“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Februari 19, 2010

Sujud : Tangan atau lutut yang dahulu?


Assalamualaikum warahmatullah,

Semalam tangan saya saja gatal-gatal mencari "Sujudlah kepada Penciptamu!" di Google search engin. Alhamdulillah, entry yang saya masukkan ini, Sujudlah kepada Penciptamu!, saya jumpa di beberapa blog. Betapa cepatnya ilmu tersebar dan saya sangat gembira kerana ada yang sudi membaca dan kongsikan pula di blog masing-masing. Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam menegakkan agama-Nya. Amiin.

Berbalik kepada entry ini, saya dikirimkan komen, "Mengikut mazhab Syafie, seperti diterangkan oleh tok-tok guru, adalah turun sujud daripada bangun i'tidal adalah dengan meletakkan lutut dahulu, dan bukannya dengan tangan dahulu." Komennya lagi, "Yang sebenar-benarnya, inilah mazhab kita Syafieyah, iaitu dengan menurunkan lutut dahulu daripada qiyam untuk sujud. Kemudian bila bangun daripada sujud untuk qiyam, ada dua pilihan, satu dengan meletakkan tangan kepada peha dan bangun, satu lagi dengan meletakkan tangan ke bumi dan bangun. Apa yang saya tahu, mereka yang berfahaman wahabi dan ibnu taimiyah meletakkan tangan dahulu untuk sujud apabila turun daripada qiyam."

Terima kasih atas feedback. Jujur saya katakan, cuma hamba Allah ini seorang sahaja yang hantar feedback, mungkin sahabat lain terlepas pandang atau tidak berminat untuk membincangkan hal ini. Kami pernah membincangkan hal ini di grup lain dan saya sendiri lebih selesa menurunkan lutut dahulu. Sila semak penjelasan daripada UZAR tentang sujud, yang saya petik dari "Formula Solat Sempurna UZAR", ms 67~70.

Selepas melakukan iktidal serta selesai membaca bacaan-bacaannya, kemudian kita melakukan sujud. Ia merupakan salah satu hukun solat yang terpenting. Ia disepakati sebagai rukun dengan nas dan ijmak. Sebelum turun untuk sujud, kita dikehendaki mengucapkan tadbir intiqal ‘Allaahu akbar’ sambil terus sujud, tanpa perlu mengangkat kedua-dua belah tangan, menurut jumhur mazhab.

Beberapa perkara penting tentang sujud

Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun untuk sujud? Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam mneliti kekuatan hadis dalam bab ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah :

1. Turun tangan dahulu

Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis berikut : “Nabi SAW meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah, al-Dar Qutni dan al-Hakim, mengatakan sahih dan disokong oleh al-Zahabi)

Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua tanganmu sebelum lututmu.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad sahih)

Ulama yang menyokong meletakkan tangan dahulu ialah Imam malik, Imam al-Awza’ei dan salah satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-Albani, telah sabit daripada perbuatan Ibn Umar r.a. dan beliau mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW telah melakukannya. Imam al-Bukhari juga berpandangan demikian, dalam sahih Bukhari 1/276 dalam bab ‘Yahwi bi Takbir Hina Yasjud’.

Syeikh Ahmad Syakir seorang ahli hadis kontemporari mentarjihkan hadis Abu Hurairah (letakkan tangan dahulu) kerana hadis qawli diutamakan daripada hadis fe’li.

2. Letak lutut dahulu

Ibn Qayyim menyebut bahawa Rasulullah SAW meletakkan kedua-dua lututnya dahulu sebelum tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini ialah yang sahih, yang diriwayatkan oleh Syuraik bin Abdullah al-Nakha’ie, daripada ‘Asim bin Kulaib, daripada ayahnya, daripada Wail bin Hujr : “Aku telah melihat Rasulullah SAW apabila sujud, meletakkan kedua-dua lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum lutut.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasa’i, 2/207. Sahih oleh ibn Hibban)

Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu’aib Arnout berkata, majority ahliilmu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafi’I dan mahzab Syafi’I mengutamakan lutut dahulu, demikian adalah pendapat majority ulama. Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi.

Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia akan meletakkan tanganya dahulu, dan kakinya kekal berdiri, dan apabila ia bangkit, ia akan bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah SAW dan kita diperintah untuk menyalahi unta tadi dan sesiapa yang mengamati bagaimana unta turun atau duduk, ia akan tahu sesungguhnya hadis Wail adalah yang tepat.

Kesimpulan

Imam al-Nawawi berkata, “Tidak nyata pada pandanganku pendapat yang lebih kuat.” Majoriti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunnah, kemudian dahi dan hidung. Apabila ingin bangkit, tangan dahulu dan kemudian lutut.

Menurut UZAR, kedua-dua cara ini boleh diikuti terutamannya jika mempunyai lebih keyakinan dengan salah satu hujahnya. Pendapat UZAR lebih cenderung kepada pandangan menurunkan lutut terlebih dahulu.

Saya pernah turunkan tangan dulu, ikut yang ditulis dalam hadis itu. Memang rasa nak 'tertomoih' ke bumi dibuatnya. Rasa janggal. Tapi menurut seorang rakan yang biasa melihat mazhab lain solat, memang ada yang turun tangan dulu. Kita yang biasa turun lutut dulu akan melihatnya sebagai 'pelik'. Bagi mereka tidak pelik. Cuba baca buku UZAR, kita akan lihat macam-macam perkara yang kita anggap pelik.

Solat kita lakukan setiap hari, elok kita kejarkan 'kesempuraan' ibadah itu, kerana bila kita dibangkitkan nanti, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.

Saya harap saudara yang memberi komen, 'mereka yang berfahaman wahabi dan ibnu taimiyah meletakkan tangan dahulu untuk sujud', dapat HENTIKAN melabel orang itu WAHABI dan orang ini WAHABI... bla bla bla... mengikut citarasa lidah dan jari mengetuk keyboard. Adakah mereka dikenali dengan hanya melihat cara mereka mengerjakan solat?

Bagaimana pula jika seseorang itu sakit lutut dan kena turunkan tangan dahulu, adakah orang itu diCOP wahabi? Saya tidak jumpa langsung komen UZAR, yang mengatakan turun tangan dahulu itu berfahaman wahabi dan ibnu taimiyah. Mungkin ilmu hamba Allah yang komen ini melebihi UZAR?

Suka saya petik kata-kata seorang sahabat : Sekiranya mereka (wahabi) tidak layak menggelarkan diri mereka Salafi, adakah kita semua layak dipanggil pengikut as-Syafie?? Sedangkan kita mengamalkan amalan yang jelas bertentangan dengan saranan Imam Syafie. Bahkan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat?? Lagi best, kita nisbahkan pulak amalan yang kita buat itu sebagai mazhab Syafie?

Tidak dinafikan memang terdapat banyak khilaf dalam amalan-amalan kita, lebih-lebih lagi jika kita buat perbandingan dengan mazhab yang lain daripada mazhab syafie. Janganlah TAKSUB mazhab hingga menolak mazhab ikutan orang lain dan mengatakan mazhab orang lain itu salah...

Berlapang dadalah dalam menimba ilmu. Renung-renungkan!


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails