“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Februari 03, 2011

Terung belanda

terung belanda


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda meminum terung? Bagaimanakah rasanya jika terung yang berwarna ungu yang biasa kita kenali itu dijadikan jus? Eeee... Ngeri. Jika ada yang pernah mencubanya, jangan lupa kongsikan bersama saya.

Hari ini Laman-Seri kongsikan satu lagi jenis terung yang saya sendiri tidak pernah melihatnya. Kebetulan membaca tentang fauna flora ini dalam entry Misteri Etnik : Melayu Rao kaya petua tradisional - Part 4, lalu saya buat sedikit carian di MrGoogle.

Terung yang boleh dibuat jus yang mempunyai rasa yang enak ialah terung belanda. Bukan terung ungu yang biasa kita lihat itu, ya. Jangan tersilap terung. Terung belanda atau nama saintifiknya solanum betaceum juga dikenali sebagai pokok limbang, terung liar, tamarillo, tree tomato dan tergolong dalam keluarga solanaceae. Mengapa ia dipanggil terung belanda? Tidaklah diketahui mengapa, mungkin sama kisahnya dengan durian belanda dan ayam Belanda. Belanda juga yang mendapat nama, hemmm....

Pokok terung belanda adalah tanaman asli di Andes Peru, Chile, Ecuador, Colombia dan Bolivia. Pokok ini juga banya ditanamkan di Argentina, Australia, Brazil, Indonesia, Kenya, Portugal, Amerika Syarikat dan Venezuela. Pokok terung belanda ini juga dijadikan sebagai tanaman komersil untuk eksport antarabangsa di New Zealand dan Portugal. Tanaman ini dipasarkan secara antarabangsa pada pertama kalinya di Australia iaitu sekitar tahun 1996.

buah terung belanda yang belum masak


Pokok terung belanda berupa perdu yang rapuh dan mempunyai ketinggiannya antara 2-3 meter. Pangkal batangnya pendek namun ia mempunyai cabang yang banyak. Daunnya tunggal, berselang-seling, bentuknya bundar telur sampai bentuk jantung, berukuran (10-35) cm x (4-20) cm, berpinggiran rata, berbulu halus, peruratannya menonjol, berujung lancip dan pendek. Kebiasaannya daun-daun itu berada hampir di hujung pucuk dan memiliki bau seperti lembu kutub(?). Daun pokok terung belanda mempunyai tangkai daun yaang agak panjang, iaitu sekitar 7-10 cm.

Bunga berada dalam rangkaian kecil di ketiak daun dan berdekatan hujung cabang. Bunganya berwarna merah jambu hingga biru muda dan berbau harum. Bunganya agak kecil, berdiameter kira-kira 1 cm sahaja. Kelopak bunga berbilangan lima, daun mahkota berbentuk genta, bercuping lima; benang sari 5 utas, berada di depan daun mahkota, kepala sari tersembunyi dalam runjung yang bertentangan dengan putik; bakal buah beruang dua, dengan banyak bakal biji, kepala putiknya kecil. [NB: Sorry, sesetengah ayat di sini tak dapat hendak diterjemah, sebab saya pun tidak berapa faham... hik hik... Walau bagaimana pun, saya akan cuba kemas kini bila cukup carian nanti, insya Allah.]

Buah terung belanda seakan buah buni bentuknya. Buahnya berbentuk bulat bujur telur dan berukuran (3-10) cm x (3-5) cm, meruncing ke dua hujungnya. Buahnya mempunyai tangkai yang panjang dan kelihatan bergantungan di pokoknya. Kulit buahnya nipis dan licin berkilat. Apabila buah terung belanda matang, ia berwarna lembayung kemerah-merahan, merah jingga sampai kekuning-kuningan.

yang ini enak dimakan begitu sahaja


Isi buahnya mengandung banyak sari buah. Rasanya agak masam-masam manis dan isinya berwarna kehitam-hitaman sampai kekuning-kuningan. Buah terung belanda mempunyai biji yang bulat pipih, tipis, dan keras. Isi buah terung belanda agak tajam dan manis, mungkin boleh dibandingkan dengan buah kiwi, tomato atau buah markisa. Kulit dan daging di dekat itu mempunyai rasa pahit yang tidak menyenangkan, dan biasanya tidak dimakan mentah.

Kandungan

Kulit buah terung belanda mengandung suatu zat yang rasanya pahit, tetapi zat ini dapat dibuang dengan cara mengupas kulitnya atau menyeduhnya dengan air panas selama 4 minit. Dengan menggantikan air setelah merebusnya 3-4 minit dan memanaskannya kembali dapat mengurangi rasa pahit dan kelat buah yang masih muda. Setiap 100 g bahagian buah yang dapat dimakan mengandung: air 85 g, protein 1,5 g, lemak 0,06-1,28 g, karbohidrat 10 g, serat 1,4-4,2 g, abu 0,7 g, vitamin A 150-500 SI, dan vitamin C 25 mg. Sebagian besar vitamin akan hilang jika buah direbus.

Manfaat

Buah terung belanda dimanfaatkan menurut berbagai cara, seperti masakan yang lazat dan makanan yang manis-manis. Buah mentah dapat digunakan untuk masakan ‘chutney’, kari dan sambal, sedangkan buah matang untuk sirap, sup dan rojak. Buahnya juga boleh dijadikan 'agen' pembersih daging ayam mentah (untuk nyah bau). Buah yang dibelah dapat digunakan sebagai bumbu perencah masakan. Buahnya juga boleh dibakar atau dipanggang untuk digunakan sebagai sayuran.

rupa buah terung belanda dibelah dua


Buah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mencedok isinya dengan sudu, setelah buah dibelah dua, lebih kurang seperti kita memakan buah avokado. Jika buah ini disejukkan seketika dalam peti sejuk, rasanya manis dan menyegarkan.

Buah terung belanda akan memberikan rasa yang unik jika ditambah ke dalam masakan seperti kuah pasta, kari dan masakan lainnya. Buah ini juga sedap jika digunakan dalam salad.

Dikatakan, dalam artikel Misteri Etnik : Melayu Rao kaya petua tradisional - Part 4, terung belanda digunakan dalam mengubati penyakit beguk. Di Colombia, Ecuador dan sebahagian Indonesia seperti di Sumatera dan Sulawesi, buah terung belanda yang segar sering dicampur bersama-sama dengan air dan gula untuk membuat jus. Buah yang dibiarkan masak matang di atas pokok, boleh digunakan dalam penghasilan sirap (jus), jem, selai, pencuci mulut dan sebagai hiasan ais krim.




Rujukan asal di Ayo Bertani dan wikipedia - tamarillo

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails