Dilema isteri berkerja
Saya percaya, ramai di kalangan isteri yang bekerja mempunyai pelbagai dilema antaranya tidak cukup waktu untuk menguruskan diri sendiri, suami dan anak-anak, seolah-olah 24 jam sehari tidak cukup untuk isteri merangkap ibu melakukan segala beban kerja. Di bandar-bandar besar, kebanyakan isteri didorong untuk keluar rumah kerana bekerja, atas alasan tekanan keperluan kehidupan.
Satu perkara yang lumrah pada hari ini untuk dikatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, isteri secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.
Apabila isteri-isteri ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja.
Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum suami tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum isteri. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri isteri berkenaan.
Dilema yang dialami merupakan suatu rasa keliru dan bersalah berhubung peranan mereka sebagai seorang isteri (dan juga ibu) dengan tuntutan naluri sendiri untuk bekerja. Rata-rata golongan wanita yang berpendidikan amat memahami tentang konsep kedudukan wanita dari segi syariahnya dan cuba untuk menyempurnakan tanggung jawab tersebut secara sempurna.
Akan tetapi, keadaan mereka yang bekerja sudah tentu menghalang pelaksanaan ini dibuat secara sempurna dan tekanan menjadi lebih berat apabila pihak suami mempertikaikan kegagalan mereka melaksanakannya dengan sempurna (disebabkan keizinan yang diberikan oleh suami kepada isterinya adalah keizinan separuh hati).
Tuntutan tanpa toleransi dari pihak suami terutamanya seolah-olahnya menjadi syarat yang menderakan bagi mendapatkan keizinan dari suami untuk memiliki kerjaya. Hal ehwal rumahtangga masih sepenuhnya berada di atas bahunya. Sekalipun kewujudan pembantu rumah sewajarnya dapat mengurangkan beban kerja yang ada, tetapi sesetengah suami tetap mahukan urusan-urusan tertentu dilakukan oleh pihak isteri kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerja pembantu rumah.
Keletihan isteri tidak diambil kira dan menganggap bahawa, oleh sebab suami merupakan ketua rumahtangga dan isteri berkewajipan mentaatinya, maka dia mempunyai hak untuk mempertikaikan kepatuhan dan ketaatan isteri terhadapnya. Bagi wanita yang berhadapan dengan situasi ini, mereka akan menganggap bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dan pihak suami sebenarnya telah memanipulasi kuasa kepimpinannya di dalam keluarga.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan saya percaya tekanan yang dialami akan menjadikan keadaan rumahtangga yang kurang sihat selain berlakunya ketidak-stabilan dalam rumah tangga. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh majalah-majalah yang berkonsepkan feminisme menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah isu yang remeh-temeh malah perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Keadaan yang kurang menyihatkan ini perlu ditangani agar tidak menyebabkan kerapuhan institusi kekeluargaan dan merantaikan masalah-masalah sosial yang lebih buruk. Di dalam hal ini, sudah pasti kaum wanita yang menghadapinya inginkan penyelesaian yang diredhai oleh Allah SWT, tidak merasa bersalah untuk memberi penumpuan kepada kerjaya dan masih merupakan seorang isteri atau ibu yang taat dengan perintah Allah.
Dapat kita perhatikan di sini bahawa masalah yang dihadapi oleh isteri dalam dilema ini sebenarnya ialah penerimaan hakikat oleh pihak suami dalam kesediaan mereka untuk bertoleransi dengan keadaan tersebut.
Dalam surah An-Nisaa ayat ke 34, Allah telah berfirman, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
Ayat ini mengupas tentang kepimpinan seseorang lelaki dan kuasa autokrasinya, yang antara natijahnya memerintahkan ketundukan dan ketaatan pihak wanita atau isteri terhadapnya. Kepimpinan ini adalah disebabkan beberapa kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada golongan ini berbanding wanita. Dan kelebihan ini sebenarnya disertai dengan pelaksanaan tanggung jawab yang besar.
Apabila seorang lelaki menjadi ketua rumahtangga, dia bertanggungjawab untuk mencari pendapatan demi memberi perlindungan dan makan pakai kepada ahli keluarganya. Selain itu, dia juga perlu menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anak, juga sumber bagi setiap ahli keluarganya melakukan aktiviti-aktiviti sosial. Dan yang paling utama ialah memastikan akidah setiap ahli keluarganya tidak terpesong.
Tanggung jawab ini selaras dengan firman Allah SWT [002:233] yang bermaksud, “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf.” (Surah Al-Baqarah ayat 233)
Di dalam Islam, perbincangan yang berkaitan dengan rumahtangga lazimnya menjadikan kedua-dua dalil yang dinyatakan sebelum ini sebagai asas dan prinsip yang menjadi pegangan dalam berumahtangga. Walau bagaimanapun, konsep “lelaki adalah pemimpin atau ketua bagi wanita” sebenarnya perlu sama-sama diseimbangkan dengan ketentuan-ketentuan yang lain dalam ajaran Islam. Dan dalam konteks ini keseimbangan dan kesaksamaan perlu diwujudkan dalam menyediakan penyelesaian berhubung pengurusan rumah tangga disebabkan isteri sama-sama keluar bekerja. Iaitu suatu penyelesaian yang bersifat fleksibel dan tidak mengetepikan kepentingan dan kebajikan kaum wanita.
Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri. Jika terdapat mana-mana suami yang membuat syarat yang isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak mampu menampung perbelanjaan rumah jika cuma suami seorang saja menjana pendapatan, maka hendaklah:-
- kedua-dua suami-isteri mempunyai 'planning' sebaiknya. Suami kena plan bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.
- bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.
- berbentuk 'temporary', sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak-pinak dalam keadaan yang lebih selesa.
- memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.
- menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.
Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Pasti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang. Cuma fikir semula sebelum bantah secara total.
Apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri:
- didik anak dengan hebat dan berkesan
- layan suami dengan baik,
- senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
- tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
- memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
- untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
- basuh baju,
- gosok baju,
- sidai, angkat dan lipat baju,
- urut badan suami,
- masak sedap-sedap,
- basuh pinggan-mangkuk,
- sapu dan buang sampah,
- kemas rumah,
- cuci tandas,
- tangani karenah anak dengan baik,
- ajar anak mengaji,
- tidak membebel,
- tidak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan,
- tidak muncung dan lain-lain
Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.
Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut diambil-alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi. Sila rujuk entry Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu.
Kesimpulannya, suami perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumahtangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very beginning atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.
Justeru, suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkara yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain. Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Secara ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.
Buat para suami, cuba lihat sedalam-dalamnya, patutkah isteri bekerja untuk membantu anda meneguhkan ekonomi? Apakah tanda aras keteguhan ekonomi? Dan sampai bila mampu tercapai? Jangan biarkan kebahagiaan rumahtangga tergadai dan bercerai-berai kerana terlalu asyik mengejar duniawi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Menurut Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dalam artikel Wanita wajib taat suami selagi tak langgar syarak dalam BH 5 Mac 08, seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan. Walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri. Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.
Fikir-fikirkanlah!
Panduan buat suami isteri bekerja - Keputusan majlis Fiqh Sedunia
Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan. Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-
1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, sama ada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara beliau membelanjakannya.
2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).
3. Isteri keluar bekerja
* Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
* Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
* Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
* Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak-ansur di antara suami isteri.
* Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
* Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)
5. Kerja Sebagai Syarat
* Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
* Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
* Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
* Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.
6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.
7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
* Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
* Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
* Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
Kesimpulan UZAR
* Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
* Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
* Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih maju ke hadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
* Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga menggadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
* Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam).
Komen UZAR : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.
Komen BawangGoreng : SERUAN kepada semua kaum wanita : Ketahui hak anda, dapatkan BUKU: Buatmu Wanita di pasaran. JANGAN benarkan diri anda teraniaya dan JANGAN biarkan pemimpin anda bergelumang dengan dosa.
Firman Allah SWT [066:6] yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah at-Tahriim, ayat 6)
Artikel diolah-semula dari sumber: UZAR, IKIM dan UZAR
Seseorang perempuan yand sedia bekerja patut diterma pihak lelaki yang memperisterikan nya. Memang hakikatnya pihak lelaki telah memilih perempuan kerjaya sebagai pasanmgan hidup. Perempuan yang berkerjaya mengambil tindakan berhenti kerja diibaratkan seperti mencabut semua gigi-gigi nya dan akhirnya diri sendiri yang merana lebih-lebih lagi dalam keadaan lelaki asyik nak pasang dua tiga. Sekurang-kurangnya jika suami mainkan perempuan, kerjaya kita tidak mengkhianati kita dapat dapat menampung kita untuk terus hidup kerana hidup perlu wang untuk bayar sewa rumah, makan minum dan segala jenis bil. Adakah penganjur lelaki pasang dua tiga membantu kita membayar segala keperluan hidup kita? Kita ada perut untuk diisi dan ada badan untuk disaluti.
BalasPadamTak berani nak komen....
BalasPadamtapi bagi saya....saya memandang rendah pada para suami yg menyentuh duit dari hasil titik peluh isteri mereka. Tidak kiralah duit itu digunakan untuk tujuan bersama ataupun untuk apa2 tujuan yg baik. Serasa seperti mereka itu tidak layak bergelar pelindung keluarga. Hilang rasa hormat pada suami itu. Tapi itu dari segi perasaan saya... dr segi lain (hukum) ....Allahualam.
Rozi Amiruddin
Saya sokong tentang topik di atas. Bertambah2 lagi kalau kita tak ada pembantu. Penat sangat. Kekadang Boss tak faham bahawa kita kena balik awal kerana nak uruskan anak2 dan rumah. Sebab itulah susah kalau wanita berpangkat ni. Mesti kena stay kat offis sampai jam 7 malam. Balik rumah dah penat. Kalau balik jam 5.45pm, Boss cina kata Like Goverment Servant. So How...? Boleh tak kita propose pada kerajaan untuk bagi flexi hours untuk kami kaum Ibu merangkap wanita bekerjaya. So kami taklah harapkan 100% perbelanjaan dari suami. Anak pun kami boleh uruskan. Gaji sikit pun takpa. Janji tak payah lagi upah Indon untuk uruskan hal rumahtangga.
BalasPadamSememangnya ada isteri isteri bekerja untuk membantu suami untuk menaikkan taraf hidup keluarga. Tidaklah salah sekiranya si isteri itu tidak mengabaikan tanggung jawabnya di rumah dan di tempat kerja. Dalam keadaan yang mencabar ini tidak semua suami mampu mengadakan kehidupan yang reasonably decent untuk keluarganya kalau tidak dibantu isteri - hantar anak anak tuition,makan keluar sekali sekala, pergi berkelah ditepi laut 2 atau 3 tahun sekali. Tentu sekali pasangan suami isteri ini ingin melihat anak anak mereka bergembira sekali sekala. Kita masih melihat sepasang suami isteri menunggang motosikal dengan dua orang anak duduk mencelah diantara mereka. Inilah diantara orang yang menerima gaji hanya cukup untuk kemudahan asas. Takpelah isteri dia bekerja dan anak anak mereka mungkin terbiar sedikit tetepi dengan kehidupan yang selesa sedikit anak ini akan lebih memahami keadaan ibu bapa mereka dan juga menghargai pengorbanan mereka. Mereka akan membesar dengan rasa bertanggungjawab terhadap keluarga mereka and would be proud to give a little something back to their parents and not just take things for granted.
BalasPadamBagi Isteri isteri yang suami mereka mampu mengadakan segala-galanya apakah jaminan yang ditinggalkan oleh sang suami sekiranya apa apa berlaku kepadanya? Malang tidak berbau. Rumah yang sudah habis berbayar? 500k innsurance the least ( to continue with the comfortable living that the family is used to) EPF yang akan difara'idkan? Simpanan yang cukup ? Atau yang di tinggalkanyan ialah hutang yang belum dilangsaikan? Hutang credit card, hutang business, Hutang rumah yang belum habis tempoh, anak yang sedang bersekolah atau belum bersekolah yang terpaksa dibiayai. One of my neighbor is still paying for her deceased husband's income tax and another one is still paying for her deceased husband credit card yang berjumlah berpuluh ribu ( unlimited credit facilities) .
So the bottom line is women work for future securities for themselves as well as for her children.
ASSLMKM,
BalasPadamto me there should'nt be any dilemma, if both husband and wife knows his/her responsibilities and his/her rights.
The fulfillments of each others responsibilities are the responsibilities of one to the other.
In ayat 187 surah al baqarah, Alaah Berfirman' isteri2 kamu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah sebagai pakaian bagi mereka.' Ini adalah Allah Berkias. Just think what Pakaian means to us, what does it do, what its functions are for and to us.
Amongst other things clothings make us happy, secure, keep us warm in cold weather, cool in warm weather, menjaga maruah kita dan banyak lagi......
IN verse 223 of the same surah, Allah Berfirman,'isteri2 kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut yang kamu sukai dan sediakanlah amal2 yang baik untuk diri kamu....' Ini bermakna kita
tidak boleh ,suami sebagai petani, tidak boleh, hukumnya mengabaikan kebunnya, dibiarkn semak samun, malah Allah menghukumkan suami hendaklah menyuburkan dan
memperkayakan kebunnya.
Thus Allah menghukumkan That sense of responsibilities towards each other as the prerequisites. And Allah also said in the Quran that no one should leave behind, in the event of death, a destitute family.
So if the husband cannot afford, and needs the wife to work, she has that choice and must work. In this case the husband needs to help with the housework work. But if the husband can afford for the wife not
to work, he must ensure that there is enough savings for his family if he dies first.
In the final analysis to me if the wife has the qualifications it is her duty as a citizen to serve the country especially if her expertise is required and the husband being a responsible citizen should understand that need. At the same
time it helps in boosting her's as well as the family's sense of security.
Allahua'lam,
Just to add to Mak's input, I personally believe that women need to work or contribute to society in order to attain one's self worth and to be in control of your own
BalasPadamdestiny. Especially for those who have been highly educated and trained to be self sufficient. It is therefore essential for the husband to acknowledge that this is an emotional need, not so much
physical. Without his cooperation and understanding, the wife will remain resentful and unhappy.
Hence, the surah covers all aspects, physical well being and emotional balance.
Allahualam.
Assalamualaikum Anne/klg,
BalasPadam"TO BE IN CHARGE OF YOUR OWN DESTINATION". I like that phrase.
Di dunia atau di akhirat kitalah yang menentukan destinasi kita.
I have a friend who does not work. Ada 2 kids, husband running business.
BalasPadamEverything he provides reasonably, but seldom.. I mean rarely have time for the family. He is very faithful to his wife.
She wants to work as she obtained her masters in architechture years ago, but kesian kat anak2..
Indeed there is decree from Allah about his/her roles..but when it comes to matters of the heart, a mother can be in a dilemma.
Whatever it is, a woman's strength comes from Allah and her children.
Ni Bagus topik ni,
BalasPadamMarilah salah saorang daripada kita yang pandai buat kertas proposal dan menjadi ketua dengan mengambil semua pandangan daripada masyarakat kita terutaman anggota SIM ini dan kita rumus macam mereka buat MEMORENDUM dan kita beri pada menteri Agama kita yang baru tu biar mereka tulong bawa kes ini ke Parliment..saya volounter diri saya menjadi team members...
SATU SOALAN SAHAJA SAYA NAK TANYA >>>>APAKAH BEZANYA KEADAAN YANG SAMA INI BERLAKU PADA SUAMI DAN SI ISTERIDUDUK TINGGAL MENTADBIR RUMAH TANGGA??>>>CUBA SAHAJA TUKAR PERKATAAN ISTERI TU KEPADA PERKATAAN SUAMI ???? MARI KITA KOMEN.....
Salam,
BalasPadamItu dah bertentangan dengan fitrah manusia. Dalam surah An-Nisaa ayat ke 34, Allah telah berfirman, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
Saya tak nafikan ada kes suami duduk rumah jaga anak, isteri keluar bekerja. Tak tahulah apa hukumnya, jika isteri itu redha dengan keadaanya begitu, tidak menjadi masalah kut...? Di barat pun ramai yang jadi Mr Mama. Tapi sanggupkah korang kaum lelaki hidup melawan arus dan bertentangan dengan ajaran Rasulullah?
Tempat isteri di rumah, bukan di luar. Inipun salah satu punca keruntuhan akhlak anak-anak generasi sekarang...
Tambahan untuk kita buat kerja dan jangan pandai buat isu shaj.
BalasPadam(a) Khadijah isteri Rasul Allah : membantu Rasul Allah dalam kewangan
(b) Aisyah : kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasul Allah. Pernah pada suatu masa Rasul Allah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubat baginda. Baginda Rasul Allah bertanya : Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?" jawab Saidatina "Aisyah " Ya Rasul Allah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".
5. Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga. Sekiranya kamu
(1) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(2) berpuasa di bulan Ramadhan
(3) mentaati suami
(4) menjaga kehormatan diri
Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."
6. Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti jaga kebersihan diri, jaga sembahyang, pastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri. Selepas mandi hadas besar setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasul Allah s.a.w.
7. Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu tunggu suami. Rasul Allah bersabda : Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu". Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta (kenderaan). Wanita boleh cari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.
8. Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan , wanita juga perlu tahu kemampuan diri. Contohnya, katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua.
Hassand38
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
BalasPadamMenemui semua yang dirahmati Allah SWT. Allahu Akbar! Syukur nikmat bila suami kata 'Wahai isteri ku sayang, mulai hari ini dinda duduk dirumah jaga makan minum kanda dan asuh anak2'.
'Syurga ku adalah rumah ku' dan suami tersayang sebagai pemimpin.
"Ku anfusakum wa ahlikum nara"
Salam hormat...
Kalau seorang isteri betul2 redho dan istiqomah nak jadi suri yang solehah okay lah.. Takut selepas beberapa bulan/tahun asyik dok ungkit jer...
BalasPadam"I peninglah duk terperuk kat dalam rumah ajer..."
"Itulah you, dulu I nak kerja U tak bagi..."
"Kalau you bagi I kerja dulu, kan kita dah boleh dok Semi-D..."
"Penat tau tak asyik melayan budak2 nih 24 jam..."
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. ..."Al-Quran (33:33)
Salam Bawang Putih.
BalasPadamYou dah banyak kumpul bahan-bahan yang bolih di guna pakai dalam urusan kehidupan harian secara Islam didalam blog you...bagus
Buat lah satu laman dalam blog yahoo ni dan juga blog anda tentang hal agreement akat nikah kita dalam islam ni yang hanya berlaku 3 bulan sahaja macam kontrak kerja tu..biar orang ramai komen...hasil nya kita beri pada menteri agama kita yang baru tu suruh dia buat sesuatu..dianatara nya soal fasakh, talak, eddah, nafkah, mutaah, back dated claim ( ni lah hak isteri ) tapi hak suami tak ada pun apa-apa yang tertulis melainkan memberi dan membayar kepada isteri sahaja...
Saya rasa ni lah perkara yang kita patut heboh kan supaya pihak isteri faham dan berfikiran dengan lebih positive lgi dan berasa kesihan kepada pihak suami dan jangan lah anggap suami tu cuma mahu benda tu sahaja tidak bertanggung jawab dan sebagai nya....
Tkq
Salam ...POSITIVE KEY word..apa itu berfikiran positive...
BalasPadam1. Isteri dan Suami>>>>>keluarga>>>>masyarakat....Negara..
Flow process hidup secara simple.
2. Jalan untuk process umpama nya ISO 9000, Safety Code, ISM code, halal code dan lain - lain lagi.
3. Kita tak ada lain process atau pun buku panduan hanya ialah hukum hakam ALLAH dan petunjuk dari nabi SAW.
Maka kita di sini perlu lah berfikiran POSITIVE mempraktikan hukum hakam Allah dan petunjuk nabi SAW..
MARI Lah kita tetap kan yang kalau kita nak becakap hal ini secara positive mestilah mengikuti apa yang di suruh, di ajar dalam process guide line ISLAM.. kalau tidak kita jgn tulis sesuatu dan beri tahu supaya jgn bolih org lain buat komen....ITU sahaja...
terima kasih..sahabat SIM...Tujuan anda tu amat bagus an harus bersama dengan komen yang bagus juga..teruskan...dan kita buat satu lagi group yang baru dan kita brain strom hal ni..kita kupas..dan kita conclude dan kita submit kan our finding to relevant authority untuk tindakan selanjutnya.
Salam, ini cuma sekadar pendapat berdasarkan pemerhatian peribadi dan takde bersandarkan mana2 hadis/nas.
BalasPadamKalau nak fikir soal nak dihargai suami, kita sebagai isteri pun kena hargai suami jugak. Dah kalau kemampuan suami takat 1K, kenalah hidup gaya macam tu., tak pun mau kurang lagi sebab Y=C+S (itu hukum ekonomi yang paling asaslah). Tapi realitinya -Y=C.Income negative tu beb! Bukan senang jadik lelaki. Kena keluar cari nafkah, itu dah kewajipan. Kalau diri sendiri (pompuan) nak lebih, keluar bekerja dengan keizinan suami pun dah cukup baik. Kita perempuan zaman sekarang ni kehendak besar, itu nak, ini nak. Tak ukur baju kat badan sendiri. Bila tak dapat mulalah buat perangai, mentang2 ada suami sayang. Dari citer nak kawen letak hantaran tinggi2. Nak buat vogue, takde yang nak buat simple2. Takde duit susahkan orang lain, mintak sponsor. Dah tu konon salahkan orangtua malu kalau buat simple gitu. Kalau tak kerja zama sekarang, sanggup ke hidup macam zaman nenek2 kita dahulu? Takde teknologi. Takde api, air, wak. Kerja dapur tu memang menguji kesabaran wak. Nak menjadikan santan tu dari sebijik kelapa...punyalah panjang citernya (maklumlah har ni masak lomak cili api). Takde blender, nak kena tumbuk atau giling cili tu. Jangan citer pasal basuh baju anak2 yang berderet2, berbondong2 ke sungai. Dengan besen, baldi, anak2 berderet2 ikut kat belakang nak mandi sungai. Basuh pakai sabun ker? Mandi paai sabun ke? Ada water heater ke kalau air sungai sejuk? Nak gosok baju camne? Ada fikir tak? Saya secara peribadi memang tak pernah rasa susah pun buat kerja rumah sejak saya bekerja lagi. Zaman dah berubah. Teknologi hujung jari. Walaupun pahalanya cuma sunat. Cuma nak kena ada disiplin dan mesti pandai manage masa. Quality time tu kata omputih. Buat kerja rumah ni enjoy lah beb. Tengok rumah kemas, bersih. Masak bagi anak suami makan. Cuba macam2 resipi. Sambil masak, basuh baju...tekan aje mesin basuh tu. Auto atau semi auto, dua2 membantu. Musim2 hujan ni masuk aje kain baju dalam dryer tu...sambil tengok tv/dengar radio. Sambil menjual barang2 dari rumah/online/offline semua kerja boleh buat. G shopping, window shopping...Masa bekerja pun seronok jugak, ada gaji, bonus, epf, ada company dinner, high-tea, co trip...so apa hal nak sungut2 citer banyak2 ni? Hidup ni simple aje. Bersyukur aje ada suami. Rasanya ramai suami yang baik & bekerja. Cukup tak cukup sama2lah pakat suami isteri. Dan kepada pompuan2 yang ada kerja dapat menyumbang kepada ekonomi rumahtangga pun bagus. Bukan tak bagus. Kalau dapat suami tak baik pun sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita kot, hikmah Allah tu ada macam2 cara nak bagi. Carilah mana2 yang seronok, jangan pikir yang susah2 buat beban kepala otak. Kata POSITIVE,KAN? Jadi saya tak nampak kat mana ada dilemanya.
Citer panjang2 tak guna. Pendek citer pompuan ni senang aje masuk syurga. Jangan tinggal solat dan puasa bulan Ramadhan. Kalau rasa tak ikhlas, jangan kerjalah. Mengungkit2, bersungut2. Zaman pompuan takleh keluar rumah dulu keluarkan isu2 imansipasi wanita. Nak hak samarata. Nak liberalisasi. Nak itu ini. Nak kerja cam lelaki. Kalau mampu tak salah. Mengada2 tu yang meluat. Hak wanita dalam Islam pun dah terlebih baik dari zaman jahiliah. Dah boleh keluar jalan sana sini, bebas & aman dah syukur sangat. Lagi satu kalau tak nak kena komen tak usah keluarkan artikel2 ni. Simpan aje kat blog, siapa free suka nak baca, bacalah. Boringlah. Saya memang tak suka tapi sebab dah terbaca ni nak komen jugaklah.
Ya salam susah lah nak dapat org macam ni yang faham tentang apa dia tu isteri..shabas ..moga-moga banyak lagi isteri yang faham apa dia itu isteri dalam islam....yang kita runsing sebenar nya wang bukan atas nama nya isteri tau pun suami...
BalasPadamKita fikir lah bersama macam mana nama isteri dan suami hendak gembeling tenaga cari wang..bukan salah kan hukum agama atau sesiapa...cari wang bukan samestinya makan gaji sahaja..mailah kita fikir.
hdin
syok baca pasal think positif nih, kadang2 kita diuji bila seringkali kita diabaikan suami. Seolah2 ada bisikan syaitan dalam hati mengatakan suami tu malas, take forgranted dll yg buruk2. Tapi kena selalu alih perhatian dan ingat yang baik2.
BalasPadamSuami balik malam kerumah kita, tak berpoya2, hujung bulan suami bagi duit untuk beli barang2 rumah dan keperluan anak2, tak suruh pun kita guna duit kita sungguhpun kita kerja sama2 dan gaji pun lebih kurang sama dgn dia... Insaf sekejap, kadang2 isteri terlalu ikut perasaan, bila anak2 merengek pagi2, menangis, kemudian isteri lah yang terpaksa hadap, terpaksa angkat beg2 anak untuk hantar ke nurseri, terpaksa hantar yang bersekolah tu tepat waktu.. Masa kelam kabut itulah syaitan menyucuk jantung hati dan perasaan, mengacum isteri tentang keburukan suami... masa itulah isteri kadang2 terlajak kata, ternaik suara, tersinis kata....
Salam,
BalasPadamKepada kawan2 ku saya pelik la kenapa perkaa itu selalu di pertikaikan sebab masa bercinta dulu tak ada pun perkara itu di ungkit2 walaupun keluar ribu2 untuk kekasih tetapi bila dah terikat semuanya dipertikaikan diungkit kenapalah kita jadi begini dan begitu???!!!...
Bagi saya sebagai suamilah menggunakan wang ringgit isteri tak salah jika saya gunakan untuk anak2 dan untuk isteri jugak sebab duit suami tak cukup untuk beli benda lain. Selagi saya tidak gunakan untuk kemasiatan salah ker jika saya gunakan wang isteri untuk keluarga. Jika salah kenapa?! Adakah kerana wang isteri untuk isteri dan wang suami untuk suami,isteri dan anak2 begitu! OOOOO jadi wang isteri untuk isteri belanja dan enjoy untuk diri die je begitu yang isteri sekarang suker macam tu?
Saya tak kisah jika semua isteri suke begitu termasuk isteri saya jika dia suke begitu tapi setakat ini alhamdulillah tidak.Tapi ingat apa yang isteri beli tu untuk dirinyakan tapi orang tengokkan seperti barang perhiasan adakah itu boleh jika suami tak izinkan? Adalah hiasan diri itu untuk suami atau untuk di banggakan! Itulah manusia seperti Rasulullah kata jika manusia tahu apa pahala tentu mereka mengejarnya sehingga terlupa kenikmatan dunia! Cantikkah dunia! Tanya dan jawablah sendiri?!
Salahkah isteri itu bagi wang gajinya separuh atau 3/4 pada suaminya untuk meringankan beban atau kesusahan suaminya. Rugikah seorang isteri itu bagi semua pertolongan pada suaminya yang dulu dia patrikan kata cinta setia pada kekasihnya yang kini suaminya. Jika ya kenapa perlu dipertikaikan atau diungkit2kan lagi kenapa rasa rugi kenapa rasa menyesal sedangkan kita hidup bahagia dan aman sekeluarga. Adakah kerana usaha kita titik peluh kita atau kerana kita punya suami tak boleh amik. Jika tidak kenapa perlu merungut jika rumah tangga kita porak poranda kerana kita dan muhsabah diri kita kenapa ia berlaku.
Allah telah katakan, bahawa tidak aku timpakan dugaan pada hamba2ku sebagai ujian hidupnya setakat dugaan yang sanggup ditanggungnya. Jadi kita patut bersyukur jika duit kita usahakan suami kita habiskan untuk belanja suami,anak2 dan kita sendiri. Seperti belikan kita hadiah hari lahir kita tapi kita tahu suami kita gunakan duit kita tapi adakah nilai duit itu berharga atau nilai hadiah ingatan suami pada kita tu yang berharga!? Puan2 jawablah sendiri, sedangkan isteri2 ini dapat dua kemenangan satu duit isteri kembali pada isteri semula tapi dalam bentuk hadiah yang mungkin isteri tak beli tapi isteri mahu dan dua ingatan suami pada kita seperti hari lahir dan hari ulangtahun perkahwinan yang kekadang kita sendiri pun lupa kerana sibuk bekerja.
Entahlah kekadang bila saya fikir kenapalah isteri ini merungut jer cubalah terima dengan hati dan fikiran terbuka yang gaji tinggi sekalipun kita akan berbalik pada suami juga bila kita dalam kesusahan seperti kita akan ingat pada Allah bila kita kepayahan.
Pada semua isteri yang suaminya baik dan bersabar, jagalah mereka dengan baik semasa kita boleh jaga sayangilah mereka seperti sayang mereka semasa berkasih dahulu. Saya sentiasa doakan semua dalam bahagia seumur hidup. Saya sebagai suami sudah merasa senang payah melayan kerenah seorang isteri berkejaya tambah2 gaji besar dari saya setakat ini alhamdulillah saya dapat melaluinya. Harap kita semua gembira dan bahagia selalu hendaknya.
Assalamualaikum warahmatullah.
BalasPadamerrr tuan ni buat fatwa sendiri? dan bercanggah dengan fatwa ulama dari dulu lagi?
fikirkan..
Hik... hik... tanggungjawap bermula sebaik selesai akad, bukan semasa bercintan-cintun. Ni fatwa islam ada had dan ada hari, kut?
BalasPadamSemua orang tahu, seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri. Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.
Salah satu daripada hikmah mengapa beban nafkah itu terpikul di bahu suami adalah disebabkan kelebihan lelaki dalam penciptaannya dari segi kekuatan fizikal dan akal fikirannya yang disifatkan sebagai mampu untuk bekerja keras mencari nafkah, memberi pelindungan dan mempertahankan maruah keluarga di mana tidak ada kewajiban bagi isteri untuk mencari nafkah. Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa Islam telah menggambarkan wanita sebagai orang yang lemah dan hanya membebani lelaki tetapi ia adalah penghormatan Islam kepada wanita sehubungan dengan tugas mereka yang amat kompleks di rumah dalam menguruskan hal anak-anak dan keluarganya.
Memberi nafkah ini adalah wajib hukumnya ke atas suami semenjak mula berlakunya pernikahan, meskipun si isteri itu merupakan seorang yang kaya di mana perkahwinan itu sekali-kali tidak akan mengubah kedudukannya bahkan dia tetap mempunyai hak-hak peribadi yang tidak boleh diganggu walaupun oleh suaminya sendiri.
Kesilapan yang sering dibiarkan berlaku ialah tentang terdapatnya suami yang alpa dan sengaja mengambil kesempatan terhadap isterinya yang bekerja sehingga ada yang hidup dengan hasil pendapatan isteri semata-mata, tanpa melakukan apa-apa kerja.
Sedangkan Islam telah mengingatkan bahawa dalam hal pendapatan isteri, adalah menjadi hak mutlaknya sendiri di mana dia berhak berbuat apa saja terhadap harta pencariannya dan suami tidak berhak untuk mengawal, mengatur, mengambil atau membelanjakan harta tersebut tanpa persetujuannya terlebih dahulu apalagi memaksanya memikul tanggungjawab menanggung keluarga.
Sebuah hadis mengatakan yang di antara maksudnya, “Rasulullah SAW bersabda… seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya…” (Hadis Riwayat Muslim)
Maka di sini seorang suami akan diminta bertanggungjawab tentang ahli keluarga yang di bawah tanggungannya termasuklah urusan pemberian nafkah. Sebagai ketua keluarga, sama ada isteri meminta atau tidak, memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab seorang suami kerana sesungguhnya Rasulullah SAW amat membenci umatnya yang bersifat bakhil terutama kepada pasangan yang telah melahirkan zuriatnya malah sifat bakhil ini juga adalah termasuk bagi orang yang tidak menggunakan tenaganya untuk berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. Sebaliknya mengharap isteri bekerja untuk menyara kehidupan rumah tangga mereka.
Golongan ini akan dibalas dengan berbagai-bagai ancaman di akhirat kelak di mana baginda ada bersabda dalam sebuah hadisnya bahawa orang bakhil itu jauh daripada Allah, jauh daripada syurga, dan pergaulan manusia, sebaliknya dekat dengan api neraka.
Manakala orang yang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Maka sewajarnya seorang suami yang benar-benar bertanggungjawab pasti akan dapat melahirkan suasana damai dan harmoni dalam rumah tangga. Tidak akan berlaku masalah ketidakadilan, penganiayaan dan sebagainya.
Saya tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi, cuma menyampaikan ilmu kepada setiap wanita supaya mereka lebih tahu akan hak mereka. Banyak sangat cerita yang saya baca, suami lepas tangan sebab isteri secara sukarela menyumbang demi kebahagiaan bersama. Semua dilakukan atas dasar tolak-ansur, belas-ehsan dan kasihan. Jika dapat suami yang memang jenisnya mengenang budi, alhamdulillah. Tapi sebaliknya bila suami sudah senang (sebab 1/2 kewajipannya diambil-alih oleh isteri), mulalah suami fikir nak tambah cawangan. Lepas itu dia boleh goyang kaki sebab ada cawangan lain yang menjana pendapatan untuknya... ini pendapat 'kotor' saya, tapi dah banyak contoh di depan mata...)
Jadi, setiap isteri di luar sana kenalah beringat, sediakan payung sebelum hujan, jangan sampai terhantuk baru nak tergadah...
Jika kaum wanita di sini tidak menghadapi apa-apa dilema seperti dalam artikel, bersyukurlah. Bukan semua orang bernasib baik seperti anda dan jangan lupa doakan rakan-rakan lain yang.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)
Wallahu'alam.
Kalau tak suka, tak payahlah baca, delete aje. Takde sesiapa pun paksa...
Benarlah kekata BawanGoreng. Para suami sebenarnya tidak berhak keatas MILIK/INCOME isteri walaupun sikit. Mengambil/mengguna nya perlu dengan IZIN ISTERI. Isteri boleh dengan sukarela menyedia SEDEQAH demi menampong kekurangan RUMAHTANGGA.
BalasPadamSeandainya, suami tidak menyedia NAFKAH(rumah, makan-minum-pakai,elaun dll demi hidup isteri yang asas) lalu isteri mengguna MILIKnya atau INCOMEnya sendiri, maka jumlah kegunaan isteri ditafsir sebagai PIUTANG kepada suami. Suami perlu tebus apabila sampai waktu yang mampu atau dosa isteri ditolak.
Janganlah cipta PERATURAN sendiri mentang-mentang mika jadi SUAMI.
kalau si isteri degil camne plak..suami suruh duduk kat umah sebab dah mampu nak sara keluarga walaupun sederhana tapi isteri tetap nak kerja jugak kononnya rugi belajar tinggi2 last2 kena duduk kat rumah jer..tak dapat nak bersosial..tak dapat nak pegi shopping dgn kenkawan masa lunch hari jumaat..tak boleh pegi spa selalu sebab duit suami cukup2 jer
BalasPadamkepada para isteri yg bekerja di luar sana saya ingin bertanya :
mengapa kebanyakan dari kalian persis Angelina Jolie bila bekerja tapi ala Nek Jah bila dirumah ??
p/s: sekadar bertanyer..isteri saya surirumahtangga sepenuh masa sejak ijab dikabulkan
Yang penting suami isteri kenalah bertolak ansur, tidak boleh pentingkan diri sendiri, ego..Isteri mestilah mendapat izin suami untuk bekerja. Income yang isteri dapat hendaklah ikhlas untuk kebajikan rumah tangga dan membantu suami dan diingatkan sekiranya si isteri mengungkit apa yang pernah dibelanjakan atas pendapatannya, ia langsung TIDAK MENDAPAT PAHALA ke atas apa yang telah dilakukan selama ini di mana pahalanya ditarik balik.
BalasPadamMemang saya akui ada para2 isteri lebih bergaya apabila bekerja tetapi ala kadar apabila dirumah dan boleh dijadikan isu pertelingkahan antara suami isteri.
Oleh sebab itu, si suami boleh menegur si isteri dengan cara yang baik dan terpulang si isteri untuk mengubah persepsi negative di mana dosa itu akan ditanggung oleh isteri dan bukan pada suami sekiranya ingkar arahan suami selagi tidak bercanggah dari segi agama islam..di mana berhias adalah untuk suami tetapi bukan untuk orang luar..tapi ada juga suami suka si isteri lebih cantik dan bergaya apabila berjalan dengannya di luar supaya tidak merasa diri dipersendakan dengan sebab isteri tidak berketerampilan. Akhir kata tepuk dada tanya selera.. Asalkan tidak bercanggah dari sisi agama..
zaman sekarang nie bagus gak kalau si isteri punyer pendapatan sendiri..yer la..manusia nie unpredictable..kang tetiba lepas 3-4 tahun kawin, laki buat hal plak dah.. sibuk bercintan cintun, lupa anak, lupa bini kat umah..so at least pompuan yg ada pendapatan sendiri tu..boleh la teruskan hidup even laki kesayangan dia tu tengah asyik sibuk berkepit sakan ngan org lain..kalau nak dibandingkan ngan isteri yg jadi suri rumah sepenuh masa tu..bila laki buat hal..mula la hilang arah, hilang akal..semua hilang..last2 anak kemana..semua pon kemana..tu yg jadik cam separuh gila sebab hidup totally bergantung pada suami, tetiba tempat bergantung dah tak leh nak diharapkan lagi... cam tu gak kalau kes hilang suami secara mengejut sebab meninggal dunia..
BalasPadamira
salam,
BalasPadamsaya rasa kebanyakan wanita bekerja atau tidak lebih cantik untuk suami bila dirumah, cantik disini tidak saya maksudkan pakai baju fesyen pergi kerja tetapi kecantikan semulajadi akan lebih terserlah. setahu saya la tiada isteri yang pakai short atau baju tidur lace ke tempat kerja atau pergi ber'shopping'. rasanya itulah 'kecantikkan' yang diingini setiap lelaki.
dan rasanya dangkal sungguh akal seorang suami jika hanya kecantikan luaran isteri yang dijadikan ukuran kecantikan isteri di rumah. jangan lupa, isteri anda juga seorang manusia. ingatlah apayang isteri anda lakukan untuk memastikan keharmonian rumahtangga, susah senang bersama anda dan pengorbanan selama isteri anda dengan anda.
jika anda mengukur isteri anda dari sudut kecantikan dan layanannya sahaja kepada anda sang suami, bagaimana pula penampilan diri anda dan layanan anda kepada isteri ketika dirumah? adkah anda berketrampilan seperti brad pitt bila dirumah jika anda mengharapkan isteri anda angelina jolie bila bersama anda?
masihkah anda tersenyum manis jika isteri anda terlupa bubuh gula ke kopi anda dan berkata 'it's ok dear', seperti mana anda tersenyum manis ketika gadis genit di ofis anda tertumpahkan kopi di baju anda ketika sama-sama minum di pantry?
dan akhirnya, kebanyakan isteri, baik yang bekerja atau yang full time suri rumah jaga anak akan memberi layanan 1st class yang tip-top kerana ingin menikmati 'quality time' bersama suami. walaupun kadang-kala suami yang tidak perasan effort si isteri kerana teringatkan 'insiden-insiden' bersama gadis-gadis genit di luar sana.
honeymah dylyani
honeykurt@yahoo.com
Dah banyak respon tajuk ini, baguslah bermacam2 pendapat dan idea
BalasPadamSaya seorang isteri yang bekerja. Dilema ni apa? Stress? Masalah?
Dari hari pernikahan, Tok Imam dah bagitau, isteri nanti insya Allah akan bekerja, ada gaji. Duit isteri tetap duit isteri, duit suami pun duit isteri.
Wow ! bestnya. Alhamdulillah.
Bagi kita, contoh yg yg terbaik ialah Rasulullah saw.
Kita telah maklum Siti Khadijah bt Khuwailid, isteri baginda, telah memberikan/ menyerahkan seluruh jiwa raganya serta harta bendanya untuk Islam. Bagi isteri2 yg mampu, apa salahnya, rezeki dikongsi bersama. Allah melihat semuanya, yg penting niat kita dan keikhlasan kita. Suami yg mencontohi Rasulullah juga sangat perlu, kerana Rasulullah itu yg terbaik, dari semua bidang kehidupan. Suami isteri yg bahagia itulah doa kita semua.
Tak yah pening dengan dilema, itu kan kenyataan hidup yg perlu disyukuri. Rezeki masing2 Allah dah beri, cuma perlu diurus dgn betul. Nanti Allah tanya rezeki dapat dari mana dan kemana dibelanjakan, semua orang kena jawap soalan yg sama kan.
Lama tak baca tulisan cik IRA kita... he heh..
BalasPadamSapa suruh sang isteri tu bergantung penuh pada suami? Bergantunglah pada Allah... baru tak hilang akal bila kena ujian macam tuh. Insya-Allah isteri yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslimah dengan betul dan istiqomah akan lebih tenang dan dipermudahkan oleh Allah dalam mengharungi hidup berumahtangga. Laki buat hal agaknya ada something yang kureng kat rumahnya...
Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa dikehendaki oleh Allah SWT menjadi lebih baik, maka ditimpakan musibah kepadanya." (Hadis Riwayat Bukhari)
BalasPadamSalah satu musibahnya, suami buat hal. Lazimnya punca itu bermula sebab kekurangan sesuatu di rumah. Lelaki sudah bernikah, masih mengaku bujang, katanya bujang tiga, dua atau satu...
Terima kasih Bawang Goreng kerana sering mengemukakan artikel-artikel yang bermanafaat begini. Kepada yang tak terkena kat batang hidung memang nak jeling sebelah mata pun tak kisah pada artikel-artikel yang sebegini tetapi pada yang mengalami, menghadapi, melalui dan mengharungi kehidupan seperti yang disebutkan dalam artikel-artikel ini, sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas apa tanggunggjawab isteri dan apa tanggungjawab suami yang sebenar.
BalasPadamMemang betul isteri perlu taat kepada suami, tempat isteri di sisi suami, suami itu ketua keluarga, suami itu perlu dihormati. Itu saja yang ditekankan tak kiralah masa kursus perkahwinan ker, ceramah agama ker, ceramah membina keluarga yang bahagia ker. Rasanya sebagai seorang Islam yang memang dah ader asas didikan agama memang tahu suami itu adalah ketua keluarga..etc..etc. TETAPI di zaman yang serba maju dan canggih nih, ramai jugak suami yang masih berada di zaman Jahiliyah. Pangkat SUAMI tuh mahu, kelebihan sebagai SUAMI juga mahu TAPI tanggungjawab sebagai SUAMI tak mahulah pulak. And tak ada istilah COMPROMISE pulak tuh. Kalau isteri bekerja kata letih, suami kata apesal ko nak kerja, itu problem ko lah. Aku tahu rumah mesti settle. Kalau isteri tuh tak bekerja lak, suami kata, ko tuh duduk mengangkang jer kat umah, tahu nak ngabehkan duit aku jer. Bila tak cukup duit mengamuk kata isteri tuh beban. Disebabkan sayang kat anak-anak, isteri nih pun diam jerlah tak kuasa nak gaduh sedangkan sepanjang perkahwinan, sehelai baju pun suami tak pernah belikan, ada emas sikit-sikit habis dijualkan nak tampung kehidupan. So perlu ker lagi nak hormat suami macam ni? Perlu ke lagi nak taat kat dia? Ini contoh lah, tapi contoh yang memang berlaku dalam kehidupan kita.
Bila adernyer artikel-artikel like the one Bawang Goreng forwardkan, apa salahnyer kita jadikan panduan dan pedoman and tak payah nak dipertikaikan. Kalau anda suami yang baik then, alhamdulillah, this artikel just for your info, in case untuk anak-anak pulak. Tapi kalau anda memang terasa pedasnyer trylah to change to be a better person bukan dengan cuba menafikannya. Senyap-senyap tanam azam, I want to be a good husband. Tapi ramai gaklah yang perasan I am already a good husband tak ader aper nak ubah dah, bini aku tulah tak sedar diri walhal dialah sebenarnya the problem to the family....Begitu juga dengan isteri, kalau anda bukan dari golongan yang teraniaya maka bersyukurlah kerana anda mempunyai suami yang bertanggungjawab and you need to appreciate them. So no reason tak nak taat, nak keluar bekerjalah walhal suami mampu nak tanggung, tak nak bela anak la etc..etc. Tetapi jika sebaliknya, then anda tahu apa hak anda untuk dituntut.
Marriage is all about sharing. Tapi part sharing nilah yang paling susah nak execute especially bila selfishness tuh menguasai MINDA dan PERASAAN. It goes to both lelaki dan perempuan. Selalunyer in a relationship, relationship continues sebab adernyer one party compromise and that compromise tuh selalunya would not be appreciated. Cuma satu jer, kalau kita compromise kerana ALLAH then insyaAllah one day kita akan rasa kenikmatanNya. So never do anything sebab orang lain, always do something sebab kita tahu DIA ada.
Wasalam
Suami jarang lihat wajah anak. Pada wajah perempuan yang lalu lalang, amat mudah mereka melihat sampai ada sehelai bulu di hidung pun mereka akan perasan. Perempuan bekerja lah nie sebab dah muak dengan perangai lelaki, susah nak memberi. Lebih baik kita belanja dengan hasil titik peluh kita sendiri. Lihat lah di sekeliling kita dan pijak di bumi. Zaman suami dewa sudah berlalu. Suami yang menyusahkan, menegangkan suasana dan membosankan ramai.
BalasPadamrhirowati - rhirowati
Assalamualaikum warahmatullah...
BalasPadamPertamanya, jangan generalisasikan semua suami begitu. Kini, lebih ramai anak yang manja kepanya ayahnya lebih daripada ibunya sendiri. Keduanya, memberi duit bukan satu kewajipan. Nafkah itu wajib, tapi tak semestinya duit. Suami lebih mengenali sifat berbelanja isterinya. Jika si isteri seorang yang boros, suami berhak menahan perbelanjaan isteri. Tapi memberikan makanan sehingga kenyang, pakaian menutup aurah tetap satu kwajipan.
Ketiganya, suami tidak punyai hak atas wang isteri. Haram meminta duit isteri, sama ada yang dicarinya sendiri mahupun yang datangnya dari suami sendiri. Kecuali jika siisteri redha. Namun begitu, haram bagi isteri membelanjakan duitnya tanpa izin suami. Walaupun duit hasil gajinya sendiri. Kebenaran dari suami mesti diperolehi melainkan barangan dharudah seperti ubat dan makanan yang mungkin mengancam kehidupan jika tidak dibeli.
Nabi saw pernah bersadba. Jika diizinkan manusia sujud kepada manusia, akan kuperintahkan semua isteri sujud kepada suaminya. Tapi ini bukan menyatakan bahawa suami sebagai dewa. Namun suami tempat terlalu mulia disisi isteri. Ini kata-kata Nabi saw maka jangan sekali-kali menolak. Kata-kata Nabi saw kekal sepanjang zaman. Menolak Baginda saw bererti menolak Allah swt. Maka gugurlah iman.
Dalam hal ini sebenarnya, sifat jauh dari Islam dan Allah telah menjadikan keluarga huru hara. Ramai suami yang tahu kelebihan mereka sebagai ketua keluarga tetapi ramai juga yang enggan belajar bagaimana cara menggunakan kelebihan itu. Jadi mari kita semua mendekatkan diri kepada Allah dan ilmuNya. Jangan berhujjah, walaupun dengan fakta, tetapi tanpa iman. Allah Maha Adil maka jangan persoalkan keputusan Allah swt...
Wassalamualaikum warahmatullah...