“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Februari 17, 2010

Suami tikam isteri selepas bertengkar minta cerai

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
bhnews@bharian.com.my

PAGOH: Seorang suami mengejar isterinya yang meluru keluar dari sebuah kereta sebelum menikam wanita itu disaksikan orang ramai selepas mereka bertengkar kerana wanita itu menuntut cerai, dalam kejadian dekat sebuah stesen minyak di sini malam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, lelaki warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap berusia 41 tahun menikam perutnya selepas isterinya, seorang warga tempatan berusia 37 tahun rebah dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata siasatan mendapati pada mulanya, pasangan berkenaan bergaduh di rumah mereka yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, wanita terbabit kemudian keluar dari rumah dan pergi ke sebuah hentian bas berhampiran stesen minyak itu, sebelum suspek yang memandu kereta mengejarnya.

“Selepas dipujuk, mangsa memasuki kereta sebelum berlaku satu lagi pergaduhan dipercayai akibat permintaan mangsa yang meminta diceraikan. Mangsa kemudian keluar dari kereta dan cuba melarikan diri menyebabkan suaminya yang naik angin, mengejarnya sebelum menikamnya pada bahagian kanan dada. Mangsa yang cedera parah, rebah di tempat kejadian manakala lelaki terbabit yang panik kerana perbuatannya itu disaksikan orang ramai, terus menikam perutnya sendiri menggunakan pisau sama," katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Mohamad Nasir berkata, pasangan suami isteri berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar oleh orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa kini dalam keadaan stabil manakala suaminya masih berada dalam keadaan kritikal kerana kecederaan parah di perut.

Beliau berkata, hasil siasatan polis menemui botol minuman keras di dalam kereta suspek dan percaya, lelaki yang bekerja sebagai pekerja ladang sawit itu dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Pasangan yang menetap di pekan Pagoh itu mempunyai tiga anak berusia antara 5 hingga 18 tahun dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan, " katanya.

Sumber : BHarian 2010/02/17


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails