“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan

Selasa, Julai 01, 2014

Jangan mencela makanan



Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam entry kali ini di bulan Ramadhan yang mulia. Syukur masih ada kelapangan untuk saya nukilkan sedikit pengalaman untuk tatapan dan pengajaran yang dapat kita ambil, insyaAllah.

Makanan adalah suatu nikmat yang sangat penting bagi manusia, kerana manusia perlukan makanan untuk hidup. Makanan itu pula ada kalanya disukai, sedap dan menyelerakan dan ada kalanya pula sebaliknya. Apabila dihidangkan dengan makanan yang tidak disukai, tidak sedap dan tidak menyelerakan, ada kalanya seseorang itu tidak dapat menahan diri daripada mencela makanan tersebut.

Sesuai dengan tajuk entry, saya nak cerita sikit al-kisah yang berlaku sewaktu iftar Ramadhan kedua (semalam). Gambar di atas adalah makanan yang dihidangkan oleh caterer yang dilantik oleh Masjid XXXX berdekatan kediaman saya. Saya rahsiakanlah, sebab tak mahulah dikatakan mengumpat pula nanti. Ikut menu yang disediakan, dalam pinggan ada nasi putih, sayur campur, ikan keli goreng + sambal, sambal belacan + timun, dalam pinggan asing pula ada gulai lemak daging salai + belimbing buluh + ubi kentang. Pencuci pulut pula pudding cendol dan air laici. Waaaah…. Sedap,kan? Jangan ada yang meleleh air liur baca entry saya sudahlah, ya… hehe...


Saya duduk semeja dengan anak-anak, kebetulan sewaktu hampir-hampir berbuka, seorang hamba Allah bersama anak kecilnya menyelit masuk duduk bersama meja sehidangan. Masuk sahaja waktu berbuka, kami pun mulalah mengisi perut. Agaknya disebabkan lapar seharian berpuasa, saya sangat consentrate makan, tanpa sempat menoleh ke kiri dan kanan lagi. Tiba-tiba hamba Allah yang duduk semeja membuka mulut, “Isy… apasal nasi ni mentah.” Sayapun kuis-kuis sedikit nasi yang di dalam pinggan. Dalam hati, “Hemmm…. Sedikit keras, ada juga yang tak cukup kembang. Tak apalah, rezeki depan mata, perut tengah lapar…”. Hamba Allah ini terus menegur, “Nasi tak mentah ke? Elok je makan…”, saya jawab sambil senyum, “Mentah sikit, tapi boleh makan.” Saya memang tak cerewet sangat soal makan, lebih-lebih lagi bila makanan tersebut diberi percuma.

“Ish… akak tak lalu makan nasi mentah macam ni. Ini salah sukat air, masak tak betul memanglah mentah….” rungut hamba Allah ini lagi. Saya cuma senyum aje.

“Kalau budak akak yang masak nasi ni memang kenalah… Akak memang jaga bab-bab macam ni sebab akakpun buat catering juga…” 

Hemmm… tak terkata apa, entahlah… bukan saya tak mahu layan celoteh hamba Allah ini, tapi terasa rugi kalau tak ‘khusyuk dan tawadduk’ menikmati makanan yang ada… heh heh heh… Saya ingatkan hamba Allah ini akan ‘senyap’ sebab saya tak layan dia merungut, tapi rupa-rupanya ada lagi rungut-sambungannya.

“Nampak selera betul makan ya, ambik la lauk akak ni (ikan keli). Akak tak makan ikan-ikan macam ni. Tak lalu tekak. Lauk semalam sedap, hari ni tak berapa sedap. Nasi pulak mentah…” Saya senyum aje, entahlah… Rasanya memang eloklah saya diam, sebab teringat satu hadis nabi berkenaan larangan mencela makanan. Saya beritahu hamba Allah ni, “tak apalah kak, lauk anak ni pun (sambil tunjuk lauk anak yang duduk sebelah) tak habis lagi, nanti kalau nak saya ambil.” Saya sambung habiskan makanan yang ada, licin pinggan tinggal tulang tengah di badan ikan keli saja… he he… Dalam pada itu, hamba Allah ini terus-menerus merungut akan ‘ketidak-sempurnaan’ juadah yang dihidangkan. Astagfirullah, nak saja saya ‘ceramah’ sikit pada hamba Allah ini, tapi entah mengapa tiada kekuatan untuk menegurnya. 

Saya kongsikan kisah ini agar kita dapat iktibar daripada apa yang berlaku. Memang ada hadis yang melarang kita mencela makanan. Saya godek-godek EnGoogle dan ambil dari JAKIM : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya.” (HR Muslim) 

MasyaAllah, begitu tinggi pekerti Rasulullah s.a.w., tidak mencela makanan kerana setiap rezeki yang dikurniakan Allah semuanya baik kerana dengan rezeki tersebut juga dapat memberi beberapa faedah dan manfaat kepada hambanya, sesuai dengan tempat dan keadaan di mana berada. Janganlah kita mencela atau mencaci makanan yang kita diperolehinya. Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahawa seharusnya seorang muslim itu redha dengan rezeki dan makanan yang ada. Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya, itulah yang lebih aula...

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata, maksudnya, “Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah s.a.w. mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.” (HR Muslim)


Berdasarkan hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa makruh mencela makanan yang halal dimakan. Adapun makanan yang haram pula maka bolehlah dicela dan melarang orang lain memakannya. Imam an-Nawawi r.a. berpendapat bahawa antara adab makan yang penting untuk dijaga ialah tidak mencela sesuatu makanan yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa; umpamanya mengatakannya masin, masam, kurang garam, cair, tidak cukup masak dan sebagainya.

Sebahagian ulama mengharuskan mencela makanan jika ianya bertujuan untuk mengkritik cara masakannya, bukannya bertujuan untuk mencela makanan tersebut. Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalaani Rahimahullah, larangan mencela makanan tersebut adalah umum kerana mencela masakan seseorang boleh melukakan hati orang yang memasaknya. Akan tetapi jika ianya bertujuan untuk kebaikan masa hadapan, iaitu supaya masakan tersebut dapat diperbaiki maka tidaklah menjadi kesalahan menurut sebahagian ulama.


Jika dihidangkan sesuatu makanan sedangkan makanan tersebut tidak disukai ataupun tidak pandai memakannya, maka diperbolehkan menolak dengan mengatakan: “Saya tidak menyukai makanan ini” atau “Saya tidak biasa atau tidak pandai memakannya” atau dengan apa jua ungkapan yang seumpamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah dihidangkan dengan daging dhab bakar lalu Baginda tidak mahu memakannya. Khalid bin al-Walid r.a. lalu bertanya kepada Baginda, maksudnya, “Adakah dhab itu haram wahai Rasulullah!?” Rasulullah s.a.w. pun menjawab, maksudnya: “Tidak, akan tetapi binatang itu tidak ada di bumi (lingkungan) kaumku, sehingga aku tidak menyukainya.” (HR al-Bukhari dan Muslim). 

Dalam sebuah riwayat yang lain pula diceritakan bahawa Baginda menjawab maksudnya: “Makanlah kamu, sesungguhnya ianya adalah halal. Akan tetapi ianya bukanlah daripada makananku (yang biasa aku makan).” (HR Muslim)

Nah kawan-kawan, makanan adalah nikmat kurniaan Allah SWT yang patut dihargai dan disyukuri dan jangan sekali-kali ianya dicela. Jika makanan yang dihidangkan kepada kita itu kita sukai, maka makan dan pujilah makanan itu selayaknya, sebaliknya jika makanan itu tidak kita sukai, maka diam adalah lebih baik atau boleh saja makanan itu ditinggalkan. 

Ingat, jangan mencela makanan, ya!

XOXO...


NB: Sebahagian info dipetik dari JAKIM dan Mufti BN

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Jun 30, 2014

Sunnah buka puasa dengan rutab


Assalamualaikum rakan-rakan...

Lamanya tak berblogging... he he... Semoga rakan-rakan sihat-sihat belaka disamping menjalani ibadah puasa. Bagaimana dengan puasa kali ini? Rasanya agak mencabar juga ya, sebab kita masih dalam musim El-Nino, panasnya ahuhai... 

Ada kesempatan di bulan puasa ni, bolehlah BG masukkan entry terbaru. Kali ini nak kongsikan apa yang BG baca di fB DrMAZAdotcom, katanya, Nabi s.a.w berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Apa rutab tu ya? Haaa... kalau nak tahu, rutab adalah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering.  Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Dalam hadith daripada Anas katanya: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ 

Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan) 

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda Nabi s.a.w, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): "Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). 

Ohhh.... selama ini kita panggil buah tamar/kurma aje, rupanya ada namanya yang tersendiri. Apa rasa rutab ni ya? Menurut DrMaza, katanya rutab lembut dan manis. BG pernah makan rutab ni, ada yang macam dalam gambar di atas, dan ada juga yang berwarna merah. Rasanya manis-manis kelat, kalau ada yang tak suka rasa kelat, kenalah tunggu rutab masak ranum dan jadi lembik sedikit. 


gambar ehsan EnGoogle

BG beli rutab ni di Cold Storage, SACC Mall, beberapa tahun lepas. Masa belek-belek rutab ni, ada seorang hamba Allah beritahu BG, pilihlah yang warna kuning kerana ia lebih sedap daripada yang berwarna merah. Haaa... jika ada yang nak mencuba, sila-silalah rasa kedua-dua jenis rutab ini... Semoga bertambah lagi pahala berbuka dengan mengikut sunnah.  


Butiran selanjutnya ...

Khamis, Februari 16, 2012

Setiap penyakit ada penawar jika berikhtiar



DARI Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis

ISLAM menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa juga perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.

Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh mana keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.

Golongan yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan, sebaliknya bagi orang yang kurang imannya yang mana hal yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh daripada jalan-Nya.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan atau ujian yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pepatah Melayu ‘pantang maut sebelum ajal’.




Sumber : BHarian 16/02/2012

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Jun 03, 2011

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum warahmatullah,

Makanlah makanan yang baik-baik kerana kita adalah apa yang kita makan. Untuk tambah memberkati makanan yang disuap, jangan lupa ucapkan Bismillah. Jika kita makan dengan nama Allah, insya Allah makanan yang disuap bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga berkat dan membina sahsiah diri yang sihat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu makan, hendaklah dia membaca Bismillah. Jika terlupa, membaca pada awalnya, hendaklah membaca pula Bismillah awalnya dan akhirnya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Apabila selesai makan, ucapkanlah Alhamdulillah sebagai tanda kita mensyukuri rezeki yang telah diberikan kepada kita. Ini juga seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Alhamdulillah yang telah memberikan kita makan dan minum dan telah menjadikan orang-orang Islam.” (Hadis riwayat Imam Malik)

Renung-renungkan!


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 08, 2011

Rugi sia-siakan usia dengan kemaksiatan


Muslim mesti sentiasa beringat manfaat kehidupan di dunia untuk kesejahteraan di akhirat

NIKMAT kehidupan yang dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya ialah gambaran cinta dan kasih sayang yang tidak terbanding. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan.

Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.

Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira dengan jari. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan penuh kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentu kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bahkan ada orang lain yang tidak dapat merasainya. Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan lengkap. Cuma, ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia yang tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain. Malangnya, ada yang menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina. Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut atau merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan ilmunya untuk apakah ia gunakan dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana sedar semuanya adalah pinjaman saja, sebaliknya berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu.

Ia supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang kurang berkemampuan kerana orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentu mereka tidak akan melupakan hari akhirat.” (Surah Al-Ankabut, ayat 64)

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: “Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.”

Usia panjang adalah satu nikmat tidak ternilai kerana dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia ini diambil semula pemiliknya maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur. Sebab itu jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Justeru, jika kita mengerti nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita.

Sedangkan bertahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi. Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada’ dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya sedar bahawa kematian adalah pengakhiran.

Oleh itu, sedang pintu taubat sentiasa terbuka, jangan kita longlai usaha untuk menjadi insan berguna.

Renung-renungkan!




Sumber : Penulis, Nik Salida Suhaila Nik Saleh ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom, petikan BHarian 24/03/2011.

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mac 11, 2011

Tiga kebahagiaan insan


Assalamualaikum warahmatullah,

Tiada siapa yang inginkan kesedihan, kemurungan dan keresahan. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja pun, saya yakin dan pasti yang merekan akan berkehendakkan akan kebahagiaan. Hidup tanpa bahagia ibarat terbakar dalam neraka dunia.

Namun, apakah itu kebahagiaan sebenarnya? Adakah wang ringgit? Adakah makanan yang lazat? Adakah anak-anak? Atau segala perkara material yang mampu kita lihat atau mungkin ianya merupakan satu perasaan yang mana kita merasa aman, sentiasa ceria walaupun bermasalah.

Sebenarnya, langkah paling awal untuk mengecap kebahagiaan adalah memahami diri sendiri. Dalam erti kata lain, menguasai segala sifat negatif yang selama ini terbentuk dalam benak minda hingga ada yang dizahirkan dengan perbuatan. Selagi kita duduk dalam lingkaran energi negatif, maka kita tidak akan dapat lagi dari tempiasnya.

Lebih memburukkan keadaan, apabila tenaga negatif-negatif ini terkumpul dan terpendam menjadi seakan satu gunung berapi dalam diri yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Setelah itu kita akan melihat kedatangan kebahagiaan, namun jangan dilupakan bahasa kebahagiaan duniawi anak Adam terbit atas tiga perkara yang kadang kala kita lupa untuk mengupasnya dengan penuh hikmah.

Dalam sebuah hadis, daripada Saad bi Abi Waqqas dinyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

Secara mudahnya, kebahagian akan datang dengan jelas apabila kita mempunyai tiga perkara, iaitu, isteri (pasangan), tempat tinggal dan kenderaan. Mungkin lebih bagus seandainya kita dapat mengupasnya sedikit secara satu persatu.

1 – Isteri

Sebelum mendapat isteri yang solehah, kita sendiri mestilah soleh. Jika diri sendiri tidak soleh, agak mustahil pula kita dapat membentuk seorang isteri yang solehah. Berkenaan isteri atau pasangan hidup, hal ini dilihat cukup linear kerana seandainya kita dan isteri tidak sehaluan, mana mungkin kita akan mengecap kebahagiaan. Kita sering mengatakan pasangan hidup mestilah sekufu, dari sudut sekufu yang sama arah dan tahap pemikiran. Jika kita mempunyai masalah dalam rumahtangga, kita selalunya akan membawanya ke tempat kerja, maka hasil produktiviti akan merudum dan mungkin lama kelamaan kita boleh hilang pekerjaan dan kepercayaan yang diberi majikan.

Masalah dalam berpasangan ini sering mencetus emosi yang tidak terhenti dan emosi yang ada dalam minda akan memberi reflek fizikal yang negatif juga. Dari emosi ini, lahirlah kata-kata nista, timbullah prasangka dan akibatnya kita akan sentiasa diselubungi suasana yang negatif.

Apa yang lebih buruk adalah apabila ia melibatkan rezeki kerana apabila rezeki mula terjejas, hilanglah kewarasan minda. Kita akan mula membuat keputusan yang di akhirnya memberi beban yang berat dalam mengharungi kehidupan.

Justeru itu, apabila diri kita sudah menjadi positif, kita juga perlu sehaluan dengan pasangan ktia dan apabila isteri adalah isteri yang solehah, maka ketaatannya akan membuat kita kurang berlaga fikiran. Ini akan membawa kepada keharmonian dan rezeki yang lebar lagi luas.

2 – Tempat tinggal


Pernahkah anda merasakan semenjak berpindah ke rumah baru, terasa keperitan dari pelbagai segi, sedangkan semasa tinggal di rumah lama, rezeki anda mencurah-curah? Semenjak tinggal di rumah baru, masalah demi masalah mendatang dan banyak perkara yangmerudung malang menjelma. Mengapa perkara sebegini berlaku? Jawapannya ada di dalam hadis tadi. Apabila tempat tinggal yang kita diami tidak mempunyai energi yang baik, maka secara sutomatik kita juga akan merasa kurang selesa.

Keadaan kurang selesa akan menimbulkan keluhan. Keluhan pula akan memberi impak negatif dalam suasana rumah, maka sebab itulah orang dahulu cukup pantang mengeluh di dalam rumah. Melihat penjelasan tentang rumah yang buruk (dalam hadis) itu bukan dari sudut fizikalnya, tetapi dari sudut gelombangnya. Cuba kita lihat, sebuah rumah yang besar dan indah tetapi apabila kita masuk ke dalam ruangannya, kita ebrasa kurang aman, kurang selesa dan banyak keresahan.

Hal ini mungkin terjadi apabila penghuninya tidak mengingati Allah SWT dengan sewajarnya dan mungkin juga apabila pulang ke rumah, masalah serta tekanan tempat kerja yang ada dalam minda di bawa ke rumah.

Nah... Gelombang tekanan (beta) kini mengambil rumah sebagai terminalnya dan akhirnya rumah tersebut penuh dengan ketidakselesaan. Apa yang terjadi? Kita mengambil pserkara pokok yang banyak diperkatakan orang, iaitu rezeki.

Apabila keadaan rumah penuh dengan negativiti, maka rezeki dengan sendirinya akan bermasalah. Maka kita menjadi orang yang bukan sahaja rugi akhirat, bahkan rugi juga di dunia. Masalah banyak, sakit berarak.

3 – Kenderaan

Perihal kenderaan ini, rasanya sudah ramai yang sedia maklum bahawa jika kita ingin menjual kereta, kita dilarang untuk memperkatakannya dalam kereta tersebut kerana nanti ditakuti akan merajuk, selalu meragam dan rosak. Ini yang dikatakan kebahagiaan kenderaan, jika sering rosak, maka seringlah bocor poket kita.

Justeru, kenderaan yang baik juga datangnya dari kita. Apa yang dikatakan kenderaan buruk itu hanyalah metafora, tidak bermakna kita perlu membeli kenderaan baru untuk bahagia. Maka kenderaan juga memperlihatkan perjalanan yang baik.

Jagalah tiga perkara ini dan renung-renungkanlah tiga perkara ini sebagai langkah awal untuk mengecap kebahagiaan kerana ketiga-tiga perkara ini memberi impak dalam perjalanan kita menemui Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Rujukan asal yang telah diubah-suai : Dr Azhar Sarip MW#1371

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Februari 11, 2011

Matahari ditahan daripada terbenam



Assalamualaikum warahmatullah,

Bismillah. Ðaripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).” (Hadis riwayat Ahmad dan sanadnya menepati syarat al-Bukhari)

Nabi Musa a.s. mempunyai seorang murid yang menemaninya mencari ilmu. Ðia ialah Yusya’ bin Nun dan Allah SWT telah memberikan hikmah kenabian serta mukjizat kepadanya. Setelah Nabi Musa a.s. wafat, Nabi Yusya’ a.s. membawa Bani Israil keluar dari padang pasir. Mereka berjalan sehingga menyeberangi Sungai Jordan dan akhirnya sampai di Palestin.

Ði Palestin terdapat sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta mempunyai penduduk yang ramai. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya mengepung kota tersebut selama enam bulan lamanya.

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menyerang kota itu. Ðiiringi dengan suara laungan takbir dan berbekalkan semangat yang kuat, mereka berjaya menghancurkan pagar kota, kemudian memasukinya. Ði situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu lelaki dan wanita. Mereka juga berjaya menawan beberapa orang kanan yang berkuasa. Akhirnya pada hari Jumaat mereka berjaya mengalahkan 11 orang raja yang berkuasa di Syam.

Peperangan itu mengambil masa yang panjang hingga ke waktu Maghrib. Ini bererti hari Jumaat akan berlalu dan hari Sabtu akan tiba. Menurut syariat mereka pada waktu itu, hari Sabtu adalah hari larangan berperang. Oleh kerana itu, Nabi Yusya’ pun berkata, “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikut perinta Allah SWT, begitu juga aku. Aku bersujud mengikut perintah-Nya. Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar ia tidak terbenam!”

Ðengan izin Allah SWT, matahari tertahan daripada terbenam sehinggalah Yusya’ berjaya mengakluki negeri itu. Bulan turut diperintahkan agar tidak terbit.

Setelah Nabi Yusya’ bin Nun dan kaumnya dapat menguasai kota tersebut, Nabi Yusya’ memerintahkan untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mahu membakarnya. Lalu beliau meminta kaumnya bersumpah. Akhirnya terbukti bahawa ada sebahagian daripada kaumnya telah melakukan khianat iaitu dengan menyembunyikan emas rampasan sebesar kepala lembu.

Orang yang khianat itu mengembalikan apa yang mereka curi daripada harta rampasan itu. Setelah dikumpulkan dengan harta rampasan yang lainnya, semua harta rampasan tersebut hangus dijilat api.

Ðemikianlah syariat yang dibawa oleh nabi sebelum Nabi Muhammad SAW yang tidak membolehkan mengambil harta rampasan perang. Untuk umat Nabi Muhammad SAW, Allah SWT telah menyempurnakan syariat-Nya dengan mengharuskan untuk mengambil rampasan perangagar dapat dimanfaatkan oleh kaum Muslimin yang terlibat dalam peperangan dan golongan fakir miskin.

Setelah Baitulmuqaddis dikuasai oleh Bani Israil, mereka aman hidup di dalamnya dan antara mereka telah dilaksanakan hukum berpandukan syariat Taurat hingga akhir hayat Nabi Yusya’ bin Nun ini. Beliau wafat pada umur 127 tahun, manakala beliau berumur 27 tahun pada ketika kewafatan Nabi Musa a.s.




Rujukan : Ust Zahazan Mohamed di Solusi Isu # 26

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Januari 21, 2011

Segera beribadat sebelum datang bala



RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara, adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan atau tua yang menjadi nyanyuk atau mati dengan tiba-tiba atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ia adalah seburuk-buruk makhluk tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya.”

Umat Islam dilarang menangguhkan dan melambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka.

Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinan adalah satu daripada ujian kehidupan. Ada setengah golongan yang menjadi sibuk serta leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir.

Renung-renungkan!




Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Januari 16, 2011

Betulkan ucapan meraikan pengantin


Assalamualaikum warahmatullah,

Jika ada kesempatan untuk berkunjung ke kenduri perkahwinan, janganlah kita beri ucapan seperti kaum jahiliah. Kaum jahiliah selalu menggunakan kata-kata "bira' wal banin" yang bermaksud "murah rezeki dan banyak anak" ketika mengucapkan selamat kepada kedua mempelai.

Daripada al-Hasan, bahawa 'Aqil bin Abi Thalib bernikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan "bira' wal banin". 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata, Jangan kalian ucapkan demikian!" Kerana Rasulullah SAW melarang ucapan demikian." Para tetamu bertanya, "Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?" 'Aqil menjelaskan, "Ucapkanlah: Barakallahu lakum wa baraka 'alaikum (mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan)." (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah, Darimi, Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad dan lain lain)

Hari ini Laman-Seri kongsikan lagu hebat ini untuk semua pengunjung...

Maher Zain - Barakallahu Lakuma



We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Selamat beramal!


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Disember 03, 2010

Salahkah jika menangis?


Assalamualaikum warahmatullah,

Dalam entry Manafaat tangisan untuk kesejahteraan diri – Part 1 yang lepas, kita telah melihat manafaat tangisan. Dalam entry kali ini pula, kita akan menjawab persoalan yang menjadi tajuk entry, Salahkah jika menangis?

Daripada Abu hurairah r.a., katanya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga air susu kembali ke kantungnya (menunjukkan satu mustahil).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ibnu Qayyim menyatakan: “Tangisan itu ada bermacam-macam iaitu tangisan kasih sayang, tangisan takut dan khawatir, tangisan rindu dan cinta, tangisan kegembiraan dan kesedihan, tangisan merintih kerana kesakitan dan tangisan tidak kuat menahannya, tangisan kerana merasa tidak berdaya dan lemah, tangisan kemunafikan (iaitu matanya menangis sedangkan hatinya keras - isu palestin), tangisan kepalsuan, tangisan yang tidak sengaja yakni seseorang yang melihat orang lain menangis kerana satu sebab yang mereka alami, lalu ia pun ikut menangis bersama mereka padahal ia tidak tahu mengapa mereka menangis sehingga membuatnya ikut menangis.”

Mari sama-sama kita semak kembali lembaran sejarah…

Dari al-Bara’ bin ’Azib, ia berkata: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba Baginda melihat sekelompok orang yang sedang berkumpul. Baginda bertanya: “Mengapa mereka berkumpul?” Lalu dikatakan kepada Baginda, “Untuk menggali lubang kubur.” Lalu al-Bara’ melanjutkan kisahnya, Rasulullah SAW pun tersentak dan segera berjalan mendahului para sahabatnya dengan tergesa-gesa. Sesampainya di kuburan tersebut, Baginda berlutut di atasnya. Al-Bara’ melanjutkan, lalu aku menuju ke hadapannya untuk melihat apa yang
Baginda lakukan. Ternyata Rasulullah SAW sedang menangis hingga air matanya membasahi tanah. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya ke hadapan kami seraya bersabda: “Wahai saudara-saudaraku! Untuk hari seperti ini, maka hendaknya kalian mempersiapkan diri.” (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah dan lainnya)

Dari al-’Irbadh bin Sariyah r.a., dia berkata: “Rasulullah SAW menasihati kami dengan nasihat yang begitu membekas, hingga hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran kerananya.” Lalu kami berkata, “Wahai Rasulullah, seakan-akan itu adalah nasihat dari seseorang yang akan pergi, maka dari itu berwasiatlah kepada kami.” Baginda SAW bersabda: “Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh, sekalipun kalian diperintah oleh seorang budak Habasyi. Dan sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalanku, sesungguhnya ia akan melihat banyak perselisihan. Maka kalian wajib berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham (berpeganglah seteguhnya). Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan, kerana setiap perbuatan bidaah itu sesat.” ( Hadis riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya)

Bagaimana dengan kita wahai sahabat yang disayangi kerana Allah? Adakah kita menggunakan
air mata itu di tempat yang benar dan betul? Adakah kerana kerasnya hati kita menyebabkan kita tidak mampu untuk menangis? Adakah lantaran dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan menyebabkan air mata kita membeku?

Jadi, salahkah jika menangis? Sama-samalah kita tanya iman kita... Hanya orang yang hatinya bersih, lembut yang bisa menangis.

Renung-renungkan!




Rujukan asal : tautanhati-nuranys

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Ogos 18, 2010

Jin menjelma dalam bentuk ular


Assalamualaikum warahmatullah,

Kisah ini dipetik dari majalah Solusi # 12, yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus. Dua-tiga malam di awal Ramadan, BG asyik-asyik mimpikan ular saja, elok benarlah saya masukkan entry mengenai ular. Apa alamat mimpikan ular, ya? Setahu saya, memang jin boleh menjelma sebagai ular, tetapi jika mimpikan ular, tentu ada kait-mengait dengan species jin atau syaitan juga seperti dalam kisah di bawah. Merujuk artikel tafsir mimpi, mimpi ular katanya alamat yang baik. Entahlah... Apa-apapun, menurut Rasulullah, mimpi yang buruk tidak akan dapat memudharatkan si bermimpi. Semoga saya tetap dalam peliharaan-Nya. Amiin.

Suatu ketika Abu al-Sa’ib menemui Abu Sa’id al-Khudri di rumahnya. Kemudian dia berkata, “Ketika itu dia (Abu Sa’id) sedang solat, kerana itu aku duduk menunggu hingga dia menyelesaikan solatnya. Tiba-tiba aku dengar suara berdesisi di ‘urjun (lapisan penyangga atap) rumahnya. Tiba-tiba aku melihat seekor ular. Kerana itu aku berdiri dan bermaksud untuk cepat-cepat membunuhnya. Tetapi Abu Sa’id mengisyaratkan kepada aku agar aku tetap duduk. Aku pun kembali duduk. Ketika dia telah selesai menunaikan solatnya, dia menunjukkan salah satu ruang di rumahnya seraya berkata, ‘Engkau lihat bilik ini?’ Aku menjawab, ‘Ya.’”

“Dulu di sini tinggal seorang pemuda yang baru bernikah. Pernah sekali kami sedang menuju ke Perang Khandak bersama-sama Rasulullah SAW. Pemuda itu pun meminta izin daripada Nabi untuk ikut berperang hingga tengahari dan pulang untuk menemui isterinya. Suatu hari, pemuda tersebut meminta izin kepada Nabi untuk pulang ke rumahnya. Nabi SAW berkata kepadanya, ‘Bawalah senjatamu, sebab aku bimbang Bani Quraizah akan mengganggumu.’

Pemuda itu mengambil senjatanya, kemudiannya pulang. Sebaik sahaja tiba di rumah, dilihatnya isterinya sedang berdiri di antara pintu rumah dan pintu halaman. Terdorong rasa cemburunya, dia segera meluru untuk menikam isterinya dengan tombak. Isterinya berteriak, ‘Tahanlah tombakmu! Masuk dan lihatlah apa yang menyebabkan aku keluar dari rumah.’

Pemuda itu pun masuk ke rumah dan dilihatnya ada seekor ular besar melingkar di tempat tidur. Dia membidik tombaknya ke arah ular itu dan mengenainya. Dia keluar rumah dan membiarkan ular itu menyerang dan membelitnya. Mereka bergomol, dan entah siapa yang akan segera mati, pemuda itu ataupun ular.”

Abu Sa’id al-Khudri meneruskan ceritanya : “Kemudian kami menemui Nabi SAW dan menyampaikan berita tentang pemuda itu. Kami memohon kepada baginda, ‘Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah agar dia boleh tetap hidup bersama kita.’ Nabi SAW berkata: ‘Sebaiknya, kamu semua memohon ampun kepada Allah untuknya.’ Sesudah itu baginda melanjutkan : ‘Di Madinah terdapat jin yang menyatakan dirinya telah masuk Islam. Kalau kamu melihat gelagat yang tidak baik daripada mereka (jin-jin lain), maka panggillah dia selama tiga hari. Kalau sesudah itu ternyata dia masih membangkang, maka bunuhlah dia. Sebab dia adalah syaitan.’” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain, riwayat Muslim juga menyebut bahawa Abu Sa’id mengatakan, “Kami menemui Abu Sa’id al-Khudri r.a. Ketika kami sedang duduk, tiba-tiba kami mendengar suara berisik di bawah tempat tidurnya, lalu kami mencarinya dan ternyata di situ terdapat seekor ular...”

Dalam hadis itu juga menyebut, “Di dalam rumah-rumah itu terdapat penghuni-penghuni (jin), maka jika kamu sekalian melihat sesuatu, maka usirlah tiga kali. Kalau ia pergi, biarkanlah. Tetapi jika ia berdegil, maka bunuhlah. Sebab ia pasti jin kafir.”

Selanjutnya Nabi SAW mengarahkan, “Pergilah kalian, dan kuburkan sahabat kalian itu.”

Menurut riwayat Muslim, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Di Madinah terdapat sekelompok jin dan mereka telah menyatakan diri masuk Islam. Kalau salah seorang di antara kalian melihat sesuatu (yang mencurigakan), maka mintalah ia pergi. Tetapi kalau ia tetap berdegil, maka bunuhlah ia. Sebab dia adalah syaitan.”

Dalam syarahnya terhadap Sahih Muslim, Imam al-Nawawi memetik bahawa al-Mazari mengatakan, “Janganlah kamu membunuh ular-ular di Madinah. Kecuali sesudah kamu mengingatkannya terlebih dahulu, sebagaimana yang terdapat dalam hadis. Kalau engkau sudah mengingatkan dan ia tetap membatu, maka bunuhlah. Sedangkan ular-ular yang terdapat di kota selain Madinah, yakni yang ada tanah dan tempat-tempat tinggal, maka dianjurkan untuk embunuhnya tanpa harus terlebih dahulu memberi peringatan, berdasarkan pengertian umum yang terdapat dalam hadis-hadis sahih tentang perintah membunuhnya.

Rujuk : Dato’ Ismail Kamus, Solusi#12.


Butiran selanjutnya ...

Isnin, Julai 12, 2010

Doa untuk perkara kejahatan tidak akan diterima

~ gambar hiasan ~

Assalamualaikum warahmatullah,

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Jika begitu kita perbanyakkan doa? Jawab Baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

Ketika berdoa, hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dimohon), janganlah berdoa dengan mulut saja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa dipohonkan serta yakin Allah akan menerima doa kerana sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa diminta itu perkara yang baik.

Begitu juga Allah yang sifat-Nya Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan daripada segala dosa dilakukan.




Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [BH2010/07/03]

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Julai 08, 2010

Pengertian Kebajikan dan Dosa


Assalamualaikum warahmatullah,

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a. katanya : Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda, “Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.

Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya, “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Renung-renungkan!



Sumber : JAKiM

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Julai 04, 2010

Awas daripada muflis di akhirat


Assalamualaikum warahmatullah,

Masih ingat lagi entry Menukar fitnah kepada syurga, saya ada menyelitkan :

Saya berkira-kira untuk tidak memaafkan hamba Allah yang telah memfitnah saya. Mengapa saya mesti memaafkan??? ..... Walaupun memberi maaf itu baik, namun tiada paksaan dalam Islam untuk memberi maaf. Dan percayakah anda jika saya nyatakan ia boleh dijadikan modal untuk dikutip hasilnya di mahkamah akhirat kelak? Ini salah satu cara menukar fitnah kepada syurga!
Saya telah berjanji untuk menghuraikan tentang ini di LamanSeri. Ikuti artikel Ustaz Syed Mohd Norhisyam, insya Allah, sungguh bermanafaat!



Diriwayatkan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah SAW adalah dengan cara kumikasi dua hala, iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab, “Muflis kalangan kami ialah orang yang tiada dirham (tidak berduit) dan tidak memiliki sebarang harta (aset).”

Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

Lantas Rasulullah SAW menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan. Baginda bersabda yang bermaksud, “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!” (Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah, no 2581)

Hadis ini amat menakutkan. Inilah hakikat muflis atau bankrap yang hakiki. Penjelasan baginda ini cukup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman di dasarnya, mereka bimbang sekiranya terjerumus ke kancah muflis. Adapun muflis dalam kehidupan dunia mungkin boleh diselesaikan atau berakhir. Namun muflis jenis ini membawa kesan dalam kehidupan ‘alam abadi’. Ya, kita semua jarang yang terlepas dari kesalahan ini. Namun kita wajar selalu berusaha dan ingin mengelaknya.

3 Modal, 5 Liabiliti


Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada tiga jenis pahala yang disebut di dalam hadis ini sahaja. Bahkan menurut Ibn ‘Allan al-Syafi’i dalam kitabnya, Dalil al-Falihin, juga termasuk pahala amalan soleh yang lain. Ini bermakna, segala kira bicara di akhirat kelak adalah berdasarkan ‘mata wang dosa pahala’. Ketika itu nilai ringgit sudah tidak laku, begitu juga riyal, dolar dan sebagainya. Manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang-lenang. Manakala yang kekurangan modal, pasti tercari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. Bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya di dunia dahulu.

Apakah yang terjadi apabila tiba-tiba dia kehabisan modal, sedangkan hutang yang dituntut masih belum selesai? Maka ketika itu dia dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsanya. Sahlah, dia telah muflis!

Dosa kepada manusia

Apabila ditilik kembali kelima-lima dosa yang menjadi liabiliti di akhirat kelak, semuanya berkait rapat dengan hubungan sesama manusia.

Memaki hamun orang lain
seperti pekerja, orang miskin, orang yang lemah, apatah lagi isteri atau ibu bapa sendiri, hanya mampu memberikan kepuasan sementara kepada seseorang, tetapi bahananya menanti di akhirat kelak.

Begitu juga pemfitnah, dia begitu seronok melihat mangsa fitnahnya dibenci masyarakat atau dikenakan tindakan tertentu di dunia, tetapi dia pasti menyesal apabila diminta membayar pahalanya kepada mangsa fitnah tersebut. Menyesal ketika itu sudah tiada manafaatnya. Bak kata pepatah Melayu, “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.”

Ada juga yang memakan harta orang lain dengan cara yang tidak diredhai agama seperti menipu, pecah amanah, mencuri, merampas dan sebagainya. Mereka begitu licik ketika di dunia ini tetapi ke manakah tempat untuk bersembunyi apabila berhadapan dengan malaikat di akhirat kelak? Ada yang berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya, pekerja mencuri harta majikan, majikan yang tidak menyempurnakan gaji pekerja, peniaga yang menipu dalam urus niaga dan sebagainya. Manusia seperti ini adalah calon yang sangat layak mendapat title muflis di akhirat kelak!

Begitu juga para samseng yang memukul dan melukakan orang lain, bersedialah berhadapan dengan mangsa-mangsa anda di mahkamah Allah SWT nanti. Kekuatan dan ruang di dunia ini hanya sementara, tetapi ingatlah bahawa doa manusia yang dizalimi tiada hijab di hadapan Allah. Doa mereka mudah dikabulkan.

Bagaimana mengelak menjadi muflis?


Ada dua pilihan sahaja untuk mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis di akhirat. Sama ada tidak melakukan dosa terhadap manusia lain atau sekiranya telah melakukannya, mestilah memohon maaf dan redha daripada mangsa ketika di dunia lagi. Biarlah bersusah payah dan menahan malu ketika di dunia kerana ini lebih baik daripada diisytiharkan muflis di akhirat. Sedarlah seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, mereka masih ada kawan-kawan atau sanak saudara yang boleh memberi modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi apabila Allah yang telah mengisytiharkan muflis di akhirat, ke manakah lagi hala tuju kita, melainkan neraka… sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW.

Ingatlah dosa memaki hamun hanya terhapus dengan cara memohon maaf daripada orang yang dimakinya. Begitu juga dengan memukul dan melukakan orang, Islam memberi hak qisas (balas balik) kepada yang menjadi mangsa. Perbuatan fitnah pula disyaratkan memohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut. Dan dosa kelima iaitu memakan harta orang, dia mestilah memulangkan balik nilai harta tersebut atau mendapat redha mangsa. Mampukah kita lakukan semua itu? Jika tidak, jangan buat dosa!

Ulama tasawuf yang mengatakan: “Jangan melihat dosa itu kecil atau besar tetapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa itu.”

Malah balasannya juga boleh dilihat pada peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah SAW sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj. Ia satu gambaran bagaimana balasan yang akan diterima mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Ertinya setiap kejahatan itu akan dibalas-Nya setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk.” (Hadis riwayat Muslim)

Satu renungan untuk kita semua...




Dirujuk daripada artikel : Ustaz Syed Mohd Norhisyam dalam Majalah Solusi Isu#20

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Jun 25, 2010

Tiga perkara kebencian, keredaan Tuhan terhadap umat Islam


DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah meredakan tiga perkara bagi kamu dan membenci tiga perkara bagi kamu. Allah reda supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Allah membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Hadis riwayat Muslim)

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah SWT. Apa saja yang kita lakukan jika Allah SWT menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah SWT menyukainya, kita mestilah melakukannya.

Itulah manifestasi cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa saja yang disukai orang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadilat tetapi hasrat menyatakan, membuktikan cinta dan kehambaan kepada Allah SWT.

Begitu juga dengan aspek kebencian, hendaklah selari dengan kebencian Allah SWT, meninggalkan apa saja perbuatan dan amalan dibenci Allah SWT.

Nafsu pasti mendorong kita berbuat perkara dibenci Allah tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu. Itulah antara ciri takwa yang sejati.

Renung-renungkan!





Sumber: JAKIM at BH25/06/2010

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Jun 11, 2010

Jaminlah Untukku 6 Perkara, Aku Jamin Syurga Untukmu


Assalamualaikum warahmatullah,

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jaminlah untukku enam perkara, aku jamin syurga untukmu, iaitu: bercakap benarlah bila kamu berbicara, tepatilah janji bila kamu berjanji, sampaikanlah apabila kamu diberi amanah, jagalah kemaluanmu tahanlah pandangan matamu, dan tahanlah tanganmu.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Baihaqi)

1. Bercakap benarlah bila kamu berbicara

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah seseorang dianggap berbohong apabila dia senantiasa menceritakan semua yang dia dengar (tanpa diselidiki kebenarannya).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

2. Tepatilah janji bila kamu berjanji

Ada dua jenis janji iaitu janji bertulis dan janji secara mulut atau lisan. Kedua-duanya akan ditanya dihari kiamat. Dalam quran disebut: ……dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Surah al-Isra, 34)

3. Sampaikanlah apabila kamu diberi amanah

Kiamat berlaku di saat amanah disia-siakan. Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki. Nabi Muhammad juga digelar Al-Amin kerana amanah. Amanahlah dalam semua aspek. Serahkanlah amanah kepada yang pakar dalam bidangnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak (sempurna) iman seseorang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janji.” (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila suatu perkara diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.” (Hadis riwayat Bukhari)

4. Jagalah kemaluanmu iaitu seks

Jauhi dari digunakan pada tempat yang salah (haram). Di dunia Allah beri satu (1) tenaga kepada setiap orang lelaki. Satu tenaga ini boleh diguna hanya kepada 4 isteri. Ramai orang yang tidak dapat jaga 1 tenaga dan nafsu ini dan digunakan pada tempat yang haram, iaitu perhubungan seks haram, pelacuran. Di syurga Allah akan beri 100 tenaga untuk lelaki dan perempuan. Jagalah tenaga yang 1 di sini untuk dapat 100 di sana.

5. Tahanlah pandangan matamu

Kata pepatah Melayu dari mata turun ke hati. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram. Diriwayatkan, Rasulullah berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan.

An-Nur [30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

An-Nur [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)……

6. Tahanlah tanganmu

Tangan jugalah yang menyumbang kepada kejahatan walaupun sekadar mencuri selipar. Oleh itu ikatlah dan kawallah tangan daripada melakukan kejahatan.

Renung-renungkan!

Sumber : NasbunNuraini


Butiran selanjutnya ...

Selasa, Jun 08, 2010

Kuasai ekonomi berlandaskan syariah jihad dituntut Islam


SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk akhirat dan melaksanakan ibadat. Contohnya, untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan secukupnya.

Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri supaya dapat mengelak dimanipulasi atau ditindas oleh orang lain.

Penguasaan ekonomi membolehkan umat Islam menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut agama.

Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam, pada masa sama memudahkan umat Islam dieksploitasi oleh orang lain.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)




Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Jun 04, 2010

RENUNGAN : Menjaga lidah daripada jenayah


Assalamualaikum warahmatullah,

Sedikit renungan pendek untuk kita hayati bersama-sama....

Pepatah mengatakan, lembut lidah tidak bertulang, tetapi kata-katanya menusuk seperti belati. Berhati-hati, jenayah menggunakan lidah tidak akan kita nampak dosanya di hadapan mata, tetapi dosa-dosa ini akan diperlihatkan di kampung akhirat nanti.

Lidah untuk berkata-kata tetapi adakah kita menggunakan lidah untuk meluahkan perkataan yang elok-elok? Sebabnya yang sering berlaku, kita menggunakan lidah untuk berbual kosong, mengumpat, bercakap perkara sia-sia sehingga kadang kala melampaui batas.

Jenayah lidah juga menjadi racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud, “Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).” (Hadis riwayat Bukhari)

Banyak sekali peringatan mengenai bahaya lidah ini. Dalam bahasa kita, istilah yang kita gunakan adalah mulut jahat. Lidah memang tidak bertulang, mudah berkata tetapi kadang kala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat.” (Hadis riwayat ahli sunnah dan Ahmad)

Berbahasa kasar dan mulut jahat bukan tabiat orang beriman. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Seseorang mukmin bukan seorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan dia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersikap buruk.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SWT. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.

Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Oleh itu, peliharalah lidah sebaik-baiknya. Strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lidah sudah diajar Baginda SAW melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat.” (Hadis riwayat Muslim)

Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa berzikir seperti mana amalan Baginda SAW. Walaupun tujuan sebenarnya ialah untuk menghadirkan Allah pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat.

Zikrullah menjamin hati yang sempurna, hati yang hidup dan jasad sentiasa bergerak untuk kebaikan.

Renung-renungkan!



Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mei 31, 2010

Haram berkabung lebih tiga hari kecuali wanita kematian suami


AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Zainab binti Abu Salamah, beliau berkata: “Aku pernah masuk ke rumah Ummu Habibah isteri Nabi, ketika bapanya, Abu Sufyan bin Harb meninggal. Ummu Habibah lalu meminta diambilkan minyak wangi yang diperbuat daripada adunan za’faran dan lainnya atau lainnya lagi.

Seterusnya, Ummu Habibah mengusapkannya ke pipi seorang anak kecil dan kedua-dua pipinya (untuk menghilangkan rasa kesedihan). Dia lalu berkata: Demi Allah, tiada yang menghalangiku untuk memakai wangi-wangian sebelum ini, melainkan aku pernah mendengar Rasulullah bersabda di mimbar: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung (dengan meninggalkan wangi-wangian dan perhiasan) kerana meninggal seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu selama 4 bulan 10 hari.”

Zainab berkata: “Setelah itu, aku masuk ke rumah Zainab binti Jahsy yang sedang berduka atas kewafatan saudaranya. Dia juga meminta diambilkan minyak wangi, lalu diusapkan ke wajahnya, lalu berkata: Demi Allah, tiada yang menghalangiku untuk memakai wangi-wangian sebelum ini, melainkan aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di mimbar: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk berkabung atas meninggal seseorang lebih dari tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu selama 4 bulan 10 hari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber : Sumber: Buku Ringkasan Riyadhus Solihin (BHarian 31/05/2010)


Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mei 10, 2010

La Haula Wala Quwwata Illa Billah



Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini saya kongsikan lagi satu doa atau zikir yang elok dijadikan amalan sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan.” (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.)

La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah....” (Surah al-Mujaadilah 58:19)

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim a.s. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haula Wala Quwwata Illa Billah.”

Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah SAW pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripada-Nya.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israa' 17:1)

Semasa menjawab azan, pada perkataan “hayya alas-solah” (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “La Haula Wala Quwwata Illa Billah” (tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah.

Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “La Haula Wala Quwwata Illa Billah”....

Selamat beramal...




Capaian entry berkaitan :
  1. Doa menghadapi tekanan
  2. Doa mohon dicukupkan keperluan
  3. Doa pelembut hati
  4. Doa memohon kesabaran dan mati dalam iman
  5. Doa Nabi Nuh mohon ampun
  6. Doa Nabi Yunus
  7. Doa memohon diberi kemudahan dalam segala urusan dan hajat

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails