atau lebih tepat lagi di bawah tulang mata kaki) si dia untuk mengirim signal ke alat kelamin lelaki.

22. Menurut The Journal of Sex Research, kebiasaannya setiap pasangan melakukan pemanasan selama 11 hingga 13 minit sebelum ‘menyelesaikan’ tugas mereka.

23. Panjang atau pendek zakar bukanlah satu masalah. Soalnya yang paling penting adalah besarnya (ukurlilit - lebar). Zakar yang besar atau gemuk (tidak harus panjang) mampu memberikan kepuasan.

25. Salah besar jika anda menganggap kalau kehamilan boleh membunuh ghairah bercinta. Buktinya, hampir separuh dari wanita hamil mengatakan kalau keinginan bercinta mereka tetap sama atau bahkan lebih tinggi daripada saat sebelum hamil.

26. Lelaki dan wanita sama-sama mudah terangsang jika melihat gambar seksi.


Fakta tentang sperma


27. Semasa ejakulasi (sekali pancutan), benih lelaki boleh mengeluarkan 100 juta sperma, hanya 200 yang berjaya mencapai telur wanita. Walau bagaimanapun, hanya satu sperma saja yang mampu menembusi telur tersebut untuk disenyawakan.

28. Jika berlaku persenyawaan dari sperma yang lemah, besar kemungkinan akan berlaku keguguran pada ibu-ibu yang hamil

29. Cairan sperma mengandungi zat besi dan kalsium yang terbukti mampu mencegah sakit gigi

30. Selama hidup seorang lelaki akan menghasilkan 170 hingga 180kg sperma.

31. Dalam satu teh sperma lelaki, terdapat sekurang-kurangnya 5 kalori.

32. Anda alergi terhadap sperma? Konon protein yang berasal dari kelenjar prostat lelaki ini memang boleh menyebabkan gatal atau rasa terbakar pada faraj wanita ataupun bahagian lain pada tubuh.


Di sebalik ciuman


33. Ciuman mampu menjadi ubat sakit gigi kerana penghasilan air liur ekstra bakal membersihkan rongga mulut, tetapi berhati-hatilah kerana ciuman dan air liur boleh menjadi medium penularan penyakit.

34. Ciuman selama satu minit akan membakar 26 kalori.

Sumber : macam-macam

Butiran selanjutnya ...

ISU: Keganasan emosi, penderaan buat wanita


Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan

Ho.. ho.. ho... Kalau mulut tiada insurans, kena fikir banyak kali baru boleh cakap ek... Maka sesiapa yang pernah berkata pada isteri, "hang tu, la ni kalau letak di pasar, sekupang pun tak laku" atau lain-lain seumpamanya, berhati-hatilah... Dan sesiapa yang suami dia selalu kata, "u ni dari dulu sampai la dok cantik, dok manis, dok menawan macam tu juga!" pun berhati-hatilah...

Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik bertujuan memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi sekiranya pindaan dibuat terhadap akta keganasan rumahtangga 1994, demikian paparan berita dalam akhbar baru-baru ini (www.mstar.com.my) yang menarik perhatian untuk diketengahkan sebagai satu isu.

Dalam berita tersebut, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ketika ini, golongan wanita hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut.

Tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi. Keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri. Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan. Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri. Allah SWT di dalam al-Quran, firman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisaa’, ayat 19)

Selain itu, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain. Setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT tiada yang sempurna. Oleh yang demikian, si suami seharusnya menutup keaiban yang ada pada diri isterinya. Allah SWT menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.

Ingatlah, Rasululullah SAW banyak meninggalkan pesanan melalui hadis-hadisnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarganya dan akulah contoh yang paling baik di kalangan kamu terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ibnu Majah)

Sabda baginda SAW lagi, “Tidak ada yang memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak ada yang menghinakan wanita melainkan orang yang hina.” (Hadis riwayat Ibn Asakir daripada Ali r.a.)

Sabda baginda SAW lagi, “Cukuplah seseorang berdosa bila menyia-nyiakan (sia-sia) orang yang dinafkahinya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Suami yang soleh itulah yang merasa senantiasa dalam pengawasan Allah ketika berinteraksi dengan isterinya dalam segala hal, besar ataupun kecil. Ia mengetahui dari hadis Nabi bahawa kesewenang-wenangan adalah kegelapan pada hari kiamat. Dengan demikian, sudah pasti isterinya akan hidup bahagia dan nyaman bersamanya.

Justeru, si suami tidak seharusnya mengaibkan isterinya hatta kepada saudara dan sahabat handainya. Ini kerana setiap keaiban yang ada pada isteri merupakan cermin bagi suami. Hakikatnya suami yang mengutuk atau memalukan si isteri secara tak langsung mengaibkan dirinya sendiri. Dalam hal ini suami harus bijak menangani sebarang masalah yang berlaku dan jangan hanya sekadar menunding jari menyalahkan pasangan.

Begitu juga si isteri harus tahu menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan cantik untuk suaminya. Dalam kebanyakan artikel Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam melalui siri wanita Anggun (keluaran MW), berkata sekiranya muncul konflik dalam rumah tangga, hendaklah suami isteri mengambil langkah-langkah penyembuhan yang diajar melalui al-Quran dan Al-Sunnah Rasullah SAW supaya keretakan itu dapat disambung semula dengan izin dan reda Allah SWT.

Renung-renungkan!

Butiran selanjutnya ...

Abu Sufyan bin Haris

Abdurrahman bin Sabit meriwayatkan, bahawa Sufyan bin Haris adalah saudara sesusuan Rasulullah SAW dari seorang wanita yang sama iaitu Halimah As-Sa’diyah. Di samping itu dia pun sudah sangat biasa bergaul dengan Rasulullah SAW kerana dia memang sebaya dengan baginda.

Ketika baginda diutus oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, maka Abu Sufyan pun memusuhinya dengan permusuhan yang tidak pernah dilakukan oleh seseorang terhadap diri baginda. Dia menyerang Rasulullah SAW begitu juga dengan sahabat-sahabatnya. Bahkan selama dua puluh tahun dia menjadi musuh Rasulullah SAW saling serang-menyerang dengan kaum Muslimin.

Dalam setiap kali peperangan yang dilakukan oleh orang kafir Quraisy dengan kaum Muslimin, Abu Sufyan bin Haris tidak pernah ketinggalan, sehingga akhirnya Allah SWT berkenan memasukkan sinar Islam dalam lubuk hatinya. Abu Sufyan bin Haris berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku, sedangkan kehadiran Islam semakin hari semakin kukuh?” Selepas itu ia menemui isteri dan anak-anaknya, lalu ia berkata: “Wahai isteri dan anak-anakku, bersiap-siaplah untuk keluar, kerana Muhammad tidak lagi akan datang!”

Anak-anak dan isterinya menjawab: “Sepatutnya telah terlalu awal lagi engkau menyedari, bahawa orang-orang Arab bahkan begitu juga orang-orang di luar bangsa Arab telah mengikutinya, sedangkan kamu sendiri masih tetap memusuhinya. Sepatutnya engkaulah orang yang pertama sekali membantunya!”

Kepada pelayannya Abu Sufyan memerintahkan: “Cepat bawa ke mari unta dan kuda!”

Setelah unta dan kuda disiapkan, Abu Sufyan bersama dengan isteri dan anak-anaknya pun berangkat, hingga akhirnya mereka sampai di Abwa’, sedangkan pasukan pertama Rasulullah SAW sudah terlebih dahulu sampai di kota itu. Maka Abu Sufyan pun menyamar kerana takut dibunuh oleh pasukan Rasulullah SAW dan hanya berjalan kaki kira-kira satu mil.

Pada waktu itu pasukan Rasulullah SAW sudah mulai datang membanjiri kota Abwa’. Maka Abu Sufyan pun menyingkir kerana merasa takut dengan sahabat-sahabat baginda. Ketika Rasulullah SAW sudah mulai kelihatan yang sedang diiringi oleh para rombongan, Abu Sufyan pun segera berdiri di hadapannya. Ketika baginda melihatnya, ia langsung memalingkan mukanya ke arah lain. Abu Sufyan pun berpindah tempat ke arah baginda memalingkan muka. Namun baginda tetap terus memalingkan mukanya ke arah yang lain pula.

Dalam hati Abu Sufyan berkata: “Sebelum aku sampai kepadanya, mungkin aku akan mati terbunuh, akan tetapi aku ingat akan kebaikan dan kasih sayangnya, justeru itulah rasa harapan masih tetap ada dalam hatiku. Dari semenjak dulu lagi aku berkeyakinan, bahawa Rasulullah berserta para sahabatnya akan sangat bergembira bila aku masuk Islam, kerana adanya tali persaudaraanku dengan baginda.”

Melihat Rasulullah SAW berpaling dari Abu Sufyan, maka kaum Muslimin pun berpaling darinya. Dia melihat putera Abu Quhafah iaitu Abu Bakar Siddik pun berpaling darinya. Abu Sufyan memandang ke arah Umar yang sedang bangkit amarahnya, dalam keadaan marah Umar berkata: “Wahai musuh Allah, kamu adalah orang yang selalu menyakiti Rasulullah SAW dan para sahabatnya! Bahkan permusuhanmu itu terhadap umat Islam telah diketahui orang baik yang berada di belahan dunia Timur mahupun Barat!”

Mendengar ungkapan dari Umar tersebut, maka Abu Sufyan berusaha untuk membela dirinya. Akan tetapi usahanya itu tidak berhasil, kerana Umar meninggikan suaranya dan Abu Sufyan merasakan pada saat itu bahawa dirinya sudah terkepung oleh hutan belukar manusia yang merasa gembira atas apa yang terjadi pada dirinya.

Dalam keadaan demikian Abu Sufyan berkata: “Wahai bapa saudaraku Abbas, dulu aku pernah datang ke rumahmu serta berharap bahawa Rasulullah SAW akan merasa bergembira jika aku masuk Islam, kerana antara diriku dengan dirinya ada pertalian saudara, di samping itu kami keduanya dari kalangan keluarga terhormat. Akan tetapi kenyataan sebagaimana yang engkau saksikan sendiri wahai bapa saudaraku, mereka seakan-akan tidak mahu menerima kehadiranku! Untuk itu aku bermohon kepadamu wahai bapa saudaraku, supaya engkau berkenan mengajak Muhammad berunding mengenai diriku, sehingga ia redha terhadapku!”

Bapa saudaranya menjawab: “Tidak, demi Allah, setelah aku menyaksikan semuanya ini, sepatah katapun aku tidak mahu berunding dengannya, kecuali jika ada alasan yang lebih kuat!”

Abu Sufyan bertanya: “Wahai bapa saudaraku, dengan siapa lagi aku harus mengadu?”

“Pergilah kamu mengadu ke sana,” jawab bapa saudaranya.

Kemudian Abu Sufyan menemui Ali bin Abi Talib serta mengajaknya berbicara. Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Ali sama saja dengan jawapan bapa saudaranya Abbas. Sehingga akhirnya ia terpaksa lagi pergi kepada bapa saudaranya Abbas serta memohon kepadanya: “Aku mohon kepadamu wahai bapa saudaraku, sudilah kiranya engkau mencegah orang-orang mencaci makiku.”

Abbas bertanya: “Siapa sebenarnya orang yang mencaci makimu itu?”

Abu Sufyan menjelaskan ciri-ciri orangnya: “Dia adalah orang yang berkulit kuning langsat, tubuhnya agak pendek, gemuk dan di antara kedua matanya terdapat bekas luka.

Abbas menjawab: “Dia adalah Nu’aiman bin Haris An-Najjari.”

Maka Bapa saudaranya Abbas pun menemuinya dan berkata: “Wahai Nu’aiman, Abu Sufyan adalah anak dari bapa saudara Rasulullah SAW dan dia juga anak saudaraku sendiri, walaupun Rasulullah SAW kelihatan tidak menyukainya. Akan tetapi aku yakin, bahawa masih ada harapan baginya untuk mendapatkan keredhaan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu aku memohon kepadamu supaya kamu berhenti dari mencaci makinya.

Mendengar ungkapannya dari Abbas itu maka Nu’aiman berkata: “Baiklah, aku tidak akan mengganggunya lagi.”

Pada waktu itu Abu Sufyan sungguh merasa menderita, kerana tidak ada seorangpun yang mahu menegurnya. Walaupun demikian dia tetap berusaha, setiap kali Rasulullah SAW singgah di sebuah rumah, ia tetap berada di depan pintu rumah tersebut. Namun Rasulullah SAW tetap tidak pernah melihatnya dan memalingkan wajah dari dirinya.

Walaupun dalam keadaan demikian, dia terus tetap berusaha untuk mendapatkan keredhaan dari Rasulullah SAW, sehingga akhirnya dia menyaksikan sendiri Rasulullah SAW bersama dengan pasukan kaum Muslimin lainnya menaklukkan kota Makkah.

Abu Sufyan tetap terus berada dekat kuda yang ditunggangi oleh Rasulullah SAW sehingga akhirnya baginda singgah di Abtah. Pada saat itu Rasulullah SAW memandang Abu Sufyan dengan pandangan yang agak lembut dari sebelumnya, dan Abu Sufyan mengharapkan mudah-mudahan Rasulullah mahu senyum kepadanya.

Beberapa kaum wanita dari bani Abdul Mutalib datang menemui baginda yang diikuti oleh isteri Abu Sufyan. Setelah itu Rasulullah SAW pergi ke masjid, Abu Sufyan pun tetap setia mengikuti baginda dan tidak sedikitpun ingin berpisah dengannya.

Akhirnya Rasulullah SAW berangkat menuju Hawazin dan Abu Sufyan pun masih tetap mengikutinya. Pada waktu terjadinya peperangan melawan musuh, maka Abu Sufyan pun segera memacu kudanya dengan sebilah pedang yang terhunus, dan ia bertekad, untuk menebus dosa-dosanya selama ini, tidak ada jalan lain kecuali ia harus mati dalam memperjuangkan agama Allah.

Melihat keadaan demikian, kepada Rasulullah, Abbas bapa saudara Abu Sufyan bin Haris berkata: “Wahai Rasulullah, aku bermohon supaya engkau berkenan meredhainya.”

Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah meredhainya dan Allah pun telah berkenan mengampunkan segala kesalahannya dan segala bentuk permusuhan yang dilakukannya kepadaku selama ini.”

Mendengar ungkapan Rasulullah demikian, maka Abu Sufyan pun segera mencium kaki Rasulullah yang pada saat itu sedang menunggang kudanya. Maka pada saat itu Rasulullah SAW menoleh ke arah Abu Sufyan dan bersabda: “Engkau adalah benar-benar saudaraku!”

Selepas itu Rasulullah SAW memerintahkan kepada Abbas agar memerintahkan kepada seluruh pasukan perang supaya maju ke medan perang dengan kata-kata: “Majulah kamu dan binasakanlah musuh-musuh itu.”

Kerana telah mendapat perintah dari Rasulullah SAW, maka Abu Sufyan segera melaksanakan tugasnya. Cuma dengan hanya sekali serangan saja, para tentera musuh berlari kucar kacir. Mereka tidak berani membalas serangan tersebut, sehingga akhirnya Abu Sufyan berhasil mengejar mereka dan tentera musuh lari sejauh tiga mil.

Demikianlah Abu Sufyan, semenjak dia masuk ke dalam Islam, ia sentiasa taat beribadah kepada Allah SWT bahkan dalam suatu riwayat pula dikatakan, bahawa Abu Sufyah tidak pernah mengangkat kepalanya apabila ia berada di depan Rasulullah SAW. Begitu juga pada waktu ajal akan menjemputnya ia berpesan: “Jangan engkau menangisi aku, kerana semenjak aku masuk Islam, aku tidak pernah berbuat dosa.”

Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, Abu Sufyan bin Haris selalu menangisi dan meratapinya dengan syairnya:

Aku tidak dapat tidur dan malam pun susah berakhir
Malam bagi orang yang ditimpa bencana akan lama rasanya.
Tangisanku membuatkan aku bahagia
Sesungguhnya musibah yang menimpa kaum Muslimin itu tidaklah seberapa
Betapa besar dan beratnya cubaan ini
pada waktu mendengar berita bahawa Rasulullah sudah tiada
Bumi tempat tinggal kita inipun ikut serta menderita
sehingga terasa miring segala sudutnya.
Telah terputuslah wahyu Al-Quran dari kita
di mana dahulu malaikat Jibril selalu datang membawanya.
Dialah Nabi yang telah melenyapkan syak wasangka kita
dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan sabdanya
Bagindalah yang telah menunjuki kita
sehingga kita tidak perlu bimbang dan terpedaya
Rasulullah selalu siap memberikan petunjuknya kepada kita
Fatimah, jika kamu bersedih meratapinya, hal yang demikian itu dapat kami mengerti.
Akan tetapi jika engkau tidak bersedih, itulah jalan yang baik yang telah ditunjukkannya.
Makam ayahku adalah makam dari setiap makam
kerana di dalamnya bersemayam seorang Rasul
tuan bagi seluruh manusia.

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Jun 28, 2009

Persoalan Agama: Poligami bukan sekadar mampu kewangan

Islam menetap lima hukum perkahwinan untuk menjaga hak isteri, institusi keluarga

SOALAN :

SEJAK akhir ini, pelbagai kisah mengenai poligami membabitkan artis serta tuntutan fasakh dilaporkan media. Untuk pengetahuan ustaz, saya sudah berkahwin dan buat masa ini tidak terlintas untuk berpoligami kerana menyedari tanggungjawab serta kemampuan diri terbatas. Namun, ramai rakan di pejabat, sebaliknya memperlekeh isu poligami ini. Persoalannya, apakah hukum poligami? Siapa yang layak berpoligami? Bagaimana adab untuk si suami memaklumkan isterinya dan apakah yang harus dilakukan isteri jika suami mahu berkahwin lagi.

Zulkifli S, Klang.


JAWAPAN :

MENJAWAB soalan yang pertama mengenai hukum, ada baiknya jika dikemukakan sejarah poligami dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam ayat ketiga surah al-Nisak, maksudnya: "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwin dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak berlaku adil (antara isteri kamu) maka (berkahwin) seorang saja, atau (pakai) hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

Menurut pentafsir, contohnya dalam kitab al-Tafsir al-Muyassar, ayat ini diturunkan bagi memberikan kelonggaran kepada penjaga (wali) anak yatim untuk mengahwini gadis lain jika dibimbangi timbul masalah kerana mengahwini gadis yang juga anak yatim di bawah jagaan mereka. Ia termasuk masalah mahar yang sepatutnya diberikan kepada anak yatim itu.

Menurut Ibn Kasir dalam tafsirnya, menyatakan tradisi masyarakat Arab pada zaman dulu untuk menikahi gadis yang kematian ayah yang kaya bertujuan membolot harta yang ditinggalkan. Tambahan pula jika gadis itu cantik memikat. Ia antara riwayat daripada Aisyah RA seperti yang diriwayatkan al-Bukhari dalam sahihnya.

Poligami ini pada dasarnya dibenarkan Islam mengambil kira perkara tertentu, contohnya isteri mengalami penyakit menyebabkan dia tidak dapat memenuhi tuntutan seksual suami.

Apabila perkahwinan yang tujuannya memberikan keseronokan syahwat secara halal tidak lagi berperanan, Islam membenarkan perkahwinan dengan isteri kedua untuk menyelamatkan keadaan itu.

Apabila kita mengkaji sirah Nabi, perkahwinan Baginda secara poligami dengan sembilan isteri pada suatu masa sebenarnya mempunyai pelbagai hikmah antaranya, ia pembelaan kepada mereka termasuk isteri bernama Saudah, Ummu Habibah dan Ummu Salamah.

Isteri lain pula dikahwini untuk menjadi hukum yang akan dipegang umat Islam berkaitan perkahwinan dengan isteri anak angkat seperti berlaku pada Zainab.

Ada juga perkahwinan Baginda dengan golongan Yahudi seperti Safiyyah bertujuan sebagai dakwah. Amalan Nabi ini akhirnya menjadi ikutan sahabat yang datang selepas itu, hampir semua mengamalkan poligami seperti Nabi SAW.

Namun, harus diingat poligami yang dibenarkan menuruti ketetapan syarat. Syarat ini diletakkan sebagai dasar bagi mengelakkan kezaliman kepada wanita, khasnya pada zaman mutakhir ini apabila poligami menjadi faktor utama pengabaian tanggungjawab kepada isteri dan anak.

Antara syarat diletakkan fuqaha terhadap suami yang ingin mengamalkan poligami ialah:

  • Mampu adil dengan isteri seperti firman Allah SWT dalam ayat ketiga surah al-Nisaa'.
  • Mampu menghadapi ujian kehidupan poligami kerana suami harus bijak mengendalikan permasalahan semua isteri tanpa mengabaikan hak Allah ke atas mereka.
  • Mampu memenuhi keperluan isteri. Jika lelaki beristeri lebih gagal memenuhi tuntutan seksual isteri, dibimbangi isteri terbabit maksiat.
  • Mampu memberi nafkah kepada isteri tanpa berlaku zalim dalam pembahagian itu.

(Untuk maklumat lanjut rujuk Kitab Ensiklopedia Fiqh karangan Ab Malik Kamal Sayyid Ibrahim cetakan Pustaka Ibn Kasir, Jakarta).

Berdasarkan huraian di atas, dapat kita fahami sekalipun hukum poligami pada asalnya harus, ia bertukar kepada hukum lain seperti berikut :
  • Wajib - Jika dibimbangi seseorang lelaki terjerumus melakukan maksiat.
  • Sunat - Sekiranya dengan perkahwinan dapat memberikan perlindungan kepada wanita yang memerlukan perlindungan.
  • Harus - Dalam keadaan umum, apabila yakin dapat menjaga kepentingan semua isterinya.
  • Makruh - Apabila perkahwinan disebabkan memenuhi tuntutan syahwat semata-mata tanpa mengadakan kajian dan mesyuarat dengan orang berilmu dan salih.
  • Haram - Sekiranya perkahwinan dilakukan untuk menganiaya sesuatu pihak sama ada isteri yang sudah sedia dinikahi atau bakal isteri.

Indahnya Islam seperti dikatakan ulama seperti al-Ghazali dalam al-Mustasfa dan Ibnul Qayyim dalam I'lam al-Muwaqqa'in yang mana objektif utama membawa keselamatan kepada umat.

Apa yang menjadi masalah hari ini ialah poligami berlaku dengan sewenang-wenangnya tanpa kajian mendalam terhadap kemampuan diri.

Tidak dinafikan lelaki mampu dari sudut kewangan, tapi dia juga harus mampu memberi keutamaan pendidikan dan kefahaman Islam terhadap isteri.

Saya mencadangkan lelaki yang ingin berpoligami mengikuti saranan Nabi iaitu mengutamakan aspek agama di samping kecantikan. Berapa ramai lelaki tertipu dalam perkahwinan kedua dengan memilih isteri jelita, malah ada yang sebaya anak sendiri. Akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan cepat kerana isteri mudanya tidak mempunyai kefahaman agama.

Ambil pengajaran daripada amaran Nabi SAW dalam hadis: "Janganlah kamu mengahwini seseorang wanita kerana kecantikannya kerana kecantikannya akan menghancurkannya. Jangan kamu kahwini kerana hartanya kerana harta itu akan menjadikan mereka melampaui batas, tetapi kahwinilah dia kerana agamanya..." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Menjawab soalan kedua, saya mencadangkan isteri yang menghadapi perkara ini muhasabah diri. Kemungkinan ada sikap kita yang kurang disenangi suami seperti tidak menjaga penampilan diri yang turut membabitkan sikap, kata-kata dan penjagaan rupa. Suami hakikatnya kerap mengadu masalah isteri selekeh dan tidak menggoda.

Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah kembali kepada Allah SWT dengan melakukan solat sunat hajat, tahajud dan dhuha. Sebagai contoh, Nabi bersabda dalam hadis sahih: "Wahai anak Adam, kerjakanlah olehmu dua rakaat Dhuha, nescaya akan kupenuhi segenap hajatmu pada hari itu."

Wanita juga digalak berpuasa sunat kerana doa orang yang berpuasa diterima Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar."

Ramai ulama contohnya al-Baidhawi mentafsirkan maksud sabar ialah puasa. Terakhir, bermesyuarat dengan suami menerusi pendekatan paling disenangi dengan mempamerkan rasa hormat tanpa memperkecilkan dirinya sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan. Kehadiran orang salih yang dikenali juga mungkin berperanan besar terhadap suami agar memikirkan semula kewajaran tindakannya itu.

Sumber : BHarian 2009/06/28

Butiran selanjutnya ...

Persoalan Agama: Anak tak sah taraf dibintikan Abdullah ketika akad nikah

SOALAN :

SAYA bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini, Insya-Allah. Saya ingin tahu dengan jelas kedudukan atau prosedur yang bakal saya hadapi berikutan status saya sebagai anak tidak sah taraf. Apakah akad nikah yang dilafazkan wali hakim dan benarkah ada perbezaan akad yang bakal dilafazkan terhadap anak yang tidak sah taraf? Saya perlu dibintikan dengan siapa? Saya perlu jawapan ustaz demi persiapan yang perlu dibuat dan pada masa sama, menjaga maruah ibu dan keluarga bakal suami.

Gadis Keliru,
Perak.


JAWAPAN :

KES yang menimpa saudari ini amat dikesali. Inilah akibat apabila manusia melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepentingan syahwat. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nisaa' ayat 176, maksudnya: "Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Apabila manusia melakukan tindakan tanpa mengikuti batasan syariat, berlaku fitnah dan keburukan. Firman Allah SWT lagi dalam ayat surah al-Rum ayat 41: "Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Antara kemusnahan itu ialah kelahiran anak tanpa bapa yang sah akibat perbuatan aniaya membabitkan rogol dan zina.

Bagaimanapun dalam kes saudari, saudari ialah mangsa salah laku dan tidak wajar dipersalahkan kerana Allah SWT berfirman dalam ayat ke-164, surah al-An'am, maksudnya : "Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang melainkan orang itu saja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya saja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisih padanya."

Benar apa yang dikatakan saudari iaitu wali yang akan menikahkan saudari adalah wali hakim.

Tiada sebarang perbezaan antara lafaz nikah itu. Cuma pihak wali akan meletakkan binti saudari kepada Abdullah kerana saudari tidak memiliki bapa sah. Saudari perlu menjelaskan keadaan ini kepada wali berkenaan bagi mengelakkan kerumitan berlaku pada hari akad nikah.

Sumber : BHarian 2009/06/29

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Jun 27, 2009

Kepentingan menuntut ilmu


Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: ‘Berdirilah kamu, maka berdirilah’, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujaadalah [058], ayat 11)

Di dalam kitab Minhajul A'bidin karangan Imam al-Ghazali dinyatakan dengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu. Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal. Ilmu dan amal diibaratkan sebagai dua permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata amal. Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia-sia, tidak akan diterima kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah Rasulullah SAW.

Ilmu merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat. Orang yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ular pun di sangka kayu api. Amatlah bahaya kehidupan tanpa ilmu.

Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita tentang pentingnya ilmu. Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, sang pencipta kita. Ini kerana, firman Allah SWT yang bermaksud, “hanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan ulama’ (orang alim).”

Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok, maka amal diibaratkan sebagai buah. Daripada ilmu terbit amal. Bak kata pepatah Arab, ilmu tanpa amal, umpama pokok yang tidak berbuah.

Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, jawab baginda, “amal yang sedikit tetapi berterusan.” Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan dan amalan. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Pengajaran ayat

1. Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah SWT. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu.

Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

  • Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
  • Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
  • Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
  • Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.
2. Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

3. Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.

Renung-renungkan!

Butiran selanjutnya ...

15 sebab suami tolak seks


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lelaki sentiasa berkeinginan untuk seks. Kalau boleh, setiap hari mahu melakukannya, cuma isteri saja yang tidak larat untuk memenuhi hasrat tersebut. Memang jarang sekali ada lelaki yang menolak bila ada permintaan seks daripada isteri. Ibarat perumpamaan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, begitulah reaksi suami. Tidak mustahil juga suami akan terus saja menarik tangan masuk ke kamar.

Tetapi bagaimana perasaan bila suami bersikap sebaliknya? Percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga akan menolak seks mestipun ditawar dan digoda oleh pasangannya? Ketika ghairah sedang membara dan berharap respons positif darinya tiba-tiba suami menolak. Bukan saja harapan berkubur, terpaksa pula berdepan dengan perasaan malu. Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa dengan penolakan suami seperti ini.

Penolakan suami dalam melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa. Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila keinginan untuk hubungan seks ditolak atau tidak diendahkan. Tidak mustahil sekiranya, isteri yang berhadapan dengan situasi ini merasai suami tidak lagi mencintai ataupun beranggapan suami sudah tidak bernafsu lagi melihat dirinya. Lebih buruk lagi sekiranya isteri merasakan bahawa penolakan tersebut adalah kerana kehadiran pihak ketiga.

Namun begitu sebelum terlintas berbagai lagi anggapan buruk di fikiran, anda seharusnya menyedarkan diri. Fikirkan dahulu kemungkinan penyebabnya sebelum bersangka yang bukan-bukan tentang diri suami anda. Sebagai isteri anda hendaklah peka dengan perubahan suami dan tidak terus membuat tuduhan melulu. Perhatikan faktor di bawah kerana ia mungkin menjadi penyebabnya :

1 – Keletihan

Terlalu penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan dan menghampakan pasangannya.

2 – Faktor kesihatan

Mungkin suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfi kiran negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya terlebih dahulu.

3 – Tidak selesa

Penolakan mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.

4 – Perjalanan jauh

Jarang suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan pasangan anda berehat saja.

5 – Terlalu kerap

Ada juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.

6 – Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan

Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya disfungsi seksuali pada kaum ini.

7 – Kurang tidur

Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga. Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan temoh perhubungan itu sendiri, minat untuk ebrhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.

8 – Tekanan atau stres

Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan istu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.

9 – Kadar hormon

Stimulasi sisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin, SHBG diperlukan.

10 – Takutkan keintiman

Mungkin kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.

11 – Masalah identiti

Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalh kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.

12 – Hati tersinggung

Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung, lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.

13 – Berbeza pendapat

Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza mendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.

14 – Masturbasi

Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.

15 – Fungsi seksual terganggu

Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung.


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Jun 26, 2009

Jadilah suami idaman


Sebenarnya mencari atau mendapatkan seorang suami idaman itu lebih penting daripada mendapatkan isteri idaman. Ini kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada isteri, yang akan membimbing dan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hal ini Allah jelaskan dalam firman-Nya, "Kaum lelaki adalah pemimpin atas kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain." (Surah an-Nisaa', ayat 34)

“Beruntung kamu Liza, dapat suami macam Zul. Sabar, ringan tulang membantu kerja-kerja rumah, boleh tolong menjaga anak, boleh diharap memasak, romantik pulak tu. Tak macam suami aku, langsung tak mahu ambil tahu semua tu.”

Hemmm... keluhan sebegini mungkin kerap didengar tatkala para isteri berkumpul bersama teman. Ia bukan cerita baru, sebaliknya diungkit berulang kali. Ketika bersama teman, mulalah masing-masing membandingkan suami. Ada yang merasa suami kurang prihatin, ego, berat tulang dan macam-macam lagi kekurangan. Apakah ukuran suami yang idaman? Ukuran suami idaman menurut kata mata Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis Rasullullah SAW.

Suami sebagaimana yang sebenarnya dimahukan oleh seorang isteri? Kali ini disenaraikan ciri-ciri suami yang amat didambakan oleh isteri di luar sana.

1 – Sedia mendengar

Ada telinga tapi tidak semestinya kita mendengar. Sama juga dengan lelaki bergelar suami. Walaupun isteri berbicara di sebelah, tapi belum tentu dia mengambil perhatian tentang apa yang diperkatakan oleh si isteri. Seorang isteri sebenarnya mahukan suami yang sedia mendengar cerita dan keluhannya. Ramai isteri merungut bahawa suami sering kali mahu isterinya mendengar kata-katanya, sebaliknya suami pula tidak pernah mahu mendengar perasaan dan keluh kesah isterinya. Lebih malang, isteri baru saja mahu membuka mulut sudah dijawab, “Jangan membebel.”

Walaupun isteri hanya sebagai seorang suri rumah, namun mereka juga berhadapan dengan masalah yan gmahu dikongsi bersama suami tercinta setiap hari. Tentang anak yang nakal, ataupun cerita ketandusan ideanya untuk memasak. Bagi isteri yang bekerjaya apatah lagi. Sudah tentu lagi banyak perkara yang hendak diceritakan bersama suami. Dari rakan sekerja yang suka bergosip hinggalah tentang bos yang cerewet di pejabat.

Mendengar keluahan dan rintihan isteri, akan mengurangkan tekanan yang dialami isteri. Wanita yang dijadikan Allah lebih kuat emosinya berbanding kaum lelaki, memerlukan sokongan suami untuk meredakan ketegangan perasaan yang dialaminya. Kesediaan suami mendengar luahan hatinya akan menjadikan hatinya terhibur dan kembali ceria.

Tetapi kadang-kadang bagi suami, masalah isteri sebegini dilihat tidak penting sehingga mereka malas mendengarnya. Pada hal yang diinginkan oleh si isteri hanyalah cerita mereka didengari dan difahami. Tidak selalupun mereka mahukan buah fikiran daripada suami.

2 – Sentiasa menambah ilmu rumahtangga

Selalunya isterilah yang lebih gemar mencari info-info tentang ilmu rumahtangga, namun sebenarnya adalah lebih elok jika ia dilakukan oleh ketua keluarga itu sendiri yakni suami. Ilmu ini sudah tentu berguna dalam membimbing isteri dan keluarga, sekaligus mencetuskan rasa hormat yang lebih tinggi di hati isteri terhadap suaminya.

Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: ‘Berdirilah kamu, maka berdirilah’, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujaadalah [058], ayat 11)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Bukankah suami itu pemimpin bagi isterinya? Sebagai seorang pemimpin, suami wajib memberi bimbingan dan memberi pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarganya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Dalam usaha membimbing dan mendidik ahli kelaurga, maka sewajarnya seorang suami memperlengkapkan dirinya dengan ilmu yang mantap, terutamanya ilmu agama, tanpa ilmu, seorang suami akan gagal dalam tugasnya sebagai pemimpin dan gagal memelihara diri dan ahli keluarganya daripada bakaran api neraka.

3 – Menghargai

Setiap manusia pasti ingin dihargai. Tidak hanya suami ingin dihargai isterinya, wanita yang bergelar isteri juga ingin dihargai suami mereka. Bentuk penghargaan yang diminta pula bukannya besar atau mahal. Mulakan dengan perkara kecil seperti ucapan terima kasih semasa isteri menyediakan kopi di waktu petang hari atau memuji masakan isteri yang sememangnya sedap. Suami juga dapat menunjukkan penghargaannya dengan cara memberikan privasi buat isteri. Misalnya suami memahami dan tidak keberatan memberi keizinan sewaktu isteri meminta waktu bertemu rakan, ahli keluarga mahupun ke spa.

4 – Tidak sentiasa menyalahkan

Isteri juga manusia seperti anda. Pasti melakukan kesalahan ataupun bertindak salah. Sewaktu ternyata isteri tersilap, suami sebaiknya janganlah terus merungut, marah-marah dan terus menyalahkan hingga mencalarkan emosi pasangan. Daripada menarik muka masam, ada baiknya minta penjelasan daripada isteri tentang mengapa ia berlaku sambil memberikan nasihat. Jangan lupa tetap memberikan senyuman.

5 – Mampu menahan marah

Orang yang mampu menahan marah itu adalah orang yang kuat. Sifat suami yang mampu menahan marah apabila berhadapan dengan pelbagai karenah dan masalah dalam rumahtangga, amat penting bagi mengekalkan suasana harmoni dalam rumahtangga. Sekiranya suami bersikap panas baran, ia hanya akan menyemarakkan sikap bermusuhan dan rasa tidak puas hati di pihak isteri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Orang yang kuat di kalangan kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya ketika marah, dan yang sabar di kalangan kamu ialah orang yang boleh memberi maaf ketika berkuasa.” (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, “Sesiapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk iterinya, Allah akan memberi balasan pahala seperti yang diberikan-Nya kepada Nabi Ayub a.s. atas ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya, manakala isteri yang sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberi balasan pahala seperti yang diberikan-Nya kepada Asiah, isteri Firaun.”

Diriwayatkan suatu ketika Aisyah r.a. telah menolak Rasulullah SAW lalu dimarahi oleh ibunya. Maka Rasulullah bersabda, “Biarkanlah kerana dia akan berbuat lebih banyak daripada itu.” (al-Iraqi)

6 – Sayang diri sendiri

Kalau suami menyayangi isteri dan anak-anaknya, maka dia harus menjaga dirinya. Sayangi diri dengan menjaga kesihatan, pemakanan, meluangkan masa untuk bersenam, mendapat tidur yang cukup serta tidak merokok.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim, apatah lagi di antara suami isteri dan anak-anak. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:
  1. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
  2. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
  3. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman
Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

7 – Boleh menerima pendapat isteri

Walaupun suami berperanan sebagai ketua keluarga, namun itu bukan bererti suami boleh bertindak sewenang-wenangnya atau membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan atau pendapat isteri. Namanya sudah suami isteri, maka kesepakatan adalah perlu dalam memutuskan perkara yang berkaitan kepentingan keluarga, apatah lagi ia akan memberi kesan yang besar. Apapun keputusan penting yang akan diambil oleh suami, sebaiknya berbincanglah dengan isteri. Melalui perbincangan ini, suami isteri dapat menyatukan matlamat dan paling penting kata sepakat dalam keluarga akan mudah dicapai.

Apabila berlaku perselisihan faham dalam keluarga, suami hendaklah berbincang dan mendengar apa yang ingin dikatakan oleh isteri. Sebarang tindakan atau keputusan yang hendak diambil, dilakukan setelah mengambil kira pandangan seluruh ahli keluarga. Sekiranya perkara ini dapat dilakukan, suami akan lebih dihormati oleh isteri dan anak-anak, dan akan terbentuklah keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.

Anas r.a. mengenengahkan saebuah riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan pernah rugi orang yang beristikharah dan tidak akan pernah menyesal orang yang bermusyawarah (berbincang).” (Hadis riwayat Tabrani daripada Anas)

Perintah Allah SWT agar suami mendengar pandangan isteri telah difirman oleh-Nya yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 159)

Allah SWT memuji orang-orang beriman yan gsuka bermusyawarah dalam firman-Nya yang bermaksud. “Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah asy-Syura [042], ayat 38)

Jelas, bahawa Allah SWT meminta kaum lelaki agar bermusyawarah atau berbincang dengan isteri apabila berlaku perselisihan faham antara mereka.

8 – Pulang dengan senyuman

Tekanan di tempat kerja selalunya membuatkan suami stres. Begitu juga jika seharian melakukan kerja yang meletihkan di tempat kerja. Tetapi tidak perlulah perasaan itu dibawa kembali ke rumah. Tinggalkan masalah pejabat di pejabat sahaja. Pulanglah ke rumah dengan senyuman dan bukannya dengan wajah yang masam mencuka atau muram durja. Isteri sudah tentu sedih dan keliru melihat suami berkeadaan begitu.

Dalam pada itu, jangan juga menjadikan isteri sebagai sasaran stres, dengan memarahinya setiap kali tertekan dengan masalah pejabat. Adalah lebih elok berkongsi masalah tersebut dengan isteri. Mereka sebenarnya suka dan rela mendengarnya. Apabila suami sanggut berkongsi cerita, isteri bukan saja dapat memberi sokongan dan pengertian malah dia sendiri akan berasa diri diperlukan suami.

9 – Romantis

Isteri mana yang tidak bahagia punya suami yang penuh dengan kasih sayang, perhatian dan romantis. Memang agak sukar mengharapkan suami meluah dan menunjukkan rasa sayang serta cinta pada isteri setiap hari, tapi sekurang-kurangnya suami mempamerkannya pada hari-hari istimewa sang isteri. Antaranya seperti pada hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. Mengirimkan SMS berisi kata cinta mahupun memberikan hadiah sudah cukup membuatkan isteri berasa bahagia dan beruntung.

Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia adalah menyubur kasih sayang antara suami dan isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa, walaupun ketika usia semakin tua. Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifest daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap ini bukan sekadar perlu dilahirkan di bilik tidur, sebaliknya di mana-mana dan bila-bila masa, selagi ia berada dalam batas kesopanan adab Islam.

Menurut kajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam “Petua Menjadi Pasangan Romantik”, orang lelaki cenderung kepada kegiatan seksual berbanding orang perempuan yang cenderung kepada sikap romantik suami. Belajarlah jadi suami yang romantik agar anda lebih disayangi isteri.

10 – Membantu urusan rumahtangga dan anak

Inilah suami idaman lebih-lebih lagi buat wanita yang bekerjaya. Kesibukan kerja membuatkan ramai isteri tidak menang tangan melakukan kerja di rumah. Oleh itu bantuan suami amatlah dialu-alukan. Lagipun rumahtangga itu milik suami isteri, sebarusnya urusannya dibahagi berdua. Walaupun sekadar menyidai kain di ampaian, bantuan seperti itu sebenarnya amat dihargai isteri. Ingat, isteri bukan hamba suaminya. Seorang suami yang perihatin dan bertimbangrasa tidak akan membiarkan isteri melakukan segala kerja rumah kerana ia bukanlah tugas mutlak isteri. Sila rujuk capaian berkaitan untuk penjelasan lanjut :

1. Benarkah Tugas Istri Itu Mengurus Rumahtangga?
2. Suami Isteri Bekerja
3. Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu

11 – Tidak cerewet


Menurut satu kajian, suami yang baik adalah seorang yang mudah, ringkas dan tidak cerewet terutama sekali dalam bab makan minum dan sebagainya. Sifat-sifat demikian akan memmudahkan isteri untuk melaksanakan tanggugjawabnya sebagai seorang isteri. Seorang suami mestilah mempunyai fikiran berbuka untuk menereima isterinya yang mempunyai kemampuan/keupayaan yang terbatas.

Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik, seorang suami ayng mudah dan tidak cerewet. Rasulullah sentiasa berlapang dada dan bersabar terhadap apa jua keadaan dalam rumahtangga baginda. Jika baginda mendapati di rumah tiada makanan, maka baginda akan berpuasa. Jika ada makanan seperti roti tetapi tiada lauknya, maka baginda akan makan dengan kurma atau cuka. Begitu juga dalam hal-hal yang lain, baginda tidak pernah merungut atas apa-apa kekurangan isteri-isteri baginda.

Pernahkah anda mendengar kisah ini? Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering datang ke rumahnya pada waktu pagi dan bertanya, “Ada sesuatu yang boleh dimakan?” Saya sering menjawab, “Tidak ada apa-apa, ya Rasulullah.” Maka baginda akan berkata, “Kalau begitu, aku akan berpuasa.” Pernah pada suatu masa saya berkata, “Seseorang telah mengirimkan kita makanan.” Baginda bertanya, “Apa itu?” Saya katakan, “Kuih daripada kurma.” Baginda berkata, “Aku mengira akan berpuasa.” Lalu baginda makan kuih tersebut dan memutuskan tidak berpuasa pada hari tersebut.

Ummu Hani meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumahnya pada hari baginda memasuki Makkah lalu bertanya, “Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk dimakan?” Saya menjawab, “ Ya Rasulullah, hanya ada kerak roti kering.” Baginda berkata, “Itupun cukup bagus.” Saya menyajikannya dan baginda mencelupkannya ke dalam air lalu menaburkan garam di atasnya. Kemudian baginda bertanya, “Adakah sesuatu untuk dimakan bersamanya?” Saya jawab, “Beberapa titis cuka hitam.” Baginda menumpahkan cuka itu ke atas roti dan memakannya lalu memuji Allah atas nikmat-Nya, seraya berkata, “Ummu Hani, cuka adalah lauk yang amat baik.”

Tidak susah sebenarnya untuk menjadi suami idaman. Apa yang penting, cekalkan hati dan kuatkan iman. Ayuh kaum lelaki, berubahlah demi kesejahteraan di dunia, insya Allah anda akan lebih senang di akhirat!

Renung-renungkan!

Butiran selanjutnya ...

Ummu Sulaim Binti Malhan

Nama lengkapnya adalah Rumaisha’ Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin Naja al-Anshaiyah al-Khazrajiyah.

Beliau adalah seorang wanita yang memiliki sifat keibuan dan cantik, dihiasi pula dirinya dengan ketabahan, kebijaksanaan, lurus pemikirannya, dan dihiasi pula dengan kecerdasan berpikir dan kefasihan serta berakhlak mulia, sehingga nantinya cerita yang baik ditujukan kepada beliau dan setiap lisan memuji atasnya. Karena, beliau memiliki sifat yang agung tersebut sehingga mendorong putra pamannya yang bernama malik bin Nadhar untuk segera menikahinya yang akhirnya melahirkan Anas bin Malik.

Anas adalah anak yang cerdas dan mencintai Rasulullah SAW, dia senantiasa mengikuti ke manapun Rasulullah SAW pergi. Sampai suatu ketika Ummu Sulaim menitipkan Anas kepada Rasulullah untuk dididik. Setiap kali Anas pulang ke rumah, Ummu Sulaim selalu bertanya “Anakku, apa yang kamu dapatkan dari Rasulullah hari ini?” Begitulah seterusnya sampai akhirnya, kita mengenal Anas bin Malik sebagai salah satu perawi Hadis yang terbanyak. Seperti inilah ibu yang cerdas ini mendidik anaknya, mempersiapkannya menjadi pembela Islam dan penegak kebenaran.

Tatkala cahaya nubuwwah mulai terbit dan dakwah tauhid mulai muncul, orang-orang yang berakal sehat dan memiliki fitrah yang lurus untuk bersegera masuk Islam. Ummu Sulaim termasuk golongan pertama yang masuk Islam awal-awal dari golongan Anshar. Beliau tidak mempedulikan segala kemungkinan yang akan menimpanya di dalam masyarakat jahiliyah penyembah berhala yang beliau buang tanpa ragu.

Adapun kalangan pertama yang harus beliau hadapi adalah kemarahan Malik, suaminya, yang baru saja pulang dari berpergian dan mendapati isterinya telah memeluk Islam. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak, “Apakah engkau murtad dari agamamu?” Maka dengan penuh yakin dan tegar beliau menjawab, “Tidak, bahkan aku telah beriman.”

Sungguh ungkapan tersebut mampu menyentuh perasaan yang paling dalam dan mengisi hati Abu Thalhah, sungguh Ummu Sulaim telah bercokol di hatinya secara sempurrna, dia bukanlah seorang wanita yang suka bermain-main dan takluk dengan rayuan-rayuan kemewahan, sesungguhnya dia adalah wanita cerdas, dan apakah dia akan mendapatkan yang lebih baik darinya untuk diperisteri, atau ibu bagi anak-anaknya?”

Abu Thalhah dikenal sebagai saudagar yang kaya dan terpandang di kaumnya, pikirannya cerdas dan berbudi pekerti luhur, tapi saat itu ia masih kafir. Dengan keyakinan hati, Abu Thalhah mendatangi Ummu Sulaim, tidak mungkin Ummu Sulaim menolak diriku, begitu yang ada difikirannya.

Ketika bertemu dengan Ummu Sulaim, Abu Thalhah langsung menyampaikan lamarannya. Namun ia terkejut ketika Ummu Sulaim menolak. “Aku akan memberikan mahar yang banyak kepadamu sehingga kehidupanmu dan putramu dapat terjamin.” Tetap saja Ummu Sulaim menolak. Tapi di hati wanita ini ada kekaguman kepada Abu Thalhah atas keluhuran budinya dan ada keyakinan dihatinya bahawa Abu Thalhah dapat bermanfaat bagi Islam. Laki-laki yang satu ini berbeda sekali dengan suaminya yang dulu.

“Demi Allah, orang seperti anda tidak pantas untuk ditolak, hanya saja engkau adalah orang kafir sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mahu memeluk Islam, maka itulah mahar bagiku dan kau tidak meminta yang selain dari itu.” (Lihat an-Nasa’i VI/144).

Ketika terlihat keraguan di muka Abu Thalhah, Ummu Sulaim berpikir, orang ini harus digugat logika dan fikirannya. Ummu Sulaim lalu bertanya, “Wahai Abu Thalhah, dari apakah berhala yang engkau sembah di rumahmu diperbuat?” Abu Thalhah menjawab, “Daripada kayu.” “Apakah engkau tidak terfikir bahawa bahagian kayu dibuat untuk berhala dan kayu yang sama dijadikan kayu bakar? Apakah sama antara tuhanmu dengan kayu bakar?” Begitulah dialog yang terjadi antara kedua orang cerdas ini.

Kalimat itulah akhirnya menetapkan hati Abu Thalhah kepada Islam. Tanpa terasa lisan Abu Thahah mengulang-ulang, “Aku berada di atas apa yang kamu yakini, aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang hak kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah.”

Ummu Sulaim lalu menoleh kepada putranya Anas dan beliau berkata dengan suka cita kerana hidayah Allah SWT yang diberikan kepada Abu Thalhah melalui tangannya, “Wahai Anas nikahkanlah aku dengan Abu Thalhah.” Kemudian beliau pun dinikahkan Islam sebagai mahar. Oleh kerana itu, Tsabit meriwayatkan hadis dari Anas:

“Aku belum penah mendengar seorang wanita yang paling mulia dari Ummu Sulaim kerana maharnya adalah Islam.” (Sunan Nasa’i VI/114).

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Thahah dengan kehidupan suami isteri yang diisi dengan nilai-nilai Islam yang menaungi bagi kehidupan suami isteri, dengan kehidupan yang tenang dan penuh kebahagiaan.

Ummu Sulaim adalah profil seorang isteri yang menunaikan hak-hak suami isteri dengan sebaik-baiknya, sebagaimana juga contoh terbaik sebagai seorang ibu, seorang pendidik yang utama dan orang da’iyah.

Begitulah Abu Thalhah mulai memasuki madrasah imaniyah melalui isterinya yang utama, yakni Ummu Sulaim, sehingga, pada gilirannya beliau minum dari mata air nubuwwah hingga menjadi setara dalam hal kemuliaan dengan Ummu Sulaim.

Marilah kita dengarkan penuturan Anas bin Malik yang menceritakan kepada kita bagaimana pelakuan Abu Thalhah terhadap kitabullah dan komitmennya terhadap Al-Quran sebagai landasan dan keperibadian. Anas bin Malik berkata:
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempuna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” (Surah Ali Imran, ayat 92)

Seketika Abu Thalhah berdiri menghadap Rasulullah SAW dan berkata, “Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitabnya (yang artinya), “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai.” Dan sesungguhnya harta yang paling aku sukai adalah kebunku, untuk itu aku sedekahkan ia untuk Allah dengan harapan mendapatkan kebaikan dan simpanan di sisi Allah, maka pergunakanlah sesukamu ya Rasulullah.”

“Bagus… bagus… itulah harta yang menguntungkan… itulah harta yang mnguntungkan…. Aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku memutuskan agar engkau sedekahkan kepada kerabat-kerabatmu.” Maka Abu Thalhah membahagi-bahagikannya kepada anak kerabatnya dan Bani dari pakciknya.”

Allah memuliakan kedua orang suami isteri ini dengan seorang anak laki-laki sehingga keduanya sangat bergembira dan anak tersebut menjadi penyejuk pandangan bagi keduanya dengan pergaulannya dan dengan tingkah lakunya. Anak tersebut diberi nama Abu Umair. Suatu ketika anak tersebut bemain-main dengan seekor burung lalu burung tersebut mati. Hal itu menjadikan anak tersebut bersedih dan menangis. Pada saat itu Rasulullah SAW melewati dirinya maka beliau berkata kepada anak tesebut untuk menghibur dan bermain dengannya, “Wahai Abu Umair, apa yang dilakukan oleh anak burung pipit itu?” (Al-Bukhari VII/109).

Allah berkehendak untuk menguji keduanya dengan seorang anak yang keletah dan dicintai. Suatu ketika Abu Umair sakit sehingga kedua orang tuanya disibukkan olehnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi ayahya apabila kembali dari pasar, pertama kali yang dia kerjakan setelah mengucapkan salam adalah bertanya tentang kesehatan anaknya, dan beliau belum merasa tenang sebelum melihat anaknya.

Suatu ketika Abu Thalhah keluar ke masjid dan bersamaan dengan itu anaknya meninggal. Maka Ibu mukminah yang sabar ini menghadapi musibah tersebut dengan jiwa yang redha dan baik. Sang ibu membaringkannya di tempat tidur sambil senantiasa mengulangi, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Beliau berpesan kepada anggota keluarganya, “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Thalhah hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya.”

Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim mengusap air mata kasih sayangnya, kemudian dengan semangat menyambut suaminya dan menjawab seperti biasanya, “Apa yang dilakukan oleh anakku?” Beliau menjawab, “Dia dalam keadaan tenang.”

Abu Thalhah mengira bahawa anaknya sudah dalam keadaan sehat, sehingga Abu Thalhah bergembira dengan ketenangan dan kesehatannya, dan dia tidak mahu mendekat kerana khuwatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Ummu Sulaim mendekati beliau dan mempersiapkan makan malam baginya, lalu beliau makan dan minum, sementara Ummu Sulaim bersolek dengan dandanan yang lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya, beliau mengenakan baju yang paling bagus, berdandan dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanya pun berbuat sebagaimana layaknya suami isteri.

Tatkala Ummu Sulaim melihat bahawa suaminya sudah kenyang dan telah mencampurinya serta merasa tenang terhadap keadaan anaknya, maka beliau memuji Allah kerana beliau tidak membuat risau suaminya dan beliau biarkan suaminya terlelap dalam tidurnya.

Tatkala di akhir malam beliau berkata kepada suaminya, “Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum menitipkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil titipan tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut menolaknya?” Abu Thalhah menjawab, “Tentu saja tidak boleh.” Kemudian Ummu Sulim berkata lagi, “Bagaimana pendapatmu jika keluarga tersebut berkeberatan tatkala titipannya diambil setelah dia sudah dapat memanfaatkannya?” Abu Thalhah berkata, “Bererti mereka tidak adil.” Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnya anakmu adalah titipan dari Allah dan Allah telah mengambil, maka tabahkanlah hatimu dengan meninggalnya anakmu.”

Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya, maka beliau berkata dengan marah, “Kau biarkan aku dalam keadaan seperti ini baru kamu khabari tentang anakku?”

Beliau mengulangi kata-kata tersebut hingga beliau mengucapkan kalimat istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) lalu bertahmid kepada Allah sehingga beransur-ansur jiwanya menjadi tenang.

Keesokan harinya beliau pergi menghadap Rasullah SAW dan mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang telah terjadi, kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua.”

Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah. Tatkala Ummu Sulaim melahirkan, beliau utus Anas bin Malik untuk membawanya kepada Rasulullah SAW, selanjutnya Anas berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ummu Sulaim telah melahirkan malam tadi.” Maka Rasulullah SAW mengunyah kurma dan mentahnik bayi tersebut (yakni menggosokkan kurma yang telah dikunyah ke langit-langit mulut si bayi). Anas berkata, “Berikanlah nama bayi ya Rasulullah!” beliau bersabda, “Namanya Abdullah.”
Ubadah, salah seorang rijal sanad berkata, “Aku melihat dia memiliki tujuh orang anak yang kesemuanya hafal Al-Quran.”

Di antara kejadian yang mengesankan pada diri wanita yang utama dan juga suaminya yang mukmin adalah bahawa Allah menurunkan ayat tentang mereka berdua yang manusia dapat beribadah dengan membacanya. Abu Hurairah r.a. berkata, “Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Sesungguhnya aku dalam keadaan lapar.” Maka Rasulullah SAW menanyakan kepada salah satu isterinya tentang makanan yang ada di rumahnya, namun beiau menjawab, “Demi yang mengutusmu dengan haq, aku tidak memiliki apa-apa kecuali hanya air, kemudian beliau bertanya kepada isteri yang lain, namun jawapannya sama. Seluruhnya menjawab dengan jawapan yang sama. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah yang akan menjamu tamu ini, semoga Allah merahmatinya.” Maka berdirilah seorang Anshar yang namanya Abu Thalhah seraya berkata, “Saya, ya Rasulullah.” Maka dia pergi bersama tamu tadi menuju rumahnya kemudian sahabat Anshar tersebut bertanya kepada istrinya (Ummu Sulaim), “Apakah kamu memiliki makanan?” Isterinya menjawab, “Tidak punya melainkan makanan untuk anak-anak.” Abu Thalhah berkata, “Berikanlah minuman kepada mereka dan tidurkanlah mereka. Nanti apabila tamu saya masuk, maka akan saya perlihatkan bahawa saya ikut makan, apabila makanan sudah berada di tangan, maka berdirilah dan matikanlah lampu.” Hal itu dilakukan oleh Ummu Sulaim. Mereka duduk-duduk dan tamu makan hidangan tersebut, sementara kedua isteri tersebut bermalam dalam keadaan tidak makan. Keesokan harinya keduanya datang kepada Rasulullah SAW lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh Allah takjub (atau tertawa) terhadap fulan dan fulanah.”

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Sungguh Allah takjub terhadap apa yang kalian berdua lakukan terhadap tamu kalian.”

Di akhir hadis disebutkan, maka turunlah ayat: “Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).” (Surah al-Hasyr [59], ayat 9)

Abu Thalhah tak kuasa menahan rasa gembiranya, maka beliau bersegera memberikan khabar gembira itu kepada isterinya sehingga sejuklah pandangan matanya kerana Allah menurunkan ayat tentang mereka dalam al-Quran yang senantiasa dibaca. Selain berdakwah di lingkungannya, Ummu Sulaim juga turut adil dalam berjihad bersama pasukan kaum muslimin.

Anas berkata, “Rasulullah SAW berperang bersama Ummu Sulaim dan para wanita dari kalangan Anshar, apabila berperang, para wanita tersebut memberikan minum kepada mujahidin dan mengobati yang luka.”

Begitulah, Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah SAW, beliau tidak pernah masuk rumah selain rumah Ummu Sulaim, bahkan Rasulullah telah memberi khabar gembira kepadanya bahawa beliau termasuk ahli jannah.

Capaian entry berkaitan :

  1. Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah
  2. Pemilik mahar paling indah

Sumber : ahlulhadist dan asri26

Butiran selanjutnya ...

Nabi Yahya lahir berkat doa bapa

FIRMAN Allah, bermaksud: “Wahai Yahya, ambillah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak. Dan Kami anugerahkan pula kepadanya rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian daripada dosa dan ia adalah seorang yang bertakwa. Dan seorang yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan bukanlah dia seorang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan baginya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan kembali.”

Ayat al-Quran itu menceritakan mengenai Nabi Yahya. Beliau dilahirkan berkat doa bapanya, Nabi Zakaria kepada Allah, yang teringin sangat menimang anak dan untuk dijadikan pewaris.

Doa bapanya berbunyi: “Ya Tuhanku, berilah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian daripada keluarga Yaakub yang akan meneruskan pimpinan dan tuntutanku kepada Bani Israel. Aku bimbang bahawa sepeninggalanku, anggota keluargaku akan rosak kembali akidah dan imannya kerana tiada pengganti yang akan meneruskan ajaranku. Wahai Tuhanku, tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, sedangkan isteriku seorang perempuan mandul, namun kekuasaan-Mu di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu berdoa kepadamu, memohon rahmat-Mu mengurniakan aku seorang putera soleh.”

Allah memperkenankan permohonan Zakaria, maksudnya: “Wahai Zakaria. Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperolehi seorang putera bernama Yahya yang soleh, yang membenarkan kitab Allah...”

Nabi Yahya tidak banyak diceritakan al-Quran, tetapi beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak, terkenal berhati mulia, bertakwa dan sering melakukan ibadat sejak kanak-kanak. Apabila dewasa, beliau menjadi rujukan kaumnya mengenai agama dan pelbagai perkara penting lain.

Namun, pada ketika itu, ada seorang raja bernama Hirodus yang menguasai Palestin dan mencintai anak tirinya sendiri, Horodia. Gadis itu memang cantik dan menjadi kegilaan pemuda sehingga Hirodus tidak dapat menahan nafsunya. Seluruh keluarga merestui perhubungan itu dan majlis perkahwinan dirancang. Nabi Yahya membantah kerana waktu itu hukum Allah melarang mengahwini anak tiri sendiri. Nabi Yahya bukan saja menentang, malah mengeluarkan fatwa, perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Allah yang mengharamkan seseorang mengahwini anak tiri.

Perkara itu menjadi buah mulut masyarakat dan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap Hirodia kerana khuatir jika larangan daripada Nabi Yahya membantutkan hasratnya. Hirodia bimbang calon suaminya terpengaruh dengan kata-kata Nabi Yahya dan perkahwinan yang dirancang tidak menjadi. Justeru, dia merancang mempengaruhi bakal suaminya membunuh Yahya. Dia menggunakan kecantikannya untuk mempengaruhi Hirodus membunuh Nabi Yahya, iaitu mengenakan pakaian seksi dan bertemu Hirodus lalu menyampaikan hasrat itu. Hirodus terpengaruh dan akhirnya Nabi Yahya dibunuh untuk memuaskan hati Hirodia.

Bagi Nabi Zakaria, apabila mendengar anaknya dibunuh, beliau segera mencari perlindungan. Kebetulan ada pokok di depannya, dengan izin Allah pokok itu terbelah dua, lalu beliau masuk ke dalamnya dan ia tertutup semula.

Selepas itu, tentera raja terbabit memotong pokok berkenaan, sehingga Nabi Zakaria yang berada di dalamnya terbunuh.

Sumber : KisahRasul

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Jun 25, 2009

Buah kiwi lindungi tubuh daripada radikal bebas


Salam,

Sedikit lain daripada biasa. Saya masukkan entry ini kerana tengah 'gila' makan buah kiwi. Anak ke-tiga saya yang berusia 2 tahun 3 bulan, si Ilham Darwish juga 'kemaruk' kiwi seperti mamanya. Hik.. hik... Pertama kali saya melihat pokok kiwi ketika saya berkunjung ke Saitama-City, Japan ketika pergi melawat rumah rakan seperjuangan. Geram melihat buah kiwi bergayutan di pokok yang menjalar di atas awning porch jiran rakan saya.

Buahnya tidak masam dan tidak juga manis. Itulah kelebihan buah kiwi yang mendapat namanya sempena dengan nama burung kiwi yang berasal dari New Zealand, malah di kebanyakan kawasan di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, buah kiwi secara amnya dikenali sebagai kiwi sahaja.

Kiwi merupakan beri daripada kumpulan Kultivar Actinidia Deliciosa dan hybrid antara kultivar ini dan spesies lain dalam denus Actinidia. Ia mempunyai kulit Berbulu coklat halus di luar. Manakala bahagian isinya berwarna hijau muda dan berbiji halus membulat di tengahnya membentuk seperti bunga. Rasa buah kiwi seakan campuran buah pisang, nanas dan strawberi.

Dari segi khasiat, kiwi mengandungi banyak vitamin, flavonoid dan mineral. Antara vitamin yang terdapat di dalam buah kiwi adalah vitamin C, A dan E. Malah, buah ini mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi daripada buah oren, serta jumlah potassium yang sama banyak dengan pisang, serta sejumlah beta-karotena yang bagus. Biji hitam buah yang terdapat di dalam isinya boleh dihancurkan bagi menghasilkan minyak buah kiwi yang dikatakan kaya dengan asid Linoleik Alfa.

Vitamin C merupakan antioksidan yang telah terbukti mampu melindungi tubuh daripada radikal bebas sekaligus memperbaiki kesihatan individu yang mengambilnya secara kerap terutamanya mementang semua jenis penyakit daripada masalah kardiovaskular kepada kanser dan obesiti.


Buah kiwi yang bergayutan


Sumber antioksidan


Kajian membuktikan bahawa buah kiwi amat berguna dalam memperbaiki masalah asma di kalangan kanak-kanak, dan merendahkan kemungkinan kanser kolon melalui cara menyediakan sejumlah serat pemakanan yang baik.

Sifat perlindungan antioksidan kiwi telah ditunjukkan dalam kajian terhadap kanak-kanak enam hingga tujuh tahun di bahagian utara dan tengah Italy. Lebih banyak buah kiwi atau buah sitrus diberikan kepada kanak-kanak ini, lebih kurang mereka mengalami masalah kesihatan berkaitan pernafasan termasuklah sukar bernafas, nafas termengah-mengah atau batuk pada waktu malam.

Beberapa kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa pengambilan tidak atau lebih hidangan buah sehari termasuklah buah kiwi mampu mengurangkan kira-kira 36% risiko untuk menghadapi masalah berkaitan mata yang dipanggil kemerosotan Makular berkaitan usia (sebab utama kehilangan penglihatan terhadap orang dewasa), jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil kira-kira 1.5 hidangan buah sehari.

Buah kiwi juga dikatakan mempunyai kebolehan untuk melindungi DNA dalam sel nukleus manusia daripada kerosakan berkaitan oksigen. Para penyelidik tidak pasti sebatian mana yang memberikan perlindungan antioksidan tetapi mereka pasti bahawa bahan untuk menyembuhkan ini tidak terhad kepada Khasiat biasa yang berkaitan denga buah kiwi. Disebabkan buah kiwi mengandungi pelbagai jenis flavonoid dan karotenoid yang menunjukkan aktiviti antioksidan, maka khasiat fito dalam kiwi mungkin bertanggungjawab terhadap perlindungan DNA ini.


Bunga pokok kiwi

Sumber terbaik serat

Buah kiwi juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan. Pemakanan seharian yang mengandungi banyak serat boleh mengurangkan tahap kolesterol tinggi, sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung. Serat juga baik untuk mengikat dan membuang toksin daripada kolon. Makanan kaya serat seperti buah kiwi juga amat baik untuk mempastikan tahap gula dalam darah pesakit diabetes terkawal.

Pengambilan serat dapat membantu mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan potassium mampu mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan membina arteri yang kuat. Garam galian tersebut juga penting bagi proses pertumbuhan tulang rangka dan membaik pulih.

Selain itu buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang dimiliki juga boleh bertindak sebagai ‘berus gigi penyingkir’ untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

Sungguhpun buah kiwi amat berkhasiat, namun disebabkan ia mengandungi aktinidin iaitu enzim protein larut, buah ini boleh menyebabkan alahan kepada meraka yang tidak tahan, oleh itu, sebelum mengambil buah kiwi, dapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu.

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails