“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 06, 2010

Ibu hamil kena tetak mahu lupakan insiden



AMPANG: “Sekejam mana pun perbuatannya, saya tetap memaafkannya," demikian luahan ibu hamil, Noor Shamila Abd Majid, 34, yang ditetak suaminya hanya disebabkan pulang lewat ke rumah dalam kejadian Selasa lalu.

Walaupun mengalami kecederaan serius, termasuk empat jarinya hampir putus, termasuk jari telunjuk terpaksa dipotong kerana serangan itu, katanya, tidak sedikit pun beliau menyimpan dendam terhadap suaminya.

"Yang lepas, biarkanlah lepas. Buat apa lagi dikenang-kenang kerana hanya menyakitkan hati. Saya maafkan dia (suami) dan langsung tidak berdendam dengannya. Cuma, apa yang saya mahukan sekarang ialah 'dilepaskan'. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Cukuplah segala azab dan derita yang dialami selama ini," katanya kepada pemberita di Hospital Ampang, di sini semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Shamila yang hamil lima bulan cedera parah di kepala dan hampir putus jari tangan kanannya selepas ditetak suaminya.

NB: Bertuahnya suami dia, lepas begitu saja... Hemmmm... Patut si isteri semak balik hukum qisas... Firman Allah, "Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45).




Sumber : BHarian 2010/02/06

Capaian entry berkaitan :

  1. Ibu pilih bayi daripada jari
  2. Apabila lelaki guna 'kuasa'
  3. Hukuman qisas dan diyat

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails