Assalamualaikum warahmatullah,
Kepada yang menghantar personal email kepada saya selepas entry Mengubah Manusia?, boleh teruskan pembacaan anda artikel yang saya petik dari resipihidup-bersamasuzana. Mudah-mudahan ada manafaatnya.
Pernah jumpa suami yang sanggup jadi hamba isteri hanya kerana termakan budi mertua? Pernah dengar ada isteri yang sanggup menahan kesakitan kerana pukulan dan terajang suami semata-mata ingin pertahankan status sebagai isteri? Paling menyedihkan, ada suami yang enggan lepaskan isteri walaupun mengetahui tentang kecurangan si isteri yang masih berterusan, bukan sekadar di belakang malah nyata di depan mata. Ada juga isteri yang sanggup pejam mata dengan tingkah liar suami bertukar-tukar pasangan asalkan diri tidak dijandakan. Saya bukan menyokong perceraian tetapi apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, kenapa menyeksa diri dengan segala penderitaan yang boleh dielakkan?
Dah jodoh? Itu semua ujian hidup berumah tangga? Allahu Akbar, kenapalah berpegang dengan prinsip sebegitu? Ya, perkahwinan berlaku kerana adanya jodoh antara seorang lelaki dan seorang wanita. Tetapi, kenapakah lelaki dan wanita tersebut dijodohkan? Paling mudah, kenapa anda menerima si dia sebagai pasangan anda, teman anda seumur hidup? Yalah, tak pernah ada orang berkahwin dan di dalam masa yang sama mempunyai niat untuk bercerai (kecuali satu kes yang pernah saya ceritakan dulu, satu dalam berpuluh juta). Sudah pasti anda memilih si dia kerana anda pasti hanya si dia yang dapat membahagiakan hidup anda. Kalau berkahwin atas pilihan orang tua pun (sebab tak ada istilah kahwin paksa sebenarnya kerana keizinan anda diminta oleh jurunikah, jika masa itu anda bersedia bererti anda rela dan anda boleh tidak setuju dengan pernikahan tersebut dengan menyatakannya kepada jurunikah) sudah pasti anda mengharapkan kebahagiaan.
Ujian hidup berumah tangga? Tahukah anda, kenapa ada perkahwinan? Perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang. Bila disebut sebagai mahligai cinta dan lambang kasih sayang, sewajarnyalah segala yang wujud di dalam institusi perkahwinan itu adalah berasaskan kepada kasih sayang. Hatta hubungan suami isteri juga perlu diadakan dalam suasana kasih sayang, bukan paksaan atau keterpaksaan. Menyentuh tentang keterpaksaan di dalam hubungan suami isteri ini, sebenarnya menjadi tanggungjawab suami untuk memupuk sayang di dalam diri isteri bererti tanggungjawab suami juga untuk membawa isteri ke dalam hubungan suami isteri. Nanti saya akan bincangkan mengenai topik ini, insyaAllah.
Yang ingin saya tegaskan kali ini ialah, apakah yang dikatakan jodoh itu? Jodoh bukan persamaan, sudah pasti bukan perbezaan. Jodoh ialah keserasian. Keserasian bererti sesuai. Kesesuaian hanya wujud apabila setiap individu menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing di dalam institusi perkahwinan. Lantaran, ada lelaki pendiam dapat hidup bahagia dengan wanita peramah. Ada wanita kurang cantik dapat hidup bahagia dengan lelaki kacak idaman ramai gadis. Tetapi, jika salah satu pihak gagal memainkan peranan dan tangggungjawab yang patut malah bersikap liar yang melanggar kehendak agama dan norma masyarakat, jelas sekali tidak ada keserasian lagi. Jika ditegur, pasangan akur dan bersedia untuk berubah, memang wajar diberi peluang dan memang logik itu dinamakan ujian di dalam perkahwinan. Tetapi, jika sikap liar berterusan, memberikan penderitaan kepada pasangan, di mana keserasian? Sesuaikah anda bersama si dia sedangkan dalam setiap saat, yang ada hanya derita dan tangisan?
Di dalam al-Quran sendiri, jelas dinyatakan, wanita baik untuk lelaki yang baik (ada sedikit komen tentang ayat ini. Sila rujuk artikel --> Lelaki baik cuma untuk perempuan baik?). Pengertian sebaliknya, sudah pasti semua memahami. Lantas, jika pasangan anda dikategorikan sebagai jahat, memang jahat jika sanggup hidup liar, bertukar-tukar pasangan bagai binatang, nyata tiada lagi keserasian antara anda dan pasangan anda itu. Bila tiada keserasian, bererti tiada lagi jodoh. Dalam keadaan ini, perkahwinan anda harus dibubarkan. Seperti yang saya tegaskan, saya tidak menyokong perceraian malah bukan menggalakkan. Tetapi, jika hikmah perkahwinan tiada lagi, Islam menghalalkan perceraian.
Saya tak salahkan jika anda masih ingin bertahan atau mungkin kata anda, itulah pengorbanan anda demi sebuah perkahwinan yang anda pilih dan anda redhai. Tetapi ingat… jangan sampai silap berkorban. Jangan sampai anda pula terkorban... Pengorbanan untuk perkahwinan biarlah berbaloi, bukan sampai mengorbankan diri membuta tuli. Paling penting, jangan anda turut sama menanggung dosa bagi setiap perlakuan liar dan jahat pasangan anda. Kenapa turut sama menanggung dosa? Yaaaa!! Kerana anda bersubahat, biar pun anda tidak suka dengan perlakuan pasangan anda tetapi cara anda yang seolah-olah membenarkan tindakannya itu diteruskan, memberikan dosa kering kepada anda, nauzubillahh!!
Lantas, kepada mereka yang berkenaan, ujian berumah tangga ada tahapnya. Jika melibatkan dosa kepada yang maha Esa, fikir-fikirkanlah… wajarkah anda bertahan? Anda berhak bahagia. Mungkin juga, tindakan anda memilih untuk keluar dari perkahwinan menyebabkan si dia berubah sikap kerana kebanyakan manusia hanya tahu menghargai sesuatu malah seseorang apabila ia atau dia telah tiada di depan mata.
Pilihan di tangan anda!!
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Oktober 22, 2008
Jodoh itu keserasian
Susunan :
Bawang Goreng
pada
10/22/2008 05:06:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
En. BawangGoreng,
BalasPadamSy nk minta en. tlg forward smula cerita dulu en. ini.. Blh tak?
(kecuali satu kes yan (kecuali satu kes yang pernah saya ceritakan dulu, satu dalam berpuluh juta). g pernah saya ceritakan dulu, satu dalam berpuluh juta).
Sy nak bce.... n nak thu.... Tlg eh...
La... cerita yg mana satu nih? Tajuknya, ingat tak?
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamThanks for the good article... Many pointers to ponder on...
thanks and regards
Hartini fr Spore
Ya betul jodoh itu kerasian.Bagi saya apa pun yang berlaku kita balik pada ajaran alquran insyaalah rumah tangga akan kekal tak ada pukul memukul, tolak menolak.Masing masing tahu tanggongjawap insyaalah
BalasPadamSalam,
BalasPadamBagus artikel ni... Cuma saya nak tambah (macam pandai gitu), jodoh ini ketentuan Allah betul...tapi result kita yang tentukan, melalui effort kita pada jodoh itu. Bukan ke Allah sebut Dia tidak akan merubah nasib seseorang melainkan orang itu melainkan ada usaha orang itu untuk merubah nasibnya...
Ini semua logik. Tak logik kalau dua pasangan saling faham memahami, tolong menolong, sayang menyayangi tiba tiba tak bahagia...Kalau jodoh itu memerlukan dua orang untuk bersatu. Perlulah juga dua orang berusaha untuk menjayakannya. Kalau setakat seorang aje berusaha walhal yang seorang lagi tidak... susah lah sikit... worst case terus lah hancur dan berkecailah jodoh itu...
Orang putih kata it takes 2 to tango... Kalau menari berdua baru syok. Kalau menari sorang sorang...nanti orang kata gilaaa...heheheheeh....
Itu saja....wallahualam..
Assalamualaikum,
BalasPadamTerima kasih kepada saudara bawanggoreng kerana menghantar petikan ini…
Petikan yg sangat bagus….
Memang susah nak mencari jodoh yg sesuai, sebab tu lah smpi sekarang saya still single
InsyaAllah, semoga saya dan kawan2 di SIM ini yg masih single akan ditemukan jodoh yg sesuai oleh Yang Maha Esa…
Wassalam,
Shida