
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Senyum jer bila membaca tajuk sensasi muka depan BH hari ini, ‘Wanita tolak poligami tak berdosa.’ ....
Biasa tak dengar ayat standard diluahkan kepada mereka yang menolak poligami, kata mereka, “Rosak akidah kamu menolak perkara yang dihalalkan Allah.” Selalu juga saya persoalkan, menolak poligami tidak bererti menolak hukum Allah. Tang mana pula yang dikatakan merosakkan akidah? Contohnya, jika kita tidak suka makan durian, adakah kita akan menegah mengharamkan orang lain daripada memakannya? Ini analog ringkas untuk mereka yang tidak faham apabila dikatakan ‘menolak’ poligami. Hemmm... jangan sebarang menjatuhkan hukum kepada orang lain seolah-olah kita ini tuhan pula!
Ðilaporkan, Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ðr Akram Sabri berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya...
Sheikh Ðr Akram Sabri berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami kerana poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah an-Nisa ayat 129. Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.
Menurut Sheikh Ðr Akram Sabri lagi, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya. Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai. Bagaimanapun, menurut beliau, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis. Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya.
Laman-Seri : Mustahil seorang imam tidak tahu apa yang diperkatakannya, melainkan imam itu seorang yang nyanyuk.... kan? Mengapa agaknya Sheikh Ðr Akram Sabri memberi kenyataan begini, ya? Mungkin alasannya berdasarkan perkembangan semasa, yakni, ramai suami pada masa kini tidak mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami? seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab, ini tidak kiralah sama ada perkahwinan poligami mahupun monogami.
Berapa ramai yang berpoligami selain daripada faktor-faktor yang disebutkan di atas? Ramai, kan? Anak sudah berderetpun, masih mengintai peluang, walaupun isteri masih boleh ‘dipakai’... Menolak poligami berdosa besar? Silap weh... kita perlu perbetulkan minda masing-masing... Poligami tidak perlu diiklankan bagus, kerana ia tidak semestinya bagus untuk sebahagian lelaki.
Pendapat Ðr Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988) : Poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat yang mengharuskan poligami itu berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.
Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan mengatakan, “Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah Nabi, barang siapa yang menghalang sunnah Nabi, maka dia bukan dari kalangan umat Nabi.”
Pandai sungguh mereka pasang nas, ya... Jangan Salah Guna Agama! Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah SAW untuk menghalalkan tindakan tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami, jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10 orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda. Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang sebaiknya kepada semua isterinya.
Sedikit renungan untuk kita semua, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: “Ðan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.””
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Ðalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Bermakna, bukan sebarang suami yang layak mendapat pengiktirafan sebegini. Namun pada hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Lihat sajalah statistik perceraian yang dilaporkan oleh Jakim. Tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya, sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul?
Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumahtangga yang bertakwa.
Renung-renungkan...
Petikan : BHarian 07/07/2011
Capaian entry berkaitan :
* Sakitnya jika terpaksa berpoligami
* Poligami lagi ... rentetan sinetron Isteri Untuk Suami Ku
* Poligami: Jangan Salah Guna Agama!
* Awas, suami perdaya isteri!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Julai 07, 2011
Wanita tolak poligami tak berdosa
Selasa, Mei 17, 2011
Apabila suami minta ‘izin’...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Membaca Satu kisah poligami lagi, pernahkah anda terfikir, sekiranya suami anda tiba-tiba berkata, “Abang hendak kahwin lagi...” Apakah yang akan anda katakan? Apakah ayat pertama yang pastinya keluar dari mulut anda? Apakah anda akan mengamuk gila sakan?
Kita tidak mahu hal sebegini terjadi, tetapi kadang-kadang ia terjadi tanpa terduga sama sekali. Suami yang selama ini kita rasakan amat baik tahap pijak semut gajah pun tidak mati, tiba-tiba tegar menjatuhkan menghantukkan batu ke atas kepala anda. Ketika itu, apa yang akan anda katakan? Apakah anda masih bersikap biasa atau apakah anda akan bertindak seperti yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita?
Apabila sesuatu itu tidak pernah kita duga dan tiba-tiba ia terjadi, selalunya kita akan terkejut beruk sakan. Kejutan yang teramat sangat akan menyebabkan kita tidak dapat berfikir. Api kemarahan menyebabkan kita bertindak balas, barangkali dengan kata-kata, boleh jadi juga dengan tenaga. Eh... mati pulak suami dibelasahkan dengan kayu golf! Waduh.. jangan begitu dong!
Maka itulah, dalam bertenang-tenang seperti sekarang, apa kata anda cuba rangka-rangkakan ayat yang bakal dicetuskan, seandainya perkara seperti itu terjadi, supaya anda tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mencarik tahap kewarasan fikiran. Inilah yang dikatakan prediction atau unjuran.
Ðalam dunia perniagaan, kadang-kadang kita mengunjurkan pertumbuhan yang lembap, dengan itu kita lebih bersedia untuk berdepan dengan apa-apa cabaran supaya pada saat sukar kita masih bertahan. Kadang-kadang dalam rumahtangga, unjuran harus dibuat supaya apabila datang nanti, anda tidaklah begitu terkejut. Kejutan yang melampau boleh menyebabkan anda menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya anda diucapkan.
“Kalau abang hendak kahwin juga, ceraikan saya dulu!” Biasa dengar kata-kata ini? Ya, ia adalah ungkapan yang paling popular yang dikomersialkan dalam drama-drama Melayu. Sekali imbas macam tiada apa-apa, tetapi kesan dan akibatnya teruk sekali. Ðaripada menghamburkan kata-kata seperti orang kurang ilmiah sebegini, apa salahnya anda berikan pandangan asal dengan sususan kata-kata yang lebih baik atau dalam istilah lainnya, cakap berlapik.
Ðalam keadaan marah, bagaimana sekalipun, awasilah lidah. Belajar-belajarlah control temperature marah anda dan cuba katakan ayat sebegini :
- “Abang kalau hendak kahwin juga, eloklah tengok-tengok diri abang dulu” atau
- “Kalau hendak kahwin juga, tengok-tengoklah kami anak-beranak, cukupkah makan, pakai, didikan bla... bla… bla...” atau
- “Baguslah abang hendak kahwin lagi. Ini bermakna abang mampu menyara saya dan anak-anak. Tak perlulah lagi saya bekerja membantu abang. Ok, kalau betul abang hendak teruskan, apa kata abang bentangkan perbelanjaan keluarga supaya tiada masalah timbul di kemudian hari...”
Seorang lelaki selalunya tidak akan berbuat sesuatu tetapi apabila dia disuruh berbuat sesuatu itu, tetapi kebiasaannya, suami akan memberontak apabila keinginannya terlalu ditentang, ia menimbulkan marah dan dendam. Lelaki biasanya lebih sampai hati apabila hasratnya diberikan pertentangan yang kuat. Semakin anda melawan, semakin anda menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, semakin anda mengungkit itu ini, semakin sampai hatilah lelaki untuk meneruskan niatnya, tetapi jika dia diberikan ‘kebenaran’ dan dalam masa yang sama diberikan juga syarat yang boleh membuatkan dirinya terseradung berfikir, selalunya dia tidak akan sampai hati berbuat sesuatu yang menurut kemahuannya.
Tidak balas salah, hasilpun salah
Pertengkaran pasti tercetus bermula dari tindak balas salah yang diberikan. Jika tindak balas itu dalam bentuk marah, yang diterima kembali adalah marah juga, tetapi jika sindiran tentang keupayaan dan kemampuan hingga memaksa seseorang suami itu berfikir secara lebih mendalam, hasilnya cukup berbeza, insya Allah.
Ingatlah, wahai kaum isteri, lelaki yang bergelar suami ini cukup pantang dimarahi, diherdik, diperkecil-kecilkan dengan keras apabila dia pertama kali menyuarakan hasrat seperti ini. Tindak balas yang salah selalunya mengakibatkan hasil yang salah. Andainya hasratnya itu disambut dengan ketaatan yang lebih padu, kasih sayang serta cinta yang semakin mendalam serta perkhidmatan yang luar biasa cemerlangnya, selalunya lelaki akan kembali rasional. Apabila dia mula membanding-bandingkan kebaikan anda dengan calon isteri keduanya itu, dan dia melihat lebih banyak kebaikan pada diri anda, dia kaan berkata dalam hati, “Kesian bini aku ni… tak jadilah…”
Apabila ini berlaku, ia satu kemenangan untuk dirai. Mengapa? Sebab ramai sungguh wanita yang akhirnya terseradung oleh isu yang sama, sedangkan ia boleh dielakkan, bahkan suami semakin sayang dan bertambah intim. Bukankah itu menang namanya?
Ukuran tahap ketaqwaan
Laman-Seri salute mereka yang tidak sedikitpun melenting jika suami hendak berpoligami, malah ada yang sanggup ‘mengoffer’ suami mereka supaya berpoligami, dengan alasan terlalu cintakan Allah dan Rasul-Nya. Erk... Bolehkah tindakan sebegini dijadikan kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri? Benarkah tahap ketaqwaan boleh diukur sebegini? Hanya Allah maha Mengetahui...
Apa-apapun, dalam kes ‘offer-mengoffer’ ini, saya tidak pernah membaca sejarah isteri-isteri Rasulullah SAW (yang mendapat first hand didikan Rasulullah), meminang madu mereka atau mereka sendiri ‘mengoffer’ Rasulullah untuk menikahi atau dinikahi wanita lain. Ketika Rasulullah melarang menantunya Ali daripada berpoligami juga, tiada bantahan daripada anak perempuan Nabi akan larangan ayahandanya dan tidak pernah pula tercatat dalam sejarah yang menyatakan anak perempuan Nabi ini ‘mengoffer’ suaminya Ali supaya menikahi wanita lain. Lalu saya terfikir, bagaimana tahap taqwa isteri-isteri Rasulullah dan anak perempuan baginda? Secara peribadi, ‘offer-mengoffer’ ini bukanlah kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri. Saya mungkin tersilap, tetapi ukuran sebegini juga tidak mustahil tersasar atau tidaklah begitu tepat.
Saya tidak
Tiada sesiapapun yang boleh menafikan, poligami adalah perkara yang berat dan ujian yang besar dalam rumahtangga. Sirah Nabi juga memerlihatkan kecemburuan di antara isteri-isteri baginda. Tercatat sejarah kisah isteri baginda yang menepis pinggan berisi kuih pemberian madu hingga jatuh pecah berderai ke lantai. Sememangnya poligami boleh mencabar keimanan dan meracuni kesucian hati. Kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan berangan memancing di lautan yang dalam.
Namun jika ada yang merasakan mereka memang layak diuji sebegini, teruskanlah niat anda. Gunakan saluran yang betul jika hendak menambah quota, ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan, jangan hanya mengikut undang-undang yang anda cipta sendiri.
Poligami bukan satu galakan
Suka saya dikongsikan di sini, pendapat ulama tersohor dan penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz tentang poligami, katanya, poligami bukan satu galakan. Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz, berpoligami tidak boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya dibenarkan dengan syarat tertentu iaitu kerana perkara darurat (terdesak) atau ada sebab kukuh.
Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, poligami bukan satu galakan dan lelaki yang ingin berbuat demikian mesti membuktikan dia layak dan berkemampuan menyara semua isteri dan anak serta mempunyai tujuan baik iaitu bukan untuk menganiaya isteri. Beliau bersetuju poligami ada dalam Islam iaitu boleh berkahwin dua, tiga atau empat.
Bagaimanapun, ada sebab mengharuskan seseorang itu bernikah lebih daripada satu. Antaranya apabila isteri jatuh sakit dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Suami dibenarkan berkahwin bagi mengelak dia melakukan perkara dilarang di sisi Islam. Sebab lain tidak mendapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin. Lelaki dibenarkan berpoligami untuk membela nasib wanita yang menjadi janda kerana suami terbunuh ketika berperang dan poligami dibolehkan bagi lelaki yang mempunyai nafsu luar biasa.
Ketika mengulas niat Salih Yakob mencukupkan kuota berkahwin empat bukan menggambarkan semua lelaki boleh melakukannya, tetapi perlu melihat sama ada mereka benar-benar layak dan menepati syarat berpoligami ditetapkan Islam.
Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi, sesetengah lelaki berpoligami kerana ada masalah dengan isteri dan apabila berkahwin lagi, semakin menambah beban. Malah ada lelaki tidak berkemampuan dan mempunyai anak ramai. Syarat kelayakan berpoligami diluluskan pejabat agama. Antara yang tidak dibenarkan berpoligami ialah mereka yang tiada rumah sendiri, sebaliknya menyewa, bergaji kecil dan berhutang.
Mengenai kenyataan bahawa isteri yang membenarkan suami berkahwin lagi akan mendapat payung emas di syurga, beliau berkata, ia hanya kata-kata sedap mulut.
Laman-Seri: Panas agaknya di syurga hingga memerlukan payung? Aduuuhaiiii... Sebenarnya, banyak lagi hadis-hadis palsu yang setujuan untuk menunduk-nunduk, merendah-rendah dan meminggir peranan wanita yang masih berlegar di kalangan masyarakat. Jangan mudah tertipu dengan hadis-hadis sebegini...
Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi berpoligami bukan setakat memberi kasih sayang dan nafkah zahir batin, tetapi lelaki perlu berlaku adil. Perlu dikaji sebab lelaki itu ingin berkahwin lagi. Nabi Muhammad SAW berpoligami dengan mengambil wanita kematian suami akibat peperangan. Hanya seorang wanita yang dikahwini anak dara iaitu Siti Aisyah.
Lihat saja hari ini, kebanyakan lelaki tidak lagi mengikut sunnah Rasul dalam mengamalkan poligami. Rasulullah mengahwini janda tua dan balu sebagai isteri-isteri baginda, tetapi lelaki zaman ini hanya memilih anak dara yang lebih bekerjaya, berketerampilan, mengancam dan getahnya melekit-lekit daripada isteri sedia ada. Maka tang mana gamaknya yang dikatakan berpoligami kerana sunnah Nabi?
Ulama tersohor pun tidak menggalakkan poligami, jadi orang awam seperti kita sepatutnya berpada-pada sajalah....

Rujukan catatan dari sumber : ÐrHMTuah dan HMetro.
Capaian entry berkaitan :
Satu kisah poligami lagi...
Cara Salih hidup berpoligami
Salih bukan saja cekal mengharungi cabaran dunia seni hingga bertahan lebih 30 tahun, malah berjaya melayari hidup berumahtangga bersama tiga isteri dan 11 anak. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.
Sudah tentu ia bukan jalan mudah untuk dilalui penggiat seni serba boleh ini. Baginya, ia satu proses panjang dan hanya dapat dibentuk jika seseorang itu dapat mengenal diri sendiri. Itulah bekalan yang cukup kuat dalam diri Salih untuk memimpin isteri selama mengamalkan poligami.
“Saya lakukan semua ini atas jalan agama, selepas saya mengenali diri sendiri. Maksudnya, mengenal diri sendiri dengan hal keagamaan berasaskan ilmu dan pengalaman. Ia bukan diperoleh dalam tempoh satu dua hari seperti mengikuti kursus perkahwinan. Ia memerlukan satu proses pembelajaran yang panjang,” katanya.
Tidak dinafikan, Salih boleh dikatakan suami yang bijak mengekalkan keharmonian keluarga dengan hidup berpoligami, iaitu selepas memulakannya pada 1993 apabila berkahwin dengan Norraha Hamad, 43, sebagai isteri keduanya ketika itu. Pasti ada rahsia di sebaliknya, dan bagaimana Salih mengekalkan kesejahteraan keluarga sehingga tiga isterinya boleh menerima keinginannya untuk berkahwin satu lagi.
Berikut serba sedikit rahsia yang dikongsi Salih bersama Metro Ahad bagi menjaga kebahagiaan rumahtangga dan keluarganya.
Rutin harian menjadi suami kepada tiga isteri
Dulu, ketika beristeri dua, Salih bergilir selang sehari untuk ke rumah setiap isterinya. Namun, apabila beristeri tiga, rutin demikian tidak lagi dipraktikkannya.
“Cara begitu sudah tidak sesuai, kena ambil masa lama untuk ke rumah setiap isteri,” kata Salih.
Sekarang, selepas balik bekerja di konti dari jam 6 hingga 10 pagi, Salih luangkan masa lebih kurang dua jam secara bergilir ke rumah isterinya. Bagi Salih, tidak timbul masalah membuat giliran kerana rumah setiap isterinya terletak berhampiran antara satu sama lain.
“Lepas kerja, saya pastikan berkunjung ke rumah semua isteri dan luangkan masa bersama anak. Saya titik beratkan hal ini demi menjaga hubungan kekeluargaan, terutama dengan anak. Sebab itu saya banyak menolak pelawaan mengikuti program rakaman televisyen yang memerlukan komitmen tinggi. Ia boleh menjejaskan masa bersama keluarga, kalau sehari dua hari tinggalkan mereka tidak mengapa, lebih daripada itu saya perlu fikir dua tiga kali,” katanya.
Tidak dinafikan, pembabitan dalam dunia seni ada kala membuatkan Salih terpaksa berpisah dengan keluarga, namun ia tidak menjadi masalah.
“Isteri dan anak faham tanggungjawab serta karier saya. Pun begitu, kedua-duanya juga penting buat saya, sama ada keluarga dan karier. Sebagai ketua keluarga, perkara ini menjadi amanat dan tugas yang perlu saya pikul, dua perkara ini perlu seimbang,” katanya.
Yang pasti, Salih bakal menerima seorang lagi teman hidup dalam diari hidupnya, dan sudah tentu rutin hariannya ada sedikit perubahan dengan kedatangan orang baru.
“Memang akan ada perubahan, tetapi tidak banyak. Agama dan pengalaman banyak mendewasakan saya melalui perkara baru dalam hidup,” katanya.
Bagaimana Salih agih perbelanjaan keluarga?
Tanggungjawab memberi nafkah terhadap tiga isteri bukan tugas mudah. Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kepada Salih, jika tidak masakan dia sanggup menambah seorang lagi isteri dalam hidupnya. Bagi Salih, soal pemberian belanja rumah untuk isteri dan anak adalah keutamaan buat dirinya, tambahan pula ia adalah tuntutan dalam agama dan wajib bagi seorang suami.
“Dah tahu diri tu berpoligami, faham-faham sajalah. Bagilah duit belanja untuk semua isteri,” katanya tersenyum.
Dalam hal ini, Salih ‘melaburkan’ wang titik peluhnya kepada seisi keluarga hasil pendapatan bekerja sebagai deejay di konti Sinar FM, pengacara dan bayaran persembahan majlis tertentu yang mencecah puluhan ribu.
“Saya bagi sama rata, semuanya sama. Duit rumah, duit kereta semua isteri dan belanja harian, yang tinggal untuk saya hanya duit poket dan belanja rokok. Berapa jumlah keseluruhan tidak perlu saya jelaskan. Cuma yang saya boleh beritahu, jika ramai isteri, banyak jugalah belanjanya, tetapi itu tidak menjadi masalah buat saya kerana saya tahu rezeki di tangan Tuhan,” katanya.
Menurut Salih, dalam aspek perbelanjaan, dia terlebih dulu mengagihkan wang pendapatan kepada keluarga dan anak.
“Untuk saya sendiri, itu semua kemudian. Yang penting, keluarga dulu. Percayalah, jika kita lakukan semua itu dengan keredaan, Allah akan membantu kita. Apa yang saya peroleh sekarang, bukan kerana diri saya. Semua atas ketentuan Tuhan, Dia yang memberikan rezeki kepada saya,” katanya.
Kahwin bukan kerana nafsu
Ketika ditanya mengenai petua mengekalkan keharmonian rumah tangga, Salih berkata, satu daripadanya adalah menerapkan nilai keagamaan kepada setiap isteri dan anak.
Petua kekalkan kebahagiaan rumahtangga
“Saya berkahwin bukan kerana nafsu, tetapi agama. Memang benar saya menjadikan agama untuk berpoligami kerana agama membenarkannya. Jadi, mengapa saya perlu dipandang sinis? Begitupun, memang benar tanggungjawab berpoligami sangat besar. Jadi, bila berpoligami, kita kena faham tanggungjawab yang harus kita pikul. Hakikatnya, ilmu agama penting bagi membentuk diri yang bersih dan tenang. Saya mengajar setiap isteri dan anak mengenai perkara ini. Alhamdulillah, mereka tidak ada masalah untuk mengikutinya. Sebab itu, isteri saya tiada masalah antara satu sama lain. Malah, mereka sangat akrab seperti adik-beradik. Saya juga mahu selalu bersama mereka dan anak. Sebab itu, saya mahu sentiasa dekat antara satu sama lain,” katanya.
Salih turut menjelaskan, dia tidak pernah meninggi suara terhadap isteri dan anaknya. Walau apapun terjadi, bapa kepada 11 anak ini akan cuba bercakap secara lembut.
“Kadangkala saya berlawak dengan mereka. Namun dalam lawak, ada tegasnya. Jadi, daripada situ mereka faham maksud saya. Lagipun, saya tidak perlu meninggi suara kerana ia bukan cara sesuai untuk mendidik isteri dan anak. Saya juga sering berbincang bersama isteri dan anak mengenai apa diperlukan mereka dan sebagainya. Sebagai bapa, ia tanggungjawab yang tidak harus saya lepaskan. Paling penting, apa dilakukan harus adil. Tidak boleh berat sebelah atau mementingkan mana-mana isteri. Jika berpoligami, semua isteri adalah penting dan menjadi tanggungjawab seorang suami,” katanya.
Salih mampu
Isteri kedua Salih Yaacob, Norraha Hamad, 43, percaya suaminya tidak bermasalah memimpin Emi, 24, menjalani hidup bersama keluarga mereka. Norraha berkata, sebelum ini pun Salih boleh mengendalikan tiga isterinya hidup harmoni bersama, jadi bukan masalah buat suaminya membawa lagi seorang isteri dalam kehidupan mereka sekeluarga.
“Secara luaran, abang memang bersahaja dan mesra, tapi dalam diam dia seorang yang tegas, dan paling penting, bertanggungjawab terhadap keluarga. Tegas yang saya maksudkan bukan dengan sikap garang dan suka marah, tetapi melalui kepemimpinan sebagai suami dan bapa, lebih-lebih dalam hal agama. Saya yakin abang mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga yang kami dirikan bersama ini dengan kehadiran orang baru (Emi),” katanya.
Mengenai bakal madunya, Norahha berkata, setakat ini dia bersama madu lain sudah dua kali bertemu Emi.
“Dia (Emi) okay, tapi masih terlalu awal untuk menilainya. Saya dan madu lain tidak ada masalah, malah kehadirannya dalam keluarga kami dialu-alukan. Kami (isteri) dah dididik abang supaya saling menghormati dan menyayangi satu sama lain. Jadi, Emy pun akan turut disayangi dalam keluarga ini apabila menjadi isteri abang yang sah nanti,” katanya.Berhubung kisah mengenai hubungan Salih dengan Emy, menurut Norraha, dia dan madu lain tahu mengenainya daripada mulut Salih. Katanya, Salih tidak pernah merahsiakan hubungan dengan mana-mana perempuan yang dikenalinya, sekalipun dengan hasrat untuk bercinta.
“Selepas mengenali Emi, abang ceritakan semuanya dari awal lagi. Abang memang begitu, jika hari ini berkenalan dengan perempuan, malam itu juga akan diceritakan dengan isterinya yang lain,” katanya.
Norraha berkata, dia bersama madu lain tidak pernah ambil pusing dengan apa dilakukan Salih kerana mereka tahu kejujuran serta tanggungjawab suami mereka terhadap keluarga.
Mengimbas cara Salih mengendalikan isteri dan keluarga di kediaman mereka, sambil berseloroh Norraha berkata, lagaknya suaminya tak ubah seperti mandur.
“Setiap hari selepas habis waktu bekerja di konti, dia menjenguk semua rumah isterinya dan berjumpa anak. Dia datang bergilir-gilir secara berselang seli dalam tempoh lebih kurang dua jam. Dulu masa beristeri dua, abang ke rumah isteri selang sehari, tetapi dengan tiga isteri dia tidak boleh buat begitu sebab ia mengambil masa lama. Jadi, setiap masa abang perlu berjumpa kami, baru adil untuk semua. Lagipun, tiada masalah abang berjumpa kami lebih kerap kerana kami duduk di kawasan kediaman yang berhampiran,” katanya.
INFO
Isteri pertama
NAMA: Norizah Mamat
UMUR: 46 tahun
TAHUN KAHWIN: 1989
ANAK: 4
Isteri kedua
NAMA: Norraha Hamat
UMUR: 43 tahun
TAHUN KAHWIN: 1993
ANAK: 6
Isteri ketiga
NAMA: Norfara Wahida Sulaiman
UMUR: 33 tahun
TAHUN KAHWIN: 2007
ANAK: 1
Hargai pengorbanan
Sebuah rumah untuk setiap isteri. Itu pemberian eksklusif penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 50, kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Emi, 24.
Beliau yang dijangka melengkapkan kuota poligami dengan penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas Aidilfitri ini berkata, rumah berkenaan sebagai hantaran kepada Emi dan hadiah kepada tiga isterinya yang terdahulu.
Menurutnya, pemberian itu bakal menjadi hadiah terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.
“Ketiga-tiga isteri saya menerima pelbagai ujian dan dugaan akibat berpoligami. Walaupun sering dipandang negatif, ia tidak mematahkan semangat mereka. Kerana itu, saya ingin menghargai kekuatan mereka yang menyokong saya selama ini. Bukan mudah untuk berpoligami. Setiap hari, ada saja dugaan dan ujian yang perlu dihadapi ketiga-tiga isteri saya. Malah, masyarakat kita rata-ratanya sering memandang isu poligami ini sebagai sesuatu yang negatif.”
“Pada masa sama, mereka (isteri) yang menjadi orang kuat di belakang saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, sifat rendah diri dan tabah yang diterapkan dalam diri masing-masing menjadikan mereka kuat, dan itu adalah kekuatan bagi saya,” katanya dalam temubual bersama wartawan Metro Ahad di sini.
Menurut Salih, dia bercadang membeli rumah baru berkenaan dalam satu kawasan di sekitar Lembah Klang bagi menempatkan setiap isteri dan anaknya. Buat masa ini, ketiga-tiga isterinya menetap di Kampung Pandan.
“Rumah mereka (ketiga-tiga isteri) masing-masing di sini. Bagaimanapun, tidak ada lagi rumah kosong untuk menempatkan bakal isteri keempat. Jadi saya perlu mencari satu kawasan perumahan baru yang lebih luas dan selesa untuk mereka. Saya lebih suka mereka tinggal berdekatan. Dengan cara ini, saya ada banyak masa untuk menjaga dan bersama mereka,” katanya.
Sambil berbual, Salih membawa wartawan melihat ketiga-tiga apartmen milik isterinya yang terletak berhampiran di antara satu sama lain. Apartmen didiami isteri pertama dan kedua dibeli hasil titik peluhnya berkecimpung dalam dunia seni kira-kira tiga dekad lalu, manakala kediaman isteri ketiga disewa.
Tinjauan Metro Ahad mendapati rumah isteri pertama dan kedua diubah suai dengan corak hampir sama seperti hiasan dalaman dan perabot. Begitupun, kediaman isteri ketiga tidak sempat ditinjau kerana kesuntukan masa berikutan Salih ada urusan lain. Menurut Salih, dia memastikan layanan kepada setiap isteri dan keluarganya sama adil dan saksama supaya mereka mampu hidup aman dan selesa hasil pendapatannya.
“Alhamdulillah, tidak ada satu pun yang kurang. Jika seorang mendapat kereta, yang lain juga dapat. Ini yang cuba saya terapkan terhadap keempat-empat isteri nanti. Syukur kepada Allah, kami hidup selesa hasil rezeki pemberian-Nya. Apa yang saya miliki kini menjadi kejayaan bagi setiap isteri dan anak. Jika mahu diikutkan, kejayaan saya adalah kejayaan untuk mereka.”
“Saya percaya, ini semua rezeki anak dan isteri. Rezeki saya hanya untuk membeli sekotak rokok. Mungkin jika tidak berpoligami, rezeki saya tidak seperti ini,” katanya berseloroh.
Pelawak popular itu kembali mencuri tumpuan masyarakat seluruh negara selepas akhbar ini secara eksklusif menyiarkan gambar bakal isteri keempat Salih yang berwajah ala Arab pada ruangan muka depan Khamis lalu. Bagaimanapun, Salih ketika ditanya tarikh sebenar perkahwinannya bersama gadis kelahiran Johor itu masih berahsia dan menjelaskan, semuanya terserah pada takdir dan kuasa Allah.
“Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana saya cuma mampu merancang. Insya-Allah, jika tiada halangan, saya akan melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.
Laman-Seri : Bueno! Inilah contoh yang patut diikuti lelaki yang ingin berpoligami... berterus-terang bila mahu berpoligami, tak susah sangat, kan?

Sumber :
Jumaat, Mei 06, 2011
Satu kisah poligami dan rahsia madu tiga
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,
Bulan April tahun lepas, kecoh berita mengenai aktres gebu dan cantik, Zizie Izette dan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin.
Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun 2009 sah mengikut hukum syarak, ada wali dan saksi. Cuma bezanya, mereka bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia dan suaminya pula salah seorang pemimpin yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat jelata.
Selepas itu, beberapa kali siri naik-turun-naik-turun mahkamah dan saya pun kurang sempat berminat mengikuti perkembangan mereka. Apa yang diketahui, Datuk Bung Moktar Radin dijatuhkan hukuman sebuan penjara dan denda kerana berpoligami tanpa kelulusan Mahkamah. Walau bagaimanapun, selepas membuat rayuan, hukumannya diringankan dan terlepaslah beliau daripada meringkuk di penjara. Tidak dapat saya bayangkan, seorang ADUN merengkok di penjara akibat berpoligami...
DATUK Bung Mokhtar Radin dan isteri keduanya, Zizie Izette Ab Samad, 31, tersenyum gembira ketika ditemui wartawan dan jurugambar selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi ini menerima rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengetepikan hukuman penjara sebulan kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, Mei lalu. Hukuman terhadap Bung Mokhtar digantikan dengan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan. - Foto Roslin Mat Tahir @ Aug 11, 2010 11:40 amWalaupun meminta izin isteri dan mahkamah tidak pula tertulis dalam al-Quran, payah sangatkah mereka ikut saja undang-undang yang telah ditetapkan? Bukankah mematuhi undang-undang yang disediakan itu bermakna mematuhi undang-undang pemerintah?
Firman Allah SWT dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsirnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menggembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.”
Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, “Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan sahaja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat.
Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira sama ada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Bukan sedikit komen-komen negatif yang saya baca di egrup yang disertai, seolah-olah mempertikaikan undang-undang Syariah yang ada sekarang tidak 'compile' kepada al-Quran. Kononnya undang-undang Syariah banyak menyusahkan dan dilihat seolah-olah menentang keharusan poligami. Sepatutnya, apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang dipertanggungjawabkan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah.” (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Manafaat poligami
Saya pernah mengirimkan sepotong pertanyaan yang tertera di bawah, minta kerjasama sesiapa yang sudah atau akan berpoligami menjawab soalan ini sejujurnya. Pertanyaan ini dilontarkan ke al-fikrah.net dan SIMadu.
“Apakah rancangan anda untuk memanfaatkan poligami sebagai salah satu jalan memperolehi syurga?”Malang sungguh, setelah hampir sebulan saya menanti, tidak ada yang berani menjawab pertanyaan ini, kecuali satu feedback dari SiMadu. Kata bro hamdy :
Wahai lelaki di AFN, jawablah sejujurnya dengan kebijaksanaan anugerah Illahi. Mungkin dengan jawapan yang bernas anda, dapat memesongkan fikiran wanita yang mudah terpesong tentang poligami.
Alhamdullh saya adalah seorg kawin cepat. dlm umur mid40an sudah 3 anak di IPT dan seorg remaja dan 2 lagi kecil. Setelah melihat (at least so far) 4 anak yg telah melepasi remaja dan tidak byk kerenah, pndidikan islam yg baik dan so far alhamdulh berakhlak baiak, saya dapat appreciate bahawa mdpat anak2 yg baik bukan shj tanda pd kbahagian rmhtangga & juga satu dari syurga dunia. Ia adalah anugerah Allah yg sgt besar.Hemmm.. memanafaatkan zuriat soleh dan solehah yang ada, juga satu saham untuk di akhirat. Bagus jawapan ini. Malangnya, itu sajalah jawapan yang dapat saya kongsikan di sini. Mungkin boleh korek-korek manafaat yang lain-lainnya dalan entry :
& timbul rasa utk mdpat anak lebih lagi dan mendidik satu batch anak lagi, dgn kawin lagi kerana isteri pertama sudah 40s & prempuan 40s amat bhaya jka pregnant..
slepas kmatian, aspek "anak sholeh yg mendoakan" adalah penting utk berada dialam itu. so kalau u boleh atau berusaha didik 10 anak sholeh then y not.
Apa-apapun, konklusi yang dapat saya simpulkan, mereka yang sudah atau akan berpoligami LOKEK ilmu! Boleh jadi juga mereka sendiri tidak tahu apakah manafaat poligami, kecuali keseronokan 'benda dalam seluar' sahaja.... Bueno!
Rahsia madu tiga

Kalau tak salah, tak perlu risau. Apa yang selalu jadi masalah apabila berbuat salah. Sifir ini terguna untuk semua keadaan. Baik dalam perniagaan, politik, rumahtangga bahkan percintaan.
Berterus-terang adalah penyelamat. Berterus-teranglah dalam apa juga keadaan. Meskipun tidak semua perlu diberitahu tetapi apabila rasanya perlu memberitahu, beritahulah. Elakkan pasangan berfikir yang bukan-bukan. Kadang-kadang memang tiada masalah tetapi sebab disembunyikan, ia menjadi barah.
Saya tersenyum membaca komen Salih Yaccob bahawa petua dirinya beristeri tiga hanyalah berterus-terang. Beginilah sikap seorang gentlemen. Sememangnya itulah petua hidup bahagia tanpa prasangka. Kalau berani berterus-terang dan pandai pula buat lawak sikit-sikit, dalam erti kata lain, bergurau, hidup pasti selesa. Kurang 'jantan' jika mahu berpoligami, tetapi bersikap seperti seekor tikus yang pengecut!
“Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini. Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.”
“Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukkan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan,” kata Salih dalam satu paparan akhbar tempatan.
“Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan jadi bila kita lihat wanita lain lebih cantik daripada isteri kita sendiri?”
Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.
Mahukan penjelasan
Apa yang dikatakan oleh Salih atau apa yang menjadi pegangan hidupnya itu menarik untuk dicontohi oleh kita. Dia mampu mengendalikan tiga orang isteri tanpa masalah. Ia jauh mengatasi keupayaan ramai daripada kita, seorang isteri pun tidak terjaga. Bukan sahaja gagal memberikan kebahagiaan, bahkan berlaku zalim lagi.
Petua supaya berterus terang ini sangat baik. Jangan sekali-kali membiarkan pasangan mereka-reka cerita dalam mindanya berdasarkan apa yang dia rasa dan tengok. Kalau dia tengok suami sudah kurang bercakap tetapi kerap menghias diri, memang macam-macam akan mencetus dalam fikirannya. Terus sahajalah bertanya dan para suami jangan culas untuk berterus terang.
“Tak, abang sekarang ni tengah risau sikit pasal proses kenaikan pangkat. Pasal tu tak berapa nak cakap sebab risau dan pasal tulah abang belajar berlawa-lawa sikit,” kata-kata begini boleh memadam semua prasangka yang bersarang dalam kepala. Sama ada jujur ataupun tidak, penjelasan sekurang-kurangnya memberi kelegaan.
Meskipun berterus terang itu sangat baik untuk sesebuah perhubungan terutama rumah tangga, wanita perlu juga faham, kadang-kadang suami anda sengaja menyembunyikan sesuatu untuk memberi suprise.
Bayangkan saja, dia di pejabat terpaksa menjawab macam-macam soalan daripada bos, sampai di rumah disoal pula oleh isterinya. Kadang-kadang dia diam dan kurang berterus terang, anggap saja ada kejutan pada kemudian hari. Moga-moga kejutan itu sesuatu yang baik berpihak pada diri anda, bukan kejutan untuk berkahwin satu lagi, sebagaimana yang dilakukan oleh Salih.
Hakikatnya tidak ramai mampu berbuat seperti Salih. Lihat saja situasi yang digambarkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dalam filemnya ‘Madu Tiga’. Itu baru tiga, belum empat.
Sebenarnya, manusia hanya memerlukan penjelasan. Biar pahit bagaimanapun sesuatu perkara itu jika diiringi dengan penjelasan yang jujur dan dilakukan dalam senario yang betul, ia boleh diterima. Apa yang menjadi marah, sudahlah tidak amanah, menipu lagi. Huh!

Rujukan : DrHMTuah dengan tambahan sendiri.
Jumaat, April 29, 2011
Isteri pertama perlu tahu hak berpoligami elak teraniaya

BUKANLAH sesuatu yang asing pada hari ini apabila pasangan yang baru berkahwin bercerai dalam jangka waktu singkat. Kejutan perceraian itu bertambah lagi apabila mengenangkan bahawa pasangan berkenaan sudah pun menghabiskan masa bertahun-tahun untuk bercinta kemudian berkahwin dan mengakhirkannya dalam tempoh yang tidak diduga.
Bagaimanapun, bagi pasangan yang matang atau lama berumahtangga antara punca utama yang menyebabkan berlaku perceraian di kalangan mereka, selain faktor lazim yang lain adalah akibat keengganan pihak isteri untuk meneruskan kehidupan berumahtangga secara berpoligami
Ini ditambah dengan budaya dan tanggapan masyarakat Melayu di Malaysia yang begitu memandang serong kepada suami yang ingin berpoligami hinggakan terkadang kita seolah-olah menghantar isyarat yang salah kepada kaum lelaki bahawa mempunyai hubungan sulit secara tidak sah adalah lebih baik daripada berpoligami.
Berdasarkan pengalaman, ada terlalu banyak kes isteri memberontak dan tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya ingin berpoligami hinggakan sebahagiannya lebih rela menjalani kehidupan yang begitu sukar bersama anak selepas berlakunya perceraian.
Isteri pertama yang berasa tergugat dengan keinginan suaminya untuk berkahwin lagi akan memberikan kata dua kepada suami untuk menceraikannya jika suami tetap berhasrat untuk berkahwin lain. Dalam senario seumpama ini, sudah tentu keharmonian rumah tangga pasangan itu akan mula merudum dan menuju kepada perceraian kerana suami pula akan berasakan bahawa isteri sudah menyekat kemahuannya untuk berpoligami.
Sementara kita mengakui bahawa suami yang ingin berkahwin lebih daripada satu hendaklah memastikan mereka ini sesungguhnya berkemampuan untuk berpoligami dan perkahwinan itu tidaklah dalam apa juga keadaan akan memudaratkan isteri pertama dan anak, isteri juga hendaklah menerima hakikat bahawa mengizinkan suami berpoligami tidaklah bermakna bahawa mereka hilang segala-galanya dan berakhirlah kehidupan mereka.
Tanpa melihat perceraian sebagai satu pilihan, adalah baik untuk difikirkan, jika isteri pertama dapat menggunakan kebijaksanaannya dengan meletakkan syarat dimaktubkan dalam satu perjanjian yang menyatakan haknya sebagai isteri pertama kepada harta, pembahagian masa dan nafkah isteri dan anak jika poligami itu diteruskan suami daripada isteri mengambil pilihan yang lazim seperti melarikan diri, memberontak atau menuntut untuk bercerai.
Dengan ada perjanjian seumpama ini, isteri pertama akan dapat memastikan bahawa hak-haknya sebagai isteri pertama akan terbela pada setiap masa. Malah, tindakan mahkamah juga boleh diambil jika suami gagal atau melaksanakan keadilan kepada isteri pertama selepas suami berkahwin lain. Suami pula hendaklah memastikan bahawa perkahwinan dengan isteri yang baru tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak sedia ada.
Dalam banyak keadaan ramai isteri mengetahui bahawa bahagian faraid mereka adalah 1/8 jika mereka mempunyai anak dan 1/4 bahagian jika mereka tidak mempunyai anak tetapi ramai di kalangan wanita yang terlepas pandang bahawa jika suami berpoligami contohnya mempunyai dua isteri maka bahagian 1/8 isteri berkenaan akan dibahagi dua menjadi 1/16 bersama isteri yang baru atau dibahagi tiga jika suami berkahwin tiga menyebabkan bahagian isteri pertama menjadi kian mengecil. Walaupun isteri pertama boleh mendapatkan bahagian tambahan melalui tuntutan harta sepencarian, namun ia tetap tidak dapat mengelakkan daripada kemasukan nama isteri kedua dan anak-anaknya dalam geran rumah berkenaan.
Isteri pertama yang telah dengan usahanya membeli hartanah itu bersama suami, akhirnya terpaksa berkongsi pula pemilikan rumah berkenaan dengan isteri kedua dan anak tirinya. Apabila berhadapan situasi sebegini, lazimnya isteri yang mempunyai suami yang berpoligami merungut kerana bukan saja terpaksa berkongsi suami, tetapi juga berkongsi rumah yang pada asalnya milik mereka sendiri. Apabila berhadapan keadaan sebegini ramai isteri yang kecewa akan menyalahkan hukum faraid dan lebih rela pembahagian harta pusaka itu ditangguhkan daripada melihat nama madu dan anak tiri mereka juga berada dalam geran rumah berkenaan.
Justeru, bagi memastikan sumbangan isteri pertama yang bersama-sama bersusah payah dengan suami bagi tempoh yang lama dapat dilindungi daripada dituntut oleh isteri muda atau anak daripada isteri muda berkenaan, adalah perlu bagi suami yang ingin berpoligami menyatakan dengan jelas hak isteri pertama melalui Ikrar Harta Sepencarian atau Suratcara Hibah. Hukum syarak menyediakan banyak instrumen yang boleh diamalkan bagi menghargai sumbangan isteri dalam perkahwinan.
Barangkali kedangkalan kita dalam menggunakan kaedah itulah yang menyebabkan ramai isteri khususnya isteri pertama sering berasa teraniaya apabila berlaku keadaan suami yang berpoligami meninggal dunia.
Tanpa menggalakkan amalan poligami yang menjadi kepantangan sesetengah wanita, kita perlu menerima hakikat bahawa sudah tiba masa masyarakat Melayu kita menilai semula persepsi kita berkaitan poligami ini selaras dengan peruntukan undang-undang keluarga yang sedia ada di negeri yang mempunyai objektif bagi membina institusi keluarga tersusun dan bahagia.
Penulis, Ikbal Salam ialah peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya
Sumber : BHarian 29/04/2011
Sabtu, Februari 19, 2011
Wanita bermadu mudah dijangkiti

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Dilaporkan di Kosmo! 15/02/2011, wanita yang hidup bermadu lebih mudah terkena penyakit barah pangkal rahim atau kanser servik jika suami mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengadakan hubungan kelamin.
Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, virus kanser servik pada kebiasaannya mudah berjangkit dan merebak melalui aktiviti bertukar-tukar pasangan. Katanya, kanser servik banyak berlaku di Amerika Syarikat kerana amalan kerap bertukar pasangan, namun rakyat di negara ini juga tetap terdedah kepada penyakit itu.
"Mereka yang berpoligami perlu lebih berhati-hati kerana berisiko diancam kanser servik terutama kepada isteri yang dimadukan," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Penyakit Pembunuh Senyap anjuran Unversiti Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini semalam (14/02/2011).
Apakah kanser serviks? Hari ini Laman Seri kongsikan sedikit info tentang penyakit berbahaya ini. Artikel ditulis oleh Dr Harmy Mohd Yusof, Presiden PAPISMA yang dipetik di Papisma.org.
Kanser serviks : Lelaki pembawa, wanita menderita
Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12% daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.
Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim di negara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja, terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100,000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70% daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.
Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70% wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.
Walau bagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV ini tidak mempunyai apa-apa tanda, namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.


Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.
Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini.
Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70% sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.
Oleh itu penggunaan vaksin hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut.
Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi
menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat kanser serviks.
Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukannya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.
Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat menyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.
Entry patut baca : Alternatif rawat kanser serviks
Khamis, Januari 20, 2011
Poligami tidak mudah

Assalamualaikum warahmatullah,
Tentu ada yang mengingati entry Giliran bermalam antara isteri yang baru saja BG masukkan minggu lepas. Semasa entry ini disediakan, saya membaca kisah Yunus Bapari di egrup yang saya sertai yang berita asalnya dipetik dari Ketika-memiliki-4-istri-dapat-mematikan.
Trajis sungguh berita sebegini. Alangkah eloknya jika Yunus mati akibat serangan jantung dan bukannya dipukul isteri-isterinya sendiri. Inilah padahnya jika suami merahsiakan poligami, sedangkan Rasulullah TIDAK mengajar umatnya merahsiakan perkahwinan, TIDAK KIRA sama ada monogami mahupun poligami agar tidak menimbulkan fitnah dan juga dharar kepada isteri mahupun diri sendiri. Jika suami memilih untuk berpoligami, suami wajar tidak menjadi seekor tikus yang pandai menyorok sana menyorok sini. Semoga kejadian sebegini menjadi iktibar kepada setiap suami dan juga isteri.
Poligami adalah penawar dan ia sepatutnya tidak menimbulkan masalah kerana tujuan pensyariatannya bagi menyelesaikan masalah. Bahkan poligami disyariatkan bagi mengelak masyarakat terbabit dengan pelbagai gejala moral yang boleh meruntuhkan institusi rumahtangga.
Malah, jika diteliti keburukan berpoligami jauh lebih baik bagi masyarakat, keluarga dan individu dibandingkan dengan keburukan membiarkan umat Islam terbabit dengan kancah zina dan persundalan dengan sewenang-wenangnya.
Justeru itu, sesiapa saja yang ingin berpoligami perlu mengikut segala peraturan ditetapkan sama ada berlandaskan hukum syarak yang menetapkan syarat berlaku adil mahupun aspek perundangan syariah negara bagi mengelak suasana haru-biru yang mencemarkan imej institusi kekeluargaan Islam. Malah, lebih memburukkan keadaan apabila ada yang mengambil jalan mudah berpoligami di negara jiran seperti di Selatan Thailand yang boleh dipertikaikan status pernikahannya.
Di Malaysia kebenaran untuk berpoligami tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam yang dikanunkan di seluruh negeri. Melihat kepada peruntukan undang-undang yang begitu ketat sebenarnya sukar untuk suami berkahwin lagi.
Namun, ini tidak bermakna poligami diharamkan. Penetapan undang-undang yang sebegitu rupa digubal supaya hak dan kepentingan isteri sedia ada terjamin dan tidak dizalimi di samping itu juga bagi memastikan bahawa keadilan dapat diberikan kepada isteri-isterinya. Disamping itu, ia juga bagi memelihara keperluan anak-anak yang kemungkinan terabai akibat perkahwinan yang baru.
Peruntukan sebegini juga perlu supaya keharusan berpoligami tidak disalahgunakan dan imej poligami Islam yang baik dapat dizahirkan.
Perlu juga diingat poligami bukan tiket untuk berseronok dan melampiaskan nafsu semata-mata.
Poligami juga bukan hak eksklusif untuk suami berkahwin lagi. Suami yang ingin berpoligami tertakluk kepada syarat boleh berlaku adil antara semua isteri dan anak-anak yang di bawah tanggungannya.
Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil kepada anak-anak yatim, maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri) maka kahwinilah seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah al-Nisa’;3)
Baginda Rasulullah turut memberi peringatan dengan sabdanya yang bermaksud: “Barang siapa memiliki dua orang isteri dan dia melebihkan salah seorang daripadanya, maka akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dalam keadaan bahunya senget sebelah.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Renung-renungkan!
Rujukan : Mohd Ali Muhamad Don, Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru di HMetro.
Capaian entry berkaitan :
Selasa, Januari 11, 2011
Giliran bermalam antara isteri
Tentu ramai yang terkejut
BG tak mahu mengulas panjang tentang hal ini kerana ini bukan kisah biasa. Apa yang hendak ditekankan di sini ialah, apabila seseorang lelaki telah nekad hendak berpoligami, ambillah inisiatif untuk menambahkan pengetahuan supaya perkara buruk sebegini dapat dielakkan. Saya percaya, bukan sedikit suami yang berpoligami gagal melaksanakan keadilan terhadap isteri-isterinya. Sebab itulah ramai yang memandang negatif terhadap keharusan berpoligami dalam Islam.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana kerbau seekor membawa lumpur, semua kerbau terpalit dan menjadi kotor. Itulah hakikat yang berlaku dalam masyarakat hari ini, bukan sedikit suami berpoligami merosakkan institusi kekeluargaan dalam Islam, lebih-lebih lagi apabila menilai hikmah dan implikasi poligami. Sebab itulah implikasi yang negatif terus diperbesar-besarkan dan hikmah poligami tidak dipandang lagi. Akibat daripada kegagalan ramai suami menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila berpoligami, maka seluruh sistem poligami itu dipertikaikan dan dipandang negatif.
Suka saya memetik kisah yang berlaku di atas yang elok sangat dijadikan iktibar. Tentu ada yang perasan, saya 'bold'kan dan petik kembali di sini : "Suaminya berkahwin dengan wanita itu di Thailand tanpa pengetahuannya kira-kira dua tahun lalu sebelum membawa isteri mudanya tinggal bersama dua minggu lalu kerana mahu mengurangkan beban tanggungan."
Dalam Islam, suami diHARAMkan mengumpul isteri-isterinya dalam sebuah rumah, MELAINKAN dengan kerelaan isteri-isteri itu sendiri. Walau bagaimanapun, adalah tidak digalakkan mengumpulkan isteri-isteri dalam sebuah rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan untuk pengetahuan, Rasulullah SAW tidak pernah mengumpulkan isteri-isteri baginda dalam satu rumah. Jika Nabi tidak melakukannya, janganlah ada pula suami yang memandai-mandai melakukannya. Lihatlah apa yang berlaku dalam berita di atas. Lepas ini, harap-harap jangan ada lagi suami yang berangan-angan hendak menghimpunkan isteri-isteri dalam satu rumah, apatah satu bilik atau satu katil!
Sedikit info peraturan beristeri lebih yang sempat dipetik dari artikel Tuan Musa Awang, PGSM dan dari belog favourite saya, Ustaz Ahmad Baei.
Giliran bermalam antara isteri
Asal, hukum bermalam di antara isteri (al-Qasmu) adalah sunat, bukannya wajib. Bagi lelaki yang mempunyai ramai isteri, dia disunatkan membahagi-bahagikan malam serta tidak bersama mereka, dan tidak meninggalkannya (membahagikan malam). Bermalam adalah hak suami, dan dia boleh meninggalkannya (membahagikan malam). Tetapi jika suami bermalam dengan membuat undian, maka ia menjadi wajib untuknya bermalam di rumah isterinya yang lain.
Keadilan antara isteri-isteri ini disebutkan dengan jelas dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 3, yang bermaksud, "Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu dalam masalah bermalam dan nafkah), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki."
Keadilan kepada isteri-isteri adalah tugas BERAT. Baginda Rasulullah SAW telah memberi PERINGATAN kepada suami-suami dalam sabda baginda, "Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri dan dia cenderung kepada salah seorang daripadanya, pada hari kiamat dia akan datang dengan sebahagian badannya senget." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Islam telah menggariskan cara-cara pembahagian dilakukan seperti berikut :
Semua isteri berhak mendapat giliran untuk bermalam, melainkan isteri yang nusyuz atau derhaka.
Suami diharuskan memperuntukkan satu malam dan sehari sebelumnya atau sehari selepasnya bagi setiap isteri. Yang paling afdal ialah suami pergi ke rumah setiap isterinya berdasarkan giliran masing-masing.
Jika suami telah menentukan sehari semalam bersama seorang isteri, suami wajib juga berada bersama isterinya yang lain selama sehari semalam. Suka saya memetik artikel Ustaz Ahmad Baei, menurut kitab jawi yang bernama “Idaman Penuntut, penggal kedua” buku ini terbitan dan cetakan Johor, penulisnya telah memudahkan bahasa yang sebahagian besarnya diambil dari kitab kuning, “Matlaal Badrain” tulisan Syeikh Daud Fatani.
Jika sudah bermalam dengan seorang isteri wajib bermalam pada isteri-isteri lain sama macam itu sekalipun mereka itu ada uzur seperti sakit, haid, kemaluan tersumbat atau dalam ihram. Kerana tujuannya supaya berjinak-jinak bukan kerana hendak bersetubuh sahaja. Wajib menyamakan giliran itu ialah tentang bermalam jua bukan tentang bersetubuh atau sebagainya iaitu sunat sahaja.
Penting difahami di sini, wajib bermalam pada isteri-isteri lain sama seperti yang dilakukan pada seorang isteri yang pertama. Maknanya kalau ada empat isteri, kalau yang pertama satu malam, maka isteri yang kedua juga satu malam dan begitulah seterusnya. Tapi kalau pilih dua malam, sama jugalah seterusnya walaupun isteri kedua dan ketika dalam haid. Setiap kali berlaku giliran tidak semestinya berlaku perhubungan seks. Perkara itu tidak wajib tetapi sunat sahaja kalau mereka berhajatkannya.
Adalah hukum wajib menyamakan giliran itu dikira dari segi tempat kediaman dan dari segi masa. Dari itu wajib disediakan tempat kediaman berasing-asing. Maka haram dikumpulkan dua isteri atau berapa isteri di satu tempat kecuali mereka bersetuju dan izin.
Dalam bab tempat tidak perlu ulasan lanjut kerana tulisannya jelas. Memang Islam tidak galakkan menghimpunkan isteri dalam satu rumah, walau sebaik mana pun isteri-isteri itu mereka mesti diasingkan. Tentu ada hikmahnya, hanya yang sudah alami tahu hikmah yang sebenarnya.
“Dan di segi masa maka orang yang bekerja siang hari hak gilirannya ialah malam dan siang ikut sahaja. Kecuali ada hajat seperti menjengah kesakitan atau menghantar barang, atau menyampaikan duit belanja ataupun tak boleh lama, jika lama kena ganti pada tuan punya giliran, bila sudah masuk diluluskan berseronok yang lain daripada bersetubuh." (halaman 115 : Idaman Penuntut – penggal kedua).
Tetapi di segi masa perlu dijelaskan dengan agak terperinci. Orang yang bekerja pada siang hari maka gilirannya ialah malam dan siangnya. Inilah yang dimaksudkan 24jam. Dalam ayat itu diikuti dengan "kecuali" iaitu memberi maksud bahawa di sebelah siang yang menjadi sambungan bagi giliran malam tadi, walaupun masih milik gilirannya, terdapat sedikit pengecualian. Maksudnya, atas sebab-sebab tertentu pada siang hari itu bolehlah dia pergi ke rumah isteri yang lain. Antara sebab yang dicontohkan dalam ayat di atas ialah untuk melihat isteri keduanya itu dalam keadaan sakit, hantar barang, hantar belanja dapur atau sekadar singgah sebentar hendak bertanya khabar.
Walau bagaimanapun kalau dia dalam keadaan itu singgah terlalu lama, maka itu wajib diganti pada gilirannya nanti, iaitu dikurangkan masanya. Satu lagi fakta yang penting di sini ialah, apa seseorang suami itu singgah di rumah isterinya yang bukan giliran itu, dia boleh bergurau senda, boleh berseronok dan boleh bersembang seperti biasa. Namun begitu dia tetap dilarang bersetubuh. Itulah yang dimaksudkan dengan “bila sudah masuk diluluskan berseronok yang lain daripada bersetubuh,” dalam teks itu.
Apakah yang anda boleh faham dengan maksud kata-kata, kamu boleh buat itu dan ini kecuali yang ini? Kamu boleh lakukan semua yang ada di sini selain daripada yang ada di atas meja saya. Tidakkah kata-kata ini satu larangan. Dan larangan itu sudah tentulah haram, bukan makruh kerana lazimnya kalau maksud disebut oleh ulama secara jelas, makruh. Sila rujuk di artikel penuh di Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks.
Suami apabila tinggal di rumah seorang isteri, diharamkan memanggil isteri yang lain datang ke rumah madunya itu.
Suami diharuskan menetapkan giliran bermalam semaksimum 3 hari untuk isterinya. menetapkan giliran melebihi 3 hari diharamkan kerana masa yang panjang akan membebankan isteri.
Pada siang hari, suami diharuskan ke rumah isteri yang bukan gilirannya, tetapi sepatutnya tidak dalam tempoh yang lama. Aisyah r.a. berkata, "Pada kebanyakan hari, Nabi SAW sentiasa menziarahi kami semua (para isteri baginda). Baginda bertemu dengan semua isterinya tanoa menyentuhnya (menyetubuhinya) sehinggalah tiba giliran masing-masing. Ketika itu barulah baginda bermalam bersamanya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Suami tidak diharuskan pergi ke rumah isteri yang bukan gilirannya, melainkan kerana keperluan yang mendesak seperti sakit yang membimbangkan, kebakaran dan sebagainya.
Suami diharuskan mengkhususkan 7 malam berturut-turut kepada anak dara yang baru dikahwininya. Jika janda, wajib dikhususkan 3 malam berturut-turut untuknya. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, "Bagi anak dara tujuh malam dan bagi janda tiga malam." (Hadis riwayat Muslim)
Jika salah seorang isteri membenarkan gilirannya kepada madunya, suami boleh mengambil giliran tersebut. Inilah yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW ketika isterinya Saudah binti Zam'ah telah tua dan memberikan gilirannya kepada Aisyah r.a.
Jika suami hendak bermusafir (out station) atau bercuti, suami hendaklah membuat undian di antara isteri-isterinya. Aisyah r.a. berkata, "Apabila Rasulullah SAW ingin keluar bermusafir, baginda membuat undian di antara semua isterinya. Baginda akan bermusafir bersama isteri yang mendapat undian tersebut." (Hadis riwayat Bukhari)
Demikianlah beberapa panduan untuk suami yang berpoligami, bagaimana untuk membahagikan giliran bermalam. Selebihnya jika ada yang masih samar-samar, bolehlah merujuk kepada yang pakar atau suami-suami yang pernah berpoligami dan rukun rumahtangga mereka. BG bukan tempat yang sesuai untuk dirujuk tapi boleh rekomen beberapa artikel lain :
- Poligami boleh mengundang ke neraka?
- Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?
- Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks
- Harus poligami hanya kepada yang layak
- Nasihat buat suami dan isteri poligami
Wallahu'alam.
Jumaat, Oktober 15, 2010
Usia 40-an, suami baligh kali ke-2??

Assalamualaikum warahmatullah,
Anda masih ingat entry Apa yang anda perlu tahu di usia 40?? Mari kita baca sambungan al-kisah usia 40 ini lagi. Tahukah anda jika lelaki-lelaki yang sedang melepak, sakat menyakat, cabar mencabar, akhirnya akan menimbulkan satu sifat yang tidak elok di kalangan mereka? Mereka akan mula bersembang dengan rakan-rakan bagaikan remaja baru akil baligh. Tajuk perbualan tidak jauh dari urusan ubat kuat, mahu kahwin baru, harta yang makin berlonggok, hebat sungguh! Sungguh seronok hidup di kemuncak kejayaan.
Pada usia 40-an ke atas, mungkin hormon mereka berubah agaknya. Perbualan yang pada mulanya hanya main-main saja, kadang-kadang hilang arah hingga tidak terkawal lagi, cerita-cerita hal rahsia suami isteri pun dijadikan bahan lawak yang menjijikkan!
Padahal, Rasulullah SAW amat menegah perbuatan sebegini, baginda telah bersabda yang bermaksud, “Janganlah kamu lakukan itu (membuka rahsia perhubungan suami isteri kepada orang ramai) kerana perbuatan seperti itu umpama perbuatan syaitan lelaki apabila berjumpa dengan syaitan perempuan lantas berzina dengannya, sedangkan orang ramai melihat mereka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Barang lama
Perkataan dan isyarat cabuk merupakan dosa yang boleh membawa kepada perlakuan keji. Jika selalu mendengar kisah tentang nikmatnya beristeri baru, mungkin saja seseorang itu akan menyimpan hasrat untuk mencuba. Walaupun yang di rumah diberi ‘makan’ dua atau tiga minggu sekali, atas alasan kononnya tidak bernafsu melihat barang lama malah ada yang menyebutnya ‘jamban lama’, tetapi setelah dipengaruhi oleh persekitaran, mahu juga nak mencari yang baru. Bagaimanakah nanti jika sudah beristeri dua, bolehkah lelaki ini berlaku adil?
Fahami kehendak adil menurut syarak
Konsep keadilan terlalu berat dijalani melainkan bagi lelaki yang benar-benar beriman dan ikhlas niatnya kerana mahu membela nasib wanita. Tapi sayang, hasrat yang baru muncul itu timbul kerana dorongan nafsu.
Ramai lelaki tidak beriman menyalah-guna keizinan agama untuk melakukan poligami. Lelaki yang berfikiran waras dan bersih hati serta jujur mengetahui kelemahan dirinya, pasti akan berasa takut memikirkan betapa beratnya beban melakukan poligami. Lelaki yang sibuk membanting tulang untuk keluarga di samping kuat beribadah dan amanah, tidak akan sempat membayangkan nikmatnya berpoligami. Masa yang diberikan Allah Taala seolah-olah tidak cukup untuk memenuhi segala tanggungjawab dirinya sebagai lelaki harapan masyarakat, harapan ibu dan bapa, juga sebagai suami dan seorang ayah.
Saya pernah melontarkan persoalan “Apakah rancangan anda untuk memanfaatkan poligami sebagai salah satu jalan memperolehi syurga?”, ditujukan khas kepada kaum Adam dalam egrup yang saya sertai. Agak malang sekali kerana tiada yang cukup berani memberikan jawapan. Patutkah saya berburuk sangka, ‘orang lelaki memang kedekut ilmu!’
Malah ditempelak pula dengan pertikaikan, “Mengapa kaum wanita sibuk-sibuk menuntut tentang keadilan dalam poligami, walhal semasa monogami pun belum tentu lagi seorang suami itu mampu berlaku adil?”
Memanglah ‘adil’ akan disebut-sebut apabila hendak berpoligami. Mengapa? Jawapan yang boleh saya fikirkan ialah kerana ADIL itu wajib kerana sudah termaktub dan telahpun diTEGASkan oleh Allah Taala dalam firmannya yang bermaksud, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 4:129)
Sudah termaktub dan ditegaskan oleh Allah SWT, suami tidak akan dapat berlaku adil walau kamu kona kiri atau kanan. Ada tak yang terfikir, mengapa Allah anugerahkan poligami, tetapi dalam masa yang sama diancam ‘tidak akan dapat berlaku adil’? Adakah yang mahu memikirkan hikmah disebalik ayat-ayat ini? Berlaku adil memang sukar, maka sebaik-baiknya, memadailah dengan tidak berlaku zalim kepada isteri-isteri, tidakkah begitu maksudnya?
Dikatakan dalam satu hadis yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bertaubat 100 kali atau 70 kali sehari. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi Allah, sesungguhnya meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Sahih Bukhari cet. Maktabah al-Iman, hal. 1288. Hadis no 6307)
Dalam hadis yang lain pula, daripada Ibnu Umar r.a., Rasululah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.” (Sahih Muslim yang dicetak bersama syarahnya jilid 8, hal. 293. Hadis no 2702)
Rasulullah SAW sendiri, walaupun dipelihara Allah SWT daripada melakukan dosa tetap bertaubat dalam sehari semalam melebihi 70 kali. Itu Nabi, yang sudah terjamin syurganya. Orang biasa-biasa macam kita yang imannya sekejap OK sekejap KO ini, berapa kali bertaubat sebab takut tidak berlaku adil kepada isteri, tidak kiralah dalam monogami mahupun poligami? Cubalah anda tenung-tenungkan....
Bagi lebih jelas dan faham, kita fokus juga ayat utama berkaitan saranan poligami ini, iaitu maksud ayat 3 surah yang sama, “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah an-Nisaa’ 4:3)
Menurut riwayat beberapa imam hadis, termasuk Imam Muslim daripada Urwah binti Zubair daripada Aisyah r.a., dinyatakan bahawa Urwah bertanya kepada Aisyah tentang ayat ini. Aisyah menjawab, “Wahai anak saudara perempuanku, yatim yang dimaksudkan di sini adalah anak perempuan yatim yang ada di bawah asuhan walinya, yang mempunyai harta kekayaan yang bercampur dengan harta walinya itu.”
Harta serta kecantikan anak yatim ini menjadikan walinya tertarik untuk menikahinya tetapi walinya itu tidak mahu memberikan mahar kepadanya dengan adil. Wali ini tidak mahu membayar mahar anak yatim ini seperti mahar yang semestinya diterima perempuan-perempuan lain.
Hal inilah yang membuat wali anak yatim ini dilarang menikahinya, kecuali kalau dia mahu berlaku adil kepadanya dan mahu memberikan mahar yang lebih tinggi dari biasanya. Kalau tidak mahu melakukan seperti itu, maka mereka disuruh mengahwini perempuan lain saja yang disenanginya.
Kemudian Aisyah r.a. menyebutkan ayat, “Dan jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil dalam menikahi anak yatim, maka kahwinilah kamu dengan perempuan-pserempuan lain yang menyenangkan mu...”.
Ada syarat tertentu
Ulama menjelaskan, ayat ini bermaksud seorang lelaki bukanlah bebas dan berhak berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki sebaliknya terdapat peraturan dan syarat tertentu yang mesti dipatuhi.
Pertama – Larangan menikah anak yatim bila takut tidak mampu berlaku adil dalam hal mahar iaitu tidak dapat memberikan mahar yang sama dengan mahar perempuan-perempuan lain. Mereka ini dianjurkan oleh syarak agar memilih untuk menikah dengan perempuan lain saja.
Kedua – Seorang lelaki dihalalkan berkahwin lebih daripada seorang perempuan, bahkan sampai kepada empat jika dia sanggup untuk mematuhi ketentuan yang ditetapkan.
Ketiga – Seorang lelaki hanya boleh berkahwin dengan seorang perempuan saja, jika dia takut terjadi kederhakaan kepada Allah kalau berkahwin lebih daripada satu.
Keempat – Seorang lelaki hanya boleh dmenikahi hambanya jika dia tidak sanggup menikahi seorang perempuan merdeka sedangkan dia amat perlukan isteri untuk memenuhi kehendak syahwatseksualnya.
Lanjutan daripada maksud ayat ini jugalah, ulama menetapkan terdapat lima hukum berkaitan kahwin iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram. Syariat Islam hanya membenarkan poligami dan bukan mewajibkan dengan syarat si suami mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya dalam berbagai urusan seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan perkahwinan mereka, tetapi termasuk juga adil dalam memberi layanan yang baik kepada isteri-isteri tanpa membezakan antara satu dengan lainnya.
Adil bukan bermaksud sama rata, tetapi menepati hak dan paling penting, penuhi segala keperluan yang wajib menurut syarak. Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. menjelaskan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu memberatkan salah satunya (tidak berlaku adil), maka dia akan datang pada hari kiamat dengan bahu yang senget.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, Hurairah, Nasaei dan Ibnu Majah)
Keadilan yang dimaksudkan dalam hadis ini tidak bertentangan dengan maksud firman Allah Taala dalam surah an-Nisaa’ ayat 129 kerana adil yang dituntut daalm surah an-Nisaa ayat 3 adalah adil dalam hal-hal yang bersifat zahir iaitu yang boleh diusahakan dan bukan dalam hal cinta dan kasih sayang.
Keadilan yang perlu diaplikasikan ialah adil dalam nafkah zahir, nafkah batin, adil dalam giliran, adil dalam bermusafir termasuk membawa isteri-isteri ke majlis-majlis keraian malah adil dalam layanan komunikasi dan sikap romantis. Bukan sedikit isteri-isteri yang dinafikan hak-hak mereka kerana suami berpoligami secara sembunyi, di manakah keadilan untuk isteri-isteri ini jika suami terpaksa menyorok-nyorok dan berbohong-bohong dalam membuat giliran? Berapa ramai isteri yang makan hati kerana terpaksa beralah dengan madu mereka dan meraikan Aidilfitri sendirian? Ada juga kes yang terpaksa bertarung nyawa melahirkan zuriat sendirian tanpa ditemani suami kerana si suami disibukkan dengan isterinya yang lagi satu....
Keadilan yang tidak sukar berlaku ialah keadilan dalam cinta dan kasih sayang. Mengenai hal ini, Aisyah r.a. menyebutkan bahawa : Rasulullah selalu membahagi giliran sesama isterinya dengan adil. Dan baginda berdoa, “Ya Allah, inilah pembahagianku terhadap isteri-isteriku pada apa yang aku miliki. Kerana itu, janganlah Engkau cela aku atas apa yang Engkau kuasai dan tidak aku kuasai.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, Nasaei dan Ibnu Majah)
Tidak disentuh
Seperti mana yang telah berlaku kepada seorang sahabat Rasulullah SAW, Abu Darda’ r.a. Beliau menjauhi isterinya kerana sibuk bekerja dan beribadat, hingga menyebabkan keadaan isterinya tidak terurus akibat tidak disentuh oleh suami yang sentiasa sibuk ini. Pada suatu hari, datanglah Salman al-Farisi menziarahi keluarga Abu Darda’, isteri Abu Darda’ ditanya mengapa dia tidak berhias untuk suaminya. Beliau menjawab, “Saudaramu Abu Darda’ tidak memerlukan dunia.” Salman menasihati Abu Darda’, “Sesungguhnya dirimu mempunyai hak, tetamumu memiliki hak, isterimu juga memiliki hak. Berikanlah hak kepada yang berhak memilikinya. Kemudian kedua-duanya datang meminta nasihat daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, “Salman telah benar dalam nasihatnya.”
Kalau seorang isteripun belum mampu ditunaikan haknya dengan sempurna, bagaimana mahu menambah koleksi baru? Alangkah peliknya species lelaki yang mengaku-ngaku layak berpoligami tetapi tidak sempurna solatnya, hidup menumpang harta isteri, tidak ambil kisah tentang perkembangan anak-anak. Berlainan halnya dengan lelaki kaya dan berjawatan tinggi, mungkin Mahkamah Syariah dengan senang boleh meluluskan permohonan mereka, tetapi bagaimanakah beban psikologi yang terpaksa ditanggung oleh isteri dan anak-anaknya? Tidak ada wanita yang mahu dimadukan, melainkan wanita yang bersifat di luar kebiasaan.
Soal hati
Bukan hendak menafikan hukum Allah Taala kepada suami yang mampu dalam hal nafkah untuk berpoligami, tetapi soal hati tetap menjadi masalah terbesar yang wajib diuruskan segala haknya. Mungkin iman anda dan isteri akan tercabar, mungkin kualiti ibadah akan terjejas dan keikhlasan akan surut diburu oleh kebencian, kebohongan dan mahu membalas dendam. Sampai bila hati dibiarkan rosak, adakah berbaloi menelan kepahitan sampai agama tercabut dari hati isteri lama yang malang dan isteri baru yang sering kena serang? Melainkan isteri lama tidak ada pilihan lain tempat dia bergantung. Hanya mampu menelan kepahitan dengan redha kerana harapkan belas kasihan Allah Taala di akhirat nanti.
Kalaupun mahu bercerai dan mulakan hidup baru, dia mesti menerima risiko yang berat dan ia terpaksa menanggung sendirian. Bagaimana dengan nasib anak-anak? Isteri yang kaya dan bekerja mungkin tidak merasa terbeban hal kewagan jika bercerai tetapi tanggapan masyarakat pasti akan memandang keji ke arah seorang janda. Beban emosi yang kejam sebegitu terpaksa ditanggungnya juga.
Setiap kali perceraian berlaku, masyarakat pasti menyalahkan isteri yang tidak pandai jaga suami. Padahal dalam Islam, di tangan suamilah segala amanah keluarga itu dibina. Dialah pemimpin, kenapa harus isteri yang dipersalahkan? Jika isteri tidak baik sekalipun, itu juga merupakan kesalahan suami juga, kerana dia tidak memperbaiki isterinya. Sebenarnya sikap suami amat berpengaruh terhadap tingkah laku isteri. Cuba semak entry Isteri degil tanda suami gagal.....
Isteri anda tak OK? Cubalah muhasabah diri, pasti kerana kelemahan anda juga, wahai para suami. Jangan lari dari kelemahan diri sendiri dengan cara berpoligami! Dan ingatlah, jika perkara zahir yang wajib diberi secara adil untuk seorang isteri itu pun tidak mampu dilaksanakan, nyatalah anda tidak layak berpoligami. Fahamilah ayat al-Quran sebaiknya, bukan hanya untuk memenuhi kehendak sendiri. Nanti sudah jatuh ditimpa tangga pula! dapat neraka dunia, dapat juga neraka akhirat pula....
Renung-renungkan....
Rujukan : Dr Juanda Jaya MW#1281, Cik SuzanaGhazali MW#1402
Capaian entry berkaitan :
- Promote skit blog Ustaz Baei - Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?
- Harus poligami hanya kepada yang layak









