“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mac 17, 2011

Tips melayari alam rumahtangga dengan duda


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Cinta itu buta, tidak kira usia mahupun status. Biarpun ramai gadis membayangkan bertemu jodoh dengan pasangan seusia, tetapi bukan hak kita untuk menentukannya. Segala-galanya ditentukan yang Maha Kuasa. Biar bujang teruna jadi pilihan, namun siapa tahu, rupa-rupanya jodoh anda dengan duda atau bekas suami orang!

Apapun jika itu ketentuan-Nya, terimalah dengan hati terbuka dan pelajarilah bagaimana cara berhadapan dengan lelaki berstatus duda ini. Mungkin tiada banyak masalah jika suami, duda tanpa anak. Tetapi situasi yang berbeza jika si duda yang jadi pilihan anda punya anak yang dipeliharanya sendiri. Ði sinilah kebijaksanaan, kesabaran dan kematangan diperlukan.

Laman-Seri kali ini memberikan sedikit sebanyak tips bagi wanita yang mungkin dalam dilema melayari alam rumahtangga bersama pasangan hidup yang bergelar duda.

1 – Bersedia atau tidak

Inilah pokok persoalan utama yang harus anda hadapi. Ia bukan berkaitan dengan tentangan yang mungkin bakal anda hadapi dari keluarga, sebaliknya diri anda sendiri. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi dengan anak-anaknya juga.

Tepuk dada, tanyalah selera. Kalau anda bersedia untuk mengharungi semua dugaan dalam memilih hidup, maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda sebagai calon hidup anda.

2 – Belajar menyayangi anaknya

Berkahwin dengan duda mungkin menjadikan ada ibu ‘segera’ dan memberikan anda gelaran ibu tiri. Namun jangan sesekali bersikap seperti ibu tiri dalam drama Bawang Putih Bawang Goreng Merah. Biarpun bukan dari darah daging sendiri, tetapi anda juga perlu belajar menyayangi atau setidak-tidaknya belajar menyenangi anak-anaknya.

Anak yang diasuh anda berdua telah kematian atau perceraian dengan isteri terdahulu bukan mudah untuk menerima anda sebagai pengganti ibunya. Seeloknya, hadirlah dalam kehidupan anak-anaknya sebagai teman atau rakan karib. Cuba bersikap santai dengan mereka sehingga anda dapat diterima dalam hidup mereka. Jelaskan kepada si anak, anda memang bukan ibunya dan tidak mungkin dapat menggantikan tempat ibunya, tetapi berikan keyakinan bahawa anda akan menyayanginya sebagaimana ibunya menyayanginya.

Begitu juga apabila anda sudah mempunyai anak sendiri bersama ayah mereka. Jangan sesekali membezakan layanan anak anda dengan anak tiri. Bahagikan kasih sayang anda sama rata, agar anak menghormati dan menyayangi anda.

3 – Jangan putuskan ikatan

Sebenarnya ada dua situasi duda yang mungkin salah satunya sudahpun menjadi sebab (bakal) pasangan anda bergelar duda. Pertama, duda bercerai mati dan kedua, duda bercerai hidup. Perkahwinan anda dengan dua situasi duda ini akan menimbulkan konflik yang berbeza.

Sekiranya pasangan yang anda pilih adalah duda yang ditinggalkan isteri disebabkan kematian, maka bolehlah dikatakan dia tidak gagal dalam perkahwinan. Ia juga selalunya tidak membawa trauma tertentu dalam perkahwinan anda dengannya. Hanya kenangan yang ditinggalkan oleh isterinya yang mampu membayangi hubungan anda dan suami. Sebagai contoh, suami mungkin akan membanding-bandingkan anda dengan arwah isterinya.

Memang dapat difahami sekiranya seorang duda bercerai mati masih memiliki ikatan emosi dengan arwah isterinya. Bayangkan bagaimana perasaan anda jika ditinggalkan oleh orang yang dicintai secara tiba-tiba. Sudah pasti sedih, bukan? Beginilah dengan keadaan duda yang bercerai mati.

Sebagai isteri yang terlebih dahulu sudah maklum dengan status suami ini, anda sebaiknya tidak memaksa dirinya secara serta-merta memutuskan ikatan dan kenangannya bersama arwah isterinya. Ini bukan satu tindakan yang bijak. Anda seharusnya berkongsi diri suami dengan arwah isterinya. Tetapi sekiranya kenangan dan bayangan suami terhadap isteri yang telah meninggal berlangsung terlalu mendalam dan lama, sebaiknya ada lakukanlah sesuatu. Ajak pasangan anda untuk berfikir secara realistik ke hadapan. Jangan terlalu terbawa dengan kenangan masa lalu. Ajak dirinya merancang masa depan rumahtangga anda bersama dengan dirinya.

Tetapi sebenarnya anda juga boleh memilih untuk berterus-terang. Katakan bahawa anda tidak selesa bila dibandingkan dengan bekas isterinya yang telah tiada. Jangan dipendamkan perkara sebegini, kerana pasangan anda menganggap perkara ini tidak memberi masalah kepada anda.

4 – Curiga dengan bekas isteri

Berbeza dengan duda bercerai mati, lelaki yang bercerai hidup dengan bekas isteri selalunya tidak mempunyai ikatan emosional yang terlalu mendalam dengan wanita tersebut. Anda mungkin boleh merasa lega kerana tidak punyai saingan ini.

Tetapi sudut kurang menariknya adalah, anda cenderung untuk berasa curiga tentang hubungan suami dengan bekas isterinya. Masalah juga sering kali timbul kerana anda secara sengaja atau tidak, ‘dipaksa’ terlibat dengan masalah perkahwinannya yang terdahulu. Misalnya suami anda sibuk dengan bekas isterinya gara-gara masalah menyekolahkan anak dari perkahwinan mereka.

Masalah dalam perkahwinan dengan duda yang bercerai hidup ini juga akan jadi lebih berat jika bekas isterinya kerap membayangi hubungan anda. Ia sudah semestinya amat mengganggu, tapi jangan terus marah-marah. Sebaiknya bincangkan dengan suami cara menghadapi gangguan dari bekas iserinya. Bukan dalam bentuk pergaduhan, tetapi minta nasihat daripadanya tentang apa yang sebaiknya anda lakukan.

Selain itu, pembahagian kewangan antara suami anda dan bekas isternya juga tidak dinafikan akan menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan bijak. Selagi anak-anak dari bekas isterinya (jika diperlihara oleh bekas isterinya) belum boleh berdikari atau berumahtangga (bagi anak perempuan), maka suami anda wajib menyara mereka. Tidak jadi masalah jika suami bergaji besar, tetapi jika sekadar cukup makan, bagaimana suami hendak menyara anda pula? Keadaan sebegini pasti mengundang masalah dalam rumahtangga anda berdua di kemudian hari. Sebagai isteri, anda harus memikirkan dan cuba memahai situasi yang bakal anda tempuhi kerana anda juga terbabit sama dalam permasalahan ini.

Kelebihan berkahwin dengan duda :

1. Lelaki ini sudah memahami selok-belok rumahtangga. Mereka akan lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan punya pengalaman tentang bagaimana mahu mengatasinya.

2. Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, sudah pasti akan menjadi rujukan berguna buat dirinya. Ðia pasti tidak mahu mengulanginya dalam rumahtangga yang baru dibina.

3. Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup mantap. Inilah yang membuatkan ada wanita yang tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

Kekurangan berkahwin dengan duda :

Laman-Seri tidak mempunyai pengalaman tentang hal ini, walau bagaimanapun, apa yang terlintas di fikiran ialah : Kalau berkawan dengan duda, kita patut ikhtiar mencari sedikit info (mungkin bertanya kepada ahli keluarga atau bekas isterinya), mengapa mereka bercerai. Bukanlah tujuannya untuk mencari aib orang, sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga. Jika dia niat baik, dia akan ceritakan tentang keburukan dia juga dan bukan hanya keburukan bekas suaminya sahaja. Agak sukar bagi seseorang itu menceritakan tentang keburukannya secara terang-terangan, jatuhlah saham, beb! Amatlah sukar untuk kita 'scan' keikhlasan manusia, betul tak?

Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, tidak mustahil akan diulanginya dalam perkahwinan yang baru, contohnya jika dia seorang yang panas baran dan berpisah dengan bekas isteri akibat perangainya yang hodoh ini, ada kemungkinan dia akan mengulanginya, sekiranya dia tidak mengambil langkah untuk mengawal sikap buruknya.

~ Sila kongsikan point anda, jika ada ~




Sumber : MW#1373

Capaian entry berkaitan :
* Cara duda lupakan seks

9 ulasan:

  1. saya dlm dilema jugak... tp stakat nih, saya hanya berkawan sahaja dgn seseorg yg bergelar duda... but i think, lum bole digelar duda actually, cos casenyer lum selesai... susah utk saya meletak sepenuh harapan dlm relationship nih, apetah lagi kes nyer belum selesai.... persoalannyer, patut kah saya teruskan berkawan dengan dia, ataupun sebaliknyer...

    Nora

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Sebenarnya, anda telah meletakkan diri anda dalam bahaya, seperti telur di hujung tanduk.

    Sebagai lelaki yang wajib memimpin keluarga, dia sepatutnya selesaikan hal rumahtangganya dahulu, sebelum terhegeh-hegeh mengejar cik Nora.

    Pertimbangkanlah perhubungan anda dan bakal duda tersebut. Secara peribadi, cik Nora lebih layak mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. salam.. sy kini mengharungi hidup bersama duda anak satu yg mana sebaya ngan anak saya 6taun.. memag sukar nk terima 'anak' nye dlm hidup ni...wlupun hakikat nye sy amat menyanyangi suami..jujur boley di katakan sy xkesah lau anak die xde sekalipun...lg bgs.. betapa benci nye sy pd die sbb utama adalah kami kerap bergado pasal 'Budak' tu!!!!! benci sgt....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pn senasib dgn awak sbb budak tu kite bagaduh...saya lagi plk 3 org...bosan....

      Padam
  4. Hmm . Sy berumur 18tahun dan brkahwin ngan duda umo 36tahun dan suami sy ade 2org anak.. Lelaki dan perempuan.. Prkahwinan kami bru 26hri . Tp dh gadoh besa sbbkan anak2 suami sy.. Smpaikan sy mntk dilepaskan . Tp suami sy brkeras utk lpskan sy.. Suami sy mmg seorang yg sgt baik . Memahami dan bertanggungjwb.. Sy xboleh trime anak2 tiri sy . Ble anak2 suami sy ade . Sy rsa diketepikan oleh suami sy.. Sdgkan suami sy tidak prnah ketepikan sy.. Sy takkan nk dok srumah ngan anak2 tiri sy . Skrg ni sy tinggal berasing.. Sy dan suami dok brdua jer kat tmpt len . Anak2 tiri sy dok ngan mak suami sy.. Sy bhagia brsame suami . Tp bile sebut ttg anak2 tiri sy , Sy jd sedih dan xtenteram dan tros brgadoh akibat sy takot kehilangan kaseh syg dri suami sy.. Sy tidak bencikan ank2 tiri sy . Cma sy tkot kehilangan kaseh syg dri suami sy apabila kami sume dok serumah.. Sy xske spend time ngan anak2 tiri sy.. Klu keluar pun brdua jer ngan suami sy.. Ble anak2 tiri sy ade dlm kreta . Kemesraan antara sy dan suami hilang mcm tu jer.. Seolah2 sy dan suami bisu.. Ble anak2 tiri sy xikot skali . Kami bahagia sgt mesra bertambah.. Ble sy fikir hal ni . Sy sgt tertekan dan tekanan.. Sy akan menangis tanpa henti andai kte mak suami sy dh balek ke kampung . Msti suami sy akan amek anak2 utk duduk serumah.. Sy tidak pernah halang suami sy utk jalankan tanggungjwb nya kpd anak2 nya kcuali sy xnk dok serumah dan sy xnk spend time ngan mereka sbb ble mereka ade . Sy dan suami ibarat membisu.. So klu la dok skali. Kemesraan akn hilang begitu jer..Sy terlalu cintakan suami sy dan menyayanginya lebih dri nyawa sy sendiri.. Sy sanggop mati sbb die . Suami sy pun tahu sy seorang isteri yg soleha . Tp sy tidak boleh trima anak2 nya lg.. Sy xsanggop hri2 nk menangis.. Sy sungguh tertekan smpai la skrg ni..

    BalasPadam
  5. Sy berumur 18tahun . Sy berkahwin dgn duda umo 36tahun dan mempunyai 2org anak.. Suami sy seorg yg baik . Bertanggungjwb dan memahami sy.. Suami sy brsyukur brkahwin dgn sy sbb die tahu sy isteri yg soleha . Cme sy xboleh trima anak2 tiri sy.. Anak tiri sy lelaki dan prempuan . Sy tidak akan menghalang suami sy utk menjalankan tanggungjwbnya sbagai seorang ayah.. Cme sy xmahu dok serumah ngan anak2 tiri sy . Perkahwin sy bru 26hri.. Tp sy dh mle brgadoh dgn suami sy akibat anak2 nya.. Smpaikan sy mntk dilepaskan . Tp suami sy brkeras utk tidak lepaskan sy.. Sy tidak benci pd anak2 tiri sy . Cme sy xnk dok serumah ngan mreka.. Ble kluar pun msti sy dgn suami jer . Penahla sblm ni suami sy bwk anak2 die . Kemesraan antara sy dan suami ilang ibarat kami bisu.. Ble anak2 die xde . Sy dan suami mesra dan sgt intim dan suami sy manjakan sy dri anak2 die.. Tp ble anak2 ade kemesraan kami ilang.. Klu la dok srumah sdh tentu kami akan renggang.. Sy trlalu sygkan suami sy lebih dri nyawa sy sendiri dan sy sanggop mati tok suami sy.. Sy isteri yg soleha kpd suami sy sepenuhnya . Cma sy xboleh trima anak2 die.. Sy sungguh tertekan dan tekanan akibat msalah ni.. Sy takot ilang kaseh syg dri suami sy.. Sy xboleh dgr klu org sbot ttg anak2 tiri sy . Tros sy jd sedih dan tertekan dan menangis tanpa henti akibat bygkan sy akan hilang kaseh syg dri suami sy.. Sy dh xlarat nk tanggung sume ni . Sy harap allah membantu sy :'(

    tmpt len . Anak2 tiri sy dok ngan mak suami sy.. Sy rsa tenang ape ble berasing dri mereka . Klu keluar pun msti sy dan suami jer

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum semua, sy juga sekarang brkawan brstatuskn duda,duda 9thn, mmg die dh lama single, tetapi bila ex-wife die cntac pasal ank, memang trdetik perasaan curiga dan risau, risau jika die dgn ex-wife akan rujuk balik, mmg die dgn ex-wife prnah brbincg tuk rujuk balik, tp keegoan c ex-wife telah mghancurkn semangat die, sy juga risau bila dh nikah nnti c ex-wife akan mnganggu rumah tgga kami, dan memandangkan bf sy ada ank perempuan........sy juga risau dan dilema jika keluarga tidak merestui hubungan kami.........GadisDalamDilema.....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum semua, sy juga sekarang brkawan brstatuskn duda,duda 9thn, mmg die dh lama single, tetapi bila ex-wife die cntac pasal ank, memang trdetik perasaan curiga dan risau, risau jika die dgn ex-wife akan rujuk balik, mmg die dgn ex-wife prnah brbincg tuk rujuk balik, tp keegoan c ex-wife telah mghancurkn semangat die, sy juga risau bila dh nikah nnti c ex-wife akan mnganggu rumah tgga kami, dan memandangkan bf sy ada ank perempuan........sy juga risau dan dilema jika keluarga tidak merestui hubungan kami.........GadisDalamDilema.....

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum semua, sy juga sekarang brkawan brstatuskn duda,duda 9thn, mmg die dh lama single, tetapi bila ex-wife die cntac pasal ank, memang trdetik perasaan curiga dan risau, risau jika die dgn ex-wife akan rujuk balik, mmg die dgn ex-wife prnah brbincg tuk rujuk balik, tp keegoan c ex-wife telah mghancurkn semangat die, sy juga risau bila dh nikah nnti c ex-wife akan mnganggu rumah tgga kami, dan memandangkan bf sy ada ank perempuan........sy juga risau dan dilema jika keluarga tidak merestui hubungan kami.........GadisDalamDilema.....

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails