Assalamualaikum warahmatullah,
Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib ditutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya. Sedar akan tuntutan tersebut, semakin ramai muslimah menutup aurat mereka dengan bertudung. Tidak kiralah bertudung moden yang berfesyen, golongan hawa baik anak kecill mahupun sudah dewasa sudah mula bertudung.
Perkembangan ini juga telah membuahkan idea kepada mereka yang yang bergiat dalam industri fesyen untuk mencipta gaya tudung terkini. Selak sahaja majalah fesyen hari ini, pasti anda akan melihat aneka gaya tudung yang cantik dan menarik.
Untuk menarik wanita membeli dan menggayakan tudung yang dijual, setiap tudung mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada rekaan tudung yang menggunakan fabrik terang, dihias pula dengan kerongsang yang menarik, disimpul dan sebagainya.
Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Boleh dikatakan, rekaan kesemuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakai tudung.
Justeru, Laman-Seri kali ini ingin mengupas adalah perkembangan fesyen tudung yang menarik ini menjadi punca wanita mengenakan tudung atau adalah mereka benar mahu menurut syariat agama.
Bertudung tapi tidak menutup aurat
Menurut Ustaz Haji Haslin Baharim, yang juga seorang penceramah bebas, bertudung pada asalnya adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini agak mengecewakan bila pada masa yang sama, mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sudah tidak ada.
Sebaliknya wanita bertudung kerana ingin mengikut fesyen. Malah kita boleh nampak ada antara wanita muslimah yang memakai tudung tetapi masih nampak telinga. Sudahlah begitu, ada pula subang untuk nampak lebih bergaya. Bukan itu sahaja, tudung pula sudah semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai tudung yang betul? Sudah tentu tidak!
Menurut Ustaz Haslin lagi, wanita perlu sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan kerana mengikut aliran fesyen tetapi untuk memenuhi tuntutan syariat. Sepatutnya setiap perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan pada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas alasan dan niat untuk mengambil hati orang lain dan bukannya kerana Allah SWT, sudah pasti mereka tidak mendapat keberkatan menjalankan suruhan Allah.
Jadikan pemakaian tudung itu sebagai fesyen pakaian Islam, jangan jadikan ia sebagai fesyen disebabkan orang lain pakai, kita pun tidak mahu ketinggalan. Jika mengenakan tudung, pastikan ciri-ciri menutup aurat seperti tidak menampakkan telinga, leher dan menutup paras dada.
“Apabila industri fesyen berkembang dengan memperkenalkan pelbagai tudung baru yang menarik, perkara ini sebenarnya tidak boleh dianggap negatif semata-mata. Memang sekarang ini banyak fesyen tudung krana mereka yang bergiat dalam industri fesyen sudah pasti tahu mencari untung dengan menjual barang yang menjadi kesukaan ramai. Saya berterima kasih dengan industri fesyen kerana memperkenalkan tudung sebagai salah satu cara untuk bergaya.”
“Penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung itu sebenarnya amat baik. Tidak kiralah apa cara mereka lakukan, niat sebenar mereka adalah untuk menarik minat wanita untuk bertudung. Jika ada wanita yang bertudung kerana fesyen itu meranrik, maka tidak salah mereka mula mengambil keputusan untuk bertudung. Mungkin daripada mengikut-ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah sepenuhnya.”
“Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah melakukan kebaikan kerana telah menarik minat wanita yang tidak bertudung akhirnya menutup aurat seperti yang digalakkan dalam Islam,” demikian ulasnya.
Apa kata orang ramai mengenai hal ini?
Boleh berfesyen asal ikut tuntutan syariat
Menurut Norhita Mohd Bhohari, melihat perkembangan ramai muslimah memakai tudung adalah sesuatu yang baik apatah lagi mereka terdiri daripada golongan muda. Kalau dahulu sekitar awal tahun 80-an, kita lihat tidak ramai kaum wanita yang memakai tudung tetapi hari ini majoriti wanita memakai tudung dan ia seperti menjadi satu kebiasaan kepada kaum wanita. Maka tidak hairanlah perniagaan butik-butik tudung mendapat sambutan hangat di kalangan kaum muslimah.
Mungkin ada sebilangan kaum wanita yang menjadikan fesyen bertudung sebagai trend, namun masih ramai juga wanita memakai tudung untuk memenuhi tuntutan syariat Islam yang mewajibkan golongan muslimah memakai tudung, sekaligus menutup aurat.
Tentang gaya fesyen bertudung pula, terpulanglah kepada individu. Masing-masing berhak untuk membuat pilihan. Cuma muslimah perlu bijak memilih fesyen tudung yang sesuai kerana jika sekadar menutup rambut sahaja dan sebahagian lain tidak ditutup, itu bukanlah cara menutup aurat seperti yang dituntut.
Kesimpulannya, pemakaian tudung secara berfesyen itu tidak salah, tetapi biarlah bersesuaian dengan syariat Islam yang telah ditetapkan. Fitrah wanita suka kecantikan malah fitrah untuk semua manusia suka melihat sesuatu yang cantik. Cuma jika ingin kelihatan cantik dengan fesyen tudung terkini, tetapi biarlah bersederhana dan yang paling penting mengikut tuntutan syarak.
Betulkan niat bertudung
Wan Norhasniza Wan Non pula berpendapat muslimah perlu bijak memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri. Kita lihat perkembangan fesyen masa kini sebagai satu yang sihat selain memberi pilihan kepada kaum muslimah untuk memlilh fesyen yang sesuai untuk diri mereka. Namun dalam memilih fuesyn tudung, mereka perlu lebih berhati-hati dan bukan sekadar ingin menikut arus peredaran fesyen.
Bukannya tidak ada fesyen tudung yang mengikut tuntutan syarak tetapi sebagai muslimah, kita perlulah lebih selektif memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri kita. Selain fesyen tudung, budget juga memainkan peranan penting kerana tidak ada gunanya berhabis-habsisan membeli utudng berjenama yang sudah tentu mahal harganya sehingga akhirnya terpaksa mengikat perut.
Ði samping itu, jika hendak bertudung, biarlah ikhlas dan bukannya dengan tujuan untuk menunjuki-nunjuk. Walaupun tidak semuanya begitu, tetapi wujud kalum muslimah yang menjadikan jenama tudung yang dipakai sebagai lambang status diri mereka. Keadaan ini sebenarnya menimbulkan riak di dalam hati sehingga menyebabkan tujuan untuk menutup aurat itu lari daripada niat asal untuk menutup aurat.
Walau apa pun juga jenis fesyen tudung yang digayakan, biarlah si pemakai memakainya dengan hati yang ikhlas dan bukannya untuk menunjuki-nunjuk. Tidak salah untuk berfesyen tetapi betulkan niat dalam hati selain pastikan fesyen tudung yang dipilih memenuhi tuntutan seperti yang telah diwajibkan agama Islam terhadap golongan muslimah.
Ðilema antara cantik dan tuntutan syarak
Menurut Nur Hazwani Mohamad pula, sememangnya semakin ramai muslimah yang bertudung, namun pada masa yang sama, tuntutan menutup aurat ini tidak seperti yang digariskan oleh syarak.
Fenomena ini berlaku apabila wujud konflik dalam diri wanita muslim iaitu antara keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan dan kewajipan uyntuk mematuhi tuntutan syariah. Maka wujudlah jalan tengah yang diambil berdasarkan keperluan komersial dan mengelirukan.
Tidak dapat dinafikan, tidak semua fesyen tudung boleh dijadikan ikutan. Sebaliknya pilihlah fesyen tudung yang bukan sahaja sesuai dengan penampilan diri, tetapi dalam amsa yang sama, memnuhi tuntutan menutup aurat.
Pengeluar tudung perlu ingat tanggungjawab
Menurut komen Nor Ameera Zaini pula, wanita yang bertudung masa kini beruntung kerana punya banyak pilihan untuk berfesyen. Apa yang penting, jangan jadikan tuntutan untuk bertudung itu sebagai trend dan fesyen semata-mata kerana perlu diketahui bahawa bertudung itu wajib ke atas semua wanita yang beragama Islam. Ði samping itu juga, pengeluar tudung perlu memikul tanggungjawab fardu kifayah untuk menghasilkan tudung yang mengikut tuntutan syariat.
Fahami konsep bertudung
Menurut Ruhaizan Othman pula, fesyen bertudung pada masa kini yang banyak yang cantik,walau bagaimanapun biarlah tarikan untuk pakai tudung selari dengan tuntutan agama, iaitu menutup aurat dengan sepmpurna bukan terikut-ikut dengan fesyen semata-mata.
Menutup aurat adalah wajib, Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen, tapi mestilah menurut tuntutan agama yang sebenar, melepasi paras dada, tidak menampakkan leher dan dada. Tetapi malangnya, fesyen tudung sekarang tidak menitikberatkan hal ini.
Kebanyakan muslimah sekarang memakai itudung tanpa memahami konsep menutup aurat yang sebenar, maka wujudlah pelbagai fesyen yang sudah
Namun tidak dapat dinafikan, dengan perkembangan fesyen tudung, sedikit sebanyak mampu menarik muslimah untuk bertudung. Hal ini kerana tarikan tudung itu sendiri akhirnya memberi hidayah untuk muslimah menutup aurat.
8 kesalahan ketika memakai tudung
- Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja sedangkan bahagian lain tidak ditutup.
- Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek
- Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya (kebaya, terutamanya)
- Bertudung tetapi baju atau seluar sendat, sempit dan nipis, lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
- Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
- Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leler, tenguk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia tidak tepat sama sekali.
Tips berfesyen yang betul
- Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang
- Baju mestilah labuh dan longgar
- Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
- Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali
- Ðigalakkan untuk memakai sarung kaki
- Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah.
Sumber : MW#1427
Capaian entry berkaitan :