“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Februari 14, 2010

Lelaki ditahan kes cabul anak sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan polis daerah Johor Bahru Utara, di sini kelmarin selepas dipercayai terbabit mencabul anak perempuannya sendiri di Taman Perling di sini, sejak dua tahun lalu.

Lelaki berusia 44 tahun dan bekerja sebagai juruteknik itu ditahan polis selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 17 tahun, kelmarin.

Kejadian terbabit dikatakan bermula sejak 2008 apabila bapa mangsa dikatakan sering meraba tubuhnya termasuk bahagian sulit ketika menemaninya tidur pada waktu malam.

Mangsa yang ketika itu baru mencecah usia 15 tahun dipaksa tidur bersama bapanya di dalam sebuah bilik di rumah mereka di Taman Perling di sini dan walaupun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa melakukannya kerana bimbang berlaku kekecohan hingga mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.

Dia yang masih bersekolah pernah merancang untuk mendedahkan perbuatan bapanya itu kepada polis tetapi bimbang memikirkan beban bakal ditanggung keluarganya jika bapanya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa sebelum menahan suspek.

Sumber : BHarian 2010/02/14


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails