Oleh Mohd Kamel Mat Salleh,
Berita Harian (16 Disember 2006-Sabtu)
SEJAK zaman Rasulullah SAW lagi sudah wujud masalah khabar angin palsu dan fitnah, maka apatah lagi pada zaman serba canggih ini, apa-apa saja boleh berlaku. Justeru, setiap individu muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam setiap perkataannya agar tidak tersalah dalam berkata-kata atau mengada-adakan cerita kerana dosa lidah itu amat berat.
Dalam menerima sesuatu maklumat, selidik dulu fakta diterima dan jangan dipercayai seratus peratus tanpa ada sandaran bukti dan dalil yang kuat. Seelok-eloknya tanyalah kepada orang yang lebih mengetahui dan sekiranya maklumat itu berkaitan dengan peribadi seseorang, tanyalah terlebih dulu kepada empunya diri supaya perkhabaran yang diterima itu betul dan tepat.
Berdasarkan peristiwa dialami Saidatina Aisyah r.a., Rasulullah SAW menjatuhkan hukuman 80 sebatan atas kesalahan golongan penyebar fitnah. Hukuman ini dikira amat berat kerana menyebarkan fitnah bukan kesalahan ringan, malah ia amat bahaya jika tidak dibendung.
Maka pihak kerajaan dan golongan berwajib mesti mengambil langkah pencegahan supaya penyebaran maklumat palsu tidak berleluasa dan boleh memporak-perandakan hidup manusia.
Dalam era teknologi maklumat yang serba moden dan canggih, penyebaran dan penerimaan maklumat berlangsung dengan cepat dan pantas. Islam tidak pernah menolak kemajuan tetapi biarlah kemajuan ini seiring berasaskan etika dan nilai akhlak yang diterima pakai.
Fenomena fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS),
Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih. Maksud firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya."
Ayat di atas diturunkan rentetan daripada peristiwa yang menimpa Rasulullah apabila isterinya Aisyah dituduh melakukan hubungan tidak baik dengan seorang sahabat bernama Safwan.
Berita bohong ini terjadi selepas peperangan Bani al-Mustaliq.Peperangan ini diserai kaum munafik. Dalam perjalanan pulang ke Madinah, rombongan tentera Islam singgah di satu tempat dan Saidatina Aisyah r.a. keluar dari kenderaannya untuk qadha hajat dan kalungnya jatuh menyebabkan beliau kembali ke tempat beliau qadha hajat untuk mencari kalung itu.
Pada masa sama tentera Islam berangkat meneruskan perjalanan ke Madinah yang pada sangkaan mereka Aisyah berada dalam kenderaan tunggangannya. Selepas Aisyah menjumpai kalungnya dia pun terus ke tempat persinggahan tentera Islam dan alangkah terkejutnya Aisyah apabila mendapati tiada lagi tentera Islam yang tinggal.
Saidatina Aisyah terlelap kerana kepenatan dan beliau dikejutkan dengan laungan seorang sahabat bernama Safwan bin Ma'tal yang kebetulan tercicir dari kumpulan tentera Islam. Safwan yang mengetahui Aisyah adalah isteri baginda segera mengucapkan ‘inna lillahi wa ilahi rajiun’ dan merendahkan tunggangannya untuk dinaiki Aisyah.
Sepanjang perjalanan mereka tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sehingga mereka sampai ke Nahr al-Zahirah yang secara kebetulan tentera Islam pun berhenti di tempat yang sama. Apabila dilihat tentera Islam yang ada di kalangan mereka itu orang munafik, mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan berunsur fitnah kononnya Saidatina Aisyah ada melakukan hubungan sulit dengan Safwan. Cerita fitnah ini berlanjutan sehinggalah tentera Islam selamat sampai ke Madinah.
Rasulullah mengambil sikap mendiamkan diri sehingga wahyu turun bagi menjelaskan perkara sebenar.
Sebulan lamanya wahyu tidak turun dan dalam tempoh itu juga Saidatina Aisyah ditimpa demam. Sehingga pada satu hari turunnya ayat surah an-Nuur ayat 11-20 yang menjelaskan mengenai kesucian Aisyah dan pembuktian dia tidak bersalah melakukan perkara curang.
[24:11] Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
[24:12] Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
[24:13] Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.
[24:14] Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.
[24:15] (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
[24:16] Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar."
[24:17] Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman,
[24:18] dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[24:19] Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.
[24:20] Dan sekiranya tidaklah karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang, (niscaya kamu akan ditimpa azab yang besar).
Sejurus selepas turunnya ayat, Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Wahai Aisyah, kini Allah mengisytiharkan kesucianmu daripada segala noda."
Sahabat yang menyebarkan berita fitnah Aisyah dan Safwan dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan menuduh orang melakukan zina dan dirotan 80 kali sebatan. Keburukan dan kejahatan kaum munafik terdedah di khalayak sehingga ada di kalangan mereka berasa amat malu.
Oleh Mohd Kamel Mat Salleh, Jabatan Kemajuan Islam
Sumber : JAKiM
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, April 14, 2009
Penyebaran fitnah bahaya jika tak dibendung
Susunan :
Bawang Goreng
pada
4/14/2009 10:56:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...