“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Memaparkan catatan dengan label Psikologi perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Psikologi perkahwinan. Papar semua catatan

Ahad, Julai 01, 2012

Romantik itu sunnah Rasulullah


SIFAT romantik bukan eksklusif dilakukan dalam budaya masyarakat Barat. – Gambar hiasan

SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai

Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah

Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh!

Sumber : Kosmo!

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Jun 22, 2012

Terapi tenangkan hati pasangan



Ujian merupakan lumrah kehidupan. Ðalam memahami hati pasangan, kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan hati sendiri. lalu dengan cara itu, bolehkah kita merasai ketenangan? Ðalam berumahtangga, luka-melukai adalah perkara biasa tetapi sebaiknya kedua pasangan cepat merawat luka itu menjadi putik cinta yang baru.

Setiap hari seelok-eloknya salah seorang sedar tentang kewajipanmengurus hati jikayang lain lupa dan sibuk mengurus dunia. Bagaimanakah terapi yang diajarkan Rasulullah SAW kepada setiap muslim untuk menjaga hatinya sentiasa tenang dan tenteram walau di tengah-tengah dugaan yang berat?

Ðiriwayatkan daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari mata yang tidak pernah menangis dan daripada doa yang tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan an-Nasa’i)

Ðoa ini jika dihayati dengan penuhkeinsafan membawa pengajaran yang teramat berguna bagi setiap pasangan yang mendambakan ketenangan. Ði antaranya adalah :

1 – Tenang dengan ilmu

Ilmu mengenal Allah SWT adalah yang paling utama. Jika suami hanya sibuk belajar bagaimana menggunakan gadget terbaru dan isteri pula dengan ilmu kecantikan atau fesyen atau perniagaan online semata-mata, adakah ruang untuk mereka bersama mengenal ilmu agama? Belajar agama adalah wajib bagi setiap Muslim. Agama bukan hak para ustaz dan ustazah sahaja, tetapi seluruh umat Nabi Muhammad wajib mengenal agamanya dan mengambil ilmu warisan peninggalan Rasulullah SAW tersebut.

Ðunia dan harta takkan mampu membeli ketenangan hati, hanya Allah SWT yang berkuasa menenteramkan hati kita. Kenalilah Allah SWT dengan ilmu, dekati para ulama melalui buku, berkawan dengan orang-orang yang alim dan ikhlas. Carilah ilmu yang bermanfaat bukan hanya setakat pandai membaca al-Quran dan hadis tetapi juga memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.

2 – Tenang dengan hati yang khusyuk

Jika hati suami diusik oleh beban pekerjaan yang memenatkan, isteri pula sedih kerana anak-anak yang bermasalah maka jalan yang kedua untuk mendapat ketenangan adalah khusyuk mengerjakan ibadah. Tetapi jangan tunggu musibah datang baru hendak beribadah, eloklah sentiasa mengingati Allah dalam senang dan susah. Untuk mendapat khusyuk dalam ibadah perlulah menepati cara yang diajarkan Rasulullah SAW. Orang yang membaca al-Quran dan solat wajib ataupun sunnah jika mereka mengerjakannya dengan khusyuk maka keadaan mereka seperti yang digambarkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.” (Surah az-Zumar ayat 23)

Bergetar hati kerana ingat dosa, takut pada Allah dan terkenangkan hari akhirat sedangkan diri belum sempurna untuk menghadapi mati. Begitulah perasaan orang yang khusyuk.

3 – Tenang dengan air mata

Tangisan boleh jadi petanda mendapat rahmat atau azab. Jika seseorang menangis kerana Allah SWT akan berubahlah amalannya dari yang jahat kepada yang baik. Namun ramai yang menangis kerana menerima balasan akibat kejahatan diri kemudian mereka berputus asa daripada rahmat Allah dan terus bergelumang dengan hawa nafsu yang menyesatkan. Suami dan isteri yang banyak menangis kerana Allah SWT antara yang paling lembut hatinya dan mudah memperbaiki kesilapan. Kalau mereka keras hati dan lalai pastilah konflik akan sentiasa memburu sepanjang perkahwinan. Oleh itu banyakkanlah menangis ketika bermuhasabah supaya hati anda berdua lebih lembut dan tenang menghadapi ujian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Ðan mereka sujud sambil menangis sedangkan hati mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ ayat 109)

4 – Tenang dalam berdoa

Kedekatan seorang hamba dengan Allah bergantung berapa kerap dia merayu, meminta, mengadu dan menangis kepada-Nya. Jika interaksinya amat kurang, sungguh dia telah menjauhi Allah SWT, tidak mempedulikan kebesaran dan kuasa-Nya dan seolah-olah tidak percaya kehebatan-Nya. Ketenangan itu dicapai dengan hati yang mengingati Allah, bersyukur dan bergantung kepada-Nya bukan hati yang tenggelam dalam kesibukan mengejar dunia semata. Pergilah ke tempat terindah di dunia ini dengan hati yang lalai, nescaya semua keindahan itu akan menjadi neraka di jiwa.

Ketenangan hati suami terletak pada keikhlasan hati isteri, jika keduanya bersatu hati di jalan Ilahi. Amalkanlah terapi suci yang pernah diamalkan para nabi menerusi firman-Nya yang bermaksud, “(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’ ayat 90)


Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1478

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Mei 29, 2012

Ramalan kalkulator cinta



Assalamualaikum warahmatullah,

Pernahkah anda melayari laman sesawang yang memaparkan tentang kalkulator cinta? Anda hanya taipkan nama anda dan suami, kemudian tunggu beberapa saat, jawapan yang diberi oleh kalkulator cinta itu memang karut.

Walaupun ia hanya sekadar ramalan cinta, tetapi terasa juga hendak tahu, kononnya mahu muhasabah diri. Jika tidak elok ramalannya, boleh dipetulkan sikap pada suami. Tapi kalau elok pula jangan langsung tidak mahu muhasabah diri kononnya diri sudah bagus, rupa-rupanya anda tertipu.

Sebenarnya tidak perlu merujuk kepada ramalan jika mahu membetulkan amalan, ikhlaskanlah niat kepada Allah untuk berubah menjadi isteri yang solehah. Malangnya ada isteri yang percaya 100% pada paparan skrin ramalan itu, kalau dikatakan bahawa suami sedang bercinta dengan wanita lain, terus saja dia bersetuju percaya dan membenarkan tanpa usul periksa. Bahaya sungguh mempercayai kalkulator karut sebegini, boleh menimbulkan perang besar yang akan menggoncang rumahtangga anda.

Sikap mempercayai ramalan amat ditegah oleh agama, seolah-olah kita lebih mengtahui apa-apa yang di sisi Allah SWT padahal firman-Nya telah menegaskan, “Ðan pada sisi Allah-lah kunci-kunci segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Ðia, dan Ðia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Ðia mengetahui dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu basah atau yang kering melainkan tertulis di dalam kitab yang nyata.” (Surah al-An’am ayat 59)

Rasulullah SAW memperingatkan umatnya supaya menjauhi para peramal nasib jika tidak akan tergadai keimanan kita, sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Sesiapa yang mendatangi peramal lalu mempercayai apa yang diramalkan, maka telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ðua azimat cinta

Tanpa ramalan hidup anda jauh dari perasaan was-was, takut dan gelisah. Suami tak akan mempercayai cakap-cakap karut tentang isterinya kerana dia beriman kepada Allah. Isteri pula menyerahkan segala nasibnya kepada Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Manusia hanya disuruh untuk merancang dan beramal, biarlah yang menentukan hanya Allah Yang Maha Kuasa.

Oleh itu tidak harian kita melihat suami yang beristei cantik, kaya dan bergelar pun maish mencari isteri kedua, ketiga dan keempat. Kalkulator cinta mana yang boleh menghitung tentang kekurangan wanita sebegini?

Nasib rumahtangga kita bergantung kepada ikhtiar dan doa yang ikhlas tanpa sesekali menafikan kuasa Allah SWT. Terkadang pada pandangan manusia sesebuah perkahwinan tidak mungkin diselamatkan lagi tapi kuasa Allah SWT merubah segalanya menjadi elok.

Begitu juga perkahwinan yang bahagia pada mulanya boleh hancur sekelip mata dengan kuasa Allah SWT. Oleh itu jangan sekali-kali kita berasa aman dari ujian Allah kerana hidup di dunia bukan untuk bersenang-senang melainkan medah perjuangan.

Isteri adalah pejuang cinta yang paling berani, sabar dan setia jika dia menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Ðia tidak memerlukan kallkulator cinta untuk menterjemahkan betapa dalam cintanya kepada suami. Walaupun orang yang dicintai itu paling sering melukai ihati, dia tetap bertahan. Ðari mana datangnya kekuatan itu jika bukan dari Yang Maha Mencinta?

Ðia mengambil kekuatan cintanya dari satu ayat yang sangat indah, firman Allah SWT yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (sombong dan bangga diri) dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (Surah al-Hadidi ayat 22-23)

Jangan sedih dan sombong

Tiada lagi kesedihan dan takut pada ramalan buruk tentang cintanya kerana dia bersandar pada ilmu Allah SWT. Jangan sedih dan jangan sombong, beramallah sehabis daya dan biarkan Allah menentukan segalanya, sesungguhnya sedih dan sombong sering membuat para isteri lupa diri.

Sedih terkadang membuat kita lupa pada nikmat Allah yang banyak dan memasung semangat kita untuk melakukan kebaikan. Contohnya isteri yang sedih memanjang kerana suami tidak romantik lagi. Ðalam kesedihannya, dia menyangka buruk pada suami dan akhirnya timbul sikap-sikap yang negatif. Sedih memang berakhir dengan keburukan, oleh itu dalam al-Quran ditegaskan, La tahzan! Jangan bersedih, jika ia membawa kemudaratan!

Sombong pula membuat isteri tidak sedar kelemahan diri. Ðia berasa sudah cukup cantik dan menarik, kaya dan bijak sehinggakan merasa yakin tak mungkin suami akan lari. Ðia tidak mahu meneliti aib diri sendiri, apatah lagi mendengar luahan hati suami. Jangan sesekali menganggap diri sudah sempurna kerana manusia tempatnya lalai dan lupa. Percayalah pada kuasa yang berada di langit, anda tidak perlukan ramalan kalkulator cinta, cukuplah dua azimat cinta ini, jangan sediah dan sombong dalam mencintai! 


Sumber : Ðr Juanda Jaya MW#1456

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mac 12, 2012

9 kekuatan untuk cipta bahagia



Kebahagiaan rumahtangga bukanlah bergantung pada kekuatan cinta semata-mata. Ada banyak lagi aspek kekuatan yang perlu ada pada pasangan agar rumahtangga yang dibina utuh dan berkekalan hingga ke akhirnya.

Bagi yang belum berumahtangga maka persiapkan diri dengan kekuatan ini. Buat yang sudah berkahwin tiada salahnya menilai diri sama ada punya semua kekuatan ini dalam melayari rumah tangga.

1. Kekuatan fikiran

Sedarkah bahawa cinta bermula dari fikiran. Pastinya kita terfikir untuk mencari pasangan yang menepati cita rasa dan sudah tentu kriteria cantik, bijak, beragama dan penyayang menjadi pilihan. Secara tidak langsung, berfikir tentang hal-hal sebegini membuatkan anda lebih mengenali pasangan tanpa anda mengetahui siapakah individu yang dicari. Bersandarkan dari pencarian tersebutlah maka anda akhirnya dipertemukan dengan calon yang diinginkan.

2. Kekuatan melalui pemberian

Dalam percintaan dan rumahtangga perlu ada tolak-ansur, kerjasama dan kesepakatan. Sekiranya ingin mendapatkan cinta maka anda terlebih dahulu perlu memberinya. Lebih banyak cinta yang diberi maka lebih banyaklah cinta yang anda peroleh. Usah kedekut berkongsi kasih sayang kerana lama kelamaan keindahannya pasti dirasai. Sedar tak sedar bercinta juga membuka peluang untuk anda lebih bersemangat untuk melakukan pelbagai kebaikan.

3. Kekuatan melalui persahabatan

Mendapatkan cinta yang sejati bukanlah semudah memperoleh cinta monyet. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Kerana itulah jalinan persahabatan diperlukan meskipun anda telah mengikat jalinan perkahwinan dengan pasangan. Belajarlah untuk menjadi kekasih dan sahabat yang baik kerana cinta tidak semestinya pandangan mata yang turun ke hati tetapi lebih kepada kebersamaan ke arah satu tujuan.

4. Kekuatan untuk melepaskan

Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia Yang Maha Berkuasa. Untuk itu belajarlah untuk melepaskan kerana dia bukanlah milikmu yang abadi. Dalam percintaan anda perlu miliki ruang untuk diri sendiri. Ruang untuk mencintai diri sendiri serta ruang untuk belajar memperbaiki diri. Disebabkan itu, sebelum mencintai orang lain cubalah belajar menjadi seorang yang memaafkan dan lupakan kisah silam hitam dalam hidup masing-masing. Dalam erti kata lain cuba melepaskan perasaan takut, curiga, ego, syak wasangka dan segala yang negatif dalam hidup anda dan dirinya.

5. Kekuatan ingin menghormati

Anda bukanlah pencinta yang baik sekiranya tidak mampu menghormati pasangan yang dicintai. Namun perlu diingat, individu pertama yang perlu diberi penghormatan adalah diri sendiri dan selepas itu barulah orang lain. Tanyakan pada diri apakah perkara yang membuatkan anda ingin dihormati. Sudah pasti perkara yang lebih kurang sama juga dirasai oleh pasangan.

6. Kekuatan sentuhan

Salah satu cara menginterpretasikan cinta adalah melalui sentuhan. Dengan sentuhan pasangan dapat merasa sedalam mana cinta anda padanya. Sentuhan yang lembut, hangat atau biasa-biasa sahaja. Dengan sentuhan juga benteng pemisah disebabkan perasaan malu kerana baru mengenali mampu diruntuhkan dengan mudah sekali gus menyatukan dua jiwa untuk hidup bersama. Namun perlu diingat kekuatan sentuhan ini layaknya dipraktikkan untuk yang berumahtangga saja.

7. Kekuatan berkomunikasi

Mencintai insan yang anda sayangi membuka laluan atau tatacara untuk anda berkomunikasi dengannya. Biarkan dia mengetahui dan menghargai sedalam mana kasih serta cinta yang anda himpunkan buatnya. Gunakan kekuatan untuk mengucapkan tiga perkataan keramat (Aku Cinta Padamu) setiap kali pasangan bangkit dari lenanya. Sertakan dengan ciuman hangat penuh makna.

8. Kekuatan untuk mempercayai

Sukarnya mencipta kepercayaan dalam sebuah rumahtangga yang baru dibina. Bagaimanapun hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Meskipun payah melakukannya tetapi berilah peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat kerana dia adalah sebahagian dari hidup anda sebaik lafaz akad diucapkan. Sebaiknya tinggalkan 30 peratus keraguan anda untuknya kerana ia berfungsi sebagai benteng yang mampu menyelamatkan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

9. Kekuatan memberi komitmen

Mengambil keputusan mendirikan rumahtangga membuktikan bahawa anda sudah bersedia pada satu komitmen yang penting. Disebabkan itulah anda perlu bijak mengendalikan komitmen tersebut agar tidak bercelaru dan menyusahkan diri sendiri.

Contoh yang paling mudah adalah kesetiaan. Anda terikat pada sebuah hubungan perkahwinan dan menjadi prinsip rumahtangga, setiap pasangan perlu jujur dan setia. Itu antara komitmen yang perlu dipikul dan diingati sepanjang masa agar rumahtangga sentiasa harmoni dan bahagia.




Sumber tips dipetik dari MW#1476

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Mac 04, 2012

6 panduan buat suami isteri muda



Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.

Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.

Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.

1. Berupaya galas tanggungjawab

Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.

Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

2. Periksa status kewangan

Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.

3. Matang membuat keputusan

Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.

Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.

4. Dapatkan restu orang tua

Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.

5. Tolak ansur kunci bahagia

Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.

6. Sentiasa berfikiran positif pada pasangan

Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang? Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.




Sumber : MW#1468

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mac 02, 2012

Jangan biar pasangan kesunyian


Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi. – Gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alam rumahtangga seharusnya menjadi impian setiap pasangan di dunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga akhir hayatnya. Namun apabila usia perkahwinan semakin lama adakalanya hubungan juga semakin renggang, perasaan cinta dan sayang juga semakin pudar dan semakin kurang ‘magis’nya.

Malah ada ketikanya sudah tidak sama seperti waktu awal-awal perkahwinan dulu. Maklumlah anak-anak sudah besar dan cucu juga semakin ramai. Ada yang bersikap tidak kisah atau ambil mudah terhadap pasangan mereka. Hidup bersama bertahun-tahun membuatkan mereka merasakan sudah cukup memahami pasangan, lantas mereka mula bersikap ambil mudah terhadap pasangan.

Menurut Penolong Pengarah Kaunseling Kolej Matrikulasi Selangor, Zuaiza Paiman, sebenarnya itu satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan yang telah lama berkahwin. Jadi tidak hairan jika ada rumahtangga yang runtuh walaupun sudah berusia berpuluh tahun. Tegas beliau, biarpun sudah lama berkahwin, sebagai manusia normal naluri untuk disayang tetap wujud.

“Biarpun sudah lama mengharungi kehidupan bersama, perasaan cinta dan kasih sayang harus dibajai, jangan sesekali meminggirkan insan yang paling mengharapkan belaian dan perhatian,” tegasnya bersungguh. Tambah beliau, biarpun masing-masing sudah ‘masak’ dengan kerenah sendiri, namun jangan membiarkan pasangan berasa kesunyian. Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi, oleh itu anggap pasangan kita sebagai orang yang paling penting,” katanya. Menurutnya lagi, bermula dengan kesunyian akan menjadikan seseorang itu cuba mencari keseronokan yang lain.

“Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk memberikan perhatian kepada pasangan sendiri. Biarpun sibuk sentiasa beri perhatian setiap perkara yang diingini. Bagi isteri menjadi surirumah ada waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap suami. Bagi isteri yang bekerjaya pula, jangan mengharapkan sangat segala urusan suami disediakan oleh pembantu,” ujarnya lagi.

Dalam perhubungan, komunikasi adalah perkara yang penting.

“Ini kunci utama. Komunikasi adalah sesuatu yang penting, tanpa komunikasi kita tidak tahu apa yang tersirat di hati masing-masing,” ujarnya lagi. Katanya lagi, dalam keadaan sedemikian biasanya pasangan akan saling memendam, akhirnya apabila meledak, keadaan tidak dapat dipulihkan lagi.

“Oleh itu, jangan pendamkan apa yang terbuku sebaliknya berkongsi cerita dengan pasangan kita. Biarpun sudah lama melayari bahtera perkahwinan, namun kuasa sentuhan mampu mengembalikan kehangatan dalam hubungan suami isteri. Siapa kata orang tua tidak inginkan belaian dan sentuhan. Kadangkala sentuhan juga sudah cukup untuk menyampaikan segala yang terpendam,” katanya.




Sumber : UM 15/06/2010

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Januari 16, 2012

7 kalimah yang sukar diterima suami


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tidak dapat dinafikan, ada kalanya kerana sudah lama hidup bersama maka ramai isteri merasakan mereka bebas mengucapkan apa jua perkara yang hendak diluahkan kepada suami. Pada pandangan mereka, suami boleh menerima semua yang diluahkan sama ada yang elok atau sebaliknya.

Sebelum anda berfikiran bagitu, sebaiknya hentikan dahulu. Walau apapun yang hendak diluahkan, janganlah terlalu 'straight forward', jika boleh sulamkan bahasa bak kata orang, cakap biar berlapik. Jika tidak, takut terjadi bak kata pepatah orang tua kerana mulut badan binasa. Semua ini ada kaitan dengan perihal ego lelaki. Lelaki sebenarnya cukup sensitif jika perkataan negatif tentang diri mereka itu didengar daripada pasangannya sendiri.

Mungkin bagi sebahagian isteri hal-hal yang diungkap pada suami itu remeh-temeh namun jika tidak kena gaya ia boleh memberi kesan yang besar dalam perhubungan. Tak mustahil suami akan merajuk atau berkecil hati. Sebagai contoh anda tiba-tiba ringan mulut pada satu pagi menegur tentang belahan rambut suami yang berlainan dan pada pandangan mata anda tidak elok.

Bagi anda ia perkara kecil tapi buat seorang lelaki yang sememangnya prihatin tentang citra diri mereka, ia boleh membuatnya rasa tersinggung. Sukar untuk seorang lelaki menerima apabila isteri memberi komen yang tidak menyenangkan tentang penampilannya.

Selain daripada itu, ada beberapa lagi isu atau perkara yang tidak disukai oleh suami bila diucapkan oleh pasangan mereka. Para isteri di luar sana, semak beberapa ayat yang sukar diterima oleh suami anda biarpun anda merasakan ia tiada apa-apa.

1. ‘Abang ni kurus sangat’ atau ‘Abang gemuk sangatlah’

Sebagai wanita, anda sudah tentu kecil hati bila dikata sedemikian oleh suami meskipun itu memang hakikatnya. Begitu jua dengan suami anda. Sebagaimana yang diperkatakan tadi lelaki memang sensitif jika ada yang berkomentar tentang bentuk tubuhnya.

Walau ia perkara yang benar sekali pun dan anda bimbang akan kesihatan suami tapi anda perlu bijak menyatakannya. Sebagai contoh hidangkan makanan diet untuk suami, sekiranya suami bertanya maka katakan anda prihatin tentang kesihatannya dan tidak mahu dia menghidap sebarang penyakit. Itu lebih lembut malah memberi petanda bahawa anda sebagai isteri amat menyayangi dirinya.

2. 'Kenapalah awak tak macam suami kawan saya’

Lelaki sangat benci jika diri mereka dibandingkan dengan lelaki lain, apalagi jika perbandingan itu keluar dari mulut pasangannya. Ia akan ‘melukai’ egonya. Namun, kebanyakan isteri cenderung melakukan kesalahan ini tanpa menyedarinya.

Ayat sebegini akan membekas di hatinya. Ia menggambarkan anda sebagai pasangan seolah-olah kecewa dengan dirinya dan dia sebagai suami tidak mampu memuaskan hati pasangan.

3. ‘Abang punya baju hari ni kelakarlah!’

Sekali lagi diingatkan jangan memberi komentar negatif tentang cara seseorang lelaki berpakaian. Tidak hanya ia akan mengganggu perasaannya tapi juga membuat seseorang lelaki itu kurang keyakinan diri. Sudah tentu anda tidak mahu suami berperasaan sedemikian. Memang, tidak salah jika anda ingin memberinya tip agar suami lebih bergaya tapi cara menyampaikannya perlu lebih ‘diplomatik.’ Misalnya, anda boleh mengutarakannya dengan menggunakan ayat begini, ‘Abang, saya rasa kalau abang pakai baju ini lebih sesuai’ atau pun ‘Baju warna yang saya pilih ni mesti buat abang nampak lebih cerah.’

4. ‘Kamu membosankan!’

Walau hanya mengatakannya sekali saja pada suami tapi ayat ini akan bermain-main di fi kirannya boleh jadi sampai bila-bila. Dia akan cuba mencari di mana salah dan silapnya dan ini akan mengganggu hatinya.

Meskipun anda mungkin mengucapkannya dengan nada ingin bergurau tapi suami pula menganggapnya sebagai satu penghinaan. Betapa dirinya dilihat gagal memberi kebahagiaan dan kegembiraan kepada pasangannya. Ini satu yang serius.

5. ‘Saya sibuk, saya tiada masa nak bercakap sekarang’

Jika ini yang anda ucapkan pada suami bermakna anda telah menolak ke tepi rasa hormat pada pasangan anda. Ucapan ini tidak harus anda ucapkan pada suami sungguh pun pada ketika itu anda memang benar-benar sibuk dan kesuntukan masa.

Perasaan suami amat perlu dijaga. Biar pun pada anda suami seorang yang cukup memahami tapi kata-kata ini boleh menghiris kalbunya dan membuatkan dirinya terasa kecil. Betapa dirinya dengan mudah ditolak ke tepi pada satu-satu masa.

6. ‘Awak ni pandai ke tidak bawa kereta?’

Selain penampilan satu lagi aspek tentang lelaki yang boleh membuatkan mereka lekas tersentap ialah apabila seseorang wanita mempertikaikan caranya memandu. Kebanyakan lelaki percaya bahawa mereka punya kemahiran memandu yang lebih berbanding wanita.

Jadi bila anda sebagai isteri apatah lagi tidak tahu memandu meluahkan kompelin tentang cara pemanduannya tentu saja akan membuatkan suami sakit hati. Oleh itu lebih elok jika anda diam saja di tempat penumpang kecualilah jika anda melihat suami memandu dalam keadaan yang berbahaya dan cuai.

7. ‘Kawan abang tu segak betullah!’

Kalau anda kurang senang mendengar suami memuji kecantikan wanita lain, perkara yang sama dirasai oleh suami tatkala mulut anda menyebut tentang ketampanan dan kegagahan lelaki lain.

Suami akan berasa sedikit kesal apabila isteri membanggakan lelaki lain walhal sepatutnya pujian itu menjadi miliknya. Lebih-lebih lagi jika anda menyatakannya di hadapan dirinya yang ketika itu sedang bersama rakan-rakan lain. Tidak mustahil anda akan dianggap ‘memalukan’ dirinya.

Jika betul anda kagum dengan rupa paras rakan pasangan nyatakanlah dalam kalangan rakan anda saja atau lebih baik simpan saja dalam benak anda. Seharusnya anda membanggakan suami sendiri dan bukan lelaki lain.




Sumber : MW#1433

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 14, 2011

Tampil menggoda di mata suami


Bukan sedikit para isteri yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, oleh kerana itulah, mereka sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami. Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja.

Berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan...

❀ Rambut terurus

Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang seperti 'Kak Limah', sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.

❀ Bibir merah menggoda

Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

❀ Pamerkan kulit

Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

❀ Bayangan menggiurkan

Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

❀ Tukar gaya

Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

❀ Pelihara organ intim

Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.




Sumber : MW#1428

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Oktober 20, 2011

Kebal hadapi provokasi cinta


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Begitu cepatnya hati berkata tidak cinta lagi, padahal masih digelar pasangan pengantin baru, tidak cukupkah persediaan dan keterampilan diri menghadapi pasangan? Ada yang baru sebulan berkahwin, sudahpun memukul isteri kononnya tidak tahan dengan sikap isteri yang tidak menghormati suami.

Isteri zaman sekarang yang berstatus professional tidak akan sanggup jadi hamba suami dengan membongkok-bongkok taat, diam jika dimarahi, mengalah dan bersabar setiap masa, melayani segala hajat suami tanpa menghiraukan hajatnya sendiri.

Mungkin disebabkan sikap isteri yang mahu dipandang sama taraf menyebabkan para suami tertekan. Tidak siap menerima dugaan persaingan dengan isteri sendiri? Manakan tidaknya, gajipun sama banyak, pendidikan sama tinggi, jawatan sama kukuhnya, cantik dan segak sama padan. Jadi, apabila isteri mahu dilayan sama taraf sesekali akan muncul konflik apatah lagi bila hubungan tidak didasari toleransi dan komunikasi yang baik. Tetapi masih ramai isteri yang sanggup mengalah demi cinta, kerana terlalu cintakan suami dan takut wanita lain mengambil tempat di hati suami.



Kuasa bertahan ketika konflik

Begitulah cinta, pahit dan sakit tetapi tidak dinafikan kemanisannya sanggup membuat isteri mengalah. Kuasa apakah yang memberi kekuatan kepada isteri untuk mendampingi suami yang ego? Kuasa apakah yang membuatkan isteri sanggup bertahan menghadapi provokasi suami saat terjadinya konflik?

1 – Kuasa Tuhan

Tidak kira wanita atau lelaki jika mereka bersabar menjaga hubungan kemanusiaan yang diwajibkan Tuhan mereka menjadi kuat. Walaupun ketika pasangannya menyerang maruahnya dengan hinaan dan kekasaran bahasa, kurang menghargai dan menyakiti hati, dia tidak akan melepas liar hawa nafsunya untuk menyerang balik.

Tidak dinafikan rasa sakit itu ada, tetapi dia amat bijak memujuk hati sendiri dengan banyak mengingati Allah SWT. Semua itu disebabkan hatinya tidak kosong dari ilham-ilham ilmu Allah SWT dan teladan Rasul-Nya SAW, lisannya sentiasa berzikir walau tanpa gerak dan hatinya sibuk memuji Allah SWT yang telah memilihnya menjalani ujian sebegitu.

Ðia tidak merasa bersendirian ketika sedih dan kecewa oleh sikap suami kerana dia percaya di antara mereka berdua hadir juga Tuhan yang Maha Mendengar, sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud, “Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan Ðia-lah keempatnya. Ðan tiada (perbicaraan antara) lima orang, melainkan Ðia-lah keenamnya dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Ðia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Ðia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Mujadilah : 7)

2 – Kuasa muhasabah diri

Untuk mengalihkan kesakitan dibuli suami, dia meneliti seinci demi seinci kekurangannya, bertanya dalam hati apakah silapnya? Bukan merajuk, melayan kesedihan dengan mengungkit kembali dosa suami terhadapnya. Kemaafannya lebih melimpah dari kemarahannya, jika bersemuka wajah yang paling cerialah yang dipamerkan kepada kekasihnya.

Wajah yang bersedia menerima cinta, bukan wajah yang penuh provokasi. Ðisebabkan isteri mudah memaafkan, suami pula akan mudah melupakan konflik meraka. Kebaikan yang anda beri akan mendapat balasan yang baik, cinta dibalas cinta.

Lagi pula pasangan yang mudah memaafkan, tidak berdendam akan menganggap konflik itu sebagai lumrah kehidupan. Pagi ketika turun kerja suami marah-marah, petang nanti dengan selambanya gelak-gelak. Ðalam telefon maca tidak mahu melayan, dah jumpa malam nanti dia pula yang beriya-iya melayan anda.

3 – Kuasa sabar

Bandingkanlah diri anda dengan wanita yang menderita lebih teruk di luar sana. Jika anda tidak tahan dengan provokasi suami, anggaplah penderitaan itu suatu syarat untuk mendapatkan cinta Allah SWT. Boleh jadi sikap anda pun lebih menyakitkan hati suami jika ditimbang di atas mizan di akhirat nanti.

Berwaspadalah dengan hasutan syaitan di antara anda dan suami. Bertenang dan banyakkan berfikir tentang aib diri dan jasa-jasa suami yang mungkin kita tidak nampak kerana kesalahannya yang setitik.

Ingatilah janji Allah SWT bagi mereka yang sabar, hal ini dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud, “Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Isteri yang impikan syurga dunia dan akhirat tegas menepis segala hasutan jahat dalam hatinya yang menyuruh untuk terus-menerus berdendam dengan suami sendiri. Jika suami melancarkan provokasi untuk bergaduh, dia telah bersedia dengan hati kebalnya yang dijaga oleh Tuhannya Yang Maha pengasih. Ðia akan bertemu Allah sebelum menghadap suami dengan wajah paling gembira kerana hatinya sudah pun diberkati. Wajah yang bersedia untuk dicintai dan hati yang paling kebal untuk disakiti.




Sumber : Ðr Juanda Jaya MW#1444

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Oktober 10, 2011

Bisnes tak menjadi, jangan salahkan isteri!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sewaktu berharta, isteri setia. Setelah merana, isteri ke mana? Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula, begitulah nasib seorang suami yang bersusah payah dalam mencari rezeki akhirnya kecundang di tengah perjuangan. Benar sunguh kata ibu bapa kita. Hendak cari isteri, carilah yang sudi hidup susah, perihati dan qana’an (sentiasa rasa cukup). Sayangnya, ramai lelaki yang menggunakan harta untuk memikat belahan jiwa. Menyunting bunga dengan gemerlap permata dan mempamerkan segala kemewahan demi cinta.

Jika dari mula sudah melayan isteri dengan kemewahan, pasti akhirnya kelak sudah mengajaknya hidup sederhana. Semua mahu serba kelas pertama, bagaimana hendak membiasakan diri dengan berjalan kaki, jika dahulu kereta sedia sentiasa membawa ke sana sini. Bolehkah berpindah ke rumah yang lebih kecil di tingkat lima flat usang yang tiada lif, sedangkan rumah yang dulu amat selesa, besar dan cukup segala serbinya.

Dalam menghadapi kemelut kewangan keluarga, hendaklah mengamalkan petua belia ‘4B’ iaitu :

1 – Berterus terang

Jangan sembunyaikan masalah kewangan anda, ajaklah isteri berbincang tentang langkah-langkah yang terbaik menghadapi krisis. Suami yang tidak bertanggungjawab cenderung lari dari masalah, membiarkan isteri meletup-letup emosinya menghadapi perubahan drastik kegagalan suami.

Mengapa hanya pandai menyalahkan isteri yang tidak sabar, padahal suami sendiri yang tidak berani berterus-terang? Akibat tidak diberi maklumat yang sewajarnya, isteri mengamuk dan menaruh curiga kepada suami. Bukankah bertambah rumit keadaannya jika timbul salah faham akibat tidak berterus-terang?

Kadang-kadang isteri menerima maklumat yang salah daripada orang lain. Kononnya suami berhutang kerana judi atau main perempuan, padahal semua cerita itu karut belaka. Mungkin suami tidak mahu membuat isteri susah hati, takut isteri lari dari sisinya jika menceritakan kebenaran. Bukankah suami mesti menjaga isteri dari pengaruh-pengaruh luar yang boleh memberi kesan negatif ke atas rumahtangganya? Sudahlah tidak mahu berterus-terang, lari daripada tanggungjawab, kemudian membiarkan orang luar campur tangan dalam masalah peribadi mereka. Amanahkah suami yang bersikap sebegini?

2 – Berlembut

Suami yang mahu menasihati isteri hendaklah bersedia mengawal dirinya terlebih dahulu. Tunjukkan yang anda stabil dari segi emosi dan rasional dalam bertindak. Kawal diri anda daripada tekanan masalah yang mengganggu dan dekati isteri secara berlemah lembut. Akui kesilapan dan jangan malu meminta pertolongan isteri bersama-sama menghadapi krisis. Mungkin anda akan terkejut dengan reaksi isteri yang tidak terkawal, menangis, menyalahkan kesilapan suami, marah-marah dan mengungkit-ungkit perkara lepas. Tetapi suami yang bijak, percaya bahawa reaksi isteri yang sebegitu adalah wajar bagi seorang manusia biasa.

Terkejut dan putus asa pada mulanya dan tidak mustahil dia akan cepat mengawal diri, meredakan tekanannya perlahan-lahan kemudian redha menerima takdir Allah SWT. Paling penting adalah peranan suami sebagai pendamping yang sabar, nescaya isteri akan meneladani sikap suami ini. Jika suami kurang sabar mendengar keluah isteri, kemudian merenggangkan hubungan mereka, boleh jadi salah faham akan semakin terbuka lebar.

3 – Berusaha lebih gigih

Suami perlu tunjukkan bukti nyata bahawa dia mahu menyelamatkan keluarga dengan bekerja lebih keras daripada biasa. Tekanan memikirkan masalah sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja yang dilakukan. Tetapi suami yang baik, percaya hanya dengan usaha dan ikhtiar saja boleh melayakkan dirinya mendapat kejayaan dari Allah SWT.

Rezeki yang dimakan setiap manusia telah ditetapkan di loh mahfuz sebagaimana ajal dan jodohnya. Jika ia terlepas, maka itu telah tertulis dan jika ia datang, itu pun telah tertulis sebagai ketentuan Allah SWT, jadi tiada sebab untuk manusia bersedih jika ia kehilangan hartanya kerana yang hilang itu akan berganti dengan yang lebih baik.

Bukankah nikmat Allah lebih banyak jika dihitung berbanding musibah yang menimpa manusia? Satu ribu ringgit yang hilang tidaklah sebanyak beribu-ribu ringgit yang kita telah perolehi sebelum ini. Manusia hanya perlu berusaha dengan gigih, kemudian bertawakal supaya dia memiliki kekuatan menghadapi musibah yang hanya sesekali datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seandainya kamu semua bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana Dia memberi kepada burung yang keluar dengan perut kosong pada pagi hari dan kembali dengan perut kenyang pada petang hari.” (Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi)

Jika burung yang hanya memiliki dua sayap dan satu paruh boleh mendapat rezeki setiap hari, apakah manusia yang sempurna akal dan jasadnya akan gagal menyahut cabaran hidup?

4 – Bimbing jiwa dengan ilmu dan ibadah

Ubat penawar kegelisahan manusia hanya ilmu yang diikuti dengan amal soleh. Doa dan harapan kepada Allah SWT menunjukkan kita beriman kepada ketentuan dan kuasa-Nya. Jangan sesekali berpaling tadah daripada Allah dengan melakukan perkara-perkara syirik semata-mata mahu menyelesaikan krisis kewangan keluarga.

Ramai yang percaya kepada bomoh dan ilmu hitam untuk melariskan jualan. Berguru kepada syeikh-syeikh tarekat songsang yang percaya kepada benda-benda karut walaupun dihiasi dengan doa-doa batil yang kononnya mencari berkat.

Padahal amalan bersebut tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Seperti zikir dan doa yang bercampur dengan puji-puja kepada syeikh tertentu yang nyata menyalahi akidah dan agama. Hanya dengan ilmu, fakta dan dalil serta nas yang sahih daripada al-Quran dan hadis sahaja yang seharusnya kita beramal untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Rujukan : Dr Juanda Jaya # 1352

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Oktober 03, 2011

Kalau cinta, jangan ego!


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Sifat ego sebenarnya boleh dihapuskan dengan satu perkataan mudah iaitu ‘terpaksa’. Contohnya, jika suami anda terpasa akur untuk dibuli. Terpaksa menghantar anda membeli-belah walau dia tidak suka. Terpaksa mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah kerana anda sibuk ke luar daerah. Terpaksa makan ala kadar setiap hari sebab anda tidak mungkin masak dalam keletihan. Terpaksa menghadkan masa melepak bersama rakan-rakan atas arahan permaisuri di rumah.

Sebenarnya, perkataan terpaksa ini begitu menolong kita dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri. Anda juga sering merasa terpaksa dan ia amat membantu anda dalam menekan sekuat-kuatnya sifat ego di dalam hati.

Bukankah anda terpaksa menerima kedatangan ibu mertua yang sakit, sementara anda kebetulan sedang sibuk sangat dengan tugasan di pejabat. Anda terpaksa bermanis muka dengan ipar duai yang selalu buat hal. Anda terpaksa mengurut suami yang mahu bermanja sedangkan anda begitu keletihan dengan kerja di pejabat dan kerja rumah.

Kalaulah perkataan terpaksa itu tidak ada dalam kamus hidup anda, pastinya akan huru-hara rumahtangga yang dibina dan kekuasaan ego akan bertakhta di hati. Buat apa susah-susah berkorban untuk suami, kalau suami pun tidak mahu menunjukkan kasih sayang dan pengorbanannya?

Buat apa bermanis muka dengan keluarga suami kalau keluarga kita pun dia tidak hormat? Suami pun berkata dalam hati, “Buat apa aku berjimat, sedangkan isteri sesuka hati buang duit melampiaskan nafsu shoppingnya?” “Buat apa aku setia kalau isteri macam tunggul mati?” Wah, sungguh berbahaya kalau sifat ego begini dibiarkan menjadi-jadi!

Mengapa suami dan isteri mesti memelihara rasa terpaksa dalam hati? Bukankah dia seolah-olah tidak ikhlas? Sebenarnya, perkataan terpaksa itu adalah permulaan daripada sifat ikhlas dengan syarat selepas rasa terpaksa kita mesti betulkan niat menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Awalnya memang terpaksa, tapi lama-kelamaan setelah hati terbiasa berbuat baik kepada pasangan, maka hati akan semakin faham bahawa segala kebaikan itu akan dipandang Allah SWT dengan pandangan rahmat. Barulah ketika itu ikhlas datang dalam hati dan perbuatan kita. Sebenarnya ada banyak cara untuk melemahkan sifat ego dalam diri kira, antaranya ialah :

1 – Fahami situasi semasa

Tidak mungkin seorang suami enggan menghargai isterinya jika isteri betul-betul mengambil berat kecuali dia sedang dalam keadaan tidak normal atau pelik punya spesies. Suami yang normal mesti membalas cinta dengan cinta, sentuhan dengan sentuhan, pertolongan dengan pertolongan, ambil berat dengam ambil berat juga.

Tidak mungkin dia tidak merespons kehangatan isterinya. Anda sebagai isteri juga mesti faham suami juga manusia sama seperti diri anda, kalau anda ada masalah atau tertekan atas sebab-sebab tertentu, pasti layanan anda kepada suami terganggu, bukan?

Maknanya, jangan kerana suami tidak balas kebaikan anda, lalu anda pun bawa diri dan mementingkan ego sendiri. Bagaimana kita melayannya, begitulah dia melayan kita. Kita sedia faham bahawa situasi amat mempengaruhi sikap manusia.

Suami yang ego memanglah senang hendak dilawan dengan ego juga, tetapi sampai bilakah anda mahu terbelenggu dengan situasi yang sama? Jadi, bukankah lebih elok membiarkan situasi yang panas berlalu dengan sikap yang lebih bersahaja?

2 – Tunjuk pada Tuhan

Orang yang ego sentiasa mahu menunjuk dirinya benar dan orang lain salah. Harap anda tidak terpancing dengan sikap pasangan yang ego, bukankah lebih baik menjadi orang yang suka menunjukkan dirinya benar di hadapan Tuhan bukan di mata manusia?

Anda akan lebih berasa tenang jika anda tidak peduli dengan sikap ego manusia yang mengganggu anda kerana Allah sentiasa menjadi sandaran dan rujukan hati. Hati yang sentiasa bersama Allah takkan sempat merasai pedihnya disakiti orang yang ego, sebab hati itu begitu sibuk memikirkan tentang kebaikan yang hendak dilakukan. Jadi, tidak sempatlah hendak pedulikan orang yang ego.

3 – Kalau cinta, ego jadi nikmat

Pelik tapi benar, kalau sendang jatuh cinta, manusia tidak akan peduli dibuli kekasih. Ingat sahaja masa-masa anda dan suami jatuh cinta. Pasti dengan senang hari dan bangganya anda menjadi mangsa ego suami.

Disuruh apa pun anda sanggup buat, minta apapun anda akan beri, marah sedahsyat mana pun hati anda tetap berbunga bila berjumpa. Senangnya hendak menghapuskan sifat ego di hadapan suami, cukup dengan usaha anda untuk jatuh cinta lagi kepadanya berkali-kali.

Bagaimana mendapatkan mood jatuh cinta? Mahu menyuburkan rasa romantik? Salah satunya, anda mesti mencintai diri anda dahulu. Cintai hati anda yang mahu berbuat baik, wajah anda yang sentiasa senyum redha, tangan dan kaki yang mahu berkorban untuk orang yang dicintai. Bercerminlah dan katakan, ‘hai si cantik’ kepada wajah anda yang berseri, barulah aura itu menyentap hati suami untuk jatuh cinta lagi.

Ego tak ego, kehidupan berumahtangga ini mesti diteruskan. Jangan biarkan kaki anda berhenti melangkah ke matlamat bahagia kerana sakit hati dengan ego suami. Ego sifatnya datang dan pergi, tapi cinta sejati yang menentukan apakah anda berdua dapat bertahan dalam suasana penuh toleransi.

Semoga bermanafaat...




Sumber : Dr Juanda Jaya MW#1429

Butiran selanjutnya ...

Ahad, September 04, 2011

Lebaran, masa untuk memaafkan dan meleraikan dendam


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Selain ucapan ‘selamat hari raya’, ungkapan ‘maaf zahir dan batin’ tidak putus meniti di bibir sepanjang Syawal ini. Namun adakah kita benar-benar memaksudkannya atau sekadar ucapan atau kata-kata standard tiap-tiap kali raya manis penyedap bicara semasa meraikan Aidilfitri ini?

Seharusnya di hari lebaran nan mulia ini, kesempatan diambil untuk memohon kemaafan terutama dengan insan terdekat dalam hidup. Inilah masanya untuk meleraikan dendam, konflik, perang dingin malah rasa tidak puas hati yang lama tersimpan di kalangan insan-insan di bawah ini yang sememangnya begitu hampir dengan diri kita. Semoga dengan lafaz kemaafan, rumahtangga dan kehidupan keluarga akan lebih bahagia, harmoni dan dierkati selepas ini.

1. Suami atau isteri

Semestinya suami atau isteri adalah orang pertama yang patut disalami di hari raya ini. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu menunggu di pagi Syawal untuk mengucup tangannya kerana selalunya kesibukan dengan ahli keluarga di waktu ini menyukarkan anda meluahkan apa yang terpendam di hati.

Tidak salah jika anda memohon keampunan terhadap kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan selama ini, pada malam raya yang hening. Lebih syahdu jika diiringi dengan alunan takbir Aidilfitri. Berikan dakapan dan mintalah kemaafan dengan hati yang tulus ikhlas daripada pasangan. Semoga Syawal keesokan harinya menjadi permulaan yang lebih baik untuk anda, suami isteri.

2. Ibu bapa

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa hingga ke hujung nyawa”.... kata-kata ini cukup untuk menggambarkan betapa insan ini wajib menjadi keutamaan. Bukan saja di hari raya, malah pada hari-hari biasa.

Aidilfitri juga selaluya dirasakan tidak sempurna jika tidak mengucup tangan orang tua tanda memohon keampunan daripada mereka. Bagi yang masih mempunyai ibu baoa, jangan sesekali melupakan acara ini. Jangan sangka anda bersikap baik dengan ibu bapa, maka anda tidak pernah berbuat dosa dengan mereka. Mungkin ada tindakan kita yang walaupun tidak salah, namun hakikatnya jauh di sudut hati ibu bapa, mungkin tindakan kita tidak direstui oleh mereka.

3. Adik-beradik

Walaupun mereka insan terdekat dengan diri kita, namun tanyalah pada sesiapapun, pasti pernah bertengkar dengan adik, abang mahupun kakak sendiri. Tetapi ibarat air yang dicincang takkan putus, walau amarah bagaimana sekalipun hubungan dengan mereka pastinya akan kembali pulih.

Namun begitu, ada juga yang mengambil masa yang agak lama untuk berbaik dengan adik-beradik sendiri. Akibat tersentap dengan kata-kata, perebutan harta, masalah anak-anak dan sebagainya, ramai yang bermasam muka malah ada yang berdendam bertahun-tahun lamanya.

Tetapi sampai bila harus bersikap demikian, di bulan yang penuh makna ini, apa kata ambil langkah beralah memohon kemaafan demi menjalinkan silaturahim. Beralah untuk kebaikan keluarga bukan bererti kalah, sebaliknya ia adalah satu kemenangan yang mungkin tidak kita sedari.

4. Mertua

Ibu bapa mertua sama tarafnya dengan orang tua sendiri, jadi mereka ini harus mendapat tempat teratas untuk acara memohon kemaafan. Sebagai menantu, apatah lagi jika jika pernah tinggal sebumbung, ada kalanya hati terguris baik kerana tindakan apatah lagi kata-kata mertua.

Sama jugalah dengan ibu bapa mertua kita sendiri. Tidak mustahil ada tindakan kita sebagai menantu yang tidak memuaskan hati atau mengecilkan hati mereka. Maka sebagaimana anda menangis di pagi raya memohon keampunan dari ibu bapa sendiri, perkara yang sama patut dilakukan dengan mertua anda.

5. Ipar-duai

Banyak konflik rumahtangga berlaku disebabkan oleh sikap cemburu, busy body malah hasad dengki di kalangan ipar-duai. Sekiranya anda antara yang bersikap demikian dan pernah membuatkan rumahtangga adik-beradik berantakan, jangan menunggu lama untuk menginsafi diri dan mintalah kemaafan.

Ajal maut milik Allah SWT, bagaimana sekiranya kematian terlebih terdahulu menjemput, tanpa sempat kita memohon keampunan. Ketika itu penyesalan seumur hidup akan dirasakan. Justeru, pertemuan dengan ipar-duai di hari raya ini jadi waktu yang terbaik untuk menamatkan segala persengketaan.

6. Bekas suami atau isteri

Anda pernah hidup bersama den dirinya pernah menjadi insan yang teramat anda cintai, suatu ketika dahulu. Namun jodoh adalah ketentuan Illahi, atas alasan tertentu, anda tidak lagi bergelar suami isteri.

Mungkin juga perpisahan itu berlaku kerana tindakan yang cukup memedihkan mata, mendesingkan telinga dan menyakitkan hati jiwa raga. Biarpun ada yang pernah trauma atas sikap bekas suami atau isteri, tetapi reungilah sedalam-dalamnya bahawa selama mana anda perlu berdendam dengannya. Rasa sakit hati ataupun dendam yang disimpan hanya akan memberi kesan negatif pada jiwa anda sendiri.

Walaupun kenyataan ini sememangnya perit, carilah kekuatan untuk memaafkan insan ini. Sesungguhnya kemaafan dendam adalah yang paling indah.

7. Anak

Anda mungkin seorang ibu atau pun bapa, namun jangan sangka hanya anak-anak yang patut bertekuk lutut dan mencium tangan anda untuk memohon kemaafan di hari raya ini. Bukan sedikit di kalangan kita yang terlepas pandang akan hal ini.

Anak-anak juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Pernahkah anda terfikir bahawa sebagai ibu bapa, anda pernah bersikap kasar, pilih kasih mahupun mengabaikan hak mereka. Jadi, tidak salah jika anda merendahkan sedikit ego meminta maaf daripada anak-anak atas kesalahan anda. Ia juga sebenarnya memberi contoh yang baik untuk anak-anak anda sendiri.

Mudah-mudahan bermanafaat.



Rujukan : MW#1399

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Julai 11, 2011

Cinta jarak jauh punca curang


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam egrup yang disertai, terdapat seorang sahabat yang berkongsi masalahnya :

Saya mohon pendapat dari sesiapa yang berpengalaman. Sekarang saya sedang sarat mengandung anak ke dua dan jangka bersalin pada akhir bulan depan. Tetapi sangat mendukacitakan bila suami saya yang bertugas di Kedah dan saya di KL (tinggal asing sejak dr awal kahwin selama 3thn lebih) dia telah curang dgn saya. Dia ada hubungan dengan perempuan lain di kedah mugkin sejak dari awal tahun ini lagi.

Dia juga gagal memberi nafkah pada anak sejak dari anak baru lahir hingga sekarang. dia juga byk hutang di bank dan org lain. Skrg dia nak ceraikan saya sbb dia dah ada perempuan itu, malah keluarga dia pun suruh ceraikan saya sebaik shj saya bersalin sbb keluarga dia dah terima perempuan tu.

Saya nak minta pendapat, perlu ke saya tunggu hingga dia yg buat permohonan cerai atau saya yg perlu bertindak membuat permohonan cerai tersebut. Saya dah cuba pujuk dia tp dia sendiri yg berkeras hendak ceraikan saya. Saya juga dah putus asa dan tekad untuk bercerai.

tapi saya tak tahu sama ada saya perlu bertindak sebelum dia bertindak atau tunggu sehingga dia yg failkan. Saya juga nak tahu bagaimana saya hendak tuntut nafkah anak2 setelah bercerai andai kata dia gagal membayar nafkah yg telah ditetapkan mahkamah.

Terima kasih


Berat mata membaca, berat lagi bahu memikul....

Ada beberapa persoalan di sini :
1. Mengapa tinggal berasingan/berjauhan dari awal kahwin?
2. Perjanjian selepas berkahwin bagaimana?
3. Suami mengabaikan nafkah sejak bila?
4. Suami mengabaikan nafkah kepada anak sahajakah?
5. Suami mengabaikan nafkah anak dan isteri sejak 'curang' kah?

Penting di sini puan fikirkan apa yang puan mahu dalam hidup. Jika setakat mahukan neraka dunia, wajarlah puan fikirkan semula apakah matlamat perkahwinan puan dan suami.

Tinggal berjauhan memang mengundang cabaran yang bukan kecil. Tempat isteri di sisi suami. Jika suami minta puan tinggal bersamanya dan puan 'refuse', maknanya puan derhaka kepada suami, kecuali setelah berbincang dan suami bersetuju untuk berjauhan, tetapi tidak untuk jangka masa yang panjang. Tiga tahun bukanlah tempoh masa yang pendek.

Jika suami memang bersetuju hidup secara berasingan, puan bukanlah isteri derhaka dan wajib ditanggung suami sepenuhnya. Apa yang puan patut buat ialah file kes ke pejabat kadi berdekatan tempat tinggal puan. File kes bukan bermaksud untuk bercerai tetapi lebih kepada membuat pengaduan. Tempoh masa puan patut file kes adalah dalamasa tiga bulan berturut-turut apabila suami GAGAL melaksanakan tanggungjawabnya, bukan tunggu hingga tiga tahun.

Puan mengatakan suami gagal memberi nafkah pada anak sejak dari anak baru lahir hingga sekarang. Ini bermakna suami puan juga tidak pernah merasa beratnya tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Bila tanggungjawabnya diambil-alih oleh puan sepenuhnya, suami berasakan dia tidak perlu risaukan tentang tanggungjawabnya lagi, kerana baginya, puan rela diperlakukan begitu. Secara tidak langung, suami puan mungkin merasakan dia tidak perlu bersusah payah memerah tenaga dan fikirannya untuk keluarga dan ini menyebabkan dia mempunyai ruang dan peluang untuk mencari hiburan di luar.

Ini kesilapan ramai wanita, bila suami gagal melunaskan tanggungjawab, mereka masih bersabar dan bertolak ansur, tetapi bila diketahui suami ‘curang’, mereka gelabah dan rasa tertipu. Sebenarnya puan patut rasa tertipu sebaik sahaja suami gagal menunaikan tanggungjawab apabila tidak memberikan hak puan. Maaf jika puan terasa.

Cuba dapatkan khidmat nasihat kaunselor di Pejabat Kadi. Saya syorkan puan cepat-cepat buat aduan di sana sebab sekiranya suami puan yang mendahului file kes ‘isteri derhaka’, puan takkan dapat nafkah langsung, silap haribulan hak hadanah juga lebih berat menyebelahi suami. Paling penting, puan kena ada alamat terkini suami dan juga alamat pejabat bagi memudahkan urusan Pejabat kadi untuk menghubungi suami puan.

Cinta jarak jauh punca curang

Kaunselor kekeluargaan sering memperkatakan tentang tanda-tanda pasangan curang. Ia disingkap melalui seminar motivasi, buku-buku, temu-bual, ceramah agama hingga sembang internet, supaya setiap suami dan isteri sedar akan bahaya jarum-jarum syahwat yang mudah bertebaran di mana-mana.

Walau sebanyak manapun tanda-tanda yang diberikan sebagai tips, namun, tanda yang paling halus hingga yang jelas dan boleh dilihat dan dirasai dalam hati ialah diri anda sendiri kerana anda dan pasangan adalah satu jiwa yang memiliki ‘instinct’ dan empati antara satu sama lain.

Tetapi, tulisan ini sebenarnya tidak mahu mengungkap tanda-tanda yang sudah biasa lagi senang difahami, agaknya lebih baik jika kita memahami salah satu sebab kecurangan dalam diri setiap orang kepada pasangannya.

Berpisah jasad dan jiwa

Berpisah jawad dan jiwa merupakan punca paling utama merosak alam percintaan. Boleh jadi suami dan isteri terpisah kerana tuntutan kerjaya, pendidikan atau campur tangan keluarga yang mahukan mereka berpisah atas sebab-sebab tertentu.

Pada permulaannya, perpisahan memang manis, apatah lagi jika saat-saat bertemu di hujung minggu, tetapi kerana beban kesibukan keduanya hanya bertemu pada hujung bulan, kemudian bertambah panjang menjadi beberapa bulan hingga akhirnya tidak berkesempatan meneguk kemanisan cinta lagi.

Saat berpisah banyak godaan yang mesti dihadapi suami dan isteri. Ada kalanya keinginan untuk bersama hanya dirasai suami sedangkan isteri tidak terlalu dahagakan seks kerana kesibukannya menjaga anak-anak dan kerjaya.

Boleh jadi pada masa lain, isteri pula yang berkobar-kobar memendam bara asmara kerana lama tidak disentuh, sedangkan suami sudah pun surut ghairahnya disebabkan kesibukan dirinya.

Kalau mereka tidak berpisah, semua itu senang dikawal, isteri tidak hendak tetapi suami boleh merangsang kerana mereka di atas katil yang sama, begitu juga kalau isteri teringin dan suami dingin, semua boleh selesai dalam kepuasan yang sama jika mereka masih berada di atas bantal yang sama. Malangnya jika kedua-dua terpisah, bagaimana hendak memujuk, merangsang dan membelai, jika mereka berjauhan?

Ada kalanya timbul rasa tidak puas hati dengan pasangan, muncul prasangka yang bukan-bukan seperti “Saya rindukan awak, tapi awak buat tidak tahu saja, kenapa? Ada orang lain ke?” kata suami.

Isteri juga memendam rasa, “Semua hal keluarga, aku yang uruskan. Anak-anak, rumah, sampaikan emak bapak dia pun aku yang layan. Ðia pula kerja jauh, dapat duit, ‘enjoy’ dengan kawan-kawan atau entah-entah, sudah dapat awek baru!”

Perasaan-perasaan songsang sebegini timbul kerana tidak ada kejujuran dan enggan berterus-terang dengan pasangan. Walaupun jauh, keraplah bersembang dari hati ke hati, berterus-terang menyatakan pasangan anda.

Jika pasangan mahukan kejujuran, bukan bermakna dia meragui, tidak sama sekali! Sebenarnya dia hanya mahu anda menolong dia untuk membina kepercayaan antara satu sama lain. Sekali anda tidak jujur, berkali-kali pasangan anda akan merasa dia ‘ditipu’. Akhirnya saling berbalas dendam kerana tiada masa untuk terangkan perkara sebenar.

Akibat seks terabai

Semua masalah rumahtangga sebenarnya berpunca dari satu sebab sahaja, iaitu belaian dan kepuasan seks. Bagi pasangan muda dan sihat, masalah seks menjadi prioriti yang mesti dipenuhi kedua-duanya. Apatah lagi sebelum ini mereka tidak pernah kecewa dengan layanan pasangan.

Mimpi-mimpi bersama pastinya sentiasa menekan perasaan dan mengecewakan mereka. Boleh jadi keduanya merasa begitu putus asa, mengharap yang tidak dapat dan menunggu yang tidak pulang. Sehingga ada bisikan kejahatan yang mula menyusup masuk ke hati yang lama tidak tersentuh kehangatan asmara.

Jika mereka tidak kuat iman, masing-masing mula merajuk dan rasa tidak disayangi. Kemudian mencari alternatif untuk melupakan masalah dengan pasangan. Ada yang buat kerja kuat-kuat, cari wang banyak-banyak untuk mengalihkan masalah dengan isteri.

Ada yang terlibat dengan hobi-hobi baru yang menyibukkan sampai suami pun tidak dilayan lagi. Apa yang paling berbahaya ialah, jika suami dan isteri mencari kekasih tanpa syarat, yang mahu menerima diri mereka tanpa ada apa-apa ikatan.

Mula-mula mereka jatuh cinta, tapi tidak melibatkan hawa nafsu. Hanya teman pengubat rindu yang mahu mendengar segala keluh kesah. Kemudian ia berubah menjadi rangsangan yang mengasyikkan, melekakan, melenakan dan seterusnya menyeleweng jauh dari norma kesucian. Apatah lagi zaman Facebook, Twitter dan segala kebebasan di hujung jari mula menularkan virus zina batin secara tersembunyi. Semua kerumitan ini berpunca dari terpisahnya badan dan hati setiap pasangan.

Sebumbung tapi tidak sehati

Ramai yang beranggapan serong dengan pasangan yang saling berjauhan. Mereka mengatakan suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak sekian lama adalah suami yang tidak bertanggungjawab. Mereka juga mengata isteri yang suka berpisah dari suami, jenis isteri yang tidak sayangkan suami dan tidak kisah dimadukan.

Tak dinafikan memang sungguh berbahaya jika lama berpisah dari pasangan, perpisahan yang melibatkan jasad dan jiwa. Namun begitu, ada sesetengahnya boleh melalui masa-masa sulit itu dengan mudah kerana jiwa mereka tidak pernah terpisah walaupun jasad di mana-mana. Apalah ertinya jika suami isteri duduk sebumbung tetapi hati bercakaran, hanya jasad kaku yang berpura-pura mencintai dalam kebencian.

Berpisah tidak mengapa, asalkan jangan lama-lama dan satu syarat lagi, asalkan iman tegak di jiwa!




Rujukan : Ðr Juanda Jaya

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails