Disangka diri sudah cukup sempurna. Menyangka segala pekerjaan dikerjakan ahli dalam masyarakat tidak menjadi tanpa penyertaan dirinya. Perangai begini sebenarnya menyebabkan seseorang itu lupa akan kekurangan diri dan hanya mengingati kekurangan orang lain.
Janganlah sifat ujub menjalar ke dalam diri kita, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna jika kita tidak ada kerana perkara itu tidak akan menjadi sempurna tanpa bantuan orang lain.
Allah tidak memberi keutamaan kepada seorang saja sebaliknya diberikan kepada semua orang sehingga iaterkumpul menjadi sebuah masyarakat. Laksana cili yang membanggakan kepedasannya, seperti garam yang membanggakan masinnya, ibarat cuka membanggakan asamnya, ikan pula membanggakan enaknya. Segala rasa pedas, masin, masam, dan enak itu hanya akan menjadi makanan lazat selepas dikumpulkan dalam satu belanga dan dimasak bersama.
Kita perhatikan keadaan sebuah organisasi, baik agama, politik atau sosial. Kerap kali yang menyebabkan kehilangan kekuatan dan cahaya ialah kerana tiap-tiap pekerja dan pemimpin hanya ingat jasa serta tenaga sendiri, melupakan jasa dan tenaga orang lain. Sifat ujub boleh menghancurkan organisasi.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...