“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Mei 29, 2012
Ramalan kalkulator cinta
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/29/2012 10:56:00 PTG
Assalamualaikum warahmatullah,
Pernahkah anda
melayari laman sesawang yang memaparkan tentang kalkulator cinta? Anda hanya
taipkan nama anda dan suami, kemudian tunggu beberapa saat, jawapan yang diberi
oleh kalkulator cinta itu memang karut.
Walaupun ia hanya
sekadar ramalan cinta, tetapi terasa juga hendak tahu, kononnya mahu muhasabah
diri. Jika tidak elok ramalannya, boleh dipetulkan sikap pada suami. Tapi kalau
elok pula jangan langsung tidak mahu muhasabah diri kononnya diri sudah bagus,
rupa-rupanya anda tertipu.
Sebenarnya tidak perlu
merujuk kepada ramalan jika mahu membetulkan amalan, ikhlaskanlah niat kepada
Allah untuk berubah menjadi isteri yang solehah. Malangnya ada isteri yang
percaya 100% pada paparan skrin ramalan itu, kalau dikatakan bahawa suami
sedang bercinta dengan wanita lain, terus saja dia
bersetuju percaya dan membenarkan tanpa usul
periksa. Bahaya sungguh mempercayai kalkulator karut sebegini, boleh
menimbulkan perang besar yang akan menggoncang rumahtangga anda.
Sikap mempercayai
ramalan amat ditegah oleh agama, seolah-olah kita lebih mengtahui apa-apa yang
di sisi Allah SWT padahal firman-Nya telah menegaskan, “Ðan pada sisi Allah-lah
kunci-kunci segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Ðia, dan
Ðia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun
yang gugur melainkan Ðia mengetahui dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam
kegelapan bumi dan tidak sesuatu basah atau yang kering melainkan tertulis di
dalam kitab yang nyata.” (Surah al-An’am ayat 59)
Rasulullah SAW
memperingatkan umatnya supaya menjauhi para peramal nasib jika tidak akan
tergadai keimanan kita, sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Sesiapa yang
mendatangi peramal lalu mempercayai apa yang diramalkan, maka telah kufur
terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.” (Hadis riwayat
at-Tirmidzi, Abu Ðaud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Ðua azimat
cinta
Tanpa ramalan hidup
anda jauh dari perasaan was-was, takut dan gelisah. Suami tak akan mempercayai
cakap-cakap karut tentang isterinya kerana dia beriman kepada Allah. Isteri
pula menyerahkan segala nasibnya kepada Yang Maha Mengetahui perkara yang
ghaib.
Manusia hanya disuruh
untuk merancang dan beramal, biarlah yang menentukan hanya Allah Yang Maha
Kuasa.
Oleh itu tidak harian
kita melihat suami yang beristei cantik, kaya dan bergelar pun maish mencari
isteri kedua, ketiga dan keempat. Kalkulator cinta mana yang boleh menghitung
tentang kekurangan wanita sebegini?
Nasib rumahtangga kita
bergantung kepada ikhtiar dan doa yang ikhlas tanpa sesekali menafikan kuasa
Allah SWT. Terkadang pada pandangan manusia sesebuah perkahwinan tidak mungkin
diselamatkan lagi tapi kuasa Allah SWT merubah segalanya menjadi elok.
Begitu juga
perkahwinan yang bahagia pada mulanya boleh hancur sekelip mata dengan kuasa
Allah SWT. Oleh itu jangan sekali-kali kita berasa aman dari ujian Allah kerana
hidup di dunia bukan untuk bersenang-senang melainkan medah perjuangan.
Isteri adalah pejuang
cinta yang paling berani, sabar dan setia jika dia menyerahkan dirinya kepada
Allah SWT. Ðia tidak memerlukan kallkulator cinta untuk menterjemahkan betapa
dalam cintanya kepada suami. Walaupun orang yang dicintai itu paling sering
melukai ihati, dia tetap bertahan. Ðari mana datangnya kekuatan itu jika bukan
dari Yang Maha Mencinta?
Ðia mengambil kekuatan
cintanya dari satu ayat yang sangat indah, firman Allah SWT yang bermaksud,
“Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang
menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab sebelum kami
menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu
dan tidak pula bergembira (sombong dan bangga diri) dengan apa yang diberikan
kepada kamu.” (Surah al-Hadidi ayat 22-23)
Jangan sedih
dan sombong
Tiada lagi kesedihan
dan takut pada ramalan buruk tentang cintanya kerana dia bersandar pada ilmu
Allah SWT. Jangan sedih dan jangan sombong, beramallah sehabis daya dan biarkan
Allah menentukan segalanya, sesungguhnya sedih dan sombong sering membuat para
isteri lupa diri.
Sedih terkadang
membuat kita lupa pada nikmat Allah yang banyak dan memasung semangat kita
untuk melakukan kebaikan. Contohnya isteri yang sedih memanjang kerana suami
tidak romantik lagi. Ðalam kesedihannya, dia menyangka buruk pada suami dan
akhirnya timbul sikap-sikap yang negatif. Sedih memang berakhir dengan
keburukan, oleh itu dalam al-Quran ditegaskan, La tahzan! Jangan bersedih, jika
ia membawa kemudaratan!
Sombong pula membuat
isteri tidak sedar kelemahan diri. Ðia berasa sudah cukup cantik dan menarik,
kaya dan bijak sehinggakan merasa yakin tak mungkin suami akan lari. Ðia tidak
mahu meneliti aib diri sendiri, apatah lagi mendengar luahan hati suami. Jangan
sesekali menganggap diri sudah sempurna kerana manusia tempatnya lalai dan
lupa. Percayalah pada kuasa yang berada di langit, anda tidak perlukan ramalan
kalkulator cinta, cukuplah dua azimat cinta ini, jangan sediah dan sombong
dalam mencintai!
Sumber : Ðr Juanda Jaya MW#1456
Butiran selanjutnya ...
Sabtu, Mei 26, 2012
Letih dan bosan berpanjangan, tanda tak cukup hormon kortisol
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/26/2012 05:52:00 PTG
Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Ðalam
entry kali ini, Laman-Seri kongsikan satu artikel menarik berkaitan kesihatan iaitu keadaan letih dan
bosan yang berpanjangan. Pernahkah di antara kita berasa sangat bosan tahap
gaban dan ada kalanya kita mencari alasan untuk tidak pergi kerja atau berat
untuk mengangkat badan dari katil?
Anda
sangat-sangat disarankan membaca artikel ini sehingga habis jika anda pernah
mengalami perkara-perkara di bawah :
☑ Tidak semena-mena merasa sangat bosan untuk bekerja
☑ Bukan sahaja bosan untuk ke pejabat, malah bosan untuk
bersiap untuk melakukan pekerjaan lazim
☑ Anda merasakan seolah-olah kehilangan tenaga yang kronik
dan anda kelelahan
☑ Akibat rasa letih yang melampau, anda sering marah-marah
jika ada yang tidak kena (walaupun perkara kecil) atau cepat merajuk
Menurut
Ðr Rushmini Maris, masalah yang dihadapi di atas berpunca dari hormon adrenal
yang rendah. Walau bagaimanapun, hal ini mestilah ditentukan dahulu dengan
pemeriksaan darah. Hormon penting yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal
dinamakan hormon kortisol.
Kortisol
sering disebut juga hormon stres atau ‘hormon tekanan’ kerana ia terlibat
dalam tindak balas terhadap tekanan. Kadarnya akan meningkat sewaktu seseorang
sedang stres. Kortisol juga merupakan satu-satunya hormon yang kadarnya
meningkat, seiring dengan penambahan umur kita.
Kebiasaannya,
kortisol hadir di dalam tubuh pada tahap yang lebih tinggi pada waktu pagi dan
pada tahap paling rendah pada waktu malam. Menurut Ðr Rushmini lagi,
peningkatan kecil kortisol mempunyai beberapa kesan yang positif, antaranya :
→ Fungsi
memori yang kian meningkat
→ Membantu
tubuh menahan stres
→ Membantu
mengekalkan hemostasis dalam badan
Fungsi
kortisol
→ Menambah
nafsu makan
→ Menambah
tenaga
→ Memperbaiki
pencernaan
→ Mengurangi
reaksi alergi dan peradangan
→ Meningkatkan
imuniti tubuh badan
Tahap
kortisol yang rendah akan menyebabkan seseorang itu gagal mengawal tekanan atau
stres hingga boleh menyebabkan sindrom keletihan kronik, fibromyalgia, gangguan
tekanan post-traumatik, sensitiviti, sakit badan dan penyakit radang.
Makanan
anti stress
Ðalam
menangani stress, kita sebenarnya boleh melakukannya dengan cara semulajadi
iaitu melalui pengambilan sumber makanan yang tepat. Antaranya :
1
– Asparagus
Asparagus
kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan mood. Begitu juga vitamin B.
Kedua-dua asid folik dan vitamin B berguna bagi menghasilkan serotonin dalam
otak kita. Serotonin ialah neurotransmitter dalam otak yang membantu
menwujudkan rasa tenang dan gembira.
Apabila
dilanda tekanan, tubuh akan diganggu oleh paras hormon kortisol yang tinggi.
Hormon ini menyebabkan serotonin pada otak merosot. Kehadiran asid folik dan
vitamin B menjadikan paras serotonin menjadi stabil semula. Jumlah yang sesuai
dimakan ialah tujuh batang asparagus bersaiz setengah inci dan dimasak sebagai
sayur goreng atau sup.
2
– Ðaging
Meskipun
ramai yang berkata daging lembu bukan makanan sihat, namun ia sesuai bagi
mereka yang dilanda stres. Memasak stik atau memanggang daging semasa stres melanda memudahkan stres dirawat. Ia mengandungi zink, zat besi, vitamin B
yang penting dalam mengawal mood. Jumlah yang perlu diambil ialah satu cawan
kecil daging merah digoreng atau dibuat sup.
3
– Susu segar
Susu
segar mengandungi anti oksidan vitamin B2 dan B12, sumber protein dan kalsium.
Ambil susu segar bersama bijirin pada waktu pagi merupakan permulaan yang baik
bagi menikmati hari tanpa stres. Jumlah yang disyorkan ialah setengah cawan.
Minum tanpa gula, ia akan menjadi ubat anti stres yang baik.
4
– Kacang almond
Almon
mengandungi vitamin E, B2, magnesium dan zink. Jumlah sesuai ialah 1/3 cawan
bersamaan dengan 306 kalori.
5
– Tuna
Ia
adalah hidangan makanan tengahari yang hebat. Ia kaya dengan vitamin B6. namun,
semasa menyediakannya, contoh untuk sandwich elak mencampurkan terlalu banyak
mayones ke dalam tuna.
6
– Emping jagung atau bertih beras
Sesuai
sebagai minuman petang yang kaya dengan vitamin dan folik asid. Jumlah yang
sesuai satu cawan empeng jagung atau dua cawan bertih beras.
Semoga bermanfaat!
Sumber rujukan : Ðr Rushmini Maris di MW#1486
Butiran selanjutnya ...
Isnin, Mei 21, 2012
Ibu berprestasi, anak berkualiti
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/21/2012 10:16:00 PG
Tahukah
anda, perkembangan minda, mental dan fizikal anak bergantung pada prestasi ibu
yang mendampingi mereka. Tak percaya?
Ibu
berprestasi tidak semestinya mreka yang menduduki jawatan tinggi dan gaji
besar, bahkah si ibu yang sederhana tetapi amat disiplin membahagi masanya
untuk anak mungkin lebih berpeluang mendapat anak-anak yang hebat. Atau mereka
yang mempunyai keahlian tertentu dan sangat bangga dengan dirinya akan membawa
pengaruh positif dalam proses mendidik anak.
Walaupun
si ibu hanya seorang penjual karipap, tetapi dia amat bangga dengan hasil
jualannya, kemudian perasaan bangga dan gembira itulah yang dibawanya bersama
ketika berinteraksi dengan anak, tentu perasaan positif sebegini akan
mempengaruhi jiwa anak untuk lebih bersemangat membina kehidupannya. Anak juga
akan berasa amat menghargai ibu yang telah menunjukkan pengorbanannya untuk
keluarga.
Tetapi,
jika si ibu yang kononnya berpangkat tinggi pulang membawa masalah dan tekanan
sehingga mempengaruhi interaksinya dengan anak, tentu si anak akan berasa
kecewa didampingi ibu yang kerap marah-marah, stress, tak menghargai apatah
lagi sudi memuji anak. Oleh itu, siapapun anda dan apapun status yang anda
pegang, bergembiralah di hadapan anak-anak kerana ia menunjukkan anda bersedia
memberi impak positif pada anak.
Apakah
ciri-ciri anda berprestasi supaya anak-anak tumbuh dengan kualiti sahsiah yang
hebat?
1
– Kuat semangat
Anda
tidak pernah rasa malu walaupun harus bersaing dengan ibu-ibu hebat yang berkelulusan
tinggi dan bergaji besar. Tidak menganggap kekurangan rupa dan harta menjadi
faktor kegagalan dalam mendidik anak.
Pernahkah
anda mendengar seorang anak yang gagal dalam peperiksaan akhirnya menjadi orang
yang hebat kerana ibunya terus memberi semangat ketika susah tanpa sesekali
menjatuhkan maruahnya walaupun dia pernah gagal? Tetapi berapa ramai anak-anak
yang terus terkubur masa depannya angkara ibu yang suka mengaibkan mereka,
memberi pengaruh negatif dan melemahkan semangat dengan caci maki dan sumpah
serapah bagaikan mantera jahat yang ditiupkan ke dalam jiwa anak.
2
– Fikiran yang positif
Seteruk
apa pun anda diuji oleh karenah anak yang liar, nakal dan bebal, jangan sesekali
bersangka buruk pada yang menggariskan takdir. Bersangka baiklah kepada Allah
SWT yang telah menjadikan anak kita sebaik-baik bentuk kejadiannya. Jika dia
terjerumus sekali ke sebuah lubang yang hina, jangan matikan semangatnya dengan
gelaran serba negatif.
Sangka
baiklah padanya sebagai tanda anda bersangka baik pada Tuhannya. Semua
kesilapan itu adalah hasutan iblis laknatullah, anak-anak itu pada mulanya
suci. Jadi, jangan burukkan keadaan dengan melepaskannya di bawah penjagaan
Iblis sepanjang hidupnya.
Rasulullah
SAW bersabda, “Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah
daripada seorang mukmin yang lemah dan masing-masing terdapat kebaikan.
Bersemangatlah menunaikan kerja yang bermanfaat bagi dirimu, mohonlah kepada
Allah dan jangan lemah. Jika tertimpa sesuatu janganlah kamu katakan:
‘Seandainya aku melakukan ini akan jadi begini dan begitu.’ Tetapi katakan:
‘Apa yang telah ditentukan dan dikehendaki Allah pasti terjadi.’ Kerana
sesungguhnya kata-kata itu membuka tipu daya syaitan.” (Hadis riwayat Imam
Muslim)
Tentunya
anda tak rela Iblis mempengaruhi cara anda mendidik anak, jadi cepat bersiaplah
mengambil alih amanah ini sebelum terlambat dan temukan faktor-faktor yang
menyebabkan anda tidak amanah dalam menjaga anak anda.
Permulaan
untuk melakukan perubahan dalam diri anak kita adalah dengan fikiran yang
positif bahawa segalanya adalah mungkin! Jangan kesali apa yang telah berlaku,
jangan sebut perkataan ‘kalaulah begini akan jadi begini’ kerana ia dilarang
oleh agama. Ia menunjukkan kita menolak dan benci pada takdir Allah SWT.
Lupakan yang sudah dan berubahlah bersama anak anda dengan minda yang positif.
3
– Tawakal kepada Allah SWT
Jangan
lupa bahawa kuasa perubahan itu ditentukan Allah SWT, anda hanya berusaha dan
tidak semestinya berjaya. Mungkin belum masanya anak-anak mencapai target yang
anda rancang sebelumnya. Boleh jadi ianya memerlukan proses yang panjang untuk
menjadikan anak kita berjaya dan soleh. Ada
yang imannya tidak diragukan lagi tetapi dalam bidang akademiknya merosot.
Kadangkala
anak kita hebat di sekolah, tetapi kadangkala hatinya masih suka mendengar
hasutan syaitan. Tidak semua yang kita harapkan akan sempurna, cacat cela
adalah hal yang biasa kerana ia sifat manusia. Bertawakal kepada Allah SWT
adalah jalan terbaik selepas kita berikhtiar. Ðoa anda malam ini mungkin
termakbul 10 atau 20 tahun lagi.
Ibu
yang berprestasi sentiasa mengamalkan tiga petua ini, anak kita milik Allah
SWT, jadi jangan sedih jika sesekali Ðia menguji dengan karenah mereka. Jangan
berhenti berprestasi dan tunggu saatnya kejayaan itu menjelma, insya Allah!
Butiran selanjutnya ...
Jumaat, Mei 18, 2012
Anggota tubuh akan bersaksi
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/18/2012 11:52:00 PTG
Bismillah,
Ðaripada
Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah SAW bersama-sama para
sahabatnya, Baginda tiba-tiba tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi Baginda.
Baginda lalu bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu semua mengapa aku
tertawa?”
Baginda
bersabda, “(Aku tertawa) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada
hari pembalasan. Ia berkata: ‘ Wahai Tuhan, tidakkah Engkau melindungiku
daripada kezaliman?’ Allah menjawab: ‘Ya.’ Ia berkata: ‘Kalau begitu, aku tidak
akan menerima penyaksian kecuali yang berasal daripada diriku sendiri.’ Allah
berfirman (yang bermaksud): ‘Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan
menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan.’”
Mulut
orang itu lalu ditutup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya: “Berbicaralah.”
Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang
pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk
berbicara, dia mencela semua anggota tubuhnya. Ðia berkata: “Celaka kamu.
Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu!” (Hadis riwayat Muslim dan
an-Nasa’i)
Mahkamah
Akhirat
Mahkamah
akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada
manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak
tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap
manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.
Pelbagai
hadis menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri
daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang
kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan
dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun
sebaliknya, mengecam kita.
Ðalam
hadis at-Tirmidzi daripada Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW membaca
ayat (surah al-Zalzalah ayat 4) yang bermaksud, “Pada hari itu, (bumi) akan mendedahkan
khabar-khabarnya.”
Lalu
Baginda bertanya, “Tahukah kamu apakah khabar-khabar itu?”
Baginda
bersabda, mafhumnya, “Bumi akan bersaksi tentang amalan yang dilakukan setiap
hamba Allah; lelaki dan perempuan. Ia berkata: ‘Si Polan melakukan perkara ini
pada hari ini dan seterusnya (pelbagai lagi kesaksian).’”
Saksi-saksi
dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi
orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang
melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di
hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara
terbuka. Tiada rahsia lagi.
Anggota
tubuh
Antara
semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu. Mereka sangat dekat dengan
kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Ði akhirat nanti,
Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.
Allah
SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka
bersaksilah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka tentang apa yang telah
dikerjakan oleh mereka. Ðan mereka berkata kepada kulit: ‘Mengapa kamu menjadi
saksi terhadap kami?’ Kulit mereka menjawab: ‘Allah yang menjadikan segala
sesuatu pandai berbicara, lalu telah menjadikan kami pandai berbicara (juga).’”
(Surah Fussilat 41:20-21)
Ðalam
ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini, Kami tutup
mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan berbicara kepada Kami serta
kaki-kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang mereka lakukan dahulu (semasa
di dunia).” (Surah Yasin 36:65)
Sebuah
penghinaan
Al-Tahir
bin ‘Ashur berkata, “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan
dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat
neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian
dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para
malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka
tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian
anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati
mereka.”
Ðemikian
jelas beliau dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir.
Selain
itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia
mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Ði mana-mana juga kita
berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa
mengawasi kita.
Al-Zamakhshari
berkata, “Ayat ini mengingatkan seorang Mukmin agar dia selalu menyedari
pengawasan Allah SWT. Hingga pada waktu-waktu bersendirian pun, orang Mukmin
mesti menjaga dirinya lebih daripada sewaktu bersama-sama orang ramai.”
Ðemikian nukilan beliau dalam tafsir al-Kashshaf.
Paha
kiri
Ðaripada
‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tulang manusia yang
pertama bersaksi sekali sewaktu mulut ditutup ialah paha kirinya.” (Hadis
riwayat Ahmad dan at-Tabrani). Namun dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang
mubham (tidak diketahui identitinya).
Ðalam
riwayat Ibn Jarir daripada Abu Musa, beliau berkata, “Menurutku, anggota tubuh
pertama yang akan berbicara ialah paha kanannya.”
Sama
ada paha kanan atau paha kiri, kita dapat menyimpulkan bahawa dosa zina dan
yang seumpama dengannya seperti liwat atau melancap, adalah antara perkara
pertama yang akan dibicarakan. Tentu sahaja, kedua-dua paha manusia akan
diminta bersaksi sebab mereka ialah anggota yang paling dekat dengan kemaluan.
Pelaku maksiat yang boleh selamat di mahkamah dunia, semestinya tidak akan
selamat di mahkamah akhirat.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menjamin bagiku apa-apa yang berada
di antara kedua-dua kakinya (yakni kemaluan) dan apa-apa berada di antara
kedua-dua rahangnya (yakni lidah), maka
aku akan menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Setelah
itu, satu persatu anggota tubuh manusia yang lain akan memberi kesaksian. Mata
akan bersaksi tentang apa yang dilihatnya. Telinga akan bersaksi tentang apa
yang didengarinya. Begitu juga dengan kulit yang membalut seluruh tubuh akan
bersaksi tentang apa yang ia rasa dan sentuh. Semuanya akan didedahkan sebagai
tanda ketundukkan mereka kepada Allah SWT.
Hamba
Allah
Tidak
terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi
atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita
tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba
Allah SWT.
Hakikatnya,
anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan
maksiat. Jika mereka mampu pasti mereka
ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu
sunnatullah di muka bumi. Jadi, anggota tubuh kita terlibat melakukan maksiat
sambil merasakan ketakutan atas azab Allah SWT. Kerana takut kepada Allah,
setiap hari anggota tubuh kita saling mengingatkan satu sama lain agar tidak
bermaksiat kepada-Nya.
Ðalam
Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap pagi, semua
anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: ‘Takutlah kepada Allah
untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu. Jika engkau lurus, maka kami pun
lurus. Ðan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.’”
Jika
sebegitu takut mereka kepada Allah, bayangkan kebencian mereka apabila terpaksa
melakukan maksiat. Ði akhirat nanti, mereka akan mendedahkan semua ini dengan
penuh kemarahan. Mereka akan bersaksi dengan jujur walaupun terpaksa
membahayakan diri sendiri.
Walau
ketika bersendirian
Sungguh
lalai hati yang tidak menyedari hakikat ini. Sungguh tidak bersyukur seseorang
yang diberikan anggota tubuh yang indah dan sempurna, namun merosakkannya
dengan maksiat.
Sesiapa
yang menjaga hak Allah walaupun ketika bersendirian, pada hakikatnya dia sedang
menjalin persahabatan antara dirinya dengan seluruh anggota tubuhnya. Jika di
dunia anggota tubuh dilindungi daripada maksiat, di akhirat nanti mereka tidak
akan bersaksi untuk membahayakan kita.
Seorang
ulama tabiin di Basrah bernama Qatadah (w.118H) berkata, “Wahai manusia,
sesungguhnya saksi-saksi Allah terdapat di dalam tubuhmu. Maka jagalah mereka
dan bertakwalah kepada Allah walaupun ketika bersendirian.”
Wallahu
‘alam.
Sumber : Umar M.Noor di Solusi ISU#42 (hlm 111-112)
Butiran selanjutnya ...
Masjid, surau tidak terlepas jadi medan jenayah
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/18/2012 11:42:00 PG
Assalamualaikum
warahmatullah,
Pernahkah
anda kehilangan barangan berharga seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya
ketika berada di masjid atau di surau? Alhamdulillah jika tidak pernah. Tetapi
awas! Masjid atau surau yang menjadi tempat umat Islam beribadah sebenarnya tidak
terlepas daripada menjadi sasaran lokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk
melakukan jenayah seperti mencuri.
Mungkin kehilangan selipar atau kasut sudah menjadi satu perkara yang biasa, tetapi jika anda kehilangan barangan berharga seperti telefon bimbit seperti yang pernah dialami oleh salah seorang sahabat saya, anda mungkin fobia untuk beribadah dengan tenang, yang disangka tempat paling selamat.
Apa
yang pasti, jemaah yang hadir untuk melakukan ibadah, mengikuti majlis ilmu
atau pelbagai aktiviti dianjurkan tidak akan menyangka ada yang tergamak
melakukan perkara menyalahi syariat Islam di rumah Allah.
Jika
ada beranggapan kecurian di masjid atau surau adalah perkara kecil kerana
jenayah boleh berlaku di mana saja tetapi kejadian itu memberi impak sangat
besar apabila masih ada yang berani mencemarkan kesucian masjid dan surau.
Barangan
seperti kasut, telefon bimbit, motosikal, tabung derma dan sebagainya menjadi
sasaran mereka yang tidak sedar bahawa setiap perbuatan walaupun tidak dilihat
mata manusia tetapi tidak terlepas daripada Allah SWT.
Manusia
tangan panjang ini seakan tidak takut dengan hukum Allah SWT seperti dinyatakan
dalam al-Quran. Memang di negara ini hukum hudud tidak dikuatkuasakan tetapi
setiap jenayah tetap memerima balasannya sama ada di dunia atau akhirat.
Firman
Allah yang bermaksud, “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang
mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan degan
sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah
al-Maidah, ayat 38)
Kecurian
di masjid atau surau bukan perkara baru dan seriusnya jenayah itu memaksa pihak
pentadbiran masjid menampal notis amaran supaya jemaah berhati-hati dengan
barangan peribadi milik mereka.
Secara
tidak langsung, notis yang ditampal seperti ‘jangan mencuri kerana Allah
melihat segala perbuatan yang kamu lakukan’ menceritakan masjid turut menjadi
lokasi pencuri. Ingatan itu juga meminta supaya jemaah tidak memandang ringan
ancaman pencuri kerana malang tidak berbau.
Apabila
disusuri masalah yang timbul, jelaslah bahawa faktor kekurangan didikan agama
punca berlakunya perbuatan jenayah itu. Ini kerana masjid yang mengingatkan
kita kepada kuasa Allah SWT yang Esa, gagal menginsafkan mereka yang melakukan
jenayah.
Jika
mereka menghayati didikan agama yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran, sudah pasti mereka malu untuk mengambil yang bukan hak di rumah
Allah.
Mungkin
tanggapan umum bahawa masjid adalah lokasi selamat menjadi kelebihan pencuri
untuk melakukan perbuatan jenayah itu dengan mudah. Apa lagi jika sering
terlepas, maka mereka akan mengulangi perbuatan itu di lokasi yang sama.
Mereka
mencari jalan mudah untuk menyara kehidupan dengan mencuri di masjid atau surau
kerana tempat sedemikian lebih selamat dan senang untuk melakukannya.
Lebih-lebih lagi tiada syak wasangka kerana yang datang adalah untuk menunaikan
ibadah.
Langkah
sesuai yang boleh diambil ialah dengan menerapkan nilai agama dalam diri
anak-anak kita. Pada masa sama, hendaklah perbanyakkan ceramah atau peringatan
kepada jemaah mengenai kesan daripada perbuatan jahat bukan sahaja terhadap
diri sendiri, juga kepada orang lain.
Pihak
masjid atau surau boleh mewujudkan ahli jawatankuasa untuk memantau kawasan
persekitaran, meningkatkan tahap keselamatan dan jika berkemampuan memasang
kamera litar tertutup di dalam dan luar perkarangan masjid.
Sumber : BHarian 03/05/2012
Butiran selanjutnya ...
Ahad, Mei 13, 2012
Perbetul niat terlebih dulu dalam raikan Hari Ibu
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/13/2012 08:55:00 PTG
KEDUDUKAN ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan anak seperti mengandung sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan anak, berjaga malam menjaga anak yang sakit dan memenuhi apa saja kehendak anak.
Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami
perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya,
ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan
menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang
tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
Hari Ibu yang diraikan pada Ahad minggu kedua Mei setiap
tahun kini menjadi aktiviti kekeluargaan termasuk masyarakat di Malaysia.
Namun, timbul persoalan apakah hukum meraikan Hari Ibu kerana ulama berselisih
pandangan mengenainya.
Ada ulama mengharamkan sambutan ini kerana dikatakan bersifat bid’ah dalam agama dan meniru budaya barat. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
Ada ulama mengharamkan sambutan ini kerana dikatakan bersifat bid’ah dalam agama dan meniru budaya barat. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.
Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.
Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu. Hari Ibu juga menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan yang sejati dan melahirkan suasana penuh kasih sayang, saling mencintai antara satu sama lain.
Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan kenyataan berkenaan sambutan Hari Ibu yang dianjurkan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir.
Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.
Sumber : BHarian 13/05/2012
Butiran selanjutnya ...
Rabu, Mei 02, 2012
Kibir pencetus penyakit hati, rosakkan hubungan sesama insan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/02/2012 10:21:00 PG
KIBIR mengikut istilah Melayunya ialah
sombong atau angkuh, manakala dalam bahasa moden disebut ego. Dalam syariat
Islam kibir diertikan sebagai membesarkan diri kerana merasakan diri lebih dan
istimewa berbanding dengan orang lain.
Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima kebenaran daripada orang lain.
Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima kebenaran daripada orang lain.
Sifat kibir mengheret seseorang itu untuk
membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan
dan kehebatan berbanding orang lain. Ia adalah sifat batin yang paling keji.
Bahkan sindrom ini amat tercela dan jika dibiarkan boleh memudaratkan manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (Surah An Nahl, ayat 23)
Manusia dilarang bersikap sombong kerana kita adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Namun, ada yang lupa hakikat dan sukar menerima kebenaran dengan memandang dirinya sempurna segala-galanya. Orang yang memiliki sifat ini amat kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Sifat ini boleh mengakibatkan pekerjaan itu tidak ikhlas dan menganiaya dirinya sendiri. Membiarkan individu berperangai buruk ini amat berbahaya disisi agama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang yang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa’ie)
Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang membenci kesombongan ini kerana meleraikan kasih sayang dan jalinan ukhuwah berpunca daripada sifat merendah-rendahkan orang lain.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (Hadis riwayat Muslim)
Mengenali orang yang bersifat sombong ini amat mudah. Individu yang dilanda penyakit hati ini enggan menerima pandangan orang lain, sekalipun betul. Sifat menyombong diri jika dibiarkan boleh memakan diri sendiri. Soal dosa dan pahala tidak diendahkan langsung demi kepentingan diri. Mereka melupakan segala pengajaran daripada sifat angkuh dan sombong diceritakan dalam al-Quran yang sepatutnya menjadi pengajaran.
Kesalahan pertama yang dilakukan makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam sewaktu Allah memerintahkannya. Iblis merasakan dia lebih mulia daripada Nabi Adam kerana dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Disebabkan kesombongan itu, Allah mengeluarkan iblis dari syurga. Episod dendam iblis kepada Nabi Adam dan anak cucu cicitnya tidak pernah terpadam.
Penyakit sombong melahirkan sakit lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki. Akibatnya tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecahnya ikatan perpaduan, hina-menghina dan kata-mengata.
Sifat sombong perlu dijauhi supaya hati tidak dijangkiti penyakit lain yang hanya membawa diri kita kepada kerosakan. Bersihkan jiwa dengan menanamkan rasa kasih sayang, sentiasa bersyukur kepada Allah dan mengingati tujuan manusia dihidupkan untuk beribadat kepada Allah dan mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.
Sumber : BHarian 01/05/2012
Butiran selanjutnya ...
Langgan:
Catatan (Atom)