“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, April 27, 2012

Keistimewaan melaksanakan amalan hasanah pada Jumaat




Assalamualaikum warahmatullah,


HARI Jumaat mempunyai banyak keistimewaan yang seharusnya dimanfaatkan dengan melaksanakan amalan hasanah. Ibnu Katsir dalam kitabnya Tafsir Ibnu Katsir mengatakan Jumaat bermaksud berhimpun. 

Pada hari Jumaat kaum muslimin dihimpunkan di masjid untuk mendengar khutbah dan mendirikan solat Jumaat dua rakaat.


Hari Jumaat cukup istimewa kerana Allah telah mengatakan tawaran hebat iaitu ganjaran pahala besar terhadap amal ibadah dan amalan hasanah yang dilakukan. Disebabkan besarnya pahala dijanjikan Allah, maka rugilah sesiapa yang mengabaikan kehadiran hari Jumaat tanpa amalan salih dan kebajikan.
Kita sering membaca laporan media yang cukup mengguris hati apabila adanya segelintir anak muda tanpa rasa malu dan segan merempit pada waktu khutbah Jumaat dibacakan dan semasa jemaah menunaikan solat Jumaat. 

Malah ada yang mengambil peluang berlumba motosikal selepas saja selesai menunaikan solat. Ini suatu gambaran negatif dan mempamerkan kurang hormat kepada hari Jumaat yang mulia itu. Ada juga yang sengaja mengambil peluang pada hari Jumaat melaksanakan aktiviti luar seperti berkelah hingga mengabaikan solat Jumaat. 

Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah hari pengampunan yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan seorangpun dalam kalangan orang Islam pada hari Jumaat, melainkan ia pasti diberi-Nya pengampunan.” (Hadis riwayat at-Tabrani) 

Jadi, kita sewajarnya memanfaatkan hari Jumaat untuk memperbanyakkan bacaan istighfar memohon keampunan. Rasulullah SAW juga ada memberitahu bahawa pada hari Jumaat ada satu waktu yang begitu eksklusif untuk berdoa kerana amat mustajab. 


Abu Hurairah mengatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang mana sekiranya berkebetulan dalam solat seseorang hamba, lalu dia bermohon kepada Allah, pasti akan diberikan apa yang dimintanya sambil Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa sekejapnya saat itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kita seharusnya berusaha mencari waktu yang dikatakan mustajab berdoa pada hari Jumaat. Meskipun tidak dinyatakan waktu yang tepat, kita tidak wajar memandang remeh ruang dan peluang untuk berdoa. 

Seperkara lagi pesanan Rasulullah SAW berkaitan keistimewaan hari Jumaat ialah tawaran Allah menggandakan pahala terhadap sesiapa saja yang melakukan amalan soleh, begitu juga perbuatan mungkar dan dosa, turut digandakan kiraan dosanya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya pada hari Jumaat seluruh makhluk termasuklah jin dan manusia akan berasa gementar, dan pada hari itu juga dilipat gandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana akan berlakunya kiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah) 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan dilipatgandakan pahala yang dilakukan pada hari Jumaat.” (Hadis riwayat at-Tabrani) 

Antara amal ibadah yang sangat dianjurkan pada hari Jumaat ialah membanyakkan bacaan selawat dan menggandakan kerja kebajikan untuk manfaat masyarakat. 

Biasanya pada hari Jumaat ada kalangan masyarakat kita mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Ini satu kegiatan yang sangat bernilai tinggi dalam Islam kerana selain memelihara kebersihan tanah perkuburan, aktiviti itu mampu mengeratkan ukhuwah. 

Sebagai menghormati hari Jumaat yang mulia, sewajarlah kita beramal sebaik yang terdaya untuk memperoleh ganjaran pahala di sisi Allah selain menjadikannya landasan membina masyarakat bersatu padu menerusi kerja kebajikan serta amalan hasanah.



Sumber : BHarian 26/04/2012

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 25, 2012

Pokok Ðaun Mangkuk






Pokok Ðaun Mangkuk atau nama botaninya polyscias scutellaria merupakan sejenis tanaman yang bukan sahaja cantik dijadikan pokok hiasan, malah boleh dijadikan sebagai tumbuhan ubatan. Tergolong dalam keluarga araliaceae, pokok Ðaun Mangkuk dikatakan berasal dari kepulauan Jawa. Kini ia banyak ditanam di serata kawasan tropika dan subtropika.


Ðikenali juga dengan nama pokok Ðaun Belangkas, Saucer leaf (Inggeris), platito (Filipina), Ðinh Lang Ðia (Vietnam), Ndosir (Kepulauan Vanuantu), Ðanidani (Kepulauan Fiji), Tagitagi (Kepulauan Samoa0 dan Yuan Ye Nan Yang Shen (China) ini, pokoknya tidak banyak cabang dan daunnya adalah jenis ringkas. Ðaunnya terletak dalam susunan berpilin-pilin, berbentuk seperti mangkuk, membulat atau seperti jantung tetapi lebar membulat.


Bentuk daunnya yang seperti mangkuk ini jugalah membuatkan tanaman hiasan ini mendapat gelaran pokok Ðaun Mangkuk. Ðisebabkan itu juga, bahagian daunnya turut digunakan sebagai mangkuk ataupun alas kuih seperti dodol.


Pokok Ðaun Mangkuk ditanam dengan menggunakan keratan ranting ataupun dahan. Kaedah tut juga boleh digunakan. Keratan mudah tumbuh dengan memacaknya terus ke tanah. Tumbuhan ini biasanya amat cepat membesar. Ðaun Mangkuk sesuai ditanam di dalam pasu ataupun di atas tanah secara tunggal, dalam satu baris, berjalur atau berkelompok.


Seluruh bahagian pokok Ðaun Mangkuk mengandungi musilaj, tannin, karbohidrat, serabut dan mineral. Musilaj yang terdapat dalam pokok ini dikatakan mampu melegakan tisu yang bengkak atau gatal di luar dan dalam tubuh, menghalang jangkitan, mengurangkan masalah gastrik, cirit dan perut memulas. Pokok Ðaun Mangkuk juga turut mengandungi polusciasaponon P1, kalsium oksalat, peroxidase, amygdalin, fosfat, bersi, lemak, protein, vitamin A, B1 dan C.


Pokok Ðaun Mangkuk juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ramai yang tidak mengetahui pucuk muda pokok ini boleh dimakan sebagai ulam dengan mencelurnya terlebih dahulu.


Kurangkan kebotakan


Bagi mereka yang menghadapi masalah pembuangan air kecil, anda boleh menggunakan pokok Ðaun Mangkuk untuk merawatnya. Caranya adalah dengan memasukkan daun segar ke dalam air mendidih buat seketika. Keluarkan daun ini dan tampalkan pada perut untuk merangsang masalah pembuangan air kecil.


Jika anda mengalami masalah ulser dan rambut gugur, anda juga boleh menggunakan daunnya untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya dengan menampal pokok Ðaun Mangkuk yang telah ditumbuk lumat pada bahagian yang mengalami ulser dan kulit kepala yang mengalami kebotakan.


Bagi wanita yang mengalami masalah pembengkakan payudara, anda boleh merawat masalah ini dengan meminum air rebusan daun yang telah matang. Ðaun yang matang dan segar ditumbuk bersama dengan kunyit segar, digaulkan dengan minyak kelapa dan kemudian ditampal pada buah dada yang bengkak. Cara ini dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah pembengkakan payudara.


Melawas pembuangan air kecil


Selain daun, akar pokok Ðaun Mangkuk juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Air rebusan akarnya dikatakan boleh diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil dan merangsang tubuh supaya segera berpeluh.


Ði Kepulauan Vanuatu, jus yang diekstrak daripada daun pokok Ðaun Mangkuk boleh diminum oleh ibu selepas bersalin untuk merangsang pengeluaran uri.


Walaupun pokok Ðaun Mangkuk memiliki pelbagai khasiat ubatan yang dikatakan mampu melegakan penyakit dan masalah kesihatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.







Sumber : Misteri Alam MW#1466

Butiran selanjutnya ...

Ahad, April 22, 2012

Ingati mati mampu tingkat kesihatan

SEORANG lelaki melawat perkuburan haiwan di Huntington Beach California. Kawasan perkuburan itu dibuka pada 1961 dan satu daripada 291 kawasan kubur untuk haiwan di Amerika.


Cara terbaik bina keinsafan diri, tanam sikap positif

WASHINGTON: Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang. Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.

Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi. Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial. Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri. 
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu. Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya. Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40% lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 18, 2012

Khasiat ketumbar


Ketumbar mampu rendahkan kolesterol




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri berkesempatan berkongsikan satu lagi rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu, iaitu ketumbar.

Ketumbar atau nama botaninya coriandrum sativum banyak digunakan dalam penyediaan makanan. Biasanya, daun dan biji ketumbar banyak digunakan dalam kebanyakan gaya masakan. Namun begitu, herba yang turut dikenali sebagai coriander atau cilantro ini turut mempunyai kebaikan untuk kesihatan.


coriandrum sativum

Ketumbar merupakan tumbuhan saka. Baunya yang harum disebarkan melalui buah lembut berwarna hijau dan apabila matang bertukar kepada warna kuning kecoklatan. Ketumbar berasal dari daerah Mediterranean, Afrika Utara dan Asia Barat Daya, dan telah ditanam secara meluas di Eropah, Utara Afrika, India, Amerka Selatan, Malaysia, Thailand dan China. Ketumbar hidup baik dalam kawasan tanah hitam dan kontang.

Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.

bunga ketumbar

Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.

Herba ini kaya dengan pelbagai elemen makanan. Ðaun ketumbar mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat dan air. Mineral-mineral dan vitamin-vitamin termasuklah vitamin C, kalsium, fosforus, besi, karotena, thiamin, riboflavin, niasin, garam, kalium dan asid oksalik. Citronelol, komponen minyak pati dalam ketumbar dikatakan antiseptik yang bagus. Komponen-komponen lain mempunyai kesan penyembuhan dan anti mikrob yang tidak akan membiarkan luka dan ulser dalam mulut menjadi bertambah teruk. Ia juga mampu membantu menyembuhkan ulser dengan segera dan menyegarkan nafas.

daun ketumbar

Ðaun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.

Ðaun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Ðaun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Ðaun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Ðalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya. Ðaun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.

Ðaun ketumbar bertindak sebagai perangsang dan tonik. Ia dikatakan mampu menguatkan perut dan merangsang pencernaan, meningkatkan rembesan dan pengeluaran air kencing serta mengurangkan demam. Ðaun ini juga bertindak sebagai afrosidiak dan dikatakan mampu membantu dalam pembuangan kahak.

Jus daripada daun ketumbar dikatakan bermanfaat dalam penghasilan vitamin A, B1, B2, C dan besi. Ðikatakan juga satu atau dua sudu teh jus ketumbar yang telah ditambah susu mentega, amat bermanfaat dalam merawat masalah pencernaan seperti sukar hadam, loya, disentri, hepatitis dan colitis. Ia juga dikatakan mampu membantu dalam merawat demam kepialu.

buah ketumbar kering

Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren. Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.

Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi: धनिया dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamil: சாம்பார்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.

Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan. Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.

Ðikatakan dengan meminum air biji ketumbar mampu membantu merendahkan kolesterol darah. Caranya adalah dengan merebus biji-biji ketumbar kering dan menapis air rebusan ini sebelum diminum. Biji ketumbar juga dikatakan mampu mengurangkan demam dan memberi rasa sejuk.

Merendahkan tahap gula bagi tekanan darah tinggi

Air rebusan biji ketumbar kering juga dikatakan mampu merawat diarea. Biji-bijinya terkenal sebagai ubat untuk melegakan pengeluaran haid yang berlebihan. Air biji ketumbar juga dikatakan boleh digunakan sebagai pencuci mata, terutamanya dalam merawat konjunktivitis. Ia dikatakan mampu melegakan rasa perit dan mengurangkan kesakitan dan pembengkakan akibat penyakit ini.

Ðikatakan satu sudu teh jus ketumbar yang dicampurkan dengan secubit serbuk kunyit dikatakan adalah ramuan terbaik untuk merawat masalah jerawat, bintik-bintik hitam dan kulit kering. Campuran herba ini perlu disapu pada muka selepas anda mencuci muka pada malam sebelum tidur.

Pokok muda ketumbar pula dikatakan banyak digunakan dalam kari dan sup. Manakala minyaknya pula digunakan untuk tujuan perasa dan dalam perubatan. Ðalam bentuk kering, biji ketumbar adalah antara bahan penting dalam serbuk kari dan turut digunakan dalam pengawetkan rempah, sosej, perasa, konfeksioneri, dan untuk memberi rasa pada alkohol terutamanya gin.

Kajian terhadap haiwan telah mengesahkan bahawa ketumbar mampu merangsang perembesan insulin dan merendahkan tahap gula dalam tekanan darah tinggi. Ði India, ketumbar dikatakan telah digunakan sebagai anti radang untuk arthritis dan kesakitan dalam perubatan Ayurveda selama berkurun lamannya. Kandungan vitamin K yang tinggi dalam ketumbar dikatakan berguna dalam perlindungan menentang osteoporisis melalui cara pencegahan pengaktifan sel-sel yang dikenali sebagai osteoclasts yang menyebabkan kehilangan.

akar ketumbar

Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya. Akar ketumbar digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat daun dan biji ketumbar, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1450, En.Wiki ~ Coriander dan Ms.Wiki ~ Ketumbar.

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, April 14, 2012

Celik fardu ain sokong tugas ibu






Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Pengetahuan ilmu fardu ain merupakan kewajipan ke atas setiap mukallaf termasuklah golongan wanita. Lebih-lebih lagi yang bergelar ibu. Ibu-ibu perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu fardu ain agar kehidupan seharian diri dan keluarganya diredhai Allah S.W.T. Imam al-Ghazali dalam kitab masyhurnya Ihya’ Ulumuddin mentakrifkan ilmu fardu ain sebagai ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib. Orang yang mengetahui ilmu yang wajib dan waktu wajibnya, bererti dia sudah mengetahui ilmu fardu ain.


Perlu diambil perhatian bahawa sesetengah amalan fardu ain itu berbeza perlaksanaannya antara lelaki dan wanita. Contohnya sebahagian cara solat lelaki tidak sama dengan cara solat wanita seperti kedudukan tangan sewaktu sujud di mana tangan wanita mestilah dirapatkan ke badan. Begitu juga dengan penutupan aurat di mana aurat wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan, sedangkan aurat lelaki di antara pusat dan lutut.


Perbezaan-perbezaan ini menuntut wanita mencari ilmu pengetahuan fardu ain secara lebih mendalam bagi memastikan amalan yang dikerjakan itu sah dan diterima Allah S.W.T.


Pentingnya fardu ain bagi wanita


Terdapat beberapa sebab mengapa ilmu fardu ain amat penting dalam kehidupan wanita terutama yang bergelar ibu.


Antaranya:


1. Tidak dibelenggu kejahilan


Wanita hari ini perlu keluar dari belenggu kejahilan lantaran status orang yang jahil begitu hina di sisi Allah SWT. Firman-Nya bermaksud: “Adakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar: 9)


Orang yang jahil tidak berpeluang merasai kebahagiaan sebenar di dalam hidupnya. Bagaimana mungkin baginya menghargai nikmat Allah SWT sedangkan dia tidak tahu apa itu nikmat. Bagaimana pula dia ingin menjadi hamba Allah  SWT yang taat dan mengajak anak-anaknya taat kepada Allah sedangkan dia tidak tahu apa itu ibadah.


Orang jahil tidak akan mendapat hidayah Allah  SWT sama ada untuk melakukan perkara-perkara yang disyariatkan atau perkara-perkara yang berhubung secara langsung dengan kehidupan. Ibnu Qayyim memberi peringatan tentang bahayanya sifat jahil, “Kecacatan dalam hati adalah berpunca daripada hati yang dipenuhi kejahilan dan kezaliman.”


2. Prasyarat amal kebajikan diterima Allah


Wanita hari ini perlu sedar kewajipan mempelajari ilmu fardu ain supaya setiap amalan kebajikan diterima Allah SWT. Alangkah ruginya seorang wanita yang mengerjakan solat sedangkan auratnya tidak sempurna ditutup yang membawa kepada tidak sahnya solat. Bayangkanlah jika setiap amalan yang dilakukan, tanpa ilmu dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syariat tentulah amalan itu sia-sia.Sekiranya amalannya tidak diterima Allah SWT, maka:


a) Jiwanya sentiasa resah gelisah
Keresahan hati ini berpunca dari hubungan yang jauh dari keredhaan Allah  SWT. Orang yang ditimpa keresahan sering merasakan jiwanya kekosongan, cemas tak tentu pasal, murung tanpa sebab, sedih dan perasaan yang tidak menentu yang akhirnya bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan tetapi turut menjejaskan kesihatan mental. Kehidupan sehariannya tidak berjalan lancar serta boleh menimbulkan masalah kepada keluarga, rakan sekerja dan masyarakat di sekelilingnya.


b) Hatinya menjadi keras dan mati
Individu yang amalannya tidak diterima Allah SWT akan menjadi keras dan mati hatinya malah berani melakukan dosa. Mereka tidak dapat melihat dosa yang dilakukan sebagai satu kesalahan. Oleh itu mereka tidak bertaubat dan kesan tidak bertaubat, sudah pasti Allah SWT akan menutup pintu hatinya. Menurut hadis, bila seorang Mukmin itu melakukan satu dosa maka satu titik hitam akan mengotori hatinya tetapi jika dia bertaubat dan memohon keampunan Allah, hatinya akan menjadi bersih. Sekiranya dia menambah dosa maka hatinya terus bertambah hitam sehingga diselubungi kegelapan.


3. Memudahkan tugas membimbing anak


Ibu wajib mengetahui tentang solat, haid, nifas, membaca al-Quran dan sebagainya supaya dapat membimbing anak-anak menjadi insan soleh atau solehah. Sebagai contoh jika anak-anak perempuan didatangi haid, ibu perlu menerangkan tentang larangan-larangan sewaktu haid seperti dilarang membaca, menyentuh dan memegang al-Quran, berpuasa, solat dan sebagainya.


Ibu-ibu juga wajib menjelaskan kepada anak-anak perempuan mereka kewajipan mandi hadas selepas suci daripada haid. Sekiranya ibu-ibu sendiri tidak mengetahui perkara fardu ain begini, bagaimana dia ingin mengajarkan anaknya? Bahkan ada ibu-ibu yang tidak tahu haram berpuasa sewaktu kedatangan haid.


4. Tahu membezakan halal haram


Wanita yang mempunyai pengetahuan ilmu fardu ain yang sempurna tahu membezakan antara perkara yang halal dan haram. Kejahilan tentang perkara halal dan haram akan menyebabkan individu itu lebih kurang sama sahaja dengan orang-orang yang tidak beriman.


Dalam Islam, peraturan halal dan haram diterangkan dengan begitu jelas sekali. Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa yang halal dan haram itu nyata, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang kesamaran (syubhat), yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang memelihara dirinya daripada segala yang samar, sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatannya dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara samar, jatuhlah ia ke dalam yang haram.


Dalam kehidupan seharian seorang wanita tidak kira sama ada sebagai remaja, dewasa, ibu, mak cik, nenek dan sebagainya, selagi dia seorang Muslimah, dia tidak akan terlepas daripada peraturan halal dan haram yang ditetapkan oleh Allah  SWT. Sebagai contoh, seorang wanita perlu tahu perkara-perkara berkaitan nikah. Siapakah walinya? Siapakah lelaki-lelaki yang haram dikahwininya? Apakah tanggungjawabnya setelah bergelar isteri dan ibu?


Banyak lagi persoalan yang memerlukan jawapan dan jawapan-jawapan tersebut hanya diperolehi menerusi proses belajar dan mencari ilmu pengetahuan berkaitan fardu ain dan fardu kifayah.


5. Untuk mendapat redha Allah


Keredhaan Allah SWT hanya akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah  SWT  nescaya Dia mengadakan bagi kamu petunjuk yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah al-Anfal: 29)


Bertakwa bermaksud menjunjung segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah  SWT. Hakikat taqwa pada pancaindera ialah meninggalkan segala maksiat manakala taqwa pada hati ialah dengan mengikhlaskan hati di dalam beramal.


Seseorang yang jahil tentang ilmu fardu ain tentulah tidak tahu cara-cara ingin menjunjung perintah Allah  SWT ataupun menjauhi segala larangan-Nya. Malah dia juga tidak tahu yang manakah perintah dan yang mana pula larangan Allah. Lebih merbahaya lagi jika perintah Allah itu disangkanya larangan dan larangan itu disangkanya pula perintah Allah. Individu begini terlalu merbahaya kepada agama Islam itu sendiri malah ditakuti kesesatannya itu turut menyesat dan mengelirukan orang lain. Jika dia seorang ibu, dia mungkin menyesat dan mengelirukan anak-anaknya.


Oleh itu bagi para Muslimah yang sudah atau bakal bergelar ibu, tuntutan melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain jangan diperkecilkan. Tidak akan sempurna tanggungjawab sebagai ibu tanpa asas ilmu fardu ain yang mantap. Kalaupun dapat membina kehidupan yang nampak bahagia di dunia, ibu ini tidak ada suluhan ilmu untuk menyelamatkan anak-anaknya dari api neraka dan menempah kehidupan bahagia di akhirat.


Sumber : Salasiah Hanin Hamjah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM di GaleriIlmu

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 11, 2012

Herba Tarragon




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Apakah tarragon? Pertama kali menyebutnya, Laman-Seri berasa nama ini seperti nama seekor naga yang garang... Iya, tarragon dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Perancis iaitu esdragon, yang bererti 'naga kecil'.


Tarragon atau nama botaninya artemisia dracunculus digelar ‘raja’ herba oleh orang Perancis. Terdapat sebab mengapa herba ini digelar demikian. Ia kerana tearragon merupakan perasa utama dalam kebanyakan sos yang membentuk asas hidangan klasik Perancis.


Apabila tarragon digunakan dalam masakan, sebaiknya tambahkan ia pada akhir masakan kerana haba panas cenderung untuk mengurangkan rasanya. Tidak seperti kebanyakan herba lain, tarragon hilang keberkesanannya apabila dikeringkan. Keadaan ini jugalah yang membuatkan tarragon selalunya diawet di dalam cuka kerana cuka mengumpul pati tarragon dan mencipta perisa yang boleh digunakan dalam kuah salad dan bahan pengilat mengganti kepada wain.


tarragon Perancis



Terdapat dua jenis tarragon yang ditanam untuk tujuan masakan iaitu tarragon Perancis dan tarragon Rusia. Tarragon Perancis boleh dikenali melalui daunnya yang berwarna hijau tua dan lebih licin serta mempunyai rasa tarragon asli. Tarragon Perancis berasal dari selatan Eropah, manakala tarragon Russia pula berasal dari Siberia dan mempunyai daun berwarna hijau muda dan kurang licin. Rasanya pula kurang unik seperti tarragon Perancis.


Herba saka ini tergolong dalam keluarga composite, iaitu keluarga sama bagi Daisy. Tarragon mengandungi tannin, coumarin dan flavonoid. Selain itu, tarragon juga mengandungi sehingga 70% methyl chervicol yang beracun dan berkemungkinan karsinogenik. Bahagian herba yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun dan akar tarragon.


tarragon yang dikeringkan



Tingkatkan stamina


Pada zaman pertengahan, herba ini dikatakan digunakan untk meningkatkan stamina tubuh. Dikatakan ramai penghijrah meletakkan tangkai daun herba ini ke dalam kasut mereka sebelum memulakan perjalanan.


Walaupun kegunaannya telah berubah dan banyak digunakan dalam hidangan eksklusif, namun begitu masih ada juga yang menggunakan tarragon sebagai ubat bagi menyembuhkan sedu, sakit gigi, cacing dalam badan, masalah pencernaan, reumatisme, hilang selera makan, haid yang tidak tetap dan pengumpulan air berlebihan dalam badan.


Perangsang ketenangan (reumatisme)


Tarragon juga diketahui memiliki sifat penenang lembut. Secara tradisi, teh seduhan tarragon digunakan untuk mengubati hiperaktif. Caranya adalah dengan merendam satu hingga setengah sudu teh daun kering dalam satu cawan air panas. Tapis air sebelum diminum.


Bantu rawat insomnia


Tarragon juga dikatakan digunakan dalam ubatan Perancis lama terutamanya sebagai penghilang insomnia. Teh tarragon digunakan untuk menghilang insomnia. Caranya adalah dengan merendam satu hingga setengah sudu teh daun kering dalam satu cawan air panas. Tapis air sebelum diminum.


Membantu pencernaan


Pengamal herba menyatakan bahawa tarragon boleh digunakan sebagai "tonik pencernaan" untuk meringankan masalah pencernaan. Tarragon mengandungi enzim yang membantu dalam mencerna daging dan protein. Hal ini juga dikatakan memiliki sifat diuretik lembut yang membantu sistem kami untuk menyingkirkan racun yang keluaran selama pencernaan daging dan protein lain.


Bagi menghilangkan masalah berkaitan pencernaan, tarragon yang telah dijadikan sebagai cuka dikatakan boleh digunakan sebagai ubat. Caranya adalah meminum cuka tarragon ini sebanyak satu sudu besar sebelum makan.


Ubat sakit gigi dan gigitan


Tumbuhan ini juga telah digunakan oleh masyarakat Greek kuno sebagai ubat sakit gigi. Kajian yang dilakukan kini telah mendapati bahawa tarragon mengandungi bahan kimia anesthetic iaitu eugenol, yang merupakan bahan utama dalam minyak anesthetic yang digunakan sebagai pelega sakit sementara. Selain itu, masyarakat Greek kuno juga dikatakan telah menggunakan tarragon sebagai ubat bagi menyembuhkan gigitan ular dan gigitan anjing gila.


Rangsang selera makan


Herba tarragon yang telah dijadikan sebagai minyak pati pula, juga dikatakan mampu digunakan untuk tujuan ubatan. Kandungan antiseptik dan antispasma dalam minyak tarragon dikatakan mampu merangsang selera dan berkesan kepada sistem pencernaan. Caranya adalah dengan meminumnya setelah dicampurkan dengan air ataupun dengan cara menggosokkan minyak tersebut pada bahagian yang bermasalah.


Masalah haid


Bagi masyarakat Indian, untuk tujuan perubatan, akar tarragon digunakan sebagai bahan membantu masalah ginekologi terutamanya bagi mengurangkan haid berlebihan semasa kitaran haid berlaku serta membantu dalam proses sukar melahirkan bayi.


Daun tarragon pula dikatakan dikunyah bagi mengatasi masalah jantung berdebar-debar. Akar tarragon juga dikatakan boleh digunakan sebagai bahan dalam air mandi untuk memberi kekuatan kepada kanak-kanak dan sebagai air mandi wap bagi orang dewasa. Selain itu, losen yang dihasilkan daripada tarragon pula digunakan bagi merawat luka.


Walaupun terdapat pelbagai kegunaan ubatan tarragon, namun begitu perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Sumber : MW#1347, OrganicSoul dan En.Wikipedia ~ Tarragon.

Butiran selanjutnya ...

Selasa, April 10, 2012

Heret bekas suami ke mahkamah tuntut nafkah anak


Penyitaan, penjualan harta boleh diambil supaya si penghutang menjelaskan hutang

SEPANJANG 2000 hingga 2009, sebanyak 206,113 kes perceraian difailkan di Mahkamah Syariah seluruh negara. Sebanyak 80% atau 12,300 kes bekas suami gagal mematuhi perintah melunaskan nafkah yang menyebabkan hak isteri dan anak-anak terabai.

Malangnya, daripada jumlah itu, hanya 15,380 kes atau 7.5% saja kes nafkah yang difailkan ke mahkamah. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kebanyakan bekas isteri atau ibu kepada anak-anak tidak faham hak mereka menurut undang-undang, atau mereka tidak mahu turun naik mahkamah menuntut penguatkuasaan nafkah anak-anak.

Cerita negatif mengenai proses perbicaraan di mahkamah syariah yang memakan masa lama, lebih memburukkan keadaan. Akhirnya, si ibu lebih rela menanggung sendiri nafkah anak-anak dan membiarkan bekas suami lepas tangan terhadap nafkah anak-anak, walaupun dalam sesetengah kes, perintah nafkah anak sudah dikeluarkan oleh mahkamah.

Kewajipan mematuhi perintah dikeluarkan Mahkamah Syariah diperuntukkan dengan jelas dalam Seksyen 147, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998, berbunyi :

(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 135 (3).

(2) Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan mahkamah.

Apabila suatu perintah pembayaran nafkah anak dikeluarkan, tetapi bekas suami gagal melaksanakan apa yang diperintahkan, maka wanita atau bekas isteri perlulah tampil ke hadapan dengan memfailkan kes penguatkuasaan perintah nafkah anak di Mahkamah Syariah. Proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah ini bukanlah lambat dan tidaklah menyebelahi pihak bekas suami sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Apabila perintah dikeluarkan, maka jumlah yang tidak dibayar bekas suami akan menjadi tunggakan hutang yang wajib dibayar.

Tujuan anda ke mahkamah adalah untuk menuntut balik hutang nafkah itu dan menguatkuasakan perintah nafkah anak, yang sebelum itu gagal dilaksanakan bekas suami. Yang penting, anda perlu faham prosedur dan caranya, ia akan menjadi mudah dan cepat. Lantiklah Peguam Syarie untuk bertindak bagi pihak anda.

Bagi wanita yang tidak mampu melantik Peguam Syarie, anda boleh merujuk kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang menyediakan perkhidmatan membantu bekas isteri membuat permohonan penguatkuasaan nafkah di Mahkamah Syariah, dengan syarat-syarat tertentu.

Penguatkuasaan perintah adalah proses mahkamah apabila berlaku kegagalan atau keengganan mematuhi perintah mahkamah, dengan menggunakan satu atau lebih daripada cara pelaksanaan yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Pelbagai jenis pelaksanaan perintah boleh diambil apabila menghadapi situasi kegagalan bekas suami membayar nafkah seperti Penyitaan dan Penjualan, prosiding Hiwalah, Saman Penghutang Penghakiman, sehinggalah tindakan Pengkomitan atau pemenjaraan. Prosiding ini di bawah tindakan mal di Mahkamah Syariah.

Penyitaan dan penjualan ialah dengan menyita harta alih atau harta tak alih kepunyaan si penghutang, kemudian dilelong dan dijual harta itu untuk menjelaskan jumlah yang terhutang. Mengikut hukum syarak, seseorang yang berhutang wajib membayar hutangnya jika ia berupaya membayarnya pada masa yang ditetapkan.

Jika dia melambat-lambatkan atau enggan membayarnya, maka si pemiutang boleh memohon supaya harta si penghutang itu dijual dan hasil jualannya dibayar kepada si pemiutang. Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad dalam Kitab Kifayatul al-Akhyar memetik perintah Sayidina Umar r.a. yang berkata: “Barang siapa punya pemiutang hendaklah datang kepada kami esok sebab kami akan menjual hartanya dan membahagikan kepada orang yang memberi hutang kepadanya.”

Prosiding hiwalah ialah dengan menahan harta yang kena dibayar oleh pihak yang berhutang kepada si penghutang (garnishee atau muhal ‘alaih) dan mahkamah boleh memerintahkan supaya garnishee membayar terus kepada si pemiutang, jumlah yang perlu dibayar.

Sebagai contoh si A berhutang nafkah anak dengan si B. Pada masa yang sama, si C ada berhutang kepada si A. Maka si B boleh memohon supaya hutang itu langsung dibayar oleh si C kepadanya. Cara kedua ialah dengan menahan harta alih si penghutang yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga. Mahkamah boleh memerintahkan supaya muhal’alaih menyerahkan harta dalam milikan atau kawalannya kepada bailif mahkamah.

Manakala prosiding Saman Penghutang Penghakiman adalah suatu prosiding ‘post-trial’ untuk memeriksa kemampuan si penghutang untuk membayar, sama ada dia boleh bayar secara sekali gus atau secara beransur-ansur. Walaupun secara beransur-ansur, hutang nafkah anak tetap perlu dibayar sehingga selesai.

Jika bekas suami masih lagi gagal membuat bayaran seperti diperintahkan, maka dia boleh diberikan notis tunjuk sebab mengapa dia tidak patut ditahan ke penjara kerana keingkaran membayar nafkah anak. Dipenjarakan tidak bermakna hutang tunggakan nafkah anak akan luput atau terhapus. Hutang tetap hutang. Hukuman penjara adalah sebagai pengajaran kepada bekas suami supaya tidak bersikap sambil lewa berhubung soal nafkah.

Selain tindakan mal, tindakan jenayah boleh juga dilakukan dengan membuat aduan kepada penguatkuasa agama di Jabatan Agama Islam kerana bekas suami menghina Mahkamah.

Seksyen 10, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa jika seseorang itu sabit kesalahan, maka mereka boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Walaupun tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap bekas suami yang ingkar membayar nafkah anak, tetapi kesedaran kaum lelaki yang menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas adalah lebih utama dari penguatkuasaan undang-undang.

Penulis, Tuan Musa Awang ialah Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Boleh dihubungi melalui e-mel: sekretariatpgsm@yahoo.com.




Sumber : BHarian 22/02/2012

Butiran selanjutnya ...

Isnin, April 09, 2012

Kematian jadikan manusia lebih hargai tubuh, roh


DEMONSTRASI memandikan jenazah mampu mantapkan amalan fardu kifayah di kalangan umat Islam.

Ziarah kubur ingat alam akhirat

FIRMAN Allah bermaksud: "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh)." (Surah an-Nisa’, ayat 78) Semua makhluk ciptaan Allah di seluruh pelosok alam ini tidak akan kekal. Tiba masa dan detiknya nanti, semua akan mati menandakan berakhir sebuah riwayat kehidupan. Hanya Allah kekal abadi.

Biarpun pelbagai usaha dibuat terutama oleh golongan yang mempunyai banyak wang untuk mengelak daripada bertemu kematian. Semua usaha itu tidak akan ke mana kerana kita hanya menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat suruhan Allah.

Ulama membahagikan kematian kepada dua. Pertama, mati kecil iaitu tidur dan keduanya mati besar iaitu mati yang sebenarnya. 

Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa mengingati mati kerana sudah pasti setiap daripada kita lebih bersiap sedia menempuhinya. Bersedia dalam erti kata melengkapkan roh dan jasad dengan amalan serta ibadat yang banyak.

Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sebelum ini aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah. Sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada alam akhirat.” 

Ibadat sembahyang ada hubung kait dengan ingatan kepada kematian. Setiap kali menunaikan ibadat solat, sekurang-kurang dua kali kita menyebut ‘Yaumuddin’ yang pastinya mengingatkan kita kepada Hari Kiamat, sebuah alam abadi bakal dihuni apabila tamatnya riwayat hidup alam fana ini. Begitu juga sewaktu membaca doa iftitah pada permulaan solat dengan menyebut kalimah ‘wamamati’ turut menginsafkan supaya sentiasa mengingati akan kematian.

Dari sudut prinsip, kematian adalah hala tuju kehidupan insan untuk menghargai tubuh badan dan roh kurniaan Allah. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan iltizam dalam diri, kematian akan membangkitkan kesedaran untuk lebih hampir ke sisi Tuhan. 

Nilai kehidupan yang dilalui seharian sentiasa mengimbangkan keperluan duniawi dan tuntutan ukhrawi. Terdapat salah faham umat Islam hari ini yang beranggapan orang lebih lanjut usia lazimnya akan pergi terlebih dulu menghadap Allah Taala. 

Salah faham begini bukan saja menafikan keadilan Allah, malah boleh membawa diri seseorang itu untuk berpaling daripada tuntutan agama sebenar. Sebabnya, mereka leka dan alpa dengan nikmat dunia kerana beranggapan hari tua masih jauh untuk beramal ibadat, sebelum kematian menjengah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang semakin lanjut usianya semakin baik amal perbuatannya. Sejahat-hajat manusia adalah mereka yang dilanjutkan usianya, tetapi semakin buruk pula amal perbuatannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ibnu Umar pernah berkata: “Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.” 

Wasiat Nabi mengingatkan, kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan bagi menghadapi Allah SWT pada hari penuh dengan persoalan di padang Mahsyar.

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, semua akan ditayangkan semula di hadapan Allah.

Diceritakan, Lukman Hakim mempunyai seorang anak lelaki yang cukup degil. Beliau terpaksa menempuh kesukaran dan kepahitan hidup untuk mendidik anaknya yang keras hati itu. Banyak usaha dan cara dibuat untuk mengubah keadaan anaknya itu, tetapi semuanya gagal. 

Sehinggalah pada suatu ketika Lukman telah membawa anaknya itu menziarahi kubur setiap kali adanya kematian. Lalu, tidak lama kemudian, anaknya itu mula insaf dan sedar akan hakikat sebuah kehidupan yang akan diakhiri dengan kematian.

Renung-renungkan....






Sumber : BHarian 08/04/2102 

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, April 07, 2012

Jasa BR1M?? Pelik....

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 


Berita yang dipetik dari sumber BHarian 06/04/2012 ini, benar-benar PELIK dan MENGHAIRANKAN saya. Malam sebelumnya, pertemuan dua beranak ini mendapat liputan menerusi berita perdana. Jika ada yang tidak berkesempatan membacanya, saya sertakan berita penuh di bawah. 



KHADIJAH AWANG (kiri) terharu apabila ditemukan semula anak keduanya, Norhidalyah Awang, yang telah terpisah 21 tahun lalu di Kampung Kuala Mai, Kulau Krau.


Ibu, anak terpisah 21 tahun bertemu semula selepas mohon bantuan

KUALA KRAU: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan bukan saja membantu meringankan beban kewangan rakyat, malah memberi seribu pengertian buat Nor Hidayah Awang, 27, apabila dipertemukan kembali dengan ibu kandungnya selepas terpisah selama 21 tahun. Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Mai, di sini, pernah berputus asa untuk menjejaki ibunya, Khatijah Jaafar, 49, yang gagal ditemui selepas berpisah dengan bapanya sejak beliau berusia enam tahun.

Menceritakan kembali detik pertemuan bersejarah itu, ia bermula apabila suaminya, Khairul Mubin, 27, membuat permohonan BR1M, dua bulan lalu tetapi dimaklumkan suaminya tidak layak. Beliau hairan mengapa permohonan itu ditolak, sedangkan pendapatannya tidak melebihi RM3,000 sebulan. Oleh kerana tidak berpuas hati, Khairul dan Nor Hidayah pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Temerloh pada 12 April lalu untuk menyemak semula status permohonan tetapi pegawai LHDN memaklumkan bahawa nama isterinya sudah digunakan oleh individu lain.

Nor Hidayah berkata, beliau meminta butiran peribadi individu yang menggunakan namanya memohon BR1M dan terkejut selepas mendapat tahu individu berkenaan adalah ibu kandung yang terpisah lebih 21 tahun.

“Selama ini, saya cuba mencari ibu di serata tempat dan bertanyakan kepada saudara-mara, tetapi tiada siapa yang tahu menyebabkan saya hamper berputus asa. Akhirnya BR1M yang diilhamkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mempertemukan kami,” katanya.

Beliau berkata, selepas mendapatkan alamat dan nombor telefon ibunya, Nor Hidayah memberanikan diri untuk menghubungi ibunya yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Semalam (5 April), kedua-dua beranak itu bertemu di rumah Nor Hidayah di Kuala Mai dalam suasana hiba bercampur gembira.

“Walaupun tidak mendapat wang BR1M, saya mendapat sesuatu yang lebih berharga iaitu dipertemukan semula dengan dengan ibu,” kata ibu dua anak berusia 8 dan 10 tahun itu.

Sementara itu, Khatijah berkata, dia menggunakan nama anaknya kerana beliau adalah ibu tunggal dengan pendapatan RM500 sebulan selain ikhtiar terakhirnya untuk menjejaki anaknya. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci di Pejabat Pendaftaran Negara di Kota Bharu, akan menggunakan wang bantuan terbabit untuk membeli barang keperluan harian dan membayar sewa rumah.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan melalui bantuan ini ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin semula,” katanya.

*** Tamat petikan ***

Apa yang hendak diketengahkan di sini, bukanlah hendak mempromosikan PM dengan program BR1M, tetapi terdapat KEMUSYKILAN yang wajar dijawab oleh pihak yang berkenaan :

1. Bagaimana seorang makcik boleh mendapat idea menggunakan nama anaknya? Makcik memang geliga...
2. Bagaimanakah pihak yang berkenaan boleh meluluskan permohonan makcik, sedangkan maklumat yang diberikan adalah palsu? Tahniah! Makcik berjaya 'memperbodohkan' pegawai LHDN yang meluluskan permohonan makcik! 
3. Semasa mengambil BR1M, bukankah makcik perlu beri kad pengenalan dan ini akan disemak semula dengan senarai yang lulus, maknanya kad pengenalan yang dipegang makcik mesti tally dengan maklumat yang tertera dalam senarai yang lulus. Tahniah sekali lagi! Makcik berjaya 'memperbodohkan' pegawai JPM atau ADUN yang menyerahkan voucher BR1M makcik!
4. Adakah makcik menggunakan kad pengenalan anak makcik? Bukankah ini satu kesalahan di sisi undang-undang kerana menggunakan kad pengenalan milik individu lain? 
5. Apa saja jenis penyamaran, tidak kiralah menyamar sebagai anak atau emak atau sebagainya adalah satu kesalahan. 
6. Sesuatu yang tidak kena dengan pemberian BR1M ini. Seseorang individu boleh menyamar sebagai individu lain untuk melayakkan diri mendapat BR1M. Permohonan dan kelulusannya mungkin 'dilonggarkan' jika ada 'cable'? Berapa ramai lagi yang menyamar dan permohonan mereka diluluskan?
7. Quote : “Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan melalui bantuan ini ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin semula.” Perkara paling utama yang hendak diketengahkan ialah, takdir Allah Taala yang menemukan dua beranak ini, BUKAN Perdana Menteri melalui BR1M yang menemukan mereka. BR1M cuma 'asbab' akan takdir yang telah diatur oleh Allah Taala. Jika kehendak Allah mereka bertemu semula, mereka tetap juga akan bertemu, bukan disebabkan BR1M. Betulkan persepsi salah ini!

Apa-apapun, satu dunia tahu, MALAYSIA BOLEH!

Butiran selanjutnya ...

Anak lewat cakap




Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme

SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap. Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?

Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Basyariatul (Basha) Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.

“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan. Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” ” katanya.

Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.

“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ dari mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap. Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.

Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?

“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah. Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.

Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap.

Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan-bahasa.

Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.

Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.

Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.

Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.

“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.”

“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.”

“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.

Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.

“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.

FAKTA: Klinik Audiologi & Sains Pertuturan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur

* Ia adalah klinik pengajaran bagi mahasiswa UKM yang diselia oleh audiologis dan terapi patologis pertuturan-bahasa yang bertauliah

* Menyediakan kepakaran dalam menilai, mencegah serta mengendalikan masalah pendengaran dan komunikasi

* Menyediakan kelengkapan peralatan klinik yang canggih

* Antara klinik pendengaran dan pertuturan terawal ditubuhkan dan masih menjadi pusat rujukan utama dalam negara.

Tel : 03-92895040/92895041.


Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails