“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, April 13, 2009

Jangan terus berdosa

Assalamualaikum warahmatullah,

SEDAPNYA kita mengutuk, mengumpat orang sebelah! Memang sudah lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Orang tua-tua selalu menyebut, Kerana pulut, santan binasa; merana mulut (berbisa), badan binasa.

Dalam apa jua urusan tidak kira di pejabat, dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan malah dalam e-group sekalipun, kita selalu terdedah kepada dosa kerana sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya. Seronok ya, kumpul ramai-ramai dan bersembang. Lumrahnya, manusia gemar bersembang, dari hal politik, kewangan, pelajaran, hiburan (rancangan Melodi pun salah satu platform mengumpat, ya!), teman idaman dan macam-macam lagi. Antara sedar dengan tidak sedar atau lebih kepada buat-buat tidak sedar, dalam sembang-sembang, seringkali brek mulut tak makan dan terbabas masuk bab mengata orang. Orang itu beginilah, begitulah, seolah-olah semuanya serba tidak kena dengan orang yang diumpat (dikata) itu. Alangkah seronoknya mengaibkan orang lain, syaitan pun seronok mencucuh api, strateginya menjadi!

Menjadi ‘juruheboh radio tak rasmi’ atau ‘internet bergerak’ , saya kira adalah satu pekerjaan yang tidak beretika. Sayugia diingatkan, ‘menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah’ dan ‘menceritakan perihal orang untuk mencari penyelesaian dan pengajaran adalah dua perkara yang amat berbeza.

  1. Mendedahkan aib orang lain, sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia dilakukan untuk keseronokkan dan bertujuan untuk merosakkan nama baik mengaibkan atau menjatuhkan air muka (maruah) atau merendahkan martabat orang yang diumpat pada padangan umum.
  2. Berkongsi hal-ehwal demi mencari penyelesaian, tidak ada niat untuk merendahkan martabat orang itu hatta menjatuhkan maruahnya di hadapan orang yang mendengar. Selalunya perkata sebegini tidak akan dihebahkan kepada orang sebarangan, mungkin beberapa orang yang diyakini dapat menberi pandangan/penyelesaian.
Pendek kata, yang pertama adalah ‘mengumpat’ , dan yang ke dua itu pula ‘sendiri mau ingat’. Kita sedang membicarakan perkata # 1 seperti yang dinyatakan di atas. Perkara # 1 amat besar bahayanya kerana ia boleh menjurus kepada FITNAH, yang membawa dosa yang lebih besar. Firman Allah SWT yang bermaksud, ....fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..... (Surah al-Baqarah, sebahagian ayat 191).

Allah SWT mencela orang yang mengumpat sebagai memakan bangkai, Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (bangkai)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujuraat, ayat 12).

Mengumpat juga amat tercela, seperti yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, Takutlah ghibah (mengumpat) kerana mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya. (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Aduhai... Cuba baca balik hadis di atas... Nampak tak betapa beratnya dosa mengumpat? Dosa mengumpat lebih BURUK daripada dosa zina! Jika kita sedar kita telah mengumpat orang, cepat-cepatlah minta maaf, sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kita mengumpat orang selagi orang yang diumpat itu tidak memaafkan kita. Agak mudah (walaupun sebenarnya sukar) jika kita mengenali orang yang kita umpat, tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita tidak kenali? Agak-agak bolehkah kita jumpa orang yang kita umpat di yaumil mahsyar nanti? Bagaimana pula penerimaannya? Agak-agak mahukah dia memaafkan kita?

Perumpamaan orang-orang yang suka mengumpat, saksikan :




Apa-apapun, berbuat dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya adalah apabila seseorang itu KEKAL dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.

Istighfar amat dituntut dalam Islam kerana amalan itu boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan, tetapi sayangnya kita sukar sekali mengamalkan istighfar walaupun amat mudah untuk kita lakukan. Natijahnya, bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari, kerana kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW
Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik? Jawab Rasulullah SAW, Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya daripada bencana lidah dan perbuatannya.” (Sahih Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu mulai sekarang, beringatlah. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah SWT, tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang...

Semoga hidup kita dirahmati Allah SWT. Amiin.


2 ulasan:

  1. Salman [salman@rapidsynergy.com.my]14 April 2009 pada 11:21 PG

    Salam,

    FITNAH yang dimaksudkan disini adalah SYIRIK/MUSYRIK(menyekutukan
    Allah).

    Ini menurut Ibnu Abbas, Abul Aliyah, Mujahid, Al-Hasan,Q atadah, Ar-Rabi, Muqalil ibnu Hayyan, As-Saddi dan Zaid ibnu Aslam. (Tafsir Ibnu Kathir.Juz 2 m.s 238)

    Pendek kata, yang pertama adalah "mengumpat", dan yang ke dua itu
    pula "sendiri mau ingat". Kita sedang membicarakan perkata # 1 seperti
    yang dinyatakan di atas. Perkara # 1 amat besar bahayanya kerana ia
    boleh menjurus kepada FITNAH, yang membawa dosa yang lebih besar.
    Firman Allah SWT yang bermaksud, "....fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan....." (Surah al-Baqarah, sebahagian ayat 191).

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih atas feedback.

    Bahasa Melayu banyak terpengaruh dengan bahasa Arab tetapi tidak dinafikan berlaku perubahan makna, contohnya perkataan fitnah. Sebenarnya fitnah dalam bahasa Arab yang sempat di rujuk daripada beberapa kamus bahasa Arab, malah disebut oleh kebanyakan ulama bahasa Arab atau linguistik, adalah satu isu. Ia disebut Buhtan dalam bahasa Arab. Tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini mempunyai perbezaan yang ketara.

    Para ulama tafsir dan bahasa Arab merujuk fitnah yang disebut dalam al-Quran kepada beberapa jenis:

    1. Masuk (perkara negatif).
    2. Membakar.
    3. Musibah (bala atau ujian).

    Oleh kerana itu, buhtan bererti mengatakan sesuatu yang tidak ada pada diri seseorang itu. Namun dalam konteks masyarakat Islam di negara kita, fitnah yang dimaksudkan ialah buhtan dalam erti kata sebenarnya.

    Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu apa itu mengumpat?'' "Tidak,'' jawab sahabat. Balas Baginda: "Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.'' Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: "Itulah maksudnya mengumpat.'' Nabi berkata lagi: "Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan.'' (Riwayat Tirmizi)

    Secara tidak langsung, buhtan yang diistilahkan dalam bahasa Melayu sebagai fitnah jelas berbeza dengan fitnah yang disebut dari dimensi al-Quran. Ini kerana, fitnah yang terdapat banyak dalam ayat-ayat suci ini, lebih merujuk kepada tiga maksud di atas tadi.

    Jadi daripada konteks hadis di atas, Rasulullah s.a.w. telah membuat satu definisi yang jelas tentang persoalan berkaitan dengan fitnah itu sendiri.

    Dalam bahasa Melayu apabila disebut fitnah, semua beranggapan sama, iaitu seseorang itu mengatakan tentang seseorang sesuatu yang tidak pernah dilakukannya. Sebenarnya apabila kita merujuk kepada surah an-Nur ayat 11-20. Ia turun selepas berlaku peristiwa yang paling bersejarah, iaitu fitnah yang berlaku kepada keluarga nabi sendiri, Aisyah. Peristiwa ini begitu masyhur dalam sejarah umat Islam. Orang Yahudi dan munafik mengambil kesempatan membuat fitnah untuk menghancurkan Islam.

    Fitnah adalah satu perkara yang berlaku sejak zaman nabi lagi. Oleh itu, janganlah hairan sekiranya isu fitnah wujud sehingga hari ini kerana ia terus berlaku selagi ada manusia yang jahat dan baik. Malah tidak mustahil sehingga Hari Kiamat.

    Dalam Islam kesan atau implikasi daripada fitnah ialah berdosa besar kerana di dalam kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi, dikhaskan satu bab tentang lidah dan penyakit-penyakit lidah yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi hancur, porak peranda dan rosak.

    Malah fitnah terkandung dalam dosa-dosa besar sebagaimana hadis riwayat Bukhari bermaksud: "Terdapat tujuh dosa besar, iaitu syirik, menderhaka kepada dua orang tua, riba, makan harta anak yatim, membunuh, menuduh orang berzina dan lari dari medan perang.''

    Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan jagalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa kepada bencana fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (bahkan akan menimpa kamu secara umumnya ) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya. (Al-Anfal: 25).

    Sebagai umat Islam kita tidak perlu membezakan antara dosa besar dengan dosa kecil dengan memandang remeh mengenainya.

    Abdullah bin Umar berkata: Orang beriman melihat dosa seperti gunung yang menghempapnya. Berbeza dengan orang yang munafik, melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya.''

    Sejajar dengan pendapat ulama tasawuf yang mengatakan: "Jangan melihat dosa itu kecil atau besar tetapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa itu.'' Malah balasannya juga boleh dilihat pada peristiwa yang dilihat oleh Baginda sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj. Ia satu gambaran bagaimana balasan yang akan diterima mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Ertinya setiap kejahatan itu akan dibalas-Nya setimpal dengan dosa yang dilakukan.

    Menjawab perbezaan antara gosip dengan fitnah, kedua-dua istilah ini membawa maksud yang serupa. Di sinilah kelemahan umat Islam sebagaimana dijelaskan oleh seorang pemikir Islam, Malik bin Nabi. Kata Malik: "Berlakunya isu-isu sebegini adalah kerana orang Islam sudah tidak tahu memanfaatkan hidupnya. Selain itu, umat Islam juga tidak suka memikirkan isu-isu ilmiah, tidak suka membaca dan tidak melakukan perkara baik.''

    Rujukan : Ustaz Zahazan Mohamed (UIAM)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails