Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sengaja Laman-Seri memilih entry yang sedikit ‘hot’ untuk hari ini… :). Sebenarnya entry ini adalah lanjutan dari entry ‘Rangsang suami lebih romantik’ dan ‘Isteri juga harus romantik’, yang mencadangkan agar isteri patut ada rangsangan positif dari sikap sendiri untuk menumbuhkan sisi romantik seorang suami.
Dalam entry kali ini pula, Laman-Seri mencadangkan isteri membangkitkan ghairah atau menggoda suami pula... ;) Syhhh… Apa salahnya anda cuba sendiri, tentu suami akan teruja dengan kejutan yang anda berikan!
Membangkitkan ghairah atau menggoda suami bukan sekadar dengan berpakaian seksi dan sentuhan semata-mata. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Antara yang jarang dilakukan adalah melalui kata-kata. Ya, melalui bicara yang sensual, asmaradana anda suami isteri mampu membara. Caranya bukanlah dengan ‘cakap-cakap lucah’, sebaliknya dengan perbualan yang mesra dan hangat. Cara yang disenaraikan di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Adalah dicadangkan agar panduan ini dipraktikkan sambil berbaring di kamar beradu bersama pasangan.
1 – Fikirkan topik perbualan
Pelajari dan siapkan bahan atau modal untuk anda bualkan bersama dengan pasangan. Kalau pasangan tidak biasa, anda memerlukan kesabaran untik membiasakan dirinya dengan perkara ini, terutamanya jika pasangan jenis yang pemalu dan tertutup. Ia penting supaya perbualan yang anda lakukan tidak bertukar menjadi petaka kerana si dia tidak suka dengan bahan yang anda bualkan.
2 – Kata-kata indah
Mulakannya ketika anda dan pasangan berada di atas ranjang. Terlebih dahulu, berikan sentuhan lembut ke bahagian tubuh pasangan yang sensitif. Sambil memberikan kata-kata belaian, selang selikan dengan kata-kata indah yang menjurus kepada hal yang berbau seks. Pastikan apa yang anda bicarakan itu dapat memancing ghairah seksual pasangan anda.
3 – Berikan pujian
Sama ada lelaki mahupun wanita, keduanya sukakan pujian atau sanjungan, apatah lagi ia datang dari orang yang amat dicintai. Ketika anda dan pasangan menikmati suasana intim, katakan kepadanya tentang apa yang membuatkan anda berasa kagum dengan dirinya. Terutama sekali pujian tentang layanan seksual yang diberikan kepada anda... :-b
4 – Ungkapkan fantasi
Sesekali ungkapkan kepada pasangan tentang apa yang anda fikirkan termasuklah fantasi liar dalam melakukan hubungan intim. Misalnya anda membayangkan dapat mempraktikkan posisi seks yang belum pernah anda cuba. Fantasi ini amat membantu anda dan pasangan membangkitkan ghairah seksual.
5 – Rayulah dirinya
Jika ada perkara yang tidak anda senangi, anda tidak perlu menghindarinya, sebaliknya katakan saja dengan nada gurauan supaya pasangan tidak tersinggung. Selain itu, jangan lupa kata-kata rayuan.
Jika anda ingin mendapatkan hubungan seks yang hebat, ungkapkanlah kekaguman anda terhadap pasangan. Apabila pasangan berbesar hati, anda sendiri juga yang beruntung. Ðia pasti akan menjaga kepuasan tersebut dengan permainan seks yang stabil.
6 – Pujian berbau seks
Bagaimana pula hendak memuji pasangan dalam soal seks? Pasti kekok, terutama jika anda tidak pernah melakukannya. Paling penting sekali yang perlu anda puji adalah permainan seksnya.
Mulakan langkah pertama dengan mengatakan bahawa hasratnya yang bergelora untuk bersama membuatkan anda terasa cukup bersemangat untuk melakukan hubungan intim.
Seterusnya, pujilah keindahan tubuhnya, bentuk tubuh yang langsung atau dada suami yang sasa. Katakan bahawa anda sangat terangsang melihat setiap inci tubuhnya. Pasangan pasti akan terasa tersanjung dengan pujian tersebut dan ikutinya dengan melakukan sentuhan-sentuhan lembut.
Berikutnya, jangan lupa memuji kemampuan fizikalnya dalam hubungan seks. Jangan malu mengatakan bahawa anda benar-benar keletihan dengan tenaganya. Ucapan tersebut mampu membuatkan pasangan lebih bersemangat, terutama dalam hubungan seks yang seterusnya. Selain itu, ia juga membantu menambahkan keyakinan pasangan setiap kali melakukan hubungan seks.
Selamat mencuba! ;;)
Tips dari sumber : MW#1373
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Mac 15, 2011
Goda suami melalui kata-kata
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/15/2011 07:26:00 PTG
Capaian entry berkaitan :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...