“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, April 10, 2009

Perihal Batu Serai dan Serai Wangi

Assalamualaikum warahmatullah,

Pernah dengar tentang batu serai wangi? Siapa pernah melihat dan pegang 'batu' serai wangi?

Batu serai wangi fizikalnya macam batu kristal dan bermacam-macam warna. Dikatakan batu serai wangi kerana orang 'mengabil'nya dari rumpun serai wangi. Bagaimana caranya, saya kurang pasti. Mungkin ada pemujaan/bacaan yang tertentu semasa 'menangkap' batu ini dari rumpun pokok serai, dan 'diseru' pada sekian-sekian hari.

Saya pernah ditawarkan oleh seorang rakan untuk memiliki batu ini, tapi saya agak was-was untuk menyimpannya, disebabkan asal-usulnya yang agak 'pelik' pada fikiran saya.

Apa itu Batu Serai Wangi?

Sesetengah masyarakat Melayu percaya sekiranya serai wangi sudah berbunga, di bawah rumpun serai wangi itu ada buntat atau batu hikmat. Ada pula yang mengatakan, ada harta karun di bawah rumpun serai wangi yang sudah berbunga. Waaahhh... Seronok juga kalau-kalau dapat 'mewarisi' harta si Qarun ya...! Dan yang lebih menarik, serai wangi yang sudah berbunga dikatakan ada penunggu yang menjaganya.


Batu Serai Wangi, cantik dan berwarna-warni

Ramai orang yang mahu mengambil ‘harta karun’ atau batu serai wangi. Kata orang, mereka yang mahu mengambil ‘khazanah’ serai wangi akan bermimpi dahulu. Ada pula yang mengamalkan amalan-amalan tertentu sebelum mencari ‘khazanah’ serai wangi. Batu serai wangi dikatakan boleh menjadi buntat untuk tujuan perubatan. Ada yang menyimpannya sebagai pelaris. Ramai juga yang mencari keuntungan berlipat kali ganda kerana menjual batu serai wangi.

Namun ada orang yang mengatakan bahawa pemilik serai wangi yang terjumpa batu serai wangi itu tidak boleh menjual batu-batu itu. Kata mereka, penunggu serai wangi akan mengamuk dan meminta tumbal.


KLIK SiNi
Pertiwa berlaku di Negeri Sembilan bagaimana cara-cara mendapat batu dari rumpun serai saksikannya!

Batu Serai Wangi boleh dibuat cincin. Ada yang mengatakan batu cincin itu akan mengeluarkan cahaya yang luar biasa pada saat-saat tertentu. Batu itu juga disebut akik dan dapat menghindarkan pemakainya daripada bahaya dan ilmu tuju.

Kata orang tua-tua, tidak semua orang boleh menanam serai wangi. Serai wangi hanya boleh hidup, apatah lagi berbunga, jika ditanam oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Kita juga tidak boleh mencabut serai wangi sebarangan. Hanya tuannya sahaja yang boleh mencabut serai wangi itu sebelum dibuat ubat atau diberikan kepada orang lain untuk ditanam.

Sebenarnya, kepercayaan tentang adanya satu kuasa luar biasa adalah syirik apatah lagi jika ia mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri. Kuasa luar biasa tidak dapat menangani hal-hal yang berlaku, di lautan juga di daratan, sama ada ia melibatkan kematian, penderitaan juga penyakit, selain Allah SWT.

Batu-batu serai wangi yang dijelaskan tadi sebenarnya merupakan objek alam yang tidak mempunyai kuasa, menyebabkan kecelakaan ataupun tuah. Akik sebagai buntat atau geliga tidak boleh menyebabkan pemakainya kebal, terhindar daripada kecelakaan atau perniagaan menjadi laris apabila bahan tersebut digunakan sebagai pelaris.

Walaupun demikian, sekiranya bahan-bahan tersebut dipuja pada waktu-waktu tertentu, yang disertai dengan pemujaan jampi mantera, tidak mustahil kepercayaan itu berlaku kerana terdapat campur tangan unsur ghaib seperti jin dan syaitan. Justeru, tidak mustahil batu serai wangi diletak di bawah rimbunannya oleh makhluk seperti jin yang berupaya berbuat demikian dengan izin Allah.

Apa itu Serai Wangi?


Pokok serai wangi? - Gambar Hiasan

Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi. Bahagian yang digunakan ialah daun sesil yang berwarna hijau dan licin. Purata saiz ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar. Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur.

Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan. Batang serai wangi bukanlah batang tulen, tidak seperti serai sayur. Sarung daun serai wangi berperanan sebagai batang palsu. Akar serai wangi pula padat dan merayap, berwarna kekuningan.

Kematangan serai wangi adalah antara 2.5 - 3 bulan. Cara mengutip hasil serai wangi adalah, bahagian hasil dikerat 5cm atas pada batang palsu. Daun kemudian dijemur layu sehingga kandungan air dikurangkan sebanyak 30-50% sebelum diproses untuk mengeluarkan pati minyak. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas jangka masa 1.5 bulan.

Khasiat Serai Wangi

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi dan dicampur gandarusa serta daun sirih sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan.

Serai Wangi juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Di beberapa negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya.

Daun kering serai wangi boleh digunakan sebagai penghalau serangga. Juga, daun kering itu boleh dijadikan sebagai haruman rumah dan kereta.

Lagi artikel tentang serai wangi di TowkeyEmas



Petikan Soal-Jawap di JAKiM

SOALAN:

Apakah sebenarnya batu serai? Apakah hukumnya memakainya dan mempercayai "khasiat" dan/atau kelebihannya. Ada yang mendakwa ia sebagai satu "usaha" dan kelebihan memakainya / khasiatnya adalah kurniaan Allah, sebagaimana khasiat yang ditentukan bagi kejadian yang lain (contoh; sepertimana dijadikan madu sebagai penawar penyakit, batu serai juga dikurniakan khasiat sebagai pelaris, ...etc...). Bagaimana pula dengan batu-batu lain seperti Batu Geliga Ular dan sebagainya?

JAWAPAN:

Bahan-bahan seperti batu, madu dan sebgainya berfungsi sebagai sebab sahaja dalam memberi manafaat atau mudharat kepada manusia. Hakikatnya yang memberi manafaat dan mudharat secara mutlak kepada manusia adalah Allah SWT. Inilah i'tiqad atau pegangan yang mesti diyakini oleh setiap muslim. Dalam masalah yang dinyatakan di atas, panel menasihatkan agar saudara menjauhi kepercayaan seperti di atas, kerana ditakuti tergolong dalam perkara khurafat.

NB: Nah! Tepuk dada tanya iman. Lepas tu kena tepuk kepala pulak, tanyalah akal...


20 ulasan:

  1. Tempat tinggal kak e yang sebelum ini ada pokok srrai wangi yang merimbun! Semasa melahirkan anak yang ke-2 (kelahiran songsang) setiap hari suami akan merebus serai wangi untuk dijadikan mandian kak e dan anak :)

    * tak terfikirpun pada waktu itu bahawa adanya perkara seperti 'penunggu' di rimbunan serai wangi itu :)

    ** bila berpindah di tempat baru... rimbunan serai wangi tidak dibawa dan dibiarkan saja... menurut kawan yang menetap di rumah itu (setelah kami berpinah) ia masih merimbun...

    *** kadang2 rindu kat rimbunan serai wangi itu sebab rasa nyaman bila dijadikan mandian :D

    BalasPadam
  2. [MOD]Pernah menyaksikan sendiri batu serai wangi ni.. mmg cantik dan ada berbagai bentuk.

    Ada yang dibuat cincin dan ada yg dibuat rantai. Diceritakan cara tuan yg hendak mengambilnya terpaksa melalui jalan khurafat seperti bacaan mentera dan menabur beras kuning dan mungkin juga mengorbankan binatang sebagai syarat.

    dan diceritakan lagi tidak boleh dipakai oleh wanita ketika haid..

    Ingat!! antara dosa yg tidak diampun ialah dosa menyekutukan ALLAH.

    BalasPadam
  3. Dulu pernah dah heboh kat e-group taman flora pasal hal ni.Lalu saya pun berangan2 nak cari batu tu maklum kat rumah saya merimbun serai wangi ni. Semalam baru saya alihkan tempatnya sebab tak cantik letak di sisi rumah. Orang sebelah dah hint... so faham2 lah. Dia nak bahagian sisi rumah tu di tanam pokok2 bunga... haa jadi saya pun mengemas taman ler semalam. Ni pun badan duk sakit2 lagi.. maklum kerja berat takut reput tulang...he he..

    memang betul tanam serai nilah yg rumit sikit sebab tak semua orang tanam jadi. Baik serai biasa (serai peha ayam) mahupun serai wangi. Saya dah cuba bagi kat jiran,sebelah rumah sahaja tak jadi. Saya pula pantang jer tanam serai ni, jadi hutan. selalunya saya bagi kat pakcik yg tanam pokok2 herba. Ni rasanya nak bagi petang nanti sambil mengecek pokok2 lain yg dia ada.. barter trade kata org.

    Saya tak percaya hal batu tu tapi kalau ada apa salahnya kan...pasti gempaq. tengok u-tube tu mengarut jer nampaknya.

    Anyways thanks BG... nanti saya masukkan di blok tanam-tanaman dan masukkan gambar serai saya la.

    BalasPadam
  4. Masa bujang dok di USJ 3 (terrace) ada juga usaha tanam pokok serai. Tak pernah menjadi. Orang kata tangan saya 'panas'.. apa yang panas entahlah. Tanam pokok bunga daun merah (byk kat kubor) itupun tak menjadi. Setengah orang, cucuk/campak aje, hidup.

    Rupa-rupanya cara penanaman serai itu salah, takleh tenggelamkan semua serai tu. Patutlah tak menjadi...

    Bumi Allah banyak khazanah. Di Afrika kaya dengan batu kristal, adik ada belikan tiger eye yg dibuat pokok. Cantik... Di USA ada banyak emas, betul ke? Bumi Arab kaya dengan minyak. Malaysia kaya dengan apa, ya? Apa kata ummu jadi pelopor 'pelombong' batu serai wangi. Untung-untung boleh mahsyur seantero dunio...

    Dah jadi usahawan batu, jgn lupa kami di Al-Falaah ek!

    BalasPadam
  5. Salam,

    memang ada.kat utara dipanggil geliga serai.Kecil kecil dulu pernah engok geliga tu. tak pulak mcmana geliga itu diperolihi.

    BalasPadam
  6. M.A.N - aprilia7296@gmail.com14 April 2009 pada 10:06 PG

    tak perlu beli batu tu.. tak ada keistimewaan pun... saya ada 3 biji..
    menurut kwn batu ni sebenarnya batu biasa tapi diambil dari rumn serai tu secara sihir oleh org tertentu.

    BalasPadam
  7. Adipati kablen [kamalzam79@gmail.com]14 April 2009 pada 10:08 PG

    Apa yang saya dengar, serai masak & keluar bunga berkemungkinan sama Ada terdapat benda dari alam ghaib seperti batu yang berwarna-warni, keris, emas Dan sebagainya.

    Benda2 ni boleh dikeluarkan / diwujudkan oleh mereka yang arif melalui kaedah yang tertentu.

    BalasPadam
  8. Nurul [nurul@schmidtbmt.com]14 April 2009 pada 10:09 PG

    Salam..

    Dulu semasa saya masih kecil saya selalu jumpa batu serai ni kat rumpun serai.. Tak tahu kenapa tapi bila hati saya tergerak untuk mencari sesuatu kat rumpun serai yang mak saya tanam depan umah..

    Sekarang saya dah pindah rumah pangsapuri so dah tak jumpa lagi..
    Setakat ni saya dah ada 12 biji batu serai yang saya masih simpan untuk buat kenang-kenangan.

    BalasPadam
  9. HelmeyRahim [helmeyrahim2004@yahoo.com]14 April 2009 pada 10:12 PG

    Salam,

    Saya ada menyimpan beberapa biji lagi batu serai ini yang saya perolehi sendiri dari kaedah yang saudara katakan.

    Apa yang pasti perkara tersebut memang berlaku di depan mata saya dan saya salah seorang peserta yg ingin dapatkan batu serai. Saya ceritakan sedikit la tentang perihal batu ini.

    Untuk mendapatkan batu serai ini, perlu dipanggil seorang yang arif untuk mengeluarkannya. Saya diajak oleh rakan-rakan saya untuk join pencarian ini sebab kami perlu keluarkan modal sebanyak $$$$ untuk satu rumpun untuk kos pakar dan tuan punya serai. Saya sebenarnya tak percaya bab-bab nih tapi pasal suka cari masalah dan ilmu yang baru saya teruskan juga.

    Untuk kurangkan beban kami berkongsi seorang sedikit untuk satu rumpun. Orang yang pakar tu dari Klang kalau tak silap saya, dan dia pernah masuk TV untuk rancangan berunsur mistik. Kalau tak silap saya juga Misteri Nusantara agaknya.

    Maaflah kalau tersilap pasal dah lama dah sekitar tahun 2003.

    Lokasi kami bersama dengan 5-6 group ini tertumpu kat tepi padang taman perumahan kat Rasa, Rawang. Pokok serai ni besar dan memang tengah berbunga masa itu. Macam bunga padi la lebih kurang.. susah nak jumpa serai ni berbunga. Kalau nampak serai yang ada bunga adalah benda tu kat bawah rumpun, tapi kena panggil pakar laa.

    Setelah Tok pakar tu letak kain hitam dia yang ada tulisan jawi dan ada macam ayat2 Al Quran atas rumpun dia lempar sikit beras pulut kuning dan mulut dia terkumat kamit ntah apa yang dibacanya, pastu terkejut kita orang Tok Pakar suruh kita orang cabut sebesar-besar rumpun tu dengan tangan. Tergamam jap kitaorang macam tak caya, boleh ker benda ni tercabut dengan di tarik jer. Nak tak nak kitorang satu group ni terpaksalah buat juga pasal payment dah buat.

    Alhamdullilah tercabut jugak pokok tuh dan kemudian Tok suruh kitorang tarik letak atas jalan tar kat bawah lampu jalan untuk proses pencarian batu maklumlah malam sekitar pukul 9.00 pm.

    Kitorang pun ceraikan sebatang demi sebatang nak cari batu kat bahagian akar dia tuh. Nak tau saya orang pertama malam tu yang dapat cari batu. Subhanallah!!! memang ada sebiji saya terpandang. pastuh kawan saya dapat lagi dan lagi dan lagi dan lagi hingga jumlah cecah 30 biji. Macam2 warna ada memang cantik .Sementera kitaorang cari batu kat rumpuh serai. Tok Pakar tadi pegi buatkan untuk group2 lain plak dan berjaya. Tapi ada lagi kezutan Tok pegi balik kat lubang bekas rumpun serai dia buat repeat balik. Kali ni keluar la plak barang kemas siap untuk dipakai dengan bertakhta batu jenis mata kucing, cam cincin, rantai, gelang pastu adalagi.. minyak senyonyong, gigi rimau (tangkal gerun), tombong kelapa, batu geliga ular dan macam2 lagi sampai saya naik takut pulak dan saya tak ambik.

    Benda-benda ni lain plak bayaran dia dan ia terbuka kepada semua iaitu bukan dari kalangan group serai tadi pun boleh beli. Masa tu dah macam pesta sebab jiran-jiran tuan punya pokok serai pun datang nengok sekali.

    Ok. saya tak tahu nak kata apa samada benda ni tipu ker atau tidak tapi memang saya dah lalui dan batu itu masih ada dalam simpanan saya dulu ader 6 sekarang tinggal 2, pasal saya bagi kat mak, ada yang saya jual tapi tapi sekarang duit dia tak bayar, nanti saya claim la kat akhirat dan yang pasti memang takder apa yang 'ikut balik' bersama batu tersebut, sebab Tok dah tawarkan.

    BalasPadam
  10. Nurulashabee AbuHanipah [nurulashabee@yahoo.com]14 April 2009 pada 10:14 PG

    waalaykumussalam,

    pada pendapat saya tidak ada pemujaan batu serai ini.. lazimnya yg perempuan memakainya sebagai buah rantai atau cincin dan lelaki pula cincin.. batu serai ada khasiatnya tersendiri..

    pengalaman sendiri ketika berkunjung ke luar negara baru-baru ini, apabila saya masuk ke sebuah kedai Jed ternama, cincin batu serai yang saya pakai memancar ke seluruh kedai.. sehingga Tuan kedai menawarkan harga yg tidak munasabah tingginya
    untuk memilikinya..

    menurut beliau pancaran cahaya tersebut adalah tenaga dr batu serai yg pada hemat beliau sangat bagus untuk pemakai bagi tenaga dalaman..

    Wallahua'lam..

    ~ Segala yang baik datangnya dari Allah,dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri..~

    BalasPadam
  11. Koee Ika [akeeyhaloo@yahoo.com]14 April 2009 pada 10:15 PG

    emm..abang ipar sy selalu pegi amik batu serai ni...tp mcm2 la procedure nye...kena bwk minyak wangi lah. memang banyak dia dpt...saya pun ade beli..tp tak buat ape2 lagi...dr sudut islamnye tak pasti pulak la..tp batu serai yang kite dpt kadang2 boleh hilang...org kata 'tuan punye' datang amik.. wallahu'alam

    BalasPadam
  12. Khair [khai@university.edu.my]14 April 2009 pada 10:16 PG

    Saya ada tiga rumpun serai wangi sedang berbunga..ada sesiapa berminat?
    Manalah tau kalau boleh dapatkan batu serainya..
    Saya pun nak tengok juga camna orang tarik batu serai ni..

    Call saya : 012-6402796

    BalasPadam
  13. Sayang Sokmo [sayang_sokmo@yahoo.com]14 April 2009 pada 10:17 PG

    betul tu.. boleh nak pakai batu serai tu buat cincin.. tapi jangan mudah percaya kononnya utk murah rezeki, dapat jodoh, dipandang hebat dan macam2.. batu tu diambil secara sihir dan hanya orang yang pandai sahaja boleh ambik batu tu..

    kita orang biasa2 ni tak usahla mudah terikut dgn perkara2 khurafat ni... takut akan membawa kepada syirik.. iaitu menyamakan kuasa batu tersebut... syaitan secara halus daripada pelbagai sudut akan sedaya upaya utk menjadikan kita kufur, syirik kepada Allah swt.

    tima kasih.

    BalasPadam
  14. Ikmal [putral500@yahoo.com]14 April 2009 pada 10:18 PG

    batu serai wangi wujud nya dari pokok serai yg ditanam dengan anak pokok serai itu, bila anak pokok serai dh membesar dan merimbun tuan punya pokok akan mengorek pokok serai dengan jampi serapah dan doa-doa mentera.. kemudian jadi lah ia batu serai yg dikeluarkan dari pokok serai.... yang saya lihat dan tengok serta cerita yang sahih.....

    BalasPadam
  15. Shania Opal [shania18@gmail.com]14 April 2009 pada 10:20 PG

    Salam,

    Untuk pengetahuan teman-teman semua, Dua tahun lepas saya menerima talipon dari seorang rakan yang mengatakan ada kenalan beliau baru mendapat "harta dari serai yang berbunga"

    Pada petang kami bertolak ke satu kampung di Sungai Buloh, saya amati batu-batu itu tak berkualiti yang buat saja curiga, juga terdapat rantai tangan yang berbatu, yang telah dipakai oleh isteri kepada tuan rumah (yang memiliki harta dari pohon serai) batu yang saya lihat tak berkualiti itu mahu di jual dengan harga RM 200. Bagi saya ia hanya batu biasa dan tak berminat untuk memilikinya, lagi pun tidak mahu aqidah saya rosak kerana ini semua.

    p/s betul tentang apa yang dikatakan olen M.A.N.

    BalasPadam
  16. Adipati Kablen [kamalzam79@gmail.com]14 April 2009 pada 10:21 PG

    Betul TU. Sebagai seorang Muslim Kita tak sepatutnya percaya, benda2 ni boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada si penmunya.

    Yang baik Dan buruk TU semuanya datangnya dari ALLAH SWT.

    KepadaNYA lah sepatutnya Kita meminta Dan bersyukur.

    Batu serai ni hanyalah barang yang boleh dijadikkan barang perhiasan baik untuk lelaki ataupun perempuan.

    Saya sendiri Ada menyimpan 3 biji sebagai koleksi peribadi Dan kenangan kerana keindahannya

    BalasPadam
  17. HumanBeing [malaynium@gmail.com]14 April 2009 pada 10:24 PG

    ada juga perkhidmatan nak ambik batu serai tu:

    rujuk link:

    http://www.alamghaib.com/BatuSerai.php?ref=40025

    BalasPadam
  18. Zalisa Mazlan [zalisa_maz@yahoo.com.my]14 April 2009 pada 10:26 PG

    Salam,

    Sebenarnya saya malas hendak menyampuk hal ini tetapi menyembunyikan ilmu itu dosa. Kami pernah bincang hal ini dengan seorang ustaz pada tahun 2007, maaf saya ingat lupa.

    Kata ustaz, harta itu milik makhluk halus (jin) jadi beliau nasihati kami agar jangan ambil.

    Beliau tidak kata haram ambil tetapi cara batu itu diambil menunjukkan ada perjanjian antara si pengambil (bomoh) dengan makhluk halus. Takut juga jika makhluk tersebut menuntut sesuatu di kemudian hari dari orang-orang yang mengambil harta-harta itu. Anak, isteri atau keturunan yang akan menanggung akibatnya.

    Jika apa yang saya sampaikan ini salah saya harap ada yang tolong betulkan. Maaf, tiada niat menganggu periuk nasi orang lain. Cuma saya sarankan agar lebih berhati-hati :)


    ~Zalisa Maz~

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum semua....

    sebenarnya bende ni memang menyesatkan..

    dikhuatiri mampu memesongkan akidah...

    sape2 blaja sains kat cni mesti dah tau benda ni x logik..

    mane ade batu/galian keluar dari muka bumi nie da siap ber polish n berbentuk2? hahaha klakar betol...

    kalau nak tau bentuk asal batu/permata/berlian...

    ha, check kat sini...

    http://www.scienceviews.com/geology/gems.html

    merepek sungguh....

    BalasPadam
  20. @Tanpa Nama

    Dalam entry ada disertakan soal-jawab JAKIM.

    Harap maklum.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails