“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, April 14, 2009

Elakkan fitnah - 7 dosa besar


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya menerima feedback untuk entry Jangan terus berdosa, daripada seorang sahabat yang mengatakan FITNAH yang dimaksudkan dalam Surah al-Baqarah, ayat 191 adalah SYIRIK/MUSYRIK (menyekutukan Allah), ini menurut Ibnu Abbas, Abul Aliyah, Mujahid, Al-Hasan,Q atadah, Ar-Rabi, Muqalil ibnu Hayyan, As-Saddi dan Zaid ibnu Aslam. (Tafsir Ibnu Kathir.Juz 2 m.s 238) .

Seperti yang dijelaskan dalam entry Jangan terus berdosa, kita fokuskan kepada FITNAH yang berkaitan dengan ghibah (mengumpat). Sebenarnya, perkataan fitnah itu sendiri terdapat pelbagai maksud, ikuti penjelasan oleh Ustaz Zahazan Mohamed, Pensyarah di Jabatan Bahasa Al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, yang dipetik daripada sumber, Telagabiru.

FITNAH merupakan satu perkara yang tidak asing bagi masyarakat kita. Bahkan, majoriti daripada kita beranggapan fitnah bermaksud satu perbuatan atau tindakan atau berita yang boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk dan keji.

Menurut Ustaz Zahazan Mohamed, sebenarnya dari perspektif ahli akademik terdapat perbezaan maksud fitnah dari sudut istilah yang biasa digunakan, berbanding dengan bahasa Arab itu sendiri. Bahasa Melayu banyak terpengaruh dengan bahasa Arab tetapi tidak dinafikan berlaku perubahan makna, contohnya perkataan fitnah.

Sebenarnya fitnah dalam bahasa Arab yang sempat dirujuk daripada beberapa kamus bahasa Arab, malah disebut oleh kebanyakan ulama bahasa Arab atau linguistik, adalah satu isu. Ia disebut Buhtan dalam bahasa Arab. Tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini mempunyai perbezaan yang ketara.

Para ulama tafsir dan bahasa Arab merujuk fitnah yang disebut dalam al-Quran kepada beberapa jenis:

  1. Masuk (perkara negatif).
  2. Membakar.
  3. Musibah (bala atau ujian).

Oleh kerana itu, buhtan bererti mengatakan sesuatu yang tidak ada pada diri seseorang itu. Namun dalam konteks masyarakat Islam di negara kita, fitnah yang dimaksudkan ialah buhtan dalam erti kata sebenarnya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu apa itu mengumpat?'' "Tidak,'' jawab sahabat. Balas Baginda, "Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.'' Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?'' Jawab Rasulullah SAW, "Itulah maksudnya mengumpat.'' Nabi berkata lagi, "Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan.'' (Riwayat Tirmizi)

Secara tidak langsung, buhtan yang diistilahkan dalam bahasa Melayu sebagai fitnah jelas berbeza dengan fitnah yang disebut dari dimensi al-Quran. Ini kerana, fitnah yang terdapat banyak dalam ayat-ayat suci ini, lebih merujuk kepada tiga maksud di atas tadi.

Jadi daripada konteks hadis di atas, Rasulullah SAW telah membuat satu definisi yang jelas tentang persoalan berkaitan dengan fitnah itu sendiri. Dalam bahasa Melayu apabila disebut fitnah, semua beranggapan sama, iaitu seseorang itu mengatakan tentang seseorang sesuatu yang tidak pernah dilakukannya. Sebenarnya apabila kita merujuk kepada surah an-Nur ayat 11-20, ia turun selepas berlaku peristiwa yang paling bersejarah, iaitu fitnah yang berlaku kepada keluarga nabi sendiri, Aisyah r.a. Rujuk entry Penyebaran fitnah bahaya jika tak dibendung.

Peristiwa ini begitu masyhur dalam sejarah umat Islam. Orang Yahudi dan munafik mengambil kesempatan membuat fitnah untuk menghancurkan Islam. Fitnah adalah satu perkara yang berlaku sejak zaman nabi lagi. Oleh itu, janganlah hairan sekiranya isu fitnah wujud sehingga hari ini kerana ia terus berlaku selagi ada manusia yang jahat dan baik. Malah tidak mustahil sehingga Hari Kiamat.

Dalam Islam kesan atau implikasi daripada fitnah ialah berdosa besar kerana di dalam kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi, dikhaskan satu bab tentang lidah dan penyakit-penyakit lidah yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi hancur, porak peranda dan rosak.

Malah fitnah terkandung dalam dosa-dosa besar sebagaimana hadis riwayat Bukhari bermaksud, "Terdapat tujuh dosa besar, iaitu syirik, menderhaka kepada dua orang tua, riba, makan harta anak yatim, membunuh, menuduh orang berzina dan lari dari medan perang.''

Firman Allah SAW yang bermaksud, "Dan jagalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa kepada bencana fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (bahkan akan menimpa kamu secara umumnya ) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya." (Surah Al-Anfaal [08], ayat 25)

Justeru itu, sebagai umat Islam kita tidak perlu membezakan antara dosa besar dengan dosa kecil dengan memandang remeh mengenainya.

Abdullah bin Umar berkata, "Orang beriman melihat dosa seperti gunung yang menghempapnya. Berbeza dengan orang yang munafik, melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya.''

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sejahat-jahat dusta iaitu apabila seseorang mengaku kedua matanya melihat apa yang tidak dilihatnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Sejajar dengan pendapat ulama tasawuf yang mengatakan, "Jangan melihat dosa itu kecil atau besar tetapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa itu.''

Malah balasan menaburkan fitnah juga boleh dilihat pada peristiwa yang dilihat oleh Baginda sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj. Ia satu gambaran bagaimana balasan yang akan diterima mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Ertinya setiap kejahatan itu akan dibalas-Nya setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Perbezaan antara gosip dengan fitnah

Menurut Ustaz Zahazan, kedua-dua istilah ini membawa maksud yang serupa. Di sinilah kelemahan umat Islam sebagaimana dijelaskan oleh seorang pemikir Islam, Malik bin Nabi.

Kata Malik, "Berlakunya isu-isu sebegini adalah kerana orang Islam sudah tidak tahu memanfaatkan hidupnya. Selain itu, umat Islam juga tidak suka memikirkan isu-isu ilmiah, tidak suka membaca dan tidak melakukan perkara baik.''

Semoga mendapat walaupun sedikit manafaat daripada artikel ini.

Mutiara kata :

Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?Saidina Ali Abu Talib

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails