PAGE

Sabtu, Disember 01, 2012

Ðengar dengan kata hati


Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun, “Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi emal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?”

Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin, “Empat.”

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah ‘tiga’.

“Mungkin dia tidak mendengar dengan baik,” bisik guru itu.

Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.

Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, “Empat, cikgu!”

Gurunya sekali lagi kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari strawberi, maka diubah sedikit soalan itu.

“Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki?”

Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya, “Tiga, cikgu!”

Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri.

“Bagus. Tepat sekali jawapan kamu itu.”

“Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa epalkah yang kamu dapat?”

Soalan awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diebrikan tetap ‘empat’.

Kali ini si guru sudah hilang sabar. Ðisoalnya murid itu dengan marah, “Macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni?”

Ðengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab, “Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya, cikgu.”

Pengajaran: Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sesekali mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka. Jadi, dengarlah dengan mata hati. Malah jika berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-duannya salah.




Sumber: Solusi ISU#32

Ahad, Ogos 19, 2012

SALAM AiDiLFiTRi 1433H/2012



Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya;
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.


Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman;
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.



Makan rendang dengan ketupat,
Perut kenyang hati suka sangat;
Balik kampung jangan hanya hendak cepat,
Ingat tersayang pandulah dengan cermat.



Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan;
Saya menyusuh sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.



Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa;
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.



Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan;
Memupuk perpaduan sesama insan,
Mengikat tali keakraban.



Sungguh tidak dapat diduga,
cempedak diidam dapat kelapa;
Raya tu memanglah raya juga,
Ibadah dan solat jangan dilupa ya...



Jika kita melihat seorang yg kufur, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita berada dalam Islam.
Jika kita melihat seorang yg berbuat dosa, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita berada dalam taqwa.
Jika kita melihat seorang yg berlaku bodoh, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita masih memiliki ilmu.
Dan, jika melihat orang lain mendapat bencana, maka bersyukurlah kepada اَللّهُ kerana kita terhindar darinya.
Bersyukurlah, kerana kita dilahirkan sebagai Muslim dan sebagai Malaysian.


Laman-Seri serta keluarga mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432H, Taqabbalallahu minna waminkum, Minal ‘aidina walfaizina, kullu am waantum bikhair, taqabbal ya kareem” (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu juga, iaitu sebagai orang yang kembali kepada fitrah juga yang berjaya dalam ujian. Hendaknya setiap tahun kalian semua dalam keadaan baik) kepada semua Muslimin dan Muslimat, walau di mana jua anda berada.




Capaian entry berkaitan :

Isnin, Ogos 06, 2012

Tunjukkan tanda mensyukuri nikmat dengan perbuatan



PADA zaman Saidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Kaabah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa beliau didengar Saidina Umar yang melakukan tawaf di Baitullah.


Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda itu. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa, apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?”
Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf, ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.”


Pemuda itu menjelaskan, beliau memohon supaya Allah memasukkannya dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu.”


Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran dan nikmat dianugerahkan Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi perkara nikmat, kita juga perlu bersyukur apabila terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana.


Pelbagai nikmat dianugerahkan Allah SWT terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT.


Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan diperoleh oleh pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang dipimpinnya. Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Begitulah bukti mensyukuri nikmat yang lain dengan menggunakannya kepada jalan Allah SWT. Banyak pengajaran ditunjukkan oleh Allah mengenai mereka yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-Nya.


Antaranya, Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. Hamman diseksa kerana kufur nikmat kecerdikan Allah SWT berikan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat itu kepada kaum yang lain pula.” (Hadis riwayat at-Thabrani)


Berdasarkan peristiwa dirakamkan dalam al-Quran, ia membuktikan nikmat Allah SWT yang tidak disyukuri akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya. Sesungguhnya sangat banyak nikmat yang Allah kurniakan tanpa kita sedari.


Allah menyatakan, jika kita cuba menghitung nikmat dikurniakan kepada kita, nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” (Surah an-Nahl, ayat 18)


Mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat dikurniakan Allah, sedikit atau banyak, mereka itu masih jauh dengan rahmat Allah.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)


Bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupan seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah, seluruh hidupnya mengarah kepada tuntutan ibadah diperintahkan Allah SWT.


Kerap kali kita memikirkan sesuatu yang telah hilang sehingga lupa mensyukuri apa yang ada di depan. Kita merasa sedih kerana kekurangan material padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan.


Oleh itu, renungkanlah supaya kita sentiasa bersyukur dan janganlah kita termasuk golongan mereka yang ingkar. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.” (Surah an-Nahl, ayat 83)


Justeru, sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh. Jika kita menerima nikmat Allah keseluruhannya wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menghayati dan bersyukur dengan pemberian Allah SWT.  













Sumber : BHarian

Sabtu, Julai 14, 2012

Nikmat Allah tiada tandingan dengan masa beribadah



Ðiriwayatkan daripada Jabir, dia berkata, “Pada suatu hari Rasulullah pernah keluar menemui kami, kemudian Baginda bersabda: Jibril pernah berkata : Wahai Muhammad, demi Ðzat yang telah mengutusmu dengan hak, sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba yang pernah beribadah selama 500 tahun di puncak gunung yang berada di tengah lautan. Panjang dan lebarnya gunung itu masing-masing tiga puluh hasta. Gunung itu dikelilingi oleh lautan. Ði mana jarak gunung itu dengan pinggir lautan sekitar empat ribu farsakh dari semua penjuru.

Ði bawahnya terdapat mata air tawar sebesar jari tangan yang mengeluarkan air tawar hingga air itu bercampur dengan air laut di bawah gunung itu. Ði kaki gunung itu ada pohon delima yang setiap harinya mengeluarkan sebiji buah delima untuk dimakannya agar ia kuat mengerjakan ibadah. Pada petang harinya ia turun dari gunung untuk mengambil air wuduk sambil mengambil buah delima dan memakannya. Setelah itu barulah ia menunaikan solatnya. Hamba itu memohon agar pada waktu nyawanya dicabut ia berada dalam keadaan bersujud, dan memohon agar jasadnya terpelihara utuh, hingga pada hari kebangkitan nanti ia berada dalam keadaan sujud kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda : Maka Allah pun memakbulkan seluruh permohonannya.

Ketika turun ke bumi, kami (malaikat) lewati dan memerhatikan ibadahnya, dan ketika naik ke langit kami mengetahui dari ilmu Allah, bahawa di hari kebangkitan nanti ketika ia berada di hadapan Allah, Allah berkata kepadanya : Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba itu berkata : Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku? Allah berkata kepadanya : Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Ku! Hamba itu kembali berkata : Wahai Tuhanku, bukankah aku masuk syurga kerana amalku? Allah berkata : Hitunglah wahai para malaikat lebih banyak mana antara nikmat yang telah Aku kurniakan kepadanya dengan amal yang telah dilakukannya!

Setelah dilakukan perhitungan, ternyata pahala ibadah 500 tahun belum boleh mengalahkan kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada hamba-Nya, tinggallah kenikmatan anggota tubuh yang lain yang belum boleh dibayar dengan amal ibadahnya. Maka Allah berkata : Wahai para malaikat, masukkan hamba-Ku ke dalam neraka! Maka hamba itu pun dimasukkan ke dalam neraka. Hamba itu berkata : Wahai Tuhanku, kalau begitu masukkan aku ke dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang-Mu! Allah berkata : Kembalikan hamba-Ku ke dalam syurga. Maka hamba itu dihadapkan kepada Allah.

Allah SWT bertanya : Wahai hamba-Ku, siapa yang menciptakanmu ketika kamu tidak berupaya apa pun? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah kembali bertanya : Siapa yang membuatmu kuat hingga kamu mampu menjalankan ibadah kepada-Ku sebagaimana mestinya selama 500 tahun? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah kembali bertanya : Siapa yang menempatkanmu di gunung di tengah samudera yang dalam, dan siapa yang mengeluarkan air tawar dari air masin dan mengeluarkan buah delima pada setiap malam, pada hal sebenarnya buah delima itu seharusnya berbuah sekali dalam setahun, kemudian Aku mengabulkan permintaanmu supaya kamu dicabut nyawa dalam keadaan bersujud kepada-Ku? Hamba itu menjawab : Engkau wahai Tuhanku. Allah berkata : Semua itu terjadi kerana rahmat dan kasih sayang-Ku dan dengan rahmat-Ku juga Aku memasukkanmu ke dalam syurga. Masukkanlah hamba-Ku ke dalam syurga, kerana kamu adalah hamba-Ku yang paling taat.

Maka Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jibril berkata : Sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi berkat rahmat Allah wahai Muhammad.”





Sumber : Buku Lah Tahzan untuk Umat Muhammad di BHarian 29/05/2012

Ahad, Julai 01, 2012

Romantik itu sunnah Rasulullah


SIFAT romantik bukan eksklusif dilakukan dalam budaya masyarakat Barat. – Gambar hiasan

SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai

Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah

Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh!

Sumber : Kosmo!

Selasa, Jun 26, 2012

Jadilah seorang pemaaf



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejatera,

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia adalah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Ketika manusia diciptakan oleh Allah SWT, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang juga disebut sebagai sifat yang hampir di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)

Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang.

Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan yang mudah dilakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43)

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Bukan penyelesaian

Emosi manusia pula memang mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangannya logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang lojik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan penyelesaian masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga berlakunya pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan  (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Nabi menjawab ringkas iaitu “jangan marah”. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya buat kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengulangi perkataan “jangan marah”. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadah wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perakara yang ditegah, termasuklah sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang, hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalulah cuba memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil. Bagi orang yang bersifat pemaaf, tiada tersimpan perasaan marah dalam hatinya. Sebab itu, hati orang yang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Hati tidak tenteram

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca dari sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam.

Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini sudahpun selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati adakah perkara itu berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu, syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang brsifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Renung-renungkan…




Sumber : Mohd Huzairi Zainuddin di MW#1276

Isnin, Jun 25, 2012

Beban harapan



Assalamualaikum warahmatullah,

Anda masih ingat lagi entry baik hati vs murah hati? Jika ada yang terlupa, eloklah baca dulu entry yang terdahulu dan teruskan bacaan ke entry yang ini. 
  
Ðalam entry kali ni, LAMAN-SERi masih lagi kongsikan nukilan favorite, Ðr Azhar Hj Sarip. Semoga kita semua mendapat walau sekelumit manfaat daripada perkongsian ini.

Setiap daripada kita pasti mempunyai harapan, tidak kiralah mengenai apa pun. Setiap daripada kita pasti mengharapkan setiap harapan kita menjadi kenyataan. Apabila harapan yang didambakan menjadi kenyataan maka bahagialah hati.

Namun ada juga yang bersedih kerana harapan hanya tinggal harapan tanpa ada sedikit pun bayangan kenyataan. Keluh kesah mula menyelubungi setiap detik nafas memikirkan harapan yang tidak kunjung tiba.

Cuba anda renungkan kembali berapa banyak harapan yang sudah anda kecapi dan berapakah jumlah harapan yang benar-benar ada dambakan tetapi masih belum menjadi kenyataan. Mungkin lebih banyak harapan yang belum direalisasikan berbanding dengan harapan yang sudah anda rasai kehadirannya.

Mungkin kita sering tertanya-tanya mengapa harapan-harapan anda masih belum terlaksana biarpun anda sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Mungkin ada sedang berhadapan dengan wajah kekecewaan hidup hanya kerana beberapa harapan tidak terlaksana.

Kita mungkin mempertikaikan mengapa orang lain boleh mendapat apa yang anda harapkan, walaupun usahanya tidak seberapa. Kita selalu mengatakan bahawa harapan yang kita dambakan adalah yang terbaik untuk kehiudpan yang mendatang.

Tetapi apa yang kita tidak tahu, apakah benar-benar pasti ia yang terbaik atau mungkin ia adalah yang terburuk bagi kehidupan anda yang seterusnya. Sesungguhnya tkita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk kehidupan melainkan diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Apa yang kita inginkan, boleh jadi sebenarnya adalah satu beban harapan di masa hadapan. Justeru, Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil tidak pernah sesekali membebankan hamba-Nya.

Kisah pasangan suami isteri

Maka apa yang diharapkan tidak diberi melainkan ditukarkan dengan apa yang terbaik untuk masa hadapan. Cuma mungkin manusia sukar untuk menerima hakikat yang harapannya itu tidak bagus untuk masa hadapannya.

Kadangkala kita tidak perasan bahawa harapan yang kita inginkan sudah menjadi beban, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi tempiasnya turut mengenai orang yang tidak tahu menahu tentang harapan sudah sekian lama tersemat di minda.

Ðr Azhar pernah ditanya oleh pasangan suami isteri yang sedang menanti kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Pasangan ini bertanya anak lelaki atau perempuan yang terbaik untuk mereka pada ketika itu. Ðr Azhar bertanya kembali, anak apakah yang diinginkan oleh mereka. Si suami menjawab yang dia menerima apa sahaja yang dikurniakan Allah SWT kerana itulah yang ditakdirkan untuknya. Manakala si bakal ibu pula mengatakan yang dia benar-benar mengharapkan untuk mendapat anak perempuan. Ðia kemudiannya mengekspresikan betapa indah hidupnya apabila mempunyai anak perempuan kelak.

Kemudian Ðr Azhar bertanya kepada si isteri bagaimanakah perasaannya seandainya dia tidak dikurniakan anak perempuan tetapi dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Si isteri yang tadinya penuh gembira menceritakan keinginan untuk mempunyai anak perempuan diam seketika dan akhirnya mengatakan jika itu yang ditakdirkan, maka dia akan menerima seadanya.

Nah… jawapan yang diberikan oleh si isteri itu nyata sekali bersama dengan emosi menolak jika harapan yang diinginkan tidak terlaksana. Maka apabila sampai waktunya si anak lahir dan bukannya anak yang diinginkan, dia mungkin menerima kehadiran orang baru tetapi jiwanya merengus.

Kini harapannya sudah menjadi satu bebanan kerana dia menerima kehadiran orang baru yang tidak bersesuaian dengan kehendaknya. Ðia kemudiannya membesarkan anaknya itu dan selang beberapa tahun, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.

Gembiralah si ibu kerana harapannya kini sudah termakbul. Maka ditatangnya anak yang baru itu. Sekali beban harapan kini menjadi semakin berat apatah lagi apabila anak itu meningkat dewasa.

Boleh musnahkan hubungan

Apabila si anak yang pertama itu meningkat dewasa, maka dia akan terasa disisihkan kerana si ibu tadi hanya mendengar dan menumpukan perhatian kepada adiknya. Hal ini akan berlanjutan dan tanpa sedar bebanan harapan sudah mula membunuh jiwa abang yang sulung. Biarpun si ibu mengatakan yang dia menyayangi semua anaknya, namun perbuatannya tidak mencorakkan apa yang dikata. Ini akan membuatkan ketidakharmonian dalam keluarga apatah lagi jika si adik banyak melakukan perkara yang tidak memberi manfaat tetapi mendapat sokongan jitu si ibu.

Maka berhati-hatilah dengan harapan kerana apabila ia menjadi beban, ia akan memusnahkan banyak hubungan. Ia akan merapuhkan nilai kasih sayang. Ia akan menjadikan tiang keadilan patah. Buruknya lagi, hubungan kita dengan Allah SWT akan terjejas kerana memikirkan harapan atau kerana menumpukan harapan. Apa yang ditakuti adalah ianya membawa hingga ke akhir hayat.

Apalah gunanya usia yang panjang jika ianya dipenuhi oleh beban harapan dan menjadi petualang kehidupan yang kekal abadi. Kita mungkin dilupakan oleh orang yang pernah menjadi harapan kita kelak. Apabila saat itu sampai, tiada gunanya kita ratapi kerana puncanya datang dari diri kita sendiri. Lebih membebankan, bila mana kita perlu menjawab di hadapan Allah SWT yang Maha Adil mengenai keadilan. Meskipun begitu, tidak salah untuk mempunyai harapan, yang salah adalah menaruh sepenuh harapan kepada harapan yang tidak pasti bakal menjadi yang terbaik untuk kita. Kita perlu ada harapan sebagai panduan ke arah mana kita hendak pergi, tetapi biarlah harapan itu dipandu Allah SWT dan bukan harapan nafsu yang tidak tahu arah hendak dituju melainkan memenuhi tuntutan nafsu serakah individu.

Semoga kita senantiasa dinaungi rahmat Allah SWT.

Sumber : Ðr Azhar Hj Sarip (Perunding Emosi, Spritual NLP Training) di MW#1482


Ahad, Jun 24, 2012

Ben Ashaari geng saya?!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama tak ngomel di sini, sejak sibuk berbelog di LiTTLE-KiOSK. Kepada geng yang baru ikut belog C&P ini, saya ucapkan selamat datang dan semoga dapat manfaat daripada perkongsian di sini. 

Sebetulnya, entry ini sangat istimewa, kerana saya terdapatnya seorang yang agak fofular di kalangan blogger sudi menjengah belog yang tidak seberapa ini. Beliau yang saya maksudkan, terdapat dalam imej di atas. Adakah benar Ben Ashaari di 'Geng Saya' ini Ben yang di sini → BenAshaari? Hanya Ben sahaja yang dapat menjawabnya.

Apa-apapun, saya ucapkan terima kasih. Terima kasih juga kepada geng-geng lain yang sudi follow. Insya Allah, saya akan terus menyajikan hidangan hebat untuk perisian minda dan rohani untuk kita semua.

Terima kasih atas sokongan semua! Muaaaah! 


Kencing manis ketika hamil, ancam ibu dan janin



Sesetengah wanita hamil berisiko untuk menghadapi diabetes. Ðiabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang ditandai dengan peningkatan kadar gula dalam darah atau melebihi batas normal.

Keadaan ini berlaku kerana kekurangan unsulin dalam darah atau disebabkan tubuh tidak efisien mengolah insulin. Ðalam keadaan lain pula, jumlah insulin didapati mencukupi namun sel tubuh tidak dapat mengolahnya dengan baik. Keadaan ini dinamakan resistensi insulin atau diabetes tahap dua.

Penyakit kencing manis ini juga boleh menyerang wanita yang sedang hamil dan keadaan itu dinamakan diabetes gestational. Ia terjadi kerana semasa hamil, berlaku perubahan metabolisme endoktrin dan karbohidrat untuk persiapan nutrisi janin dan menyusui.

Oleh sebab itulah, tubuh ibu memerlukan hormon insulin tambahan. Semasa hamil, proses penyerapan makanan menjadi lebih lambat. Akibatnya gula dalam darah meningkat dengan lebih tinggi.

Ði akhir kehamilan, keperluan insulin meningkat tiga kali ganda daripada kebiasaannya. Keadaan ini dinamakan tekanan diabetagenik dalam kehamilan. Ini bermakna, kehamilan menyebabkan berlaku resistensi insulin secara semulajadi sehingga tubuh tidak tahan glukosa.

Ini kerana plasenta menghasilkan hormon anti insulin iaitu Human plancental lactogen, kortisol dan glukogon. Wanita hamil yang tidak dapat meningkatkan penghasilan insulin akan menghadapi diabetes sewaktu hamil.

Bayi meninggal lepas lahir

Wanita yang ingin hamil, sebaiknya membuat pemeriksaan kehamilan bagi mendapatkan kesihatan optimum sepanjang kehamilannya. Hal ini krana masalah diabetes yang dialami oleh bakal ibu sebelum kehamilannya boleh memberi risiko kmplikasi kehamilan dan kecacatan kepada janin.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di luar negara menyatakan wanita yang menghidap diabetes tahap satu, kandungannya berisiko lebih besar untuk mengalami kelainan pertumbuhan. Kemungkinan lain adalah bayinya meninggal setelah dilahirkan.

Keadaan ini disebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal. Oleh sebab itu, ibu perlu mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengawal kadar gula dalam darah. Sekiranya pemeriksaan dilakukan sebelum dan semasa hamil, gangguan pertumbuhan janin boleh dielakkan dengan sebaik-baiknya.

Ðiabetes gestational

Ðiabetes bagi wanita hamil boleh didiagnos dengan dua pemeriksaan iaitu kandungan gula dalam darah setelah berpuasa dan kandungan gula dalam darah (diambil dua jam selepas makan).

Had gula dalam darah setelah berpuasa adalah 100mg/dl dan had gula dalam darah setelah 2 jam makan adalah 140mg/dl. Lebih daripada had itu, wanita hamil dikategorikan sebagai diabetes.

Gejala diabetes sewaktu hamil ini adalah kerap kencing (polyuria), banyak minum (polydipsia), banyak makan (polyfagia) dan berat badan turun dengan mendadak. Terdapat juga gejala lain yang timbul seperti kerap mengalami bisul, gatal-gatal di kulit dan kemaluan, keputihan, cepat penat, sering mengantuk dan kebas. Jika gejala ini terdapat pada anda, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Tips bagi mengawal penyakit diabetes bagi ibu hamil

1 – Kekalkan diet

Kurangkan pengambilan gula sederhana yang biasa terdapat pada minuman dan makanan manis. Ambil makanan seimbang sesuai keperluan wanita hamil.

2 – Khidmat kaunseling

Ðapatkan khidmat kaunseling dari pakar nutrisi kerana kekurangan kalori dikuatiri berisiko hipoglikemia (kadar gula dalam darah turun mendadak).

3 – Pantau sendiri

Pantau hipoglikemi dan jangan sampai paras gula dalam darah turun mendadak. Ambil makanan seimbang dan bersesuaian. Kandungan gula dalam darah boleh diukur secara berkala dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Anda boleh membeli alat pengukur paras gula dalam darah di farmasi berdekatan.

4 – Suntikan insulin

Ambil suntikan insulin kerana sepanjang kehamilan, wanita hamil tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang merangsang penghasilan insulin melainkan dengan suntikan insulin.

Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu.




Sumber : MW#1478

Jumaat, Jun 22, 2012

Terapi tenangkan hati pasangan



Ujian merupakan lumrah kehidupan. Ðalam memahami hati pasangan, kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan hati sendiri. lalu dengan cara itu, bolehkah kita merasai ketenangan? Ðalam berumahtangga, luka-melukai adalah perkara biasa tetapi sebaiknya kedua pasangan cepat merawat luka itu menjadi putik cinta yang baru.

Setiap hari seelok-eloknya salah seorang sedar tentang kewajipanmengurus hati jikayang lain lupa dan sibuk mengurus dunia. Bagaimanakah terapi yang diajarkan Rasulullah SAW kepada setiap muslim untuk menjaga hatinya sentiasa tenang dan tenteram walau di tengah-tengah dugaan yang berat?

Ðiriwayatkan daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari mata yang tidak pernah menangis dan daripada doa yang tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan an-Nasa’i)

Ðoa ini jika dihayati dengan penuhkeinsafan membawa pengajaran yang teramat berguna bagi setiap pasangan yang mendambakan ketenangan. Ði antaranya adalah :

1 – Tenang dengan ilmu

Ilmu mengenal Allah SWT adalah yang paling utama. Jika suami hanya sibuk belajar bagaimana menggunakan gadget terbaru dan isteri pula dengan ilmu kecantikan atau fesyen atau perniagaan online semata-mata, adakah ruang untuk mereka bersama mengenal ilmu agama? Belajar agama adalah wajib bagi setiap Muslim. Agama bukan hak para ustaz dan ustazah sahaja, tetapi seluruh umat Nabi Muhammad wajib mengenal agamanya dan mengambil ilmu warisan peninggalan Rasulullah SAW tersebut.

Ðunia dan harta takkan mampu membeli ketenangan hati, hanya Allah SWT yang berkuasa menenteramkan hati kita. Kenalilah Allah SWT dengan ilmu, dekati para ulama melalui buku, berkawan dengan orang-orang yang alim dan ikhlas. Carilah ilmu yang bermanfaat bukan hanya setakat pandai membaca al-Quran dan hadis tetapi juga memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.

2 – Tenang dengan hati yang khusyuk

Jika hati suami diusik oleh beban pekerjaan yang memenatkan, isteri pula sedih kerana anak-anak yang bermasalah maka jalan yang kedua untuk mendapat ketenangan adalah khusyuk mengerjakan ibadah. Tetapi jangan tunggu musibah datang baru hendak beribadah, eloklah sentiasa mengingati Allah dalam senang dan susah. Untuk mendapat khusyuk dalam ibadah perlulah menepati cara yang diajarkan Rasulullah SAW. Orang yang membaca al-Quran dan solat wajib ataupun sunnah jika mereka mengerjakannya dengan khusyuk maka keadaan mereka seperti yang digambarkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” (Surah az-Zumar ayat 23)

Bergetar hati kerana ingat dosa, takut pada Allah dan terkenangkan hari akhirat sedangkan diri belum sempurna untuk menghadapi mati. Begitulah perasaan orang yang khusyuk.

3 – Tenang dengan air mata

Tangisan boleh jadi petanda mendapat rahmat atau azab. Jika seseorang menangis kerana Allah SWT akan berubahlah amalannya dari yang jahat kepada yang baik. Namun ramai yang menangis kerana menerima balasan akibat kejahatan diri kemudian mereka berputus asa daripada rahmat Allah dan terus bergelumang dengan hawa nafsu yang menyesatkan. Suami dan isteri yang banyak menangis kerana Allah SWT antara yang paling lembut hatinya dan mudah memperbaiki kesilapan. Kalau mereka keras hati dan lalai pastilah konflik akan sentiasa memburu sepanjang perkahwinan. Oleh itu banyakkanlah menangis ketika bermuhasabah supaya hati anda berdua lebih lembut dan tenang menghadapi ujian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ðan mereka sujud sambil menangis sedangkan hati mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ ayat 109)

4 – Tenang dalam berdoa

Kedekatan seorang hamba dengan Allah bergantung berapa kerap dia merayu, meminta, mengadu dan menangis kepada-Nya. Jika interaksinya amat kurang, sungguh dia telah menjauhi Allah SWT, tidak mempedulikan kebesaran dan kuasa-Nya dan seolah-olah tidak percaya kehebatan-Nya. Ketenangan itu dicapai dengan hati yang mengingati Allah, bersyukur dan bergantung kepada-Nya bukan hati yang tenggelam dalam kesibukan mengejar dunia semata. Pergilah ke tempat terindah di dunia ini dengan hati yang lalai, nescaya semua keindahan itu akan menjadi neraka di jiwa.

Ketenangan hati suami terletak pada keikhlasan hati isteri, jika keduanya bersatu hati di jalan Ilahi. Amalkanlah terapi suci yang pernah diamalkan para nabi menerusi firman-Nya yang bermaksud, “(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’ ayat 90)


Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1478

Rabu, Jun 20, 2012

Ðaun kesum


Ðaun kesum buang angin dari badan
Ðaun kesum banyak digunakan dalam masakan kerana aromanya memberikan keharuman kepada masakan seperti laksa dan asam pedas. Ia dikenali juga dengan nama botaninya polygonum minus. Pokok kesum merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara beriklim tropika.

Pokok kesum berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga kawasan di keliling rumah kampong.

Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Ðaunnya tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik.

Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Amnya terdapat dua jenis kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak.

Bahagian daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakand alam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki nilai perubatan.

Ðari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus. Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob.

Ðaun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran.

Tonik hati, buah pinggang dan darah

Sebagai herba, daun kesum dikatakan boleh berfungsi mengeluarkan angina dari perut dan usus. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.

Ðaun kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang. Namun bagitu pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tubuh.

Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut dan juga sebagai ubat pupuk di tempat berkudis. Ðaun kesum juga antara sebahagian daripada ramuan campuran untuk wanita selepas bersalin/

Bagi mereka yang mengalami masalah perut tidak hadam, boleh merebus daun kesum dan meminum airnya. Ðikatakan juga dengan memakan daun kesum mampu menjaga kesihatan penglihatan. Selain itu, di kalangan masyarakat Cina, daun kesum memiliki khasiat sebagai tonik hati, buah pinggang dan juga darah.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan pokok kesum, namun begitu penggunaannya perlulah medapat nsihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.





Sumber : Misteri Alam di MW#1490

Isnin, Jun 18, 2012

Kemusykilan : Kahwin Koboi



SOALAN :

Saya mempunyai seorang kekasih yang sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Setelah tiga tahun berkawan, akhirnya dia melamar saya untuk menjadi isterinya. Keluarga saya dan keluaarganya amat menentang perhubungan ini. Namun, demi cinta saya kepadanya, saya sanggup berkorban walaupun terpaksa menyisihkan keluarga sendiri.

Baru-baru ini, kekasih saya mencadangkan agar kami ‘kahwin lari’ dengan menggunakan khidmat agen pernikahan di Kuala Lumpur. Menurutnya, kami boleh bernikah mengikut mazhab Hanafi yang tidak mensyaratkan wali dalam pernikahan. Saya lebih selesa jika melangsungkan di Thailand sahaja. Saya mohon pencerahan ustaz dalam hal ini.

Cinta terlarang,
Bandar Puteri Puchong, Selangor.

JAWAPAN :

Sebagai asas perbincangan, perlu saya nyatakan kepada saudari bahawa cadangan untuk bernikah dengan menggunakan agen pernikahan merupakan satu tindakan yang bakal mengundang banyak kesulitan.

Sebagai makluman, nikah menggunakan agen atau sindiket tidak boleh diistilahkan sebagai ‘kahwin lari’. Mengikut amalan di Jabatan Agama Islam, ‘kahwin lari’ ditakrifkan sebagai perkahwinan yang dibuat dalam jarak jauh daripada wali, iaitu melebihi dua marhalah (kira-kira 92km). adapun dalam kes saudari yang ingin menggunakan khidmat agen atau sindiket pernikahan, kami menggelarkannya sebagai ‘kahwin koboi’. Istilah ‘kahwin koboi’ kebiasaannya merujuk kepada pernikahan yang dilakukan dalam lingkungan wilayah dan kuasa wali.

Ðalam kes ini, saudari dan juga keluarga menetap di Puchong, sementara sindiket pernikahan di Kuala Lumpur. Jarak dari Puchong ke Kuala Lumpur lebih kurang 29.3 km sahaja. Nasihat saya, elakkan daripada melaksanakan kahwin koboi.

Kahwin Sindiket

Kebiasaannya, kahwin koboi atau kahwin sindiket sebegini merujuk pada perkahwinan yang dijalankan di kawasan sempadan Thailand atau di mana-mana kawasan lain di Malaysia oleh satu kumpulan atau orang perserorangan yang tidak mendapat kebenaran menjalankan upacara pernikahan daripada pihak berkuasa kerajaan. Kebiasaannya, kumpulan atau orang perseorangan ini akan menyediakan segala kemudahan untuk pasangan melangsungkan perkahwinan termasuk menyediakan saksi dan wali bagi pihak perempuan.

Masalah akan timbul kerana perkahwinan ini diragui kesahihannya dan tidak dapat didaftarkan kerana surat perakuan nikah yang dikeluarkan adalah palsu. Sebagai contoh, perkahwinan dijalankan di Kuala Lumpur, namun sijil perakuan yang dikeluarkan ialah sijil dari negeri Perak.

Implikasi Kahwin Sindiket

Terdapat dua kesan yang berbeza berkaitan kahwin sindiket ini, iaitu :

1 – Kegagalan melakukan pendaftaran

Sekiranya perkahwinan itu melibatkan wali yang sah, maka perkahwinan tersebut dianggap sah di sisi syarak. Perkahwinan ini hendaklah didaftarkan di unit Nikah, Cerai dan Rujuk di pejabat agama yang berdekatan.

Kegagalan melakukan pendaftaran ini boleh menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku perceraian. Sebagai contoh, isteri tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka.

2 – Ðiragui kesahihannya

Sekiranya perkahwinan itu dilaksanakan dengan berwalikan seseorang yang diragui sah, maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Apabila keadaan ini berlaku, akan timul masalah utnk mendaftarkan perkahwinan tersebut. Satu siasatan terperinci terpaksa dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepastian sama ada perkahwinan tersebut sah atau tidak.

Jika didapati perkahwinan itu sah, maka pendaftaran akan dijalankan dan denda akan dikenakan kepada pasangan terlibat. Sebaliknya jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘faraq’ (pengasingan antara suami dengan isteri terlibat) akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya.

Perbezaan Kahwin Sindiket dan Kahwin Biasa

Kahwin Sindiket
Kahwin Biasa
Wali dan saksi telah disediakan secara pakej oleh agen pernikahan.
Pasangan pengantin perlu menyediakan wali dan saksi sendiri.
Kos bayaran bagi kahwin sindiket agak tinggi iaitu mencapai RM3,000.00
Menelan belanja antara 1% hingga 5% daripadanya. Contohnya di Selangor, kos yang dikenakan ialah sekitar RM150.00 sahaja.
Tidak melibatkan sebarang urusan dengan Pejabat Agama Islam daerah.
Perlu didaftarkan di Pejabat Agama Islam.

Wali dalam Mazhab Hanafi

Berkenaan hujah kekasih saudari yang ingin bernikah menggunakan mazhab Hanafi, dalam ruangan yang singkat ini saya akan berikan beberapa penjelasan ringkas. Saya telah banyak menjelaskan persoalan wali ini dalam isu-isu yang lepas.

Secara ringkasnya, berdasarkan hadis sahih (riwayat al-Khamsah), jumhur fuqaha berpendapat bahawa nikah tanpa wali tidak sah di sisi syarak. Bagi anak dara, wali mujbir (bapa dan datuk) berkuasa penuh untuk menikahkan anak dara tersebut walaupun tanpa persetujuan daripadanya. Manakala bagi janda, hendaklah diminta keizinannya terlebih dahulu.

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab Hanafi yang mengatakan bahawa nikah tanpa wali itu masih sah hukumnya. Walau bagaimanapun, pendapat ini mestilah difahami secara keseluruhan dan mendalam demi mengelakkannya diputar belit secara semberono bertujuan untuk mengetepikan terus peranan serta kuasa wali.

Menurut mazhab Hanafi, perkahwinan tanpa wali adalah harus, TETAPI ini tidak bermakna mengetepikan hak dan kuasa wali untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Ini dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Muhammad Hasan al-Shaybani yang mengatakan bahawa nikah tanpa wali sah, sekiranya mendapat keredhaan daripada wali. Tambah beliau lagi, nikah tanpa wali mesti mendapat keizinan wali dan sekiranya tidak, persetubuhan antara pasangan tersebut dihukum sebagai haram.

Justeru, dapat dirumuskan bahawa perkahwinan tanpa wali yang dilaksanakan dengan niat untuk menafikan atau mengetepikan hak serta kuasa wali tidak sah di sisi syarak secara ijmak.

Cadangan bernikah di Thailand

Terdapat dua kes yang berbeza berkaitan kahwin atau nikah lari di Thailand ini:

1 – Sekiranya nikah tersebut dilakukan oleh mereka yang telah ditauliahkan oleh kerajaan Malaysia, maka permohonan tersebut kelak boleh dipanjangkan semula ke pejabat agama daerah terdekat dalam tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan untuk tujuan pengesahan dan pendaftaran. Sejumlah denda akan dikenakan atas kesalahan bernikah di luar negara tanpa kebenaran.

2 – Perkahwinan yang melibatkan mereka yang tidak bertauliah disebut sebagai kahwin sindiket. Ia juga akan merumitkan keadaan untuk mendapatkan pengesahan pihak berkuasa di Thailand kerana dibimbangi pernikahan tersebut tidak sah. Apabila keadaan ini berlaku, maka ia akan dikendalikan oleh bahagian penguatkuasa di Jabatan Agama Islam yang berkenaan.

Berfikir semula

Sebagai nasihat kepada saudari, elakkan dari melaksanakan perkahwinan yang melanggar undang-undang terutamanya yang melibatkan nikah di sempadan atau menggunakan agen. Ia akan membawa kesan yang buruk di kemudian hari. Undang-undang dibuat bukan untuk menyekat atau menyusahkan, tetapi untuk memastikan keadilan kepada semua pihak.

Tataplah wajah isteri dan anak-anak kekasih saudari itu. Pandanglah redup mata kedua ibu bapa dan keluarga di rumah. Betapa hancurnya hati mereka andai mengetahui orang yang mereka kasihi selama ini sanggup membuang keluarga demi mengejar cinta. Kekasih boleh dicari, namun tiada yang dapat menggantikan tempat ibu bapa. Ðan ingat, kumbang bukan seekor dan Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik buat saudari.

Renung-renungkanlah…

Sumber : Ustaz Badli Shah Alauddin (Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang) di Solusi Isu # 42, hlm 76-77.