“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Mac 18, 2011

Perbelanjaan buat kelambu Kaabah RM17.5 juta

Kiswah menutupi Kaabah - 1910

KIRA-KIRA RM17.5 juta dibelanjakan membuat kiswah (kelambu Kaabah) di Makkah, demikian diterangkan Ketua Hubungan Masyarakat pembuatan kelambu Kaabah, Khamis al-Zahrani.

Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun. Lokasi pembuatan itu terletak di Masna' Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam. Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah. Arab Saudi mula merencanakan pembuatan kiswah pada Muharam 1346 hijrah, pada zaman pemerintahan al-Malik Abdul Aziz Abdul Rahman al-Saud.

Kelambu Kaabah bahagian luar berwarna hitam dengan lapisan berwarna putih di bahagian dalamnya, manakala kiswah di bahagian dalam Kaabah berwarna hijau. Sebanyak 670 kilogram benang sutera asli diperlukan bagi membuat kiswah, dana dikeluarkan adalah RM17.5 juta. Pembuatan kiswah membabitkan mesin dengan kemampuan 9,986 benang per meter.





“30 tahun lalu, kiswah dibuat dengan alat tenun, memakan masa lapan bulan, berbanding menggunakan mesin hanya mengambil masa lima bulan,” katanya.

Replika pintu Kaabah disulam dan ditutup dengan kiswah berhiaskan pelbagai ayat suci al-Quran yang dibuat pada zaman Sultan Murad Khan 1410 hijrah. Pekerja menyulam benang emas dan perak serta memotong kiswah dan membentuk kaligrafi ayat al-Quran.

Lokasi Masna' Kiswah terletak berhampiran Muzium Haramain, di mana setiap 1 Zulhijah diadakan upacara simbolik penyerahan kiswah kepada Ketua Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Imam Masjidil Haram biasanya menghadiri upacara penyerahan kiswah pada upacara penyerahan 1 Zulhijah 1431 hijrah, yang dihadiri Imam Syeikh Mahir al-Mu'aykali.

Pada upacara itu dilakukan penyerahan simbolik kunci pintu Kaabah kepada Dr Saleh al-Saiby, ahli waris pemegang kunci pintu Kaabah. Pemegang kunci sebelumnya ialah Abdul Aziz al-Saiby, beliau sudah meninggal dunia. Keluarga al-Saiby menjadi pemegang kunci pintu Kaabah sejak zaman Quraisy lagi, iaitu sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi dan Rasul.

Kerja penukaran kiswah itu dilakukan setiap tahun ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Kelambu Kaabah yang sudah atau belum digunakan disimpan di tempat tertentu dan kelambu yang digunakan dibahagikan kepada pemimpin dan tokoh tertentu dalam kalangan negara Islam.


The kiswa surrounding the Black Stone

Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang.

Kerajaan Arab Saudi mengambil tanggungjawab menenun kain kelambu Kaabah itu. Sebelum ini ia pernah ditenun di Mesir dan India tetapi didapati mudah luntur.

Oleh itu, perhatian jemaah umrah dan haji selalu ditumpukan penglihatan mereka kepada kiswah dan Kaabah, di mana begitu penting ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi).




Sumber : Ibrahim Abdullah di BHarian 16/03/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails