Sumber: Solusi ISU#32
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Sabtu, Disember 01, 2012
Ðengar dengan kata hati
Susunan :
Bawang Goreng
pada
12/01/2012 12:56:00 PTG
Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun, “Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi emal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?”
Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin, “Empat.”
Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah ‘tiga’.
“Mungkin dia tidak mendengar dengan baik,” bisik guru itu.
Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.
Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, “Empat, cikgu!”
Gurunya sekali lagi kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari strawberi, maka diubah sedikit soalan itu.
“Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki?”
Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya, “Tiga, cikgu!”
Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri.
“Bagus. Tepat sekali jawapan kamu itu.”
“Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa epalkah yang kamu dapat?”
Soalan awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diebrikan tetap ‘empat’.
Kali ini si guru sudah hilang sabar. Ðisoalnya murid itu dengan marah, “Macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni?”
Ðengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab, “Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya, cikgu.”
Pengajaran: Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sesekali mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka. Jadi, dengarlah dengan mata hati. Malah jika berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-duannya salah.
Sumber: Solusi ISU#32
Butiran selanjutnya ...
Ahad, Ogos 19, 2012
SALAM AiDiLFiTRi 1433H/2012
Susunan :
Bawang Goreng
pada
8/19/2012 09:07:00 PG
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya;
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman;
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
Makan rendang dengan ketupat,
Perut kenyang hati suka sangat;
Balik kampung jangan hanya hendak cepat,
Ingat tersayang pandulah dengan cermat.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan;
Saya menyusuh sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa;
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan;
Memupuk perpaduan sesama insan,
Mengikat tali keakraban.
Sungguh tidak dapat diduga,
cempedak diidam dapat kelapa;
Raya tu memanglah raya juga,
Ibadah dan solat jangan dilupa ya...
Jika kita melihat seorang yg kufur, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita berada dalam Islam.
Jika kita melihat seorang yg berbuat dosa, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita berada dalam taqwa.
Jika kita melihat seorang yg berlaku bodoh, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita masih memiliki ilmu.
Dan, jika melihat orang lain mendapat bencana, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita terhindar darinya.
Bersyukurlah, kerana kita dilahirkan sebagai Muslim dan sebagai Malaysian.
Laman-Seri serta keluarga mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432H, Taqabbalallahu minna waminkum, Minal ‘aidina walfaizina, kullu am waantum bikhair, taqabbal ya kareem” (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu juga, iaitu sebagai orang yang kembali kepada fitrah juga yang berjaya dalam ujian. Hendaknya setiap tahun kalian semua dalam keadaan baik) kepada semua Muslimin dan Muslimat, walau di mana jua anda berada.
Capaian entry berkaitan :
Butiran selanjutnya ...
Isnin, Ogos 06, 2012
Tunjukkan tanda mensyukuri nikmat dengan perbuatan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
8/06/2012 12:30:00 PG
Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda itu. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa, apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”
Pemuda itu menjelaskan, beliau memohon supaya Allah memasukkannya dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu.”
Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran dan nikmat dianugerahkan Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi perkara nikmat, kita juga perlu bersyukur apabila terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana.
Pelbagai nikmat dianugerahkan Allah SWT terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT.
Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan diperoleh oleh pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang dipimpinnya. Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Begitulah bukti mensyukuri nikmat yang lain dengan menggunakannya kepada jalan Allah SWT. Banyak pengajaran ditunjukkan oleh Allah mengenai mereka yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-Nya.
Antaranya, Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. Hamman diseksa kerana kufur nikmat kecerdikan Allah SWT berikan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat itu kepada kaum yang lain pula.” (Hadis riwayat at-Thabrani)
Berdasarkan peristiwa dirakamkan dalam al-Quran, ia membuktikan nikmat Allah SWT yang tidak disyukuri akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya. Sesungguhnya sangat banyak nikmat yang Allah kurniakan tanpa kita sedari.
Allah menyatakan, jika kita cuba menghitung nikmat dikurniakan kepada kita, nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat dikurniakan Allah, sedikit atau banyak, mereka itu masih jauh dengan rahmat Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupan seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah, seluruh hidupnya mengarah kepada tuntutan ibadah diperintahkan Allah SWT.
Kerap kali kita memikirkan sesuatu yang telah hilang sehingga lupa mensyukuri apa yang ada di depan. Kita merasa sedih kerana kekurangan material padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan.
Oleh itu, renungkanlah supaya kita sentiasa bersyukur dan janganlah kita termasuk golongan mereka yang ingkar. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.” (Surah an-Nahl, ayat 83)
Justeru, sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh. Jika kita menerima nikmat Allah keseluruhannya wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menghayati dan bersyukur dengan pemberian Allah SWT.
Sumber : BHarian
Butiran selanjutnya ...
Sabtu, Julai 14, 2012
Nikmat Allah tiada tandingan dengan masa beribadah
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/14/2012 09:45:00 PTG
Ðiriwayatkan
daripada Jabir, dia berkata, “Pada suatu hari Rasulullah pernah keluar menemui
kami, kemudian Baginda bersabda: Jibril pernah berkata : Wahai Muhammad, demi
Ðzat yang telah mengutusmu dengan hak, sesungguhnya Allah memiliki seorang
hamba yang pernah beribadah selama 500 tahun di puncak gunung yang berada di
tengah lautan. Panjang dan lebarnya gunung itu masing-masing tiga puluh hasta.
Gunung itu dikelilingi oleh lautan. Ði mana jarak gunung itu dengan pinggir
lautan sekitar empat ribu farsakh dari semua penjuru.
Ði
bawahnya terdapat mata air tawar sebesar jari tangan yang mengeluarkan air
tawar hingga air itu bercampur dengan air laut di bawah gunung itu. Ði kaki
gunung itu ada pohon delima yang setiap harinya mengeluarkan sebiji buah delima
untuk dimakannya agar ia kuat mengerjakan ibadah. Pada petang harinya ia turun
dari gunung untuk mengambil air wuduk sambil mengambil buah delima dan
memakannya. Setelah itu barulah ia menunaikan solatnya. Hamba itu memohon agar
pada waktu nyawanya dicabut ia berada dalam keadaan bersujud, dan memohon agar
jasadnya terpelihara utuh, hingga pada hari kebangkitan nanti ia berada dalam
keadaan sujud kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda : Maka Allah pun
memakbulkan seluruh permohonannya.
Ketika
turun ke bumi, kami (malaikat) lewati dan memerhatikan ibadahnya, dan ketika
naik ke langit kami mengetahui dari ilmu Allah, bahawa di hari kebangkitan
nanti ketika ia berada di hadapan Allah, Allah berkata kepadanya : Masukkan
hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba itu berkata :
Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku? Allah berkata kepadanya
: Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba
itu kembali berkata : Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku?
Allah berkata : Hitunglah wahai para malaikat lebih banyak mana antara nikmat
yang telah Aku kurniakan kepadanya dengan amal yang telah dilakukannya!
Setelah
dilakukan perhitungan, ternyata pahala ibadah 500 tahun belum boleh mengalahkan
kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada hamba-Nya, tinggallah kenikmatan
anggota tubuh yang lain yang belum boleh dibayar dengan amal ibadahnya. Maka
Allah berkata : Wahai para malaikat, masukkan hamba-Ku ke dalam neraka! Maka hamba
itu pun dimasukkan ke dalam neraka. Hamba itu berkata : Wahai Tuhanku, kalau
begitu masukkan aku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Mu! Allah
berkata : Kembalikan hamba-Ku ke dalam syurga. Maka hamba itu dihadapkan kepada
Allah.
Allah
SWT bertanya : Wahai hamba-Ku, siapa yang menciptakanmu ketika kamu tidak
berupaya apa pun? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah kembali
bertanya : Siapa yang membuatmu kuat hingga kamu mampu menjalankan ibadah
kepada-Ku sebagaimana mestinya selama 500 tahun? Hamba itu menjawab : Engkau
wahai Tuhanku. Allah kembali bertanya : Siapa yang menempatkanmu di gunung di
tengah samudera yang dalam, dan siapa yang mengeluarkan air tawar dari air
masin dan mengeluarkan buah delima pada setiap malam, pada hal sebenarnya buah
delima itu seharusnya berbuah sekali dalam setahun, kemudian Aku mengabulkan
permintaanmu supaya kamu dicabut nyawa dalam keadaan bersujud kepada-Ku? Hamba
itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah berkata : Semua itu terjadi kerana
rahmat dan kasih sayang-Ku dan dengan rahmat-Ku juga Aku memasukkanmu ke dalam
syurga. Masukkanlah hamba-Ku ke dalam syurga, kerana kamu adalah hamba-Ku yang
paling taat.
Maka
Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jibril berkata : Sesungguhnya segala
sesuatu itu terjadi berkat rahmat Allah wahai Muhammad.”
Sumber : Buku Lah Tahzan untuk Umat Muhammad di BHarian 29/05/2012
Butiran selanjutnya ...
Ahad, Julai 01, 2012
Romantik itu sunnah Rasulullah
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/01/2012 07:24:00 PTG
SIFAT romantik bukan eksklusif dilakukan dalam budaya
masyarakat Barat. – Gambar hiasan
SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria
suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula,
romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi
miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap
lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang
Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan
lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang
Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan
melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai
Malu memegang tangan isteri?
Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat
kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami
yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah
yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu.
Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih
sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah
mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa?
Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat
tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa
disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan
kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus
hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat, Rasulullah SAW
sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW
pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA
berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri
baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah
atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini
ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW.
Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium
isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman
penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku
biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas
air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian?
Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang
indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran
Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya.
Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai
para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan
panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa
bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan
anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai,
dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan
hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah
orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik
antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis
Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih
sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh
pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan
kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama
sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan
cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang
disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi
seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan
ketika.
Bersikap romantik merupakan
antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan
sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan
sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada!
Pasti boleh!
Sumber : Kosmo!
Butiran selanjutnya ...
Selasa, Jun 26, 2012
Jadilah seorang pemaaf
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/26/2012 01:32:00 PTG
Assalamualaikum
warahmatullah dan salam sejatera,
Pemaaf adalah sifat
luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Antara sifat positif yang terdapat
dalam diri manusia adalah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan
pendendam. Ketika manusia diciptakan oleh Allah SWT, Allah mencipta juga
pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif
dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Ada beberapa ayat
al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang juga disebut
sebagai sifat yang hampir di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang
bermaksud, “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah
mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)
Kadang kala, perasaan
marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu,
pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun.
Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.
Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang
menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat
pemaaf dalam seseorang.
Pertembungan dua unsur
ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman
dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula
mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa
menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul
sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepat sifat
pemaaf itu bukanlah satu perbuatan yang mudah dilakukan. Firman Allah SWT yang
bermaksud, “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya
termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43)
Sifat pemaaf memang
sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk
bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.
Bukan
penyelesaian
Emosi manusia pula
memang mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangannya
logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya
menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri.
Sesuatu yang lojik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah
petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia
dan di akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan
fizikal bukanlah jalan penyelesaian masalah atau untuk menunjukkan siapa yang
benar. Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin
ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga berlakunya pembunuhan.
Sesiapa berupaya
menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian,
keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu
menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bukanlah
orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan,
sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika
marah.” (Hadis riwayat Bukhari)
Pentingnya sifat
menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki
agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Nabi menjawab ringkas
iaitu “jangan marah”. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia
bertanya buat kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain
yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengulangi perkataan
“jangan marah”. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri
dengan memperbanyakkan melakukan ibadah wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa
dan iman secara langsung akan menjauhkan perakara yang ditegah, termasuklah
sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir
dari jiwa dan hati yang tenang, hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab
itu, selalulah cuba memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil.
Bagi orang yang bersifat pemaaf, tiada tersimpan perasaan marah dalam hatinya.
Sebab itu, hati orang yang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan
provokasi yang menekan dirinya.
Hati tidak
tenteram
Banyak masalah
berkaitan hubungan sesama manusia berpunca dari sifat marah dan membalas
dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan
disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya
merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak
berdendam.
Hatinya tidak tenteram
dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya
sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum
ini sudahpun selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita tidak
akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih
awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Jika ada sesuatu yang
menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah
diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati adakah perkara itu
berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang
wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir
sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk
tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu, syaitan tidak
berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan
sifat memaafkan.
Sifat
pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi
rohani. Orang yang brsifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih,
berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri
untuk melakukan kebaikan.
Renung-renungkan…
Sumber : Mohd Huzairi Zainuddin di MW#1276
Butiran selanjutnya ...
Isnin, Jun 25, 2012
Beban harapan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/25/2012 09:35:00 PG
Assalamualaikum
warahmatullah,
Anda masih ingat lagi entry baik hati vs murah hati? Jika ada yang terlupa, eloklah baca dulu entry yang terdahulu dan teruskan bacaan ke entry yang ini.
Ðalam entry kali ni, LAMAN-SERi masih lagi kongsikan nukilan favorite, Ðr Azhar Hj Sarip. Semoga kita semua mendapat walau sekelumit manfaat daripada perkongsian ini.
Ðalam entry kali ni, LAMAN-SERi masih lagi kongsikan nukilan favorite, Ðr Azhar Hj Sarip. Semoga kita semua mendapat walau sekelumit manfaat daripada perkongsian ini.
Setiap
daripada kita pasti mempunyai harapan, tidak kiralah mengenai apa pun. Setiap
daripada kita pasti mengharapkan setiap harapan kita menjadi kenyataan. Apabila
harapan yang didambakan menjadi kenyataan maka bahagialah hati.
Namun
ada juga yang bersedih kerana harapan hanya tinggal harapan tanpa ada sedikit
pun bayangan kenyataan. Keluh kesah mula menyelubungi setiap detik nafas
memikirkan harapan yang tidak kunjung tiba.
Mungkin
kita sering tertanya-tanya mengapa harapan-harapan anda masih belum terlaksana
biarpun anda sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Mungkin ada
sedang berhadapan dengan wajah kekecewaan hidup hanya kerana beberapa harapan
tidak terlaksana.
Kita
mungkin mempertikaikan mengapa orang lain boleh mendapat apa yang anda
harapkan, walaupun usahanya tidak seberapa. Kita selalu mengatakan bahawa
harapan yang kita dambakan adalah yang terbaik untuk kehiudpan yang mendatang.
Tetapi
apa yang kita tidak tahu, apakah benar-benar pasti ia yang terbaik atau mungkin
ia adalah yang terburuk bagi kehidupan anda yang seterusnya. Sesungguhnya tkita
tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kehidupan melainkan diberi petunjuk
oleh Allah SWT.
Apa
yang kita inginkan, boleh jadi sebenarnya adalah satu beban harapan di masa
hadapan. Justeru, Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil tidak pernah
sesekali membebankan hamba-Nya.
Kisah
pasangan suami isteri
Maka
apa yang diharapkan tidak diberi melainkan ditukarkan dengan apa yang terbaik
untuk masa hadapan. Cuma mungkin manusia sukar untuk menerima hakikat yang
harapannya itu tidak bagus untuk masa hadapannya.
Kadangkala
kita tidak perasan bahawa harapan yang kita inginkan sudah menjadi beban, bukan
sahaja kepada diri sendiri, tetapi tempiasnya turut mengenai orang yang tidak
tahu menahu tentang harapan sudah sekian lama tersemat di minda.
Ðr
Azhar pernah ditanya oleh pasangan suami isteri yang sedang menanti kehadiran
orang baru dalam kehidupan mereka. Pasangan ini bertanya anak lelaki atau
perempuan yang terbaik untuk mereka pada ketika itu. Ðr Azhar bertanya kembali,
anak apakah yang diinginkan oleh mereka. Si suami menjawab yang dia menerima apa
sahaja yang dikurniakan Allah SWT kerana itulah yang ditakdirkan untuknya. Manakala
si bakal ibu pula mengatakan yang dia benar-benar mengharapkan untuk mendapat
anak perempuan. Ðia kemudiannya mengekspresikan betapa indah hidupnya apabila
mempunyai anak perempuan kelak.
Kemudian
Ðr Azhar bertanya kepada si isteri bagaimanakah perasaannya seandainya dia
tidak dikurniakan anak perempuan tetapi dikurniakan seorang anak lelaki yang
comel. Si isteri yang tadinya penuh gembira menceritakan keinginan untuk mempunyai
anak perempuan diam seketika dan akhirnya mengatakan jika itu yang ditakdirkan,
maka dia akan menerima seadanya.
Nah…
jawapan yang diberikan oleh si isteri itu nyata sekali bersama dengan emosi
menolak jika harapan yang diinginkan tidak terlaksana. Maka apabila sampai
waktunya si anak lahir dan bukannya anak yang diinginkan, dia mungkin menerima
kehadiran orang baru tetapi jiwanya merengus.
Kini
harapannya sudah menjadi satu bebanan kerana dia menerima kehadiran orang baru
yang tidak bersesuaian dengan kehendaknya. Ðia kemudiannya membesarkan anaknya
itu dan selang beberapa tahun, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.
Gembiralah
si ibu kerana harapannya kini sudah termakbul. Maka ditatangnya anak yang baru
itu. Sekali beban harapan kini menjadi semakin berat apatah lagi apabila anak
itu meningkat dewasa.
Boleh
musnahkan hubungan
Apabila
si anak yang pertama itu meningkat dewasa, maka dia akan terasa disisihkan
kerana si ibu tadi hanya mendengar dan menumpukan perhatian kepada adiknya. Hal
ini akan berlanjutan dan tanpa sedar bebanan harapan sudah mula membunuh jiwa
abang yang sulung. Biarpun si ibu mengatakan yang dia menyayangi semua anaknya,
namun perbuatannya tidak mencorakkan apa yang dikata. Ini akan membuatkan
ketidakharmonian dalam keluarga apatah lagi jika si adik banyak melakukan
perkara yang tidak memberi manfaat tetapi mendapat sokongan jitu si ibu.
Maka
berhati-hatilah dengan harapan kerana apabila ia menjadi beban, ia akan
memusnahkan banyak hubungan. Ia akan merapuhkan nilai kasih sayang. Ia akan
menjadikan tiang keadilan patah. Buruknya lagi, hubungan kita dengan Allah SWT
akan terjejas kerana memikirkan harapan atau kerana menumpukan harapan. Apa
yang ditakuti adalah ianya membawa hingga ke akhir hayat.
Apalah
gunanya usia yang panjang jika ianya dipenuhi oleh beban harapan dan menjadi
petualang kehidupan yang kekal abadi. Kita mungkin dilupakan oleh orang yang
pernah menjadi harapan kita kelak. Apabila saat itu sampai, tiada gunanya kita
ratapi kerana puncanya datang dari diri kita sendiri. Lebih membebankan, bila
mana kita perlu menjawab di hadapan Allah SWT yang Maha Adil mengenai keadilan.
Meskipun begitu, tidak salah untuk mempunyai harapan, yang salah adalah menaruh
sepenuh harapan kepada harapan yang tidak pasti bakal menjadi yang terbaik
untuk kita. Kita perlu ada harapan sebagai panduan ke arah mana kita hendak
pergi, tetapi biarlah harapan itu dipandu Allah SWT dan bukan harapan nafsu
yang tidak tahu arah hendak dituju melainkan memenuhi tuntutan nafsu serakah
individu.
Semoga
kita senantiasa dinaungi rahmat Allah SWT.
Sumber
: Ðr Azhar Hj Sarip (Perunding Emosi, Spritual NLP Training) di MW#1482
Butiran selanjutnya ...
Ahad, Jun 24, 2012
Ben Ashaari geng saya?!
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/24/2012 03:54:00 PTG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama
tak ngomel di sini, sejak sibuk berbelog di LiTTLE-KiOSK. Kepada geng yang baru ikut belog C&P ini,
saya ucapkan selamat datang dan semoga dapat manfaat daripada perkongsian di
sini.
Sebetulnya,
entry ini sangat istimewa, kerana saya terdapatnya seorang yang agak fofular di kalangan blogger sudi menjengah belog yang tidak seberapa ini.
Beliau yang saya maksudkan, terdapat dalam imej di atas. Adakah benar Ben Ashaari di 'Geng Saya' ini Ben yang
di sini → BenAshaari?
Hanya Ben sahaja yang dapat menjawabnya.
Apa-apapun,
saya ucapkan terima kasih. Terima kasih juga kepada geng-geng lain yang sudi
follow. Insya Allah, saya akan terus menyajikan hidangan hebat untuk perisian
minda dan rohani untuk kita semua.
Terima
kasih atas sokongan semua! Muaaaah!
Butiran selanjutnya ...
Kencing manis ketika hamil, ancam ibu dan janin
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/24/2012 09:28:00 PG
Sesetengah
wanita hamil berisiko untuk menghadapi diabetes. Ðiabetes atau kencing manis
merupakan penyakit yang ditandai dengan peningkatan kadar gula dalam darah atau
melebihi batas normal.
Keadaan
ini berlaku kerana kekurangan unsulin dalam darah atau disebabkan tubuh tidak
efisien mengolah insulin. Ðalam keadaan lain pula, jumlah insulin didapati
mencukupi namun sel tubuh tidak dapat mengolahnya dengan baik. Keadaan ini
dinamakan resistensi insulin atau diabetes tahap dua.
Penyakit
kencing manis ini juga boleh menyerang wanita yang sedang hamil dan keadaan itu
dinamakan diabetes gestational. Ia terjadi kerana semasa hamil, berlaku
perubahan metabolisme endoktrin dan karbohidrat untuk persiapan nutrisi janin
dan menyusui.
Oleh
sebab itulah, tubuh ibu memerlukan hormon insulin tambahan. Semasa hamil,
proses penyerapan makanan menjadi lebih lambat. Akibatnya gula dalam darah
meningkat dengan lebih tinggi.
Ði
akhir kehamilan, keperluan insulin meningkat tiga kali ganda daripada
kebiasaannya. Keadaan ini dinamakan tekanan diabetagenik dalam kehamilan. Ini
bermakna, kehamilan menyebabkan berlaku resistensi insulin secara semulajadi
sehingga tubuh tidak tahan glukosa.
Ini
kerana plasenta menghasilkan hormon anti insulin iaitu Human plancental
lactogen, kortisol dan glukogon. Wanita hamil yang tidak dapat meningkatkan
penghasilan insulin akan menghadapi diabetes sewaktu hamil.
Bayi
meninggal lepas lahir
Wanita
yang ingin hamil, sebaiknya membuat pemeriksaan kehamilan bagi mendapatkan
kesihatan optimum sepanjang kehamilannya. Hal ini krana masalah diabetes yang
dialami oleh bakal ibu sebelum kehamilannya boleh memberi risiko kmplikasi
kehamilan dan kecacatan kepada janin.
Berdasarkan
kajian yang dijalankan di luar negara menyatakan wanita yang menghidap diabetes
tahap satu, kandungannya berisiko lebih besar untuk mengalami kelainan
pertumbuhan. Kemungkinan lain adalah bayinya meninggal setelah dilahirkan.
Keadaan
ini disebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal. Oleh sebab itu, ibu perlu
mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengawal kadar gula dalam darah. Sekiranya
pemeriksaan dilakukan sebelum dan semasa hamil, gangguan pertumbuhan janin
boleh dielakkan dengan sebaik-baiknya.
Ðiabetes
gestational
Ðiabetes
bagi wanita hamil boleh didiagnos dengan dua pemeriksaan iaitu kandungan gula
dalam darah setelah berpuasa dan kandungan gula dalam darah (diambil dua jam
selepas makan).
Had
gula dalam darah setelah berpuasa adalah 100mg/dl dan had gula dalam darah
setelah 2 jam makan adalah 140mg/dl. Lebih daripada had itu, wanita hamil
dikategorikan sebagai diabetes.
Gejala
diabetes sewaktu hamil ini adalah kerap kencing (polyuria), banyak minum
(polydipsia), banyak makan (polyfagia) dan berat badan turun dengan mendadak.
Terdapat juga gejala lain yang timbul seperti kerap mengalami bisul,
gatal-gatal di kulit dan kemaluan, keputihan, cepat penat, sering mengantuk dan
kebas. Jika gejala ini terdapat pada anda, segeralah dapatkan rawatan doktor.
Tips
bagi mengawal penyakit diabetes bagi ibu hamil
1
– Kekalkan diet
Kurangkan
pengambilan gula sederhana yang biasa terdapat pada minuman dan makanan manis.
Ambil makanan seimbang sesuai keperluan wanita hamil.
2
– Khidmat kaunseling
Ðapatkan
khidmat kaunseling dari pakar nutrisi kerana kekurangan kalori dikuatiri
berisiko hipoglikemia (kadar gula dalam darah turun mendadak).
3
– Pantau sendiri
Pantau
hipoglikemi dan jangan sampai paras gula dalam darah turun mendadak. Ambil
makanan seimbang dan bersesuaian. Kandungan gula dalam darah boleh diukur secara
berkala dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Anda boleh membeli alat pengukur
paras gula dalam darah di farmasi berdekatan.
4
– Suntikan insulin
Ambil
suntikan insulin kerana sepanjang kehamilan, wanita hamil tidak boleh mengambil
ubat-ubatan yang merangsang penghasilan insulin melainkan dengan suntikan
insulin.
Semoga
tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu.
Sumber : MW#1478
Butiran selanjutnya ...
Jumaat, Jun 22, 2012
Terapi tenangkan hati pasangan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/22/2012 09:42:00 PTG
Ujian
merupakan lumrah kehidupan. Ðalam memahami hati pasangan, kadang-kadang kita
terpaksa mengorbankan hati sendiri. lalu dengan cara itu, bolehkah kita merasai
ketenangan? Ðalam berumahtangga, luka-melukai adalah perkara biasa tetapi
sebaiknya kedua pasangan cepat merawat luka itu menjadi putik cinta yang baru.
Setiap
hari seelok-eloknya salah seorang sedar tentang kewajipanmengurus hati jikayang
lain lupa dan sibuk mengurus dunia. Bagaimanakah terapi yang diajarkan
Rasulullah SAW kepada setiap muslim untuk menjaga hatinya sentiasa tenang dan
tenteram walau di tengah-tengah dugaan yang berat?
Ðiriwayatkan
daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda,
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati
yang tidak khusyuk, dari mata yang tidak pernah menangis dan daripada doa yang
tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan an-Nasa’i)
Ðoa
ini jika dihayati dengan penuhkeinsafan membawa pengajaran yang teramat berguna
bagi setiap pasangan yang mendambakan ketenangan. Ði antaranya adalah :
1
– Tenang dengan ilmu
Ilmu
mengenal Allah SWT adalah yang paling utama. Jika suami hanya sibuk belajar
bagaimana menggunakan gadget terbaru dan isteri pula dengan ilmu kecantikan
atau fesyen atau perniagaan online semata-mata, adakah ruang untuk mereka
bersama mengenal ilmu agama? Belajar agama adalah wajib bagi setiap Muslim.
Agama bukan hak para ustaz dan ustazah sahaja, tetapi seluruh umat Nabi
Muhammad wajib mengenal agamanya dan mengambil ilmu warisan peninggalan
Rasulullah SAW tersebut.
Ðunia
dan harta takkan mampu membeli ketenangan hati, hanya Allah SWT yang berkuasa
menenteramkan hati kita. Kenalilah Allah SWT dengan ilmu, dekati para ulama
melalui buku, berkawan dengan orang-orang yang alim dan ikhlas. Carilah ilmu
yang bermanfaat bukan hanya setakat pandai membaca al-Quran dan hadis tetapi
juga memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.
2
– Tenang dengan hati yang khusyuk
Jika
hati suami diusik oleh beban pekerjaan yang memenatkan, isteri pula sedih
kerana anak-anak yang bermasalah maka jalan yang kedua untuk mendapat
ketenangan adalah khusyuk mengerjakan ibadah. Tetapi jangan tunggu musibah
datang baru hendak beribadah, eloklah sentiasa mengingati Allah dalam senang
dan susah. Untuk mendapat khusyuk dalam ibadah perlulah menepati cara yang
diajarkan Rasulullah SAW. Orang yang membaca al-Quran dan solat wajib ataupun
sunnah jika mereka mengerjakannya dengan khusyuk maka keadaan mereka seperti
yang digambarkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Allah telah menurunkan
sebaik-baik perkataan iaitu Kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya
antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang
berulang-ulang (keterangannya) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya)
kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian
kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima
ajaran dan rahmat Allah.” (Surah az-Zumar ayat 23)
Bergetar
hati kerana ingat dosa, takut pada Allah dan terkenangkan hari akhirat sedangkan
diri belum sempurna untuk menghadapi mati. Begitulah perasaan orang yang
khusyuk.
3
– Tenang dengan air mata
Tangisan
boleh jadi petanda mendapat rahmat atau azab. Jika seseorang menangis kerana
Allah SWT akan berubahlah amalannya dari yang jahat kepada yang baik. Namun
ramai yang menangis kerana menerima balasan akibat kejahatan diri kemudian
mereka berputus asa daripada rahmat Allah dan terus bergelumang dengan hawa
nafsu yang menyesatkan. Suami dan isteri yang banyak menangis kerana Allah SWT
antara yang paling lembut hatinya dan mudah memperbaiki kesilapan. Kalau mereka
keras hati dan lalai pastilah konflik akan sentiasa memburu sepanjang
perkahwinan. Oleh itu banyakkanlah menangis ketika bermuhasabah supaya hati
anda berdua lebih lembut dan tenang menghadapi ujian.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud, “Ðan mereka sujud sambil menangis sedangkan hati
mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ ayat 109)
4
– Tenang dalam berdoa
Kedekatan
seorang hamba dengan Allah bergantung berapa kerap dia merayu, meminta, mengadu
dan menangis kepada-Nya. Jika interaksinya amat kurang, sungguh dia telah
menjauhi Allah SWT, tidak mempedulikan kebesaran dan kuasa-Nya dan seolah-olah
tidak percaya kehebatan-Nya. Ketenangan itu dicapai dengan hati yang mengingati
Allah, bersyukur dan bergantung kepada-Nya bukan hati yang tenggelam dalam
kesibukan mengejar dunia semata. Pergilah ke tempat terindah di dunia ini
dengan hati yang lalai, nescaya semua keindahan itu akan menjadi neraka di
jiwa.
Ketenangan
hati suami terletak pada keikhlasan hati isteri, jika keduanya bersatu hati di
jalan Ilahi. Amalkanlah terapi suci yang pernah diamalkan para nabi menerusi
firman-Nya yang bermaksud, “(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul
itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan
kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun
takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’
ayat 90)
Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1478
Butiran selanjutnya ...
Rabu, Jun 20, 2012
Ðaun kesum
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/20/2012 09:19:00 PG
Ðaun kesum buang angin dari badan |
Pokok
kesum berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia ,
Indonesia , Thailand dan Vietnam . Tumbuhan ini tumbuh liar
di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga
kawasan di keliling rumah kampong.
Nama
lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum
merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Ðaunnya tersusun secara
berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.
Batangnya
berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku
dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk,
berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Amnya terdapat dua jenis
kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak.
Bahagian
daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakand alam masakan. Ia
akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah
dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki
nilai perubatan.
Ðari
segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C
dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Kajian menunjukkan
bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat
antimikrob.
Ðaun
kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia
‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan
dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum
pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa
dan wangian. Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran.
Tonik
hati, buah pinggang dan darah
Sebagai
herba, daun kesum dikatakan boleh berfungsi mengeluarkan angina dari perut dan
usus. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta
merangsang haid.
Ðaun
kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout, radang sendi dan batu
karang. Namun bagitu pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana
kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam
tubuh.
Jus
yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah
kelemumur, menghitamkan rambut dan juga sebagai ubat pupuk di tempat berkudis. Ðaun
kesum juga antara sebahagian daripada ramuan campuran untuk wanita selepas
bersalin/
Bagi
mereka yang mengalami masalah peru t
tidak hadam, boleh merebus daun kesum dan meminum airnya. Ðikatakan juga dengan
memakan daun kesum mampu menjaga kesihatan penglihatan. Selain itu, di kalangan
masyarakat Cina, daun kesum memiliki khasiat sebagai tonik hati, buah pinggang
dan juga darah.
Walaupun
terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan pokok kesum, namun begitu penggunaannya
perlulah medapat nsihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudharatan
di kemudian hari kelak.
Sumber : Misteri Alam di MW#1490
Butiran selanjutnya ...
Isnin, Jun 18, 2012
Kemusykilan : Kahwin Koboi
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/18/2012 09:21:00 PG
SOALAN
:
Saya
mempunyai seorang kekasih yang sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya
mata. Setelah tiga tahun berkawan, akhirnya dia melamar saya untuk menjadi
isterinya. Keluarga saya dan keluaarganya amat menentang perhubungan ini.
Namun, demi cinta saya kepadanya, saya sanggup berkorban walaupun terpaksa
menyisihkan keluarga sendiri.
Baru-baru
ini, kekasih saya mencadangkan agar kami ‘kahwin lari’ dengan menggunakan
khidmat agen pernikahan di Kuala
Lumpur . Menurutnya, kami boleh bernikah mengikut
mazhab Hanafi yang tidak mensyaratkan wali dalam pernikahan. Saya lebih selesa
jika melangsungkan di Thailand
sahaja. Saya mohon pencerahan ustaz dalam hal ini.
Cinta
terlarang,
Bandar
Puteri Puchong, Selangor.
JAWAPAN
:
Sebagai
asas perbincangan, perlu saya nyatakan kepada saudari bahawa cadangan
untuk bernikah dengan menggunakan agen pernikahan merupakan satu tindakan yang
bakal mengundang banyak kesulitan.
Sebagai
makluman, nikah menggunakan agen atau sindiket tidak boleh diistilahkan sebagai
‘kahwin lari’. Mengikut amalan di Jabatan Agama Islam, ‘kahwin lari’
ditakrifkan sebagai perkahwinan yang dibuat dalam jarak jauh daripada wali,
iaitu melebihi dua marhalah (kira-kira 92km). adapun dalam kes saudari yang
ingin menggunakan khidmat agen atau sindiket pernikahan, kami menggelarkannya
sebagai ‘kahwin koboi’. Istilah ‘kahwin koboi’ kebiasaannya merujuk kepada
pernikahan yang dilakukan dalam lingkungan wilayah dan kuasa wali.
Ðalam
kes ini, saudari dan juga keluarga menetap di Puchong, sementara sindiket
pernikahan di Kuala Lumpur .
Jarak dari Puchong ke Kuala Lumpur
lebih kurang 29.3 km sahaja. Nasihat saya, elakkan daripada melaksanakan kahwin
koboi.
Kahwin
Sindiket
Kebiasaannya,
kahwin koboi atau kahwin sindiket sebegini merujuk pada perkahwinan yang
dijalankan di kawasan sempadan Thailand atau di mana-mana kawasan lain di
Malaysia oleh satu kumpulan atau orang perserorangan yang tidak mendapat
kebenaran menjalankan upacara pernikahan daripada pihak berkuasa kerajaan.
Kebiasaannya, kumpulan atau orang perseorangan ini akan menyediakan segala
kemudahan untuk pasangan melangsungkan perkahwinan termasuk menyediakan saksi
dan wali bagi pihak perempuan.
Masalah
akan timbul kerana perkahwinan ini diragui kesahihannya dan tidak dapat
didaftarkan kerana surat
perakuan nikah yang dikeluarkan adalah palsu. Sebagai contoh, perkahwinan
dijalankan di Kuala Lumpur ,
namun sijil perakuan yang dikeluarkan ialah sijil dari negeri Perak.
Implikasi
Kahwin Sindiket
Terdapat
dua kesan yang berbeza berkaitan kahwin sindiket ini, iaitu :
1
– Kegagalan melakukan pendaftaran
Sekiranya
perkahwinan itu melibatkan wali yang sah, maka perkahwinan tersebut dianggap
sah di sisi syarak. Perkahwinan ini hendaklah didaftarkan di unit Nikah, Cerai
dan Rujuk di pejabat agama yang berdekatan.
Kegagalan
melakukan pendaftaran ini boleh menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada
masa hadapan terutamanya jika berlaku perceraian. Sebagai contoh, isteri tidak
berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran
perkahwinan antara mereka.
2
– Ðiragui kesahihannya
Sekiranya
perkahwinan itu dilaksanakan dengan berwalikan seseorang yang diragui sah, maka
perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Apabila keadaan ini berlaku,
akan timul masalah utnk mendaftarkan perkahwinan tersebut. Satu siasatan
terperinci terpaksa dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepastian
sama ada perkahwinan tersebut sah atau tidak.
Jika
didapati perkahwinan itu sah, maka pendaftaran akan dijalankan dan denda akan
dikenakan kepada pasangan terlibat. Sebaliknya jika dibuktikan perkahwinan itu
tidak sah, maka perintah ‘faraq’ (pengasingan antara suami dengan isteri
terlibat) akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui
akad nikah baru yang pasti kesahihannya.
Perbezaan
Kahwin Sindiket dan Kahwin Biasa
Kahwin
Sindiket
|
Kahwin
Biasa
|
Wali
dan saksi telah disediakan secara pakej oleh agen pernikahan.
|
Pasangan
pengantin perlu menyediakan wali dan saksi sendiri.
|
Menelan
belanja antara 1% hingga 5% daripadanya. Contohnya di Selangor, kos yang
dikenakan ialah sekitar RM150.00 sahaja.
|
|
Tidak
melibatkan sebarang urusan dengan Pejabat Agama Islam daerah.
|
Perlu
didaftarkan di Pejabat Agama Islam.
|
Wali
dalam Mazhab Hanafi
Berkenaan
hujah kekasih saudari yang ingin bernikah menggunakan mazhab Hanafi, dalam
ruangan yang singkat ini saya akan berikan beberapa penjelasan ringkas. Saya
telah banyak menjelaskan persoalan wali ini dalam isu-isu yang lepas.
Secara
ringkasnya, berdasarkan hadis sahih (riwayat al-Khamsah), jumhur
fuqaha berpendapat bahawa nikah tanpa wali tidak sah di sisi syarak.
Bagi anak dara, wali mujbir (bapa dan datuk) berkuasa penuh untuk menikahkan
anak dara tersebut walaupun tanpa persetujuan daripadanya. Manakala bagi janda,
hendaklah diminta keizinannya terlebih dahulu.
Namun
begitu, tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab Hanafi yang
mengatakan bahawa nikah tanpa wali itu masih sah hukumnya. Walau bagaimanapun,
pendapat ini mestilah difahami secara keseluruhan dan mendalam demi
mengelakkannya diputar belit secara semberono bertujuan untuk mengetepikan
terus peranan serta kuasa wali.
Menurut
mazhab Hanafi, perkahwinan tanpa wali adalah harus, TETAPI ini tidak bermakna
mengetepikan hak dan kuasa wali untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Ini
dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Muhammad Hasan al-Shaybani yang mengatakan
bahawa nikah tanpa wali sah, sekiranya mendapat keredhaan daripada wali. Tambah
beliau lagi, nikah tanpa wali mesti mendapat keizinan wali dan sekiranya tidak,
persetubuhan antara pasangan tersebut dihukum sebagai haram.
Justeru,
dapat dirumuskan bahawa perkahwinan tanpa wali yang dilaksanakan dengan niat
untuk menafikan atau mengetepikan hak serta kuasa wali tidak sah di sisi syarak
secara ijmak.
Cadangan
bernikah di Thailand
Terdapat
dua kes yang berbeza berkaitan kahwin atau nikah lari di Thailand ini:
1
– Sekiranya nikah tersebut dilakukan oleh mereka yang telah ditauliahkan oleh
kerajaan Malaysia ,
maka permohonan tersebut kelak boleh dipanjangkan semula ke pejabat agama
daerah terdekat dalam tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan untuk tujuan
pengesahan dan pendaftaran. Sejumlah denda akan dikenakan atas kesalahan
bernikah di luar negara tanpa kebenaran.
2
– Perkahwinan yang melibatkan mereka yang tidak bertauliah disebut sebagai
kahwin sindiket. Ia juga akan merumitkan keadaan untuk mendapatkan pengesahan
pihak berkuasa di Thailand
kerana dibimbangi pernikahan tersebut tidak sah. Apabila keadaan ini berlaku,
maka ia akan dikendalikan oleh bahagian penguatkuasa di Jabatan Agama Islam
yang berkenaan.
Berfikir
semula
Sebagai
nasihat kepada saudari, elakkan dari melaksanakan perkahwinan yang melanggar
undang-undang terutamanya yang melibatkan nikah di sempadan atau menggunakan
agen. Ia akan membawa kesan yang buruk di kemudian hari. Undang-undang dibuat
bukan untuk menyekat atau menyusahkan, tetapi untuk memastikan keadilan kepada
semua pihak.
Tataplah
wajah isteri dan anak-anak kekasih saudari itu. Pandanglah redup mata kedua ibu
bapa dan keluarga di rumah. Betapa hancurnya hati mereka andai mengetahui orang
yang mereka kasihi selama ini sanggup membuang keluarga demi mengejar cinta.
Kekasih boleh dicari, namun tiada yang dapat menggantikan tempat ibu bapa. Ðan
ingat, kumbang bukan seekor dan Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik buat
saudari.
Renung-renungkanlah…
Sumber
: Ustaz Badli Shah Alauddin (Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan
Agama Islam Pahang) di Solusi Isu # 42, hlm 76-77.
Butiran selanjutnya ...
Langgan:
Catatan (Atom)