“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Februari 10, 2010

Lebih cinta kepada kehidupan dunia


Assalamualaikum warahmatullah,

DARIPADA Abdullah bin Aufa, "Rasulullah SAW pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian Baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda: "Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang. Kemudian Baginda berkata: Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka." (Hadis riwayat Bukhari)

Umat Islam khususnya di Malaysia hendaklah bersyukur dengan keamanan dikecapi selama ini dan janganlah sekali-kali bermusuh sesama sendiri atau sengaja mencari musuh kerana kesempatan seperti ini akan digunakan musuh Islam untuk melemah dan menghancurkan umat Islam.

Antara punca kelemahan umat Islam selain daripada ketiadaan perpaduan sesama mereka ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat meresap serta menjadi budaya hidup umat Islam. Allah akan memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa sama mencabut keberanian itu dari hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut iaitu takut terhadap musuh Islam.

Hati Yang Selalu Muda


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda." (Hadis riwayat Muslim)

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan.

Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu :

  1. waktu kaya sebelum miskin,
  2. waktu senang sebelum sibuk,
  3. waktu sihat sebelum sakit,
  4. waktu muda sebelum tua dan
  5. waktu hidup sebelum mati.
Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.”

Allah berfirman bahawa nasib sesuatu umat tidak akan berubah melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya, seperti firmannya dalam surah al-Anfaal ayat 53 dan surah ar-Ra'd, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Oleh itu, umat Islam hari ini perlu berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki kehidupan dan maruah mereka.

Sesungguhnya hanya orang yang bijak dan tegas mempertahankan agama Allah serta beriman dan beramal soleh saja berhak mendapat pertolongan Allah dalam menghadapi ancaman musuh.

Renung-renungkan.



Capaian entry berkaitan :
  1. Harta dunia hanyalah ujian dan amanah Allah
  2. Sujudlah kepada Penciptamu!
  3. Takwa pelindung daripada sebarang perkara buruk
  4. Kufur nikmat kerugian manusia
  5. Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah
  6. Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?
  7. Penebus rasa bersalah
  8. Bersederhana dalam hidup
  9. Tajdid Iman: Harta, pangkat penguji tahap keimanan

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails