“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Ogos 30, 2008

Mandaling


Assalamualaikum warahmatullah,

Masih saya ingat opah Hindun (opah adalah gelaran untuk nenek bagi orang Perak), selalu bercerita yang datuk dan moyang kami berketurunan Mandaling dan berasal dari tanah Sumatra, Indonesia. Menurut opah, datuk saya, Abdullah bin Jaafar bin Abas (Abbas?) adalah generasi ke-tiga pertama yang lahir di Tanah Melayu. Ayah kepada datuk (Jaafar Abas), berhijrah ke sini (Perak) bersama abangnya (dua-beradik).

Menurut sejarah-mandailing, Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832. Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya. Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda.

Menurut cerita opah, moyang datuk adalah pendekar di tanah kelahirannya... Waaa... jika moyang saya pendekar satu ketika dulu, makanya saya juga berdarah pendekarlah..... (heh heh!). Saya kurang pasti berapa ramai yang berhijrah ke tanah Melayu pada masa itu, kebanyakan mereka menetap di Kampar, Gopeng, Jeram dan Gunung Panjang, Kuala Dipang dan kawasan sekitarnya.

Saya sendiri mempunyai seorang kenalan di Dumai yang berketurunan Mandailing, marga Nasution. Menurutnya, Mandailing sangat kuat memegang adat (seperti keturunan Minangkabau yang kuat memegang adat), tetapi apa yang saya lihat di kampung dan kawasan sekitarnya tidak lagi mengamalkan adat-istiadat orang Mandailing. Malahan, tutur kata (loghat) mereka pun tidak melambangkan keturunan dan asal usul. Berkemungkinan besar, yang berhijrah ke sini dulu orang-orangnya muda belaka dan tiada orang-orang tua, jadi saya dapat simpulkan mereka telah meninggalkan adat keturunan dan menyerapkan adat Melayu Perak.

Kalau ikut kata kenalan saya ada beberapa marga dalam Mandailing, marga yang 'major' ada tujuh (7), menurut listing Wikipedia, marga Mandailing terdiri dari :

1. Lubis
2. Nasution
3. Siregar
4. Hasibuan
5. Harahap
6. Tanjung
7. Dalimunthe
8. Matondang
9. Rangkuti
10. Parinduri
11. Pulungan
12. Rambe
13. Daulae(y)
14. Pohan
15. Batubara
16. Barus
17. Hutajulu

Saya nak kongsi info tentang orang Mandailing yang dipetik dari SiMgrup, semoga info ini ada manafaatnya.

Marga boleh dikenali berasaskan kepakaran masing-masing. Ada yang terdiri daripada pahlawan, ahli seni, orang besar, guru dan sebagainya. (NB : jika moyang saya seorang pahlawan, apakah marganya?)

Di sebelah Pulau Sumatera, masih ramai yang pakai nama bangsa ini dihujung nama sendiri; contohnya Hakim Nasution bin Abu Samah Nasution, Faisal Tanjung bin Saleh Tanjung dll. Di Malaysia, ramai yang orang mandailing yang kaya dan power, contoh keluarga Tun Siti Hasmah, Tun Hanif Omar (NB : menurut opah, Tun dari berketurunan adik-beradik Abbas yang berhijrah), Daim Zaindudin atau ahli seni seperti Saifudin Nasution, Cico Harahap, Ahmad Tarmimi Siregar dan lain-lain.

Perantauan Orang Mandailing ke Malaysia

  • Amalan Dalian Na Tolu dalam perantauan
  • Tradisi Gordang Sambilan di Klang

Rencana
  • Abdur-Razzaq Lubis, Selamatkan Masjid Papan (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 1)
  • Abdur-Razzaq Lubis, Sutan Puasa dan Kuala Lumpur (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 1)
  • Abdur-Razzaq Lubis, Adam Malik, anak Chemor (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 2)
  • Abdur-Razzaq Lubis, Kampung Batu Sembilan, Chemor, (Surat Berita Mandailing Jilid 1, No. 2)

Orang Mandailing mempunyai tradisi Pai Kolang, perantauan ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Perang Paderi (1816-1833) ada yang menyebut dari 1803-1838, memasuki Mandailing untuk menguasai tambang/lombong dan pengeluaran mas di samping menyebarkan agama Islam. Perang antara kaum adat dan kaum Paderi di Minangkabau, Perang Paderi bertukar menjadi perang antara kaum Paderi dan Belanda setelah Belanda memihak kepada kaum adat. Sekitar tahun 1820, Paderi memasuki Mandailing . Sebagian orang Mandailing ada yang memihak Paderi dan sebagian menyebelahi Belanda. Kaum Paderi coba menghancurkan segala sesuatu yang ada hubungannya dengan amalan/agama nenek moyang yang dianuti oleh orang-orang Mandailing yang bertentangan dengan Islam ala-Paderi. Peristiwa ini mencetuskan perantauan besar-besaran orang-orang Mandailing ke Malaysia pada abad ke 19, dikepalai oleh Raja-Raja Mandailing yang diikuti oleh marga-marga.

Kehadiran orang-orang Mandailing di Malaysia meledakkan peperangan di tiga negeri yang berlangsung selama 30 tahun. Dari Melaka, pelarian Mandailing mengungsi ke Sungai Ujong (Seremban, Negeri Sembilan, hari ini), melombong/menambang mas sebelum terlibat dalam Perang Rawa, 1848. Mereka kemudian mengungsi ke tambang/lombong mas di Pahang, di mana mereka terheret dalam Perang Orang Kemaman (Perang Pahang, 1857-1863). Kemudian mereka coba menguasai tambang bijih timah di Selangor yang menjadi rebutan, sebelum mengepalai Porang Kolang (Perang Selangor, 1867-1873). Menjadi buruan orang Melayu Pahang, Bugis dan British, mereka melepaskan diri ke negeri Perak dan menjadi askar-askar upahan British dalam Perak War (1875-1876) menentang orang Melayu Perak. Sampai ke hari ini, keturunan "pengacau-pengacau" Mandailing masih dapat ditemui di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan di Perak. Mulanya sebagai pelombong, pedagang/peniaga dan askar upahan, mereka kemudian menjadi pentadbir (penghulu), pendidik dan forester.


Caption: Peta perantauan orang-orang Mandailing ke Semenanjung
Credit: Donald Tugby, 'Cultural Change and Identity: Mandailing Immigrants in West Malaysia', University of Queensland Press, 1977.

http://www.mandailing.org/ind/perantauan.html

http://maulanusantara.wordpress.com/2008/01/22/mandailing-dalam-lintasan-sejarah/

Bangsa Mandailing dimelayukan Inggeris

Kalau penjajah Belanda melabelkan orang Mandailing sebagai Batak, penjajah Inggeris melabelkan orang Mandailing sebagai "foreign Malays" (Melayu dagang). Di satu pihak, orang Mandailing disebut Batak Mandailng, dan di pihak yang lain, disebut Melayu Mandailing.

Penjajah Inggeris memakai istilah "foreign Malays" untuk merujuk kepada orang Mandailing dengan alasan kemudahan administratif (administrative convinience). Pada mulanya, kategori Mandailing dan Batak terpisah dalam sensus-sensus British Malaya, kemudian kedua kategori tersebut dihapuskan menyebabkan orang Batak mahupun orang Mandailing pilih 'masuk Melayu' atau menjadi Melayu dalam pengambilan sensus.

Meskipun berabad-abad orang-orang Batak sudah 'masuk Melayu', pemisahan Batak-Melayu terus kekal. Hinggakan proses memelayukan orang-orang Batak termasuk bangsa/umat Mandailing yang dikategorikan sebagai sub-Batak itu, berkelanjutan hingga masakini. Apakah muslihat dan strategi penjajah dan sarjana-sarjana Barat mahu menghapuskan kemajemukan kebangsaan bangsa-bangsa lain di Sumatra Utara supaya bertuankan Batak? Apakah muslihat dan strategi penjajah dan sarjana-sarjana Barat mahu menghapuskan kemajemukan kebangsaan bangsa-bangsa Nusantara yang kedapatan di Semenanjung supaya bertuankan Melayu?

Bermula dengan rekayasa sosiol engineering kolonial Belanda dan British, disusuli proses Malayanisasi (kemudian Malaysianisasi) dan Indonesianisasi yang berlaku sejak dari abad ke 19 sampai sekarang menerusi pendidikan nasional, polisi kebudayaan nasional dan nasionalisme Melayu dan Indonesia. Ciri-ciri khusus kebangsaan bangsa/umat Mandailing seperti bahasa dan aksara, digugat dan kemudian terhapus sama sekali atas nama asabiah (fanatik perkauman) pembangunan nasional, identitas nasional dan kesatuan nasional.

Artikel ini di copy&paste dari berbagai sumber website, grup perbincangan formal, saya sgt berharap member yg lebih pakar sila perbetulkan jika ada berlaku kesilapan fakta.


From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

The Mandailing is a traditional cultural group in Southeast Asia. They are found mainly in the northern section of the island of Sumatra in Indonesia. There are also significant groups of Mandailing in Malaysia, especially in the states of Selangor and Perak. The Mandailings in Indonesia are often considered to be part of the Batak people, but are often also considered to be a separate group. They came under the influence of the Kaum paderi who ruled the Minangkabau of Tanah Datar. As a result, the Mandailing were influenced by Muslim culture and converted to Islam. Previous to their conversion, they practised Hinduism and Parmalim (Batak native religion). The etymology of 'Mandailing' is said to be a coupounding of the words manda, meaning 'mother', and ilang, meaning 'lost'. Thus, the name is said to mean 'lost mother'. Some research has suggested that the Mandailing are the descendants of the Toba Batak, who migrated to the south centuries before the coming of the Portuguese and Dutch colonisation of Sumatra. There they converted to Islam and intermarried with Minangkabau and the Malay peoples. Mandailing society is patriarchal, employing family names, or marga, in the same manner as the Toba Batak. The same marga can be found, such as Lubis, Nasution, Siregar, Hasibuan, Harahap, Dalimunthe (originally from Munthe), Matondang, Rangkuti, Parinduri, Pulungan, Rambe, Daulae(y), Pohan, Batubara (not to be confused with the Batu Bara people from the east coast of Sumatra), Barus and Hutajulu. They are closely related to the Angkola, who are mixed between Muslim and Christian adherents.

'Mandailing' is the name of region (Luat Mandailing) which is now almost in Mandailing Natal Regency in North Sumatra Province. The first group who came to this region were the Lubis, later followed by the Siregar, Harahap and so forth. These groups migrated from the northern region, which now belongs to North Tapanuli Regency and Tobasa Regency. One of these groups, the Harahap, left, which makes their identification to the region difficult. Matondang, Rangkuti and Parinduri are the local groupss of Luat Mandailing. Harahap and Siregar dwell almost in Luat Angkola, which now belongs to South Tapanuli Regency, situated between Mandailing-Natal Regency and North Tapanuli Regency.



Capaian entry berkaitan :
* Horas mandailing! Saya marga (clan) Nasution!

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Ogos 28, 2008

Revision menjelang Ramadhan

Perkara2 Yang Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa

Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur'an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut beserta dalil-dalilnya:

1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh dalam keadaan masih berjunub

Di antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam ketika telah masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudiannya beliau mandi di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat.

Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma (yang ertinya): “Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123), Muslim (1109))

2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Kalaulah tidak memberatkan umatku niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”. (Hadis Riwayat Bukhori (2/311), Muslim (252))

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yang berpuasa ataupun yang lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang yang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali berwudhu’ dan solat. (Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298))

Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk dilaksanakan seluruh waktu sama ada sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya. Wallahu a'lam.

3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung

Perkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam berkumur-kumur dan beristinsyaq di ketika dalam keadaan berpuasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan ketika istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “…..bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalam keadaan puasa.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah (407), an-Nasa’i (no. 87) dari Laqith bin Shabrah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih)

4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasa

Aisyah radhiallahu ‘anha pernah berkata: “Rasulullah pernah mencium dan bercumbuber dalam keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan diri (nafsu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/131), Muslim (1106))

Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding yang telah tua.

Abdullah bin Amr bin ‘Ash berkata: “Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: “Ya Rasulallah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa? Beliau menjawab: “Tidak”, datang pula seorang yang sudah tua lalu dia berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?” Beliau menjawab: “Ya”. Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya orang tua boleh menahan dirinya”.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/185, 221))

5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak mengandungi makanan

Semua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan puasa.

6. Berbekam

Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudiannya ia dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa beliau berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam keadaan sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 – Fathul Bari), lihat “Nasikhul hadis wa Mansukhuhu” (334-338) karya Ibnu Syahin)

7. Merasai makanan

Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana tidak sampai ke tenggorokan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari), dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261) melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152))

8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya yang masuk seumpama

Semua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat “Haqiqatus Shiyam” serta muridnya Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya “Zaadul Ma’ad”. Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab “Shahihnya”, Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi yang berpuasa.”

9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandi

Imam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya “Bab Mandinya Orang Yang Berpuasa” bahawa, “Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan air, untuk mendinginkan badannya kerana haus ketika puasa) bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa.” Asy-Sya’bi juga pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan berkata: “Tidak mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam keadaan sedang berpuasa.”

Dalam suatu riwayat disebutkan, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke kepalanya dalam keadaan sedang berpuasa kerana dahaga atau kepanasan yang mengeringkan.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365), Ahmad (5/376, 380, 408, 430). Sanadnya sahih.)

Butiran selanjutnya ...

Jaga lidah elak buat dosa


Assalamualaikum warahmatullah,

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.


Pepatah Melayu ada mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...."

Rasulullah s.a.w bersabda pernah bersabda yang bermaksud, “Tidak akan lurus keimanan (istiqomah) seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.” (Riwayat Ahmad).

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SWT. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Dalam kitab hadis sahih Muslim pula, dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya, seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah SAW, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya.” (Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., No Hadis – 33)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.” (Abu Hurairah r.a., No Hadis – 2507)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.” (Riwayat al-Bukhari)

Dari hadis-hadis di atas, sebaik-baik orang yang berhijrah ialah hijrahnya dengan hati dan lidah. Insya Allah, dengan berhijrah hati dan lidah, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a. yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan jolokkan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

Sayidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata: “Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.”

Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?”

Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata, “Jagalah ini.”

Muaz berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?”

Rasulullah menjawab, “Betapa azabnya Muaz, orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah.”

Dari Ibnu Syuraih Al Adawi r.a., katanya : "Kedua telingaku mendengar dan kedua mataku melihat ketika Rasulullah SAW mengucapkan sabdanya : "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya, selebihnya." Para sahabat bertanya, "Apa yang dimaksud dengan selebihnya, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Iaitu siang dan malamnya, bertamu itu hanya tiga hari. Lebih dari itu adalah sedekah atas tamu itu." Dan sabda baginda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam!" (Hadis Sahih Muslim, No 1710)

Marilah kita menjaga lidah kita masing-masing. Agar lidah kita tidak menyengat diri sendiri, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)

Renung-renungkan, dan selamat beramal!



Butiran selanjutnya ...

Rabu, Ogos 27, 2008

Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?

LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya. Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka. Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, lelaki seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Mari kita lihat mitos tentang wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Mitos 1 - Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya: Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran. Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Mitos 2 - Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya: Sesungguhnya wanita perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, selalunya wanita merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang lebih baik lagi. Sekecil mana pun usaha yang si lelaki lakukan demi menyenangkan hidup kamu, berilah penghargaan terhadapnya.

Mitos 3 – Wanita terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya: Sedar ataupun tidak, wanita lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Mitos 4 – Wanita sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya: Wanita bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum lelaki. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga. Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Mitos 5 - Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya: Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang lelaki. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Mitos 6 - Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya: Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain. Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

Sumber: www.askmen.com

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Ogos 22, 2008

Jumaat penghulu segala hari

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat. Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia), tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dari kita, sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu hari Jumaat. Maka hari (Jumaat) adalah untuk kita, esok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani." (Abu Hurairah r.a.)


Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam. Huraian hadis:

1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.

2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.

3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.

4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.



Solat Jumaat

Solat Jumaaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.” (Bukhari)

Huraian: Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Hari Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya. Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ‘waktu mustajab’. Betapa mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain. Tetapi malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya. Lebih malang lagi, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT. Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa. Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari bapanya, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Mandi hari Jumaat wajib atas tiap-tiap orang (muslim) yang telah dewasa. Begitu pula menggosok gigi, berharum-haruman sekadar yang dapat ia lakukan." (Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri r.a.)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah." (Abu Hurairah r.a.)

Huraian hadis:

1. Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus bagi mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah.

2. Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-sangat diutamakan di dalam Islam. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut.

3. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat. Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadhilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Keutamaan saf pertama

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak boleh mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat 'Isya dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun mereka akan merangkak." (Abu Hurairah r.a.)

Dari Sa'id Al Khudri r.a katanya: "Rasulullah pernah memerhatikan para sahabatnya yang suka berada di saf belakang. Lalu baginda bersabda kepada mereka: "Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang di belakangmu dapat pula mengikutmu. Memang ada saja orang-orang yang suka di belakang-belakang, sehingga Allah membelakangkan mereka benar-benar." (Sa'id Al Khudri r.a.)

Ponteng solat Jumaat?

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim)

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Ogos 18, 2008

Yang mana lebih utama?


Saya dapat respond dari posting
Suami asyik menyebelahi ibunya saja? Berikut disenaraikan:

Respon 1
- bunga biru_76

Salam,
Cik BawangGoreng, nak minta pendapatlah..... Artikel dibawah utk
suami yang ada ibu lagi. Tapi bagaimana pula halnya dengan suami yang dah ketiadaan ke2 orang tua. Tapi sering mengutamakan adik-beradik dan anak saudara sebelah beliau.

Cth : Jika anak/isteri sakit dan minta dihantar ke klinik tapi si
suami nie dengan selambanya cakap kat isteri dia... awak pergilah sendiri, teksi atau bas kan ada. Tak pon awak mintalah ayah atau adik awak tolong hantarkan. Dengan alasan dia sibuk atau tiada masa. Tetapi jika adik/kakak atau anak saudara sebelah dia minta tolong, sesibuk mana pon akan cuba dipenuhi.
Tapi bila si isteri nie melebihkan ke2 ibu bapa sendiri, si
suami menyindir, awak tahu tak bila awak dah kawen awak dah tak ada kene mengena dengan mak ayah awak... Cam ner lak nie. Ada saper2 boleh tolong explain tak? Tolong yer. Kesian kat kawan saya nie.
Respon 2 - Ratuhati dot com

Salam, nak nyampuk..

Tanyalah lelaki tu, mana dia belajar dalam Islam yang kalau dah kawen isteri tak de kene mengena dengan ibu dan bapa nya sendiri?
Bagaimana rasanya kalau anak perempuannya tidak menjenguk atau memperdulikannya selepas anak perempuannya dah bersuami?

Respon 3 - Edika Othman

askum...nak mencelah juga lah yer....

Bila dah kawin....ibubapa mertua pun setaraf dengan mak sendiri....so kena fahami disini....jd kalu derhaka kat mak mertua..setaraf lah derhaka kat mak sendiri...sebagai seorang
suami..kena fahami lah...dalam islam ibubapa mertua setaraf ngan ibu bapa sendiri..kena bertolak ansurlah....so...sebagai ketua kuarga...tannggungjawab sebagai suami tu kena faham....perkahwinan adalah mengikat talian silaturrahim dua kuarga...jangan sampai memutuskan hubungan anak dan ibubapa...sekian terima kasih..komen ikhlas dr saya.....


Amat jarang saya baca posting dari kaum bapa. Takpe, mencelah kerana nak berkongsi ilmu tak salah. Kami pun nak juga dengar pendapat kaum suami/bapa. Barulah perbincangan tidak jadi berat sebelah dan memihak kepada kaum ibu saja... :)

Nasib baik RatuHati & Edika dah highlight... sayapun berpendapat yang sama juga. Nabi mana yang membenarkan kenyataan itu, ya? Itulah masalah isteri yang dapat suami yang "tidak berfikir" (pinjam kata SitiSifir).
Saya hairan, kaum lelaki (bukan semua, ya) kurang nak ambil tahu fasal apa itu perkahwinan dan kekeluargaan. Dapat pula yang bersikap malas nak ambil tahu dan 'segan' (liat) nak belajar. Kalau tak ada masa nak pergi kursus, boleh baca macam2 buku fasal kekeluargaan. Kalau tak mahu beli buku, belajarlah dari mereka yang berpengalaman. Belajar, belajar, belajar, jangan berhenti belajar. Esok, nak matipun kita belajar juga... Belajar apa ya? Belajar mengucap!

Saya tak nafikan, bukan senang suami nak memimpin keluarga jika ilmunya cetek dan malas pula belajar. Kadang-kala isteri pula
terlalu mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina terus belayar tanpa gangguan ombak yang bergelombang… Mungkin silap isteri juga kerana terlalu mengharapkan 'kesempurnaan' dalam kehidupan berumahtangga. Ada baiknya kita teliti tentang konsep MEMBERI dalam hidup daripada mengharapkan MENERIMA daripada suami. Jika dulu kita banyak mengharapkan suami untuk menerajui semua hal (atas dalil suami itu pemimpin keluarga), mari kita tukar konsep MEMBERI pula. Tapi ingat, kut iya pun kita nak MEMBERI, biarlah berpada-pada, jangan terlebih beri, nanti suami 'manja' dan lepaskan kewajipannya pula! Dan, yang penting, tunaikanlah tangungjawab kita sebagai isteri. Dan jika ada hak-hak kita yang tidak dapat ditunaikan suami, redhalah dan belajarlah berlapang dada. Boleh jadi terlalu banyak juga hak-hak suami yang tidak kita tunaikan. Apatah lagi setelah menjadi ibu, isteri lebih banyak memainkan peranan sebagai ibu daripada isteri. Mana tahu, jika suami lihat kita lebih 'independent', dia akan malu sendiri. Kadang-kadang, kita kena bijak guna psikologi, sebab suami ini pantang si isteri nampak lebih bijak dari dia. Tak perlu membebel, sebab selalunya kata-kata isteri akan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Cukup dengan perbuatan, tak perlu berkata-kata.

Rasanya, jawapan untuk kawan ibu bunga_biru76 ada dlm artikel di bawah. Sebelum saya dikatakan berdegar-degar menegakkan 'hak' isteri, ada baiknya saya kongsikan artikel ini dari Pn Suzana, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie.

Tanggungjawap Lelaki; mana lebih utama?

Yang mana satu... melaksanakan tanggungjawap antara ibu bapa atau isteri dan anak-anak? Ada pepatah yang berbunyi, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, bermula daripada kelahiran kita hinggalah ketika menghembuskan nafas yang terakhir." Dalam erti kata yang mudah, ibu adalah segala-galanya. Seorang anak lelaki perlu mengutamakan kehendak seorang ibu berbanding kehendak seorang isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu menginginkan anak lelakinya pulang ke kampung berhari-raya bersama-sama dan pada masa yang sama, isteri kepada anak lelakinya juga menginginkan perkara yang sama, berhari raya bersama ibu dan bapanya di kampung, lelaki yang berada di dalam situasi seperti ini perlu mengutamakan kehendak si ibu. Kenapa? Kerana permintaan si ibu tidak menyalahi kehendak syarak dan syariat. Persoalannya, apakah kehendak si ibu yang menyalahi kehendak syariat? Banyak kes di mana suami gagal menjalankah kewajipan dan tanggungjawap sebagai seorang suami dan juga seorang ayah kerana mengikut kehendak ibu, bapa dan adik-beradik sendiri. Ada sesetengah kes, isteri terpaksa mengeluarkan duit hasil pendapatan sendiri semata-mata terpaksa membantu suami melunaskan kehendak dan keinginan keluarga mentua. Secara logiknya, kes-kes seperti ini tidak wajar berlaku jika setiap anak lelaki dan setiap ibu bapa serta sanak-saudara lainnya mengetahui had dan batasan kewajipan dan hak-hak mereka. Mungkin ada di kalangan kita yang kurang pasti, apakah perbezaan antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawap yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipan. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tampahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumah-tangga. Kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu, barulah kewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini mempunyai keutamaan untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding hak ibu bapanya atau adik-beradiknya yang lain. Perlu diingatkan juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan keperluan sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak iaitu:
  1. menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana
  2. menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan
  3. menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat
  4. memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat yang merangkumi ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah
  5. menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan
Bermaksud, walaupun seorang lelaki itu mempunyai harta yang tidak menafikan keupayaannya untuk memberikan kemewahan kepada isteri dan anak-anak dan dalam masa yang sama dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang juga memerlukan bantuannya untuk menjalani hidup yang sederhana tetapi lebih sempurna, maka di dalam situasi ini, lelaki tersebut wajar dan wajib membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya yang memerlukan walaupun perlu mengenepikan tuntutan isteri kerana tuntutan sedemikian bukan lagi menjadi hak yang perlu tetapi adalah sesuatu yang melampau. Hakikatnya, setiap individu mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Hak seseorang juga adalah terbatas tertakluk kepada kepentingan dan keutamaan kewajipan seseorang. Lantas, jalan terbaik ialah bersikap bersedia menerima kesederhanaan, sanggup berkongsi dan bertoleransi. Kepada para isteri, ingatlah: suami anda adalah anak kepada seorang wanita, juga seperti anda yang akan menjadi mertua kepada seorang wanita lain bila tiba masanya nanti. Kepada para ibu, ingatlah: anak lelaki anda adalah suami kepada seorang wanita yang juga mempunyai hak sebagai seorang isteri sama seperti anda.

P/S: Pernah saya diajukan soalan, mengapa saya selalu bercakap fasal hak? Pada saya, ada kalanya tuntutan perlu di buat untuk kebaikan bersama agar haknya dapat dipenuhi dan pihak yang dituntut sedar dari kealpaan. Sementelah pula kebanyakkan hak-hak seorang isteri yang dituntut itu sebenarnya kewajipan bagi suaminya. Dalam sesetengah hal, redha lebih afdal, tetapi jika kita lihat untuk jangka waktu yang lebih panjang, adalah lebih baik sesuatu perkara itu diselesaikan saja ketika masih di dunia.

Wallahu'alam.

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Ogos 15, 2008

Masalah: Isteri tanggung selalu, suami sekali sekala tanggung

Soalan:

2008/6/8 tasniim dingin <zhusmah@hotmail.com>:

assalamualaikum.. baru2 ni saya diajukan dgn satu masalah. jadi nak minta pandangan sahabat2 sekelian. seorang adik ni mengadu pada saya yg dia rasa tak layak jadi isteri kpd suaminya. adik ni bekerja suaminya juga bekerja. tapi suaminya tiada pendapatan tetap sbb kerja freelance. maka pada kebanyakan masanya dialah yg menyara keluarga yg termasuk 2 anak yg baru nak bersekolah dan seorang pembantu rumah. bila suami dapat duit ada juga dibelanja utk rumah, tp yelah bila sekali dapat duit banyak sikit, belanjanya pun banyak juga, so tak de yg simpan. adik ni bernasib baik sbb pandai belanja dan pandai juga simpan. dalam setahun 1-2 kali suami dapat duit, masa lainnya adik ni lah yg kena menyara. dia selalu tension dgn sikap suami yg bagi banyak alasan utk tidak improve keadaan dirinya. katanya suaminya hanya memikirkan diri sendiri dalam banyak hal. dari segi perbelanjaan mahu pun kekeluargaan. suaminya baik dr segi suka masak dan bantu jaga anak. tapi tang nak bimbing keluarga kurang sikit. ada masa solat jemaah, tp kerana dikatakan tak de sunnah yg suruh doa sama2 lepas sembahyang maka setiap kali lepas sembahyg suaminya akan angkat kaki, doa lah masing2. tang nak cari atau tambah ilmu agama, carilah sendiri2. suami tu rajin gi kuliah yg berkaitan sunnah2 tentang ilmu ibadat. adik ni kata kalau dah kahwin tapi cari sendir2 baik dok sorang2. suami juga kurang bg penghargaan terhadap adik ni. katanya lagi lebih baik dia sorg2 dari jadi isteri yang buat dosa je. adik ni pun berilmu juga, tp kerana tekanan perasaan dia tak dapat kawal respon dia kepada suami. bermasam muka, marah, sedih, gaduh dah jadi kebiasaan dalam rumahtangganya. kadang2 anak2 jadi mangsa tempat lepas marahnya. dia tahu dia tak ada ciri2 isteri solehah yg dia sendiri idamkan. maka dia rasa lebih baik dia berhenti jadi isteri (bercerai) dari terus buat dosa. camana ye? peringatan, kalau takat nak kutuk adik ni tak yah la sbb dia sendiri kata dirinya yang teruk. harap dapat bg pandangan membina.


Jawapan:

Salam,


Ini yang boleh saya simpulkan untuk adik ni, pendapat 5 sen je. Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah SWT. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja di dunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata.
Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah." (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.

"Bagi orang-orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak."

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Dalam kes adik ni, jika adik sudah tak sanggup mempertahankan perkahwinan yang ada, adik boleh menuntut hak adik di mahkamah. Jelas, suami adik NUSYUZ, sila baca artikel penuh tentang ini di
Suami juga boleh nusyuz

Sila semak balik surat nikah adik. Saya percaya di dalamnya ada tertulis takliq yg dipersetujui semasa upacara akad nikah. Seorang isteri boleh menuntut cerai dengan 3 cara, walaupun kuasa talaq di tangan suami, iaitu :-

1 - Tuntutan cerai fasakh

2 - Tuntutan cerai Ta'liq

3 - Tuntutan cerai Khulu' / Tebus Talaq

Dalam cerai fasakh, si isteri boleh memohon untuk membubarkan perkahwinan berdasarkan 12 sebab-sebab tertentu seperti :-

1. Tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;

2. Suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;

3. Suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;

4. Suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.

5. Suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui isteri;

6. Suami telah gila selama dua tahun

7. Suami sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;

8. Jika isteri dikahwinkan oleh wali mujbir isteri sebelum isteri baligh, masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, isteri boleh menolak perkahwinan itu.

9. Suami menganiayai, menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita; atau suami berkawan dengan perempuan jahat atau berperangai keji; atau memaksa isteri hidup secara lucah;

10. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan hak terhadap harta itu;

11. Menghalang isteri dari menjalankan kewajipan agama; atau jika suami berpoligami, dia tidak melayani isteri secara adil.

12. Suami sengaja belum menyetubuhi isteri selepas empat bulan berlalu; isteri tidak memberi izin sebelum berkahwin atau izin itu tidak sah; pada masa berkahwin itu isteri adalah seorang yang sakit otak dari jenis yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi fasakh di bawah Hukum Syara'.

Di zaman yang saya kira zaman moden serba canggih ini, sikap dan amalan jahiliah kembali berulang. Sudah terlalu banyak kisah yang kita dengar tentang para suami yang tidak bertanggungjawap, menyalahgunakan wang milik isteri, melakukan penderaan rumah tangga, tidak menunaikan kewajipan, enggan memberi nafkah zahir dan batin (this is BASIC, selalunya yang batin tu memang tak ada masalah, cuma yang ZAHIR itu selalu-selalu diabaikan. Jika yang asas tidak dapat ditunaikan, maka akan hancurlah institusi keluarga itu sendiri), belum lagi masalah penjagaan anak-anak yang semuanya diserahkan kepada isteri dengan bulat-bulat. Kemanisan rumahtangga yang dibina terlalu cepat berubah dan menjadi racun yang menyeksa isteri-isteri yang malang ini.

Bagaimanakah sikap anda sebagai isteri yang merasa diperlakukan tidak adil oleh suami?

1. Fahami hak anda jika diperlakukan tidak adil oleh suami

· Fahamilah hak anda! Namun jangan lupakan kewajipan sebagai isteri. Nafkah untuk isteri dan anak-anak adalah tanggunjawap suami. Walau bagaimanapun, bagi wanita yang bekerja, mereka dinasihatkan memberi sedekah atau hadiah kepada suami dan anak-anak. Seperti pernah dilakukan oleh Zainab isteri Abdullah bin Mas'ud r.a. yang mengikuti Rauslullah s.a.w. yang bermaksud: "Suami dan anakmu adalah orang yang paling berhak menerima sedekahmu." (Hadis riwayat al-Bukhari)

· Isteri juga mesti berhati-hati mengenai urusan kewangan rumahtangga. Jangan sama sekali memberi peluang suami menggunakan duit untuk perkara yang tiada faedah, apatah lagi untu berbelanja bagi urusan maksiat, nauzubillah. Pada kebiasaannya, apabila suami melihat isterinya sanggup mengeluarkan duit untuk kepentingan keluarga, dia pula akan menyalahguna sikap baik isterinya itu. Duit pendapatan suami digunakan untuk rnjoy dan berfoya-foya, sedangkan isterinya terpaksa membayar semua tuntutan hutang dan tanggungan setiap bulan rumahtangga mereka. Isteri mesti bertegas pada awal perkahwinan lagi, jangan terlalu bermurah hati sehingga memberi peluang suami menyalahguna keadaan. Bukan hanya duit sahaja yang menjadi isu, hal penjagaan dan didikan anak-anak juga adalah tanggungjawap bersama. Kedua-duanya mesti bersatu hati dan jujur dalam menlayari susah payah alam berkeluarga.

2. Dapatkan bantuan undang-undang jika ada ketegangan antara suami isteri:

· Jika ketegangan antara suami isteri semakin meruncing, segera dapatkan bantuan undang-undang. Bahtera rumahtangga itu tidak selamanya tenang. Sesekali ada juga gelombang datang menghentam. Kita dituntut untuk bersikap dewasa dan matang dalam menangani dan menghadapi ujian rumahtangga. Jika salah seorang tersilap langkah, tidak salah bagi pasangannya menegur. Jika kedua-duanya keras hati tidak mahu mengalah, bolehlah mendapatkan Bantuan nasihat pakar kaunseling. Berilah peluang untuk anda berdua berfikiran waras, tenang dan mahukan kebahagiaan seperti dulu. Adakalanya penceraian itu baik untuk pasangan yang tidak dapat dipulihkan keserasian hubungan mereka. Ia adalah jalan halal. Untuk membuka lembaran baru yang lebih baik, ada yang perlu dikorbankan. Tetapi penglibatan hati dan perasaan anak-anak mesti diambil kira. Kehancuran identiti remaja banyak berpunca daripada kehancuran institusi keluarga yang kucar kacir. Seorang isteri yang mahu bercerai mestilah mempersiapkan diri menghadapi segala akibat yang akan ditanggungnya. Bagaimana dengan nafkah selepas bercerai? Jika isteri sibuk mencari duit untuk anak-anak, siapa pula yang akan menjaga dan mendidik mereka? Isteri terpaksa menanggung banyak beban untuk mempastikan peranannya sebagai ibu tunggal berjaya. Jangan disebabkan sakit hati dan dendam kepada suami, akhirnya penceraian itu membuat keadaan lebih teruk daripada sebelumnya.

Adik ni boleh dapatkan nasihat guaman syarie, Pn Suzana Ghazali di # 013-2545965 (pembantunya, Aiza akan menjawap panggilan). Sila layari http://bersamasuzana.blogspot.com/ untuk keterangan lebih terperinci.




Butiran selanjutnya ...

Suami asyik menyebelahi ibunya saja?

Salam...

Mari kita lihat senario ini, seorang suami berkata kepada isterinya, “Mak saya darah daging saya, kami takkan boleh terputus sampai bila-bila. Lainlah dengan awak!” Ada kalanya, suami isteri ini saling serang-menyerang, sakit-menyakiti dan meremukkan hati masing-masing, berpunca daripada seorang ibu yang menumpang kasih di rumah mereka. Ketahuilah, sungguh berat ujian bagi seorang anak menjaga ibu bapanya. Ramai yang takutkan isteri hingga sanggup menderhaka kepada ibu bapanya sendiri. Begitu juga sebaliknya, kerana suami, tidak kurang wanita yang membuang keluarganya sendiri.

Pernahkah anda, sebagai isteri, mengalami situasi di mana suami selalu melebihkan ibunya daripada anda? Atau pernahkah teman/rakan karib anda meluahkan perasaan sedemikian kepada anda?

Bagi wanita yang mendapat didikan agama dari kecil hingga dia dewasa dalam kematangan iman, agaknya tidak susah menerima konsep berbakti kepada ibu bapa suami. Tetapi kadang-kadang hati seorang isteri ada kalanya tercemar oleh virus yang diperolehi daripada persekitaran yuang tidak sihat. Setiap isteri memiliki perasaan unik yang tidak ada pada suami, iaitu rasa mahu memiliki suami 100%, tidak mahu berkongsi denga sesiapapun! Berlainan dengan suami, gaya dan perwatakan lelaki yang biasanya sebagai penjaga keluarga ketika dia belum berkahwin akan terus kekal walaupun sudah beristeri.

Sebagai isteri yang mencintai suami dunia akhirat, semestinya snda mempastikan diri anda tidak menjadi punca suami derhaka kepada ibu bapanya. Sebagai suami pula, jangan kerana mahu taat kepada orang tua sanggup anda gadaikan/hancurkan rumahtangga sendiri. Allah SWT tidak melakukan kezaliman kepada hamba-Nya dengan syariat yang diturunkan berkaitan dengan berbakti kepada ibu bapa dan mencintai isteri. Kedua-duanya sama sekali tidak bertentangan bahkan boleh seiring sejalan dilaksanakan dalam kehidupan berkeluarga. Dilema yang dialami suami sebenarnya berpunca dari sikap sendiri yang kadang-kadang tidak adil kepada isteri dan ibunya. Isteri merajuk mungkin ada sebab dan suami perlu diselongkar perasaan ini hingga ke dasar hatinya. Ibu pula buat masalah mungkin mahu menagih kasih yang selama ini dilupakan oleh anak lelaki kesayangannya. Konflik yang terjadi antara anda dan ibu mentua adalah kisah hidup yang telah dialami sejak zaman-berzaman.

Dalam kisah para sahabat Nabi SAW, terakam perbagai pengajaran untuk dihayati oleh mereka yang bergelar anak lelaki kepada ibu bapa mereka walaupun mereka telah bergelar suami. Suatu ketika Umar bin al-Khattab r.a. sedang tawaf di Baitullah, tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki yang sedang menggendong ibunya sambil tawaf di Baitullah. Lelaki ini berkata, “Wahai Umar, sesungguhnya aku adalah lelaki dari Yaman, aku telah menggendong dan memikul ibuku dari Yaman datang ke Baitullah untuk mengerjakan ibadat Haji. Aku pikul ibuku untuk melakukan segala ibadat bagi Rukun Islam ke lima ini. Apakah aku telah berbakti kepada ibuku?” Namun, Umar RA menjawap dngan satu ungkapan yang mengejutkan; “Kamu belum lagi membalas jasa ibumu walaupun sekadar setitis peluhnya yang keluar kerana melahirkan kamu.

Bayangkan lelaki ini yang telah melakukan perjalanan yang jauh denga suatu usaha yang besar dan dengan keazaman yang tinggi yuntuk berbakti kepada ibunya dengan penuh susah payah, namun ia masih dianggap usaha yang amat kecil. Inilah dilema yang sering menghantui lelaki yang beriman yang mahu berbakti kepada ibu bapanya kerana syurga terletak di bawah tapak kaki ibunya. Dilema sebegini perlu difahami oleh semua isteri yang masih memiliki ibu mentua.

Bacalah hadis yang termuat di dalam kitab Riyadhus Salihin, anda pasti menemukan kisah seorang lelaki yang mustajab doanya. Dia dipuji Allah Taala dan Rasul-Nya kerana kasih sayangnya terhadap ibu bapanya. Lelaki ini berdoa ketika dirinya terperangkap di dalam gua, “Ya Allah, dahulu aku menpunyai ayah dan ibu, aku tidak pernah memberikan sesiapapun minuman susu sebelum keduanya. Baik kepada keluargaku atau hamba sahayaku. Pada suatu hari agak jauh aku mengembala ternak hingga tidak kembali kepada ibu bapaku kecuali setelah malam dan mereka telahpun tidur. Maka aku memerahkan susu untuk mereka dan akupun segan membangunkan mereka dan aku tidak pernah memberikan susu itu kepada sesiapapun sebelum ayah dan ibuku. Maka aku tunggu keduanya bangun hingga terbit fajar, maka bangun keduanya dan mereka minum susu yang aku perahkan itu. Padahal semalaman anak-anakku mengangis meminta susu di kakiku. Ya Allah, jika hamba melakukan itu kerana mengharapkan keredaanMu, maka lapangkanlah pintu gua ini.


Doa lelaki ini akhirnya menyelamatkan dirinya dari maut di dalam gua. Disebabkan keikhlasan menjaga dan mengasihani kedua ibu bapanya.

Kisah-kisah tentang keutamaan berbakti kepada kedua ibu bapa kerap diulang dan dibaca, tetapi masih ada saja yang terlupa dan lalai dengan kewajipan yang sama taraf dengan berjihad ini. Sikap suami dan isteri yang tidak mahu memberi kerjasama untuk menjayakan amal soleh ini menjadi punca mereka kehilangan pahala yang sungguh bernilai harganya. Kadang-kadang isteri merajuk sebab layanan isteri kepada ibu tidak sama dengan layanan isteri kepada ibu suami. Ataupun isteri terlalu mementingkan ibu sendiri berbanding ibu mentua boleh menyebabkan suami cemburu dan melebih-lebihkan ibunya daripada isteri. Semua ini pasal mahu mengenakan siapa, tapi terkena siapa? Akhirnya semua sakit hati akibat tidak berlaku adil.

Agaknya mereka terlupa bahawa suatu saat nanti mereka juga akan menjadi ibu bapa yang tua dan lemah, mungkin nyanyuk pula. Saat itu barulah terasa betapa ruginya tidak memberi teladan yang naik kepada anak-anak tentang cara menjaga orang tua dengan penuh keikhlasan. Ingatlah, ganjaran yang amat besar menanti sesiapa yang menjaga orang tua dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Masih ingat iklan raya oleh Petronas tahun 2006. Kisahnya berkisar mengenai seorang lelaki berkeluarga yang agak berat hati untuk menerima kehadiran bapa mertuanya di rumah. Isterinya selaku anak orang tua tersebut tetap sabar melayan kerenah bapanya. Namun begitu, sikap si suami yang selalu mencebikkan muka dan mengeluarkan ayat-ayat yang pedas sering kali membuatkan orang tua tersebut memekakkan dirinya dengan cara menanggalkan alat bantu dengar yang dipakainya.

Cucu-cucunya yang masih kecil belum lagi memahami apa yang sedang berlaku. Pelbagai masalah ditimbulkan oleh orang tua tersebut, sehinggakan menantunya tergamak membelikan meja dan meletakkan di lokasi berjauhan dari tempat mereka makan. Orang tua tersebut turut diberi ‘tray’ plastik dan cawan plastik untuk digunakan sewaktu makan. Satu scene dalam iklan ini menunjukkan seekor kucing sedang makan berhampiran mejanya. Hal ini semakin mengguris hari orang tua tersebut dan dia perlahan-lahan menolak makanan-makanannya ke tepi meja sehingga jatuh sebagai tanda protes. Walau bagaimanapun, menantunya tetap makan seperti biasa tanpa mempedulikannya. Satu pagi, cucu-cucu orang tua tersebut sedang bermain anak patung di luar rumah mereka. Mereka melakonkan semula perlakuan-perlakuan bapa mereka terhadap datuk mereka. Ibu mereka mula sedar akan kesilapan mereka selama ini.

Sekali sekala bila teringat-ingatkan iklan itu, hati saya terusik, menjadi sebak. Iklan ini cukup memberi pengajaran kepada kita semua. Ingatlah, kita tidak akan sentiasa muda. Satu hari nanti, kita juga akan mengalami proses yang sama, iaitu berhadapan dengan anak-anak yang sudah dewasa, menerima menantu dan seterusnya menimang cucu (kalau sempatlah ek!).
Perlakuan dan akhlak kita semasa muda mempengaruhi keadaan kita sewaktu tua. Pada waktu inilah kita akan lihat adakah anak-anak kita yang kita jaga bagai menatang minyak yang penuh akan sanggup menjaga kita atau tidak. Adakah kawan-kawan kita semasa muda dahulu masih sudi melawat kita bila kita jatuh sakit? Inilah yang dikatakan balasan Allah di dunia. Baik akhlak kita, baiklah balasannya. Buruk akhlak kita, buruklah balasannya. Tapi kita kena ingat, ini hanya balasan dunia semata-mata. Banyak atau sedikit, bergantung kepada kehendakNya.

Terpulanglah kepada kita sama ada nak sedar atau tidak. Sementara kita masih hidup, amalkanlah prinsip ini.
Hormatilah hak orang lain, hak anda akan dihormati, insya Allah.

Butiran selanjutnya ...

Iblis Dengan Ahli Neraka

ALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. Akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”

Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.

Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Sumber: DarulNu’man

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Ogos 13, 2008

Empat penyakit dalam satu


KENCING MANIS, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.
Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:

l Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

l Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis:

  • 55 peratus kematian kerana komplikasi jantung
  • 13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
  • 13 peratus kes kematian kerana kanser
  • 19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit


Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung. Ini didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh dunia.

Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa.

Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam pesakit kencing manis.

Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat penyakit jantung (sehingga 18 peratus).

Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan perindoril dan indapamide.

Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak 14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang. Ini bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang diberi rawatan ini.

Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140 pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang mengalami masalah kencing manis serius.

Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Besar Pulau Pinang.

Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah normal.

Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor genetik.

Sumber: HMetro 13/08/2008

~ UTAMAKAN KESiHATAN ~

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails