“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Memaparkan catatan dengan label Murtad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Murtad. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 27, 2011

Akta khas benteng utama halang umat Islam daripada murtad


Assalamualaikum warahmatullah,

Isu murtad dan cadangan diwujudkan Akta Murtad adalah ujian hebat terbaru yang dihadapi dan perlu ditangani umat Islam secara berhikmah. Ia adalah satu isu yang sebenarnya bukan saja menyentuh kesucian agama Islam dan akidah umat, ia turut menyentuh isu kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini yang dibenarkan di dalam Perlembagaan.

Dalam membincangkan undang-undang berkaitan murtad, isu pokok yang harus diberi perhatian ialah perlunya satu peraturan khas atau akta khusus diwujudkan bagi mencegah penganut agama lain mengembangkan agama mereka kepada orang Islam.

Isu ini sudah dijawab dalam Perkara 11(1) Perlembagaan yang menetapkan tiap-tiap warga Negara berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Fasal (4) dalam mengembangkannya. Seharusnya, perkara ini sudah lama disedari penganut agama bukan Islam bahawa gerakan pengembangan dan dakwah kepada orang Islam adalah dilarang mengikut Perlembagaan.

Namun, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mendakwa gerakan penganut agama lain mengembangkan agama mereka kepada orang Islam yang wujud sejak dulu, kini semakin agresif dan berani. Justeru, beliau mencadangkan supaya Akta Murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu kini seperti virus berbahaya terhadap bangsa Melayu.

Jika dikaji perundangan negara mengenai gejala murtad, setakat ini tidak ada peraturan khusus bagi menghalang bukan Islam mengembangkan agama mereka kepada orang Islam kecuali di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan mempunyai peraturan menghalang bukan Islam mengembangkan ajaran agama mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang islam) 1991.

Sementara itu, enakmen jenayah syariah pada peringkat negeri juga hanya mempunyai hukuman terhadap orang Islam yang mahu menukar status agama. Menurut enakmen itu, hukuman maksimum yang boleh dikenakan terhadap orang Islam yang hendak menukar status agama adalah penjara tiga tahun atau enam sebatan atau denda RM5,000 atau kombinasi mana-mana hukuman.

Jelas sekali, bidang kuasa jenayah syariah negeri juga terhad, hanya boleh dikuatkuasakann terhadap orang Islam saja tetapi tidak kepada bukan Islam yang menyebarkan agama dan berdakwah kepada orang Islam. Istilah permohonan murtad juga tidak digunakan di dalam mana-mana enakmen negeri kerana kebanyakannya menggunakan istilah permohonan perisytiharan status agama.

Persoalan yang timbul ketika ini ialah rasionalnya di sebalik cadangan mewujudkan Akta Murtad. Dari sudut positifnya, ia dapat menghalang orang Islam daripada keluar dari agama Islam. Ia juga menunjukkan yang kesedaran umat Islam di negara ini terhadap bahaya murtad dan gejala memurtadkan orang Islam semakin meningkat.

Akan tetapi, konflik yang akan timbul nanti ialah adakah kewujudan Akta Murtad itu akan dapat menangani gejala ‘murtad secara sukarela’ dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Inilah persoalan utama yang harus diteliti, ditangani dan diberi pertimbangan utama umat Islam dan pihak berkuasa agama Islam di negara ini.

Adakah dengan adanya satu undang-undang sah, maka masalah murtad dalam kalangan umat Islam akan dapat diatasi atau dicegah? Dibimbangi, dengan diwujudkan akta itu, peluang untuk orang Islam keluar dari Islam akan lebih mudah kerana ada peraturan khas bagi ‘menghalalkan’ tindakan mereka murtad.

Akhirnya, tujuan suci mewujudkan Akta Murtad bagi menghalang bukan Islam memnyebarkan agama kepada orang Islam terpesong daripada landasan, merugikan umat Islam dan menguntungkan agama lain. Mengulas perkara ini, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Musa Awang berkata, jika Akta Murtad hendak diwujudkan, ia tidak boleh bertentangan dengan Perkara 11(1) Perlembagaan.

Katanya, akta itu juga perlu mengandungi perkara asas yang penting iaitu menghalang bukan Islam melakukan apa saja dakwah dan pengembangan agama kepada umat Islam dan yang kedua, menjadi banteng utama bagi menghalang umat Islam daripada murtad.

“Kita perlu meneliti kandungan akta itu kerana jika hendak menghalang terus orang Islam menukar agama, ia akan bertentangan dengan kebebasan beragama yang ditetapkan Perlembagaan. Apa yang penting, akta itu perlu menjurus kepada aspek pencegahan dan menghalang orang Islam keluar daripada Islam,” katanya.

Beliau juga mengakui, Akta Murtad boleh diwujudkan di Parlimen walaupun sekadar mendapat majoriti mudah.

“Namun, kita bimbang jika akta ini diwujudkan, ia akan lebih menggalakkan orang Islam untuk keluar Islam secara automatik, negara sudah mempunyai prosedur atau tatacara untuk masuk dan keluar Islam. Apabila sudah ada prosedurnya, ia akan lebih mudah dimanipulasi pihak bukan Islam untuk menggalakkan umat Islam murtad dan mempertahankan mereka yang hendak keluar Islam,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan, akta berkenaan mempunyai peruntukan yang mewajibkan orang islam yang bercadang untuk murtad supaya dikehendaki menjalani proses pemulihan akidah. Peruntukan lain yang wajar ialah hukuman setimpal terhadap mana-mana pihak bukan Islam yang didapati terbukti cuba berdakwah dan mengembangkan agama mereka kepada orang Islam.




Sumber : Anwar Patho Rohman (wananwar@bharian.com.my) di BHarian 27/10/2011

Butiran selanjutnya ...

Usaha cemari Islam mesti dihalang


Kelemahan penguat kuasa jabatan agama dapat maklumat perlu diatasi

SEORANG pesara pegawai tinggi kerajaan yang ingin memaparkan dirinya sebagai seorang ‘moderate’ tetapi banyak memperkatakan kedudukan Melayu, Tan Sri Ramon Navaratnam bersuara lagi dan kali ini mempersoalkan pula perhimpunan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang berlangsung secara aman di Shah Alam, Sabtu lalu.

Sebelum ini pun sudah ada suara sumbang termasuk daripada gereja sendiri yang khuatir kenapa perlunya perhimpunan itu diadakan kerana kononnya ia boleh mencetuskan kontroversi, bahkan ada pihak yang meragui ia akan mencetuskan kekacauan.

Demikian juga ada orang Islam sendiri yang turut persoalkan perhimpunan itu dan telah pun mengutus surat yang diterbitkan akhbar The Star, Sabtu lalu yang pertikaikan kenapa perhimpunan demikian perlu diadakan walhal tidak ada pun bukti sahih mengatakan ada orang Islam telah dikristiankan.

Inilah masalahnya apabila wujud puak yang amat naif dan tidak mahu terima bahawa bukan semua orang mempunyai perasaan baik sangka. Tidak boleh dinafikan sememangnya wujud orang yang berprasangka buruk dan akan mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan sendiri.

Umum mengetahui Melayu mempunyai naluri amat berakamodatif terhadap orang lain hingga mengundang orang mengeksploitasi hingga ada yang mahu memijak kepala Melayu dan orang Melayu biasanya akan hanya bertindak apabila diprovokasikan dengan ketara seperti dilakukan sesetengah puak Kristian yang tidak mahu menghormati Perlembagaan negara.

Sememangnya apabila dilihat daripada statistik rasmi Jabatan Statistik tidak ada orang Islam telah dicatatkan sebagai sudah keluar agama mereka tetapi tidak ada angka rasmi bukan bermakna ia tidak wujud.

Umum mengetahui tidak ramai orang Islam yang sudah murtad sanggup mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Islam lagi atau telah menganut agama lain. Hanya satu dua saja yang berlaku seperti Lina Joy dan ini pun sudah menjadi isu besar. Kalau demikianlah halnya apakah akan ada orang Islam khususnya Melayu yang sudah murtad mahu mengisytiharkan mereka sudah memasuki agama lain?

Jadi sungguh menakjubkan ada orang Melayu sendiri yang berterusan tidak mahu menerima kenyataan wujud usaha licik mengkristiankan orang Islam oleh puak yang tidak mahu menghormati Perlembagaan negara dengan memegang kepada peruntukan kebebasan beragama. Jadi janganlah hendak syok sendiri mengatakan ia tidak harus digembar-gemburkan kerana isu itu terpencil dan tidak membimbangkan.

Memang benar seperti kata Navaratnam bahawa setiap apa yang dilakukan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia perlu difikirkan semasak-masaknya supaya perlakuan itu tidak akan membawa kepada masalah hingga boleh menghakiskan usaha untuk menuju ke arah penyatuan nasional.

Persoalan ini sepatutnya ditujukan kepada anasir gereja yang berterusan mahu mengkristiankan orang Islam bukannya kepada orang Islam yang bertindak balas terhadap provokasi demikian.

Usaha mengkristiankan orang Islam sememangnya suatu perkara yang tidak harus dipandang remeh walaupun ia belum sampai ke tahap membimbangkan. Apakah apabila nasi sudah menjadi bubur, baru kita mahu menanganinya?

Sememangnya usaha untuk mengkristiankan orang Islam berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini yang membawa kepada serbuan oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor yang kemudian dicetuskan sebagai suatu kontroversi hingga perlukan campur tangan Sultan Selangor untuk menjernihkan kembali keadaan.

Umum juga mengetahui sudah ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melarang sesiapa saja daripada melakukan usaha memurtadkan orang Islam dalam negara ini, tetapi apakah dengan adanya peruntukan itu saja semua orang yang tinggal dalam negara ini menghormatinya?

Kalau masih ada yang berterusan berdegil tidak mahu menghormati peruntukan itu, apakah kita orang Islam harus berdiam diri saja? Orang Islam/Melayu yang diprovokasikan dan apabila ada di kalangan orang Islam/Melayu yang cuba mempertahankan kedudukan mereka dan berusaha menangkis usaha puak tidak bertanggung jawab itu, apakah adil orang Islam/Melayu pula dituduh mahu mencetuskan masalah?

Inilah dia orang seperti Navaratnam. Apakah dia mahu orang Islam/Melayu berdiam diri dan menerima saja ancaman provokasi demikian? Sepatutnya dia perlu persoalkan puak yang mencetuskan kekusutan dengan terang-terangan memperlekehkan Perlembagaan negara.

Mereka ini sepatutnya perlu salahkan pertubuhan seperti Gereja Methodist itu yang walaupun melakukan usaha yang baik untuk menolong orang susah tetapi jangan pula cuba hendak menangguk dengan berusaha mengkristiankan orang Islam yang mahu mendapatkan bantuan mereka.

Memang sudah ada bukti wujudnya usaha gereja Evangelical dalam negara ini ghairah mahu mengkristiankan orang Islam kerana kononnya ia adalah ‘calling’ mereka. Apakah tindakan demikian bukan suatu provokasi terhadap orang Islam negara ini? Apakah ini yang dinamakan mahu mewujudkan harmoni? Harmoni dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia harus di pupuk oleh semua bukan hanya orang Islam/Melayu saja.

Maka itu tidak salah bagi orang Islam yang prihatin mahu jabatan agama di semua negeri bertindak lebih tegas dengan berusaha mencari bukti supaya petualang itu boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut enakmen yang sudah pun wujud.

Malangnya ada cakap-cakap bahawa anggota penguat kuasa jabatan agama tidak dilengkapi dengan kebolehan mendapatkan bukti untuk membolehkan dakwaan di buat. Maka itu ada tohmahan bahawa mereka ini hanya boleh melakukan tangkapan khalwat saja. Kalaulah benar tohmahan ini apakah tidak perlu semua pegawai pencegah di setiap jabatan agama negeri dilengkapi dengan pengetahuan membolehkan mereka mendapat dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk mendakwa sesiapa saja yang melanggar peruntukan demikian?

Selain itu pertubuhan Islam juga perlu bersikap lebih proaktif membimbing semua rakyat Islam negara ini mendukung akidah mereka supaya tidak mudah dipengaruhi anasir tidak bertanggung jawab.

Penulis, Rejal Arbee ialah Felo Kanan UKM.




Petikan : BHarian 27/10/2011

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Ogos 14, 2011

Perangkaan tepat Muslim murtad perlu segera didedah


Berani hadapi kenyataan permudah rangka tindakan

ISU murtad bukan perkara baru, namun gempar semula susulan pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara dan mendapati ada orang Islam menyertai majlis di dalamnya. Wartawan Berita Minggu, ROHANIZA IDRIS dan SYED MOHD RIDZUWAN SYED ISMAIL bertemu Pensyarah Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir dan Presiden Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Dr Yusri Mohamed untuk menghuraikan isu ini.

Badlihisham Mohd Nasir

SOALAN : PADA pandangan Prof, sejauh mana parahnya isu murtad di negara kita kerana sebelum ini, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mendakwa lebih 230,000 Muslim di Malaysia murtad?

JAWAPAN : Jumlah besar Islam murtad terdiri daripada mereka yang pernah memeluk Islam dan kemudian keluar agama ini termasuk Orang Asli. Ia bukan angka masuk Kristian di kalangan orang Islam secara khusus. Kita tidak mahu ada pihak menggunakan angka tidak dipastikan ini yang akhirnya menimbulkan rasa tidak tenteram sehingga memerlukan penyelamat atau hero tidak diundang. Sedangkan mereka sebelum ini tidak ambil peduli pun. Pihak berkuasa agama mungkin tiada data kemas merujuk isu ini atau mungkin disembunyikan atas alasan tertentu. Ini menyukarkan khususnya bagi kajian objektif dan terperinci dilakukan ahli akademik atau orang luar. Usaha ke arah mendapatkan jumlah tepat atau profiling perlu segera dilakukan. Sebagai umat Islam bertanggungjawab, kita harus berani berdepan situasi sebenar sebelum merangka dan mengambil tindakan sewajarnya.

SOALAN : Benarkah Islam murtad didorong sogokan dan bantuan atas faktor kemiskinan. Apakah selemah itu masyarakat Islam hingga senang sekali murtad?

JAWAPAN : Pemberian wang dan bantuan ada asasnya kerana dalam konteks gerakan pendakyah Kristian, wujud konsep ‘diakonia’ iaitu khidmat masyarakat kerana ia tuntutan bagi melaksanakan manifestasi Love of God yang menjadi asas agama itu. Namun, tidak semua penganut Kristian mempunyai orientasi itu seperti tidak semua Muslim ada visi dakwah. Dalam Kristian, tidak semua terbabit menyebar agama, begitu juga dalam Yahudi tidak semua jahat kecuali Zionis. Bagi misionari Kristian, tumpuan diberi kepada aspek kebajikan dalam menarik minat penganut. Sudah tentu isu kemiskinan boleh digunakan untuk melaksanakan misi dan visi mereka.

Kita harus serius terhadap perkara ini kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran.” Pertolongan gerakan ini harus dilihat penuh hati-hati walaupun hasil perbincangan saya dengan pihak Kristian, tidak semestinya mereka mencapai objektif mengkristiankan orang ramai setiap kali memberi bantuan kerana itu sebahagian tanggungjawab. Mereka yang ada masalah ekonomi, ditambah dangkal mengenai Islam memang terdedah kepada proses murtad. Namun, tidak semudah itu umat Islam murtad. Takkanlah dengan hanya membaca Bible atau hadir majlis di gereja menyebabkan mereka menukar agama. Bahkan bagi mereka yang lengkap ilmu agama sendiri, ia berguna bagi melihat perbandingan Islam dengan agama lain dan dapat meningkatkan lagi keimanan.

SOALAN : Bagaimana dengan konsep perbincangan atau sikap terbuka antara agama?

JAWAPAN : Seorang aktivis Muslim di United Kingdom yang saya temui berasa Islam sangat sempurna apabila melalui proses inter-religious community, melawat tempat ibadat agama lain di samping mendapat penerangan lanjut tokoh agama itu. Ini tidak termasuk tokoh Kristian sendiri yang memeluk Islam selepas mereka mempelajarinya. Ramai terpesona dengan kaedah perbandingan ini. Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, menyatakan beliau kerap baca al-Quran dan mengaku banyak mendapat perkara baru daripadanya.

Bagi orang awam, kehadiran di tempat sedemikian (ke gereja) boleh menimbulkan fitnah kerana pihak Kristian yang berniat memurtadkan orang Islam dibekalkan dengan pendekatan kontekstualisasi, cuba membumikan Kristian dengan acuan budaya tempatan. Mereka menggunakan nama Allah, mengekalkan adat dan budaya tempatan bahkan ritual agama juga. Di Indonesia, ada orang Kristian menutup aurat, mengaji Bible dengan nada seperti membaca al-Quran. Kita mungkin boleh tafsirkan bahawa perbuatan menyamakan berbuka puasa dengan thanksgiving adalah satu daripada pendekatan itu. Walaupun penganjur menafikan niat sebenar, mereka harus mengambil kira sensitiviti ini. Walaupun kecenderungan Kristian kini membentuk pendekatan baru yang lebih toleransi dan harmoni melalui inter-religious witness berbanding orientasi misionari, apakah jaminan mereka bebas daripada misi sebenar. Jika ingin menganggap semua agama sama, Islam tetap tidak dapat menerima pluralisme dan liberalisme, Islam bukan sekadar agama ritual tetapi sistem hidup yang lengkap.

SOALAN : Berbalik kepada kemiskinan yang mungkin digunakan misionari memurtadkan orang Islam. Bolehkah ia dikaitkan dengan kelemahan sistem pengagihan wang zakat dalam Islam?

JAWAPAN : Jika kita ke pusat zakat, orang yang ingin membayar zakat disambut dengan senyuman dan ada juga diberi cenderamata, berbeza dengan layanan terhadap orang yang datang untuk meminta zakat, ditambah dengan pelbagai prosedur menyukarkan golongan yang jahil mengenai hak mereka mendapat pembelaan. Kita kena sedar orang miskin lazimnya datang dari satu pakej latar belakang pendidikan rendah dan ramai tidak tahu prosedur. Ada juga masalah profiling asnaf di agensi berkaitan sehingga sukar menjejak mereka yang layak. Orang yang datang biasanya terdesak memerlukan bantuan sedangkan mereka terpaksa melalui birokrasi rumit. Namun, saya yakin agensi berkenaan sedar dan berusaha memperbaiki masalah ini. Kesalahan juga boleh diletakkan kepada fakir yang sengaja mencari kesempatan membolot bantuan walaupun walaupun menggadai akidah di pusat bantuan agama lain.

SOALAN : Bagaimana mahu membendung murtad, sedangkan ada dakwaan jika minum air suci atau holy water pun sukar mengucap dua kalimah syahadah, seterusnya melupakan Islam?

JAWAPAN : Rasionalnya, takkanlah minum air boleh sebabkan seseorang murtad atau lupa. Jika begitu, kerja misionari Kristian sangat mudah. Kita hendaklah adil sekalipun terhadap musuh. Janganlah guna hujah palsu bagi menunjukkan kepalsuan agama lain atau dengan tujuan menunjukkan kita terancam. Hebat sangat nampaknya Kristian sampai menimbulkan rasa takut umat Islam. Namun jika dakwaan itu betul, ia perlu diambil perhatian kerana sihir bukan boleh dinafikan begitu saja. Walaupun isu ini dinafikan pihak gereja, ia perlu dijejaki untuk membuktikan kebenarannya. Jika benar, ia termasuk dalam kategori paksaan secara tidak langsung.

Dalam kes JAIS, ia menjadi rumit kerana masalah pendekatan, berkait dengan waran dan sebagainya. Kenapa tidak bagi ruang kepada JAIS menjalankan tugas kerana melalui kenyataan jabatan itu, mereka pergi (memeriksa gereja) dalam keadaan baik dan mempunyai bukti. Masyarakat harus bersabar kerana JAIS bertindak mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan. Kita mungkin boleh mempersoalkan cara dan pendekatan, tetapi tidak dalam masalah prinsip. Jika terbukti ada usaha mengkristiankan atau sebaliknya, biar mahkamah memutuskan. Undang-undang yang ada jangan dilihat menceroboh hak penganut agama lain. Sejarah menunjukkan Kristian mengenakan hukuman berat kepada mereka yang tinggalkan agama itu tetapi ia larut dalam arus sekularisme dan liberalisme di Barat. Orang Islam berhak menjaga agama selaras dengan undang-undang murtad dan tidak menceroboh hak agama lain.

Kita juga perlu memperkasakan lagi fungsi surau dan masjid. Pintu masjid perlu dibuka kepada semua dengan menjaga adab dan aktif aktiviti kemasyarakatan seperti gereja. Gelandangan dan pesakit termasuk penghidap AIDS mendapat tempat di gereja sedangkan orang Islam memandangnya jijik. Versi lama masjid hanya tempat solat perlu diubah seperti diimarah secara meluas pada zaman Rasulullah SAW. Umat Islam perlu tampil memimpin semua agama, harus jadi umat terbaik menyatukan kepelbagaian kepercayaan dalam suatu kuasa yang dihormati. Apa yang berlaku kini Kristian aktif mendominasi sedangkan Islam boleh menjadi payung semua agama. Hidayah adalah kurniaan Allah tetapi kita harus berusaha berdakwah dengan pelbagai cara termasuk memimpin mereka walaupun mereka tetap kekal dalam agama masing-masing. Akhirnya kita harus bijak agar isu ini tidak menenggelamkan isu lain yang lebih penting.

Miskin bukan alasan gadai akidah

Yusri Mohamed, Presiden PEMBELA

SOALAN : Bagaimana PEMBELA melihat isu murtad yang kembali menggemparkan negara?

JAWAPAN : Murtad di Malaysia adalah kes serius tanpa perlu mengambil kira berapa jumlah yang sudah murtad. Selama ini, mengikut Perlembagaan, kita berjaya mempertahankan setiap orang yang dilahirkan Islam tidak boleh menukar agamanya. Apa yang sudah dipraktikkan itu sangat berjaya dalam negara majmuk, yang tidak ada di negara lain. Kes murtad walaupun hanya seorang, adalah serius. Cubaan memurtadkan orang Islam semakin bertambah dan dibimbangi terus meningkat jika tiada usaha segera menyekatnya. Dalam kes gereja di Damansara itu, jelas membuktikan ada gerakan memurtadkan umat Islam. Ini ancaman baru yang cuba dilakukan secara tersembunyi, tetapi semakin berani dan agresif.

SOALAN : Adakah ini kerana kelemahan penguatkuasaan dan gerakan dakwah Islam?

JAWAPAN : Semua perlu muhasabah dalam isu ini. Pemimpin negara peringkat tertinggi ada peranan, perlu tegas dan konsisten. Penguatkuasaan juga perlu ditingkatkan, undang-undang perlu digunakan sebaiknya. Jangan gentar dengan tindak balas pihak yang diambil tindakan. Kita kena lihat juga cubaan yang mengganggu gugat kes penguatkuasaan seperti laporan media yang berpihak kepada satu kumpulan. Institusi agama termasuk pertubuhan Islam, komuniti dan keluarga perlu ambil serius isu murtad. Keluarga harus ambil berat ahli masing-masing dan memastikan pendidikan agama diberi. Pendidikan dapat menjadi benteng untuk tidak jahil, kufur seterusnya murtad. Sokongan keluarga kunci menyekat diri daripada murtad. Dalam pendedahan kes murtad, tiada sokongan keluarga menyebabkan seseorang terpinggir dan mencari jalan penyelesaian dengan menerima tawaran pihak yang suka mengambil kesempatan.

SOALAN : Faktor tekanan hidup, masalah kewangan dan kemiskinan dijadikan alasan untuk murtad. Adakah isu kemiskinan umat gagal ditangani?

JAWAPAN : Faktor itu tidak boleh dijadikan alasan untuk murtad. Saya pasti mereka yang miskin dan tertekan sengaja menggadaikan maruah dan agama demi wang. Tidak perlu hanya kerana hidup miskin, sanggup gadaikan akidah. Orang miskin yang beragama, tidak sanggup buat begitu kerana mereka percaya miskin adalah ujian keimanan. Mereka yang tiada ilmu atau kurang didikan agama saja sanggup menggadai akidah. Pihak berwajib dalam bidang pendidikan dan agama perlu menilai pendidikan dan dakwah kepada umat Islam. Begitu juga soal memberi perlindungan kepada mereka yang cetek agama, miskin, pesakit dan mualaf. Memang rumah perlindungan bertambah, malah jabatan agama Islam bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menubuhkan rumah perlindungan yang sebelum ini lebih banyak gereja buat. Diharap banyak lagi rumah seperti itu diwujudkan.

SOALAN : Bagaimana dengan penggunaan media baru untuk menyebarkan agama selain Islam?

JAWAPAN : Media baru dan kecanggihan teknologi dalam dakwah, sebenarnya ada kebaikan dan keburukan. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menyebabkan batasan selama ini terbuka luas, malah ramai berani membicarakannya secara terbuka. Pada masa ia memberi kelebihan mendedahkan Islam kepada dunia luar, pintu untuk memurtadkan orang Islam juga terbuka luas. Saya percaya isu murtad lebih kepada kelemahan pegangan agama, bukan kerana kecanggihan ICT.

SOALAN : Apakah pendapat anda terhadap pihak yang menuduh JAIS melanggar Perlembagaan, menyekat kebebasan beragama kerana melakukan pemeriksaan di gereja di Damansara itu?

JAWAPAN : Kenyataan sedemikian dikeluarkan mereka yang tidak mahu mendengar penjelasan JAIS. Mereka juga menentang dan memesongkan tafsiran Perkara 11 dalam Perlembagaan dan cuba mengelirukan orang lain dengan tuntutan bukan-bukan. Perkara 11 menyebut kebebasan beragama, namun ada batasannya. Golongan itu membawa dakyah untuk memecah belah rakyat asalkan niat mereka tercapai. Usah berkompromi dengan perkara berkaitan akidah dan iman. Ada umat Islam dalam membicarakan isu agama, sering melupakan akidah dan iman, menghalalkan cara dan membelakangkan agama, pentingkan kelangsungan politik serta kedudukan. Kita perlu tegas jika bicara soal akidah, iman dan agama. Sesetengah orang begitu tegas dalam isu demokrasi dan hak asasi pilihan raya tetapi tidak berani bersuara dalam kes agama, akidah dan iman. Jelas berlaku kemungkaran. Yang lantang memberi komen ialah pihak cetek agama serta ada sentimen politik. Ada pihak tidak suka JAIS atau apa saja dilakukan badan itu mahu dipolitikkan. Ini amat menyedihkan untuk umat Islam di negara ini.

Sumber : BHarian 14/08/2011

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Ogos 13, 2011

Usaha terancang cabar Perlembagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada dua isu utama yang boleh diselak dalam kontroversimengenai tindakan Jabatan Agama Islam Slangor (JAIS) membuat pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Pertama, isu pelanggaran Perkata 11(4) Perlembagaan dan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 serta Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998.

Isu kedua, pihak manakah yang boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan, adakah JAIS, umat Islam yang menyertai program itu atau pengajur?

JAIS pada masa rencana ini ditulis, belum menyiapkan laporan hasil tindakan mereka memerikasa penganjur program Makan Malam Kesyukuran di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Namun, jika mengikut logik perundangan dan perlembagaan, JAIS melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penguatkuasa agama Islam dan pemeriksaan dibuat mengikut prosedur, termasuk bersama polis.

Pemeriksaan dibuat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri'.

Mengenai tindakan umat Islam berada pada majlis itu, hak mereka sah mengikut perkara 10 Perlembagaan iaitu hak dan kebebasan bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan..

Namun, program yang dihadiri mereka itu bertentangan dengan Perkara 11(4) kerana mempunyai unsur penyebaran dan pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam. Mengikut Perkara 11(4), kerajaan Persekutuan dan negeri boleh mengawal atau menyekat pemengembangan kepercayaan agama antara orang menganuti agama Islam.

Seluruh negeri di Malaysia kecuali Sarawak dan Perlis mempunyai undang-undang khusus untuk menyekat atau mengawal pengembangan agama bukan Islam. Ini bermakna Selangor antara negeri yang mempunyai undang-undang khas yang boleh mengawal dan menyekat usaha penyebaran atau pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam.

Sekali lagi, program yang diadakan itu bertentangan dengan Perkara 11(4) kerana ia dihadiri orang Islam adn jumlahnya mengikut JAIS adalah 20 orang, masing-masing 3 lelaki, 9 wanita dan 8 kanak-kanak.

Bagi penganjur program pula, jelas sekali majlis makan malam yang diadakan itu bertembung dengan Perkara 11(4) kerana mempunyai unsur penyebaran dan pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam. Ia dibuktikan menerusi pemeriksaan JAIS yang menemui tentatif program tercatat nyanyian 'Alhamdulillah' dan 'Allah Akbar' dengan alasan penganjur menggunakan kalimah itu tidak dilarang kerajaan.

Tuan Musa Awang

Mengulas kontroversi ini, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Musa Awang, berkata tindakan JAIS memeriksa premis berkenaan sebagai selari dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana ia menyentuh kepentingan Islam dan umat. Namun yang menyedihkan, tindakan JAIS dipadang serong dan mendapat kecaman banyak pihak.

Jika ditinjau dalam konteks percakapan undang-undang, kontroversi ini JELAS sekali membabitkan pelanggaran Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Pihak penganjur secara terang-terangan mencabar Perlembagaan.

Polis boleh dakwa pengajur di mahkamah kerana mereka mencabar Perlembagaan, namun persoalannya, adakah pihak berkuasa berani bertindak?




Sumber : Anwar Patho Rohman di BHarian 13/08/2011

Capaian entry berkaitan:
* Usaha terancang cabar Perlembagaan
* Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal
* Konspirasi gereja pesong akidah tak boleh dibiar
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

Butiran selanjutnya ...

Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal


Umat Islam patut buka mata pihak pesong akidah menerusi kerja amal kebajikan

PEMBONGKARAN kes sekumpulan umat Islam yang terpaksa menerima perlindungan di sebuah gereja di Selangor kerana kesempitan hidup minggu lalu mengingatkan penulis kepada keputusan diambil pengurusan Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh Subang Jaya sekitar dua tahun lalu.

Pusat ini menerima lapan pesakit HIV Muslim yang sebelum itu bernaung dalam gereja di Petaling Jaya bagi menyelamatkan akidah mereka. Menurut pesakit, ada di kalangan mereka dibaptiskan ketika nazak dan dikuburkan sebagai Kristian. Kebanyakan pesakit sudah lama terputus hubungan dengan keluarga. Apabila mati, tiada waris menuntut. Seorang pesakit memberitahu, dia nekad keluar dari gereja itu selepas melihat rakannya meninggal dunia akibat tibi.

“Jenazahnya yang tidak dituntut keluarga diuruskan ikut cara Kristian, sedangkan dia Muslim. Memang banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan gereja Katolik, sedangkan ramai pesakit ialah Melayu-Islam. Saya percaya ramai lagi rakan sebangsa ingin keluar dari gereja itu, namun tiada tempat lain dituju. Hendak balik kampung, keluarga sudah buang mereka,” katanya yang berasal dari Kuala Selangor.

Berdasarkan maklumat, tempat perlindungan dikelola mubaligh dan aktivis Kristian tidak semestinya gereja. Banyak yang dipanggil rumah kebajikan masyarakat atau WCH (welfare community homes). Hari ini, dianggarkan 3,000 pesakit HIV lelaki Islam tinggal di gereja dan WCH sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, ada pandangan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan juga memberi hak kepada warga negara Malaysia yang cukup umur, iaitu 18 tahun memilih sendiri agamanya, termasuk menukar agama. Hujah ini diperkuat kes gadis Cina Kelantan, Suzie Teoh yang mengaku masuk Islam pada umur 16 tahun. Ibu bapanya memohon perintah mahkamah untuk mengisytihar tindakan anak mereka tidak sah. Dalam tangisan, Allahyarham Tun Salleh Abas yang mengadili kes itu mengesahkan Teoh kekal dalam agama asalnya. Namun, dua tahun kemudian, kes dibuka semula dan dalam tangisan, Teoh memberitahu mahkamah: “Saya Yang Arif, kekal dalam agama saya, saya masih dengan nama Nur Aini.”

Jadi, apakah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Adakah ia berfungsi secara politik atau perundangan atau sekadar untuk acara rasmi saja? Beberapa peguam melahirkan keresahan kerana apabila berlaku pertembungan antara hukum syarak dan sivil, hukum syarak ‘kena’ beri laluan kerana Perkara 4 Perlembagaan menyebut mana-mana undang-undang yang bertentangan atau bercanggah dengan Perlembagaan adalah terbatal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak.

Sekitar 1987, Jamaludin Othman yang menjadi Kristian dengan nama Jeshua, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memesongkan akidah ramai anak Melayu. Namun, dia dibebaskan mahkamah atas alasan kebebasan beragama, berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

Sementara pakar undang-undang membincangkan hal ini, hakikatnya ramai orang Islam yang murtad. Rekod rasmi menunjukkan pada 1989 ialah 4,776 Islam murtad, manakala pada 1997 hingga 1998, bilangan orang Islam yang mohon menukar kepada agama Kristian ialah 3,516. Tidakkah ini menggerunkan?

Gerakan mengkristiankan orang Islam di Malaysia bermula sejak kedatangan Portugis dan Belanda ke Nusantara, kemudian dijalankan penjajah Inggeris sehingga kepada kumpulan mubaligh dan gereja Kristian hari ini. Gereja Merah di Melaka, kubu A Famosa dan tugu St Francis Xavier antara peninggalan sejarah kristianisasi di negara ini. Menurut Pusat Islam California, pendakwah Kristian menjadikan Malaysia sasaran mereka. ‘Window 10/40’ adalah singkatan kepada usaha mengkristiankan penduduk negara di antara garis lintang 10 dan 40 darjah di peta dunia.

Antara kes bersejarah ialah membabitkan Natrah, anak gadis Belanda beragama Islam yang dimurtadkan. Peristiwa yang berlaku enam dekad lalu menyebabkan orang Melayu-Islam merusuh satu negara. Kes lain dalam ingatan termasuk Lina Joy, Nor Aishah Bokhari yang kahwin lari dengan pemuda bukan Islam dan Hartina Kamaruddin, wanita Perak yang menukar nama kepada Nivasni Rajeswari.

Keratan akhbar Harian Metro

Sebelum kecoh pasal penahanan kitab Injil dalam bahasa Melayu cetakan Indonesia baru-baru ini, timbul peristiwa sama pada 1997. Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Dalam Negeri merampas 250 buku ajaran Kristian berbahasa Melayu, termasuk bertajuk Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenali Rasul.

Di dalamnya ada kalimah ‘Allah’, ‘imam’ (untuk paderi), ‘nabi’, ‘malaikat’ dan istilah lain yang lazim kepada Muslimin. Sekali pandang, macam buku agama Islam. Ini adalah taktik, termasuk menggunakan nama penulis Melayu, misalnya buku Circumcised Heart karangan Hilmy Nor (Kairos Research Centre).

Dalam kes di DUMC, kitab Injil yang sama didapati diberikan kepada 12 orang Islam yang kononnya beriftar di situ. Ada gesaan daripada beberapa pihak agar polis siasat wujudnya kertas kuiz mengenai Islam ketika pemeriksaan JAIS. Antara soalannya bertanyakan maksud perkataan Islam, Muslim dan Quran. Juga ditanya malaikat yang menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad. Selain itu, ada juga nyanyian ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ pada majlis itu. DUMC dikatakan sering dikunjungi sehingga 100 ibu tunggal Muslim yang melarat.

Ada pihak membangkitkan apa salahnya orang Islam ke gereja seperti bukan Islam ke masjid. Ada juga menentang tindakan JAIS kerana berlawanan dengan semangat 1Malaysia, malah ada yang mahu Perlembagaan dipinda agar orang Islam juga bebas memilih agama.

Ketika perpaduan nasional dan keharmonian kaum menjadi matlamat negara, soal utama ialah kesucian dan kedaulatan Islam. Bagi Muslimin, ini adalah perkara wajib. Tidak ada kompromi kerana mendaulatkan kedudukan Islam adalah jihad. Penganut agama lain dan warga negara Malaysia harus memahami prinsip ini.

Satu lagi perkara berbangkit ialah keberkesanan kementerian dan agensi yang diwajibkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah kelak, pihak berwajib perlu mengkaji semula mekanisme dan kecekapan mereka menyalur bantuan agar tidak ada lagi orang Islam yang mengemis kepada gereja. Ini sangat memalukan.

Sepatutnya tidak ada lagi ibu tunggal yang daif di Selangor tetapi kerana janji ditabur dan tidak dikota, orang Islam miskin negeri ini terpaksa merempat di gereja. Dilaporkan juga kementerian bertanggungjawab memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang , tapi yang pasti ia tidak dapat dinikmati ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapat makanan. Jika kita yakin zakat dan Baitulmal ialah sistem Islam terbaik bagi mengatasi kemiskinan dan mewujudkan keadilan sosial, kenapa ini tidak berlaku dalam masyarakat kita?

Penulis, Juhaidi Yean Abdullah ialah Yang Di Pertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh




Petikan : BHarian 13/08/2011

Capaian entry berkaitan:
* Usaha terancang cabar Perlembagaan
* Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal
* Konspirasi gereja pesong akidah tak boleh dibiar
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Ogos 12, 2011

Konspirasi gereja pesong akidah tak boleh dibiar

PEGAWAI JAIS dan anggota polis ketika pemeriksaan di dewan DUMC Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pihak berkuasa perlu siasat, ambil tindakan tegas elak keharmonian antara agama terjejas

KONTROVERSI berkaitan cubaan pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam, seperti yang didakwa di sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu tidak harus dipandang ringan oleh pihak berkuasa.

Kehadiran 12 orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada majlis makan malam anjuran gereja terbabit sudah tentunya memerlukan penjelasan penuh dan segera oleh Kerajaan Negeri Selangor serta individu terbabit, iaitu tiga lelaki dan sembilan wanita yang membawa lapan kanak-kanak bersama mereka.

Apakah yang sebenarnya sudah terjadi? Di manakah silapnya? Mengapa boleh keadaan ini dibiarkan berlaku di sekeliling kita? Kejadian di DUMC itu harus menyedarkan umat Islam seluruhnya dan pihak berkuasa supaya mempertahankan agama suci kita daripada dinodai oleh pihak tertentu. Sebenarnya cerita mengenai umat Islam dipesongkan bukannya baru. Sejak beberapa tahun lalu pun sudah ada banyak kes mengenai orang Islam membuat permohonan kepada pihak berkuasa untuk menukar agama dan macam-macam lagi.

Justeru sudah tiba masa kita bersikap lebih tegas dan tidak membenarkan umat Islam terus dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini. Tidak cukup dengan isu halal haram, kini mereka cuba menyentuh soal akidah pula.

Semua pihak harus memainkan peranan dalam menangani isu ini. Kerajaan tidak boleh terlalu berlembut apabila berdepan dengan isu berkenaan. Undang-undang sedia ada, seperti Enakmen Nombor 1, 1988 iaitu Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di kalangan Muslim) yang dikuatkuasakan di Selangor dan negeri lain sejak lebih dua dekad lalu hendaklah diguna pakai dalam tindakan terhadap pihak yang cuba merosakkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Enakmen itu sudah pun dikuatkuasakan di semua negeri kecuali Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Datuk Zulkifli Nordin

“Mungkin atas sebab itulah perbuatan murtad dan menyebar dakyah banyak berlaku di Kuala Lumpur,” kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.

Beliau menyeru kepada kerajaan supaya segera menggubal satu akta pencegahan dakyah agama lain bagi Wilayah Persekutuan.

“Gerakan ini sudah lama, cuma cara mereka berbeza. Saya tidak terkejut kalau DUMC melakukan perkara itu,” kata Zulkifli.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, dalam kes di Selangor, kesalahan yang disabitkan ialah kesalahan sivil dan bukannya kesalahan syarie kerana negeri berkenaan sudah pun mempunyai akta yang mengawal penyebaran agama bukan Islam di kalangan Muslim.

Gereja terbabit menafikan ia berhasrat untuk memesongkan akidah individu Muslim pada majlis yang dianjurkan dan menganjurkannya untuk tujuan amal.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

Katanya, ketika serbuan itu, ada anggota gereja sedang berucap dan menyelitkan perkataan al-Quran. Terdapat juga bukti ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

CONTOH soalan menguji minda yang disediakan oleh pihak gereja.

Sebelum ini kita pernah terdengar cerita mengenai umat Islam yang dipercayai murtad dan menjadi pengikut pertubuhan Kristian selepas dijanjikan ganjaran sehingga RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah rakan mereka menerusi pembaptisan.

Mereka yang menyertai kumpulan berkenaan lebih mudah lupa pada pegangan agama asal buat seketika selepas diberi minuman air ‘suci’ (holy water) dan selepas menjalani upacara pembaptisan di dalam kolam renang.

Kumpulan terbabit juga dikatakan menjalankan aktiviti dakyah dengan mengadakan siri ceramah yang diadakan secara sulit, malah turut memiliki perpustakaan komuniti di Sri Manja, Jalan Klang Lama.

Gejala berkenaan lebih membimbangkan kita kerana gaya kehidupan bebas yang semakin diamalkan oleh anak muda zaman kini, yang tidak begitu menghiraukan soal halal haram dan akidah.

Pergaulan bebas dan pemikiran terbuka juga boleh menyebabkan golongan berkenaan mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah yang cuba disebarkan oleh pihak tertentu.

Apapun, dalam menangani isu berkenaan, kita berharap tiada pihak yang akan mempolitikkannya kerana ia boleh menyulitkan lagi keadaan.




Petikan : Razak Ghows di BHarian 12/08/2011

Capaian entry berkaitan:
* Usaha terancang cabar Perlembagaan
* Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal
* Konspirasi gereja pesong akidah tak boleh dibiar
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Ogos 11, 2011

Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa


Sia-sia gubal undang-undang banteras kemungkaran tapi tak dimanfaat

KEGUSARAN masyarakat Islam mengenai pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam bukan perkara baru. Ia sudah lama bersarang, bukan saja di Selangor, tetapi juga di seluruh negara. Mungkin ramai pembaca yang sudah sedia maklum mengenai perkara ini.

Kegusaran ini pernah disebut oleh Raja-Raja di dalam proses membentuk Perlembagaan negara. Hasil daripada itu kita mempunyai peruntukan yang begitu jelas dalam Perlembagaan. Menerusi Perkara 11(4) Perlembagaan membolehkan penggubalan undang-undang sekatan terhadap pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Oleh itu, pada 1980-an, negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan yang begitu sinonim dengan kedudukan Islam dan kedudukan umatnya di negara ini.

Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa kita perlu gusar dengan pengaruh agama lain sekiranya kita percaya umat Islam itu teguh iman dan jati dirinya. Pendapat ini mungkin ada benarnya. Tetapi kegusaran itu juga bertempat; bukan sekadar bimbangkan iman umat Islam semata-mata, tetapi juga kegusaran mengenai pengaruh agama lain yang mengugat, mencabar dan memperlekeh kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukannya tidak patut ditenggelami oleh syiar agama lain.

Sebelum hebohnya peristiwa di Gereja Methodist Damansara Utama, kita sudah mendengar pelbagai rungutan mengenai kes murtad kesan daripada pengembangan agama lain di kalangan orang Islam. Ramai yang bercakap mengenainya. Ia seolah-olah menjadi rahsia umum walaupun ada segelintir pihak cuba menafikannya dan masih bersangka baik.

Sebagai bukti, pada pertengahan 1980-an, kerajaan pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk membanteras kegiatan mubaligh Kristian di kalangan orang Islam (kes Minister of Home Affairs, Malaysia lwn. Jamaluddin Othman [1989] 1 MLJ 418.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara ini sudah berlarutan, masyarakat Islam masih belum melihat tindakan konkrit pihak berwajib. Apa masalah yang membelenggu penguatkuasaan undang-undang berkaitan juga tidak dapat dipastikan. Keadaan ini sudah tentu mengecewakan umat Islam.

Kekecewaan ini walaupun bermusim, adalah sesuatu yang serius dan tidak dipandang sebelah mata oleh kerajaan atau pihak berwajib. Disebabkan ruang perundangan teramat jelas, ada baiknya kita selesaikan isu Gereja Methodist Damansara Utama atau kes yang serupa menerusi kaedah perundangan.

Seperti yang saya sebut pada permulaan tulisan ini, kita mempunyai undang-undang tertentu untuk menangani isu ini. Negeri Selangor mempunyai Enakmen No. 1 1988, iaitu Non-Islamic Religions (Control of Propagation among Muslims) lebih dua dekad lalu. Begitu juga dengan negeri lain.

Apa gunanya kita meluluskan undang-undang sebegini, tetapi enggan pula menggunakannya apabila perlu. Walaupun mekanisme undang-undang bukanlah satu-satunya cara menangani masalah seperti ini, bukankah satu kerugian sekiranya kita gagal memanfaatkannya?

Saya membaca banyak tulisan di internet yang mempersoalkan penggunaan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab mengajak orang Islam kepada agama mereka. Antara hujah yang dibawa ialah, orang Islam tidak patut menyalahkan pihak lain sekiranya orang Islam murtad, ia adalah kesalahan dan kelemahan orang Islam sendiri.

Orang Islam gagal menjaga kebajikan saudara seagama. Tidak kurang juga orang yang mempersoalkan keberkesanan pengagihan pendapatan zakat – urusan birokrasi dan sebagainya.

Mungkin umat Islam ada kelemahan dalam menjalankan urusan Islam, tetapi saya tidak bersetuju dengan pendapat ini. Dalam penguatkuasaan undang-undang, ia bukan bermaksud menyalahkan orang lain kerana kegagalan kita. Kedua-dua itu ada perkara berbeza. Kita mempunyai kewajipan menjaga akidah saudara seagama, tetapi sekiranya kita gagal, orang lain tidak harus mengambil peluang di atas kelemahan atau kegagalan kita untuk menyampaikan dakyah mereka. Kegagalan kita tidak harus dijadikan justifikasi kepada mereka. Perkara ini disebut di dalam Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Islam pada 1990.

Perbuatan mengeksploitasi kemiskinan seseorang untuk menukar agama seseorang adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi di dalam Islam – “Islam is the religion of unspoiled nature. It is prohibited to exercise any form of compulsion on man or to exploit his poverty or ignorance in order to convert him to another religion or to atheism”.

Walaupun deklarasi ini bukanlah undang-undang kita, semangatnya ada dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi peluang kepada penggubalan undang-undang untuk menyekat pengembangan doktrin yang bertentangan ajaran Islam.

Selain itu, dalam hal agama Islam, ahli politik tidak boleh menjadi apologetik dan mengambil pendekatan menyalahkan pihak penguat kuasa. Ahli politik hendaklah menghormati tugasan pihak penguat kuasa yang dilantik untuk melaksanakan undang-undang.

Secara jujurnya saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan ahli politik yang menghentam pihak berkuasa agama dalam penguatkuasaan undang-undang.

Sekiranya benar penguat kuasa berkenaan melanggar prosedur, serahkan mereka kepada undang-undang – bukankah kita memegang prinsip kedaulatan undang-undang?

Penulis, Shamrahayu A Aziz ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).




Petikan : BHarian 11/08/2011

Capaian entry berkaitan:
* Usaha terancang cabar Perlembagaan
* Isu murtad bongkar kepincangan agensi kebajikan, Baitulmal
* Konspirasi gereja pesong akidah tak boleh dibiar
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Ogos 10, 2011

KDN disyor kaji kitab Injil dalam bahasa Melayu




Petaling Jaya : Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengkaji semula kebenaran mencetak dan mengedar Kitab Injil dalam bahasa Melayu kerana kemudahan itu dikhuatiri dieksploitasikan pihak tertentu dalam cubaan mereka memesongkan akidah umat Islam yang didakwa berleluasa sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali berkata, mengikut perancangan asal, pengedaran kitab itu yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran sepatutnya hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, namun ia kini boleh ditemui di Semenanjung.

“Difahamkan kebenaran ini pada awalnya hanya untuk pengedaran kitab itu di Sabah dan Sarawak atas alasan segelintir penganut Kristian di sana tidak memahami bahasa Inggeris. Bagaimanapun, kami dimaklumkan kebenaran untuk mencetaknya juga menimbulkan kebimbangan.”

“Kita khuatir jika ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ini untuk memesongkan akidah umat Islam kita melalui pelbagai cara, malah banyak kekeliruan juga sudah timbul. Justeru, kita minta kementerian berkaitan bertindak segera, termasuk menarik balik kebenaran itu jika perlu sebelum keadaan menjadi lebih teruk,” katanya lagi.

Beliau sebelum itu bersama Yang di-Pertua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor membuat laporan polis meminta siasatan terperinci dilakukan terhadap sebuah komuniti gereja di sini yang didakwa cuba memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan anjuran mereka.

Sementara itu, 100 penyokong PERKASA berhimpun secara aman di depan IPD Petaling jaya bagi mempertahankan tindakan JAIS dan Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berhubung kontroversi serbuan gereja berkenaan.

Malah, kumpulan terbabit yang membawa sepanduk “Hanya Islam Agama Persekutuan” dan “JAIS Jangan Gentar Pertahan Kesucian Islam” turut meminta siasatan terperinci bagi mengekang sebarang cubaan pihak tertentu memurtadkan umat Islam secara rahsia yang dikhutiri boleh menjejaskan keharmonian kaum dan sensitiviti agama di negara ini.

JAIS mohon waran tangkap 12 ~ BHarian 2011/08/10

Gagal hadir bantu siasatan dakwaan gereja sebar agama terhadap orang Islam

SHAH ALAM: Seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, yang sepatutnya memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam gagal berbuat demikian walaupun pihak berkuasa agama itu sudah menyerahkan surat dan menelefon mereka untuk memberi kerjasama.

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, berkata pihaknya akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas mereka enggan memberikan kerjasama walaupun pihaknya sudah menyerahkan surat termasuk menelefon untuk hadir.

“JAIS akan memohon waran tangkap dalam tempoh 24 jam daripada Mahkamah Syariah selepas surat dikeluarkan hari ini (semalam). Sepatutnya mereka hadir membantu siasatan, tetapi seorang pun tiada. Kita tetap beri masa kepada mereka dan mereka boleh hubungi JAIS pada bila-bila masa untuk hadir, tetapi tidak berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Baru-baru ini, JAIS menyerbu DUMC di Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu dihalang penganjur. Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya difahamkan semua mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing untuk tidak hadir membantu siasatan JAIS berhubung perkara terbabit.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin melalui satu SMS yang dihantar kepada pemberita meminta semua pihak bertenang mengenai isu terbabit.

“JAIS meminta semua pihak bertenang berhubung dengan pemeriksaan ke atas DUMC sehingga kertas siasatan selesai. Buat masa ini pihak JAIS masih dalam siasatan berhubung kes itu,” katanya.

Di KOTA BHARU, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata parti itu tidak harus dikaitkan dengan tindakan JAIS memeriksa DUMC, kerana tindakan itu mengikut peruntukan undang-undang. Katanya, sekiranya JAIS tidak mengikut undang-undang, pihak gereja terbabit sudah tentu boleh mengambil tindakan dengan menyaman agensi berkenaan.

“Bagi pandangan saya, JAIS sudah tentu bertindak mengikut undang-undang, kalau tidak sudah tentu boleh disaman kerana menceroboh dan semua pihak perlu faham agensi terbabit cuba menyelesaikan masalah,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengingatkan semua pihak supaya menghormati Islam sebagai agama rasmi dan tidak menjalankan aktiviti yang boleh menggugat akidah umat Islam. Beliau berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh Hasan berhubung tindakan JAIS.

“Beliau (Hasan) cakap ada bukti kukuh tapi saya tidak tengok bukti itu sebab ia masih dalam siasatan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Hasan berhubung serbuan gereja itu, di sini.




Sumber : BHarian 10/08/2011

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails