“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 27, 2010

Memulih sahsiah pelajar



APAKAH yang harus kita lakukan untuk membanteras masalah dalam kalangan pelajar ini? - Gambar hiasan

SABAN hari kita disajikan dengan laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakan dilakukan oleh golongan remaja seperti meragut, merogol, membunuh dan lain-lain. Kisah-kisah yang menjadi tumpuan media cetak mahupun elektronik itu hanya sekadar menjadi bahan bacaan harian yang telah dianggap sebagai insiden biasa dalam masyarakat kita pada masa kini.

Siapakah yang wajar dipersalahkan? Tidakkah kita prihatin melihat anak bangsa yang bakal menjadi generasi negara diserang penyakit mental atau stres?

Dalam menangani isu membimbangkan ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menggesa kerajaan mengambil serius dan telus dalam menangani masalah remaja terutama golongan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menyelaraskan intipati pendidikan mengikut transformasi persekitaran.

Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa-Guru) 1998 yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 perlu dilihat semula dan diberi nafas baru.

"Kini pelbagai masalah melibatkan remaja seperti bunuh, dadah, merompak lebih banyak melibatkan golongan remaja yang bersekolah. Oleh itu kita kena lihat dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendidikan secara holistik kepada anak-anak masa kini bermula dari akar umbi," katanya ketika di temui Kosmo! selepas mempengerusikan mesyuarat bersama NGO yang terlibat di Memorial Tun Hussien Onn baru-baru ini.

Kekurangan dana

Antara barisan panel yang membincangkan isu tersebut ialah Yang Dipertua Mubarak, Aziz Yassin, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Setiausaha Mubarak, Prof. Datuk Seri Ibrahim Saad dan Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom.

Merujuk kepada akta tersebut di bawah fasal 5 (1), dinyatakan tujuan-tujuan persatuan ialah untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. Untuk tujuan itu kata Mohamad Ali lagi, PIBG perlu meminta sumbangan daripada ibu bapa pelajar yang kadangkala diiringi dengan rungutan yang tidak enak didengar.

"PIBG berusaha untuk anjurkan aktiviti dan program untuk melibatkan ibu bapa, guru serta pelajar untuk mewujudkan suasana yang sihat dan secara tidak langsung para pelajar khususnya golongan belia dapat menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Tetapi PIBG kesal kerana sumbangan dana yang tidak mencukupi menjadi kekangan kepada kami untuk terus melaksanakan tujuan asal pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, turut disentuh ialah Bahagian IV, fasal 13 akta tersebut iaitu persatuan tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau lain-lain pertubuhan yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubung dengannya.

"Kita bukan mahu berpolitik di sekolah, kita perlukan permuafakatan daripada semua pihak tidak kira daripada parti kerajaan mahupun pembangkang, dengan kekangan di bawah dasar berkenaan, PIBG umpama 'terhalang' untuk bermuafakat dengan pertubuhan luar. Diharap kerajaan dapat meneliti balik perkara ini kerana ia umpama kerajaan sendiri 'menghalang' PIBG untuk membantu memulihkan sahsiah pelajar sekolah," katanya.

Mohamad Ali turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Jawatankuasa untuk mewujudkan Majlis Penasihat Pendidikan.

"Apa yang kita lihat selalunya hanya ada penasihat dan pemerhati dalam bidang ekonomi sahaja, kenapa tidak wujudkan untuk bidang pendidikan pula? Sekarang ini, kita perlu lihat aspek pendidikan secara keseluruhan iaitu bermula daripada prapendidikan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mencari satu pendekatan baru untuk membentuk remaja melalui pendidikan yang berkesan," ujarnya.

Kaji dasar pendidikan

Tambah Mohamad Ali, dasar dan peraturan yang telah diwujudkan untuk pendidikan negara perlu diteliti serta dikaji dengan lebih telus. Bukannya hanya melontarkan idea secara ad-hoc.

"Kita bukan mahu wujudkan agenda politik dalam pendidikan, tetapi mereka yang membuat peraturan perlu memikirkan bagaimana orang bawahan mahu melaksanakan dasar berkenaan. Kita ambil contoh Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pelaksanaan dasar itu tidak menyeluruh, implikasinya ia menjadi beban kepada kita semua," katanya.


PENDIDIKAN yang menyeluruh diperlukan untuk membantu membanteras masalah yang melanda golongan remaja. - Gambar hiasan


Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mustafa Latif berkata, kerajaan sepatutnya memberi sokongan terhadap PIBG sekolah dalam membentuk sahsiah remaja dan bukannya hanya tertumpu kepada akademik sahaja.

"Kita lihat dengan pengiktirafan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), ia dilihat seperti memberi pengiktirafan terhadap guru besar dan pengetua sahaja dan ia hanya melibatkan sekolah-sekolah yang pelajarnya memang daripada kategori bijak. Bagi sekolah-sekolah panas yang sentiasa bermasalah, hanya PIBG yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum untuk mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat diluar," katanya.

Tambah Mohammad Ali, kerajaan sepatutnya melihat bidang pendidikan sebagai satu bidang yang menyeluruh bukan sahaja melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi tetapi kesemua kementerian secara amnya.Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom yang juga Pegawai Khas Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan Malaysia berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk menganjurkan beberapa aktiviti yang melibatkan golongan belia.

"Bagi pemimpin-pemimpin parti politik tidak kira parti pemerintah ataupun parti pembangkang, keprihatinan dan respon yang positif amat di perlukan. Janganlah hanya berpolitik sahaja. Sebagai masyarakat majmuk, remaja dan belia-belia kita perlukan keprihatinan daripada kita untuk menghindarkan mereka daripada terjebak ke kancah yang tidak sihat ini," katanya.

Sumber : Farhana Hanim Mohd Mydin [rencana@kosmo.com.my] di Kosmo!


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails