“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Februari 23, 2010

Pelakon kahwin lari pulang

Bella ikut teman lelaki ke Lombok balik dengan bantuan Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan dilarikan ke kampung teman lelakinya di Lombok, Jawa Tengah, pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella dijangka pulang ke tanah air, petang ini.

Dia yang membintangi beberapa drama tempatan termasuk Gerak Khas, Ke Syurga Cinta dan Renjis dijadualkan tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang kira-kira jam 4 petang ini dengan menaiki pesawat AirAsia dari Surabaya. Usaha untuk membawanya pulang atas inisiatif Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dengan kerjasama Wisma Putra.

Bagaimanapun, kepulangannya tidak akan ditemani suaminya, Hafiz Sukma, 26, sebaliknya diiringi Penolong Pengarah Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Mohd Fadzil Abd Rahman yang menyelaras misi membawa pulang gadis itu. Sebaik tiba, Bella akan dipertemukan dengan bapanya, Yunan Mat Ayat, 77, yang kini uzur, termasuk menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak anak perempuannya itu dilarikan ke Indonesia. Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, ketika diminta mengulas kejayaan itu, berkata pihaknya berharap ia kes terakhir membabitkan gadis atau wanita tempatan dilarikan warga asing.

"Pada usia 15 tahun, Bella sepatutnya belajar, bukan berkahwin dan berkeluarga. Ini diharap menjadi pengajaran kepada gadis dan wanita kita supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis warga asing. Kita berharap kes ini yang terakhir. Semoga tiada lagi seumpamanya selepas ini hingga sanggup meninggalkan keluarga dan memperjudikan masa depan kerana termakan pujuk rayu lelaki asing," katanya di sini, semalam.

Bella dilarikan Hafiz ke Lombok pada 7 Ogos lalu sebelum dipaksa bernikah dengannya. Bapanya membuat laporan polis pada hari sama selepas Bella yang keluar dengan berpakaian sekolah tidak pulang ke rumah. Yunan juga meminta bantuan pelbagai pihak termasuk Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno selepas menerima panggilan telefon pada 23 Oktober tahun lalu daripada anak perempuannya yang memberitahu dia berada di Lombok.

Khairun berkata, pihaknya mendapat kerjasama Jabatan Imigresen Indonesia di Mataram yang mengeluarkan perintah tahanan rumah terhadap Bella kerana memasuki negara itu secara haram sebelum menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Kami berterima kasih di atas tindakan pantas Jabatan Imigresen Indonesia, sekali gus mempermudahkan usaha membawanya pulang kerana sebelum itu banyak halangan, termasuk daripada keluarga suaminya. Kes Bella dipandang serius kerana di bawah umur, malah perbuatan melarikannya boleh dianggap kesalahan menculik," katanya.




Sumber : Hardi Effendi Yaacob [hardi@bharian.com.my] di BHarian 23/02/2010

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails