“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Februari 08, 2010

Usah percaya khasiat air tapis

Syarikat pengeluar alat penapis buat dakwaan meragukan: Wecam

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.

Setiausaha Agungnya, S Piarapakaran, berkata antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan toksik daripada air itu.

Dalam satu tinjauan, Wecam juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh 'memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh', katanya kepada Bernama. Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Piarapakaran berkata, tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat terbabit semakin menjadi-jadi.

"Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi," katanya.

Beliau berkata, tinjauan itu mendapati tahap kesedaran mengenai jenis dan fungsi penapis air di kalangan pengguna adalah sangat rendah. Sebagai contoh, katanya, dalam tinjauan itu mendapati hanya 66 daripada 1,792 keluarga di seluruh negara mempunyai pengetahuan mengenai jenis dan fungsi penapis air. Katanya, keadaan ini adalah serius dan memerlukan perhatian segera.

Piarapakaran berkata, Wecam sudah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, meminta mereka untuk mengambil tindakan segera terhadap syarikat penapis air yang tidak beretika dan juga memperhebat program pendidikan agar para pengguna sedar mengenai pelbagai jenis penapis yang ada di pasaran. - Bernama

Sumber : BHarian 2010/02/08

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails