“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Februari 28, 2010

Kesal bertemankan lelaki kejam

SUNGAI BULOH: Ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera teman lelakinya, Nurhanim Aziz, 25, menyuarakan rasa amat kesalnya berkawan dengan lelaki yang disifatkannya kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian anaknya, Syafia Humairah Sahari, 3, kelmarin.

Malah dalam pertemuan dengan Berita Minggu semalam, ibu muda ini beberapa kali mengalirkan air mata sehingga sukar berkata-kata kerana terlalu sedih dengan kematian anak kesayangannya itu di tangan lelaki yang dipercayainya. Namun pada masa sama, dia juga menyesali berkawan dengan lelaki yang disifatkannya panas baran, kurang sopan dan didakwanya turut minum arak.

Nurhanim yang bekerja ketika kejadian berkata, sukar baginya untuk menerima kenyataan yang penghibur hatinya itu sudah tiada lagi di dunia ini. Lebih sedih lagi, memikirkan detik-detik bagaimana anaknya itu trauma dibelasah dan terpaksa bertarung nyawa sebelum menemui ajalnya.

“Saya kesal dan marah tindakan teman lelaki berhati binatang itu. Dia menjadi pembunuh. Apalah dosa anak saya yang masih mentah itu? Peristiwa ini cukup memeritkan untuk ditelan. Pengajaran besar ini mengajar saya lebih berhati-hati memilih teman lelaki kerana ia boleh mengundang padah cukup mendalam,” katanya kepada Berita Minggu di rumahnya di sini, semalam.

Nurhanim berkata, selama enam tahun berkawan dengan lelaki 28 tahun berasal dari Batu 30 di Ulu Yam Lama itu, dia turut berasakan kesan akibat sikap panas baran teman lelakinya itu.

“Saya amat marah. Saya sudah ditipunya. Dia berbohong kononnya anak saya mati akibat kemalangan iaitu terjatuh daripada motosikalnya. Selepas mendapat tahu anak jirannya menyaksikan kejadian sebenar anak disepak dan dipukul, saya berasa menyesal memberikan peluang kepadanya menjaga anak bongsu ini. Ketika kejadian, saya bekerja di Sungai Buloh. Saya diberitahu olehnya (suspek) bahawa anak sudah mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya.

Mangsa, Syafia adalah anak kedua hasil perkahwinan Nurhanim dengan suaminya, Sahari Usol, 33, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dengan kesalahan jenayah beberapa tahun lalu.

"Saya lemah dan tidak bermaya untuk menyambung hidup ini kerana jiwa begitu sepi tanpa arwah yang cukup manja dan menjadi penghibur hati ini. Semoga beliau (suspek) mendapat hukuman setimpal yang bertindak kejam meragut nyawa anak saya tanpa belas kasihan di rumahnya itu," katanya.

Sumber : Oleh Md Fuzi Abd Lateh [bminggu@bharian.com.my] di BHharian 2010/02/28

Butiran selanjutnya ...

Kaunselor Anda : Derita kahwin muda


Mahu akhiri perkahwinan selepas tidak bahagia di samping suami pilihan keluarga

SOALAN :

SAYA berkahwin kerana ibu bapa menyukai lelaki ini yang sudah pun bergelar suami saya. Kalau ikutkan hati saya masih tidak mahu berkahwin. Saya baru berumur 23 tahun dan masih belum habis belajar. Selepas kahwin, saya sering bergaduh biarpun usia perkahwinan kami sudah mencecah enam bulan. Saya berasakan perkahwinan ini satu paksaan dan tidak ikhlas dalam perhubungan ini. Saya ingin keluar daripada ikatan ini dan memulakan hidup baru. Namun saya tidak tahu bagaimana perasaan ibu dan bapa. Silap saya kerana tidak berterus terang sebelum berkahwin dulu. Apa harus saya lakukan?

ZANA

JAWAPAN :

Zana, keadaan anda sekarang ibarat ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapa.’ Ini kerana perkahwinan yang dilayari dibangunkan atas asas yang tidak jelas dan tidak ikhlas.

Inilah akibatnya daripada sikap anda yang tidak ikhlas dengan ibu bapa anda terhadap cadangan untuk berkahwin. Keputusan yang anda buat adalah berdasarkan ‘cuba dan tengok’. Kini anda benar-benar terperangkap dengan jerat yang anda pasang sendiri yang berpunca anda tidak berterus terang dengan mereka.

Kini anda baru merasai bahawa membuat pendirian dan keputusan apa pun tentang diri anda adalah anda sendiri. Sebelum berkahwin anda menyerahkan keputusan ini pada ibu bapa dengan alasan mahu menjaga hati ibu bapa. Pendirian ini harus anda pegang sebagai modal kehidupan anda kerana perkahwinan itu adalah hadiah dari Allah kepada ibu bapa untuk bertanggungjawab kepada anak sebagai orang tua kepada anaknya.

Jika perkahwinan itu dilaksanakan kerana ibu bapa menjalankan tugas kepada Allah SWT, maka anda sebagai anak harus pula memainkan peranan sebagai hamba Allah yang ditemukan jodoh dengan suami oleh Allah SWT dan dilaksanakan dengan restu kedua orang tua anda. Ini prasyarat asas perkahwinan. Selebihnya adalah atas kebijaksanaan anda dan suami melayari bahtera perkahwinan itu.

Apa yang terjadi pada anda ialah anda sudah terlalu cepat berputus asa untuk menjadi isteri yang mampu menerima suami anugerah Allah seadanya. Anda melayan perasaan anda lebih daripada melayan perasaan suami dan perasaan ibu bapanya dan perasaan ibu bapa anda sendiri yang sudah bersusah payah mengurus kehidupan anda dan mengurus perkahwinan itu.

Punca masalah ini ialah anda belum mampu mencintai diri anda sebagai hamba Allah SWT dan anak yang soleh dan menantu yang menyenangkan di mata mentua. Anda tidak akan mampu mencintai sesiapa pun di dunia ini jika anda belum mampu menghargai diri anda sendiri. Jika perpisahan yang anda impikan, belum tentu anda akan diceraikan sebegitu mudah oleh suami yang sedang belajar menyayangi anda dan atas dasar menjaga maruah sebagai suami yang menjadi pemegang amanah Allah SWT sebagai suami dan atas dasar menjaga hati kedua orang tua kedua - dua belah pihak.

Nasihat Umi, melukakan mudah tapi mendapat keampunan sememangnya amat sulit. Cinta yang anda cari tidak ada pada manusia, ia ada di tangan Allah dan atas izin Allah anda diberikan rasa cinta itu. Jadinya untuk merasai nikmatnya cinta dalam hidup ini tidak ada pilihan dan jalan pintas selain belajar menyerah diri secara paling tulus dan ikhlas kepada Allah SWT.

Menangislah dengan Allah agar anda diberikan hati yang mampu mencintai makhluk-Nya. Jika anda tidak mampu mencintai makhluk Allah maknanya anda sangat sombong dengan Allah dan belum mencintai Allah SWT, malah hubungan dengan Allah sangat nipis. Akibat sikap tersebut anda tidak akan bertemu dengan cinta yang anda idamkan. Lagipun anda harus berfikir bahawa anda adalah hamba Allah dan setiap saat diperhati Allah SWT, rasakanlah ini, kerana selagi anda tidak merasa bahawa perhatian Allah jauh lebih dekat dari perhatian manusia maka ada akan terus melakukan apa saja secara tidak ikhlas.

Perbuatan baik sebesar mana pun dilakukan jika tidak ikhlas akan jadi debu tanpa keberkatan sebesar zarah pun kepada pelakunya. Jika anda memikirkan yang anda masih muda, masih mahu berseronok-seronok dengan kehidupan muda anda, sekarang sedarlah yang anda sudah berjawatan isteri, satu-satunya jawatan yang dijamin Allah ke syurga jika dipegang dan dilaksanakan dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT.

Jika jawatan ini dilepaskan, anda tidak lagi sama, anda sudah janda statusnya dan layanan orang pada anda tidak lagi sama seperti sebelum berkahwin. Apatah lagi jika anda yang memaksakan perpisahan dalam perkahwinan hanya disebabkan tidak mencintai suami yang bukan pilihan anda, pasti akan melukakan hati semua keluarga kedua-dua belah pihak. Dan, mungkin kesalahan anda tidak mudah dimaafkan seumur hidup kerana mereka rasa terhina, tersinggung dan malu dengan sikap dan tindakan anda.

Langkah terbaik belajarlah menyukai apa yang di hadapan mata dengan penuh ikhlas, melayannya sebagai satu ibadat bukan bebanan dan mengharapkan balasan dari Allah SWT bukan dari manusia. Jika orang tidak ada anak, mampu berdoa kepada Allah dan dimakbulkan Allah dan diberikan anak, mana mungkin anda yang belum tumbuh kasih rasa kasih sayang kemudian memohon dari Nya, pasti akan di hadiahkan cinta tersebut di hati anda dan suami.

Yakinlah bahawa Allah itu sangat penyayang kepada hamba-Nya, maka seluruh bekal kasih sayang itu adalah di genggaman Allah dan sedia diberikan kepada sesiapa saja yang meminta kepadanya. Allah SWT tidak pernah menolak doa hambanya. Oleh itu bangunkan cinta pada Allah SWT dulu, pasti cinta itu akan melimpah di hati manusia yang cintakan Allah dan melakukan semua tanggungjawab yang di amanahkan kepada-Nya dengan penuh insaf bahawa kita akan dinilai Allah SWT dan akan ditanya apa bekal yang anda bawa untuk bertemunya?

Jawablah bekalan saya ialah mencintai Allah SWT pada setiap masa dan melakukan semua tanggungjawab dan urusan kerana Allah untuk mendapat redanya Allah SWT dan syurga Allah di dunia dan syurga Allah di akhirat. Bayangkan yang positif dalam hidup ini, anda akan dibayar tunai semua yang baik dan positif juga. Ingatlah, siapa menyemai derita akan menuai sengsara, siapa menyemai cinta akan menuai syurga. Akhir sekali belajarlah jadi hamba Tuhan, kamu akan bertemu syurga dan bahagia bukan hamba syaitan, yang mengajak kamu mendekat ke neraka sengsara. Terima pemberian Allah SWT seikhlasnya.





Rujuk : Bersama Dr Rubiah K Hamzah di
KlikKhas.BH 2010/02/28

Butiran selanjutnya ...

Azab Syafia

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu. Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang. Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Sumber : Wan Faizal Ismayatim [wfaizal@bharian.com.my] di BHarian 2010/02/28



Polis percaya lebih seorang terbabit dalam kematian Syafia Humairah

KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada seorang individu terbabit dalam kes penderaan hingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dalam kejadian di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, Khamis lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid, berkata siasatan awal mendapati suspek utama yang kini ditahan reman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan membabitkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

"Siasatan awal mendapati terdapat dua kemungkinan iaitu individu itu turut terbabit mendera Syafia atau mereka tidak melakukannya tetapi mengetahui kanak-kanak terbabit telah didera. Bagaimanapun polis sedang mengesan semua mereka yang disyaki terbabit termasuk bapa suspek untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil ibu kanak-kanak itu, Nurhanim Aziz, dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangannya. Diminta mengulas kebarangkalian mangsa adalah anak kepada suspek, Bakhtiar enggan mengulas lanjut dan berkata tiada sebarang ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan bagi mengesahkan perkara itu.

"Saya tidak boleh kata ya atau tidak kerana belum ada pihak yang meminta ujian DNA dilakukan bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu. Namun, hal ini akan dipertimbangkan selepas polis merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai laporan yang mendakwa ibu mangsa bersekedudukan dengan teman lelakinya (suspek)," katanya.

Bakhtiar turut kecewa apabila tiada saksi tampil memberikan maklumat sejurus selepas kejadian itu berlaku dan beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat supaya berbuat demikian.

Syafia Humairah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Baharu setelah mengalami pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang semalam. - Bernama

Sumber : BHarian 2010/02/28

Butiran selanjutnya ...

Terlupa beli makanan punca cerai?


KUALA LUMPUR 27 Feb. – Suami terlupa membeli makanan yang dipesan oleh isteri adalah antara lebih 200 alasan remeh yang menjadi punca penceraian pasangan Islam di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, alasan remeh lain ialah isteri lambat menyediakan makanan, pasangan bangun tidur lewat, balik lambat dan kurang berkomunikasi.

‘‘Penceraian seumpama ini penyumbang terbesar peningkatan kes-kes penceraian di negara ini,’’ katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, statistik penceraian seluruh negara pada 2008 meningkat kepada 22,289 berbanding 21,051 kes pada tahun 2007. Menurutnya, daripada jumlah tersebut, purata 35% kes adalah pasangan yang tempoh perkahwinan mereka tidak sampai lima tahun. Zawiah berkata, ada isteri yang baru tiga hari berkahwin meminta cerai kerana suami lupa membeli makanan yang dipesan.

‘‘Si suami pula ada yang menceraikan isteri gara-gara isteri lewat menyediakan minuman. Fenomena seperti ini sangat membimbangkan kerana sifat sabar dalam kalangan pasangan muda makin tipis,’’ katanya.

Menurut Zawiah, kadar penceraian yang meningkat akan mendatangkan masalah sosial, kesan psikologi serta membantutkan perkembangan kehidupan berkeluarga.

Laporan lanjut mengenai isu ini disiarkan dalam Utusan Malaysia Isnin ini. Banyak lagi isu-isu menarik dalam akhbar jawi tersebut yang kini berwajah baru dengan kandungan yang lebih padat dan segar.

Sumber : Utusan 28/02/2010


Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Februari 27, 2010

Bukan isu gender


Assalamualaikum warahmatullah,

KALUT sungguh Cuepacs, kelmarin, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, menyuarakan kebimbangannya kerana trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu didakwa mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan serta pertumbuhan negara.

Ahmad berkata, ¾ daripada jawatan baru dalam PTD diisi oleh wanita, sambil mendakwa ia bertentangan dengan polisi kerajaan yang memperuntukkan 30% jawatan pembuat keputusan kepada wanita. Katanya lagi, nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70% dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.

Dalam BHarian Rabu [24/02] pula mengatakan PM Datuk Seri Najib Razak menyangkal kebimbangan Cuepacs terhadap penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam kerana pengambilan pegawai wanita adalah mengikut kelayakan dan merit. PM menjelaskan penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam tidak seharusnya dilihat dari segi gender atau jantina kerana pengambilan pegawai kerajaan dibuat berdasarkan kelayakan.

Perdana Menteri berkata, soal gender tidak penting, sebaliknya yang lebih penting ialah hasil dan pencapaian perkhidmatan awam dalam melaksanakan serta memenuhi jangkaan kerajaan serta rakyat. Jika kita lihat dari segi kemasukan ke universiti, purata pelajar wanita adalah dalam lingkungan 65%. Tentu sekali wanita lebih ramai memohon sebagai penjawat awam atau pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Untuk memohon menjadi PTD, kita memerlukan sekurang-kurangnya ijazah pertama. Dengan ini tak hairanlah mereka akan menjadi bilangan terbesar dari segi kemasukan, walaupun keseluruhannya mungkin tidak. Cuma agak MEMBIMBANGKAN, dalam jangka waktu tidak lama lagi, jika trend ini berterusan, wanita akan menjadi kumpulan terbesar dalam perkhidmatan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan dasar 30% itu cuma panduan yang diamalkan kerajaan ketika ini. Sambil mengakui semakin ramai wanita memegang jawatan penting sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, beliau berkata: "Kita harus berpandangan terbuka dan tidak anggap ia sebagai satu liabiliti. Ia mungkin satu aset dan jika ada kekurangan, kita kena cari jalan untuk menguruskannya," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, di Kementerian Pelajaran yang diketuainya turut mengalami senario sama apabila lebih ramai wanita menyertai profesion terbabit berbanding lelaki kerana golongan hawa lebih berminat dan komited. Beliau berharap tiada pihak membuat tuduhan dan sangkaan tidak tepat mengenai perkara itu kerana wanita atau lelaki mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Katanya, "Tak usah bimbang dengan senario itu, tetapi yang penting cara mengurus keadaan itu dengan sebaik mungkin. Ini sebenarnya adalah senario global."


Adakah sistem pendidikan sekarang punca isu silang gender?

SILANG gender semakin hangat diperkatakan ketika isu menara gading dipenuhi pelajar perempuan, belum selesai. Cuepacs pula melahirkan kebimbangan, sektor awam yang semakin dimonopoli penjawat awam wanita mengganggu kelancaran khidmat penyampaian maklumat selain memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

Susulan daripada isu ini, adakah kerajaan akan mewujudkan kuota bagi mengimbangkan nisbah lelaki dan perempuan sama ada untuk merebut tiket ke pusat pengajian tinggi atau menempatkan diri dalam sektor awam terutama kerjaya profesional kelak? Apakah kemajuan yang dicapai wanita menjadi kesalahan, atau adakah usaha mereka yang positif sehingga berada di hadapan menjadi sesuatu yang ganjil? Sedangkan suatu ketika dulu martabat wanita sangat rendah sehingga muncul syiar Islam yang mengangkat kaum ibu ini ke darjat lebih tinggi untuk diberi hak dan keadilan.

Jelas tiada salahnya mereka, tetapi muncul kebimbangan apabila sebahagian besar pemudi memenuhi institusi pengajian tinggi (IPT), manakala pemuda ramai di pusat serenti, penjara dan aktif dalam pelbagai gejala termasuk jenayah jalanan. Ketidakseimbangan yang terhasil dibimbangi kritikal kerana jurangnya kian jauh. Contoh, nisbah lelaki dan perempuan dalam sistem akademik di IPT ataupun kerjaya profesional secara purata adalah 30:70.

Secara relatif dan logik, apabila corak aliran sebegini bermula di IPT maka bidang profesional juga mengalami masalah serupa kerana mahasiswa inilah yang melangkah ke sektor pekerjaan selepas tamat pengajian. Saya berpendapat, sistem pendidikan yang mencatur gaya hidup pembelajaran masyarakat. Sistem pendidikan berorientasi peperiksaan dan hafalan jelas memberi kelebihan kepada pelajar wanita.

Ini bukan tuduhan atau kecaman tetapi perlu dikaji secara ilmiah kerana kelebihan psikologi dan kekuatan gender masing-masing.

Pakar motivasi silang jantina dan kekeluargaan, Ahmad Shafiai Uda Jaafar, tidak menafikan secara fitrah wanita mempunyai tahap tumbesaran dan kematangan lebih pantas berbanding lelaki. Malah perkembangan biologi wanita juga lebih cepat matang berbanding lelaki. Kekuatan emosi dan kelebihan dalam memberikan fokus menjadikan mereka lebih selesa dengan sukatan pelajaran di sekolah mahupun universiti yang berorientasi peperiksaan.

Fitrah wanita majoritinya lebih fokus, kebolehan menghafal dan ada kekuatan dalam subjek teori. Ini berbeza dengan lelaki kerana dari segi biologi dan emosi jarang berdepan dengan buku atau pendekatan teori kerana majoritinya secara fitrah lebih berminat dengan aktiviti praktikal yang boleh membabitkan kekuatan fizikal atau mencabar untuk membuktikan sifat mereka. Mungkin pendekatan sekolah teknik, vokasional, politeknik, universiti teknikal serta lain-lain yang bercorak aplikasi dan hands-on adalah langkah yang boleh dikenal pasti kerajaan dalam membantu menghadapi situasi sekarang. Kajian secara serius perlu dilakukan dengan digembleng kepakaran setiap organisasi atau individu untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung isu silang jantina ini.

Bukanlah tujuan saya untuk mengapi-apikan, cuma terfikir...

  1. Ke manakah perginya kaum lelaki di Malaysia? Hingga Cuepacs pula yang amat bimbang kerana kaum wanita membanjiri quota jawatan wanita dalam kerajaan.
  2. Sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi. Adakah ini bermakna calon lelaki TIDAK cemerlang dalam pengajian?
  3. Cuepacs mencadangkan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar. Perlukah kerajaan menurunkan merit kelulusan akademik kepada yang layak supaya bilangan penjawat lelaki boleh di'ramai'kan?
  4. Mengapa perlu bertolak ansur dengan kaum yang MALAS meningkatkan pengetahuan, KURANG cemerlang dalam akademik dan MALAS pula berlumba merebut peluang?
  5. PERLUKAH selamanya kaum lelaki dimanjakan dan disogok dengan gula-gula oleh ibubapa, guru dan sekarang kerajaan?

Ini satu tamparan hebat untuk kaum lelaki. Tidak terasa tercabarkah bilangan kaum lelaki yang semakin berkurangan di pusat pengajian? Jangan biarkan species kalian pupus dalam kerana tidak mahu merebut peluang dalam pelajaran dan pekerjaan!

Cuma kalian sahaja yang mampu merubah diri kalian sendiri, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan (bala bencana) terhadap sesuatu kaum (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tak ada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya; dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Jangan nanti wanita terpaksa berundur hanya kerana lelaki kian mundur. Sebaliknya, mereka harus bersama memperkasakan diri dengan ilmu seiring keperluan agama dan negara yang tidak bertolak ansur dengan kelayakan akademik. Kreativiti, tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksanaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan boleh dibuktikan dengan kelulusan akademik cemerlang di sekolah mahupun universiti.

Renung-renungkan!




Capaian entry berkaitan :
  1. Wanita kuasai sektor awam
  2. Keupayaan wanita bukan ancaman lelaki

Butiran selanjutnya ...

Memulih sahsiah pelajar



APAKAH yang harus kita lakukan untuk membanteras masalah dalam kalangan pelajar ini? - Gambar hiasan

SABAN hari kita disajikan dengan laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakan dilakukan oleh golongan remaja seperti meragut, merogol, membunuh dan lain-lain. Kisah-kisah yang menjadi tumpuan media cetak mahupun elektronik itu hanya sekadar menjadi bahan bacaan harian yang telah dianggap sebagai insiden biasa dalam masyarakat kita pada masa kini.

Siapakah yang wajar dipersalahkan? Tidakkah kita prihatin melihat anak bangsa yang bakal menjadi generasi negara diserang penyakit mental atau stres?

Dalam menangani isu membimbangkan ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menggesa kerajaan mengambil serius dan telus dalam menangani masalah remaja terutama golongan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menyelaraskan intipati pendidikan mengikut transformasi persekitaran.

Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa-Guru) 1998 yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 perlu dilihat semula dan diberi nafas baru.

"Kini pelbagai masalah melibatkan remaja seperti bunuh, dadah, merompak lebih banyak melibatkan golongan remaja yang bersekolah. Oleh itu kita kena lihat dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendidikan secara holistik kepada anak-anak masa kini bermula dari akar umbi," katanya ketika di temui Kosmo! selepas mempengerusikan mesyuarat bersama NGO yang terlibat di Memorial Tun Hussien Onn baru-baru ini.

Kekurangan dana

Antara barisan panel yang membincangkan isu tersebut ialah Yang Dipertua Mubarak, Aziz Yassin, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Setiausaha Mubarak, Prof. Datuk Seri Ibrahim Saad dan Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom.

Merujuk kepada akta tersebut di bawah fasal 5 (1), dinyatakan tujuan-tujuan persatuan ialah untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. Untuk tujuan itu kata Mohamad Ali lagi, PIBG perlu meminta sumbangan daripada ibu bapa pelajar yang kadangkala diiringi dengan rungutan yang tidak enak didengar.

"PIBG berusaha untuk anjurkan aktiviti dan program untuk melibatkan ibu bapa, guru serta pelajar untuk mewujudkan suasana yang sihat dan secara tidak langsung para pelajar khususnya golongan belia dapat menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Tetapi PIBG kesal kerana sumbangan dana yang tidak mencukupi menjadi kekangan kepada kami untuk terus melaksanakan tujuan asal pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, turut disentuh ialah Bahagian IV, fasal 13 akta tersebut iaitu persatuan tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau lain-lain pertubuhan yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubung dengannya.

"Kita bukan mahu berpolitik di sekolah, kita perlukan permuafakatan daripada semua pihak tidak kira daripada parti kerajaan mahupun pembangkang, dengan kekangan di bawah dasar berkenaan, PIBG umpama 'terhalang' untuk bermuafakat dengan pertubuhan luar. Diharap kerajaan dapat meneliti balik perkara ini kerana ia umpama kerajaan sendiri 'menghalang' PIBG untuk membantu memulihkan sahsiah pelajar sekolah," katanya.

Mohamad Ali turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Jawatankuasa untuk mewujudkan Majlis Penasihat Pendidikan.

"Apa yang kita lihat selalunya hanya ada penasihat dan pemerhati dalam bidang ekonomi sahaja, kenapa tidak wujudkan untuk bidang pendidikan pula? Sekarang ini, kita perlu lihat aspek pendidikan secara keseluruhan iaitu bermula daripada prapendidikan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mencari satu pendekatan baru untuk membentuk remaja melalui pendidikan yang berkesan," ujarnya.

Kaji dasar pendidikan

Tambah Mohamad Ali, dasar dan peraturan yang telah diwujudkan untuk pendidikan negara perlu diteliti serta dikaji dengan lebih telus. Bukannya hanya melontarkan idea secara ad-hoc.

"Kita bukan mahu wujudkan agenda politik dalam pendidikan, tetapi mereka yang membuat peraturan perlu memikirkan bagaimana orang bawahan mahu melaksanakan dasar berkenaan. Kita ambil contoh Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pelaksanaan dasar itu tidak menyeluruh, implikasinya ia menjadi beban kepada kita semua," katanya.


PENDIDIKAN yang menyeluruh diperlukan untuk membantu membanteras masalah yang melanda golongan remaja. - Gambar hiasan


Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mustafa Latif berkata, kerajaan sepatutnya memberi sokongan terhadap PIBG sekolah dalam membentuk sahsiah remaja dan bukannya hanya tertumpu kepada akademik sahaja.

"Kita lihat dengan pengiktirafan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), ia dilihat seperti memberi pengiktirafan terhadap guru besar dan pengetua sahaja dan ia hanya melibatkan sekolah-sekolah yang pelajarnya memang daripada kategori bijak. Bagi sekolah-sekolah panas yang sentiasa bermasalah, hanya PIBG yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum untuk mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat diluar," katanya.

Tambah Mohammad Ali, kerajaan sepatutnya melihat bidang pendidikan sebagai satu bidang yang menyeluruh bukan sahaja melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi tetapi kesemua kementerian secara amnya.Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom yang juga Pegawai Khas Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan Malaysia berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk menganjurkan beberapa aktiviti yang melibatkan golongan belia.

"Bagi pemimpin-pemimpin parti politik tidak kira parti pemerintah ataupun parti pembangkang, keprihatinan dan respon yang positif amat di perlukan. Janganlah hanya berpolitik sahaja. Sebagai masyarakat majmuk, remaja dan belia-belia kita perlukan keprihatinan daripada kita untuk menghindarkan mereka daripada terjebak ke kancah yang tidak sihat ini," katanya.

Sumber : Farhana Hanim Mohd Mydin [rencana@kosmo.com.my] di Kosmo!


Butiran selanjutnya ...

Didera sampai mati

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

"Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu. Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam. Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam.


IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.



Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

"Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian. Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya. Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu. Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

Sumber : Nor Fazlina Abdul Rahim [nfazlina@bharian.com.my] di BHarian 2010/02/27

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Februari 26, 2010

Apa erti saya menganut Islam - Bab 4

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, sambungan dari entry :

  1. Apa erti saya menganut Islam - Bab 1 [Saya mesti muslim dari sudut akidah]
  2. Apa erti saya menganut Islam - Bab 2 [Saya mesti muslim dari sudut ibadah]
  3. Apa erti saya menganut Islam - Bab 3 [Saya mesti muslim dari sudut akhlak]

Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya - Bab 4

Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.

Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim.

Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka."

Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya. Firman Allah:


فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ(213)وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ(214)وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)

4.1 - Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.

Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:

1. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ

"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat 34)

2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya." (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain." (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)

3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

تخيروا لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا إليهم

"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian." Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: "Keturunan itu menjadi desas-desus." Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu."

4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى أموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين أفضل

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد بها إلا أن يغض بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه

"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya."

4.2 - Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.

Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:

1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي

"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri."

Dan sabda Rasulullah SAW :

أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله

"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka."

2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.

Dalam urusan ibadah Allah SWT berfirman:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

Maksudnya: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)

Dan firman Allah:

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا

Maksudnya: "Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya." (Surah Maryam 19: Ayat 55)

Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah SAW pernah berlumba-kejar dengan Aisyah r.a. Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut.

3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah SAW memberi amaran:

ما من أحد يطيع امرأة في ما تهوي إلا كبه الله في النار

"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka."

Rasulullah juga bersabda:

لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله

"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya."

Sabda baginda lagi:

تعس عبد الزوجة

"Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya."

4.3 - Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.

Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.

Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam.

Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)

Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimana sabda Nabi SAW :

يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Muttafaqun 'Alaih)

Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah bersabda:

لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع

"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak." (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

Rasulullah juga bersabda:

ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن

"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia."

Sabda baginda lagi:

أكرموا أولادكم وأحسنوا أدبهم

"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia."

Sabda Rasulullah SAW :

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya."

Sumber : al-islam


Butiran selanjutnya ...

Maulidur Rasul - Rabiul Awal


Assalamualaikum warahmatullah,


Sempena Maulidur Rasul, saya masukkan entry ini. Selamat membaca, semoga bermanafaat.
Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

KELEBIHAN BULAN RABIUL AWAL KEPADA UMAT ISLAM

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabernor Irbil, di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).

Ada yang berpendapat bahawa pendapat itu sendiri berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah dalam upaya memperebutkan kota Jerusalem.

Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini jatuh pada 26hb Februari 2010. Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar kelak.

Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Di antara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzab ayat 56)

Manakala di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda, antaranya, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a.)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata, “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi SAW sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah SAW.” Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jalalaludin As-Sayuti berkata, “Brangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi SAW, nescaya Allah SWT akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah SWT mmudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya.”

Beliau berkata lagi, “Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi SAW melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi SAW itu."

Kedudukan selawat ke atas Nabi SAW ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad SAW atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup). Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah SAW, dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah SAW dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas Nabi SAW merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya. Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’.

Menurut pandangan Mazhab Syafie dan Hambali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

Kelebihan berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda SAW seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku.” (Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah akan memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan.

Kelebihan lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan sesama insan, apabila menyambut Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di tempat yang diadakan majlis tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat lihat setiap orang bergotong-royong melakukan sesuatu pekerjaan yang ditetapkan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan, hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama Islam yang lain. Apabila kita berkumpul di dalam satu majlis itu, sedikit sebanyak kita juga dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan ketua, kelebihan ini juga, membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di samping dapat memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.

Kebiasaannya, majlis Maulidur Rasul diadakan di masjid, surau, ataupun di sekolah-sekolah. Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Jurang yang memisahkan seseorang sebelum ini dapat di eratkan dengan melalukan aktiviti seharian yang berlainan seperti bekerja, dapat kita perbaiki dengan menghadiri majlis sebergini. Memupuk semangat perpaduan sesama muslim juga amat disukai oleh Allah SWT. Allah berfirman, “Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Surah ali-Imran ayat 103)

Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.

Menyambut Maulidur Rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut Ibnu al-Hajj, “Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutus-Nya Nabi SAW untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan Islam.

Dengan adanya sambutan Maulidur Rasul maka kita akan dapat memperkenalkan muslimin siapa itu Muhamad dan secara tak langsung kita akan membuatkan hati Muslimin tergerak untuk berselawat ke atas Nabi SAW, meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diperintahkan oleh Allah di dalam ayat, “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu dan berilah salam ke atasnya.”

Sambutan ini dilakukan adalah semata untuk memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlak baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua. Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran, “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4)

Dan bila kita melewati kembali sirah Nabi, antara cara Nabi mahu meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain ialah memuji-muji diri baginda dan bercerita mengenai akhlak baginda dengan bersayembara syair. Ini telah dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir di dalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi SAW memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata, “Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib.”

Rasulullah SAW sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi SAW, kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi SAW akan membuatkan Allah redha kepada kita. Terdapat juga hadis riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad (bukan semua hadis di dalam ini adalah sahih) dan kitab-kitab lain, Rasulullah SAW bersabda, “Terdapat hikmah di dalam syair.” dan kerana itu bapa saudara Nabi SAW, Al-‘Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi SAW seperti didalam rangkap berikut, “Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya-mu, Dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin.”

Dalam bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati kisah-kisah para rasul dan nabi. Kisah- kisah ini dapat memberi pengajaran dan tauladan kepada kita semua. Pada bulan inilah berlakunya beberapa peperangan. Antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang Anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang Arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini. Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam di sanubari mereka. Dengan keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Dikisahkan, Rasulullah SAW terlebih dahulu sampai di sumber mata air Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat itu. Dan itu merupakan sebahagian dari strategi agar pasukan kaum muslimin dekat dengan sumber air. Melihat hal itu, Habab ibn Mundzir berkomentar, “Wahai Rasulullah! Mengapa engkau memilih tempat ini sebagai pemberhentian kita? Apakah tempat ini memang telah ditentukan Allah kepadamu dan kita tidak dapat memajukan atau mengundurkannya sedikitpun, ataukah ini adalah bagian dari pendapat, strategi, dan siasat perang?” Rasulullah SAW menjawab, “Ini hanyalah sekadar pendapat, stategi, dan taktik perang.”

Maka Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika demikian halnya, aku juga ingin mengemukakan pendapatku. Menurutku, tempat ini tidak tepat untuk kita berhenti. Sebaiknya kita terus berjalan hingga sampai di mata air yang paling dekat dengan perkemahan bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki tempat tersebut dan kita hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya dan menjadikannya kolam penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu dengan air dan kita baru menyerang mereka. Dengan begitu, niscaya kita akan dapat minum air itu sedang mereka sama sekali tidak bisa meminumnya.”

Pada saat itu, Rasulullah SAW berkata, “Pendapatmu sangat bagus!” Kemudian, Rasulullah SAW pun menjalankan taktik yang ditawarkan oleh Habab ibn Mundzir r.a. Petunjuk yang diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat munqathi’ -Ibnu Hisyam (2/312-313), atau dengan riwayat mursal dan terhenti pada Urwah sebagaimana yang tertulis dalam al-Ishabah (1/302), Hakim (3/446-447). Riwayat tersebut dinilai sebagai hadis munkar oleh Dzahabi dan Umawi sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibnu Katsir di dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (3/293) dengan silsilah periwayatan yang munqathi’ (terputus).

Ketika mereka telah berhasil menduduki tempat yang dimaksud, Sa’ad ibn Muadz berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Nabi Allah! Tidakkah kami perlu membangun khemah khusus untuk tempat istirehatmu, menyiapkan haiwan kendaraanmu dan kemudian kita baru menyerang musuh kita? Sungguh, seandainya Allah memberikan kemenangan dan kejayaan kepada kita atas musuh-musuh kami, maka itulah yang kami inginkan. Namun, bila kenyataan yang terjadi adalah sebaliknya, maka engkau sudah siap untuk menyelamatkan diri dan menemui kaum kita. Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada beberapa kaum yang menantimu di tanah air kita dan kecintaan mereka terhadapmu lebih besar dari kami. Sehingga, bila mereka mendengar bahawa engkau berperang, niscaya mereka pun tidak akan tinggal diam. Allah pasti akan melindungimu dengan mereka. Sebab mereka pasti akan memberimu pertimbangan dan senantiasa berjuang di belakangmu.” Maka, Rasulullah SAW pun menyepakati usulan Sa’ad tersebut.

Meskipun demikian, perlu digaris bawahi bahwa saat terjadinya perang Badar tersebut, Rasulullah SAW ikut berperang aktif dan terlibat langsung dalam pertempuran. Jadi, baginda tidak hanya berada di dalam khemah dan berdoa saja sebagaimana dipahami oleh sebagian ahli sejarah.

Ahmad menuturkan: Ali r.a. menceritakan, “Kalian tentu telah menyaksikan bagaimana kami pada saat pecahnya perang Badar. Saat itu, kami berlindung di belakang Rasulullah SAW, sedang baginda terus membawa kami mendekati musuh. Dan baginda adalah orang yang paling berani ketika itu.”

Dengan isnad yang sama, sebuah hadis lain menuturkan, “Ketika keberanian mulai memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak bersama-sama Rasulullah SAW. Bahkan, baginda adalah orang yang paling berani. Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling dekat dengan musuh selain baginda.”

Muslim meriwayatkan: Pada perang Badar, Rasulullah SAW berkata kepada para sahabatnya, “Jangan ada seorang pun di antara kalian bergerak sebelum aku memberi komando.”

Ibnu Katsir berkata, “Baginda terjun dan terlibat langsung dalam pertempuran itu dengan segenap jiwa dan raga. Demikian halnya dengan Abu Bakar ash-Shiddiq. Sehingga, keduanya tidak hanya berjuang dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah di dalam khemah saja, tetapi juga turun ke medan pertempuran dan bertempur dengan mengerahkan segala daya dan upaya.”

Demikianlah, setelah pada siang harinya mengerahkan segala kemampuan dan daya upaya yang mungkin dapat dilakukan untuk memenangkan pertempuran, pada malam harinya beliau menghabiskan waktunya untuk terus berdoa dan memohon kepada Allah untuk memberikan kemenangan terhadap pihak tentara Islam.

Adapun salah satu doa beliau saat itu adalah seperti yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim berikut, “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam, tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”

Sebuah riwayat mengatakan, Rasulullah SAW terus berdoa sampai kain serbannya terjatuh dari kedua pundak baginda. Kemudian, Abu Bakar datang menghampiri baginda, mengambil serban baginda yang terjatuh dan kemudian memakaikannya kembali ke pundak baginda. Setelah itu, ia pun melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di belakangnya. Setelah itu, Abu bakar berkata, “Wahai Nabi Allah, tidakkah sudah cukup permohonanmu kepada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya kepadamu?”

Maka Allah berfirman, “(lngatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, ‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang bertutut-turut’.” (Surah al-Anfal, ayat 9) Dan benar, esok harinya, Allah mengirimkan bala bantuan kepada mereka berupa pasukan tentara malaikat.”

Adapun doa Rasulullah SAW pada saat perang Badar yang diriwayatkan oleh Bukhari adalah, “Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah setelah hari (peperangan) ini.”

Riwayat lain menceritakan : Lalu Abu Bakar memegang tangan Rasulullah SAW dan kemudian berkata, “Sudahlah Rasulullah, engkau sudah meminta dan mendesak Tuhanmu tanpa henti!” Esok harinya, Rasulullah SAW mempergunakan baju besi dan kemudian keluar dari khemahnya seraya berkata, “Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” (Surah al-Qamar, ayat 45)

Ibnu Hatim menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika diturunkannya ayat ‘golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang …’, Umar berkata alam hati, “Golongan manakah yang akan dikalahkan itu?”

Umar r.a. juga menceritakan, “Ketika perang Badar dimulai, aku melihat Rasulullah SAW mempergunakan baju besi sambil berkata, “Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” Maka, aku segera mengetahui maksud ucapan Rasulullah SAW tersebut.”

Pada hari Jumaat pagi, tanggal 17 Ramadhan, tahun ke-2 hijriah, tepatnya ketika kedua belah pihak (muslim dan Quraisy) sudah saling berhadapan dan sedang mengambil ancang-ancang untuk saling menyerbu, Rasulullah SAW berdoa kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah, itulah kaum Quraisy yang telah datang dengan sombong dan congkaknya. Mereka memusuhi-Mu, menyalahi perintah-perintah-Mu, dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya meminta pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada hamba. Ya Allah, binasakanlah mereka pagi ini!”

Setiap kali akan berangkat bertempur, Rasulullah SAW selalu terlebih dahulu merapatkan barisan pasukan kaum muslimin. Baginda melakukan inspeksi barisan seraya menggenggam sebuah anak panah. Saat Rasulullah SAW sedang melakukan pemeriksaan barisan, tiba-tiba baginda menekankan anak panah baginda ke perut Sawad ibn Ghaziyyah. Pasalnya, waktu itu ia agak sedikit keluar dari barisan. Baginda berkata kepadanya, “Sawad, luruskan barisanmu!” Sawad pun menjawab, “Rasulullah, engkau telah menyakitiku, maka bolehkah aku membalasmu?” Maka Rasulullah SAW membuka bagian perut beliau seraya berkata, “Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata tidak jadi membalas, tetapi justeru memeluk Rasulullah SAW dan mencium bahagian perut baginda. Dengan hairan, Rasulullah SAW bertanya, “Apa yang membuatmu seperti ini, Sawad?”

Sawad menjawab, “Wahai Rasulullah, seperti itulah yang aku inginkan. Sesungguhnya aku telah berharap agar mati setelah bisa menyentuhkan kulitku dengan kulitmu.” Lantas, Rasulullah SAW pun mendoakan Sawad dengan hal yang baik-baik. Setelah itu, Rasulullah SAW memberikan berbagai arahan dan pengarahan kepada pasukan muslim tentang berbagai hal yang berkaitan strategi dan siasat mereka hari itu.

Baginda berkata, “Apabila mereka mendekati kalian, maka serang mereka dengan anak panah kalian dan jangan sampai didahului oleh mereka! Ingat, jangan sampai kalian melupakan pedang kalian hingga kalian lengah dan dapat dirobohkan.” Setelah berpesan demikian, baginda lantas mengobarkan semangat pasukan muslimin dengan berkata, “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di genggaman-Nya, setiap orang yang berperang melawan mereka (pasukan Quraisy) pada hari ini, kemudian mati dalam keadaan tabah, mengharapkan keredhaan Allah, maju terus pantang mundur, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. “

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dikatakan bahawa ketika kaum musyrikin telah mendekat, Rasulullah SAW berkata, “Bangkitlah kalian untuk menuju syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi.” Mendengar ucapan Rasulullah SAW tersebut, Umair ibn Humam al-Anshari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah benar syurga memiliki luas seperti luas langit dan bumi?” Rasulullah SAW menjawab, “Benar.” Dengan terkagum-kagum, Umair berucap, “Oh, betapa besarnya syurga itu!” Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada Umair, “Mengapa engkau berkata demikian?” Umair menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi Allah, aku hanya berharap menjadi bahagian dari penghuninya.” Baginda berkata, “Engkau akan menjadi salah satu penghuninya. “

Kemudian, ia mengeluarkan beberapa butir kurma dan memakannya. Setelah itu, ia berkata, “Seandainya aku masih hidup dan dapat memakan kurma-kurma ini, maka itu adalah kehidupan yang sangat panjang.” Lalu ia melemparkan kurma yang ada di genggamannya dan kemudian menjadi beringas bertempur sampai akhirnya syahid.

Auf ibn Harits (putra Afra) berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang membuat Allah tersenyum saat melihat hamba-Nya?” Rasulullah SAW menjawab, “Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke tengah-tengah musuh tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu juga Auf membuka pakaian besi yang melindunginya, dan kemudian melemparkannya. Setelah itu, ia menghunus pedangnya dan bertempur di medan perang sampai terbunuh.”

Sebelum dimulainya peperangan, Rasulullah SAW meminta kepada para sahabatnya untuk tidak membunuh orang-orang dari Bani Hasyim dan beberapa orang lainnya. Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota Mekah dan berperang kerana dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan namanya oleh Rasulullah SAW adalah Abu Bukhtari ibn Hisyam (salah satu orang yang pergi ke Ka’bah untuk merobek surat pemboikotan bangsa Quraisy terhadap kaum muslimin dan ia sama sekali tidak menyakiti Rasulullah SAW) dan Abbas ibn Abdul Muthalib.

Ketika Abu Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata, “Apakah kami harus membunuh bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, dan keluarga kami, sementara kami harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila aku bertemu dengannya, niscaya aku akan menebasnya dengan pedang.” Akhirnya, ucapan tersebut sampai ke telinga Rasulullah SAW. Maka, baginda pun berkata kepada Umar, “Wahai Abu Hafshah, benarkah ia akan memukul wajah paman Rasulullah dengan pedang?” Umar berkata, “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk memenggal lehernya dengan pedang. Demi Allah, ia telah berbuat kemunafikan.” Sementara itu, beberapa waktu kemudian, Abu Hudzaifah berkata, “Aku merasa tidak tenteram dengan kata-kataku saat itu. Bahkan sampai sekarang aku masih merasa takut, kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.

Dikisahkan bahawa sebelum peperangan dimulai, Asad ibn Abdul Asad al-Makhzumi keluar dari pasukan Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku sungguh-sungguh akan meminum air kolam mereka, akan merusaknya (kolam air), atau mati di hadapannya.” Maka, ketika ia sudah mendekat, Hamzah pun merintanginya dan menyerangnya. Hamzah berhasil memukulnya hingga kakinya retak. Akan tetapi, Asad masih terus merangkak menuju ke kolam guna memenuhi sumpahnya dan Hamzah terus mengikutinya, memukul, dan akhirnya membunuhnya di depan kolam tersebut.

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad SAW pintar mengendalikan taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya di dunia atau mati syahid.

Sumber : http://islam2u.bumicyber.org/



Butiran selanjutnya ...

Khamis, Februari 25, 2010

Isteri degil tanda suami gagal

Assalamualaikum warahmatullah,

Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. JIka masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke emtry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!

Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan abarunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.

Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau emmukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”

Sentuhan jiwa

Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupa ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Renung-renungkan!




Capaian entry berkaitan :

  1. Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai
  2. Prinsip keadilan penentu kebahagiaan rumah tangga
  3. Seks terabai + mata hati berzina = CURANG!
  4. Wahai suami, layanilah isterimu dengan baik
  5. Cemburu senaman hati untuk kesegaran cinta
  6. Mandrem (jampi) takluk suami miang
  7. Resepi buat isteri bahagia
  8. Personaliti, ransangan paling hebat
  9. Intiplah jiwa pasangan

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails